lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
DUAT Cungkil Bakat Daie Cilik Terengganu
MARANG, 15 September - Akademi DIDIK ULAMA Amilin Terengganu (DUAT) bakal mengorak langkah dalam usaha mengangkat kewibawaan para pendakwah seluruh Terengganu berpaksikan dengan moto Terengganu Maju Berkat Sejahtera yang menjadi agenda Kerajaan Negeri ini demi kelestarian syiar Islam di Terengganu.Pengarah Akademi DUAT, Ramlan Hj Mahmood berkata akademi cetusan ilham Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ini secara langsung berperanan dalam  menyempurnakan teras keberkatan sebagai prinsip asas kepada pentadbiran dan pembangunan negeri ke arah memenuhi aspirasi Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS)."Kerajaan negeri optimis dengan penubuhan akademi ini dapat diperhebatkan lagi para daie yang berada di Terengganu menerusi program latihan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran kontemporari sesuai dengan tuntutan semasa,"Bagi kami, ini merupakan langkah terpenting dalam memastikan Terengganu muncul sebagai antara pelopor negeri yang berkat dengan rakyatnya yang sejahtera sepertimana yang termaktub dalam agenda Terengganu Maju Berkat Sejahtera,"Dengan kerjasama semua pihak, diharap agenda ini dapat mempersembahkan pendekatan dakwah yang lebih inklusif dan mesra masyarakat," katanya ketika menyampaikan ucapan program Daie Cilik Terengganu 2019 yang diadakan di Pusat Sains dan Kretiviti Terengganu baru-baru ini.Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor dan Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT), Ustaz Nasir Abdul Razak.Program Daie Cilik 2019 Terengganu anjuran Akademi DUAT dengan kerjasama Pertubuhan Cakna Pendidikan Islam Terengganu itu menonjolkan bakat cilik anak-anak Pra-sekolah mendapat sambutan luar biasa daripada tadika kerajaan dan swasta yang menyertainya."Alhamdulillah, sambutan untuk Daie Cilik ini di luar jangkaan kami. Masing-masing menonjolkan bakat tersendiri. InsyaAllah pada tahun hadapan kami akan buka penyertaan agar lebih ramai anak-anak pra-sekolah diketengahkan seterusnya ," katanya.
15 Sep 19
1127
Empty Image
Rakyat Perlu Peka Usaha Kerajaan
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 13 September - Rakyat negeri Terengganu perlu peka dan menghayati usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihak kerajaan sentiasa mengambil inisiatif untuk menyampaikan hasrat dan kehendak rakyat.“Rakyat berhak untuk mengetahui usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi membentuk sebuah negeri Terengganu yang maju,berkat dan sejahtera," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika mengagihkan risalah dari Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) kepada pengunjung di Pasar Tani Jerteh, semalam.Menurutnya, program sebegini amat sesuai kerana ia dapat memberi kesedaran dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dan pihak pejabat."Ia juga dapat menggalakkan para pengunjung untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu benda yang berfaedah.” ujarnya.Justeru itu, beliau berharap usaha itu dapat menimbulkan kesedaran terhadap rakyat tentang permasalahan yang berlaku dalam persekitaran sekarang.Turut hadir sama kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Jerteh bagi melancarkan lagi agihan risalah.
12 Sep 19
62
Empty Image
Terapkan Nilai Agama Dalam Mendidik Anak
Oleh: Nooreni Abu Bakar dan Norisah NgahHULU TERENGGANU, 12 September -Banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak dan paling penting terapkan nilai-nilai keagamaan dalam mengasuh seawal usia akil baligh mereka, pesan Zaimah Sulong.Zaimah, 58, yang mempunyai 12 anak merupakan penerima Anugerah Tokoh Keluarga Tunggal Mithali di Majlis Sambutan Ma'al Hijrah 1441H Peringkat Negeri Terengganu.Walaupun tanpa tonggak utama keluarga yang bergelar suami atau ayah kepada anak-anaknya, bukanlah menjadi penghalang kepada dirinya untuk mendidik keluarga hingga berjaya. Beliau yang kematian suami sejak 12 tahun lalu amat menekankan ajaran Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anaknya.Oleh kerana keterbatasan masa sebagai seorang ibu tunggal yang bekerjaya, masa bersama anak-anak amat dititikberatkan oleh beliau."Dalam mengajar dan mendidik anak-anak, ajaran Rasulullah S.A.W  menjadi ikutan  iaitu mendidik dengan kasih sayang, disiplin, anggap anak-anak sebagai kawan  dan memenuhi kehendak anak-anak setakat mana kemampuan," ujarnya.Beliau yang juga setiausaha Muslimat PAS Batu Enam ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Bujuk, Manir ketika kunjungan Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan dan Media Baru, Muslimat PAS Terengganu yang diketuai timbalannya Zaiton Abbas, kelmarin.Pesara guru yang jawatan terakhir sebagai Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa dan pernah tiga kali menerima Anugerah Perkhidmatam Cemerlang itu mengakui cabaran mendidik anak masa kini amat mencabar termasuk pengaruh gadjet."Oleh itu hanya dengan didikan agama yang sempurna dapat mengelakkan anak-anak muda dari terjebak dalam menyalah guna kemudahan yang ada.“Justeru, sebagai ibu bapa kita perlu banyakkan sabar dalam mendidik anak-anak dan didikan agama terutama ajaran al-Quran sangat penting ," ujarnya.
