Artikel "Komuniti" Terkini
Bola Sepak Erat Kerjasama Berpasukan
Oleh: Izzat Al-QushairiSETIU, 3 Ogos- Sebanyak 25 pasukan berentap pada Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit yang diadakan di Padang Bola Sepak Kampung Darat, Batu Rakit.Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, selain menguji kerjasama berpasukan, tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk menguatkan hubungan silaturahim ataupun hubungan persaudaraan antara pemimpin masyarakat dan penduduk setempat. “Bermula daripada program ini diharapkan peserta dapat berkenalan antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sifat-sifat negatif atau agresif ketika pertandingan berlangsung.“Kita juga mesti memahami apa yang diterapkan agama Islam iaitu Islam sangat manganjur kita untuk beriadah bukan dalam skop beribadah sahaja,” ujarnya.Berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan berkenaan di Padang Bola Sepak Kampung Darat, Batu Rakit, baru-baru ini.Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada belia dan beliawanis DUN Batu Rakit yang komited menganjurkan aktiviti kesukanan khususnya untuk golongan muda.“Tahun lepas kita berjaya menganjurkan pertandingan futsal dan awal tahun ini kejohanan badminton.“Saya berharap semoga pihak pemuda dan pemudi terus konsisten merealisasikan program-program yang berfaedah kepada masyarakat dan saya wakil daripada pihak kerajaan akan terus menyokong penuh usaha bagi menjayakan program-program mendatang,” ujarnya. Pada kejohanan tersebut, pasukan Tanjung FC muncul juara sekaligus berjaya merebut Piala Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit dan membawa pulang wang tunai RM2,000.
03 Aug 19
171
Mangsa Ribut Warga Emas Dapat Perhatian ADUN Pengkalan Berangan
Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 4 Ogos - Sepasang warga emas berpenyakit kronik dari Kampung Cherang Sekertok, Wakaf Tapai di sini tidak terabai apabila rumah mereka yang dipukul ribut segera dibaiki baru-baru ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengalan Berangan, Sulaiman Sulong melawat Mat Nor Mamat, 63, dan Semah Omar, 60, sejurus diketahui rumah mereka ditimpa kepala angin.Sebanyak 50 keping atap asbestos yang rosak segera diganti dengan kos RM3,000 dari peruntukan ADUN Pengkalan Berangan itu.Ustaz Sulaiman berkata, beliau secepat mungkin cuba menyelesaikan masalah warga emas itu supaya mereka mendapat perhatian sewajarnya."Kita di pihak DUN akan cuba secepat yang mungkin untuk menyelesaikan masalah kecemasan seperti ini."Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk memberikan perhatian dalam kes seperti ini lebih-lebih lagi mereka berdua yang dalam keuzuran menghidap penyakit kronik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini baru-baru ini. Mat Nor yang menghidap penyakit strok dan Semah pula menghidap penyakit jantung terumbat meluahkan rasa terharu dengan tindakan ADUN berkenaan kerana segera turun padang menziarahi dan memantau keadaan rumah mereka.Sementara itu, empat anggota Jabatan Amal Malaysia DUN Pengkalan Berangan turut menghulurkan bantuan tenaga agar mempercepatkan proses pemasangan bumbung tersebut.
