lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Lima Beranak Terselamat Rumah Terbakar
DUNGUN, 4 September - Tindakan pantas seorang murid tahun lima mengejutkan ibu dan adik-adiknya dari tidur berjaya menyelamatkan mereka lima beranak daripada terperangkap dalam rumah yang terbakar di Kampung Sura Tengah di sini kelmarin.Nur Adriana Batrissya Abdullah, 11, yang juga anak sulung daripada empat beradik menyedari rumahnya terbakar kira-kira jam 1 pagi.Ibunya, Aslinda Jusoh, 32, berkata, dia bersyukur kerana anak sulungnya bertindak cepat sebaik menyedari rumah mereka dijilat api."Saya tergamam seketika apabila anak sulung kejutkan saya sambil beritahu rumah terbakar, dia juga kejut semua adik-adik."Kami kemudian cepat-cepat keluar dari rumah kerana api marak dengan cepat dan saya cuma sempat capai kad pengenalan dan dokumen penting sahaja," katanya.Ekoran kejadian itu rumah mereka musnah 100 peratus dan mereka tinggal sehelai sepinggang.Aslinda yang juga pembantu kantin di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Dungun berkata, ketika kejadian suaminya tiada di rumah kerana bekerja di Melaka.Susulan insiden, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik menghulurkan sumbangan wang tunai kepada mangsa sekeluarga.Menurut Wan Hapandi, bantuan segera seperti pakaian sekolah, pakaian harian dan makanan akan diserahkan secepat mungkin."Kita juga akan cuba berbincang dengan kerajaan negeri untuk membantu keluarga ini dari segi bantuan membina rumah baharu atau apa juga bantuan sekalipun yang dapat meringankan beban keluarga ini," katanya.SUMBER: SINAR HARIAN
03 Sep 19
164
Empty Image
Karnival Kebangsaaan Silat Olahraga Piala Menteri Besar Bakal Dipertandingkan
Oleh: Aslam WiraMARANG, 30 Ogos – Kerajaan negeri bercadang menganjurkan Karnival Kebangsaan Silat Olahraga Piala Menteri Besar  dalam tempoh terdekat  bertujuan meraikan ahli-ahli Persatuan Silat Terengganu.Yang Dipertua Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata perkara tersebut telah dipersetujui  Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Katanya, beliau  mencadangkan perkara itu ketika hadir merasmikan satu program Gema Merdeka Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Kampung Medan Jaya. baru-baru ini.“Dengan penganjuran program ini, saya berharap lebih ramai  pesilat profesional dan berbakat dapat dilahirkan seperti Ratu Silat Negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang telah mengharumkan nama ke peringkat antarabangsa, tidak lupa juga saudara Razak Ghazali dan lain-lain.“Saya yakin apa yang kita usahakan ini adalah merupakan satu cetusan bahawa kita orang Terengganu mampu pergi lebih jauh sekiranya diberikan peluang.” ujarnya.Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga Yang Dipertua PESAKA telah memberikan sumbangan RM3,000 bagi membantu majlis persiapan program Gema Merdeka tersebut.Menurutnya lagi, dalam dunia persilatan, bukan menjadi tujuan untuk mencari lawan, tetapi adalah untuk memperjuangkan hak dan ketuanan kita apabila berada dalam keadaan yang tergugat.“Dalam sejarah negeri kita, ramai pejuang yang mahir dalam persilatan Abdul Rahman Limbong, Syed Abdul Rahman Al-Idrus ataupun Tokku Paloh yang menentang penjajah pada masa dahulu, mereka adalah pejuang yang memberikan sumbangan untuk membagkitkan kesedaran kepada orang melayu dalam mencapai erti kemerdekaan,”katanya.
02 Sep 19
209
Empty Image
Anggap Kehidupan Sebagai Ujian
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 3 September - Setiap kehidupan manusia ada kalanya diuji dengan kesusahan dan jika ianya dianggap sebagai ujian dari Allah maka seseorang itu akan melaluinya dengan tabah serta sabar.Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu, Nasir Razak berkata kejayaan menempuh ujian bermakna bukti kekuatan iman seseorang."Kalau hendak ambil peperiksaan contohnya kena 'study', kena menghafal, sebab untuk berjaya kena buat begitu," katanya.Beliau berkata  demikian ketika menyampaikan kuliah motivasi sempena Solat Hajat Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Tingkatan Tiga(PT3), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM), di Masjid Kampung Baru Kuala Abang di sini, semalam.Beliau turut mengingatkan para pelajar peperiksaan bukanlah penentu kejayaan hidup di dunia dan akhirat."Kehidupan kita masih panjang dan yakinlah Allah sentiasa membantu orang-orang yang sabar dan sentiasa memohon kepadaNya," ujarnya.
