lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Gotong Royong Jaga Kebersihan Semarakkan Kemerdekaan
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 24 Ogos -Semua pihak berperanan menjaga kebersihan bagi mewujudkan suasana yang bersih, cantik dan harmoni.Semangat ini telah dijayakan melalui program gotong - royong merdeka anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil dengan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan dengan kerjasama agensi- agensi Kerajaan, semalam.ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, gelombang kerjasama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim malah dapat menerapkan sikap tanggungjawab dalam kalangan masyarakat menjaga kebersihan bagi mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif.“Kita melaksanakan satu misi iaitu mahu membentuk Ajil sebagai lokasi yang bersih dengan tema hari kebangsaan tahun ini ‘Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih’.“Jadi kita mengharapkan wujudnya gelombang dalam penduduk di Ajil untuk mewujudkan suasana yang bersih  walaupun di mana sahaja samada di rumah, masjid, surau, balairaya, taman, dan sebagainya, “ujarnya.“Dengan pelancaran hari ini kita harap dapat menyerap dan menyebarkan nilai kebersihan di peringkat kampung untuk membentuk kesedaran kepada masyarakat bahawa kebersihan satu perkara yang dituntut oleh islam, “katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menyempurnakan majlis tersebut di Dataran Ajil Trade Centre (ATC) Pekan Ajil.Menurut beliau, jalinan kerjasama mahasiswa dan agensi - agensi kerajaan dan komuniti kampung membantu kesepaduan dalam melakukan kerja bersama.“Wujudnya jalinan kerjasama yang bagus daripada persatuan mahasiswa, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan agensi- agensi kerajaan dalam gotong royong ini dapat menyatukan entiti ini dalam satu kumpulan dan gerak kerja  bersama, “jelasnya.Sementara itu, Pengarah Program ,Muhamad Afiq Mohd Nawai, yang juga merupakan Yang Dipertua Permata Kebangsaan  berkata, program ini disertai seramai 70 mahasiswa PERMATA Terengganu dengan tujuan dapat mendekatkan diri dengan penduduk kampung serta menjadi agen penyumbang kepada pembangunan Terengganu.“Antara objektif yang disasarkan untuk program ini kita sebagai  mahasiswa ingin bergaul dengan masyarakat setempat melalui jalinan dan aktiviti gotong- royong ini.“ Selaras dengan kedudukan sebagai persatuan di bawah Yayasan Terengganu (YT), kita juga adalah sebagai agen penyumbang kepada pembangunan negeri ini melalui program yang kita laksanakan.“Oleh itu kita telah memilih kawasan ADUN Ajil yang merupakan ayah angkat kepada PERMATA dan disambut baik oleh semua pihak, “katanya.
23 Aug 19
83
Empty Image
Boleh Solat Jumaat Di Surau Pusat Koreksional Dungun 
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 23 Ogos- Mufti Negeri Terengganu, Dato' Dr. Zulkiply Muda telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan tahanan beragama Islam Pusat Koreksional, Dungun menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Falah di pusat berkenaan.Beliau memberitahu, fatwa berkenaan memudahkan 500 orang muslim daripada 700 tahanan mendirikan Solat Jumaat.Dr. Zulkiply berkata, pihaknya bersetuju membenarkan sembahyang Jumaat di Surau Al-Falah yang merupakan surau banduan berdasarkan seksyen 82 (1)(c)Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 (Pindaan) 2012.Jelasnya, surau berkenaan hanya dapat memenuhi ruang bagi 150 orang sahaja dalam satu masa dan terpaksa dibuat sistem giliran."Jadi saya mencadangkan kepada para pegawai disini, carilah peruntukkan mana-mana yang boleh untuk memperbesarkan lagi surau supaya semua penghuni berpeluang solat Jumaat secara sekaligus," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas lawatan di Pusat Koreksional Dungun, di Bukit Besi, hari ini.Turut hadir Pengarah