03 Aug 19
69
Ayah Chik Tak Balah Sejak Di Bangku Sekolah
Oleh: Aziz HambaliMARANG, 3 Ogos - Berbalah atau bergaduh dalam hidup seseorang adalah perkara normal dalam kehidupan.Namun, sikap bergaduh dengan sesiapa tiada pada batang tubuh seorang Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang atau lebih mesra dipanggil oleh orang kampung sebagai 'Ayah Chik'.Kawan sekelas beliau di Sekolah Menengah Agama Marang, Mohammad Idris, 74, yang berasal dari Seberang Marang dengan bangga menceritakan kisahnya yang pernah melalui liku hidup bersama Ayah Chik sejak di bangku persekolahan lagi.Katanya, berbalah atau bergaduh dengan orang adalah perkara yang dijauhi dalam kamus hidup Ayah Chik."Kalau berlaku juga, Ayah Chik akan cepat-cepat menghindarkan diri daripada pergaduhan."Saya tinggal bersama isteri di Jeli, Kelantan. Berpisah dengan Ayah Chik sejak tahun 60-an selepas tamat persekolahan."Selepas daripada itu tidak jumpa-jumpa setelah saya berhijrah kembali ke daerah Marang di Kampung Setar Kanan," ujarnya lagi.Beliau ditemui dalam program Ziarah Mahabbah Isteri Ahli Parlimen Marang, To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah atau lebih mesra dikenali sebagai 'Che Ngah' yang diadakan dua kali seminggu di lokasi berlainan sekitar daerah Marang.Turut hadir mengiringi ziarah tersebut ialah Pembantu Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan ahli jawatankuasa Helwa DUN Rhu Rendang.Che Ngah turut menziarahi dan memberi sumbangan kepada anak Mohammad, Ahmad Faiz Mohamad, 34, Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami kemalangan motosikal baru-baru ini.
03 Aug 19
404
Suri Rumah Perlu Mencarum i-Suri - Isteri MB Terengganu
To' Puan Seri Tuan Faizah Abd Rahman (dua dari kiri) menenangkan ibu Muhammad Aiman Hassan (kiri).Oleh: Aslam WiraMARANG, 3 Ogos - Rakyat Terengganu terutama suri rumah perlu mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Suri sebagai langkah menjana pendapatan sampingan.Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman berkata, i-Suri adalah insentif caruman yang disediakan untuk membantu suri rumah."Kita sedia maklum suri rumah tiada pengiktirafan dari sudut pekerjaan. Jadi suri rumah perlu mengambil peluang ini selagi melepasi syarat-syarat yang ditetapkan."Antaranya hendaklah berumur tidak melebihi 60 tahun dan merupakan warganegara Malaysia," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pendaftaran i-Suri bagi jelajah siri kedua di Balairaya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Seberang Marang.Katanya, suri rumah perlu berdaftar sebagai peserta e-kasih dan melakukan pembayaran sebanyak RM5 sebulan atau RM60 setahun secara sekali gus.Turut hadir, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) daripada Jabatan Perdana Menteri, Petugas KWSP, kakitangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera DUN Rhu Rendang.Program yang bermula pada 8.30 pagi disertai seramai 114 orang suri rumah yang berdaftar di kampung tersebut daripada 937 orang di seluruh DUN Rhu Rendang.Dalam pada itu, beliau sempat menziarahi kematian di Kampung Kelulut.“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga adik Muhammad Aiman Hassan yang meninggal sewaktu tidur di Subang Jaya dan semoga mereka tabah menerima pemergian Aiman," katanya.Menurutnya, ajal maut tidak mengenal usia kerana walaupun dalam usia yang sangat muda dan sihat, ia telah ditetapkan oleh Allah SWT. Hanya amal soleh yang akan menjadi bekalan di sana.Ziarah tersebut turut diiringi oleh petugas i-MiTS DUN Rhu Rendang di rumah keluarganya sebaik sahaja majlis pengebumian di samping sedikit sumbangan.
03 Aug 19
222
“Kemuka Maklumat Lengkap Untuk Kita Semak Semula' - Dr. Azman
Dr Azman Ibrahim.
Oleh: Hidayah Azlin
SETIU, 3 Ogos - Sebarang individu yang mendakwa bahawa ramai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disekat bantuan diminta mengemukakan maklumat lengkap berkaitannya kepada pihak berwajib untuk disemak semula.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, berdasarkan penelitiannya dalam tempoh setahun lebih usia pemerintahan kerajaan negeri, tiada seorang pun penerima yang dipotong atau disekat bantuan kecuali yang telah meninggal dunia.
‘’Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penimbang, segala permohonan bantuan JKM akan dipertimbangkan. Malah setiap kali mesyuarat, kita tambah berpuluh orang penerima yang baru,’’ tegasnya menerusi kenyataan yang disiarkan di laman sosial ‘ Facebook’ milik peribadinya, semalam.
