Artikel "Komuniti" Terkini
Sahut Terengganu Bersih, Jangan Kotori - ADUN Wanita
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Kerajaan Terengganu komited meneruskan agendanya iaitu maju, berkat dan sejahtera, antaranya dengan mengadakan program gotong-royong dalam usaha menjaga kebersihan kawasan setempat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, program tersebut diadakan untuk menyahut slogan ‘Kuala Terengganu Bersih, Jangan Kotori’.Menurutnya, ia merupakan siri pertama diadakan di kawasan tersebut dan akan menjadi program berkala."Hari ini kita turun untuk menyatakan kebersamaan kita dalam menyahut seruan kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu negeri yang bersih.“Kita yang berada di sekitar kawasan Kuala Terengganu juga terpanggil untuk menjaga persekitaran terutamanya di Pantai Batu Buruk yang menjadi tumpuan orang ramai.“Dan insya-Allah kita akan sasarkan tempat yang menjadi tumpuan ramai contohnya berdekatan Drawbridge, Taman Shahbandar dan Lagun Kuala Ibai,” jelasnya.Beliau yang juga Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kuala Terengganu berkata demikian ketika dihubungi semalam.Oleh itu, kata beliau, aktiviti tersebut akan dijadikan satu program khas ADUN Wanita di seluruh negeri dan tempat yang disasarkan adalah pesisir pantai.Beliau berharap agar orang ramai dapat turun padang bersama-sama untuk menjayakannya pada bila-bila masa dan di mana jua.“Tahniah kepada semua yang turun padang dan menzahirkan rasa tanggungjawab untuk memastikan negeri Terengganu menjadi negeri yang bersih selaras dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W,” ujarnya.Program tersebut bermula pada 7.30 pagi dengan disertai oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Kuala Terengganu seperti KT Care, Skuad Khidmat, Gabungan Mahasiswa Terengganu (PERMATA), Unit Amal dan Ameerah.“Alhamdulillah seramai 87 orang sukarelawan terlibat dalam melaksanakan kerja amal ini,” tambah beliau lagi.
05 Aug 19
155
SRIDQ Rhu Rendang Terengganu Buka 2020
Oleh: Aslam WiraMARANG, 5 Ogos - Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang selangkah ke arah direalisasikan selepas pendaftaran pelajar bagi sesi 2020 telah dibuka bermula kelmarin.Mudir SRIDQ, Najmuddin Rani berkata, SRIDQ merupakan salah satu daripada rangkaian sekolah-sekolah agama milik Dewan Ulama PAS Terengganu sebagaimana Madrasah Darul Iman di Kedai Buluh.“Alhamdulillah, hari ini seramai 20 orang pelajar telah mendaftar di Pejabat Pentadbiran SRIDQ."Unit pendaftaran akan terus dibuka sehingga memenuhi kuota pelajar yang diperlukan iaitu sebanyak 60 orang," katanya ketika ditemubual oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu hadir meninjau urusan pendaftaran oleh ibu bapa di pejabat berkenaan.Menurutnya, SRIDQ adalah sekolah yang menekankan pendidikan agama dan al-quran tanpa mengabaikan bidang akademik.Sesuai dengan motto, 'Membina Generasi Bertaqwa', tiga sistem pembelajaran utama telah ditawarkan iaitu Pra-Tahfiz, Akademik dan Dinniyah (subjek agama).Sekolah tersebut juga bakal menyediakan aktiviti-aktiviti kokurikulum, badan sukan, kelab, riadah dan lain-lain.Tambah Najmuddin, buat masa ini pendaftaran hanya dibuka kepada pelajar tahun satu sahaja, sebanyak dua atau tiga kelas. "Namun, bagi tahun seterusnya, perkembangan institusi tersebut akan dibincangkan dari masa ke masa beserta cadangan melaksanakan perkhidmatan pengangkutan pelajar," katanya.SRIDQ akan beroperasi di bangunan sementara yang terletak bersebelahan Masjid Rhu Muda, sementara menunggu bangunan rasmi siap dibina di Bukit Kor.
