lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Kasih Anak Penguat Jiwa Fatimah
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 8 Ogos - Kasih sayang dari anak-anak menjadi sumber kekuatan Fatimah Abu Bakar, 60, yang menghidap masalah saraf sejak lima tahun lalu untuk terus tabah menjalani hidup.Warga emas dari Kampung Pak Katak itu dijaga oleh salah seorang anaknya, Susilawati Ali, 36, berikutan dirinya tidak lagi mampu berjalan.Menurut suaminya, Ali Omar, 64, Susilawati akan menguruskan segala aspek dan kehidupan seharian ibunya itu seperti mandi, makan dan minum akibat keuzuran Fatimah yang tidak dapat menguruskan dirinya tanpa bantuan.“Saya dan ahli keluarga yang lain juga sering membantu menguruskan isteri saya terutama apabila hendak memandikannya kerana perlukan bantuan ramai untuk mengangkatnya ke bilik air,” katanya yang berkerja sebagai tukang sapu di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).Sememangnya tugasan itu bukanlah mudah bagi seorang anak lebih-lebih lagi seorang wanita, namun kasih dan tanggungjawab menguatkan sendi-sendi ibu kepada dua orang anak masing-masing berusia lima tahun dan setahun itu untuk berbakti kepada orang tuanya.Anak ketiga dari anak ketiga daripada tujuh adik-beradik itu tinggal bersama Fatimah dan suami serta merupakan anak yang ditugaskan menjaga ibunya sepenuh masa.“Ibu tidak mampu berjalan lagi sejak ditimpa penyakit ini lima tahun lalu, jadi saya dan keluarga bersama-sama membantu urusan sehariannya,” katanya ketika menerima kunjungan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN), di rumahnya, baru-baru ini.Dalam kunjungan itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafii bersama anggota PKAPKN turut beramah mesra bersama keluarga Fatimah disamping menyampaikan barangan keperluan dan wang tunai bagi membantu mengurangkan beban mereka.Turut hadir, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN)  Bukit Tunggal, Wan Mohd Fauzi Wan Harun dan ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pak Katak.
07 Aug 19
75
Empty Image
Nasib Asnaf Terus Diberi Perhatian
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 20 Ogos - Nasib golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut terus diberi perhatian dan dibantu melalui program turun padang yang dilaksanakan oleh Mobile Team Daerah Besut.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh yang turut bersama-sama penganjur kali ini berkata, program tersebut menyasarkan golongan asnaf yang daif seperti hilang punca pencarian, sakit sehingga tidak mampu bekerja untuk menyara diri dan keluarga serta golongan miskin tegar."Kita akan cuba sedaya upaya bagi membantu golongan asnaf di sini supaya mereka dapat hidup dengan selesa."Selain pihak-pihak berwajib yang melakukan pelbagai program bagi asnaf, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) juga perlu memainkan peranan penting memastikan golongan yang layak dapat dibantu di setiap kampung,” katanya.Haji Azbi Salleh berkata, pihak Pusat Khidmad Masyarakat DUN Kuala Besut akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) bagi membantu penduduk Kuala Besut.Program selama dua hari itu telah disertai oleh wakil daripada Pusat Khidmat DUN Kuala Besut, MAIDAM, JKM dan JPP.
07 Aug 19
76
Empty Image
Pesakit Strok Terharu Terima Kunjungan Wakil PK-NERUS
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 7 Ogos- Seorang pesakit strok Hamdillah Mohd, 58, terharu menerima kunjungan wakil Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) di kediamannya di Kampung Kubang Badak, semalam.Isteri Hamdillah, Fatimah Abdullah, 62, berkata, suaminya itu kini terpaksa mengharapkan bantuannya dan empat orang anak untuk menguruskan diri.“Suami saya telah mengalami strok dan terpaksa dibedah bagi membuang darah beku di kepalanya setahun yang lalu.“Selepas pembedahan tersebut, dia tidak mampu lagi bertutur seperti biasa dan hanya boleh difahami oleh saya dan anak-anak,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada program Program Ziarah Mahabbah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus yang diketuai oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus,Wan Yusrizal Wan Shafii.Turut sama dalam lawatan tersebut, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kubang Badak, Wan Abdul Halim Wan Long dan Pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.Pada kunjungan tersebut, Wan Yusrizal turut memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada Hamdillah sekeluarga agar bersabar dengan ujian Allah.Program Ziarah Mahabbah merupakan program rutin PKAPKN yang dilaksanakan pada setiap minggu bermula dari jam 9.30 hingga 10.45 pagi.PKAPKN juga menyalurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian kepada keluarga-keluarga yang dilawati.
