lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
i-MiTS Ajil Bantu Remaja Bina Potensi Diri
Oleh : Khairudddin YusoffHULU TERENGGANU, 19 Ogos – Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) melalui Kelab Kebajikan i- Mits Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil berusaha membantu remaja memupuk potensi dalaman yang cemerlang melalui penganjuran Kem Adam dan Hawa (KEMAH) yang dianjurkan, baru-baru ini.Pengarah Program, Ahmad Faizuddin Ismail  berkata, program tersebut merupakan aktiviti tahunan bertujuan mengisi masa lapang cuti sekolah  supaya remaja tidak terpengaruh dengan perkara tidak sihat selaras mengasah bakat terpendam dalam diri melalui kaedah pentarbiyyahan dan modul yang dilaksanakan.“Alhamdulillah kem(KEMAH) hari ini merupakan kali keempat yang  mensasarkan remaja berumur 13- 16 tahun bagi mendidik mereka dalam membina karakter berkepimpinan, beriman, dan berintegriti.“Apa yang penting, kita mahu pupuk budaya islami sejak mereka di peringkat usia muda kerana generasi ini yang akan menjadi pewaris kepada perjuangan Islam pada masa akan datang,” katanya ketika program berkenaan di Ajil, baru-baru ini.Program selama tiga hari itu turut membawakan pelatih berpengalaman dari Qudwah Legacy Training Consultant (QLTC) bagi mengurus keseluruhan pengisian perjalanan program selain turut mendapat kerjasama QLTC, Kelab Waris Jati Diri (WAJA) dan Amerrah DUN Ajil
19 Aug 19
142
Empty Image
ADUN Kemasik Mahu Bina Pusat Dialisis
Ir Saiful (dua dari kiri) meninjau keadaan pesakit yang sedang menerima rawatan berkala. Foto - Ahmad Syahid AdnanOleh: Khalid AbdullahKUALA NERUS, 19 Ogos - Dek prihatin terhadap nasib pesakit buah pinggang untuk mendapatkan rawatan hemodialisis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili komited membina sebuah  pusat dialisis di Kemasik.“Kita melihat ada keperluan untuk mewujudkan sendiri pusat dialisis memandangkan pusat rawatan sedia ada di bandar Chukai atau Dungun agak jauh untuk pesakit berulang-alik tiga kali seminggu.“Rawatan dialisis pula bukannya murah, kos satu rawatan biasanya RM200 ke atas, jadi bayangkan berapa banyak yang perlu dihabiskan pesakit dalam sebulan,” ujar beliau.Ir Saiful Azmi juga berkata, dengan siapnya pusat rawatan itu nanti akan dapat menjimatkan perbelanjaan rawatan pesakit dan mereka dapat menerima rawatan lebih baik dengan kebajikan lebih terjaga.“Kos membina sebuah pusat hemodialisis sangat mahal, namun kita mengintai peluang untuk bekerjasama dengan orang persendirian atau individu, badan korporat dan juga pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) itu sendiri bagi merealisasikan hasrat ini.“Jadi, kita harap pusat itu nanti bakal memberi lebih kemudahan kepada pesakit di kawasan Kemasik, juga masyarakat sekitar bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Pusat Kesihatan Rehabilitasi Dan Hemodialisis Seberang Takir, semalam.Tambah beliau, pihak PETRONAS yang hadir turut menyumbang dalam menyediakan peralatan dan kelengkapan pusat dialisis yang dilawati.“Semoga pihak PETRONAS akan bersama kita dalam merealisasikan penubuhan pusat hemeodialisis seperti ini di Kemasik,” ujar beliau.
