lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Gerak Kerja Perlu Dipertingkat Dari Akar Umbi
Oleh : Mustaqim AfandiBESUT, 11 September - Gerak kerja daripada peringkat akar umbi perlu dipertingkatkan supaya maklumat yang disampaikan oleh pihak kerajaan negeri dibawah pengetahuan MPKK sekaligus disalurkan kepada penduduk setempat.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kepimpinan di peringkat negeri masih lagi mengekalkan momentum sepertimana  diperingkat awal perlantikan."Kita sedia maklum bahawa bermula daripada pihak MPKK  disinilah bermulanya kekuatan kerajaan itu sendiri."Apabila kita membentuk MPKK, kita melihat acuan yang kita mahu bina diperingkat MPKK ialah bagaimana acuan kerajaan yang akan dilaksanakan dikawasan kita dapat dihayati dan difahami oleh jentera pelaksana diperingkat bawah," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perjumpaan Exco bersama MPKK di Dewan Gong Kemuntong, Jertih pada hari Isnin, 9 September.Oleh itu, katanya, perjumpaan tersebut adalah bukti bahawa pihak kerajaan negeri bersungguh-sungguh dalam mengambil tahu permasalahan daripada pihak MPKK.Program tersebut mendapat sambutan yang baik dan  dihadiri seramai 400 orang sekitar daerah Besut.Turut hadir sama ialah Penyelaras DUN Jerteh Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad,Naib Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Ahmad Shukri Bin Wan Isa, Penyelaras Dun Kuala Besut, Haji Azby Bin Salleh, Penyelas DUN Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohammaddan dan Setiausaha PAS kawasan Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar.
10 Sep 19
85
Empty Image
KTS Bakal Jadi Hospital Rakan Bayi Pertama Di Terengganu
Oleh: Adli Mohamad KUALA TERENGGANU, 10 September- Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan sebagai hospital rakan bayi yang pertama di Terengganu.Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd, Mat Yula Kassim berkata, sehingga kini KTS telah menghantar 1/3 daripada kakitangannya untuk mengikuti kursus selama 20 jam yang dikendali Pusat Laktasi Kebangsaan."Tujuannya untuk mereka mempelajari teknik-teknik penyusuan, polisi-polisi serta cara untuk menyebarkan pengetahuan tentang penyusuan susu ibu bagi mempersiapkan hospital kami untuk menjadi Hospital Swasta Rakan Bayi Pertama di negeri ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang diadakan di hospital berkenaan, baru-baru ini.Bertemakan Caknakan Ibu Bapa, Jayakan Penyusuan, sambutan berkenaan telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Zalma Abdul Razak.“Ianya menekankan tentang kepentingan usaha pelbagai pihak dalam mewujudkan rantaian sokongan bagi menyediakan persekitaran yang dapat memperkasakan ibu untuk menyusu anak secara optima. “Selain dari ruang pameran dan ceramah terdapat banyak aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan sejak 3 September lalu untuk memeriahkan acara antaranya kuiz dan demonstrasi perahan susu ibu,” ujarnya.Katanya, usaha menjadikan KTS sebagai hospital rakan bayi adalah penting untuk rakyat Terengganu umumnya. “Dengan menyediakan fasiliti yang menggalakkan penyusuan ibu terus kepada bayi, secara tidak langsung memastikan bayi-bayi yang dilahirkan mendapat zat-zat dan nutrisi sempurna yang dapat menyumbang kepada tumbesaran bayi,” ujarnya.
09 Sep 19
349
Empty Image
Lebih 1,000 Meriahkan Hari Fisioterapi Dunia KTS
Oleh: Adli Mohamad KUALA TERENGGANU, 10 September- Lebih 1,000 orang memeriahkan sambutan Hari Fisioterapi Dunia di Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), baru-baru ini.Menurut jurucakap KTS, sambutan yang bertemakan 'Movement For Health' itu adalah sebagai tanda sokongan terhadap bidang fisioterapi serta pergerakkan untuk kesihatan yang diharap dapat menjadi pemangkin kepada kesejahteraan komuniti.Katanya, program tersebut mendapat kerjasama dan penyertaan daripada Kelab Bolasepak Terengganu (TFC) dan juga Kelab Basikal Terengganu (Terengganu Cycling) melalui acara suaikenal bersama ahli-ahli kelab.“Selain dari cabaran fisio, terdapat banyak aktiviti-aktiviti keluarga yang turut diadakan untuk memeriahkan acara antaranya pertandingan Beyblade, mewarna, aktiviti kecergasan seperti latihan circuit, ‘human foosball’ dan banyak lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan.Untuk rekod, KTS diuruskan oleh Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd, anak syarikat TDM Berhad yang juga menguruskan tiga lagi hospital swasta lain seperti Kuantan Medical Centre (KMC), Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) dan Taman Desa Medical Centre (TDMC).
