Artikel "Komuniti" Terkini
Teruskan Perjuangan Tegakkan Islam
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 1 September - Kemerdekaan tidak bermakna jika Islam masih tidak mendapat pembelaan dan tempat sewajarnya malah kebebasan Islam dan umatnya masih lagi terhalang. Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, berkata, Islam dipersenda-sendakan dan Nabi Muhammad S.A.W dihina dengan pelbagai bentuk karikatur. "Perjuangan nenek moyang kita telah dicarik-carikkan dan kita orang Melayu beragama Islam mesti meneruskan perjuangan mereka untuk kembalikan Islam berada di tempatnya," Alias berkata demikian ketika berucap di Program Street Dakwah anjuran Institut Modal Insan Terengganu (i-MiTS) DUN tersebut di tapak Pasar Malam Taman Rakyat Jaya di sini, baru-baru ini. Street dakwah tersebut merupakan program belia dan beliawanis i-MiTS untuk memberi kesedaran dan melahirkan semangat patriotik cinta negara di kalangan orang muda dengan pelbagai slot iaitu kuiz Sayangi Malaysiaku, mengedarkan bendera Malaysia dan busker lagu-lagu patriotik. Beliau juga berharap kemerdekaan kali ke -62, keharmonian yang dikecapi akan berkekalan tanpa diganggu gugat dengan sentimen beragama dan amalan rasis. "Jangan kita biarkan peristiwa sebelum merdeka berulang di mana komunis menguasai negara dan banyak nyawa terkorban. "Alhamdulillah, pemerintahan Terengganu yang ada sekarang, kerajaan yang sentiasa berusaha untuk melaksanakan kebajikan kepada rakyat, kita mesti kekalkan," ujarnya.
02 Sep 19
40
Tarik Peminat Basikal Lajak Kepada Program Berbasikal Secara Sihat
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 3 September- Anak muda yang gemarkan aktiviti 'basikal lajak' digalakkan menyertai gabungan komuniti basikal yang lebih sihat, diiktiraf serta tidak mengundang bahaya kepada diri.Atas tujuan itu, Majlis Kayuhan Basikal Ambang Merdeka telah berlangsung di Medan Arena Square, Dungun, baru-baru ini.Pengarah program berkenaan, Mohd Safwan Mohd Zaid berkata, secara tidak langsung program itu dapat mengurangkan aktiviti basikal lajak walaupun tidak dapat dibanteras sepenuhnya."Sebab kita di Dungun ini banyak 'team' basikal lajak, dan kita seboleh-bolehnya nak elakkan ianya dari berterusan."Jadi, sempena kemerdekaan ini kita membuat keputusan mengadakan aktiviti mengumpulkan seluruh peminat basikal dan mengadakan program kepada masyarakat bagi mendatangkan faedah," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kayuhan itu diadakan.Menurutnya Kayuhan Ambang Merdeka itu telah disertai oleh 400 orang peminat sukan berkenaan, dimana perasmian pembukaannya telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Shukairi Wan Abdullah.Ianya merupakan anjuran bersama diantara pihak Department Art anda Culture Sport (DACS), Peminat Pacuan Empat Roda (PADAT) dan Geng Basikal Dungun (GBD).
02 Sep 19
188
Merdeka Ride 2.0 Tawan CH
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 3 September- Bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan kali ke-62, belia Felda Jerangau mengadakan konvoi 'Merdeka Ride' yang disertai 80 motor diiringi 20 buah kereta ke Cameron Highland (CH).Penyelaras Program 'Merdeka Ride', Mohd Ridhuan Yusoff berkata, konvoi kali kedua dianjurkan itu mendapat penyertaan menggalakkan berbanding ketika diadakan kali pertama pada tahun 2017."Lebih menariknya semua dapat dihimpunkan tanpa mengira parti politik, malah turut diesertai oleh Puteri UMNO."Kita sangat teruja kerana telah membuktikan bahawa anak muda di Felda Jerangau tidak berpuak-puak sebaliknya bersatu hati didalam eratan muhibbah yang mendatangkan kebaikkan kepada komuniti," jelasnya kepada pemberita selepas konvoi selama dua hari itu berakhir kelmarin.Katanya, ianya bukan sekadar berkonvoi tetapi diadakan pelbagai pengisian."Dengan adanya aktiviti santai 'barbeque' sementara menanti detik 12 malam, adanya tazkirah maghrib, diadakan acara diskusi, dan pelbagai lagi acara yang boleh mengeratkan ukhwah dikalangan para belia Felda Jerangau ini," jelasnya.Jelasnya lagi, objektif 'Merdeka Ride' diadakan diantaranya ialah ingin memastikan anak-anak muda tidak terlibat didalam aktiviti yang tidak sihat."Dengan minat mereka terhadap dunia permotoran kita uruskan dengan baik, supaya dapat menjalani kehidupan secara sihat disamping mengeratkan ukhwah supaya lahirnya komuniti yang sihatDiharap belia felda serta kampung yang lain akan ikut menjadikan Felda Jerangau sebagai ikon bagi menyatukan belia dibawah satu rumpun semangat kemerdekaan yang mengalirkan cinta kepada keamanan negara," ujarnya.