05 Aug 19
164
MPKK DUN Langkap Jadikan Usrah Medium Bentuk Sahsiah Diri
Oleh : Ariss AliasSETIU, 5 Ogos - Penganjuran sesebuah usrah membentuk peribadi dan sahsiah ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK), seterusnya menjadikannya sebagai sebuah badan pengurusan peringkat komuniti yang cemerlang di negara ini.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS)Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Hassan Karim berkata usrah yang dianjurkan pada setiap bulan menjadi salah satu medium dalam membentuk sahsiah diri mereka.Sementara itu, Ibrahim Tahir selaku Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia (Cawangan Terengganu) yang memimpin usrah berkata perkara yang penting di dalam usrah ialah taaruf, untuk saling kenal mengenali untuk mengikat hati supaya ada kecintaan sesama ahli.Beliau turut memberi pesanan untuk mengutamakan sahabat dan jamaah dari diri sendiri."Ahli usrah diseru untuk mengukuhkan asas keimanan dan perkara untuk mengajak ke arah keimanan ini tidaklah mudah." Perlunya kehadiran rasa cinta kepada agama di dalam hati supaya beriman dengan Allah, Rasul dan Al-Quran sepenuhnya,"ujarnya ketika ditemui di majlis usrah yang bertempat di Masjid Kampung Bukit Nenas, di sini, baru-baru ini.Majlis ini adalah siri ke empat selepas tiga siri sebelum ini yang diadakan di masjid-masjid berlainan lokasi di sini.Seramai 50 orang hadir pada majlis ini yang terdiri daripada wakil-wakil MPKK DUN Langkap.Bagi Timbalan Pengerusi MPKK Sungai Bari Anuar Mohamed, 42, pula, program seperti ini amat memberi manfaat kepada peserta kerana mengukuhkan kefahaman kepada Islam.“Saya sentiasa tidak melepaskan peluang hadir ke majlis ilmu ini."Apabila kita sama-sama berkumpul seperti ini, secara tidak langsung hubungan persaudaraan semakin erat dan memudahkan kerjasama,"ujarnya.
04 Aug 19
73
Bersama Banteras Gejala Sumbang Dalam Masyarakat
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 4 Ogos - Masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing untuk menangani kemelut sosial yang kian berleluasa di kalangan generasi muda pada hari ini.Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairi Ghazali berkata masyarakat merupakan lokomotif utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja."Perkara ini bukan hanya kerja sukarelawan sahaja,tapi ia perlu membabitkan masyarakat setempat dalam membantu menanganinya."Masyarakat juga perlu memainkan peranan bersama dalam mencegah penyakit sosial ini,”ujar Khairi Ghazali seusai program cegah maksiat di Pantai Teluk Ketapang, malam kelmarin.Turut serta dalam program ini, Pegawai Daie Pejabat Agama Islam Kuala Terengganu,Ustaz Noorahmad Hakim Mohd Noor dan pemuda Seberang Takir.Operasi ini melibatkan kawasan Jambatan Angkat (Drawbridge), Pantai Teluk Ketapang, kawasan letak kereta Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke Pantai Tok Jembal bermula jam 11.30 malam dan berakhir pada jam tiga pagi.Skuad sukarelawan ini mengambil pendekatan menasihati pasangan yang mereka jumpa dan menelefon keluarga mereka untuk membawa pulang anak-anak mereka.Sementara itu, Pegawai Penyelaras dewan Undangan Negeri(DUN)Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, beliau menyokong penuh penubuhan skuad sukarelawan Amar Makruf Nahi Mungkar di kawasan berkenaan."Saya menyokong apa yang dibuat oleh para ahli sukarelawan ini."Saya berharap seluruh Terengganu perlu ada skuad seperti ini,”ujar Mohd Fazil.