09 Sep 19
173
Empty Image
Calon UPSR Jangan Merendah Diri
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN, 10 September- Calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi khususnya tidak boleh berasa rendah diri sebaliknya perlu membuktikan kemampuan supaya dapat mencapai peningkatan prestasi kecemerlangan yang lebih baik berbanding tahun lalu.Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, tindakan sedemikian perlu agar pelajar di kawasan pedalaman tidak ketinggalan.“Para pelajar perlu bermotivasi, walaupun berada di kawasan pedalaman masih mampu mencapai keputusan yang baik setaraf dengan pelajar di bandar."Sebelum menjelang peperiksaan, kita telah pun mengadakan usaha dengan mengadakan solat hajat di masjid seluruh DUN Bukit Besi."Kita mendoakan agar pada tahun ini akan berlaku peningkatan prestasi bagi membuktikan pelajar pendalaman mampu menyerlah walaupun calon kita tidaklah seramai mana," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita, ketika hadir menyantuni 53 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Besi yang menduduki UPSR, hari ini.Turut sama, Guru Besar SK Bukit Besi, Ahmad Razak Jusoh dan Yang DiPertua PIBG SK Bukit Besi, Ahmad Bakhir Chik.Untuk rekod, UPSR masih berbaki dua hari, hari ini para pelajar menduduki kertas peperiksaan Matematik kertas 1 dan 2 serta hari terakhir esok bagi mata pelajaran Sains bagi kertas 1 dan 2.
09 Sep 19
553
Empty Image
NR Sofea Juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YBC
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 10 September - Pasukan NR Sofea telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YBC Tertutup DUN (Dewan Undangan Negeri) Chukai selepas berjaya menundukkan lawannya dari pasukan Kuala 48 dengan kemenangan selesa 2-0 dalam aksi yang cukup mendebarkan.Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari bermula Jumaat melibatkan 24 pasukan berlangsung dalam suasana cukup meriah di Padang Sintetik, Stadium Mak Chili, Kemaman.Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Chukai, Hamka Hashim mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda PAS DUN Cukai (PPDC) dan juga Department Of Arts, Culture & Sport (DACS) DUN Chukai di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kejohanan yang dianjurkan pada kali ini."Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang memperuntukkan RM5,000 dan juga Pejabat ADUN Cukai yang turut menaja RM5,000 bagi menjayakan program ini," ujarnya lagi.NR Sofea membawa pulang wang tunai RM2,500, medal berserta Piala YBC. Tempat Kedua yang menjadi milik Kuala 48 pula membawa pulang wang tunai RM1,000 dan medal. Tempat ketiga dan keempat pula menjadi milik Pengkalan Pandan FC dan Al-Farabi FC dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM400 berserta medal.Manakala KFJ Team, Habiel 66 FC, CMC Team dan NR team yang mara sehingga ke peringkat suku akhir turut membawa pulang wang tunai RM250. Johan dan naib johan pula layak secara automatik ke Piala Parlimen yang akan diadakan nanti.Hadiah disampaikan oleh Penyelia Pejabat ADUN Cukai, Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus. Turut hadir memeriahkan majlis, Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood dan Penyelia Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) DUN Cukai, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki.
