Artikel "Komuniti" Terkini
Perlawanan Gasing Tradisional Cungkil Bakat Cilik
Oleh: AminjiKEMAMAN, 22 September - Perlawanan Gasing Tradisional di Kampung Seberang Tayor diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat kanak-kanak sekali gus menarik minat generasi muda dalam permainan tradisional bagi memastikan warisan nenek moyang itu tidak lapuk ditelan zaman.Pengerusi Kelab Peminat Gasing Kampung Seberang Tayor, Idris Salleh berkata, perlawanan gasing tradisional itu melibatkan kategori kanak-kanak bawah 12 tahun dan dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2019."Semoga perlawanan gasing tradisional ini dapat diadakan setiap tahun dan mendapat perhatian pihak berkaitan khususnya YB (Yang Berhormat) Cikgu Ab Razak Ibrahim bagi mempromosikan permainan ini di dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada kejohanan berkenaan di Padang Futsal Seberang Tayor, di sini baru-baru ini.Majlis anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Tayor itu mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan. Setiap kumpulan diwakili oleh 3 orang peserta dengan menyaksikan 9 pasukan berentap untuk menjuarai pertandingan.Sementara itu, beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung khususnya kerana berjaya menghidupkan kembali nostalgia permainan gasing tersebut.
21 Sep 19
436
Muslimah Kaki Pancing, Curi Perhatian Ramai
Khaalishah (paling kanan).MARANG, 22 September - Kebiasaannya apabila sebut kaki pancing, hobi itu pasti dimonopoli golongan lelaki namun ia berbeza dengan sekumpulan wanita yang aktif dalam aktiviti memancing sejak daripada zaman remaja lagi.Kumpulan ‘Lady Jiggers’, yang turut serta dalam kejohanan ‘Terengganu Tenggiri Challenge’ di Pulau Kekabu semalam ternyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya mengharungi cuaca berangin dan berjerebu sejak pagi.Ketua Pasukan, Nur Khaalishah, 33, berkata, disebabkan minat mendalam dalam aktiviti berkenaan, dia bersama empat lagi sahabatnya yang berasal dari luar Terengganu nekad untuk menyertai kejohanan itu.“Kami dah biasa aktiviti memancing dengan orang ramai, jadi perasaan (kekok dan takut) itu tak ada sangatlah pada kami, bahkan kami sangat teruja untuk sertai pertandingan ini pada kali pertama,” jelasnya ketika ditemui pemberita di Pulau Kekabu semalam.Ujarnya, menyertai pertandingan memancing di pelbagai negeri dalam Malaysia memberikannya pengalaman dan kenalan baharu seperi ‘otai-otai’ dalam sukan pancing yang datang dari merata tempat.Katanya lagi, dia sangat menyokong sekiranya aktiviti tersebut dijadikan sebagai acara tahunan dan diperluaskan ke kawasan lain.“Insya-Allah kami juga akan turut serta, sukan memancing ini perlu ditambah baik, bukan hanya dibuat di satu tempat, boleh dibuat di tempat lain, lebih-lebih lagi Terengganu sangat sesuai untuk sukan memancing.“Bila adanya sukan ini juga, pelancong dan orang-orang luar akan lebih berminat untuk datang ke Terengganu,” tambahnya.Kumpulan ‘Lady Jiggers’ antara 150 peserta yang menyertai ‘Terengganu Tenggiri Challenge’ edisi ketiga pada tahun ini.