Penjara Negeri Terengganu, TKP Tuan Ahmad Saidi Hamzah, Pengarah Pusat Koreksional Dungun, TKP Abd Jalil Abdul Majid.Mengulas mengenai kunjungan berkenaan Dr. Zulkipli berkata, secara peribadi beliau sudah lama berkeinginan untuk hadir menyantuni penghuni penjara tersebut dengan mengambil peluang memberi nasihat agama."Pihak rombongan kami merasa amat bertuah dengan peluang yang diberikan ini."Disini ada perkara yang menginsafkan kita dan boleh dijadikan pengajaran kepada mereka yang diluar sana," jelasnya.Sehubungan itu, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, TKP Ahmad Saidi Hamzah berkata, pihaknya amat berterima kasih diatas kunjungan mufti berkenaan."Kita mengharapkan agar akan terjalinnya hubungan yang baik, dan akan sentiasa menerima kunjungan dari Dato' mufti agar pihak kita boleh merujuk pelbagai perkara."Hasil daripada kunjungan mufti dapat dilihat menyelinap perasaan insaf para penghuni dengan pengisian kuliah sebelum solat jumaat, dan kita berterima kasih diatas fatwa yang dikeluarkan supaya dapat didirikan Solat Jumaat, dan setiap cadangan untuk penambah baikkan seperti membesarkan surau akan kita usahakan, "jelasnya.Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali berkata, pengalaman dibenarkan masuk ke pusat berkenaan suatu pengalaman yang baru."Dengan fatwa yang dikeluarkan oleh mufti kita mengharapkan agar kebajikan penghuni akan terjaga dan selepas ini sudah tentu pihak jabatan akan melantik para imam dan bilal yang tetap untuk bertugas."Jadi kita mengharapkan agar penghuninya boleh menjalani kehidupan yang sempurna, dan diharapkan agar program memberi kebenaran untuk kita solat bersama penghuni dan para pegawai disini bukan pertama dan terakhir," jelasnya.Beliau turut menyatakan bersetuju dengan cadangan baik daripada pihak mufti agar membina surau yang lebih besar serta perlu diberi perhatian oleh pihak berautoriti bagi membolehkan kesemua banduan mendirikan solat Jumaat dalam satu masa.
23 Aug 19
384
Empty Image
Kejutan Budaya Di Universiti, Jangan Mudah Hanyut   
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 22 Ogos- Para pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diingatkan supaya menjaga adat ketimuran, menjaga nama baik ibu bapa dan tidak terkena 'kejutan budaya'.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, bakal mahasiswa dan mahasiswi perlu perbetulkan niat untuk belajar dengan baik bagi mencapai keputusan yang cemerlang."Suasana berada dialam persekolahan sudah tentu berbeza berbanding dengan alam berada di IPTA, jangan sampai kerana terikut dengan budaya mewah dan mengikut rakan-rakan yang tiada sepatutnya, kerana ingin berfesyen akhirnya terjebak mahasiswi terjebak dengan perkara negatif kerana ingin mendapat pendapatan yang lebih, "jelasnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, ketika meraikan 33 orang bakal pelajar-pelajar cemerlang di DUN Bukit Besi, di sini hari ini.Jelasnya, sumbangan yang diberikan hanyalah sebagai tanda ingatan, disamping merancang pertemuan bagi meraikan pelajar cemerlang."Mereka juga telah mendapat bantuan dari pelbagai pihak seperti yayasan dan sebagainya, namun saya sebagai pegawai penyelaras berbangga untuk meraikan mereka bagi memberi sokongan dan dorongan semangat," ujarnya lagi.Sementara itu, Bakal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia didalam jurusan Al-Qur'an dan sunnah, Nur Ratina Matunur Kamal Azmi, yang mendapat keputusan 'Jayid Jiddan' didalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berterima kasih diatas majlis keraian berkenaan."Segala nasihat yang diberikan akan diikuti sebagai bekalan sepanjang pengajian dan akan cuba menamatkan pelajaran dengan mendapat keputusan yang baik dan merupakan harapan ibu bapa."Dengan sumbangan berkenaan dapat meringankan sedikit bebanan bagi menampung kos perbelanjaan untuk ke USIM nanti," katanya.