09 Sep 19
1028
Empty Image
Penternak Ikan Air Tawar ‘Berputih Mata’
Haji Ahmad Amzad (tiga dari kiri) dan Ustaz Wan Sukairi (tiga dari kanan) melihat sendiri ikan mati dalm sangkar di Kampung Pulau Musang.KUALA TERENGGANU, 9 September – Dipercayai pertembungan pertama kali berlaku antara air laut dan air sungai di Kampung Pulau Musang mengakibat penternak ikan air tawar di  sungai kampung tersebut kerugian kira-kira RM30,000 satu sangkar.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata ini kerana semua ikan dalam lima sangkar milik penternak tersebut mati dipercayai akibat kejadian fenomena alam itu.“Ia melibatkan ikan baung, patin, terubuk dan talapia untuk edaran tempatan dan luar Terengganu, musnah semuanya dan pengusaha ikan dalam sangkar berkenaan hanya berputih mata melihat kemusnahan berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.Menurut beliau, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim telah dimaklumkan kejadian tersebut dan Jabatan Pertanian serta Jabatan Perikanan Negeri akan mengambil tindakan selanjutnya bagi membantu pengusaha ikan dalam sangkar berkenaan.Ikan baung mati dalam sangkar di sungai Kampung Pulau Musang."Kami telah berhubung dengan Dr Azman Ibrahim, Exco Pertanian Terengganu yang telah memanjangkan kepada Pengarah Pertanian dan Pengarah Perikanan Terengganu untuk tindakan susulan," ujarnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah turut melawat sangkar berkenaan.Sementara itu Haji Ahmad Amzad turut menyelaraskan kerja membantu mangsa ribut membabitkan 260 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.Haji Amzad turut membantu dan menyelaraskan kerja-kerja membaiki rumah yang rosak akibat ribut melanda DUN Wakaf Mempelam baru-baru ini.Ini termasuk kerja-kerja berkait dengan pemasangan atap rumah dan memotong pokok tumbang dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Masjid Lama Sungai Rengas dan Jabatan Amal.
09 Sep 19
1418
Empty Image
MPKK, Polis Jalin Kerjasama Banteras Jenayah
Demontrasi daripada pihak PDRM. Foto - Ammar RozlanOleh : Fahmi AziziKUALA TERENGGANU, 9 September – Kerjasama antara masyarakat tempatan di daerah ini serta pihak polis mampu mencegah kegiatan jenayah demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kolam, Muhammad Hamdi Abas berkata, atas kesedaran itu pihaknya telah menganjurkan Program Polis Bersama Masyarakat bertempat di Dewan Dato’ Haji Wan Abdul Mutalib Embong, Kuala Ibai kelmarin. “Program yang julung-julung kali diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk ini bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan masyarakat terhadap kepentingan pencegahan jenayah di kawasan komuniti.“Ia termasuk memberi pendedahan serta pengetahuan dalam aspek pencegahan jenayah kepada penduduk di sini supaya gejala jenayah mesti dikekang habis-habisan,” ujarnya ketika dihubungi media.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Haji Razmi Mohd Gunnos, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Terengganu, SUPT Mohd Aluwi Husain, Penyelia i-MITS Dun Batu Buruk, Salleh Abdullah dan Penghulu Mukim Kuala Ibai, Raah@Razman Ismail.Muhammad Khalil bersama Ahmad Amzad meninjau peralatan khas pasukan polis.Menurut Muhammad Hamdi, hasil program tersebut juga, pihak MPKK Kampung Kolam bercadang untuk menubuhkan Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK) di Mukim Kuala Ibai.Katanya, ia selaras dengan saranan Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Yahaya Ali baru-baru ini yang menyarankan agar setiap MPKK menubuhkan PKK di setiap kampung masing-masing. “Hasrat tersebut akan kita jayakan dengan penubuhan PPK yang sedang kita rangka, dan kita akan tubuhkan dalam masa terdekat selepas mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat dalam program ini.“Pihak MPKK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus bekerjasama bagi meneruskan persatuan tersebut untuk jangka masa yang panjang,” tambah beliau.Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan silat pulut, persembahan T-baton oleh IPD Kuala Terengganu dan pertunjukkan Unit Anjing Pengesan (K9) yang dibawakan khas daripada Bukit Aman. Turut diadakan ialah pameran oleh jabatan-jabatan PDRM, ceramah dan dialog berkaitan pencegahan jenayah semasa, permasalahan dadah, mat rempit dan keselamatan jalan raya.