04 Aug 19
181
Pelajar TATIUC Timba Pengalaman Di Jongok Batu Melalui CSR
Ghazali Sulaiman berucap menyempurnakan perasmian Program Tanggungjawab Sosial Komuniti.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 4 Ogos - Seramai 90 orang pelajar Kolej Universiti TATI (TATIUC) berpeluang merasai pengalaman baharu apabila terlibat dengan program Tanggungjawab Sosial Komuniti (CSR) di Kampung Jongok Batu.Kesemua yang terlibat merupakan bakal pelajar tahun dua di kolej berkenaan melalui Persatuan Institut Pertahanan Awam (PISPA) di dalam kursus Kejuruteraan Asasi bersama dengan 50 orang Angkatan Pertahanan Awam Daerah Dungun dan Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kemaman.Salah seorang Pelajar TATIUC, Mohd Zulfikri Halizi, 18, berkata, ianya memberi satu pengalaman berharga kepada beliau kerana belum pernah menjejakkan kaki ke kampung tersebut."Kami semua baru sahaja habis peperiksaan akhir tahun satu, selama ini tidak pernah dengar tentang Kampung Jongok Batu, melalui PISPA ini dapatlah merasai dan mengenali orang sini melalui aktiviti kemasyarakatan sebegini, mempelajari bagaimana cara komuniti di sini bermasyarakat."Selain itu dapat bermesra dengan mereka , serta dapat satu pendedahan baharu bagaimana untuk berkhidmat di dalam masyarakat," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Tanggungjawab Sosial Komuniti di Kampung Jongok Batu, yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman pada Jumaat lalu.Turut hadir, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A. Rahman dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jongok Batu, Nordin Ismail.Program berkenaan merupakan anjuran APM Dungun, APM Kemaman, PISPA TATIUC dengan kerjasama DUN Bukit Besi, Penghulu Mukim dan MPKK.Gotong royong pada hari berkenaan telah melibatkan kawasan masjid, surau, padang permainan dan seluruh kampung termasuk kawasan Cemerong.Di antara aktiviti yang turut diadakan adalah perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring yang menyaksikan aksi APM menentang penduduk setempat.Dalam tumpuan lain, Pengarah APM Negeri, Che Adam A. Rahman berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan penduduk setempat dalam menghulurkan khidmat."Di mana kita tahu apabila tibanya musim tengkujuh, Jongok Batu adalah di antara kawasan yang akan menerima musibah banjir."Kehadiran kita pada hari ini ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk, dan bukan hanya hadir apabila ditimpa musibah sahaja," jelasnya.Jongok Batu adalah kampung warisan yang mempunyai keindahannya yang tersendiri, dan menjadi laluan untuk ke kawasan rekreasi Air Terjun Cemerung.Justeru itu, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berharap segala keindahan dengan suasana yang segar, indah dan bersih yang ada di Bukit Besi diceritakan kepada orang luar dengan pengalaman yang diperolehi PISPA dan APM."Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih Jongok Batu sebagai lokasi pilihan untuk mengadakan CSR."Semoga hubungan ini akan diteruskan serta berkekalan, di dalam misi membawa agenda kebaikan bersama yang menguntungkan semua pihak," jelas Ghazali.Dalam upacara penutup pada hari tersebut, sumbangan telah disampaikan kepada golongan asnaf zakat bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung.
04 Aug 19
235
RM465 Ribu Bangunkan Pelancongan Tradisional Marang Terengganu
Ariffin (tengah) meluluskan peruntukan segera kepada pengusaha atap nipah, Norashikin (kiri) untuk membina bangsal pemprosesan atap yang lebih besar.MARANG, 4 Ogos - Kerajaan Terengganu sedang mempertimbang permohonan Pejabat Daerah Marang untuk mendapatkan peruntukan berjumlah RM465,000 bagi membangun dan mempromosikan semula industri pelancongan tradisional di Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sebanyak RM210,000 daripada keseluruhan dana disalurkan kepada pembangunan infrastruktur dan produk pelancongan di perkampungan tradisonal Kampung Jenang.Jelasnya, ia termasuk projek menaik taraf jeti di kampung tersebut yang dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong apabila ia sempurna kelak.“Kampung Jenang memang terkenal sejak dahulu, ramai pelancong datang ke sini kerana keunikan hasil tempatan dan suasana kampungnya. Kami akan hidupkan kembali perkampungan ini supaya ia kembali menjadi destinasi pelancongan utama.“Industri kraftangan serta tempat pemprosesan 'nisang' (gula melaka), dodol serta makanan tradisional lain antara yang dikenali di kampung ini,” katanya selepas melawat kampung berkenaan, di sini hari ini.Industri pembuatan 'nisang' turut mencuri tumpuan pelancong di Kampung Jenang.Hadir sama dalam lawatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Wahad Osman.Kata Ariffin lagi, Kampung Batu Putih yang terletak bersebelahan Kampung Jenang turut menerima manfaat apabila sebanyak RM255,500 akan diperuntukkan bagi pembangunan Dataran Batu Putih (jeti sungai) sebagai tarikan baharu untuk pelancong.Tambah beliau, kawasan tanah lapang berhampiran jeti tersebut juga akan dibangunkan sebagai Lembah Kelapa Marang.“Hasrat itu secara tidak langsung akan turut meningkatkan ekonomi penduduk di sekitar ini yang pada asasnya mengusahakan perniagaan yang sama sebagaimana penduduk Kampung Jenang,” tambah beliau.Sungai Jenang yang kaya dengan sumber semula jadi.