02 Sep 19
37
Empty Image
Jaya Diri Bantu 74 Keluarga Pendapatan Rendah Berniaga
Oleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 3 September - Seramai 74 orang keluarga berpendapatan rendah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik berjaya memulakan perniagaan selepas menyertai Program Jaya Diri (PJD) kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata PJD bertujuanmemberi pinjaman tanpa faedah kepada golongan kurang berkemampuan memulakan perniagaan."Penyertaan peserta disasarkan kepada golongan suri rumah, ibu tunggal dan belia-beliawanis daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah atau mempunyai pendapatan per kapita di bawah RM600.“Melalui PJD, setiap peserta layak menerima pinjaman antara RM3,000 hingga RM20,000 bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan seperti kedai makan, jahitan, kedai runcit, pertanian, penternakan dan salun kecantikan,” ujar beliau.Ir Saiful Azmi juga berkata, program ini juga bertujuan melatih keluarga miskin termasuk ibu tunggal dengan kemahiran asas pengurusan diri untuk meningkat pendapatan keluarga.“InsyaAllah, sempena program Karnival Kemasik Sejahtera yang akan diadakan di Bandar Baru Kertih pada 5 hingga 7 September 2019 nanti, pihak YPKT akan membuka booth promosi untuk memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat dan juga borang pinjaman,” tambah beliau.Ir Saiful Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek PJD berjumlah RM26,000 kepada tiga peserta baharu program berkenaan, di pejabatnya di Kertih, di sini, baru-baru ini.Turut hadir, Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi YPKT.“Selain mendapat bantuan modal, peserta turut didedahkan dengan program-program untuk meningkatkan kefahaman dan motivasi serta menambah pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang perniagaan yang diceburi,” jelas Kamarulzaman.
02 Sep 19
38
Empty Image
Sungai Kelemin Semakin Diminati
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN, 3 September- Sungai Kelemin, Kampung Talong semakin menjadi tumpuan ramai dan telah menjadi antara lokasi pilihan untuk aktiviti perkelahan di Bukit Besi.Rata-rata pengunjung  menyatakan lokasi perkelahan itu menarik minat kerana mempunyai sungai yang cetek serta selamat untuk aktiviti mandi sungai.Pengunjung Bilal Abdul Ghani, 40, yang pertama kali mengunjungi Sungai Kelemin berkata, pemanduannya dari Kuala Terengganu untuk membawa keluarga ke lokasi perkelahan itu amat berbaloi."Memang puas hati datang ke sini, sungai yang cetek amat sesuai untuk anak-anak melakukan aktiviti mandi sungai."Dari sudut penambahbaikkan yang saya lihat untuk jangka masa panjang ialah perlu ditambah pokok berteduh dan boleh ditambah wakaf kerana dilihat pengunjung semakin bertambah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di lokasi berkenaan, kelmarin.Sementara itu, penduduk setempat Abu Bakar Hasmir, 40, yang juga pertama kali tiba di sungai itu berkata, lokasi perkelahan Sungai Kelemin perlu menjadi lokasi pilihan kepada mereka yang suka berkelah di kawasan sungai."Saya dapat tahu mengenai sungai ini dan tertarik untuk datang ke sini apabila ianya telah 'diviralkan'. Saya syorkan kepada semua, datanglah ke sini, perjalanan dari bandar Dungun hanya setengah jam sahaja," ujarnya.Tambahnya, air sungai yang cetek tidak terlalu sejuk memyebabkan anaknya begitu teruja mengambil peluang untuk bermain di air dengan tempoh yang lama.Bagi Azlan Jaafar, 42, merupakan salah seorang Pensyarah di  Institut Pengajian Guru (IPG), berkata, beliau memilih Lokasi Sungai Kelemin kerana ingin menerokai suasana baru dan tempat baru yang masih belum ramai yang tahu."Berpandukan maklumat yang diberikan oleh rakan, saya cuba mencari berpandukan 'google’."Ternyata apabila datang bersama keluarga ianya memberi kepuasan yang tiada terhingga, InsyaAllah saya akan maklumkan kepada ahli keluarga yang lain, sahabat handai dan lain-lainya supaya datang ke sini," jelasnya.Sehubungan Sungai Kelemin mula mendapat tempat, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya bersyukur apabila ditularkan melalui laman facebook, semenjak setahun yang lalu kedatangan pengunjung yang kian bertambah telah mengubah suasana suram satu ketika dahulu."Dimana dahulu tiada yang mengetahui akan sungai ini, saya optimis untuk menjadikan lokasi ini lebih komersial sebagai lokasi pelancongan domestik."Beberapa kemudahan telah pun kita tambah dimana pada tahun lepas kita dah buat tandas dan wakaf, dengan keadaan pengunjung semakin ramai ini InsyaAllah kita akan cuba untuk melakukan penambahbaikkan dengan lebih lagi."Teguran dari pengunjung juga kita akan ambil maklum diantaranya ialah mengenai papan tanda yang tidak diletakkan di susur keluar daripada lebuh raya, hanya ada satu sahaja, apabila mendekati lokasi perkelahan ini baru terlihat signboard,"ulasnya.Disamping itu juga, beliau bersyukur kerana semenjak lokasi perkelahan itu semakin diminati dan semakin dikunjungi ianya juga telah memberi impak positif kepada penduduk setempat untuk menjana pendapatan menerusi aktiviti jualan dan sebagainya.
