Artikel "Komuniti" Terkini
Ubahsuai Motor Jadi Basikal
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN, 8 September- Idea kreatif bekas pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat mengubahsuai motosikal terpakai kelihatan seumpama basikal berjaya menarik tumpuan penduduk Al-Muktafi Billah Shah (AMBS).Mohd Zamri Sulaiman berkata, dia menggunakan kreativiti sendiri melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dan ramai yang menyangka bahawa ianya basikal namun sebaliknya sebuah motorsikal jenama Honda EX-5 yang telah diubahsuai."Saya membeli motor honda EX-5 ini dengan harga RM600 dan telah menghabiskan sebanyak RM 2,600 bagi menampakkan ianya sebuah basikal."Ianya begitu ringan, santai dipandu dan kelajuannya biasa sahaja. Tangki minyak sedikit kecil kerana dicipta bagi membolehkannya kelihatan seperti basikal dimana dengan isian RM3 sudah penuh tangki," jelasnya yang mengusahakan perniagaan besi buruk.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, di Taman Madani Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), baru-baru ini.Menurutnya, hasil pengubahsuaian itu diminati oleh semua golongan terutamanya kanak-kanak."Ianya memerlukan ketekunan, dan perlu fokus serta benar-benar teliti melakukan pengubahsuaian," jelasnya.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman melahirkan rasa kagum selepas berkesempatan mencuba motor berkenaan.Katanya, anak muda perlu mencontohi usaha mencari insiatif untuk meneroka sesuatu yang baru sebagai contoh mengubahsuai jentera pertanian seperti traktor misalnya kepada yang lebih ringan."Supaya dapat meneroka sesuatu yang baru bagi membantu apa jua bidang, kerana anak muda pada kelazimannya dikurniakan oleh Allah pemikiran yang kreatif bagi mengolah sesuatu alternatif baru."Mungkin boleh difikirkan motor yang boleh berfongsi sebagai lori, ataupun motor yang boleh membajak sawah yang boleh dimanafaatkan oleh semua golongan," ujarnya.
07 Sep 19
1451
‘Sate Ikan Aya’ Inovasi Terbaharu Di Jabi
Dr Azman merasmikan produk sate ikan aya.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 7 September – Jabi cukup terkenal sebagai lubuk sate yang tersedia dengan pelbagai menu sama ada ayam, daging atau pun arnab sehingga menarik pengunjung dari seluruh negara.Terbaharu, produk ‘Sate Ikan Aya’ dilancarkan hasil kajian Jabatan Perikanan dan inovasi sejak setahun lalu yang diubah daripada ikan tuna kepada ikan aya (tongkol).Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, inovasi tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempelbagaikan industri hiliran daripada produk-produk mentah.“Kita keluar sedikit daripada penggunaan ikan aya ini orang selalu buat nasi dagang, ikan singgang, rebus goreng dan sebagainya. Kali ini kita cuba pelbagaikannya. “Alhamdulillah petang ini memberi peluang kepada para tetamu dan masyarakat sekitar untuk merasainya. Kita juga ada dapatkan komen daripada mereka dan saya yakin bahawa produk baru ini boleh pergi jauh,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sate Ikan Aya di Kedai Sate Suria, di sini petang kelmarin. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, produk itu akan diperkenalkan sempena Hari Peladang dan Penternak Negeri Terengganu yang diadakan di Dataran Pekan Jabi pada 25 hingga 28 September akan datang.“Saya mengambil kesempatan untuk mengundang seluruh rakyat negeri Terengganu malah seluruh rakyat Pantai Timur yang berjiran untuk memenuhi Dataran Pekan Jabi untuk bersama mengambil manfaat daripada program tersebut.“Mungkin selepas ini jabatan bersedia untuk mengadakan kursus dalam bentuk kursus Industri Kecil Sederhana (IKS) bagi kita menambah lagi bilangan pengusaha dan kemahiran dalam menghasilkan sate,” tambah beliau.
07 Sep 19
527
Bantu Untuk Hidup Lebih Baik
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 7 September - Golongan warga emas akan dibantu agar mereka boleh meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh turun padang menyampaikan sumbangan berupa makanan keperluan dan duit kepada mereka."Ziarah ini merupakan aktiviti wajib kerana warga emas perlu diberi perhatian akan kebajikan mereka."MPKK (juga) perlu memainkan peranan bagi memastikan nasib warga emas terus terbela," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program dekat sini, semalam.Menurutnya, beliau bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Beris Pak Abu telah menziarahi empat orang warga emas di Kampung Beris Pak Abu dan Gong Lapang.Turut sama dalam program tersebut ialah Pengerusi MPKK Kampung Beris Pak Abu, Tuan Kamarudin.