22 Aug 19
876
Empty Image
Satu Rumah Satu Pokok Durian 
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 22 Ogos- Seramai 160 penduduk menerima manfaat menerusi peruntukkan geran berjumlah RM10,000 oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi penanaman160 pokok Durian Musang King di kawasan rumah masing- masing.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Besi, Ahmad Bakhir Chik berkata, pemilihan penanaman pokok berkenaan mengambil kira keuntungan untuk tempoh jangka panjang yang bakal diperolehi penduduk."Disamping penduduk boleh merasai akan kehebatan buah durian ini yang begitu digemari sehingga dieksport ke Negara Taiwan, China dan juga Singapura dengan harga yang begitu tinggi sehingga orang kampung tidak mampu membelinya."Sudah tentu pada 10 tahun akan datang, jika sekiranya ada lebihan dan lambakan dari hasil yang ditanam maka akan memberi impak ekonomi yang baik kepada penduduk," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Pokok Durian Musang King kepada 160 peserta yang terdiri daripada penduduk Bukit Besi yabg disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, semalam.Pada majlis itu, taklimat mengenai cara penanaman dan penjagaan pokok Durian Musang King telah disampaikan oleh wakil MARDI.Katanya, dalam tempoh 10 tahun akan datang Kampung Bukit Besi diharap akan menjadi terkenal sebagai pengeluar Durian Musang King.Sementara itu, Ghazali Sulaiman berkata, program tersebut amat bermanafaat kerana memberi kebaikan kepada penduduk."Semoga ilmu yang diperolehi melalui taklimat selama empat jam pada hari ini (semalam) akan dimanfaatkan sebaiknya."Serta apa yang dihasratkan oleh MPKK Bukit Besi akan dipermudahkan oleh Allah, di samping itu juga kita mengharapkan agar pokok-pokok yang diagih itu, tidak hanya sekadar diserahkan secara begitu sahaja kepada peserta tetapi perlu dilakukan tinjauan dari semasa ke semasa, serta perlu diberi nasihat tentang penjagaan yang betul, "jelasnya.Beliau turut mengharapkan, dengan penanaman pokok berkenaan, akan mewujudkan perpaduan dan permuafakatan yang membawa kepada keharmonian penduduk, dengan saling berkongsi ilmu diantara satu sama lain.
22 Aug 19
46
Empty Image
Anak Muda Perlu Gilap Bakat Dalam Permainan Bola Sepak
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 22 Ogos- Anak- anak muda yang meminati sukan bola sepak diharap terus mengilap bakat masing- masing agar dapat menjadi pelapis pada masa akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, ianya selari dengan hasrat daerah ini untuk melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berkaliber sekaligus menjadikan Terengganu kekal unggul di persada sukan tanah air."Saya harap dikalangan yang bermain di kejohanan ini akan turut mewakili pasukan Terengganu di masa akan datang," katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah DUN Rantau Abang di padang bola Kampung Baru, baru- baru ini.Di dalam perlawanan akhir untuk merebut Piala Pusingan ADUN Rantau Abang tersebut, pasukan bola sepak Seberang Pintasan telah berjaya menewaskan pasukan Kampung Batu Tiong dengan jaringan gol, 1-0."Tahniah kepada pasukan Seberang Pintasan yang berjaya mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut, dan kepada pasukan lain jangan putus asa, insyaAllah menyerlah di kejohanan akan datang, tunjukkan bakat yang ada, " katanya.Manakala pengarah kejohanan, Muhammad Yusof Zainal Abidin berkata sebanyak  26  pasukan yang mewakili Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah menyertai kejohanan secara liga dan kalah mati itu."DUN Rantau Abang adalah paling banyak penyertaan dengan 26 pasukan,  jika dibandingkan dengan kejohanan bola sepak yang dianjurkan di DUN-DUN lain di dalam kawasan Dungun," ujarnya.
