Artikel "Komuniti" Terkini
Mangsa Ribut DUN Kuala Besut Dapat Bantuan Segera
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 10 Ogos- 15 orang mangsa ribut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mendapat mendapat bantuan segera daripada Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh.Bantuan berkenaan bagi membaiki kerosakan rumah yang dialami akibat ribut kuat pada malam 9 Ogos baru-baru ini.Di antara kampung yang terlibat ialah, Kampung Baharu, Kampung Beris Pak Abu, Kampung Tengah, Kampung Pengkalan Atap, Taman Tasek, Kampung Nail dan Kampung Teluk Bayu.Azbi Salleh berkata, bantuan segera bagi membaiki rumah penduduk yang terjejas diluluskan serta merta bagi membolehkan rumah penduduk dibaiki dengan segera."Saya berharap penduduk yang terlibat dapat bersabar dengan ujian yang menimpa ini."Kami daripada Pusat Khidmat DUN akan terus membantu apa yang termampu bagi membolehkan penduduk dapat duduk dengan selesa," ujar beliau ketika membuat lawatan ke rumah yang terlibat .Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung yang terlibat.
10 Aug 19
43
21 Lembu 'Tumbang' Sempena Aidiladha Di Rhu Rendang
Dr. Samsuri mengagihkan daging korban kepada penduduk.MARANG, 11 Ogos - Sebanyak 21 lembu ditumbangkan dalam Majlis Qurban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, hari ini.Menteri Besar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak terlibat.Penduduk berkerjasam melapah daging."Ini adalah tanda bahawa dalam masyarakat, kerja yang susah boleh dilakukan jika kita berkerjasama," katanya ketika ditemui media semasa majlis berkenaan, di Pulau Kerengga, pagi ini.Majlis anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) itu bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir tengahari tadi.Sekitar 500 penduduk 'berkampung' di Pusat Tarbiyah PAS cawangan Pulau Kerengga membantu proses melapah dan mengagihkan daging korban kepada 21 buah kampung dalam DUN berkenaan.
10 Aug 19
40
Dr. Azman Tempelak Sebaran Maklumat Palsu
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 9 Ogos – Penyalahgunaan kemudahan teknologi untuk mencetus huru-hara dengan menyebarkan maklumat palsu boleh memberi impak negatif samada kepada seseorang, institusi, masyarakat, negeri mahupun negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata, teknologi dunia dihujung jari ini akan memudaratkan sekiranya tidak dimanfaatkan sebaiknya. Mengulas lanjut kes penyebaran maklumat palsu yang tular sejak beberapa hari lalu di laman sosial berkaitan makluman kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengumpulkan maklumat pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi bagi menerima sumbangan pada hari ini, beliau menegaskan, ia adalah makluman palsu.“Kita di Jabi bekerja dengan standard pengurusan yang baik. Ada surat dan kaedah untuk pemakluman sesuatu perkara kepada MPKK. Sebaran makluman melalui aplikasi Whatsapps dengan bahasa rojak dan ejaan cincai bukan standard kerja kita,” tempelaknya.Dr. Azman beranggapan, penyebaran tersebut bertujuan memburukkan nama kepimpinan negeri di kalangan rakyat dan memohon agar masyarakat tidak terpengaruh dengannya.“Walaupun dengan mudah menekan satu ‘click’, kesannya amat memudaratkan. Elakkanlah diri dari bersengkongkol dalam melakukan kemungkaran kerana ia bukan sesuatu yang remeh. Pastikan kesohehannya terlebih dahulu sebelum menyebarkannya,” katanya.
08 Aug 19
58
Negeri Terengganu Tanpa Plastik 2021
Dr. Alias Razak.
KEMAMAN, 9 Ogos – Kerajaan negeri bersetuju memutuskan penguatkuasaan undang-undang bahawa tiada lagi penggunaan plastik untuk semua jenis perniagaan bermula Januari 2021.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, ia bertujuan mengurangkan risiko plastik dan mikroplastik yang menjadi ancaman kepada hidupan marin dan alam sekitar.
“Ini adalah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan sebagai usaha kita untuk memastikan alam sekitar dapat diwariskan kepada generasi akan datang dalam keadaan yang selamat.
“Perkara ini telah dilaksanakan secara beransur-ansur melalui pendidikan berkaitan risiko plastik serta pekeliling yang telah diedarkan bermula Januari tahun ini,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup Terengganu Turtle Camp 2019 di Pusat Santuari Ma’Daerah, Kerteh, hari ini.