02 Sep 19
133
Program Anak Angkat Tingkat Kualiti Pemimpin Pelapis
Shaharizukirnain bersama peserta program anak angkat.Oleh : Makhtar HashimSETIU, 2 September – Program anak angkat yang melibatkan pelatih Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menjadi medan terbaik untuk meningkatkan kualiti pemimpin pelapis.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, melalui program berkenaan para peserta telah didedahkan dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang.Jelasnya, perkara itu bakal menguji dan memantapkan kebolehan berkomunikasi peserta sekali gus tahap keyakinan diri mereka akan meningkat."Ini medium terbaik untuk pelajar berinteraksi dengan penduduk di sekitar Kampung Bahagia, Kampung Bintang, Kampung Alor Serdang dan Kamoung Bukit Grebar yang berbeza pemikiran."Ia akan melahirkan pegawai-pegawai pentadbir yang mahir bermuamalat dengan masyarakat secara berhemah," ujar beliau dalam majlis perpisahan program tersebut semalam.Turut hadir dalam majlis perpisahan itu ialah AJK Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bahagia, Kampung Bintang, Alor Serdang dan Bukit Grebar disamping pelatih dan keluarga angkat yang terlibat.Mengulas lanjut, Shaharizukirnain turut menjelaskan, ilmu agama adalah bonus tambahan yang diperolehi pelajar dalam program itu.Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan.Katanya, ini kerana masyarakat kampung merupakan masyarakat yang sentiasa peka dengan hukum agama terutamanya dalam perkara muamalat."Batas-batas aurat dan agama semasa bersama keluarga angkat hendaklah dijaga sepanjang program berlangsung, agar usaha yang dilakukan mendapat redha Allah," tambah beliau.Program anjuran MPKK Mukim Guntung itu bermula sejak 24 Ogos lalu dan berakhir semalam.Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan dalam program berkenaan sepertimembina papan tanda dalam kawasan kampung, menghias Pasti dan Tadika, gotong royong, dan memberi sumbangan kepada asnaf zakat.
02 Sep 19
205
Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar Cekup 9 Pelaku Sumbang Di Ambang Merdeka
Oleh: Aslam WiraMARANG, 2 September – Seramai sembilan pelaku sumbang berjaya ditangkap dalam satu operasi melibatkan Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar dan Pegawai Penguasa Syariah (PPS) Marang bersempena malam Sambutan Merdeka, baru-baru ini.Operasi yang diketuai oleh Ketua Unit Pegawai Penguatkuasa Syariah, Sharimah Mamat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Daerah Marang bermula seawal jam 11.00 malam sehingga 7.00 pagi.Serbuan yang disertai oleh 30 orang anggota PSS termasuk sukarelawan telah dijalankan di tempat-tempat yang menjadi titik panas seperti, hotel, rumah tumpangan dan kawasan tertentu di seluruh daerah Marang.Antara yang ditahan adalah lima lelaki dan empat perempuan didalam lingkungan umur 16 tahun sehingga 42 tahun, di mana satu kes telah melibatkan tiga remaja lelaki dan dua remaja perempuan di dalam satu bilik hotel.Sharimah Mamat berkata, dalam operasi tersebut, mereka yang ditangkap diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang pada 3 Disember 2019 untuk dibicarakan atas satu kesalahan bawah seksyen 29 dan dua kesalahan seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.Dalam perkembangan yang sama, Syarimah menjelaskan bahawa dengan penubuhan dan bantuan sukarelawan Skuad Amar Maruf Nahi Mungkar ini, usaha membanteras jenayah syariah dapat dilipat gandakan.“Di samping membuka mata masyarakat bahawa kerja ini adalah tanggunjawab bersama, ia juga dapat memberi peluang untuk komuniti memahami masalah jenayah syariah ini perlu diberi perhatian serius kepada masyarakat," ujarnya lagi.Manakala Ketua Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar, Nasaruddin Samsudeng berkata, skuad ini telah ditubuhkan buat kali pertama melibatkan sukarelawan daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Badan Bukan Berajaan (NGO) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)."Dengan penubuhan skuad ini, mereka juga akan terus bergerak dengan kerjasama JHEAT dan Polis Diraja Malaysia untuk mencegah masalah jenayah syariah daripada terus berleluasa lebih-lebih lagi melibatkan anak muda.‘Kami juga sedia memberikan bantuan sepenuhnya memandangkan, Pihak PPS sendiri mempunyai kekangan seperti kenderaan dan tenaga sukarelawan untuk menjalankan operasi seperti ini,” tambahnya.