Menurutnya yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penimbang Kebajikan daerah Setiu dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penimbang Kebajikan daerah Besut itu, kerajaan negeri terus komited untuk menjaga dan memastikan kebajikan rakyat terutama golongan-golongan yang kurang berkemampuan terjamin.
‘’Untuk menjernihkan keadaan ini, saya mahu pihak terbabit mengemukakan maklumat itu kepada kami jika benar berlaku di Besut atau Setiu untuk kita semak bagi menyelesaikannya.
“Kebiasaan yang berlaku, masalah mungkin timbul apabila ada penerima berpindah tinggal ke daerah lain, tetapi tidak mengemaskini maklumat terbarunya kepada JKM yang akhirnya menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan,” jelasnya.
03 Aug 19
47
DUN Jabi Giat Naik Taraf Jalan
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 3 Ogos - Projek menaik taraf jalan di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi giat dijalankan bagi kemudahan dan keselesaan pengguna.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata, walaupun penyelenggaraan jalan beroperasi agak perlahan, namun ia dilakukan secara berterusan dan berperingkat di setiap kampung. "Alhamdulillah, dalam tempoh beberapa hari, kita telah berjaya selesaikan projek menaik taraf jalan di Kampung Renek, Kampung Tasik Nibong dan Kampung Gerong serta jalan ladang untuk penduduk Kampung Bukit Jeruk dan Kampung Kerandang juga telah diturapkan.‘’Kita cuba kayuh perlahan-lahan tetapi istiqamah. Semoga ia dapat memberikan sedikit kemudahan untuk rakyat,’’katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Tambahnya, janji untuk membina jalan baru di Bukit Tanah juga telah berada dalam proses perlaksanaan.Dr. Azman berharap pelaksaan kerja-kerja naik taraf dapat memberi kelegaan kepada rakyat yang terlibat. “Banyak lagi projek selenggara jalan yang akan dilaksanakan di Jabi dalam masa terdekat. Insya-Allah, semua akan dapat rasa. Pihak saya juga sedang cuba menyelesaikan beberapa lagi aduan rakyat khususnya berkaitan kemudahan jalan untuk kegunaan masyarakat setempat. “Saya berharap rakyat dapat bersabar dan terus percaya atas mandat yang diberi kepada kerajaan hari ini,” katanya.Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Renek, Norisabri Ismail memaklumkan, aspek pemilihan tempat untuk dinaik taraf amat penting agar ia dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada penduduk. “Di Kampung Renek, laluan yang diselenggara merupakan jalan pertanian utama yang digunakan penduduk. Alhamdulillah, dengan kemudahan jalan berturap ini dapat memudahkan orang kampung ke ladang sawit dan sawah padi.“Kemudahan jalan ini bukan sahaja dapat memacu pertambahan penduduk malah dapat mengimbangi pembangunan dalam kampung. Lebih-lebih lagi, bagi kawasan lokaliti Sungai Renek yang agak terpinggir dari kawasan lain,” katanya.
03 Aug 19
438
Tiga Pekerja Resort Hilang Di Laut Ditemui Selamat
Oleh: Nooreni Abu Bakar
DUNGUN, 3 Ogos - Tiga orang pekerja resort Pulau Tenggol yang dikhuatiri hilang sejak Rabu lalu telah ditemui selamat oleh nelayan Thailand di perairan antara sempadan Thailand dan Vietnam.
Bot yang dinaiki mereka dipercayai mengalami kerosakan enjin dan ditemui hanyut kira-kira 112 batu nautika dari Dungun.
Fauzi Mohamad, 40; Muhammad Firdaus Mohd Awalluddin, 25 serta pekerja resort, Mohamad Hafiz Abd Rahim, 22 telah dibawa ke Pelantar Minyak Bunga Orkid milik Petronas yang terletak di perairan negeri Kelantan bagi mendapatkan bantuan sejurus dijumpai.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan itu.
"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun menerima panggilan kira-kira jam 1 pagi daripada penyelia pelantar minyak Bunga Orkid yang memaklumkan penemuan tiga mangsa itu,” katanya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun melahirkan kesyukuran dengan berita gembira tersebut.