Program tersebut menghimpunkan 40 pelajar daripada 10 sekolah terpilih dari seluruh negeri untuk memupuk kesedaran dan meningkatkan pemahaman mengenai penyu yang merupakan khazanah negeri Terengganu.
Para peserta Terengganu Turtle Camp merakamkan gambar bersama.
Program selama tiga hari itu dianjurkan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dan World Wide Fund for Nature (WWF) dengan sokongan kerajaan negeri dengan memberi pendedahan menerusi pembelajaran aktiviti luar darjah.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, PSKT, Rosman Roslan; Pengurus Konservasi Penyu WWF Malaysia, Lau Min Min; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Abd. Rahman Kadir serta
Eksekutif Sumber Manusia, BP Petronas Acetyls Sdn. Bhd., Zam Zam Abdul Rahman.
Turut hadir, Ketua Bahagian Pejabat Cawangan Kertih, Majlis Perbandaran
Kemaman, Mohd Kamaruzaman Abd Aziz; Ketua Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu Rantau Abang, Firdaus Abdullah dan Penghulu Mukim Kerteh, Abdul Ghafar Mohamed.
Beliau berkata, dalam jangka masa dua tahun tempoh pendidikan itu, pelbagai program dilaksanakan antaranya melalui Hari Tanpa Beg Plastik setiap Sabtu bagi negeri Terengganu.
08 Aug 19
450
Dua Warga Emas Rantau Abang Rela Berdikari
Salah seorang pesakit yang menerima bantuan dari Abdul HalimOleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 8 Ogos – Ada penduduk Rantau Abang di sini enggan memohon bantuan dari agensi kebajikan kerajaan kerana bimbang ada yang lebih layak dari mereka untuk berbuat demikian.Salah seorang yang ditemui, Mohd Syukri Ab Majid, 55 berkata dia masih mampu bekerja walaupun hasil pendapatan tidak cukup untuk menampung kehidupannya sekeluarga. "Takut ada yang lebih susah daripada saya, jadi saya akan mengambil hak mereka, disebabkan saya mereka tidak dapat bantuan.“Jadi saya takut dipersoal di hadapan Allah nanti, " kata bapa kepada lima orang anak itu. Mohd Syukri yang ditemui oleh wakil media ketika rutin ziarah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang di sini hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun diwakili oleh pegawai peribadinya, Abdul Halim Nasir membuat lawatan tersebut di Kampung Pinang Baru di sini. Mohd Syukri yang tinggal di Kampung Pinang Baru itu memberitahu pernah mengisi borang e-kasih dan pernah dilawati oleh pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sekali gus dimaklumkan permohonannya berjaya. "Bagaimanapun sehingga sekarang, saya tidak terima apa-apa bantuan, jadi saya diam jelah, mungkin ada yang lebih layak, takut jugok," ceritanya sambil bibir mengukirkan senyuman.Menurutnya empat orang anak beliau masih bersekolah termauk dua orang di sekolah menengah manakala dua orang lagi belajar di universiti awam. Sementara itu seorang penghidap lemah jantung, Mokhtar Ali, 57 yang juga malu untuk memohon bantuan kerajaan memandangkan beliau masih boleh bekerja walaupun tidak dapat melakukan kerja-kerja berat. "Berilah kepada orang lain dulu, melainkan kalau saya tidak bergerak dan hanya mampu berbaring," katanya yang mempunyai enam orang anak yang mana empat daripadanya masih belajar.Bagi mereka, selagi kudrat masih ada untuk mencari nafkah yang menjadi tanggungjawab seorang ayah dan ketua keluarga, mereka lebih gemar berusaha sendiri menyara hidup keluarga masing-masing tanpa perlu meminta-minta walaupun tahu memang menjadi tanggungjawab kerajaan membantu.
