lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
YB Setiu Turun Padang Selesai Masalah Rakyat
Shaharizukirnain (kanan) membuka kaunter aduan bagi mendengar segala permasalahan rakyat.Oleh : Maktar HashimSETIU, 26 Ogos – Konsep turun padang perlu menjadi keutamaan oleh setiap kepemimpinan negeri dan negara bagi melihat permasalahan yang berlaku khususnya dalam meningkatkan kualiti sistem penyampaian serta perkhidmatan.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, melalui platform tersebut, mereka dapat bertemu dengan masyarakat setempat untuk mendengar dan melihat permasalahan yang timbul bagi mencari jalan penyelesaian. Menurutnya, menerusi turun padang juga segala dasar serta usaha kerajaan dapat dijelaskan agar ia dapat difahami dan diterima baik oleh masyarakat.“Melalui program ini, segala masalah dapat dirungkai bersama, saya sangat berterima kasih atas keluhan dan rintihan yang dikemukan oleh rakyat.“Segala permasalahan rakyat berkaitan dengan tiadanya taman permainan kanak-kanak, pendaftaran surau dengan pihak berwajib dan lain-lain permasalahan akan diambil tindakan segera, insya-Allah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir di Kaunter Aduan Rakyat RAKR Mengabang Lekar, Batu Rakit, di sini baru-baru ini.Kaunter Aduan Rakyat turut dihadiri Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail serta pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Batu Rakit.Rakyat tempatan yang ditemui selepas majlis tersebut amat berterima kasih atas keperihatinan Shaharizukirnain dan berharap agar masalah tersebut berjaya diselesaikan segera.
26 Aug 19
77
Empty Image
Tinggalkan Kerjaya Di ExxonMobil, Raih RM25,000 Semusim Sebagai Petani
Zakaria Harun.Oleh : Ariss AliasSETIU, 26 Ogos – Seorang Juruteknik ExxonMobil nekad meninggalkan kerjayanya dengan mengusahakan tanaman cempedak sehingga mampu memperoleh pendapatan RM25,000 semusim.Zakaria Harun, 65, berkata tanaman itu diusahakan di atas tanah miliknya yang berkeluasan dua ekar di Kampung Kubang Puyu. Dia berkata, keunikkan rasa buah cempedak yang ditanam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap itu menjadi rebutan ramai sehingga dipasarkan ke luar negeri seperti Kuala Lumpur dan Johor.“Hasil yang dikeluarkan pada mulanya tidak banyak membuatkan datang keinginan untuk meningkatkan cempedak melalui kaedah membela ikan keli di dalam tangki pada tahun 2009. “Air ikan keli yang disalin ini akan dialirkan ke pokok-pokok cempedak bertindak sebagai baja membuatkan pokok  subur dan mengeluarkan hasil yang banyak dan sedap,” tambah beliau lagi.Terdahulu Zakaria berkata, keinginan untuk membangunkan kampung serta adanya masa lapang sewaktu cuti bekerja menyebabkan dia nekad meninggalkan jawatan juruteknik di ExxonMobil walaupun bergaji belasan ribu sebulan.“Jadual kerja saya seminggu bekerja dan seminggu cuti, ia membuatkan saya terfikir untuk membuat sesuatu pada masa lapang di tanah ini yang dahulunya ditanam dengan tanaman getah.“Bermula daripada itulah saya mula menanam pokok cempedak ini pada tahun 1985 secara kecil-kecilan di atas tanah seluas dua ekar,” ujarnya ketika ditemui media semalam.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, Langkap sememangnya terkenal dengan pengeluaran buah-buahan yang berkualiti sehingga menjadi salah satu kawasan pengeluaran buah di negeri ini.“Setiap kali musim buah-buahan, peniaga membuka gerai kecil di tepi jalan bermula dariKampung Sungai Tong hingga ke Chalok. Ini salah satu kemeriahan yang tidak ada di kawasan lain,” katanya.