Menurutnya, kerjasama daripada orang ramai mengirimkan doa serta mengadakan sembahyang hajat selepas solat Jumaat di masjid - masjid-masjid di Dungun dan juga di tapak operasi secara tidak langsung membantu usaha Mencari dan Menyelamat (SAR).
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan kakitangan resort tersebut dan individu-individu yang terlibat di dalam usaha mencari mangsa,” katanya.
Pada hari kejadian, ketiga-tiga mangsa dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan menghantar bekalan makanan ke Pulau tenggol.
Mereka yang berlepas kira-kira jam 12.30 tengah hari dari Jeti di Kampung Seberang Pintasan, didapati hilang apabila tidak tiba di pulau berkenaan tiga jam kemudian sebelum Pusat Kawalan di Ibu Pejabat Polis Daerah mengaktifkan operasi mengesan dan menyelamat mangsa.
03 Aug 19
41
Felda Chalok Barat Intai Peluang Wakil Wilayah Terengganu ke AKKF
Oleh : Ariss AliasSETIU, 2 Ogos - Felda Chalok Barat mengintai peluang mewakili Wilayah Terengganu ke peringkat kebangsaan sempena Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) pada tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Chalok Barat, Mahadi Mohamad, 48, berkata dia sentiasa memberi pesanan kepada semua peneroka dan penerokawati serta belia supaya menjaga kebersihan tanah rancangan ini agar setanding dengan tanah rancangan Felda lain yang cemerlang di AKKF peringkat kebangsaan di mana pemenang membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta.“InsyaAllah kita mungkin boleh mewakili wilayah Terengganu ke peringkat kebangsaan, tetapi harusla betul-betul serius dan bersemangat."Tanah rancangan terbaik yang berjaya menguruskan kebersihan, keceriaan dan keindahan kawasan kampung Felda di samping aspek pembangunan kualiti komuniti serta ladang akan menjadi juara AKKF,"katanya ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), disini hari ini.Katanya, mengambil semangat AKKF, pengurusan Felda Chalok Barat bakal mengadakan pertandingan keceriaan di peringkat rancangan yang akan diadili pada 28 Ogos 2019 dan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2019 sempena sambutan hari kemerdekaan.Sementara itu, Pengurus Felda Chalok Barat, Badrulnizam Mohd Tejery, 48, berkata pertandingan di peringkat rancangan nanti akan melibatkan kesemua 15 blok termasuk satu blok tambahan iaitu blok persatuan kedai yang kita iktirafkan sebagai salah satu blok yang sedia ada.“Program pada hari ini kita menyerahkan sumbangan bernilai RM200 kepada ketua setiap blok."Sumbangan ini adalah bagi meringankan perbelanjaan peneroka menghadapi AKKF peringkat tanah rancangan. Ini adalah untuk mereka membeli keperluan barangan seperti cat dan barang-barang lain untuk menghias blok kawasan masing-masing,"katanya lagi.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof yang dihubungi UPDI pula berkata, Felda Chalok Barat merupakan antara dua Felda yang hanya ada di DUN Langkap dan daerah Setiu selain daripada Felda Chalok.“Saya sendiri merupakan anak peneroka di mana saya berasal daripada Felda Chalok dan saya merasa gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh pengurusan Felda Chalok Barat.“Saya yakin sekiranya kerjasama erat ditonjolkan oleh pentadbiran tanah rancangan Felda Chalok Barat, JKKR dan dua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang ada di sana, pastinya tidak mustahil untuk mereka mencapai kejayaan,"ujarnya.