21 Sep 19
122
‘Terengganu Tenggiri Challenge 2019’ Tarik 150 Kaki Pancing
Nasir Abdul Razak.MARANG, 22 September - ‘Terengganu Tenggiri Challenge 2019’ yang berlangsung semalam menyaksikan kira-kira 150 peserta dari dalam dan luar Terengganu bersaing bagi merebut kejuaraan.Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu (UBSNT), Nasir Abdul Razak memaklumkan, aktiviti tahunan yang sudah memasuki edisi ketiga itu lebih meriah berbanding tahun lepas dengan peningkatan peserta luar negeri.Jelasnya, habuan yang diperolehi para peserta kali ini juga berganda apabila hampir 100 ekor ikan tenggiri berjaya ditangkap, sekali gus mengangkat program itu ke tahap yang lebih tinggi.“Penganjuran dan sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak dalam edisi kali ini sudah tentu akan menonjolkan lagi imej Terengganu sebagai negeri pelancongan utama.“Melihat kepada penyertaan hari ini yang majoritinya terdiri daripada anak muda, ia memberi gambaran bahawa orang-orang muda di Terengganu sangat terbuka dan kita akan perbanyakkan aktiviti seperti ini,” ujarnya.Mohammad Dzulfeqree.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup kejohanan tersebut di Pulau Kekabu semalam.Sementara itu, juara ‘Terengganu Tenggiri Challenge 2019’, Mohammad Dzulfeqree Mohd Yasin, 30, berkata, kejuaraan yang diraih dalam kejohanan kali ini adalah pencapaian yang terbaik sejak kali pertama menyertainya pada tahun 2017.Menurut anak kelahiran Kelantan tersebut, kejohanan seumpama itu turut berjaya memperkenalkan destinasi-destinasi percutian yang ada di Terengganu.“Sebelum ini saya juga ada menyertai ‘Terengganu Jigging Cup’ dan hanya mendapat tempat kelapan, jadi pada saya ini adalah pencapaian terbaik saya setakat ini.“Saya berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang, ia bukan sahaja pertandingan biasa tetapi mampu merapatkan hubungan sesama kaki pancing di seluruh Malaysia,” katanya.
21 Sep 19
177
Pelihara Hubungan Sesama Jiran
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 20 September - Orang ramai diingatkan sentiasa memelihara hubungan sesama jiran dan elakkan bermasam muka terutama di dalam hal yang remeh temeh.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun berkata jiran merupakan tempat kita meminta pertolongan di saat ditimpa kesusahan."Jangan sampai anak bergaduh sesama anak, kita (ibubapa) masuk campur, sedangkan anak sudah berbaik, tapi kita masih tidak bertegur sapa," ujarnya.Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah di Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin di Surau Rimbunan Kaseh, baru-baru ini. Program anjuran Biro Wanita Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rantau Abang itu turut dihadiri Ketua Muslimat PAS DUN tersebut, Rugayah Mahmood . Dalam pada itu, Alias juga menyeru orang ramai agar menjaga hubungan dengan Allah S.W.T termasuk dengan tidak sekali-kali meninggalkan solat dan menghindari pergaulan bebas tanpa batasan yang akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T. "Jadi saya berharap makmurkanlah surau ini, jadikan tempat mencari ilmu agama kerana hidup kita akan berakhir dengan kematian dan jaga anak cucu kita agar tidak terpengaruh dengan gejala yang merosakkan masa depan mereka," katanya.
21 Sep 19
46
Jangan Bertangguh Lakukan Kebaikan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 22 September- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun mengingatkan masyarakat Islam khususnya agar tidak bertangguh untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T kerana sakit tidak mengira usia."Masa sihat, masa lapang, masa muda itu adalah masa yang kita kena guna sebaiknya, jangan tangguh-tangguh untuk beramal dan melakukan kebaikan," katanya.Pesanan itu itu disampaikan beliau ketika menyampaikan sumbangan Tabung Darul Iman (TDI) kepada seorang pesakit saraf di Serdang di sini, baru-baru ini. Muhammad Firdaus Che Gani,18 yang menghidap sakit saraf sejak empat bulan lalu tidak mampu untuk bergerak telah diberikan bantuan lampin pakai buang dan susu khas. Dalam pada itu katanya, ,menziarahi orang sakit melahirkan rasa keinsafan dan sentiasa beringat bahawa manusia insan lemah yang semestinya bergantung harap kepada Allah S.W.T.