11 Sep 19
75
Empty Image
Kes Denggi Besut Turun Mendadak Tahun Ini
Dr Alias (tengah) melawat pameran sempena Majlis Penutup HOPE di Pulau Perhentian Kecil, Besut. Foto oleh - Pok AbasBESUT, 12 September – Kes demam denggi di daerah Besut menurun secara drastik sebanyak 80.2 peratus tahun ini berbanding tahun lepas.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, sehingga semalam kes denggi menurun kepada 22 kes berbanding 111 tahun lepas.Beliau menjelaskan bahawa ia satu kejayaan membanggakan dan prestasi itu perlu mencapai tahap lebih baik di masa akan datang.Dr Alias (tengah) menerima buku cenderamata dari pengajur setibanya di Jeti Pulau Perhentian Kecil, Besut semalam.Katanya, ia juga perlu diikuti oleh tujuh daerah lain di negeri ini dengan pelbagai cara termasuk mengadakan gotong royong setiap minggu di Kawasan-kawasan Keutamaan 1 Denggi, kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Daerah serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan penduduk setempat.Dr Alias berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh, Selangor di Pulau Perhentian Kecil di sini semalam.Dr Alias Razak.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, di Daerah Besut, pemantauan kendiri (Search and Destroy) dilaksanakan selama 10 minit, diperingatkan melalui edaran aplikasi whatsapp atau facebook setiap minggu secara berterusan.“Turut juga dilaksanakan hebahan awam bergerak di kawasan keutamaan 1 terutama musim perayaan dan cuti sekolah, ceramah denggi di masjid-masjid atau sekolah-sekolah di kawasan keutamaan 1 dan aktiviti kawalan denggi yang konsisten dan diselia oleh penyelia khusus untuk wabak berkenaan.“Dan yang dimaksudkan kawasan keutama itu ialah apabila sesuatu lokaliti pernah ada salah satu kejadian dalam masa enam bulan termasuk kematian denggi, wabak denggi, kekerapan berlaku kes denggi setiap dua minggu sekali dan bacaan indeks nyamuk aedes yang tinggi (Aedes Index AI > 1, Bruteau Index > 5),” jelas beliau. Pemantauan Kendiri (Search and Destroy) dilaksanakan selama 10 minit.Sementara itu ketika berucap di majlis penutup Prestasi Kesihatan Persekitaran (Health Of Precious Environment - HOPE) itu beliau mengucapkan tahniah kepada pejabat kesihatan dan penduduk daerah itu kerana berusaha mengawal penyakit berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Beliau juga menyeru penduduk setempat terus aktif menjaga kebersihan persekitaran rumah agar kes itu tidak mengancam kesihatan dan nyawa mereka."Bila kebersihan persekitaran dijaga dengan membasmi kawasan pembiakan nyamuk aedes maka kes demam denggi menurun dengan mendadak."Besut telah melaksanakan gotong royong secara besar-besaran selepas berlaku dua kes kematian akibat denggi hujung tahun lepas," katanya.