02 Sep 19
3257
Empty Image
Manaf Tidak Keberatan Beraksi Dengan TFC
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 3 September- Bekas pemain pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu, Manaf Mamat tidak keberatan menyertai Terengganu Football Club (TFC) I, jika diberikan peluang keemasan berkenaan.Beliau yang kini menyarung jersi Pasukan Kelab Batu Dua itu beraksi di dalam Liga Malaysia 3."Jika ada rezeki InsyaAllah tiada keberatan bagi pihak saya. Setakat ini saya tengok perkembangan setiap pasukan bola sepak Negeri Terengganu berada ditahap yang cukup baik."Alhamdulillah TFC II dah berjaya ke separuh akhir ke Piala Cabaran, begitu juga dengan pasukan Piala Presiden dan belia dah layak, sekarang menanti pasukan TFC I."Ianya keadaan yang cukup positif bagi tahun ini," kata pemain berkenaan yang berusia 32 tahun.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, di Pasir Raja, kelmarin.Beliau yang mewakili Delima Warrior B telah membantu pasukan berkenaan mendapat tempat ketiga daripada 42 pasukan yang bertanding dimana Abu KB FC telah muncul juara, dan disusuli tempat kedua, Young Boy FC. Jelasnya, beliau melihat bahawa penganjuran sukan berkenaan amat bermanafaat bagi orang muda."Saya harap selepas ini akan dapat dianjurkan lagi program sebegini," ujarnya.Manaf berkata, beliau akan meneruskan kerjaya bola sepak berkenaan selagi masih diperlukan."Kerana ini kerjaya saya, minat saya yang juga merupakan hobi saya," jelasnya.Sehubungan itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, penganjuran sukan berkenaan pada kali ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri."Apabila menerima penyertaan paling ramai seramai 42 pasukan, dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Wan Sukairi Wan Abdullah yang telah meluangkan masa untuk hadir," jelasnya.Katanya, penyertaan bukan sahaja dari kalangan anak muda DUN Bukit Besi bahkan telah disertai oleh kelab bola sepak luar."Kita mengharapkan agar pendedahan sebegini mampu meningkatkan kemahiran para anak muda di DUN Bukit Besi agar tidak bergelar jaguh kampung semata-mata."Mungkin dimasa akan datang kita boleh pergi lebih jauh, sebagaimana sekarang kita telah memiliki Ayahanda FC, mungkin boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi mutu permainan pemain yang kita ada," ujarnya.
02 Sep 19
146
Empty Image
'Jetski Challenge' Tingkat Ekonomi Penduduk
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 3 September - Penganjuran Jetski Terengganu Challenge selama dua hari yang berakhir kelmarin di Tasik Puteri Bukit Besi telah berjaya merancakkan ekonomi penduduk setempat khususnya yang berkait dengan perusahaan penginapan dan perhotelan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara tersebut bukan sahaja disertai peserta dari dalam negara bahkan mengamit kedatangan peserta dan pengunjung luar termasuk dari Brunei dan Thailand."Saya tengok banyak gerai-gerai yang telah diwujudkan sempena penganjuran ini, selain tempat penginapan yang ditempah. Alhamdulillah ini semua menambahkan lagi rezeki penduduk di Bukit Besi ini," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di program berkenaan yang dianjurkan oleh RCT Meganrata, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan kementerian Pelancongan Negeri Terengganu.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, penganjuran acara demikian diharapkan akan berterusan dan dijadikan sebagai acara tahunan."Supaya Bukit Besi akan lebih dikenali didalam bidang sektor pelancongan memandangkan kita tidak ada sumber perolehan lain yang boleh membangunkan Bukit Besi."Kita di peringkat DUN tidak akan mampu untuk anjurkan program berskala besar ini yang boleh anjurkan adalah syarikat-syarikat besar, jadi kita minta agar kerajaan negeri mencari insiatif bagi menetapkan program seumpama jetski ini sebagai acara tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Terengganu, "jelasnya.