21 Sep 19
108
Semangat Gotong-Royong Asas Untuk Masyarakat Sejahtera
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 21 September- semangat bergotong-royong yang diamalkan oleh penduduk adalah asas untuk melahirkan masyarakat sejahtera.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Haji Azbi Salleh berkata, ia juga untuk mewujudkan kesejahteraan rakyat.“Komuniti setempat ialah satu struktur sosial yang penting bagi terus mengekalkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat.“Masyarakat juga perlu saling bertolak ansur bagi mewujudkan suasana yang baik seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya permusuhan dalam kalangan kita," jelasnya.Beliau berkata ketika merasmikan Majlis Gotong-royong Perdana dan Kecerian Kampung Taman Tasek, Kuala Besut di Balairaya Kampung Taman Tasek pada semalam.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman dan Pengerusi MPKK Kampung Taman Tasek, Mahusin Salleh.Oleh itu, katanya, selain gotong-royong membersihkan kawasan kampung, aktiviti seperti pertandingan mewarna dalam kalangan kanak-kanak juga turut diadakan."Gotong-royong ini yang dianjurkan oleh pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Taman Tasek mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Besut, BOMBA Besut dan Majlis Daerah Besut," ujarnya.Justeru itu, beliau melahirkan rasa gembira dan berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
21 Sep 19
295
Syarikat Telco Perlu Tingkatkan Kualiti Perkidmatan
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah Azlin SETIU, 19 September – Semua syarikat telekomunikasi (Telco) disaran meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memastikan pengguna mendapat akses yang terbaik.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, bagi memenuhi keperluan rakyat, syarikat terlibat perlu bersedia untuk melabur dan menyelesaikan masalah itu.Katanya, di sepanjang jalan utama Jerteh ke Kuala Terengganu, terdapat banyak tempat yang tiada liputan talian telefon terutama dalam Daerah Setiu dan Kuala Nerus. “Kita pengguna sebenarnya tidak banyak pilihan. Talian ‘A’ ok di sini, tidak ok di tempat lain, talian B pula sebaliknya. Ini belum lagi cerita, tempat perhimpunan ada orang ramai sikit, talian terus bermasalah.“Bukan di kampung malah di tengah ibu kota semasa Himpunan Perpaduan Ummah baru-baru ini pun talian bermasalah juga. Di Padang Arafah jutaan manusia berkumpul, talian telefon tiada masalah,” ujarnya menerusi laman sosial ‘Facebook’ rasminya, semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, di laluan utama Jalan Persekutuan dalam negeri Terengganu, masih terdapat tempat yang tidak mempunyai sebarang akses.“Laluan yang kita lalu hampir setiap hari. Terasa betapa ketinggalannya kita, ketika negara lain bercakap tentang 5G dan 6G, kita masih ada lagi tempat tiada akses di laluan utama Jalan Persekutuan. Kalau ada signal ‘E’ pun kira dah ok.“Setahu kita, Malaysia antara negara dengan nisbah jumlah pengguna telefon bimbit tertinggi di dunia. Maknanya bisnes Telco sangat menguntungkan,” tambah beliau.
19 Sep 19
37
Gajah Cetuskan Kebimbangan Penduduk
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 19 September - Penduduk di Blok A, Taman Mulia Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), disini, dikejutkan dengan kehadiran gajah dikatakan berkeliaran berdekatan kediaman mereka.Penduduk, Azuhan Haris, 51, berkata, sebelum ini gajah berkenaan hanya dilihat berada di dalam hutan terdekat dan sekadar berada dipinggir kampung berdekatan kawasan sungai."Lama kelamaan nampak semacam dan berlainan apabil mula masuk ke halaman rumah, mula bermain di tepi rumah, tepi dapur sehingga menghadirkan perasaan bimbang orang ramai."Harap-harap pihak berwajib kalau boleh pindahkan gajah berkenaan ke habitat asalnya ataupun halau kemana-mana agar tidak mengancam penduduk," ujarnya kepada pemberita semasa kunjungan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman di lokasi kejadian, semalam.Sementara itu,Ghazali memaklumkan gajah berkenaan dilaporkan berada di luar pagar Masjid Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (AMBS)."Boleh dikatakan datang tiap-tiap bulan ke AMBS tetapi tidak pernah sampai kepada penduduk sehingga merosakkan tanaman."Sebagaimana semalam gajah berkenaan merempuh pagar dan merosakkan tiga kebun di belakang halaman rumah penduduk," jelasnya.Justeru itu, menurutnya pihak DUN memandang serius perkara berkenaan."Sebab bukan sekadar ladang sawit dimusnahkan oleh gajah tetapi dua, tiga malam ini bermain di rumah penduduk."Dalam masa yang sama kemunculan harimau kumbang mencetuskan lagi perasaan risau sehingga ada yang mengadu kepada saya sudah seminggu tidak menghantar anaknya pergi mengaji pada waktu malam," jelasnya.Justeru, beliau mengharapkan agar pihak Perhilitan Negeri Terengganu dan pihak berwajib dapat menangkap gajah tersebut dan dipindahkan ke temapt sepatutunya agar keamanan dan keselamatan penduduk dapat dipulihkan kembali.Sementara itu, Pegawai Perhilitan Daerah Dungun, Zulkarnain Mohamad berkata pihaknya telah mengambil tindakan dengan membuat pemantauan dan sebagainya termasuk usaha menjejaki gajah terbabit.