02 Sep 19
271
Usahawan Muda Tokoh Maal Hijrah OKU Terengganu
Ahmad Safuan.KUALA TERENGGANU, 1 September - Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin, 31, yang mencipta kejayaan dalam perniagaan seluar jeans sehingga ke peringkat antarabangsa menerima Anugerah Tokoh Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena majlis sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri hari ini.Pemilik jenama pakaian ‘Raw Denim House’ (RDH) itu menerima hadiah wang tunai RM3,000, plak dan sijil penghargaan yang disampaikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Ahmad Safuan yang mengalami masalah penglihatan pada mata sebelah kanan itu memulakan perniagaan di Jerteh, Besut pada tahun 2011 bersama abang dan rakan karibnya.“Alhamdulillah, sehingga kini banyak tempahan telah diterima daripada pelanggan bukan sahaja dari dalam negara tetapi dari seluruh dunia seperti Jerman, Amerika Syarikat, Australia dan Switzerland.“Anugerah ini memberi suntikan semangat untuk saya terus fokus dalam bidang ini agar RDH menjadi satu jenama terkenal di peringkat global dan mampu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita.Beliau yang memiliki Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Kolej Universiti TATI berkata pada tahun ini, RDH turut menerima pembiayaan dari Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu sebanyak RM200,000 untuk operasi kilang baharu syarikatnya di Jertih.Ketika ini, beliau turut bergerak aktif sebagai penceramah dalam program keusahawanan yang melibatkan golongan belia di seluruh Terengganu.“Dalam masa terdekat, syarikat saya akan melancarkan laman web sendiri dan bekerjasama dengan sebuah platform perniagaan dalam talian untuk memasarkan produk RDH secara lebih sistematik,” tambah beliau.
01 Sep 19
757
‘Pahang FA’ Bolot Trofi Merdeka Kampung Kolam
'Pahang FA' juara trofi merdeka.Oleh : Fahmi Azizi KUALA TERENGGANU, 1 September – Pasukan ‘Pahang FA’ muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kolam 2019 selepas menewaskan ‘Pulau Pinang’ semalam.Pengerusi MPKK Kampung Kolam, Muhammad Hamdi Abas memaklumkan, pertandingan yang berlangsung selama sehari itu bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana kemerdekaan yang disambut di kampung itu.Jelasnya, secara tidak langsung ia juga mampu menarik anak muda untuk menyertai aktiviti yang membina semangat patriotik dan berfaedah.“Kejohanan yang diadakan ini juga menerapkan sifat kerjasama dalam setiap pemain supaya ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.“Antara yang paling menarik dalam kejohanan ini, hadiah berupa sepasang kasut milik penjaga gol Terengganu FC (TFC 1), Wan Muhammad Azraie Wan Teh yang didermakan beliau kepada MPKK Kampung Kolam untuk diberikan hadiah cabutan bertuah,” katanya ketika dihubungi media hari ini.Kasut yang disumbangkan Wan Azraie.Tambah beliau, kejohanan tersebut berjaya mengumpulkan sebanyak 16 pasukan dari seluruh kampung berkenaan.“Yang mana ia terbahagi 12 pasukan dewasa dan empat pasukan kanak-kanak, ini menunjukkan kejohanan yang diadakan sempena kemerdekaan ini sangat mendapat sambutan.“Melalui usaha ini juga, kanak-kanak yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam kejohanan ini,” tambah beliau.