19 Aug 19
659
Empty Image
TDM Berhad Anjur Bicara Patriotik Suburkan Bulan Kemerdekaan
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos- TDM Berhad julung kalinya menganjurkan Program Bicara Patriotik : Bedah Buku Orang Terengganu Asal Usul, Arus Hidup dan Arah Tuju sempena sambutan bulan kemerdekaan di Lobi Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS Hospital), semalam.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Zainal Abidin Sharif berkata, selain menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan, program tersebut bertujuan meningkatkan budaya intelektual dan ilmu di kalangan kakitangan kumpulan TDM dan juga orang awam disamping dapat meningkatkan jati diri dengan memahami sejarah dan warisan.“Sempena bulan kemerdekaan ini TDM turut mengambil bahagian dalam menganjurkan beberapa program, salah satunya adalah bicara patriotik ini.  “Ianya juga bagi menyokong hala tuju “Negara Membaca 2030,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.Katanya, bedah buku tersebut telah di sampaikan oleh penulis asal buku Orang Terengganu Asal Usul, Arus Hidup dan Arah Tuju iaitu Profesor Dato’ Dr. Muhammad Abu Bakar. “Buku Orang Terengganu Asal Usul, Arus Hidup dan Arah Tuju merupakan satu penulisan unik di mana melalui pembacaan dan penghayatan sejarah kita dapat memahami sejarah asal usul dan keturunan Terengganu.“Buku ini mengupas dengan terperinci mengenai perihal sejarah perkembangan masyarakat Terengganu yang menjadi masyarakat yang hebat suatu ketika dulu,” ujarnya. Menurut beliau, program tersebut dapat memperkasakan dan meningkatkan pengetahuan asal usul Terengganu di kakitangan TDM khasnya dan amnya pada masyarakat semua.“Perkongsian ini secara langsung juga dapat membuka minda kepada semua kelompok dan generasi untuk memahami sejarah yang menjadi lagenda yang perlu diwarisi dan difahami,” ujarnya.
18 Aug 19
193
Empty Image
Setiu Perlu Dibangunkan Segera – MB Terengganu
Ahmad Samsuri menanam pokok durian musang king sebagai simbolik penjenamaan semula Dusun Nukleus Pelong.SETIU, 18 Ogos – Setiu merupakan antara tiga daerah yang perlu dibangunkan secara drastik bagi mengembangkan ekonomi penduduk di sana, selain Hulu Terengganu dan Besut.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu sangat penting bagi mengelakkan jurang ekonomi penduduk dalam dan luar bandar di negeri berkenaan semakin meningkat. Jelasnya, pembatalan projek East Cost Rail Link (ECRL) di stesen Telaga Papan, Setiu sedikit sebanyak merencatkan perancangan awal pembangunan di sana namun pihaknya akan berusaha memanfaatkan potensi pertanian di kawasan itu.“Bagi merancakkan pembangunan di Setiu, antara cadangan yang kita kemukakan kepada kerajaan pusat selepas pembatalan stesen ECRL di Telaga Papan ialah pembinaan stesen sementara di sepanjang laluan ECRL dalam daerah Setiu.“Manakala, di bawah kerajaan negeri pula, kita akan cuba cari ruang (untuk tingkatkan pembangunan di daerah ini) tetapi mengikut kemampuan semasa kita,” ujarnya.Kata Ahmad Samsuri, kekayaan hasil bumi dan kesuburan tanah di Setiu akan dimanfaatkan sebaik mungkin kerajaan negeri.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pesta Makan Buah-Buahan di Dusun Nukleus Pelong, Kampung Pelong, di sini semalam.Turut hadir ialah Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Daerah Setiu, Sophian Abu Bakar dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof.Terdahulu, Ahmad Samsuri turut merasmikan Program Pelepasan Benih Ikan Lampam ke Perairan Umum Pelong, Sungai Tong dengan kerjasama Pejabat Perikanan Daerah Setiu dan Jawatankuasa Taman Pelancongan Konservasi Kelah Kampung Pelong.Beliau memberi komitmen untuk membina Jeti baharu di kawasan Perairan Umum berkenaan yang menjadi tempat pembiakan ikan kelah dan ikan lampam.“Tadi saya telah maklumkan kepada pegawai daerah Setiu supaya dapatkan sebut harga untuk dibuat jeti yang lebih berkualiti menggantikan jeti kayu yang sedia ada,” tambah beliau.Melepaskan 200 ekor ikan kelah dan 1,000 ekor ikan lampan ke sungai.