08 Aug 19
47
Kebun Nanas Tenggelam Dapat Perhatian - PP DUN Langkap
Oleh : Ariss AliasSETIU, 8 Ogos – Kejadian Kelompok Nanas Bukit Kecil yang tenggelam mendapat perhatian Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof.Kejadian yang sering berulang apabila berlakunya musim tengkujuh ini menyebabkan sebahagian daripada kebun nanas di sini ditenggelami air dan memberi kerugian kepada pengusaha.Salah seorang pengusaha tanaman nanas,Mazlan Ghani, 47, berkata air yang naik menyebabkan pokok nanas yang berdekatan parit dan sebelah bawah tenggelam seterusnya memberi kerugian besar kepada pekebun.“Tanaman nanas yang terlibat ada dalam beberapa peringkat. Sekiranya anak pokok dalam usia empat hingga enam bulan, kerosakan pada anak nanas dalam sekitar 25 peratus sahaja."Bayangkan 10 ribu daripada 40 ribu anak pokok satu lot (2.5 ekar) terpaksa dibuang. Harga ladang RM2 untuk sekilogram (kg) buah nanas, sebiji nanas sekitar dua kg, didarabkan dengan 10 ribu anak pokok ialah RM40,000.. itu jumlah kerugian,” ujarnya.Jelas Mazlan, sekiranya pokok nanas dalam peringkat mengeluarkan buah, pokok terbabit memang tidak dapat diselamatkan 100 peratus."Sebab itu kebanyakan pekebun kecil di kawasan yang sering tenggelam ini menjual anak pokok dalam usia muda kepada Perkampungan Konservasi Gajah Tasik Kenyir untuk dijadikan makanan,” tambahnya lagi.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) semasa sesi lawatan ke Kampung Bukit Kecil sempena ziarah orang Miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU), Sakit, Warga Emas dan Anak Yatim (MOSWAY) bersama Ahli Parlimen Setiu, Yang Berhormat Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir ke empat buah kampung di Mukim Chalok semalam.Sementara itu, Azmi Maarof berkata beliau akan bawa permasalahan ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Setiu bagi melihat sistem perparitan di kelompok nanas ini sama ada perlu diperbaiki atau tidak.“Kita akan turut libatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Setiu untuk melihat ‘ Culvert ’ yang menghubungkan saliran sebelah kebun nanas dengan seberang jalan yang dikatakan punca utama aliran air tidak mengalir dengan baik apabila datang musim hujan nanti.”“Mereka (pekebun) mendakwa kedudukan ‘Culvert’ ini agak tinggi dan sempit menyebabkan aliran air keluar perlahan. InsyaAllah saya akan berusaha untuk menyelesaikan isu ini," ujar beliau.
08 Aug 19
579
Kelas Tajwid Percuma Satukan Masyarakat Batangan Terengganu
Ibrahim Mohamad sedang mengajar tajwid.Oleh : Aziz HambaliMARANG, 8 Ogos - Seruan kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu Maju, Berkat, dan Sejahtera disambut baik oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batangan yang menganjurkan kelas tajwid secara percuma sekaligus ia berjaya menyatukan penduduk di sana.Ketua Biro Wanita MPKK Batangan, Gayah Sulong, 50, berkata kelas mengaji dan pengenalan tajwid itu diadakan bagi meluaskan pendekatan pengajian al-Quran kepada masyarakat pedalaman.Ujarnya, pengajian secara mingguan itu melibatkan lebih 30 pelajar yang rata-ratanya terdiri daripada ahli kariah Surau Nurul Ittifaq di samping turut menarik minat pelbagai lapisan masyarakat walaupun berbeza ideologi parti.“Melalui kelas sebegini ini kita akan dapat mengajar orang kampung mengenali dan memahami isi-isi ayat al-Quran selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama jemaah disini.“Kelas tajwid yang kami anjurkan ini diadakan secara percuma bagi memberi peluang kepada orang kampung memahami ayat Al-Quran secara lebih meluas walaupun kami tinggal sedikit jauh daripada orang lain,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Surau Nurul Ittifaq dalam ziarah mahabbah isteri Ahli Parlimen Marang, di sini hari ini.Sementara itu, Guru Kelas Tajwid, Ibrahim Mohamad, 63, berkata, walaupun kelas mengaji anjuran MPKK Batangan sudah menjangkaui usia setahun, namun ia masih mendapat sambutan yang hebat daripada punduduk setempat.“Saya mula mengajar kelas tajwid secara percuma ini setelah tamat mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu pada setahun yang lepas,” katanya.