06 Aug 19
40
Empty Image
Kuliah Dhuha Di Pasar Tani Bandar Permaisuri
Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 7 Ogos - Kuliah dhuha mingguan di Tapak Pasar Tani Bandar Permaisuri yang diadakan setiap hari Selasa berjaya menggamit suasana baharu di sini.Program berkenaan dikendalikan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Setiu dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu, Majlis Daerah Setiu dan Jabatan Kerajaan di Daerah Setiu.Penyelia i-MiTS DUN Permaisuri, Yunus Sulaiman selaku urus setia program berkata kuliah dhuha dilaksanakan setiap  Selasa kerana  adanya pasar tani dan pada masa yang  sama pengunjung dapat mengambil peluang mendengar kuliah yang disampaikan."Kita menerima maklum balas positif daripada pengunjung yang hadir,rata-rata mengatakan jarang majlis ilmu sebegini dibuat sebelum ini."Setiap minggu pengkuliah yang dijemput adalah berbeza, hal ini supaya menjadi penarik minat kepada pengunjung yang hadir,”katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di sini hari ini.Tambahnya, setiap minggu hampir 60 hingga 70 orang pengunjung yang hadir mendengar kuliah dhuha memenuhi tiga buah kanopi yang disediakan. “Majlis sebegini sedikit sebanyak menjadi medan penyampaian dakwah kepada masyarakat umumnya,” kata Yunus.
06 Aug 19
100
Empty Image
500 Ekor Lampam Hasil 'Ngambak Ikan'
Oleh : Ariss AliasSETIU, 7 Ogos - Sebanyak 500 ekor ikan lampam sungai berjaya dipungut dalam program Ngambak Ikan Komuniti Kampung Payung Bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap.Program dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Payung Baru turut berjaya menghimpunkan seramai 50 orang komuniti kampung dalam program yang julung kali diadakan pada tahun ini.Pengerusi MPKK Payung Baru, Mat Arif Majid,50 berkata program ini bagi mengeratkan hubungan dalam komuniti dan dalam pada masa yang sama menggunakan kaedah yang tidak merosakkan habitat ikan."Kita pakat (sama-sama) tahan jaring dalam Sungai Payung ini di kedua belah arah. Satu pasukan elak ikan dari sebelah hujung dan satu pasukan lagi akan kutip ikan yang terlekat di jaring.""Kita hanya ambil ikan yang bersaiz sederhana dan besar sahaja, manakala anak ikan akan dilepaskan bagi mengelakkannya daripada pupus," katanya.Beliau berkata sedemikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program berkenaan di sini hari ini.Salah seorang peserta Mohd Helmie Faizi Mat,32 berkata beliau amat seronok dengan program yang dilaksanakan kerana ianya berlangsung dengan meriah sekali."Seronokla boleh merasai pengalaman macam ni, tahan ikan menggunakan pukat secara beramai-beramai. Tak sangka dapat hasil yang banyak."Ikan yang kita dapat, penganjur masak 'Singgang Kesing Tempoyak'. Walaupun kepenatan, perasaan makan bersama-sama ni amat seronok. Tambahan ada pula budu dengan petai bakar, memang menyelerakan," ujar beliau lagi.Sementara itu, Pegawai Khas Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Arif Mazlan berkata program bersama masyarakat seperti ini sentiasa mendapat sokongan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Langkap."Saya mewakili Pegawai Penyelaras DUN Langkap Azmi Maarof mengucapkan ucapan salam dan maaf daripada beliau kerana tidak dapat menghadirkan diri disebabkan program ini bertembung dengan mesyuarat di Pejabat Daerah Setiu."Saya dah berbincang bersama pengerusi MPKK, InsyaAllah kita akan laksanakan sekali lagi program ini di sini dalam skala yang lebih besar. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini,"jelasnya.
06 Aug 19
816
Empty Image
Pesta Buku Big Bad Wolf 'Terkam' Terengganu
Oleh: Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Karnival buku bertaraf antarabangsa 'Big Bad Wolf' (BBW) yang menjadi buruan para peminat buku buat julung kalinya bakal berlangsung di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus bermula 8 hingga 19 Ogos ini.BBW telah lama mendapat tempat di hati ‘ulat buku’ seluruh Malaysia sejak ia mula dianjurkan sepuluh tahun yang lalu merupakan acara yang amat dinanti-nantikan oleh pengemar bahan bacaan pantai timur.Karnival tersebut menawarkan buku-buku  pelbagai genre serta terbitan syarikat antarabangsa dan tempatan dengan harga menarik serta  diskaun bermula 75 peratus sehingga 95 peratus.BBW yang beroperasi seawal jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam akan memberi kepuasan selain memberi keselesaan kepada para pengunjung untuk meneroka segala jenis buku yang terpamer di sana.Penggemar buku seluruh negeri Terengganu pastinya tidak sabar lagi untuk memburu bahan bacaan sekali gus menjadikan BBW sebagai himpunan terbesar pencinta buku. Semoga rakyat negeri Terengganu tidak lepaskan peluang untuk berkunjung ke karnival jualan buku yang sering menggegarkan dunia buku negara itu.
