lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Hari Tasyrik Pupuk Semangat Komuniti
Ridzuan Hashim.Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 15 Ogos - Konsep gotong-royong dan kerjasama pada hari tasyrik berjaya memupuk semangat komuniti dikalangan penduduk kampung.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Petiti, Awang Salleh berkata, hari tasyrik merupakan hari kebesaran dalam Islam dan ramai perantau mengambil peluang untuk pulang ke kampung untuk melakukan ibadat korban.“Kita juga mengambil peluang ini ketika ramai perantau pulang untuk menganjurkan kejohanan futsal pada sebelah malam.“Setelah pada siang hari kita bergotong-royong menguruskan ibadat korban, malamnya kita bersukan pula supaya keramahan antara penduduk sentiasa berkembang,” ujar beliauBeliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Futsal Tertutup Bukit Petiti yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Bukit Petiti, kelmarin.Anak muda komited membudayakan amalan sihat dalam kehidupan.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim turut berucap dalam majlis berkenaan berkata, dengan semangat kerjasama yang tinggi antara masyarakat kampung itu, kejohanan tersebut berjaya mengumpulkan 16 pasukan futsal dari serata kampung.“Tahniah kepada pengurusan MPKK Kampung Bukit Petiti kerana bijak mengintai peluang dalam meraikan bakat dan minat anak-anak muda.“Penerimaan masyarakat terhadap penganjuran aktiviti merupakan kesan yang positif dalam membangunkan komuniti setempat,” katanya.Beliau juga berharap agar para pemuda tidak hanya menumpukan kepada aktiviti sukan semata-mata, sebaliknya turut sama menghayati kehidupan sebenar sebagai hamba Allah dengan sentiasa memantapkan ilmu.“Terutamanya ilmu Fardu Ain agar ia menjadi benteng yang akan memelihara kehidupan kita semua.
14 Aug 19
48
Empty Image
Sedia Terima Teguran – Dr Azman
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 15 Ogos –  Disiplin, intergriti, beretika dan penuh kewibawaan perlu diterapkan dan ditingkatkan dalam diri setiap pekerja agar membentuk pekerja yang berkualiti.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata setiap pekerja tidak kira samada kakitangan kerajaan, swasta mahupun persendirian perlu menerapkan nilai-nilai murni  bagi memastikan kualiti kerja itu paling terbaik.‘’ Sekiranya ada yang mendakwa bahawa terdapat kakitangan Jabatan Pertanian Terengganu tiada kerja, makan gaji buta, saya sebagai orang yang bertanggungjawab akan terasa.‘’Yang pertamanya, saya akan jemput orang berkata begitu untuk datang ke pejabat.  Saya mahu tahu apa sebab tuduhan itu keluar,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas menziarahi dua kematian di Kampung Anak Ikan dan Kampung Gong Berangan, petang semalam.Katanya, beliau sebagai pemimpin sentiasa bersedia untuk bertanggungjawab perbetulkan keadaan sekiranya dakwaan itu berasas demi menjaga prestasi, nama baik dan penambahbaikan.‘’ Kalau dakwaan dia ada asas, tanggungjawab sayalah sebagai pemimpin untuk perbetulkan keadaan. Kalau dakwaan sekadar atas angin, dia yang kena perbetulkan,’’ jelasnya.Terdahulu Dr. Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut mengingatkan untuk menjaga adab-adab sewaktu menziarahi kematian."Ketika ziarah, kita ambil peluang untuk menginsafi diri agar tidak sombong ketika hidup kerana semua orang akan menemui tempoh pengakhiran hidup.‘’ Hebat macam mana pun, sampai masa kita perlu diusung. Tidak boleh berjalan sendiri ke kubur. Maka janganlah angkuh semasa kita masih boleh melangkah gagah,’’ katanya.