07 Sep 19
30
Semai Patriotisme Peringkat Pra Sekolah
KUALA TERENGGANU, 7 September - Menanam perasaan cinta terhadap tanah air sejak kanak-kanak lagi adalah sangat penting agar mereka bangga dan sayang kepada watan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, program perarakan Kemerdekaan dan Maal Hijrah anak-anak taska dan tadika adalah sangat bermanfaat.“Daripada kecil lagi kita mendidik anak-anak kita dengan semangat patriotik ataupun cintakan negeri kita.“Kita memupuk perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia sekaligus bangga menjadi rakyat negeri Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program perarakan Kemerdekaan dan Maal Hijrah taska dan tadika swasta negeri Terengganu di Batu Buruk dekat sini, kelmarin.Oleh itu kata beliau, sifat mulia itu akan berkesan dan membekas dalam diri mereka apabila mereka membesar dan meningkat dewasa kelak.“Mereka ada jati diri yang baik dan mereka ada perasaan bangga serta sayang kepada negeri mereka sekali gus mereka akan melibatkan diri dalam masyarakat dan program yang bermanfaat,” jelas beliau.Justeru itu, beliau menyokong penuh program tersebut dan berharap ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
06 Sep 19
150
Sumber Perikanan Terengganu Akan Terus Diperkaya - Dr Azman Ibrahim
Dr Azman melabuhkan tukun bersama jabatan perikanan.Oleh: Hidayah AzlinFoto : Fahmi IzzuddinSETIU, 6 September - Kerajaan Terengganu akan terus memperbanyakkan program untuk memperkaya sumber perikanan demi kelangsungan dan penambahan hasil para nelayan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, labuh unjam atau tukun akan memberi manfaat khususnya kepada nelayan yang menangkap ikan dalam kawasan lima batu nautika dari pesisir pantai.Ujarnya, manfaat tersebut akan lebih dirasai oleh para nelayan apabila tibanya musim tengkujuh. “Kalau tahun ini satu daerah satu program, insya-Allah untuk tahun hadapan dalam bajet 2020 kita cuba untuk tingkatkan satu kali ganda supaya menjadi satu daerah dua program unjam atau tukun.“Ia akan dibuat secara berterusan dan dibantu penguatkuasaan undang-undang di laut. Kita yakin sumber perikanan akan dipulihkan sedikit demi sedikit,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Program Melabuh Unjam Negeri Terengganu 2019 di Pengkalan Nelayan Rhu 10, semalam.Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bahri Abdul Rahman.Tambah beliau, pada tahun ini Pulau Redang merupakan lokasi terakhir bagi program melabuh unjam dan tukun. “Unjam komuniti melibatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri, Jabatan Perikanan dan Persatuan Nelayan setempat. Kos peralatan, bahan-bahan, kos majlis ditanggung oleh Jabatan cuma nelayan turun bergotong-royong supaya menganggap bahawa unjam adalah hak mereka.“Dengan unjam ini, ada tempat untuk mereka menangkap ikan. Sekiranya berlaku perubahan cuaca para nelayan boleh balik terutama di musim tengkujuh,” katanya.
06 Sep 19
447
Penyelaras Turun Padang, Dengar Masalah Rakyat
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 5 September - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh mengambil langkah 'turun padang' bagi mendengar sendiri apa-apa perkara yang menjadi kesusahan rakyat di dalam kawasannya.Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, rakyat merupakan tunjang utama sesebuah pemerintahan yang wajar disantuni dan diberikan perhatian.“Segala permasalah mempunyai jalan penyelesaian, rakyat perlu diutamakan bagi menjamin kelangsungan dan keharmonian persekitaran."Maklumat dan isu-isu semasa juga dapat diulaskan serta difahami oleh golongan masyarakat agar tidak menimbulkan pandangan negatif terhadap kerajaan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Dialog Pejabat Penyelaras Jerteh bersama rakyat di Kampung Pulau Panjang, Jerteh, semalam.Menurutnya, program tersebut amat penting untuk membuka mata pihak atasan terutamanya agar sentiasa peka terhadap segala jenis bentuk permasalahan.Selain itu beliau menambah, hubungan silaturahim juga dapat dipupuk antara pihak pejabat dan rakyat agar membentuk sebuah negeri yang sejahtera.Seramai 80 orang penduduk kampung hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
04 Sep 19
63
Agihan Nasi Bungkus Tanda Kerinduan YBC
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 4 September - Kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai yang mewakili ADUN Cukai, Hanafiah Mat telah mengagihkan sebanyak 400 bungkus makanan di kedai sekitar Yellow Town dan Casa Limbong, tengah hari kelmarin.Pembahagian nasi bungkus melibatkan 9 orang petugas diagihkan kepada peniaga dan pekerja di sana bermula sekitar jam 11.30 pagi.Hanafiah Mat ketika dihubungi mendoakan kesejahteraan seluruh peniaga dan pekerja agar berada dalam keadaan baik dan memperoleh keuntungan dalam perniagaan masing-masing."Mewakili Pejabat DUN Cukai, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat dalam menjayakan agihan nasi bungkus ini."Terimalah sedikit sumbangan daripada saya ini, sekurang-kurangnya ia mengingatkan saya sentiasa berada di hati mereka.Beliau yang ketika ini masih bercuti selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang dijangka akan kembali bertugas pada 1 November.
