lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Kampung Besol Pertahankan Kejuaraan
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN, 19 September- Kampung Besol mempertahankan kejuaraan apabila muncul juara bagi kali kedua berturut-turut Pertandingan Memasak Bubur Asyura Perpaduan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, kelmarin.Pengerusi MPKK Besol, Nasharuddin Mohd Salleh berkata, kemenangan itu adalah hasil kerjasama seluruh ahli komuniti didalam MPKK berkenaan.“Antara yang menjadi kriteria untuk muncul juara ialah penglibatan orang kampung yang mana kita berjaya mengumpulkan 100 orang penduduk untuk bersama-sama memasak bubur asyura terbaik tanpa mengira fahaman politik apatah lagi selepas wujudnya muafakat Nasional. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program tersebut yang disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras DUN berkenaan Ghazali Sulaiman di Balairaya Bukit Besi.Turut Hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Besi, Khaziman Khalik serta Penolong Penyelia i-MiTS DUN Bukit Besi, Zakiah Alias yang merupakan ketua juri pertandingan berkenaan.Sementara itu, menurut Zakiah, beberapa kriteria telah dipilih bagi menentukan kejuaraan."Pertama dinilai dari sudur tekstur dan rasa, juga dari sudut keceriaan dan kebersihan, persediaan makanan yang betul, penglibatan AJK MPKK, penglibatan orang kampung serta langkah keselamatan yang diambil ketika memasak," ujarnya.Katanya, pada pertandingan itu MPKK Besol muncul sebagai juara dengan memenangi wamg tunai RM 500, tempat kedua pula MPKK  Bukit Besi (RM 400) dan diikuti tempat ketiga oleh MPKK Perumahan Bukit Besi dengan memenangi wang tunai RM 300.Dalam pada itu Ghazali berkata, objektif dan matlamat sebenar penganjuran program berkenaan adalah sebagai magnet untuk menarik keterlibatan semua ahli komuniti di setiap MPKK."Dengan memilih hari cuti sempena hari kebangsaan, juga bersempena dengan sambutan Awal Muharram yang sinonim dengan bubur Asyura, agar terpupuknya jalinan kerjasama yang erat diantara penduduk."Supaya kekal harmoni dan sejahtera, tanpa adanya persengketaan  dan perselisihan faham diantara anggota masyarakat, agar terus hidup bersatu padu serta mengeratkan ukhwah diantara satu sama lain," ucapnyaTambahnya, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus bagi menjayakannya di DUN berkenaan, semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun yang lalu.
18 Sep 19
160
Empty Image
'Warung Jalanan' Beri Rezeki Kepada Hasmawi
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 19 September- Peningkatan kos sara hidup sejak beberapa tahun lalu memaksa ramai anak muda menceburi dunia perniagaan bagi menjana pendapatan.Bagi Hasmawi Hussin,34, dia tidak menyangka bidang yang diceburinya sejak tujuh tahun lalu iaitu dengan membuka ‘warung jalanan’ dengan menggunakan 'food truck' yang beroperasi di Pusat Niaga Sura Gate memberikan sumber rezeki kepadanya."Diantara strategi memastikan perniagaan ini terus bertahan, saya mempelbagaikan jualan dimana selain menjual keropok, popia goreng, kuih muih dan air baling, saya juga mengikut perkembangan semasa dan jual apa yang diviralkan bagi menarik perhatian masyarakat."Contohnya seperti air minuman 'Boba' amat popular sekarang ini, maka saya juga jual dengan ubah suai dengan cara tersendiri agar bertepatan dengan citarasa pelanggan,” ujarnya ketika ditemui pihak media, ketika meniaga di Pusat Niaga Sura Gate, Dungun, semalam.Menurutnya, apa yang 'trending' mesti dicontohi disamping mempertahankan apa yang telah diniagakan semenjak dahulu."Jika tidak ikut perkembangan semasa, jualan akan berkurangan, dan alhamdulillah jika pendapatan sebelum ini RM 400 sebagai contoh semenjak meniaga Air Boba ini pendapatan meningkat dua kali ganda," ujarnya.Katanya, dia memilih berniaga di jalanan kerana mudah dan senang serta tidak memerlukan kos yang tinggi dengan penglibatan pekerja yang ramai."Cukup hanya dua orang sahaja, kalau di waktu cuti boleh ambil pekerja sambilan, berbeza kedai makan yang memerlukan pekerja yang ramai, kalau pelanggan tak ramai gaji pekerja tetap kena bayar," katanya.