14 Aug 19
30
Empty Image
Daging Korban Makanan Terbaik
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 14 Ogos – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan bahawa daging haiwan yang dikorban semasa Hari Raya Aidiladha merupakan daging yang paling baik untuk dimakan.Katanya, daging korban adalah daging yang paling baik untuk dimakan, kerana daging itu disembelih semata-mata kerana Allah SWT.“Ada padanya barakah (berkat), mudah-mudahan Allah terima dan boleh membina jiwa yang baik, insyaAllah.“Maka saya menggalakkan kepada semua orang yang tidak berkorban, agar dapat memperolehi daging korban. Mudah-mudahan kita dapat berkongsi kebaikan daripada daging yang disembelih kerana Allah SWT”, ujar beliau lagi.Beliau berkata demikian semasa Program Korban Perdana, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PK-NERUS),, di Lembah Takir, Kg Baru Seberang Takir, pada hari raya pertama.Program itu merupakan program tahunan PK-NERUS dan pada tahun ini, sebanyak empat ekor lembu bersaiz biasa, dan seekor lembu bersaiz gergasi yang mencecah harga RM 9,500 seekor. Dr Khairuddin juga berkata, pihaknya akan agihkan pada masyarakat sekitar dalam satu kilogram untuk setiap satu keluarga supaya setiap seorang dapat merasa nikmat daging korban.“Program ini bermula pada jam 9.30 hingga 1.00 petang yang melibatkan hampir 100 orang sukarelawan dari seluruh kawasan Kuala Nerus,” katanya.
13 Aug 19
90
Empty Image
Sistem Kutu Mampu Galakkan Guru MDI Sertai Korban
Oleh : Nooreni Abu BakarMARANG, 14 Ogos -  Madrasah Darul Iman (MDI) di sini,   mengambil inisiatif mengadakan sistem 'kutu'  bertujuan membantu guru  madrasah itu menyertai Program  Korban pada setiap tahun.Timbalan Mudir I  MDI yang juga Penasihat Program Qurban Dan Aqiqah MDI, Ustaz Ahmad Buniyamin Razimin berkata, kutipan kutu secara bulanan yang akan dimulakan pada September  nanti  adalah  pertama kali diperkenalkan."Alhamdulillah untuk mereka seekor lembu berjaya diqurbankan, ini satu kelainan yang kita buat pada tahun ini memandangkan mereka kurang berkemampuan. “Sejumlah enam ekor lembu dan  sembilan ekor kambing dikorbankan pada tahun ini  berbanding  empat ekor  lembu pada tahun lepas.“Hampir keseluruhan daging  disumbangkan kepada pihak  MDI dan  kelas tuisyen  sebagai hidangan  tengahari pelajar-pelajar Tahun Lima dan Tahun Enam yang mengikuti untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam(UPSRI) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). , " ujarnya.
13 Aug 19
194
Empty Image
Manisnya Ibadah Korban, Pupuk Perpaduan
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 12 Ogos - Ibadah korban bukan sahaja memupuk sikap kerjasama malah  dapat menyuburkan semangat perpaduan melalui aktiviti gotong royong yang dilakukan bersama.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, penyertaan penduduk tanpa mengira fahaman politik dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan mempercepatkan urusan melapah serta pembahagian daging.“Kita bersyukur kepada Allah S.W.T kerana perancangan majlis korban pada hari ini berjalan dengan lancar bermula pada tujuh pagi dengan menyembelih lembu pertama untuk ambil sebahagiannya untuk dimasak.“Alhamdulillah pada pukul 9.30 pagi selesai semua proses sembelihan dan melapah dalam keadaan yang licin dan teratur dengan penglibatan seramai 60 orang petugas yang turut dibantu Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta cawangan PAS di sekitar kampung ini yang membanting tulang dan memberikan kerjasama yang sangat baik.“Sehinggalah daging dapat diagihkan kepada mereka walaupun tidak meliputi semua penduduk di Ajil ini tetapi sekurang- kurangnya kita telahpun berusaha melakukan ibadat korban ini dengan sempurna.“Apa yang boleh dipuji petugas kita tidak meninggalkan sisa korban begitu sahaja bahkan mereka menyempurnakan tangungjawab membersih tempat sebelum dan selepas majlis dengan sempurna,” katanya kepada  wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Korban di kediamannya Kampung Peroh, di sini, hari ini.Tambah Maliaman, sembilan ekor lembu dikorbankan dan berharap akan ditambah lagi bilangan lembu pada tahun hadapan supaya daging dapat diagihkan dengan lebih meluas.“Pada tahun hadapan kita akan buat perubahan yang lebih baik dan akan menambahkan lagi jumlah lembu supaya daging dapat diagihkan dengan lebih meluas supaya ramai penduduk dapat merasainya.“Apa yang penting masyarakat memahami hikmah di sebalik ibadat korban ini seterusnya   mengeratkan lagi hubungan ukhuwah dan silaturahim antara kita, “ujarnya.