04 Sep 19
175
Semangat Kesukanan Bawa Kubang Bemban Jadi Juara
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 4 September - Semangat kesukanan yang dipamerkan oleh Kubang Bemban membawa pasukannya sebagai juara dalam perlawanan bola sepak.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, kunci utama yang menentukan sesebuah kejayaan ialah kerja secara berpasukan."Semangat berpasukan amat penting bagi mengatasi dan menyelesaikan apa jua masalah yang melanda."Semangat kesukanan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan mampu untuk melahirkan satu suasana persekitaran yang sejahtera," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Jerteh di Padang Astaka, Jerteh, semalam.Menurutnya, program sebegini amat sesuai diadakan kerana ia dapat mengisi masa lapang anak-anak muda daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.Kata beliau, perlawanan bola sepak bermula pada jam lima petang yang memperlihatkan serangan bertubi-tubi diantara pasukan Kubang Bemban dan Simpang Tiga."Kelalaian pertahanan Simpang Tiga diminit akhir masa pertama membawa padah apabila Muhd Naim menolak masuk bola ke gawang lawan."Kelebihan satu jaringan Kubang Bemban membawa pasukannya layak dinobat sebagai juara," ujarnya.Tambah Azhar, kejohanan tersebut berlangsung selama satu bulan yang melibatkan lapan pasukan dari DUN Jerteh.
04 Sep 19
565
Program 'Food Bank' Akan Diperluas Ke UMT
KUALA TERENGGANU, 4 September - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Terengganu akan memperluaskan program Food Bank Siswa Malaysia ke beberapa universiti lain termasuk Universiti Malaysia Terengganu mulai Oktober ini.Program sama yang mendapat kerjasama dengan beberapa pasaraya terkenal, Primula Beach Hotel, Harolds Bread (M) Sdn Bhd dan Pasaraya Xiri Sdn Bhd itu telah dimulakan di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) pada April lalu.Pengarah KPDNHEP, Saharuddin Mohd. Kia berkata, apa yang telah dilaksanakan di universiti itu sangat membantu pelajar, terutama yang kurang berkemampuan.“Kira-kira 700 pelajar UniSZA sehingga hari ini mendapat manfaat daripada program yang diperkenalkan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesedaran Halal Kepada Penjawat Awam di Kompleks Seri Iman, di sini hari ini.Katanya. apa yang membanggakan sehingga sekarang, pelbagai pihak dan yang terbaru Pasaraya Sabasun dan Duyong Marina Resort tampil menyatakan hasrat untuk bersama-sama membantu meringankan beban pelajar. “Initiatif ini amat membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan yang terhad. Bila berhadapan dengan masalah kewangan, pelajar turut berhadapan dengan masalah untuk mendapat keperluan makanan,” katanya.
03 Sep 19
203
Pelakon Fikry Ibrahim Sertai Terengganu Jetski Challenge
Foto - Wan Luqmanul HakimOleh: Adli MohamadDUNGUN, 4 September - Pelakon drama 'Kau Yang Pertama' terbitan TV3, Fikry Ibrahim antara yang bertanding pada Terengganu Jestski Challenge yang diadakan di Tasik Puteri, Bukit Besi baru-baru ini.Pelakon yang terkenal menerusi drama 28 episod itu berkata, kejohanan itu adalah kali pertama disertai sejak berjinak-jinak dengan sukan air itu dua bulan yang lalu.“Saya merasakan orang sini sangat ramah macam orang kampung saya sendiri di Kedah.“Terima kasih kepada pihak penganjur, bahagian teknikal dan semua yang terlibat demi menjayakan progam 'Terengganu Jetski Challenge ini," ujarnya yang menduduki tempat keempat di dalam kategori yang disertai pada pertandingan tersebut.Program berkenaan, merupakan anjuran RCT Meganrata, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), dan Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu. Program terbabit mencuri tumpuan apabila turut disertai oleh pelumba wanita.Salah seorang pelumba wanita, Gina Rhafieda Doming berkata, dia mula menceburi kejohanan jetski pada 2016 lagi."Saya mendapat galakkan serta tunjuk ajar daripada suami Ahmad Zuhairi. Sebelum ini keluarga saya memang ada jetski tetapi saya tidak ambil kisah, kerana diajak oleh suami saya mula memcuba ternyata ianya amat menyeronokkan," katanya.Dia turut mengakui, mempunyai persaingan yang sengit dengan peserta lelaki kerana kekuatan yang berbeza, namun sentiasa berusaha bagi menyaingi pelumba lelaki.
03 Sep 19
603