21 Aug 19
112
Empty Image
Tekad Cari Hidayah, 150 Mak Nyah Sertai Kem Ibadah
Penganjur bergambar kenangan bersama para peserta.Oleh: Syed KamalKEMAMAN, 21 Ogos - Seramai  150 orang 'mak nyah' dan 'gay' menyertai Kem Ibadah Golongan Mak Nyah Peringkat Kebangsaan 2019 yang dianjurkan oleh Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan bersama Persatuan Insaf Pahang.Program yang berlangsung 3 hari 2 malam bermula 16 hingga 18 Ogos yang lalu, bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman, Terengganu bertujuan membuka ruang untuk mereka (Maknyah) memperbaiki diriya dan membuka peluang pekerjaan kepada golongan ini di samping ingin menyedarkan mereka bahawa masyarakat mengambil berat tentang mereka.Pengarah Program, Dr Samsul Draman berkata, program ini bukan sekadar ingin menyedarkan golongan ini, tetapi menyedarkan masyarakat  kita sendiri dengan mengubah mentaliti kita terhadap golongan ini.Dalam pada itu, ingin melatih pelajarnya untuk berhadapan dengan golongan ini apabila mereka mula bekerja dalam dunia perubatan nanti.“Golongan ini adalah masyarakat yang boleh berubah kembali ke normal, penyakit sebenar mereka ialah dari hati, jika masalah fizikal diberi makan ubat, penyakit ini perlu diubat ubat melalui hati.“Hospital lebih fokus kepada penyakit fizikal, golongan agama fokus kepada hati, jadi kami integrasikan dua golongan ini bagi mengubati penyakit mereka ini.“Ada dari mereka meluahkan berkenaan sikap doktor-doktor yang ada hari ini melayan mereka seperti sampah disebabkan latar belakangnya. Masyarakat kita melihatnya dari sudut negatif  tanpa memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubunginya hari ini.Tambah beliau, terdapat sesetengah jabatan yang membuat program seperti ini, tapi tidak mengambil langkah susulan selepas program, akhirnya golongan ini kembali ke tempat asal mereka.“Kita dapati terdapat beberapa jabatan yang mengadakan kem pemulihan ini, itu bagus, tapi tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka (Maknyah), akhirnya mereka kembali ke tempat asal kerana ingin dapatkan punca pendapatan, kita kena bantu merka secara keseluruhan.“Setiap minggu kami akan adakan kelas mengaji di Indera Mahkota 2, pengajarnya bekerja secara sukarela. Kami sentiasa ‘follow up’ mereka supaya mereka tidak terjerumus dengan kegiatan songsang mereka sebelum ini.“Kami juga bantu mereka dari segi kewangan dan juga kerohanian. Kita nak bagitahu mereka yang kita tidak tinggalkan mereka”.Program ini merupakan program tahunan yang bermula sejak tahun 2011. Bilangan peserta semakin menaik dari tahun ke tahun, bermula dari 30 orang, kini mencecah 150 orang.Menurut penganjur, pada tahun depan program ini akan dibuat di peringkat asia yang mana Malaysia akan mengetuai dan menjadi tuan rumah di mana mereka (penganjur) sudah ada pertalian dengan agensi-agensi ini di seluruh  negara asia.Program ini dikendalikan oleh 40 orang pelajar  yang bekerja secara sukarela sepanjang program, 33 pelajar perubatan tahun empat UIAM Kuantan dan 7 pelajar dari USM.Antara penaja dari agensi Kerajaan Negeri Terengganu pada program kali ini ialah Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Darul Iman Training Centre (DITC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Program ini juga mendapat kerjasama yang baik oleh pelbagai pihak antaranya ialah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, T-Fitrah, Yayasan Islam Terengganu dan banyak lagi.