11 Sep 19
107
Bukit Besar Terengganu Diselubungi Jerebu
Bukit Besar Terengganu Diselubungi Jerebu
  KUALA TERENGGANU, 12 September - Mercu tanda Bandar Raya Kuala Terengganu, Bukit Besar kini hanya jelas dilihat dari jarak dekat ekoran keadaan jerebu.   Tinjauan sekitar jam 9.00 pagi tadi mendapati meskipun berada pada jarak 500 meter, bukit tersebut kelihatan kabur.   Kebiasaanya mercu tanda negeri itu akan kelihatan jelas meskipun pada jarak lebih 1 kilometer dari Jambatan Sultan Mahmud.   Walau bagaimanapun, berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada Jabatan Meteorologi, keadaan udara di Terengganu berada pada tahap sederhana dan tidak merbahaya.   Walaupun keadaan IPU Terengganu tidak berada di tahap bahaya, orang ramai disaran supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kebakaran terbuka agar tidak memburukkan lagi keadaan.   Juga diingatkan untuk sentiasa menitikberatkan kesihatan dalam keadaan cuaca seperti ini dengan mengehadkan aktiviti luar.   Jambatan Angkat kabur dari pandangan.      
11 Sep 19
432
Empty Image
‘Jom Bersih Pantai’ Ajak Masyarakat Cakna Kebersihan
Peserta yang terlibat menjayakan program 'Jom Bersih Pantai'. Foto oleh - Wan Mohd Luqman Hakim.KUALA TERENGGANU, 11 September – Bersempena Karnival Pantai Terengganu 2019 yang akan bemula esok, sekitar 500 peserta menyertai 'Program Jom Bersih Pantai' di Pantai Batu Burok hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, program gotong-royong itu berjaya menarik kehadiran komuniti setempat termasuk beberapa agensi dan jabatan negeri yang sekali gus membuktikan tahap kesedaran masyarakat tentang kebersihan semakin meningkat.Jelasnya, Terengganu antara negeri yang berbelanja besar demi menjaga kebersihan alam sekitar bagi menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.“Dengan peruntukan yang diberikan itu kita jayakan program-program seumpama ini, sebelum ini kita buat Kuala Ibai, Kuala Nerus (Pantai Seberang Takir) juga termasuk Besut dan Kemaman.“Ia sebenarnya lebih kepada pendidikan, supaya pelancong luar dan tempatan yang mengunjungi Terengganu berasa selesa apabila isu sampah diberi keutamaan (tidak berlaku),” ujarnya ketika ditemui media semasa program tersebut.Ariffin Deraman berkata, pantai yang bersih akan dapat menarik lebih ramai pengunjung hadir ke karnival.Sementara itu, Ikon Pelancongan Terengganu, Mat Dan yang turut serta dalam aktiviti tersebut menegaskan, Terengganu mempunyai lokasi percutian yang menarik untuk dilawati berbanding negeri lain namun tercemar dengan sikap negatif segelintir orang.“Pantai kita cantik, negeri kita indah tetapi saya sedih apabila melihat segelintir masyarakat yang membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya, padahal tong sampah tidak berada jauh dari tempat mereka berada.“Tetapi alhamdulillah, sekarang saya melihat kesedaran masyarakat dalam aspek ini telah meningkat sejak akhir-akhir ini, dengan usaha yang dilakukan pelbagai pihak termasuk Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) dan kerajaan,” tambah beliau.Program Karnival Pantai Terengganu 2019 akan diadakan pada 12 hingga 16 September 2019 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dengan membawa tema 'Tradisi Diwarisi' yang bakal membawa pengunjung menggamit kenangan mengenai kehidupan masyarakat negeri Terengganu suatu ketika dahulu.Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan akan menyajikan kemeriahan yang berbeza dari tahun sebelumnya.Mat Dan terharu dengan sambutan peserta-peserta dalam kempen kebersihan berkenaan.
11 Sep 19
964
Empty Image
Hargai Kebolehan Dan Kecenderungan Anak
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 11 September - Setiap ibubapa menginginkan anak-anak berjaya cemerlang di dalam peperiksaan awam tetapi mereka harus sedar akan kebolehan dan tahap pemikiran yang dimiliki adalah berbeza.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, ibu bapa tidak seharusnya memaksa dan menyisih anak mereka sekiranya gagal mendapat keputusan cemerlang. "Terima seadanya kemampuan mereka dan anak-anak pula berusahalah buat yang semampunya untuk gembirakan mak ayah," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan  lawatan ke sekolah rendah DUN Rantau Abang sempena Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini semalam.Antara yang sempat dilawati beliau termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Besar, SK Serdang serta SK Pulau Serai. Dalam pada itu, Alias turut memuji usaha keras semua pihak membuat persiapan termasuk pecutan akhir untuk anak-anak pelajar. "Pada tahun ini kita mengharapkan lompatan saujana untuk keputusan peperiksaan tahunan ini, melebihi tahun - tahun sebelum ini hasil usaha bersungguh-sungguh murid,  guru dan ibu bapa,” ujarnya.