26 Aug 19
248
Empty Image
MB Terengganu Umum Lanjut Tempoh Permohonan Tanah Terkilan
Dr. Samsuri menyerahkan borang 5A kepada wakil RTB Kampung Rahmat.SETIU, 26 Ogos - Kerajaan negeri mengumumkan untuk melanjutkan tempoh pengesahan pemilikan tanah bagi peserta terkilan kepada 31 Disember 2019.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu merupakan langkah kerajaan untuk menyelesaikan isu tanah terkilan sekali gus memberi keadilan kepada peserta terkilan yang tidak memperolehi tanah pada 2004 lalu."Kita sedia maklum, permohonan tanah yang lama akan tamat pada 29 Ogos ini. Dengan itu, kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh berkenaan sehingga hujung tahun ini untuk kita menyelesaikan kesemuanya."Berdasarkan rekod, terdapat seramai 12,946 orang peserta terkilan di seluruh negeri dan setakat ini direkodkan kita berjaya menyelesaikan permohonan 6,178 peserta," katanya.Lebih menarik, Dr. Samsuri menjelaskan bahawa peserta tanah terkilan hanya perlu membayar premium tanah sebanyak 10 peratus dari nilai tanah pada tahun 2004 dan bukannya pada nilaian semasa.Kerajaan negeri beri keutamaan selesaikan isu tanah terkilan - MB Terengganu.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Borang 5A Peringkat Daerah Setiu di Dewan Sungai Tarom, hari ini.Turut hadir, Tuan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin serta Tengku Seri Bijaya Raja Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri Terengganu.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.Dalam majlis berkenaan, seramai 503 peserta terkilan adalah dari DUN Langkap dan DUN Permaisuri melibatkan 10 Rancangan Tanah Berkelompok (RTB).Untuk rekod, daerah Setiu memiliki peserta terkilan terbesar bagi negeri Terengganu iaitu sebanyak 27 peratus dengan jumlah 3,849 pemohon.
26 Aug 19
435
Empty Image
Elemen Kemerdekaan Diwujudkan Di Taman Indah
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 25 Ogos-Di antara elemen kemerdekaan seperti keharmoniaan, tenteram, aman damai, serta penduduk saling bersefahaman diantara hasrat yang ingin diwujudkan di Taman Indah, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) melalui Program Gotong Royong kemerdekaan.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Indah, Zakiah Alias berkata, bagi membina dan merancang perkara berkenaan ianya perlu dipupuk dan memerlukan kesepakatan seluruh komuniti setempat."Kerana itulah kita telah memanfaatkan geran Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kita dapat baru-baru ini untuk kita anjurkan program yang melibatkan semua komuniti agar mewujudkan kemesraan dan kesefahaman," ujarnya ketika dihubungi pihak media, mengulas mengenai Program Gotong Royong kemerdekaan yang diadakan baru-baru ini.Program itu menurutnya telah melibatkan kesemua peringkat masyarakat, samada kanak-kanak, golongan remaja, tua dan muda."Dengan pelbagai aktiviti yang kita diadakan iaitu menaikkan pintu gerbang yang menjadi lambang dan tanda kesepaduan komuniti Taman Indah."Disamping adanya program mewarna yang kita khaskan kepada kaum ibu dan kanak-kanak, juga mencuri tumpuan ialah pesta memakan buah-buahan tempatan," jelasnya.Katanya, program itu diadakan sebagai langkah menyemarakkan hari kemerdekaan yang bakal disambut.
25 Aug 19
154
Empty Image
Rumah Penjual Sayur Terbakar
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 26 Ogos- Warga emas Mauni Othman, 68, serta suaminya, Wan Ahmad Long, 68, yang merupakan penjual sayur di Simpang Bukit Besi terkejut daripada tidur apabila menyedari rumah yang didiami terbakar.Menurut Mauni, ketika kejadian berlaku kira-kira pukul 12 malam, dia mendengar bunyi letupan kecil dari arah sebuah bilik dan segera mengejutkan suami."Menyedari rumah kami terbakar, saya segera keluar bersama suami dan seorang anak bagi menyelamatkan diri."Segala harta benda musnah terbakar, apa yang berjaya diselamatkan ialah kad pengenalan diri saya dan suami, manakala kad pengenalan anak dan segala dokumen serta sijil pelajaran hanggus terbakar," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Tepus, semalam.Suaminya, Wan Ahmad Long berkata, selain daripada selamatkan diri bersama anak dan isteri yang dia tidak sempat bertindak apa-apa kerana panit dengan kejadian itu. "Terima kasih kepada penduduk setempat yang menghubungi bomba, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat hadir iaitu dari Dungun, dan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS),” ujarnya.Sehubungan itu, Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiaman berkata pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa."Semalam kita telah cadangkan sementara kepada mangsa untuk tinggal di Balairaya Kampung Tepus, namun mangsa mempunyai anak yang tinggal berdekatan, maka telah tinggal di salah seorang rumah anaknya daripada tujuh orang," jelasnya.Ghazali menyatakan beliau berharap kejadian kebakaran seperti itu harus dipandang serius oleh semua pihak."Kerana kebanyakkan kejadian kebakaran berpunca daripada lintar pintas, disini kita melihat pentingnya menaik taraf pendawaian,” ujarnya.