12 Aug 19
231
Empty Image
Rakyat Terengganu Perlu Budayakan Tabiat Membaca
Oleh : Adli MohamadKUALA NERUS, 12 Ogos- Rakyat Negeri Terengganu perlu menggunakan peluang penganjuran karnival atau pesta buku di negeri itu untuk membudayakan tabiat membaca dikalangan generasi muda.Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Cawangan Pahang, Siti Aisyah Munirah Bohang berkata, membaca adalah satu kepentingan dan menjadi kunci kepada ilmu untuk mengetahui pelbagai perkara."Pandangan yang mengatakan golongan terpelajar dan khusus untuk mereka yang bekerjaya tertentu sahaja perlu ada minat membaca tidak tepat, kerana kita ini manusia yang perlu menimba ilmu dari bahan bacaan tanpa mengira siapa dan faktor usia."Budaya membaca perlu dipupuk dari awal usia, ibu bapa perlu didik anak mereka untuk membaca dengan cara ibu bapa juga perlu mempunyai minat untuk membaca, maka mereka akan menjadi contoh kepada anak-anak," katanya ketika ditemui di karnival buku 'Big Bad Wolf', yang berlangsung di Mydin Mall, Gong Badak, baru-baru ini.Sementara itu, Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Izham Johari Mohamad, 45, berpendapat antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk memupuk minat sukakan bahan bacaan adalah dengan meluangkan masa membawa keluarga ke pameran-pameran buku."Di pesta buku, karnival atau apa sahaja festival yang  berkaitan dengan buku, saya membiarkan sahaja anak-anak saya memilih bahan bacaannya sendiri dan tidak berkira untuk mengeluarkan belanja kepada anak-anak untuk membeli buku."Sebagaimana hari ini, apabila saya bawa anak saya ke 'Big Bad Wolf' ini dia memilih komik, bagi saya tiada masalah kerana dia baru sahaja ingin menyemai minat membaca dan saya yakin satu masa nanti dia akan memilih bahan bacaan yang lain dan lebih baik," katanya.Sementara itu, Pegawai  Kewangan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Mohd Khaliq Iqhwan, 34 pula berharap, kerajaan negeri akan mengadakan lebih banyak program berkaitan buku yang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat mutakhir ini."Kalau boleh biarlah ia diadakan berterusan, paling tidak, adakan enam bulan sekali dan lebih baik jika kerajaan negeri yang anjurkan."Ini kerana, anak-anak perlu didedahkan dengan kisah-kisah nabi, cerita rakyat, supaya minat mereka terdorong di samping melancarkan pembacaan pada awal usia, serta mengembangkan pemikiran ke arah intelektual yang lebih berkesan," katanya.