06 Aug 19
344
Empty Image
Peringatan Kepada Pemilik Haiwan Ternakan
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 5 Ogos-  Pemilik haiwan ternakan di kawasan perkelahan Bukit Besi khususnya diminta agar lebih bertanggungjawab menjaga dan mengawal selia ternakan mereka supaya tidak berkeliaran di sepanjang jalan raya destinasi pelancongan itu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya memandang serius rungutan pengguna jalan raya ke tempat perkelahan Bukit Besi mengenai perkara tersebut.Katanya,  pemilik haiwan ingkar bakal berdepan amaran dan tindakan tegas oleh Majlis Perbandaran Dungun (MPD) kerana fenomena tersebut bukan sekadar menjejaskan pemandangan malah berisiko mengundang bahaya. “Bagi menjadikan Bukit Besi relevan dengan destinasi pilihan pelancong, perkara berkenaan akan segera dimaklumkan kepada pemilik haiwan ternakan supaya bertindak segera mematuhi arahan."Kita juga akan keluarkan surat amaran melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) agar sampai kepada pemilik haiwan ternakan selain pengumuman melalui masjid dan surau supaya penduduk menjaga haiwan ternakan mereka dengan baik sekiranya tidak mahu dikenakan sebarang tindakan," ujarnya.Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai rungutan orang ramai terhadap lembu berkeliaran ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, semalam.Katanya, Bukit Besi semakin mencuri tumpuan dan mula dikunjungi ramai dengan adanya lokasi perkelahan semulajadi seperti Lubuk Kain, Sungai Kelemin, Cemerong, dan sebagainya."Pihak kita juga mencadangkan agar diwujudkan jawatankuasa khas kebersihan jalanraya kepada MPKK yang terlibat dengan menyediakan penyodok untuk membuang najis haiwan ternakan terbiar,” ujarnyaTambahnya lagi, dengan usaha yang bakal dijalankan itu pastinya akan menarik lebih ramai pengunjung untuk melakukan aktiviti riadah di Bukit Besi.
06 Aug 19
973
Empty Image
Lakukan Ibadah Korban Untuk Mencari Keredhaan Allah
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 6 Ogos- Pegawai Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Waliyuddin Johari menyeru anggota masyarakat beragama Islam melakukan ibadah korban demi mencari keredhaan Allah.Malah katanya, umat Islam juga perlu menghayati sepenuhnya ibadah korban agar apa yang dihasratkan oleh kerajaan negeri melalui prinsip Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera (TMBS) akan dapat direalisasikan apabila semua rakyatnya beriman dan bertakwa.“Justeru, akan melahirkan sifat berkasih sayang diantara anggota masyarakat. Dimana yang susah dan miskin akan dicaknai, daging korban akan dihulurkan bagi memastikan beroleh nikmat sepertimana orang lain."Mereka yang menerima pula sudah tentu gembira, malah akan menambahkan ikatan persaudaraan yang kuat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kuliah Khas Ibadat Korban, di Masjid Bukit Besi, semalam.Katanya, hikmah melakukan ibadah korban cukup besar dimana sifat cintakan dunia dan harta akan terhakis."Antara punca kepada ketidakcanaan dengan masyarakat sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri adalah kerana wujudnya didalam diri perasaan cintakan dunia dan sayangkan harta," ujarnya.Sedangkan katanya, setiap harta yang diperolehi bukan semata-mata untuk diri sendiri, kerana pada harta yang diperolehi ada bahagian yang perlu dihulurkan kepada insan yang memerlukan.