17 Sep 19
52
Empty Image
Karnival Pekan Budaya Cukai Sejahtera Bakal Gegar Kemaman
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 18 September - Karnival Pekan Budaya Cukai Sejahtera dijangka akan menggegarkan warga Kemaman apabila ianya bakal berlangsung dalam suasana yang cukup meriah pada 19 hingga 21 September ini, bertempat di Padang Astaka, Kemaman.Pelbagai acara dan aktiviti menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya program itu, antaranya YBC Fun Ride, Kejohanan 'Penalty Street Soccer' Piala YBC, YBC Senamrobik, tarik tali dan Pertandingan 'Beyblade Burst'. Turut diadakan jamuan rakyat, sumbangan fakir miskin, Soopa Doopa percuma serta pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menanti para peserta dan pengunjung yang hadir.Malam kebudayaan pula akan berlangsung pada hari Jumaat dan menampilkan artis yang popular pada masa kini iaitu Syafiq Farhain bahkan pertunjukan Zapin Johor serta penampilan otai yang masih berbisa, Ijam Medicine dan kemunculan bakat baru anak muda, 'Energy' dan Obeymanan.Program berunsur keagamaan dan dakwah tidak kurang hebatnya  apabila karnival pada kali ini membawakan penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pada hari Sabtu jam 9.30 pagi dengan tajuk 'Selangkah Ke Alam Barzakh'.Dan di sebelah malam diadakan forum perdana yang bakal menampilkan Pencetus Ummah (PU) Rahmat dan juga moderatornya, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah.Bagi wanita dan kanak-kanak juga akan disajikan dengan pelbagai pertandingan dan aktiviti yang menarik seperti 'Girls Penalty Soccer', pertandingan mewarna ibu dan anak, congkak, gubahan tuala, menjahit perca kain, kupas buah epal, menantu mithali, bowling padang, isyarat rahsia dan bom belon.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat ketika ditemui mempelawa dan menjemput seluruh warga Kemaman untuk hadir memeriahkan karnival tersebut."Semoga di karnival kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kita tidak kira bangsa, sama ada tua atau muda," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai.
17 Sep 19
509
Empty Image
Harimau Kumbang Gusarkan Penduduk AMBS
Oleh: Adli Mohamad/Foto: Hanif Safwan MansorDUNGUN, 19 September- Selepas kemunculan Awang Besol yang merupakan Harimau Malaya, kini muncul pula Harimau Kumbang yang mengusarkan penduduk di Taman Harmoni, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS).Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kejadian  itu didakwa berlaku semenjak sebulan yang lalu sehingga kini."Terbaharu ianya dilihat berlegar-legar di kawasan Blok H, taman perumahan berkenaan."Pada pagi ini saya telah turun ke lokasi yang ditempatkan perangkap oleh Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu bersama anggota yang dipertanggungjawabkan bagi menangani isu ini," jelasnya.Beliau berkata demikian, ketika ke lokasi berkenaan di Taman Harmoni, semalam.Katanya, dapat dilihat tapak haiwan itu di lokasi terbabit yang menunjukkan ada laluan yang masih baru dilalui."Kejadian ini benar-benar menakutkan penduduk taman di sini, menyebabkan terjejasnya aktiviti harian mereka, anak-anak tidak lagi dibenarkan bermain pada waktu petang, pergi ke sekolah pun mendatangkan kebimbangan."Penduduk sentiasa dalam keadaan berwaspada, jadi saya menasihatkan agar penduduk berhati-hati dan mendoakan agar haiwan berkenaan akan dapat diperangkap ataupun kembali semula ke habitat asalnya tanpa menganggu penduduk," ujarnya.Ghazali turut berterima kasih diatas tindakan segara dari Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu yang bertindak berdasarkan aduan dilakukan penduduk.