04 Aug 19
668
Budiman FC Muncul Juara
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 4 Ogos- Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok melabuh tirai semalam dengan gelaran juara menjadi milik pasukan Budiman FC. Pada kejohanan yang berlangsung di Padang Bola Sepak Lagun Chendering, pasukan Budiman FC berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000, piala pusingan, piala iringan dan medal.Manakala, pasukan Kuala Ibai Pantai FC bergelar naib juara dan tempat ketiga dan keempat disandang oleh pasukan Padang Negara FC dan ISLAND FC A.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, Abu Bakar Salleh berkata, kesemua pemain yang menyertai kejohanan tersebut menunjukkan semangat berpasukan yang begitu baik disamping turut menghormati pasukan lawan. “Alhamdulillah kejohanan ini selamat berlangsung dan semangat kesukanan yang begitu tinggi ditunjuk oleh setiap pasukan yang bertanding.“Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang tidak berjaya diharap dapat mencuba lagi pada tahun hadapan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di Padang Bola Sepak Lagun Chendering semalam.Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) Mohd Soud Said yang menyampaikan hadiah kepada pemenang.
04 Aug 19
240
400 Sertai Acara Bukit Payung 2019 (BP19) Highway Challenge
Oleh: Muhammad Syafiq SyakirinMARANG, 4 Ogos- Seramai 400 peserta mengambil bahagian dalam acara berbasikal Bukit Payung 2019 (BP19) Highway Challenge sejauh 30 kilometer yang bermula di susur masuk lebuhraya Bukit Payung melalui lebuhraya Telemong dan berakhir di lokasi yang sama, semalam.Acara berbasikal yang julung kali dianjurkan Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung itu terbahagi kepada tujuh kategori iaitu RB pro, RB Open, RB Amatur, RB Veteran & Heavyweight dan MTB Vetaran & Heavyweight.Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, berkata program berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa apabila penyertaan daripada peminat sukan berbasikal dua kali ganda sasaran asal.“Saya melihat program sebegini mendapat sambutan yang amat mengalakkan dimana pada jangkaan awal hanya mensasarkan sekitar 200 orang peserta sahaja tetapi kita mendapat dua kali ganda daripada jumlah itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelepasan flag off Bukit Payung 2019 (BP19) Highway Challenge di susur masuk lebuhraya Bukit Payung, semalam.Mohd Nor yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, program sebegini bagus buat remaja dimana dapat bersukan secara sihat dan dalam masa yang sama mengelakkan mereka terjerumus dengan gejala tidak berfaedah.Sementara itu, Penghulu Mukim Bukit Payung merangkap Ketua Penganjur, Ahmad Zafiri Ahmad Zaki berkata, walaupun pertama kali dianjurkan program tersebut mendapat sambutan memberangsangkan dimana terdapat penyertaan dari luar termasuk Pahang dan Kelantan.Beliau juga berkata, BP20 Highway Challenge akan dianjurkan pada tahun hadapan diatas sambutan yang mengalakkan ini. “Kami mendapat peserta dari seluruh Terengganu serta sekitar Pahang dan Kelantan dan diatas sambutan yang mengalakkan ini kami akan meneruskan program sebegini dimana akan membuat BP 20 Highway challenge pada tahun hadapan,” ujar beliau.BP19 Highway Challenge turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan kelab-kelab ternama seperti Terengganu Cycling Team (TSG) serta skuad Team Pelapis Negeri Terengganu, Team Sukma Terengganu, LAW Cycling Team, IZRIMEEBIKE, BMCC dan Pasir Puteh Cycling Team.