21 Aug 19
95
Empty Image
Banjir Di Jalan Hadapan JPJ Bukit Besi Diatasi
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 20 Ogos- Jalan hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi yang sering berlaku banjir apabila hujan lebat terutamanya musim tengkujuh telah diatasi dengan pembinaan jejari atau cabang kecil oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Dungun.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya berterima kasih kepada usaha yang dilaksanakan jabatan berkenaan bagi memastikan tiada lagi takungan air yang menjadi punca air melimpah.Menurut beliau, setiap tahun jalan yang menjadi laluan menghubungkan Bukit Besi, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), juga menjadi laluan alternatif ke Kuantan seringkali berlaku lintasan air menyebabkan kenderaan ringan tidak boleh dilalui dan ditutup."Syukur kerana aduan kita bermula semenjak setahun yang lepas kepada Jawatankuasa Tindakan Daerah Dungun telah diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak JPS."Lebih dari sepuluh jari atau cabang kecil dibina agar air dapat mengalir terus ke saluran utama dan tiada lagi berlaku takungan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika melihat kerja-kerja mendalamkan parit dan membina jejari atau cabang air mengalir, semalam.Jelasnya, projek berkenaan merupakan langkah segera yang diambil bagi menghadapi musim tengkujuh yang akan datang."Lagipun perkara ini telah lama berlarutan tanpa sebarang usaha yang diadakan sebelum ini dan telah menerima rungutan oramg ramai setiap kali berlakunya hujan lebat ataupun bila tibanya musim tengkujuh."Semoga ianya akan memberi kesejahteraan kepada penduduk dan juga kepada pengguna jalan raya ini," jelasnya
20 Aug 19
226
Empty Image
Tangguh Tempoh Kompaun Kepada Penjaja Jalanan
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada penjaja jalanan yang dikesan masih beroperasi di persimpangan lampu isyarat di seluruh negeri ini dengan meneliti keperluan untuk menangguhkan seketika pelaksanaan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap pihak yang terbabit.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, langkah itu bertujuan memberi ruang kepada kalangan pengusaha perniagaan berkenaan untuk menghabiskan baki bekalan barangan jualan masing-masing.Katanya, cadangan tersebut akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan."Larangan menjaja tetap ada cuma operasi PBT tidak akan dimulakan lagi dalam masa terdekat kerana kita mungkin akan memberi tempoh sama ada sehingga akhir Ogos atau sebulan lagi."Saya belum tetapkan tempoh masa yang spesifik kerana perkara ini melibatkan PBT serta agensi-agensi lain di bawah jawatankuasa saya," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pertemuan dengan penjaja lampu isyarat di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), di sini semalam.Baru-baru ini kerajaan negeri memutuskan untuk menghentikan serta-merta sebarang aktiviti perniagaan jalanan yang lazimnya tertumpu di persimpangan-persimpangan lampu isyarat di seluruh negeri ini.Ini bermakna, mereka terutama golongan remaja yang menjaja jeruk mempelam di dalam balang serta bebola daging di persimpangan lampu isyarat di setiap daerah di negeri ini kecuali Setiu, perlu menghentikan kegiatan itu berkuat kuasa serta-merta.Dalam perkembangan sama, Mohd. Nurkhuzaini memberi jaminan kerajaan negeri menerusi jawatankuasa sementara yang dianggotai YPU, Polis Diraja Malaysia (PDRM), PBT dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal (KPDNHEP) akan mencari penyelesaian terbaik buat kalangan 12 pengusaha makanan dan lebih 100 penjaja jalanan yang hilang punca pendapatan itu.Sementara itu, seorang pengusaha bebola daging, Fahmi Reza A. Razak, 38, berkata, mereka sedia maklum dan patuh kepada larangan menjaja yang ditetapkan kerajaan negeri."Kita akan cuba cari alternatif lain sebagai kaedah jualan, bagaimanapun masih akan meneruskan dengan perniagaan bukan sahaja untuk mencari rezeki buat diri sendiri tetapi kita mahu buka peluang pekerjaan kepada anak negeri lain," katanya.
