Artikel "Komuniti" Terkini
Kembara Dakwah Sasar Komuniti Luar Bandar
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 31 Ogos- Pejabat Agama Daerah Dungun akan menganjurkan Program Kembara Dakwah selama dua hari bermula 5 September ini bagi memperhebatkan usaha dakwah di perkampungan luar bandar.Pegawai Agama Daerah Dungun, Zulkefli Othman berkata, program anjuran bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Minda, MPKK Pasir Raja dan MPKK Kampung Syukor itu menyasarkan komuniti kampung terpilih di Hulu Dungun."Ianya melibatkan Kampung Syukor, Kampung Kuala Jengai, Kampung Jongok Batu serta Kampung Pasir Raja."Pemilihan kampung berkenaan adalah salah satu usaha dakwah bagi kawasan pedalaman bertujuan meningkatkan lagi kefahaman agama dan menerapkan nilai-nilai Islam didalam komuniti."Antara pengisiannya adalah untuk membaiki kualiti solat dengan tahsin bacaan surah Al-Fatihah yang menjadi rukun kepada solat dan tahsin amali solat, juga untuk menambah kefahaman mengenai amalan gaya hidup Islam dalam aspek yang mencakupi pendidikan, kekeluargaan, serta pembinaan akhlak dan moral," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Mesyuarat Pelaksanaan Program Kembara Dakwah Daerah Dungun 2019, di Rumah Rehat Pasir Raja, kelmarin.Turut hadir,Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.Sementara itu, Ghazali berkata, program yang dianjurkan secara berkolaborasi diantara beberapa jabatan dan agensi berkaitan itu diharap akan memberi impak positif kepada golongan sasaran.
31 Aug 19
55
Kampung Rantau Panjang Terengganu 2 Calon Tunggal Desa Lestari
Projek tanaman fertigasi cili.DUNGUN, 29 Ogos - Kampung Tersusun Rantau Panjang yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun menjadi antara calon tunggal Program Desa Lestari di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), sebaris dengan Kampung Telaga Batin di Kuala Nerus.Dengan mempertaruhkan Projek Tanaman Fertigasi Sayur-sayuran dan Buah-buahan sebagai cadangan projek ekonomi yang bakal dibangunkan, ia diyakini mampu memberi manfaat kepada komuniti kampung tersebut.Difahamkan, Program Desa Lestari yang diperkenalkan pada 2013 bertujuan menyediakan projek impak tinggi membabitkan penyertaan penduduk kampung. Manakala sistem koperasi yang diguna pakai dalam program berkenaan hanya membenarkan orang tempatan menyertainya atas faktor pengiktirafan, pengawalan dan pemantauan.Nor Zakirah Mohd Zaid (kanan). Foto - Adli MohamadSetiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rantau Panjang, Nor Zakirah Mohd Zaid berkata, bagi manfaat dan peningkatan taraf hidup penduduk kampung, kumpulannya berusaha semampu mungkin untuk mendapatkan kelulusan geran program berkenaan."Projek fertigasi yang dicadangkan merangkumi penanaman betik, serai, labu, cili dan timun. Ia tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Kaedah fertigasi ini bersesuaian dengan persekitaran dan kawasan Kampung Tersusun Rantau Panjang."Penanaman boleh dilakukan secara tanaman tunggal (monokultur) atau dijadikan sebagai tanaman selingan di antara tanaman jangka panjang. Teknologi fertigasi merupakan teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sesi temuduga dan lawatan tapak pencalonan kampung negeri Terengganu bagi pelaksanaan Program Desa Lestari 2019 di Kampung Tersusun Rantau Panjang, kelmarin.Untuk rekod, bantuan geran Program Desa Lestari adalah bagi mewujudkan komuniti desa yang berpendapatan tinggi melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan yang semakin meluas di desa melalui platform Koperasi Komuniti dengan kerjasama strategik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).Setelah melalui proses penilaian projek, jika diluluskan, kampung yang berjaya bakal mendapat perakuan Jawatankuasa Petugas Pelaksanaan Desa Lestari (JPP-DL) dan kelulusan Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Desa Lestari (JIP-DL) untuk mendapatkan bantuan geran.