11 Aug 19
144
Empty Image
Tulisan Jawi Harus Dipelihara
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 12 Ogos - Tulisan jawi pernah menjadi tulisan perantaraan diseluruh nusantara termasuk di beberapa negara Asia pada zaman dahulu dan tulisan rasmi di negara ini pada satu ketika dahulu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata tulisan jawi harus dipelihara dan wajar dikekalkan dalam sistem pembelajaran agar ia tidak ditelan zaman.“Tulisan jawi ini adalah lambang identiti kita sebagai orang melayu, orang yang memerintah negara ini tetapi kenapa tiba tiba ada pihak yang cuba menghapuskannya walau dengan cara halus,” katanya ketika ditemui media di tapak Korban Perdana di Surau Ustaz Omar Syukri, di sini hari ini.Sebanyak 17 ekor lembu dikorbankan sempena Majlis Korban Perdana yang berlangsung di perkarangan surau tersebut.Tambahnya, menerusi hasil kajian sejarah yang menemukan tulisan Jawi, ia antara tulisan terawal yang ditemui di Tanah Melayu, iaitu pada 1303 Masihi menerusi penemuan Batu Bersurat di Terengganu, berbanding penemuan bahasa rumi yang hanya ditemui pada lewat kurun ke-19.Malah menurutnya lagi, perjanjian penting antara Raja-Raja Melayu dengan Portugis, Belanda dan Inggeris seperti perjanjian antara Stamford Raffles dengan Johor, Perjanjian Pangkor 1874, Pengisytiharan Merdeka 1957 juga ditulis menggunakan skrip tulisan Jawi.Beliau yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri turut melahirkan kebimbangan akan generasi sekarang dan akan datang dimana tidak mengenali tulisan warisan nenek moyang mereka itu.“Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai dikalangan anak muda sekarang tidak dapat membaca jawi, buktinya apabila diminta baca AlQuran, dia tidak dapat membacanya,” ujarnya.Terdahulu, Cikgu Wan Hapandi dalam ucapannya, melahirkan rasa syukur kerana pihak surau menerusi kakitangannya serta orang ramai hadir bergotong royong melaksanakan ibadah yang dituntut oleh Allah Taala ini.“Walaupun pada tahun ini lembu korban adalah lebih sedikit jika dibandingkan dengan tahun lalu dan tahun-tahun sebelummya namun ia bukanlah ukuran jika dilihat dari soal kuantiti tetapi pengorbanan yang kita lakukan itu akan dinilai Allah Taala.“Pada hari akhirat nanti, binatang yang telah dikorbankan akan menjadi saksi terhadap amalan ketaatan yang telah dilaksanakan," ujarnya.
11 Aug 19
265
Empty Image
Ibadah Haji Serlah Perpaduan Dan Keharmonian Umat Islam
Oleh : Aziz Hambali MARANG, 12 Ogos - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan ibadah haji adalah mesej perpaduan dan keharmonian umat Islam kepada dunia. "Ibadah haji adalah himpunan tahunan terbesar umat Islam di kota suci Makkah dan diwajibkan kepada orang Islam yang mempunyai kemampuan."Sewaktu melaksanakan ibadat ini, umat Islam akan bertemu pelbagai bangsa, warna kulit dan bahasa tetapi seiring dalam mengagungkan Allah SWT," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selesai melakukan ibadah korban di rumah anakandanya, Yusuf Abdul Hadi berdekatan Pantai Rusila, di sini, semalam.Presiden parti Pas itu turut menitipkan bahawa sewaktu hari raya Aidiladha, umat Islam juga dituntut menyembelih binatang ternakan sebagai simbolik mesej pengorbanan yang perlu dilakukan."Ikut sunnah, daging yang disembelih hendaklah dibahagi sama rata tanpa dijadikan upah bagi penyembelih kerana ia adalah kerja-kerja kebajikan."Allah SWT telah menjelaskan ibadat korban merupakan cerminan takwa seseorang hamba kepada-Nya. Bertitik tolak daripada kedua-dua ibadat haji dan korban, kita memahami bahawa tema perpaduan dan pengorbanan terangkum dalam usaha kita menjadi hamba Allah SWT yang bertakwa," jelasnya.Dalam program berkenaan, daging daripada tiga ekor lembu yang dikorbankan dibahagi kepada tiga buah kampung iaitu Kampung Rusila, Kampung Rhu Renggeh dan Rhu Dua.Dalam pada itu, Abdul Hadi turut berharap agar hari raya kali ini digunakan sebagai medan menguatkan keimanan dan menambah amal soleh sekaligus tetap memelihara tanggungjawab terhadap umat Islam dan masyarakat seluruhnya.