18 Sep 19
40
Satu Juta Benih Udang Galah Dilepas Untuk Tingkat Pendapatan B40
Nor Aieni (dua dari kiri) menunjukkan benih udang galah yang akan dilepaskan ke Sungai Nyatoh.Oleh : Ariss AliasSETIU, 18 September - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi Institut Akuakultur Tropika dan Penyelidikan Perikanan (AKUATROP) melepaskan satu juta benih udang galah di beberapa sungai Terengganu bagi menjana pendapatan yang lebih lumayan untuk masyarakat setempat.Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, program seumpama itu bukan sahaja memberikan impak kepada universiti tetapi komuniti setempat turut akan merasai kesannya.“Program penyelidikan ini sebagai sumbangan UMT dalam meningkatkan pendapatan masyarakat setempat khususnya golongan B40.“Apabila anak benih sudah mencapai usia matang kelak, ia bukan sahaja menstabilkan populasi udang galah, malah membawa limpahan rezeki kepada masyarakat di sini yang rata-rata bekerja sebagai nelayan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pelepasan Benih Bagi Pemuliharaan dan Peningkatan Stok Populasi Udang Galah di Terengganu, di NR’ Nyatoh, di sini hari ini.Shaharizukirnain (dua dari kanan) mendengar penerangan Nor Aieni.Sementara itu, Pengarah AKUATROP, Prof Dr Mhd Ikhwanuddin Abdullah memaklumkan, penggunaan penanda biologi udang galah yang pertama di Malaysia itu diyakini dapat meningkatkan stok populasi udang galah Terengganu.Ujarnya, projek kali ini merupakan kesinambungan dari Projek Fasa 1 yang telah dijalankan pada tahun lalu.“Pemilihan lokasi pelepasan anak benih ini berdasarkan hasil kajian yang menunjukkan usaha tangkapan per unit (Catch Per Unit Effort, CPUE) yang paling rendah di antara tiga sungai iaitu Sungai Nyatoh, Sungai Paka dan Sungai Terengganu.“Melalui projek pelepasan benih ini dijangka dapat meningkatkan stok populasi dan memastikan pengurusan sumber udang galah yang mapan dilaksanakan di Sungai Nyatoh khususnya dan sungai-sungai di negeri Terengganu, amnya,” jelasnya.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir yang turut hadir memberitahu, UMT terus membuktikan keunggulannya dengan pelbagai penyelidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.“Sungai Nyatoh ini merupakan salah satu daripada tiga sungai utama di Terengganu selain daripada Sungai Paka dan Sungai Terengganu yang mendapat manfaat hasil program ini.“Melalui program ini, seramai 20 orang penduduk setempat telah dicalonkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Setiu serta Jabatan Perikanan untuk mengikuti latihan teknikal berkaitan pembenihan udang galah,” tambah beliau.
18 Sep 19
236
Kampung Lintang Calon Desa Harapan
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 18 September- Kampung Lintang, Batu Sawar tercalon sebagai Desa Harapan yang dinilai melalui program Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu Sawar, Khaziman Khalik berharap kampung berkenaan terpilih sebagai pemenang Desa Harapan untuk kemajuan dan pembangunan jangka masa panjang."Diantara faktor yang menjadikan Kampung Lintang ini terpilih mungkin kerana dinilai daripada aspek sosio ekonomi yang ada, juga banyak projek yang sedang diusahakan penduduk."Diantaranya projek tanaman Durian 'Musang King', penternakan ayam daging, juga mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menghasilkan makanan sejuk beku, kerepek, cili boh, selain adanya anak muda yang mengusahakan tanaman lada secara fertigasi," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas mengenai Kampung Lintang yang tercalon sebagai Desa Harapan, di sini, pada hari ini.Menurutnya, semalam pihaknya telah membuat pembentangan kepada pihak penilai."Harapan kita agar selepas panel penilai yang terdiri daripada pihak KPLB Putrajaya, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan juga daripada pihak Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu memihak kepada Kampung Lintang," jelasnya.Menurut beliau, pelbagai insiatif dan kemudahan dapat diperoleh apabila terpilih."Sebagaimana yang saya tahu dan dimaklumkan apabila terpilih menjadi Desa Harapan maka banyaklah sumber-sumber daripada kerajaan mahupun sayarikat swasta yang membantu memajukan kampung temrasuk bantuan mesin untuk perusahaan IKS dan sebagainya," ucapnya.
18 Sep 19
41