28 Aug 19
919
OKU Mahu Jadi Ahli Parlimen
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 29 Ogos- Tengku Mohd Aznim Khusairi Tengku Hashim, 21, bercita-cita menjadi Ahli Parlimen Malaysia yang pertama dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU). Dengan bantuan tongkat untuk bergerak, Aznim Khusairi tidak pernah mengganggap kekurangan dirinya sebagai penghalang mencapai cita-cita berkenaan."Orang Asli dah ada wakilnya, dan saya mahu bersuara mewakili OKU di dalam Dewan Rakyat."Kerana minat menjadi ahli politik, saya akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Seremban 3."Sebelum ini saya belajar di peringkat Diploma dalam jurusan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis,” ujarnya.Beliau berkata demikian, ketika hadir menemui Pegawai Penyelaras di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, semalam.Katanya, untuk mencapai cita-citanya itu, dia bergiat aktif sebagai Timbalan Kelab OKU UiTM seluruh Malaysia.Beliau turut menyatakan semenjak dahulu tidak pernah mengikuti mana-mana pengajian khas walaupun berkeadaan demikian."Saya telah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Besi sebelum meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Berasrama Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang."Saya tiada masalah menyesuaikan diri dengan pelajar biasa, serta sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk maju ke hadapan," ujarnya.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata semangat yang dimiliki anak muda itu perlu dicontohi oleh pelajar lain."Dengan kekurangan yang dimiliki dia gigih dan sentiasa berusaha untuk menyaingi pelajar-pelajar lain malah bercita-cita cukup besar mahu menjadi Ahli Parlimen Malaysia yang pertama dari kalangan OKU bagi mewakili dan memperjuangkan nasib golongan berkenaan ke peringkat yang tertinggi."Saya mendoakan agar apa yang dihajati, dan dicita-citakan olehnya tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT, dan segala urusan pembelajarannya sepanjang tempoh pengajian akan dipermudahkan oleh Allah SWT," ujarnya.
28 Aug 19
193
Semai Semangat Patriotik Sejak Kanak-kanak
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 29 Ogos- Kanak - kanak perlu disemai semangat patriotik dan jati diri agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing yang jauh terpesong daripada adat ketimuran. Atas kesedaran itu, lima buah tadika persendirian di Dungun bergabung mengadakan Merdeka Kids Explorace sebagai usaha memupuk semangat cintakan negara di dalam diri kanak-kanak seawal empat tahun. Setiausaha program, Mazila Mohamad berkata, lima tadika tersebut ialah Tadika Soleh Aulad Dungun, Tadika Nur Iman Bestari, Tadika Junior Iman, Tadika Teras Bestari dan Tadika Cemerlang Al Abrar. "Program ini disertai oleh pelajar tadika daripada usia empat dan lima tahun untuk pertandingan mewarna dan untuk yang enam tahun, explorace di mana 'check point' nya mencantumkan 'puzzles' bendera Malaysia," jelasnya. Mazila yang juga pengusaha Tadika Soleh Aulad Dungun berkata demikian ketika ditemui wakil media di program yang julung kali diadakan itu yang yang berlangsung di Taman Poket, kelmarin.Menurutnya lagi, program tersebut juga diisi dengan kuiz menguji minda kanak-kanak berkenaan tentang Malaysia dan Terengganu yang terbuka kepada semua peringkat umur. "Memang setiap pagi kita akan bersoal jawab dengan mereka warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia, bendera Terengganu, bunga raya, bunga kebangsaan, nama Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Terengganu," ujarnya. Oleh itu, katanya, mereka dapat menjawab soalan yang ditanya secara spontan kerana sudah terpasak di dalam fikiran masing-masing.Manakala isteri Ahli Parlimen Dungun, Siti Zaliha Mohamad ketika berucap di majlis perasmian, memuji program tersebut yang berjaya melahirkan rasa kecintaan kepada negara ketika kanak-kanak diusia tersangat muda. "Mereka tahu apa itu hari kebangsaan," ujarnya.Disamping itu, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Rugayah Mahmood turut melahirkan rasa teruja dengan kebolehan kanak-kanak tadika terlibat menjawab kuiz secara spontan. "Kebolehan anak-anak ini menyerlahkan pengetahuan mereka tentang negara, mereka berebut - rebut untuk menjawab sedangkan kalau kita perhatikan hari ini, orang yang lebih dewasa daripada merekapun tidak berjaya menjawab soalan demikian," ujarnya.