20 Aug 19
52
Empty Image
Tebang Pokok Elak Bahaya
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 20 Ogos- Pemilik kediaman di kawasan Bukit besi khususnya diminta supaya menebang pokok-pokok tinggi berhampiran rumah mereka yang didapati berisiko mengundang bahaya kepada anggota keluarga.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ini kerana pokok- pokok besar dan tinggi yang berhampiran rumah seringkali dilihat menjadi punca utama mengundang kerosakkan kediaman dalam skala kerugian agak besar."Kerana itu adalah lebih baik pokok-pokok berhampiran rumah ditebang. Apabila berlaku musibah contohnya kejadian ribut yang menyebabkan pokok menghempap rumah bukan sedikit kerugian yang dialami penduduk malah boleh mengundang kepada kemalangan jiwa yang tidak diingini."Maka kita minta agar pemilik kediaman yang memiliki pokok besar berhampiran rumah carilah insiatif untuk menebang pokok berkenaan,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat sembilan buah rumah yang ditimpa musibah ribut baru-baru ini, di DUN berkenaan, semalam.Dalam kejadian ribut yang belaku menjelang Hari Raya Aidiladha itu, enam rumah penduduk Kampung Dendang, sebuah Padang Ping dan dua buah di Kampung Bukit Besi terjejas.Katanya, pemilik kediaman diharap mengambil tindakan segera memandangkan musim tengkujuh bakal menjelang."Nilaian kediaman adalah lebih besar jika dibandingkan dengan pokok, apatah lagi ianya merupakan tempat untuk berteduh dan berlindung."Adalah menjadi tanggungjawab memastikan tempat kediaman ataupun tempat tinggal berada didalam keadaan selamat dan sejahtera," ujarnya.Dalam pada itu, penduduk yang terlibat didalam bencana berkenaan telah mendapat bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, diberi kos penggantian atap bergantung kepada jenis kerosakkan yang dialami.
20 Aug 19
726
Empty Image
Buruh Gembira Terima Rumah Baharu
Mohd Shafizi (dua dari kiri) menyerahkan kunci rumah kepada Faizal.Oleh : Izzat Al-QushairiSETIU, 20 Ogos – Keceriaan jelas terpampang pada wajah seorang buruh, Mohd Faizal Ibrahim, 32, apabila mendapat rumah baharu bagi menggantikan rumah peninggalan ayahnya yang hangus dijilat api tahun lalu.Faizal yang terpaksa menumpang di rumahnya abangnya, menerima rumah tersebut hasil sumbangan kerajaan negeri, agensi korporat dan orang ramai melalui Tabung Darul Iman (TDI).“Rumah peninggalan ibu dan ayah sebelum ini sudah terbakar, menyebabkan saya hilang tempat berteduh. “Semoga hidup saya akan berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang dan saya berterima kasih kepada semua atas sumbangan rumah ini,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah, di sini semalam.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, sumbangan rumah berkenaan diharap mampu meringankan beban mangsa kebakaran dan keluarga terbabit.“Sumbangan ini terbahagi kepada beberapa kategori musibah iaitu bantuan rumah terbakar, banjir dan bencana alam,” ujarnya.Menurut Mohd Shafizi lagi, dalam bulan ini seramai tiga orang telah mendapat manfaat daripada TDI dalam bentuk barangan rumah.“Manakala 19 orang menerima bantuan sara diri melalui kaedah pembayaran Electronic Transfer Fund (EFT) dan dua orang menerima rumah. “Semua orang boleh memohon dan borang boleh diambil di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit di Kampung Bukit Cempaka,” tambah beliau.
20 Aug 19
27