02 Aug 19
1771
Isu Tapak Pasar Payang 2, Peniaga Diminta Bersabar
KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Masalah kekurangan tapak di Pasar Payang 2 akan diberi perhatian dan diselesaikan sebaik mungkin dengan mempertimbangkan semua aspek agar pendekatan yang diambil menguntungkan dan dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, masalah tapak ini sememangnya daripada awal telah pun dalam makluman semua.Katanya, ia susulan daripada cadangan asal bangunan Pasar Payang 2 dibina untuk dua tingkat untuk semua peniaga dipindahkan, tetapi kerana bajet tidak mencukupi menjadikan bangunan sementara ini hanya dibina satu tingkat."Saya telah berhubung dengan persatuan, isunya berkait dengan tapak peniaga keropok yang asalnya lebih daripada 100 peniaga dan sememangnya daripada awal masing-masing telah dimaklumkan dari segi tapak peniaga keropok tidak cukup dan hanya ada lebih kurang 50 tempat sahaja.“Peniaga-peniaga ini sebenarnya, kita telah berunding di mana sebahagiannya ditempatkan didalam marquee tent iaitu khemah besar yang menempatkan peniaga keropok dan sebahagiannya peniaga sayur,"katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.Tambahnya, peruntukan setengah juta diberikan oleh kerajaan negeri supaya boleh menempatkan para peniaga yang dari awalnya masing-masing telah bersetuju dengan cara yang telah ditetapkan."Akan tetapi setelah bangunan sementara ini siap, timbul ketidakpuasan hati dari kalangan 100 orang ini yang sebelum ini mereka telah diundi secara bebas bagi menentukan psesiapa yang mendapat tapak dalam dan tapak luar.“Sebahagian peniaga yang ditempatkan diluar ada yang berpuashati dan ada juga yang tidak berpuashati dan ada kalangan mereka memohon kepada peniaga yang mendapat tempat didalam supaya keluar juga berniaga diluar, dan ini merupakan perkara yang tidak munasabah bagi saya," ujarnya lagi.Ahmad Amzad turut meminta supaya para peniaga ini bersabar kerana apabila bangunan baharu Pasar Payang siap, mereka akan mendapat lot masing-masing.“Untuk mendapatkan tempat sempurna kena bersabar sedikit kerana bangunan baru apabila siap nanti sudah tentu cukup untuk semua."Saya telahpun berhubung dengan Persatuan Penjaja dan mereka telah pun membawa rungutan daripada peniaga ini kepada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT),"katanya lagi.Beliau berkata, terdapat juga permintaan oleh peniaga-peniaga ini supaya mereka dibenarkan berniaga didalam bangunan Pasar Payang 2 yang akan menimbulkan masalah berbangkit dan menambahkan lagi kerumitan.Amzad turut berharap pihak persatuan dapat mengaturkan perundingan dengan cara yang baik supaya masalah-masalah ini dapat diselesaikan sesegera mungkin.
01 Aug 19
895
'Mobile Team' Aktif Bantu Golongan Miskin
Antara golongan sasar yang menerima bantuan daripada Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 1 Ogos - 'Mobile Team' terus bergiat aktif turun ke setiap lapangan masyarakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.Penolong Pegawai Perangkaan Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, Syuriati Abdullah berkata, kumpulan yang melibatkan beberapa agensi dan jabatan itu telah meletakkan beberapa kriteria tertentu agar setiap bantuan sampai kepada golongan sasar."Melalui lawatan inilah maka kita akan tentukan jabatan dan agensi mana yang boleh menghulurkan bantuan."Mereka yang diziarahi ini adalah pemohon E-Kasih, bantuan yang diberikan dalam bentuk baik pulih rumah, menambah modal perniagaan, bantuan kepada anak-anak, bantuan pendidikan dan sebagainya yang menjurus kepada kesesuaian mengikut jabatan dan agensi yang turun ke lapangan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau penduduk yang menjadi sasaran 'Mobile Team' di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, di sini semalam.Rumah Mazlan Razab (dua dari kanan).Hadir sama, Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKMD) Bukit Besi.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi berkata, usaha dan tindakan yang dilakukan itu mampu memberi sinar baharu kepada keluarga-keluarga terpilih."Antara rumah yang dilawati yang berada dalam perhatian kita ialah Mazlan Razab yang tinggal jauh dan terpinggir di dalam dusun durian."Di mana sehingga sekarang masih lagi tidak mendapat bekalan asas seperti elektrik dan air, hidup dalam keadaan seperti komando bersama isterinya," ujarnya.
01 Aug 19
214