28 Aug 19
481
231 Orang Terima Kad Sejahtera Di Bukit Besi
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 29 Ogos- Seramai 231 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi) telah dikenalpasti dan layak menerima Kad Sejahtera yang telah diedarkan ke setiap DUN negeri ini.Pembantu Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Mohd Noor Azian berkata, kad itu akan diedarkan secara berperingkat."Pegawai Penyelaras akan turun bersama jentera i-MiTS untuk mengagihkan kad berkenaan disamping akan menyelitkan progam mendekati masyarakat beserta sedikit penerangan akan dilakukan."Supaya masyarakat disini akan merasa lebih dekat dengan kerajaan negeri dan akan kita sampaikan polisi serta hasrat kerajaan negeri dalam mencapai apa yang dihasratkan melalui Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai pengagihan Kad Sejahtera di Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Besi, semalam.Katanya, Kad Sejahtera yang diedarkan oleh kerajaan negeri itu sebagai suatu insiatif daripada kerajaan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik."Kerana itu mereka yang menerimanya merupakan yang tersenarai didalam E-Kasih dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Dengan bantuan seumpama ini, dapatlah digunakan oleh mereka untuk mendapat rawatan yang lebih baik dimana-mana klinik swasta," katanya.Jumlah tertinggi yang menerima kad berkenaan ialah Kampung Bukit Besi seramai 55 orang, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) seramai 33 orang, Pinang Baru (14), Jongok Batu (10) dan Kampung Talong (17).Manakala Kampung Pasir Raja (18), Rantau Panjang (14), Kampung Dendang (11).Diikuti, Kuala Jengal (14), Jerangau (11), Kampung Tepus (11), Felda Jerangau (8) dan Kampung Shukor (9)
28 Aug 19
41
UPU Tok Saboh Johan Piala Penyelaras
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 27 Ogos - Pasukan Bola Sepak Unit Peti Undi (UPU) Tok Saboh telah menjurai Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 2019.Perlawanan akhir di antara pasukan UPU Seberang Barat menentang pasukan UPU Tok Saboh telah berlangsung pada 27 Ogos 2019 di Padang Astaka Kampung Pacakan Kuala Besut.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh turut hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut.Kejohanan yang berlangsung selama satu bulan itu telah disertai oleh 10 pasukan dari DUN Kuala Besut.Azbi Salleh melahirkan rasa gembira kerana kejohanan ini berlangsung dengan lancar."Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kejohanan ini."Saya juga ingin megucapkan tahniah kepasa pasukan yang berjaya menjurai kejohanan edisi kali ini," ujar Azbi.Pasukan UPU Tok Saboh telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500 serta satu set jersi bola kepada semua pemain.Naib johan disandang oleh pasukan UPU Seberang Barat, manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan UPU Kampung Baharu dan tempat keempat disandang oleh pasukan Alor Jejawi/Taman Tasek.Majlis penyampaian hadiah pada kali ini disempurnakan oleh Azbi Salleh.
28 Aug 19
191
Hargai Jasa Kerajaan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 28 Ogos- Keputusan kerajaan untuk menjual rumah di Rimbunan Kaseh disini secara sewa beli kepada penghuninya perlu dihargai.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, Alias Harun berkata, mereka seharusnya bersuyukur di atas usaha kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka untuk hidup selesa."Berusahalah bersungguh-sunguh untuk memastikan agar sewa beli yang hanya sebanyak RM180 dapat dilunaskan dan tidak tertunggak," katanya kepada pemberita selepas menziarah rumah penduduk di Rimbunan Kaseh, Kampung Rantau Abang, baru-baru ini.Pada lawatan itu, sebanyak lima buah rumah telah dikunjungi beliau yang mana ada penghuninya yang ditimpa kemalangan dan keuzuran.Sementara itu, Alias turut menasihatkan ahli keluarga penduduk yang diziarahinya agar manfaatkan tanah yang berada di keliling rumah mereka.“ Tanah yang ada bolek digunakan sebaiknya dengan bercucuk tanam untuk menambah pendapatan. "Jangan sia-siakan peluang yang disediakan kerajaan Terengganu untuk memastikan rakyat memiliki rumah sendiri," katanya lagi.
27 Aug 19
61
Edar Jalur Gemilang Semarak Semangat Kemerdekaan
Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Berbaki empat hari sebelum seluruh negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-62, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang mengedarkan Jalur Gemilang di Pasar Besar Bukit Besar hari ini.ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, inisiatif berkenaan bertujuan menyemarakkan sambutan hari kebangsaan tahun ini selain menyuburkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat.Jelasnya, kempen yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pukul 11.00 tengah hari itu mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat.“Kita bahagikan bendera-bendera ini kepada semua peniaga di pasar ini dan juga kepada pengguna jalan raya di sekitar lokasi program ini.“Alhamdulillah sokongan baik daripada semua pihak berjaya memeriahkan program ini duntuk kita sama-sama merayakan sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu ini,” ujarnya ketika berucap dalam program berkenaan di sini hari ini.Dalam program berkenaan juga, sebanyak 21 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menerima bendera Malaysia untuk diagihkan kepada penduduk kampung masing-masing.