01 Sep 19
312
Gadai Nyawa Buru ‘Emas’ Tualang
Rosli Hashim (dua dari kanan).Oleh : Ariss AliasSETIU, 1 September – Kualiti madu tualang atau madu lebah hutan banyak diperkatakan sebagai madu terbaik sehingga menyebabkan orang ramai membayar pada harga yang tinggi untuk mendapatkannya.Perkara itu menyebabkan sesetengah orang kampung bergadai nyawa mencari manisan ‘emas’ demi meningkatkan taraf ekonomi, kumpulan terbabit dikenali sebagai kumpulan ‘Tualang Chalok’.Pengasas kumpulan itu, Rosli Hashim, 49, berkata, beliau mula mengambil madu lebah bunga Gelam sebelum timbul minat untuk mengutip madu lebah Tualang kerana memberikan hasil yang lebih lumayan.“Saya menubuhkan kumpulan ‘Tualang Chalok’, ahlinya seramai tujuh orang berasal dari sekitar Mukim Chalok pada tahun 2003 dan kekal sehingga sekarang bagi memudahkan kerja seharian.“Rekod bagi kami ialah kami pernah mengutip madu daripada 37 buah sarang dalam satu pokok. Tempoh masa untuk ambil mengutip madu biasanya dalam lima hingga enam jam, biasa bermula selepas Isyak dan akan selesai sebelum Subuh.“Hasil paling banyak kami pernah perolehi pernah mencecah RM40 ribu yang akan dibahagikan antara ahli kumpulan,” ujarnya ketika ditemui pemberita.Madu tualang.Bagi anggota kumpulan terbabit, Ridzwan Hussin, 37, mengatakan dia menghadiri kursus yang dianjurkan oleh jabatan perhutanan dan pihak Agro Setiu sebelum mahir dalam kerja itu.“Kaedah ini (yang dipelajari) diakui sebagai paling moden dan selamat menjadikan saya yakin untuk bekerja.“Masa yang diambil untuk mengutip madu bagi satu adalah sekitar 30 minit,” katanya lagi. Bagi veteran kumpulan itu yang berpengalaman lebih 20 tahun, Abdul Majid Deraman, 56, pelbagai lokasi telah dikunjungi di Terengganu untuk mencari madu lebah.“Jenis madu yang dikutip terdiri daripada jenis madu lebah Kampong, lebah Bunga Gelam hinggalah ke madu Tualang, Kumpulan kami biasanya ke kawasan Tasik Kenyir dan paling jauh ke daerah Kemaman,” ujarnya.Gadai nyawa demi sesuap nasi.
01 Sep 19
449
Kesejahteraan Hari Ini, Pengorbanan Pejuang Dahulu
Oleh: Nooreni Abu Bakar dan Sulaiman HafizieDUNGUN, 31 Ogos - Kesejahteraan dan keharmonian bermasyarakat yang berbilang kaum bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ianya dibina di atas pengorbanan pejuang yang terdahulu.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, pemimpin-pemimpin serta orang-orang tua dahulu berjuang di atas keringat, titik peluh, darah dan kerja kuat."Maka marilah kita memelihara apa yang kita lihat dan kestabilan yang dibina," katanya ketika berucap merasmikan penutup Majlis Kayuhan Basikal Ambang Merdeka di Dewan Arena Merdeka, semalam.Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah telah merasmikan majlis perlepasan peserta kayuhan tersebut.Seramai 340 orang peserta telah menyertai acara berbasikal sejauh 30 kilometer yang julung kali diadakan itu.
31 Aug 19
58
Rebut Peluang Keluar Dari Kemiskinan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 31 Ogos - Kerajaan negeri menyediakan pelbagai peluang untuk membantu rakyat keluar daripada kemiskinan dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata rakyat seharusnya mengunjungi agensi-agensi kerajaan untuk mengetahui segala kemudahan yang disediakan disamping meminta panduan dan nasihat."Sebagai wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kamping (MPKK) contohnya yang menjadi rujukan orang kampung, kita boleh membantu mereka dengan memberitahu di mana agensi yang menyediakan bantuan dan sebagainya."Sepatutnya apa- apa urusan sekalipun jumpalah pegawai - pegawai yang bertugas di agensi berkaitan," ujarnya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra MPKK Bersama Jabatan Veterinar, Pertanian dan Perikanan di Bilik Syarahan, Pejabat Daerah Dungun, baru-baru ini.Beliau turut mengingatkan agar sebarang bantuan yang dipohon hendaklah diusahakan dengan bersungguh-sungguh."Jangan mohon tanah, lepas tu biar tanah penuh dengan semak samun," katanya.
31 Aug 19
38