05 Aug 19
80
Empty Image
Penduduk Gembira Terima Jalan Berturap
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 6 Ogos- Kesulitan kira-kira 50 orang penduduk Kampung Cabang Oh, Jabi, yang terpaksa menggunakan jalan tanah merah yang rosak dan berlubang selama ini berakhir apabila jalan sepanjang 300 meter di kampung tersebut selesai diturap dan dibuka kepada orang ramai.Mohd Azam Zakaria, salah seorang penduduk di situ menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran kerana permasalahan jalan berlumpur sejak sekian lama di kampung itu menemui penyelesaian.“ Alhamdulillah, terima kasih Yang Berhormat.  Gembira sangat rasa sebab lama dah mohon naik taraf jalan berturap seperti ini. Penduduk di sini ternanti- nanti jalan baru kerana jalan lama sentiasa dipenuhi lumpur terutama waktu hujan.“Sebelah sana ada orang mengangkut tanah bukit. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah kontraktor yang meninggalkan jalan rosak (akibat muatan berat) begitu saja tanpa menambun batu menyusahkan kami walaupun sudah diberi peringatan. Tapi bermula hari ini semua dah berakhir,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI ketika lawatan Dr Azman ke kamping berkenaan, semalam.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jabi, Norisabri Ismail, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Cabang Oh, Ab Rahim Ghazali serta Penolong Penyelia Hal Ehwal Kemasyarakatan i-MiTS, Zakaria Mahmud.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, menjadi satu kepuasan kepadanya apabila dapat merealisasikan impian rakyat yang saban tahun mengimpikan jalan lebih selesa untuk kegunaan seharian. Katanya, jalan tersebut merupakan salah satu janji ketika tempoh kempen Pilihanraya Umum ke- 14 lalu.
05 Aug 19
443
Empty Image
Gerbang ATC Rancakkan Pembangunan Usahawan Di Ajil
Oleh : Khairuddin YusoffGerbang Ajil Trade Centre (ATC) memberi suntikan baru kepada peniaga - peniaga untuk merancakkan perniagaan lagi mereka untuk diketengahkan di peringkat komersial.Pengarah Program, Rahimi Yusoff berkata, objektif utama program ini adalah mengumpulkan usahawan dan penjaja supaya dapat mempromosi serta memajukan perniagaan supaya menjadi satu perniagaan yang berdaya saing.Katanya, program ini bertujuan untuk mengumpulkan usahawan dan penjaja jalanan untuk kita integrasikan secara bersepadu bagi memupuk daya saing usahawan tempatan kita khasnya untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.“ Alhamdulillah, ia juga menitikberatkan elemen- elemen kesepakatan, perpaduan, nilai jati diri individu dan keyakinan diri  melalui program yang kita jalankan."Apa yang penting kita terapkan pengisian rohani yang kita sajikan termasuklah beberapa agensi yang terlibat untuk memberi ceramah kerjaya bagi memberi kesedaran bahawa akademik bukan semata- mata untuk kita buktikan kecemerlangan hakiki,"ujarnya wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di tapak program di ATC, di sini hari ini.Tambah Rahimi lagi, pihaknya juga ingin mencungkil bakat kebudayaan tempatan khasnya daripada warga Ajil untuk kita ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi mengikut acuan dan patuh syariah yang telah digariskan oleh kerajaan negeri.Seramai sembilan ribu pengunjung yang direkodkan selama tujuh hari sepanjang program dijalankan dan mensasarkan seramai 20,000 orang hingga 10 Ogos nanti.“Kita ada buat kolektif data dan melangkau apa yang kita jangkakan dan pada hari ketujuh telah mencapai seramai sembilan  ribu pengunjung yang direkodkan melalui jumlah lawatan setiap booth dan kita jangkakan 20,000 orang hingga 10 Ogos nanti, InsyaAllah.“Saya juga amat berbangga dan berterima kasih kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Ajil yang memberikan kerjasama yang padu dan memang patut diberikan kredit penuh kerana turut sama turun padang menjayakan program ini, “ujarnya.RahimiSementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata  para usahawan mestilah merebut peluang melalui program sebegini untuk membesarkan lagi perniagaan mereka.“ Gerbang malam ini merupakan satu versi baru dalam medan perniagaan kerana penganjuran ini membuka ruang kepada usahawan- usahawan kecil untuk membesarkan perniagaan mereka dan kita memandang positif bahawa gerbang ini merupakan asas untuk membina masa hadapan yang cemerlang dalam perniagaan.“ Jadi kita mengharapkan wujudnya program dan pengisian dalam gerbang ini akan membuka ruang yang  lebih luas kepada peniaga - peniaga untuk mempunyai daya saing dan insiatif supaya berusaha lebih gigih dan keras untuk memajukan perniagaan mereka.Katanya lagi, alang - alang menceburi perniagaan lakukan secara bersungguh- sungguh seperti perumpamaan orang cina yang menganggap perniagaan merupakan darah daging mereka.“Jadi kita dari kecil sepatutnya membina gabungan dan jalinan dari segi kesatuan dan ini merupakan satu daripada asas perniagaan cina iaitu mereka membantu antara satu sama lain.“Jadi kita mengharapkan dengan adanya gabungan wira usahawan ini akan membantu peniaga melayu ke arah lebih berdaya saing, “ujarnya.
05 Aug 19
83