27 Aug 19
57
Selepas 15 Tahun Mimpi Jadi Kenyataan
Fajri menunjukkan surat tawaran yang diterimanya.Oleh : Ariss AliasSETIU, 27 Ogos - Hasrat untuk memiliki tanah sejak 15 tahun yang lalu akhirnya tercapai buat seorang penduduk di sini apabila menerima borang 5A, Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) semalam.Mohd Fajri Mohd Nor, 45, ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terkejut ketika menerima tanah berkenaan dalam penyerahan di Sungai Tarom yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Dia yang sepatutnya menerima borang itu bagi RTB Kampung Rahmat digugurkan nama selepas berlaku pertukaran kerajaan pada tahun 2004.“Saya rasa seperti bermimpi kerana perkara ini sudah lama tiada khabar dan saya memang tidak menaruh apa-apa harapan lagi untuk memiliki tanah.Peserta yang menerima tanah perumahan dan pertanian.“Jujurnya saya tidak percaya apabila saya diserahkan surat untuk menerima borang 5A pada hari ini, terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri kerana menunaikan janji manifesto,” ujarnya ketika ditemui petang semalam.Sementara itu, bagi penerima borang RTB Delor, Abdul Ghani Muhammad, 69 berkata, dia sangat terharu dengan komitmen kerajaan negeri untuk mengembalikan semula tanah yang ditarik lebih satu dekad dahulu.“Hari ini salah satu hari paling gembira dalam hidup saya. Impian memiliki secebis harta untuk diri sendiri akhirnya termakbul.Dalam pada itu, menurut Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof memaklumkan daripada 503 penerima di Daerah Setiu seramai 117 penerima berada dalam DUN tersebut yang melibatkan empat RTB. Ia melibatkan sebanyak 413 lot tapak rumah dan 90 lot pertanian telah diberikan kepada penduduk sekitar Setiu.“Saya mewakili semua peserta yang terkilan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana melanjutkan tempoh permohonan RTB terkilan yang sepatutnya tamat pada 31 Ogos ini kepada 31 Disember 2019,” tambah beliau.Azmi Maarof.
26 Aug 19
45
MPKK Mahu Popularkan Kembali Salak Dendang
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 27 Ogos- Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dendang, Abdul Malik Rani berhasrat mempopularkan kembali penanaman salak di kampung berkenaan.Katanya, bagi merealisasikan hasrat itu, kesedaran dan minat perlu dipupuk dalam kalangan generasi muda agar Salak Dendang dapat dikomersialkan seperti dahulu."Sebagaimana dahulunya Kampung Dendang menjadi tarikan dan dilawati oleh pelbagai pihak termasuk penyelidik dan pelajar universiti. Pada ketika itu terdapat deretan gerai penduduk sepanjang jalan yang menjalankan aktiviti menjual salak."Jika ada kesungguhan daripada generasi muda tidak mustahil ianya dapat mengembalikan zaman kegemilangannya dan untuk mendapatkan benih pokok salak tidak sukar kerana anak muda boleh dapatkannya termasuk khidmat nasihat daripada pegawai pertanian," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan tanaman salak di Kampung Dendang, semalam.Dalam pada itu, Penolong Pegawai Pertanian Regulatory Pejabat Pertanian Daerah Dungun, Mohd Khairudin Ismail mengesahkan bahawa satu ketika dahulu Kampung Dendang terkenal dan cukup sinonim dengan salak."Sehinggakan kita masih ingat gaji pengusaha salak mengalahkan gaji-gaji pegawai kerajaan pada tahun 80an dahulu dengan perolehan hasil mencecah RM 10,000 setahun."Jika ada semangat dari generasi baru sememangnya Salak Dendang boleh dipulihkan kembali,"katanya.Sementara itu, pengusaha salak Ahmad Yusof, 73, merupakan diantara pengusaha salak yang paling lama di kampung berkenaan dan masih bertahan hingga kini."Saya pernah dilawati oleh penyelidik dari MARDI, dan pernah memenangi tempat kedua pertandingan MAHA (Malaysian Agriculture And Agrotourism Show) sewaktu dahulu apabila dibawa oleh MARDI kerana memiliki buah salak yang besar serta mempunyai keunikkan yang tersendiri."Saya yakin jika dipulihkan kembali Kampung Dendang boleh menjadi rujukan penyelidikan bagi penanaman salak dan saya bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan termasuk cara penanaman dan sebagainya," ujarnya.
26 Aug 19
452