25 Aug 19
41
Empty Image
Kecanggihan Teknologi Gugat Keharmonian Keluarga
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 26 Ogos- Kecanggihan teknologi yang berkembang pesat dengan dunia hanya di hujung jari telah mencetuskan fenomena  media sosial  dengan pelbagai aplikasi yang mengugat keharmonian keluarga.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun menegur sikap masyarakat yang gagal memanfaatkan  aplikasi seperti 'whatsapp', 'facebook' , ' tweeter' , 'wechat' dan 'instagram' sebaiknya yang menyebabkan keluarga berpecah belah."Hari ini, situasi biasa, kita dapat lihat suami dan isteri leka dengan telefon bimbit mereka, kadang-kadang kita tengok duduk semeja tetapi masing-masing dengan hal masing-masing, asyik 'berwasap'," ujarnya dengan nada kesal.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang melahirkan rasa kecewa tersebut ketika berucap merasmikan Majlis Hi Tea Bersama Dr Rusni Adam di Dewan Al Husna, Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah, baru-baru ini.Katanya, belum lagi pengaruhnya kepada anak-anak sehingga anak kecilpun tidak dapat berenggang dengan telefon pintar. "Malangnya Al Quran, tidak mampu untuk membacanya walaupun sebaris ayat, sedangkan kita sepatutnya membacanya semuka sehari ayat-ayat Allah itu," ujarnya lagi sambil memberi ingatan.
25 Aug 19
66
Empty Image
MPPK Digesa Bersedia Hadapi Musim Tengkujuh
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 25 Ogos - Seluruh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi digesa bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh dengan memastikan semua kediaman penduduk tidak mengalami kerosakkan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, proses membaik pulih kediaman rakyat mestilah dilakukan secara teliti dan bersama supaya masalah kerosakkan tidak berlaku pada musim tengkujuh nanti.Ujarnya, proses pembaikian rumah terutamanya atap akan dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk kampung kerana ia dapat menjimatkan kos dan memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat.“Peruntukan khas daripada pejabat Exco akan disalurkan sebanyak RM5,000 untuk satu MPKK, melalui jumlah itu MPKK perlu bincangkan untuk berapa rumah yang boleh dibaiki. “Insya-Allah, kita akan cuba cari duit lagi bagi mencukupkan RM200,000 di seluruh DUN Jabi dalam tahun ini,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Gotong-royong Keceriaan MPKK Kerandang di Perkarangan Surau Nurul Huda, Jabi, di sini kelmarin.Ujar beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, sekitar 180 buah rumah dalam Dun Jabi akan dibaiki untuk tahun ini.“Sebenarnya apabila masuk kampung masih terdapat banyak lagi (rumah) yang tidak dibaiki. Ini yang terjadi apabila kita berfikir secara menyeluruh, satu persatu kampung,” katanya.Menurut beliau lagi, kecaknaan dan kecekapan MPKK terhadap sesuatu isu dalam kampung yang semakin menyerlah akan membawa impak positif terhadap pimpinan negeri.“Semua benda yang berkait samada bencana haruslah diselesaikan secara bersama. Bila selesaikan dengan bergotong-royong, kita tidak perlu mengeluarkan inden projek dan ia boleh cepat dan jauh lebih jimat.“Inilah kita sangat berterima kasih dan berbangga di atas kesungguhan MPKK menjaga orang kampung seperti yang kita sebut bukan semua benda perlu dikira projek,” tambah beliau.
25 Aug 19
49
Empty Image
Gong Nangka FC Rangkul Piala ADUN Jabi
Gong Nangka FC dinobatkan selaku juara kejohanan.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 25 Ogos - Pasukan Gong Nangka FC berjaya merangkul Piala Kejohanan Bola Sepak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi 2019 selepas mengalahkan Jabi United dengan jaringan satu gol tanpa balas, petang semalam.ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, semangat kesukanan serta tahap kematangan dan profesional para pemain menjadikan kejohanan ini berjalan dengan lancar apabila mencatatkan sifar kad merah.“Tidak ada seorang pun pemain yang diarahkan keluar padang berbanding dengan jiran-jiran kita di Daerah Besut yang kejohanan mereka ada tiga atau empat kad merah. Maknanya, pemain-pemain kita bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.“Saya yakin bahawa setiap pasukan yang bertanding bukan meletakkan hadiah sebagai matlamat utama tetapi semangat kesukanan, ukhwah, pertemuan ikatan antara kita inilah antara fokus dan objektif utama daripada kejohanan ini,” jelasnya ketika berucap pada perlawanan akhir kejohanan berkenaan. Tambah beliau, Persatuan Pengadil Daerah Besut turut memaklumkan bahawa kejohanan bola sepak ini merupakan pertandingan peringkat kampung yang paling paling teratur pengurusannya. Dr Azman mahu kejohanan seperti itu terus ditingkatkan kualitinya agar pemain-pemain bintang mampu dilahirkan.“Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengurus pasukan, pemain dan semua penyokong yang hadir memeriahkan kejohanan, tanpa anda semua, tiadalah kejohanan ini,” tambahnya.Dalam pada itu Dr Azman memaklumkan,  format kejohanan akan ditambah baik supaya menjadi lebih meriah dengan melibatkan lebih banyak pasukan.Ujarnya, dalam masa yang sama ia boleh menghidupkan kembali padang-padang bola di seluruh kawasan Jabi.“Sebelum ini kita hanya tertumpu dengan dua padang sahaja. Dengan kejohanan secara liga divisyen timbal balik ini akan menjadikan ia lebih meriah dan menyeluruh di seluruh Jabi.“Selain itu, ia mampu diadakan dalam tempoh yang lebih panjang dan anak-anak muda terisi dengan kejohanan yang mengajak kita bersama untuk mengamalkan cara hidup sihat,” katanya lagi.“Mudah-mudahan kejohanan yang berlangsung tahun ini kita boleh teruskan dengan lebih baik untuk tahun akan datang. Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Jumpa lagi tahun 2020 dengan format yang lebih baik. Habis duit sikit tidak apa, asalkan anak muda kita gembira,” ujarnya lagi.