17 Sep 19
739
Empty Image
Rumah Warga Emas Dihempap Pokok Tumbang
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 18 September- Rumah warga emas, Jawal Jusoh, 61, mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas dihempap pokok petai dalam kejadian di 581, Kampung Besol, malam kelmarin.Ketika kejadian, Jawal bersama dua anaknya serta seorang cucu berusia 10 tahun sedang nyenyak tidur semasa hujan dan angin kuat melanda di kawasan berkenaan.Katanya, sebaik tersedar dia merasa terkejut dan panik apabila pokok petai telah tumbang dan menghempap rumahnya."Sehingga mengakibatkan kerosakkan yang teruk pada struktur bumbung rumah," ujarnya kepada pemberita selepas diziarahi Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, semalam.Sementara itu, Ghazali berkata, kejadian yang menimpa rumah Jawal merupakan rumah keenam berlaku di DUN berkenaan selama tiga hari berturut-turut."Yang melibatkan tiga buah rumah di Felda Jerangau, dua buah di Kuala Jengai dan yang akhir menimpa rumah Jawal ini."Alhamdulillah, kita mengucapkan terima kasih diatas tindakan pihak bomba yang datang memotong batang pokok yang menimpa rumah Jawal ini, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) Dungun telah turut datang meninjau bagi ditentukan jenis bantuan yang sewajarnya dan juga pihak MPKK Besol diatas kecaknaan segera,"ujarnya.Walau bagaimanapun Ghazali menyatakan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku serta mengharapkan agar bencana sedemikian tidak berterusan agar penduduk berada didalam keadaan sejahtera.
17 Sep 19
987
Empty Image
1,922 Anak Penyu Dilepaskan Ke Laut
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 18 September- Jabatan Perikanan Malaysia (Terengganu) melepaskan sebanyak 1,922 ekor anak penyu ke laut di Pantai Rantau Abang untuk usaha pembiakan spesies yang kian pupus itu.Majlis pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun.Menurut Alias, sekitar tahun 70-an dianggarkan sebanyak 80 hingga 120 ekor penyu semalaman mendarat di pantai tersebut sehingga Terengganu mendapat jolokan Negeri Penyu."Saya difahamkan penyu sering melalui perairan Rantau Abang ini, tetapi tidak mendarat di pantai ini.“Justeru, pelbagai usaha dilakukan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dengan slogan ‘Pulang Kembali’ bertujuan memujuk penyu-penyu ini agar mendarat kembali di perairan Pantai Rantau Abang untuk bertelur seperti dahulu,” ujarnya selepas menyempurnakan majlis pelepasan anak penyu tersebut.Turut hadir, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik, Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Lizan Che Mat.Sementara itu, Zawawi memberitahu sebanyak 600,000 anak penyu dilepaskan dari Januari hingga September tahun ini di beberapa tempat di perairan Terengganu. " Dijangkakan akan kembali semula sebanyak 600 ekor di dalam masa 20 tahun akan datang,” ujarnya.
17 Sep 19
240
Empty Image
‘We are Sibling’ Ketepikan Perbezaan Ideologi Politik - PP DUN Batu Rakit
Mohd Shafizi bersama anak muda DUN Batu Rakit.Oleh : Izzat Al-Qushairi SETIU, 17 September – Slogan ‘We are Sibling’ (kita semua adik-beradik) berjaya menyatukan semua rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit walaupun berbeza fahaman politik.Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, pihaknya mula bergerak mengaplikasikan agenda Peryatuan Ummah dengan membawa slogan tersebut ke peringkat bawah.Jelasnya, usaha tersebut telah dimulakan dalam setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Batu Rakit sempena program sambutan Hari Malaysia semalam“Setiap MPKK dalam DUN Batu Rakit menganjurkan program Sambutan Hari Malaysia dan kesemuanya sambutan itu mendapat sambutan yang sangat hebat dari pelbagai latar politik penduduk.“Bersama kita lebih 3,000 masyarakat melaungkan ‘We are Sibling’ semasa Program Hari Malaysia peringkat MPKK Dun Batu Rakit,” ujarnya ketika ditemui pemberita semasa program tersebut semalam.Mohd Shafizi melaungkan slogan 'We are Sibling'.Katanya lagi, semangat Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) beberapa hari lepas harus dikekalkan dan dilaksanakan di setiap peringkat agar ia mampu memperbetulkan kembali segala kepincangan pentadbiran yang berlaku dalam negara ini. “Seluruh masyarakat kampung bergembira dengan penyatuan ini. Buktinya, mereka sama-sama hadir dalam program anjuran MPKK tanpa mengira warna parti.“Sudah sampai masa, kita antara dua parti melayu terbesar ini bersatu atas dasar agama Islam yang menjadi rujukan kita.“Penyatuan dan kerjasama ini juga mampu membangunkan kembali negara ke tempat yang selayaknya,” tambah beliau.Sambutan Hari Malaysia.