18 Aug 19
281
Empty Image
Program Bakti Siswa Medium Sebar Ilmu, Dekati Masyarakat
Oleh: Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 18 Ogos- Persatuan Mahasiswa Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT) sesi 2018/2019 menganjurkan Program Bakti Siswa Terengganu (BAKTI 19) di Kampung Tersat Ajil dalam usaha menyebarkan dakwah dan mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.Pengarah Program tersebut, Ahmad Rifaei Tn Mohd berkata, ianya bertujuan membina hubungan dengan penduduk kampung disamping memberi pengalaman kepada mahasiswa untuk berhadapan dengan masyarakat dalam menyebarkan ilmu agama.“Program ini kita letakkan beberapa objektif untuk dicapai antaranya bagi memberi pengalaman kepada mahasiswa dan mahasiswi bahawa belajar bukan sahaja untuk dapatkan ilmu tetapi bagaimana untuk berhadapan dengan masyarakat.“Kedua kita turun kepada masyarakat untuk melihat bagaimana reaksi serta cara untuk sebarkan dakwah dan kefahaman tentang Islam kepada mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman ketika ditemui pada Majlis Penutup Program BAKTI 19 yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim, di Masjid Felda Tersat, semalam.Seramai 58 mahasiswa dari jurusan Pengajian Islam dengan 14 buah keluarga angkat dari Felda Tersat terlibat dengan program anjuran (KPT) Mesir itu yang turut mendapat kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ajil, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Tersat dan Pejabat Pengurus Felda Tersat.Sementara itu, Maliaman berkata, program tersebut secara tidak langsung juga berupaya membina personaliti unggul dalam kalangan mahasiswa seterusnya memberi peluang kepada mereka menyebar luas ilmu agama kepada masyarakat kampung.“Program ini merupakan satu proses untuk menyerlahkan bakat kepimpinan yang ada dalam diri siswa Mesir dan selepas ini mereka akan lebih menonjol untuk bersama masyarakat.“Ini juga merupakan satu daripada sunnah Rasullah S.A.W iaitu bukan berada di dalam masjid sahaja bahkan turut keluar untuk bersama masyarakat untuk menyelesaikan persoalan dan permasalahan mereka.“Kita mengharapkan mahasiswa ini akan menjadi pewaris kepada para Nabi dan Rasul untuk menyebarkan ilmu agama khususnya di kawasan pedalaman yang agak mencabar kepada pendakwah,” katanya.Sepanjang tempoh tersebut, peserta lelaki menginap di rumah sewa manakala peserta perempuan menginap di rumah ibu bapa angkat untuk mengeratkan lagi hubungan ukhuwah sesama mereka.Sepanjang tiga hari dua malam para peserta mengadakan pelbagai program bersama masyarakat setempat  iaitu gotong - royong perdana,ziarah pesakit kronik, street dakwah dan sebagainya.
18 Aug 19
437
Empty Image
Mat Arab ‘Ketagih’ Durian
Dr Mahmoud Ibrahim EssaOleh : Ariss AliasSETIU, 18 Ogos – Minat yang mendalam terhadap durian menarik kehadiran seorang warganegara Mesir ke Pesta Makan Buah-Buahan Bersama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dusun Nukleus Pelong, di sini semalam.Dr Mahmoud Ibrahim Essa, yang kini bekerja sebagai pensyarah bahasa Arab di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, beliau tidak menyangka buah yang tiada di negaranya itu sangat menepati seleranya.Jelasnya, durian adalah makanan rutin hariannya sejak beliau diperkenalkan dengan buah tersebut dan ia boleh diumpamakan seperti kopi. “Jarang orang arab atau timur tengah yang sukakan buah durian, tapi saya suka mencuba makanan baru dan rasanya sesuai dengan citarasa saya.“Saya berterima kasih kepada sahabat saya yang sudi mempelawa datang ke sini, saya pasti kembali pada tahun hadapan untuk merasai lagi keenakan durian di Pelong ini,” tambah beliau ketika ditemuramah oleh media Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam program itu.Turut hadir dalam program itu, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Daerah Setiu, Sophian Abu Bakar dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap Azmi Maarof.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pelong, Yahya Mat Zain  yang turut hadir berkata, durian yang ditanam di Dusun Nukleus Pelong dan disediakan pada pesta berkenaan terdiri daripada jenis D24, D123, Duri Hitam dan Musang King.“Walaupun jenis yang sama ada ditanam di tempat lain, tetapi keadaan tanah subur di kawasan ini memberikan rasa berbeza yang agak unik berbanding durian di kawasan lain.“Saya yakin kualiti durian di Pelong ini setanding dan malahan lebih baik dengan durian yang ada di pasaran.“Insya-Allah pihak kami merancang untuk tawarkan pakej menarik untuk mereka yang ingin merasai makan buah durian secara santai di dalam kebun pada tahun hadapan,” tambah beliau lagi.