24 Aug 19
118
Empty Image
'Negaraku' Bergema Di Puncak Bukit Apu Terengganu
Semai semangat kemerdekaan di Puncak Bukit Apu.Oleh : Ariss AliasSETIU, 24 Ogos – Lagu Negaraku bergema di Puncak Bukit Apu, Kampung Rahmat bersempena Program ‘Terengganu Merdeka Hike : Jom Rukah Bukit Apu’ di sini hari ini.Seramai 73 orang terdiri daripada kanak-kanak seawal usia dua tahun hingga warga emas berusia 67 tahun menyanyikan lagu kebangsaan secara serentak yang diiringi dengan upacara menaikkan bendera Malaysia.Usai menaikkan bendera, laungan keramat ‘Merdeka’ dilaungkan sebanyak tujuh kali dengan penuh semangat di puncak bukit yang berketinggian 200 meter dari paras laut (mdpl) itu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata program berkenaan diadakan bertujuan untuk membina semangat cinta kepada negara dalam kalangan masyarakat di DUN tersebut.“Sempena bulan kemerdekaan ini, aktiviti ini saya simbolikkan kepada pengorbanan pejuang-pejuang dalam mencapai kemerdekaan.“Mereka yang ingin mencapai hasrat dan impian, tidak boleh berpeluk tubuh bahkan memerlukan semangat dan juga kerja keras,” ujarnya ketika ditemui media selepas program itu.Tambah beliau, aktiviti berkenaan juga adalah bertujuan untuk memperkenalkan destinasi tersebut sebagai tempat aktiviti pendakian kepada masyarakat di sana.“Saya turut merancang ingin mempopularkan bukit ini sebagai destinasi riadah kepada penduduk daerah ini.“Bukit ini sesuai untuk pendakian keluarga oleh kerana arasnya yang tidak terlalu tinggi dan mudah untuk didaki, bila sampai ke puncak, kita boleh melihat pemandangan laut sekiranya cuaca baik.Salah seorang peserta, Hasnyta Hamid berkata beliau teruja dengan penganjuran program seperti ini.“Saya harapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi, seronok menjalankan aktiviti bersama keluarga dan masyarakat di kampung ini,” katanya.
24 Aug 19
619
Empty Image
MPKK DUN Ajil Terima Mesin Rumput
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 24 Ogos-Kesemua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Ajil (DUN) Ajil menerima sumbangan mesin rumput daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu .ADUNnya, Ustaz Maliaman Kassim berkata, pemberian ini merupakan satu simbolik kepada mereka untuk menceriakan suasana dan menjaga kebersihan kampung masing - masing.“Alhamdulillah pada tahun ini kita beri kepada semua MPKK mesin rumput untuk mereka ceriakan suasana kampung agar kelihatan bersih dan sedap mata memandang.“Berbeza pada tahun lepas kita telah memberi satu set laptop dan mesin pencetak yang lengkap bagi memudahkan gerak  kerja pengurusan mereka,“ katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mengagihkan mesin rumput kepada MPKK dan merasmikan program gotong - royong Merdeka anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat (ADUN) Ajil dengan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan dengan kerjasama agensi - agensi kerajaan di Dataran Ajil Trade Centre (ATC), semalam.Katanya, selepas pemberian ini tidak timbul lagi alasan untuk melakukan gotong royong dengan alasan tidak mempunyai alat kelengkapan.“Kita harap dengan  pemberian ini MPKK tidak boleh memberi alasan tiada ada kelengkapan dan  walaupun kita bagi mesin rumput tetapi itu merupakan satu nilai yang besar bagi mengerakkan usaha untuk mewujudkan suasana yang bersih di kampung mereka.“Ini merupakan satu usaha daripada pihak DUN melibatkan perbelanjaan yang agak besar,” jelasnya.
23 Aug 19
418