02 Sep 19
71
Empty Image
SUTERA 2019 : Kontinjen Kuala Nerus Sasar Emas Acara Bola Jaring, Berbasikal
Kontinjen Kuala Nerus sedia berentap.Oleh : Izzat Al QushairiKUALA NERUS, 3 September – Kontinjen Kuala Nerus meletakkan acara bola jaring dan berbasikal sebagai sasaran utama untuk meraih emas bersempena Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak Khamis nanti.Ayah angkat bola jaring dan berbasikal Kuala Nerus, Mohd Shafizi Ismail berkata, kejohanan kali pertama yang akan berlangsung 5 hingga 9 September itu akan dijadikan medan terbaik untuk memperaga kekuatan pasukan dalam dua sukan berkenaan.Jelasnya, beliau yakin dan percaya dengan perancangan serta latihan rapi, Kuala Nerus mampu mencapai target itu.“Saya ingin melihat kejayaan anak angkat kami dalam SUTERA tahun ini.“Kekuatan fizikal dan mental perlu dimanfaatkan untuk memastikan kemenangan dibawa pulang pingat emas ke Daerah Kuala Nerus,” katanya.Shafizi Ismail (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Hishamuddin (tengah)Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Bendera, Jersi, Sijil Penghargaan dan Sumbangan Kepada Persatuan Daerah sempena SUTERA 2019 di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, semalam.Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Hishamuddin Abdul Karim.Dalam pada itu, menurut Hishamuddin, pihaknya mengharapkan, 196 atlet daerah itu dapat mempamerkan aksi terbaik bagi menjulang gelaran juara keseluruhan sekali gus akan membawa pulang hadiah wang tunai RM70,000.Sementara itu, katanya, naib juara pula akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM45,000 untuk dan ketiga RM15,000, selain RM1,000 masing-masing untuk olahragawan dan olahragawati.SUTERA 2019 Khamis ini bakal menyaksikan pertembungan lapan daerah di Terengganu bagi merebut kejuaraan.Tidak ketinggalan, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan yang menjadi kontinjen jemputan turut sama menghangatkan pertandingan.Atlet bola jaring Kuala Nerus.
02 Sep 19
54
Empty Image
UBSNT Berperanan Corak Belia Dan Beliawanis
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 3 September- Urus Setia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu (UBSNT) berperanan besar didalam merancang serta mencorakkan pembangunan belia dan beliawanis negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, UBSNT turut berperanan menjadi pemandu untuk belia melalui program ilmu yang berkait politik.“Ianya bersesuaian dengan peranan golongan belia yang semakin besar berkait dengan perkara yang telah diputuskan di parlimen baru-baru ini, dimana telah menurunkan had mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun maka peranan UBSNT ini semakin penting."Bagi memastikan belia-belia yang berumur 18 tahun adalah mereka yang telahpun bersedia untuk mengundi dan memilih berdasarkan kepada ilmu bukan berdasarkan kepada berita-berita yang tidak benar mahupun fitnah dan sebagainya yang berlegar di media sosial," jelasnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, semasa hadir pada program kejohanan Bola Sepak yang dianjurkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Pasir Raja, kelmarin."Dengan diadakan beberapa siri wacana politik untuk memberikan kesedaran kepada belia"Termasuk wacana tentamg sejarah Negeri Terengganu bagi membangkitkan perasaan kasih sayang para belia kita untuk lebih mengenali Negeri Terengganu juga mengenali para pejuang-pejuang terdahulu," jelasnya.Seterusnya beliau mengharapkan melalui penubuhan UBSNT yang berada di bawah portfolionya akan berfungsi bagi menghidupkan setiap NGO yang wujud di Negeri Terengganu.
02 Sep 19
319
Empty Image
Pungut Dana Sambil Santai Berbasikal
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 3 September – Program Kayuhan Ambang Merdeka akan diteruskan dengan kayuhan kutipan dana untuk mangsa-mangsa banjir di musim tengkujuh nanti.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, hasrat murni Geng Basikal Dungun yang proaktif mengumpulkan warga Dungun untuk melaksanakan aktiviti sihat dan santai itu harus dipuji berikutan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. "Aktiviti ini juga boleh dilakukan bersama keluarga dan dapat mengeratkan hubungan keluarga, kawan - kawan dan juga dapat mengelak daripada terjebak kepada gejala yang tidak sihat," katanya kepada pemberita selepas majlis perlepasan peserta-peserta Kayuhan Basikal Ambang Merdeka 2019 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di Dewan Arena Merdeka, Dungun baru-baru ini.Alias yang begitu teruja dengan penyertaan peserta-peserta program yang terdiri daripada pelbagai golongan iaitu kanak-kanak, wanita, orang kurang upaya dan juga warga emas memberitahu ianya adalah yang julung kali diadakan. ""Pada mulanya dianggarkan hanya 300 buah basikal sahaja yang akan menyertai kayuhan, tetapi malam ini penyertaan hampir lebih 350 buah," ujarnya.
02 Sep 19
34