17 Aug 19
335
Empty Image
Bina Institusi Kekeluargaan Berteraskan Islam
Oleh: Amiirullah MansorDUNGUN, 18 Ogos- Kerajaan negeri mewujudkan perkahwinan perdana bagi memudahkan rakyat negeri ini membina institusi kekeluargaan berteraskan Islam sekaligus mengelakkan terjebak dengan maksiat.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, ianya juga merupakan salah satu usaha kerajaan negeri memadamkan propaganda barat yang mengalakkan kelahiran anak luar nikah.“Kita wujudkan manifesto ini untuk mengelakkan unsur negatif seperti penzinaan, LGBT, dan juga hidup tanpa perkahwinan yang menyerupai kehidupan di barat.“Lebih menggerunkan lagi ada yang sanggup bertukar-tukar pasangan yang boleh menghancurkan institusi kekeluargaan. Siang hari bersama dengan pasangan ini dan malam hari bersama pasangan ini, dan ia terang bertentangan dengan ajaran Islam,”ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Walimatulurus Perdana Daerah Dungun Tahun 2019 di Dewan Arena Merdeka, Dungun semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka menyeru kepada masyarakat agar memainkan peranan dalam mengajak seluruh warga Terengganu bagi menjayakan manifesto kerajaan negeri ini agar tidak terjebak dengan budaya barat.“Pasangan yang menyertai program ini merupakan antara orang yang kita letakkan sebagai contoh ikutan dan harapan untuk mempromosikan serta menggalakan orang awam bagi membentuk keluarga muslim yang sebenar berlandaskan Islam,” ujarnya.Program Walimatulurus Perdana yang diadakan setiap tahun di Dungun ini berjaya menarik seramai 41 pasangan dan paling ramai antara Dewan Undangan Negeri (DUN) lain.“Terima kasih dan tahniah kepada semua agensi terlibat, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), yang beri kerjasama serta yang bertungkus lumus menjayakan program ini dan semoga kita mendapat rahmat daripada Allah,” katanya.
17 Aug 19
102
Empty Image
194 Pasangan Kahwin Serentak Di Terengganu
SETIU, 17 Ogos -  Sebanyak 194 pasangan pengantin di seluruh daerah Terengganu dinikahkan serentak sempena program Walimatulurus Perdana 2019 hari ini.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak  RM776,000 kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk menjayakan acara tahunan berkenaan.Jelasnya, ia menjadikan setiap pasangan diperuntukkan sejumlah RM 4,000 termasuk satu set persalinan pakaian semasa akad nikah dan pakej perkahwinan."Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat Terengganu yang belum berumah tangga terutamanya kepada anak-anak muda."Kita faham kekangan yang mereka hadapi ini pelbagai, ada perkara yang kita boleh usahakan di peringkat kerajaan yang sepatutnya direbut oleh rakyat negeri ini," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian dan Resepsi Walimatulurus Perdana 2019 Peringkat Parlimen Setiu, di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, di sini hari ini.Turut hadir, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zahari Md Azahar dan Ahli Parlimen Setiu, Mohd Shaharizukirnain Abd Kadir.Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menegaskan, program seumpama itu sememangnya sangat membantu kebanyakkan masyarakat yang kurang berkemampuan.Katanya, permohonan untuk menyertai perkahwinan perdana itu sentiasa bertambah dan menyebabkan kerajaan terpaksa menerokai inisiatif baharu."Selepas ini kita akan adakan lagi, kita menjangkakan sebelum berakhir tahun ini, penghujung tahun ini."Kita akan buka balik permohonan nanti, dan daripada senarai nama itu, kita akan buat lagi program seperti ini, insya-Allah," tambah beliau.