04 Aug 19
486
Beregu CBBC dan GTBC Cemerlang Raih Johan
Azmi (Tengah) bersama Johan Kategori Expert dan Novice Oleh: Ariss AliasSETIU, 4 Ogos – Pasangan beregu Mohd Amirul Aizat dan Ahmad Bustamin Abdullah daripada Chalok Barat Badminton Club (CBBC) dan Mohd Syahrizal Arbae yang berpasangan dengan Mohd Syahmi Awang daripada Gong Terap Badminton Club (GTBC) cemerlang meraih johan kategori masing-masing.Pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap yang berlangsung di Dewan Sivik Chalok Kedai, pasangan daripada CBBC itu mengenepikan cabaran Nazri Ismail dan Azwadee Ismail dari Rahmat Badminton Club (RBC) 22-20, 25-23 untuk muncul johan kategori ‘Expert’ dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM400.Bustamin berkata, dia berpuas hati dengan pasangannya yang sama-sama bekerja keras mengejar kemenangan dan menyifatkan tidak ada laluan mudah untuk bergelar juara.Izat pula menyifatkan kejayaan ini tidak mungkin akan dicapai tanpa sokongan Ahmad Suhardy Hamzah selaku pengurus pasukan CBBC dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suharmizi Hamzah, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Chalok Permai yang banyak memberi sumbangan untuk kemajuan sukan badminton kelab terbabit. Kategori ‘Novice’ pula menyaksikan gandingan Mohd Syahrizal Arbae dan Mohd Syahmi Awang terpaksa bergelut hingga ke set penentuan sebelum menundukkan Aliff Nazmi dan Wan Shahrazuan (CBBC) 21-18, 16-21, 23-21. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.Pegawai Penyelaras DUN Langkap Azmi Maarof ketika merasmikan majlis penutup berkata, beliau amat berpuashati dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat DUN Langkap samaada dari segi penyertaan sebagai pemain dan sokongan sebagai penonton.“Tahniah saya ucapkan kepada pemenang. InsyaAllah kejohanan badminton peringkat parlimen akan diadakan pada tarikh yang bakal ditetapkan kemudian, saya harapkan pemain-pemain yang mewakili DUN Langkap nanti akan dapat mencapai kejayaan seterusnya menaikkan nama DUN kita ini.“Selepas ini, kita akan mengadakan kejohanan bola sepak peringkat DUN Langkap yang akan dibuat pada pertengahan bulan September depan. Saya harapkan semua pasukan dapat menyiapkan pasukan masing-masing untuk merebut piala nanti,” ujarnya.Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari berakhir semalam disertai oleh 20 pasangan yang bertanding dalam kategori ‘Expert’ dan 39 buah pasukan dalam kategori ‘Novice’.Dewan Sivik Gong Terap antara yang menjadi gelanggang bagi pusingan peringkat kumpulan dan 16 kategori Novice sementara peringkat separuh akhir dan akhir kedua kategori telah dilangsungkan di Dewan Sivik Chalok Kedai.
03 Aug 19
260
Sukan Kukuhkan Perpaduan Dan Jati Diri
Oleh: Mustaqim AfandiBESUT, 4 Ogos- Penganjuran aktiviti kesukanan seperti kejohanan bola sepak dan sebagainya mampu menjadi platform dalam memupuk jati diri dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, program seperti ini adalah satu wadah bagi menyatukan semangat kesukanan dan kerjasama antara penduduk setempat bagi melahirkan keharmonian dikalangan mereka yang terlibat."Insya-Allah selepas ini kita akan mempelbagaikan lagi program diperingkat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengerat ukhwah dikawasan kita ini, semoga ia menjadi pemangkin semangat untuk kita berjuang bersama-sama.“Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk yang hadir bagi memeriahkan lagi program dan tahniah kepada semua yang berjaya membawa pulang hadiah hasil daripada pertandingan pada kali ini,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Adun Kota Putera 2019, semalam.Perlawanan persahabatan ini dimeriahkan lagi apabila Mohd Nurkhuzaini sendiri turun padang untuk beraksi bersama melawan pasukan Ibu Pejabat Polis (IPD) Besut dan rata-rata tetamu yang hadir teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh wakil rakyat mereka.Selain itu, tiga lagi program turut dipertandingkan pada hari yang sama iaitu timbang bola sepak lima sepasukan, sepakan penalti kumpulan dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang hadir.
03 Aug 19
215