09 Sep 19
547
Empty Image
243 Rumah Rosak Kuala Nerus Dibaiki Segera
Wan Yusrizal  (kiri) menziarahi mangsa ribut di Kuala Nerus.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS 8 September – Kerajaan Negeri segera membaiki 243 rumah mangsa ribut di sini agar kebajikan mereka terbela.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi mengucapkan takziah kepada mangsa ribut kerana musibah yang luar biasa itu melanda dan merosakkan rumah mereka.“Al-Hamdulillah saya bersyukur kerana tiada kematian dilaporkan akibat dari ribut berkenaan.“Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan segera kepada mangsa-mangsa ribut ini melalui Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meringankan beban yang ditanggung mereka,” jelasnya.Wan Yusrizal (dua dari kiri) di sebuah rumah yang dilanda ribut kuat di Kuala Nerus.Khamis lalu, penduduk daerah ini dikejut dengan ribut kencang melanda beberapa buah kampung merosakkan atap dan siling rumah mereka.Sebanyak 243 buah rumah termasuk 150 buah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading, DUN Tepoh (61) dan DUN Bukit Tunggal (32).Dr Mohd Khairuddin sebelum ini berada di Azerbaijan sejak 6 September lalu kerana menghadiri Perhimpunan Antarabangsa Bagi Parti-parti Politik Asia (ICAPP).Beliau mewakilkan Pegawai Khasnya, Wan Yusrizal Wan Shafi’i untuk melawat mangsa ribut berkenaan.
08 Sep 19
40
Empty Image
Hayati Peristiwa Hijrah Rasulullah
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 8 September- Umat Islam diseru menghayati peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W lebih-lebih lagi sambutan hari kemerdekaan negara kali ini begitu hampir dengan Awal Muharram umpama mengandungi mesej tersirat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata,  ianya seolah mengingatkan masyarakat agar berusaha memerdekakan diri daripada segala anasir yang tidak baik dan langkah seterusnya melakukan penghijrahan. "Pada tahun ini kita menyambut Awal Muharram selepas pada bulan kemerdekaan. Perkara demikian sewajarnya dihayati oleh masyarakat agar bertekad melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik,” ujarnya.Beliau berkata demikian, ketika berucap merasmikan Sukaneka anjuran Majlis Pengurusan komuniti Kampung (MPKK) Taman Abadi di taman berkenaan, semalam.Menurutnya, sebagai muslim yang baik harus sentiasa memikirkan hikmah disebalik sesuatu perkara yang  pastinya tidak berlaku secara kebetulan. "Bagi menginsafi diri, juga bagi memastikan setiap hari yang ditempuhi adalah lebih baik dari semalam, dan esok adalah lebih baik pada hari ini," katanya.Ketika berucap, beliau juga turut menekankan akan peri pentingnya keharmonian dan perpaduan di dalam masyarakat. "Kerana ianya elemen penting yang membawa kepada kesejahteraan sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan negeri.Beliau turut menganjurkan agar masyarakat di taman berkenaan mengimarahkan masjid yang menjadi sumber perpaduan dengan mengikuti kuliah agama yang telah disusun atur."Kerana ianya akan lebih mendidik masyarakat kearah yang lebih baik serta mampu untuk membina institusi kemasyarakatan yang lebih harmoni,” ujarnya.
07 Sep 19
47
Empty Image
Utamakan Produk Muslim
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 8 September - Orang Islam diseru mengutamakan produk muslim bagi kegunaan mereka setiap hari supaya status halalnya terjaga dan diyakini. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata dengan membeli barangan yang dikeluarkan oleh orang Islam secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi mereka."Terutamanya makanan, kita dituntut untuk menjaga sumber makanan kita agar fizikal, mental, spiritual dan emosi kita terjaga," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah diminta mengulas mengenai produk muslim selepas menyerahkan sumbangan Tabung Darul Iman kepada seorang penerima di Kampung Padang Pulut, baru-baru ini.Alias yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang menyeru agar lebih ramai pengeluar produk muslim tampil dengan barangan mereka."Ianya supaya lebih banyak produk kegunaan harian kita adalah produk Muslim dan orang Islam sendiri ada banyak pilihan untuk membelinya," ujarnya.
07 Sep 19
36