08 Aug 19
332
Masyarakat Asli Perlu Diberi Perhatian
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 7 Ogos- PAS Kawasan Besut (PKB) dibawah Lujnah Dakwah baru-baru ini berkesempatan menyantuni masyarakat Orang Asli dalam Misi Dakwah dan Kebajikan Orang Asli di Pedalaman Hulu Sayap,Hulu Besut.Ahli Jawatankuasa PKB, Dr.Riduan Mohamad Nor berkata, pihaknya mengambil pendekatan mendekati golongan tersebut atas dasar prihatin dan tanggungjawab menyampaikan dakwah terhadap mereka.“Kita mengharapkan masyarakat Orang Asli di sini akan terus mendalami Islam dan hidup dalam kerukunan Islam.“Marilah kita bersama-sama menjadikan surau kampung mereka ini tempat mereka belajar ,berhimpun dan tempat untuk menguatkan ukhwah diantara satu sama lain,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman selepas mengetuai program tersebut.Pada program tersebut juga wakil pejabat penyelaras Parlimen Besut juga telah menyampaikan sumbangan pakaian dan makanan kepada 32 keluarga.Katanya, seramai 40 orang sukarelawan yang terdiri daripada doktor dan wakil Muslim Care turut sama dalam misi dakwah itu.
08 Aug 19
38
Kuala Terengganu Bandar Raya Selamat Bukan Angan Kosong - Amzad Hashim
Amzad Hashim (kiri).Oleh : Ammar RozlanKUALA TERENGGANU, 8 Ogos - Tekad untuk menjadikan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar raya selamat bukan angan-angan kosong sebaliknya ia akan diusahakan dengan pelbagai strategi ampuh.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, dalam satu mesyuarat bersama Jawatankuasa Perhubungan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kelmarin, isu pengedaran dan penagihan dadah antara perkara hangat yang dibangkitkan.Jelasnya, perkara tersebut merupakan antara punca berlakunya suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat di negeri berkenaan.“Isu dadah adalah cabaran terbesar dan menyumbang kepada jenayah indeks yang lain.“(Diharapkan) dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi MCPF di peringkat negeri Terengganu akan menambah nilai dalam perjuangan membanteras jenayah,” ujarnya dalam perbincangan tersebut.Perbincangan untuk mengurangkan masalah jenayah di Kuala Terengganu.Turut hadir, Ketua Polis Terengganu merangkap Pengerusi MCPF, Dato’ Aidi Ismail, Naib Pengerusi I MCPF Terengganu, Noor Halim Nordin, Naib Pengerusi II MCPF, Dato' Wan Mohd Al Bakri Wan Md Noor dan Bendahari MCPF, Ahmad Izani Ab Ghani.Jelas Amzad lagi, kerjasama berkenaan bukan hanya menjamin persekitaran yang aman dan selamat untuk semua rakyat Terengganu tetapi ia turut mampu menarik pengunjung untuk ke negeri tersebut.Beliau juga mengharapkan melalui MCPF segala isu jenayah akan dapat dibanteras ke arah menjadikan negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.“Sebelum ini dengan kerjasama bersama Persatuan Kepolisan Komuniti Durian Burung (PKKDB) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kita telah berjaya menyelesaikan satu masalah lumba haram yang sangat serius satu ketika dahulu di Kuala Terengganu,” ujarnya.
08 Aug 19
115
Warga Emas Terharu Terima Sumbangan Katil Beroda
Anaknya, Zulkifli Mamat menerima katil bagi pihak Mamat Puteh.Oleh : Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 8 Ogos – Seorang warga emas, Mamat Puteh, 81, terharu dengan sumbangan katil beroda yang diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat semalam.Mamat yang menetap di Kampung Gong Pauh, di sini berkata, bantuan itu dapat meringankan bebannya selepas tidak mampu bergerak berikutan menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit saraf dan prostat.“Alhamdulilah, saya bersyukur, dengan adanya katil beroda ini, ia sedikit sebanyak memudahkan saya dan keluarga untuk melakukan aktivit harian dengan lebih teratur,” katanya ketika ditemui media semasa penyerahan katil itu. Hadir sama menyerahkan sumbangan itu ialah Penyelia Pejabat ADUN Chukai, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat, Abdul Hafiz Ghazali dan Penolong Pegawai IT (Multimedia) & Media Baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Azizi Zakaria.Sementara itu, menurut anaknya, Zulkifli Mamat, sumbangan tersebut pastinya melegakan mereka sekeluarga kerana dapat mengurangkan beban ayahnya.“Kami memanjat kesyukuran di atas sumbangan yang diberikan kepada ayahandanya kami.“Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Haji Hanafiah Mat dan kakitangan Pejabat ADUN Cukai yang telah berusaha untuk merealisasikan matlamat kami untuk mendapatkan bantuan katil bagi kemudahan ayahanda kami.“Semoga ianya memberi manfaat kepada ayahanda dan dapat membantu memudahkan urusan harian beliau,” ujarnya.
07 Aug 19
154