17 Aug 19
230
Empty Image
Konvoi Merdeka 2019 DUN Buluh Gading Meriah
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 17 Ogos – Konvoi Merdeka 2019 Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading anjuran Persatuan Sukarelawan Anak Terengganu (PURE) meriah dengan penyertaan 400 buah motosikal.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, konvoi berlepas dari Bangunan Serbaguna Dun Buluh Gading di Kampung Petai Bubus dan bergerak di sepanjang jalan sekitar DUN ini dan seterusnya kembali ke permulaan untuk program seterusnya.“Saya difahamkan, pendaftaran awal untuk program ini sekitar 500 lebih buah motosikal, tetapi hanya 400 buah sahaja yang hadir untuk berkonvoi," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas  program berakhir petang semalam.Ridzuan juga berharap agar program untuk anak muda seperti ini tidak terhenti di sini sahaja, tetapi penganjurannya akan diteruskan pada masa akan datang.Tambahnya,  para pemuda perlu menghayati erti kemerdekaan yang sebenar dengan memerdekakan minda dan cara hidup dari unsur- unsur yang tidak baik.“Kita semua kena kembali dan beramal dengan Islam itu sendiri sebagai bukti yang kita merupakan hamba yang benar-benar merdeka dari segala bentuk penjajahan.“InsyaAllah kita akan semarakkan lagi sambutan kemerdekaan ini dengan program sepuluh ribu langkah dan marathon pada 30 Ogos ini," ujarnya.
16 Aug 19
388
Empty Image
Abdul Hadi, Model Pengusaha Itik Berjaya
Oleh: Aslam WiraMARANG, 16 Ogos - Seorang anak muda yang berusia 31 tahun merupakan contoh model pengusaha berjaya dalam ternakan itik telur semenjak dua tahun lalu.Muhammad Abdul Hadi Salleh mengusahakan hampir 100 ekor itik telur bagi memenuhi pasaran jualan telur itik kepada pembeli dan peminat telur masin.“Dalam masa satu hari, saya boleh dapatkan 80 biji telur dan seminggu ianya mencapai 500 biji telur."Namun tidak mencukupi kerana permintaannya mencecah 1000 biji dalam satu masa," ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman ( UPDI) di rumahnya di Kampung Sentul Patah, di sini hari ini.Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar, Wahad Osman , Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng; kakitangan Jabatan Veterinar Marang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sentul Patah.Menurut Abdul Hadi lagi, seterusnya adalah usaha bagi mencapai sasaran bagi memenuhi permintaan ramai lebih-lebih lagi penggemar telur masin.Sementara itu, Wahab Osman berkata pengusaha itik  di kalangan anak muda tidak ramai dan ini adalah peluang yang baik memandangkan permintaan agak tinggi terhadap telur yang dihasilkan.Menurutnya lagi, orang muda perlu menjadikan Hadi sebagai contoh, kerana bersungguh-sungguh melakukan pengusahaan itu walaupun ia nampak seperti agak kekampungan.“Minat dan usaha yang bersungguh-sungguh adalah salah satu jaminan untuk membuktikan kejayaannya dalam pengusahaan ini. Tambahan pula, itik telur ini mudah diuruskan.”“Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang pula akan cuba mewujudkan ternakan secara berkelompok untuk belia dan anak muda bagi menambah peluang perkerjaan," ujarnya.Dalam perkembangan sama, Veterinar Marang yang hadir juga menawarkan khidmat yang mampu diberikan oleh jabatan mereka.Antaranya adalah memberikan khidmat nasihat, menawarkan kursus khas, penyediaan ubatan seperti “ubat stress” dan penyelidikan penyakit melalui sampel najis yang dikutip.
15 Aug 19
1051