11 Sep 19
113
Empty Image
Rumah Milik Pesakit Usus Kronik Dibaik Pulih
Oleh: Aslam WiraMARANG, 11 September - Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang akan membaik pulih  rumah daif milik seorang penduduk yang menghidap penyakit usus kronik  Mat Yusoff Nor, 55 dari Kampung Gong Beris, di sini.Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya bersedia membaik pulih rumah Mat Yussof yang serba serbi kekurangan dengan mengantikan atap, dinding dan lantai yang baru dalam tempoh terdekat.“Kami juga telah membawa beberapa agensi kerajaan, termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Daerah Marang dan  Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan sama.“MAIDAM bersetuju menghulurkan bantuan sara hidup kerana Mat Yussof yang dahulunya bekas pekerja Felda hanya bergantung kepada pendapatan isterinya Kemala Mamat, 52, yang berkerja sebagai penoreh getah,'' katanya.Turut hadir, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Wan Nelang Abd Rahman, Pengerusi Kabinet MPKK Dun Rhu Rendang dan Pengerusi MPKK Gong Beris Zolkefly Bin Sulaiman.Dalam perkembangan sama, Nasaruddin menjelaskan, sedikit bantuan berbentuk kewangan ataupun zakat daripada individu juga telah diagihkan kepada mereka.
10 Sep 19
52
Empty Image
Kembara Alam Satukan Penggemar Motocross
Che Wan Mohd Fikri Che Wan Abdul Mubin.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 11 September- Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Bukit Besi bakal menganjurkan sukan ekstrem‘Kembara Alam’ yang akan menghimpunkan belia yang gemarkan sukan motor lasak (motocross) selama dua hari bermula 27 September ini.Pembantu Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Che Wan Mohd Fikri Che Wan Abdul Mubin berkata, program berkenaan akan bermula di Felda Jerangau menuju ke Cengal Besar yang terletak di Hulu Dungun.Katanya, objektif penganjuran program tersebut antaranya mempromosikan khazanah semulajadi di Bukit Besi disamping mengeratkan silaturahim antara anak muda. “Lokasi tersebut dipilih kerana mempunyai cabaran treknya yang tersendiri dan penganjuran program ini turut mendapat kerjasama daripada 'Jerangau Motorcross Team' (JMT). "Pelbagai pengisian bakal diadakan bagi meraikan minat anak muda terhadap dunia sukan ekstrem motocross  dan tidak lupa pengisian kerohanian dengan mengadakan tazkirah, usrah di samping pelbagai acara santai yang lain," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, hari ini.Katanya, penyertaan program terbuka kepada semua belia DUN Bukit Besi yang berminat menerokai dan merasai pengalaman mencabar melalui trek ke Cengal Besar."Satu lokasi yang menjanjikan kepuasan dan  kecantikkan semulajadinya," ujarnya.
10 Sep 19
52
Empty Image
Umat Islam Perlu Sokong Produk Muslim
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 11 September- Umat Islam perlu bersama-sama menjayakan agenda memperkasa ekonomi ummah dengan berusaha bersungguh-sungguh membeli dan menyokong produk Muslim.Penolong Penyelia, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Zakiah Alias berkata, Islam tidak menafikan hak serta penglibatan orang bukan Islam dalam berjual beli namun sebagai pengguna, harus bijak membuat pilihan dengan mengutamakan produk yang diyakini status halalnya.“Sebagai pengguna muslim, kita seharusnya menyokong kempen mengutamakan produk muslim."Bukan kita memboikot produk 'Non Muslim' tetapi kita mengutamakan produk-produk muslim terlebih dahulu yang mana secara tidak langsung dapat memastikan usahawan muslim tidak dibelakangkan," ujarnya.Beliau berkata demikian ditemui pemberita, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, semalam.Katanya, kempen berkenaan akan dapat dijayakan jika masyarakat ini menyedari bahawa pengguna muslim adalah kuasa besar di Malaysia."Jadi perlu bagi kita menunjukkan kita mempunyai kuasa membeli yang sangat besar lebih-lebih lagi orang Melayu kita."Paling utama, apabila perniagaan muslim dapat dikembangkan, maka keuntungan akan turut mengalir dan dirasai oleh golongan fakir miskin melalui pengeluaran zakat, dan pastinya secara tidak langsung dapat membasmi kemiskinan di negara kita ini," ujarnya.
10 Sep 19
48