11 Aug 19
122
Empty Image
Ibadah Qurban Eratkan Ukhwah
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 11 Ogos- Ibadah Qurban bukan sahaja menyahut seruan Ilahi,bahkan juga dapat mengeratkan ukhwah sesama masyarakat setempat .Penyelaras Parlimen Besut,Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor hari ni buat pertama kalinya selepas memegang jawatan sebagai Penyelaras Parlimen menganjurkan Qurban Perdana bertempat di Kompleks Pendidikan Annur Besut,Kampung Alor Belanga Jertih sebanyak 10 ekor lembu."Alhamdulillah, Qurban Perdana anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen berjaya dengan jayanya dengan kehadiran masyarakat setempat dan dari luar daerah,"ujar beliau ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini hari ini.Turut hadir,Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Belanga dan MPKK berdekatan bagi menjayakan program tersebut.Katanya, selain melakukan ibadah qurban. pihaknya juga mengadakan jamuan rakyat selepas selesai kepada semua yang hadir."Alhamdulillah,sebanyak 10 ekor lembu dapat dibuat qurban tahun ini secara gotong royong bersama orang kampung dan pada tengahari ini dapat diadakan jamuan rakyat kepada tetamu-tetamu yang hadir."InsyaAllah program seperti ini akan diadakan bagi tahun-tahun seterusnya memandangkan sambutan yang amat baik dari masyarakat sekitar," ujar beliau lagi.Tambah Dr. Riduan, sehari sebelum Hari Raya, pihaknya telah menganjurkan Program Berpuasa Hari Wukuf dan mendapat sambutan masyarakat sekitar dengan majlis berbuka."Ini termasuklah ceramah khas wukuf  pada jam enam petang yang disampaikan oleh Ustaz Nik Roslan Nik Mohamad,Ketua Urusan Ulama Besut," katanya.
11 Aug 19
60
Empty Image
Cuti Hari Arafah, Rebut Peluang Tingkatkan Ibadah
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 11 Ogos - Pengisytiharan Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah sebagai cuti umum di Terengganu menandakan tarikh tersebut penting untuk diingati dalam hidup setiap Muslim.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Rantau Abang, Alias Harun yang turut mengalu-alukan pengiystiharan tersebut berkata Hari Arafah adalah sempena 'wukuf di Padang Arafah' merupakan hari yang digalakkan  berpuasa, memperbanyakkan doa, zikir dan banyak lagi amalan yang dijanjikan Allah dengan ganjaran yang berganda."Jadi, dengan diberi cuti, memberi peluang untuk rakyat melakukan amalan-amalan untuk merebut ganjaran yang tiada pada hari lain, ini memberi galakan kepada rakyat," ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui selepas menyaksikan penyembelihan lembu korban di beberapa tempat di DUN Rantau Abang, di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  pengiystiharan Hari Arafah sebagai cuti umum untuk Terengganu oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar jumaat lalu.Menurutnya, kerajaan negeri  sentiasa ingin melihat rakyatnya mempergiatkan ibadah agar menjadi hamba yang soleh."Terengganu adalah negeri pertama yang menjadikan Hari Arafah sebagai cuti umum, dan sewajarnya rakyat menggunakan kesempatan ini untuk mengeratkan silaturrahim, kerana simbolik hari tersebut adalah untuk penyatuan umat Islam."Kesatuan ini sewajarnya diperkukuhkan dalam kehidupan seharian umat Islam," ujarnya.
11 Aug 19
41