17 Sep 19
209
Empty Image
Lebih 700 Peserta Sertai Kayuhan Malaysia Sejahtera
Peserta Kayuhan Malaysia Sejahtera disempurnakan oleh Wan Sukairi.Oleh : Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 17 September - Lebih 700 peserta menyertai program Kayuhan Malaysia Sejahtera di sekitar bandar raya ini bersempena Hari Malaysia semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, aktiviti yang turut disertai pelbagai lapisan masyarakat tersebut bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia.Di samping itu juga, program berkenaan yang melalui jarak sejauh 35 kilometer adalah sebagai langkah pihak kerajaan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat. “Sempena Hari Malaysia ini saya mengucapkan selamat Hari Malaysia kepada semua, dan semoga program ini memberi kesan kepada rakyat Terengganu bagi mendepani hari-hari mendatang,” ujarnya ketika berucap melepaskan peserta kejohanan di Dataran Batu Burok, semalam.Turut hadir memeriahkan aktiviti tersebut ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.Ikonik baharu Terengganu, ‘Drawbridge’ dan Jambatan Sultan Mahmud menjadi dua lokasi utama yang dilalui para peserta. Selain untuk menikmati keindahan suasana dan destinasi menarik di setiap laluan, para peserta turut mengibar Jalur Gemilang sepanjang kayuhan itu berlangsung.Peserta melalui jambatan angkat.
16 Sep 19
74
Empty Image
MPKK Sungai Penaga Raikan Warga Tionghua
Oleh: Mohd Asraf Ikhwan AzaharKUALA DUNGUN, 15 September- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Penaga meraikan warga Tionghua Kampung Kuala Dungun dengan mengagihkan sebanyak 220 biji kuih bulan sempena perayaan mereka.Pengerusi MPKK Sungai Penaga, Lu Chee Ann berkata, perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan mengikut kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September.“Saya rasa terharu dan gembira melihat kemesraan dan penerimaan warga Tionghua kepada PAS di Dungun ini, kerana kita saling kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.“Kita telah membuat persiapan dengan membuat tempahan sebanyak 220 biji kuih bulan untuk diedarkan kepada orang ramai serta sekolah berdekatan,” ujarnya selepas mengagihkan kuih tersebut, baru-baru ini.Turut sama dalam program agihan kuih bulan itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Wan Hapandi Wan Nik dan Ketua Lujnah Perpaduan Nasional Kawasan Dungun, Serena Lim.Sementara itu, Wan Hapandi yang juga selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura merakamkan ucapan penghargaan khususnya kepada masyarakat Tionghua di kawasan tersebut.“Saya mewakili kepimpinan PAS DUN Sura merakamkan penghargaan khususnya kepada warga Tionghua yang menyambut perayaan itu.“Dalam kepelbagaian agama dan kaum, kita sebagai wakil kerajaan tidak pernah melupakan mana-mana rakyat dan berharap agar mereka menerimanya dengan gembira,” ujarnya.
16 Sep 19
258
Empty Image
NGO Hubung Kerajaan, Masyarakat
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 16 September - Matlamat tidak mungkin boleh dicapai hanya bergantung kepada kerajaan, maka pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam masyarakat adalah penting dan berperanan besar sebagai penghubung antara rakyat dengan pihak kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, peranan tersebut turut dimainkan pertubuhan Soka Gakkai Malaysia."SGM bukan sahaja menganjurkan banyak program kemasyarakatan, malah turut terlibat dalam menjayakan program kerajaan dan misi nasional termasuklah Perasmian temasya Sukan Komanwel 1998, perasmian Sukan SEA, program budaya dan citrawarna serta sambutan kemerdekaan di peringkat kebangsaan mahupun negeri."Adalah besar harapan kami agar SGM terus berusaha gigih dalam menyampaikan mesej keamanan khususnya berkaitan ancaman dan bahaya perseteruan senjata nuklear di dunia ini kepada masyarakat," katanya ketika ditemui dalam Majlis Flag-Off Acara Run For Peace 2019 di Dataran Shahbandar, Sabtu lalu.Beliau turut berpendapat, kerjasama erat antara NGO dan kerajaan akan memberi peluang rakyat menyalurkan pandangan dan idea secara positif."Saya lihat Run For Peace ini bukan semata-mata program larian tetapi suatu perjuangan untuk merealisasikan keamanan dan komitmen untuk membebaskan dunia daripada acaman senjata nuklear," katanya.Soka Gakkai Malaysia (SGM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan dengan matlamat menyumbang kepada kebahagiaan, keamanan dan kemakmuran masyarakat melalui kebudayaan dan pendidikan.
16 Sep 19
136