Artikel "Komuniti" Terkini
I-MiTS Perlu Manfaatkan 'Tiktok' - Kamaruzaman Abdullah
Kamaruzaman Abdullah.Oleh : Hidayah AzlinFoto : Nik Nordin Nik LiSETIU, 24 September - Kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) seluruh negeri digesa untuk memanfaatkan media sosial seperti Tiktok bagi membina masyarakat yang bertamadun. Pengarahnya, Kamaruzaman Abdullah berkata, alam maya merupakan medan dakwah paling besar yang bukan sahaja tempat untuk mendapatkan maklumat tetapi turut berfungsi menerangkan perjuangan Islam.Malah katanya, ruangan tersebut mampu menangkis segala fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri dan juga Islam.“I-MiTS mesti berada dalam alam maya samada Instagram, TikTok, Twitter, Facebook dan media sosial yang lain. “Keberadaan itu mesti dirasai oleh orang alam maya bahawa kita ada mesej dan misi kita. Bukan sekadar lepas tangan pihak media sahaja, setiap orang perlu berperanan di alam maya,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Liqa’ Kakitangan i-MiTS Parlimen Setiu di Pejabat Daerah Setiu, di sini semalam. Katanya, pertemuan itu diadakan bagi menyelaraskan segala gerak kerja di semua peringkat Parlimen Setiu yang meliputi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit.Liqa' Kakitangan i-MiTS Parlimen Setiu.“Tujuan utama sekali adalah kita mahu murnikan balik sekiranya ada masalah yang perlu diselesaikan, segala gerak kerja kita ini biar diselaraskan menjadi yang terbaik,” tambah beliau.“Tahniah kepada Ketua i-MiTS Parlimen Setiu, Nazari Alias kerana berjaya mengumpulkan semua staff peringkat Daerah Setiu yang pertama kalinya ia program untuk pimpinan bertemu dengan kakitangan Imits,”.Kamaruzaman Abdullah turut mengingatkan semua kakitangan agar menghargai dan memanfaatkan segala pengalaman yang ada pada orang terdahulu.“Dengan makna orang yang banyak berjasa dan mengalami pasang surut dalam perjuangan, ujian sewaktu mereka redah dahulu.“Jadi, kita perlu meraikan dan sentiasa berdamping bagi menimba pengalaman mereka sebagai asas untuk kita,” katanya
23 Sep 19
286
Keperluan Rakyat Diagih Mengikut Keutamaan - Dr Azman
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 24 September – Keperluan rakyat yang menjadi agenda terpenting kerajaan negeri akan diagih mengikut keutamaan agar permasalahan utama dapat diselesaikan dengan menyeluruh.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Islam menekankan Fiqh Awlawiyyat atau Fiqh Keutamaan dengan memberi penekanan kepada keperluan mendesak berbanding urusan yang hanya menjadi pelengkap.“Contohnya, kita (pihak berkuasa) ada duit RM5,000, kemudian ada permohonan untuk baiki atap rumah rakyat yang bocor sementara satu lagi permintaan bagi memasang penyaman udara di surau.“Tentunya saya akan beri keutamaan peruntukan untuk baiki atap yang bocor dahulu. Permohonan pasang aircond di surau bukan kita tak lulus, cuma ‘Keep In View’ (KIV) untuk kita selesaikan urusan yang lebih terdesak,” jelasnya dalam satu kenyataan di ‘Facebook’ rasminya semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, antara contoh lain adalah seperti permohonan bantuan rakyat bagi pembiayaan pembedahan dan perbiayaan bagi lawatan sambil belajar. “Lawatan sambil belajar pun perlu. Tapi saudara kita yang kritikal di hospital lebih mendesak keperluannya, kita utamakan bantuan pembedahan.“Selain itu, permohonan untuk masukkan bekalan air ke rumah rakyat kita akan dahulukan berbanding dengan permohonan mengecat dinding dewan orang ramai. Ini sekadar beberapa contoh mudah,” tambah beliauDalam pada itu, katanya, manusia tidak akan mampu melakukan semua perkara secara sekali gus namun ia bukanlah alasan untuk tidak memenuhi keperluan masyarakat.Ujarnya, dialog serta program secara berkala banyak membantu dalam menyediakan segala kelengkapan rakyat“Ia penting supaya masyarakat mendapat info terus daripada pihak yang berautoriti dan mereka boleh bertanya terus apabila ada perkara yang tidak jelas.“Alhamdulillah, rakyat kita boleh faham bila diberikan penjelasan yang baik. Komunikasi ini penting dan jurang antara kita yang mengurus dengan rakyat yang diurus perlu diminimakan,”.
23 Sep 19
147
KOSPEN Bantu Perkasa Komuniti Ke Arah Hidup Sihat
Afiq Hadri Amil.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 24 September - Program bersama Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) mampu memperkasa komuniti satu-satu kawasan ke arah gaya hidup sihat.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Afiq Hadri Amil berkata, inisiatif ini merupakan transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui peningkatan pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan mengabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar umbi.“Secara ringkasnya, tujuan program ini adalah untukmendidik komuniti ke arah gaya hidup dan sihat melihat peningkatan pengetahuan yang seterusnya membawa kepada perubahan amalan dan tingkahlaku yang diingini."Ia juga sebagai salah satu usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease atau NCD) di negara ini," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu program berkenaan bersama penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di Masjid Tok Jamal, Sabtu lalu.Jelasnya, inisiatif tersebut dilaksanakan secara agresif dengan penubuhan unit-unit yang terdiri daripada sukarelawan di kalangan masyarakat seluruh negara.“Kumpulan itu bertindak sebagai agen perubahan kesihatan dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM dan merupakan tunggak utama pelaksanaan aktiviti KOSPEN,” katanya dalam program anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wakaf Mempelam itu.Dalam pada itu, Pengerusi MPKK, Azmi Ali berharap program seperti itu perlu diadakan secara kerap kerana ia memberi kebaikan kepada komuniti kampung. "Selain membantu masyarakat lebih prihatin kepada kesihatan diri, program ini juga secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk kampung,” katanya.
23 Sep 19
738
Lumba Perahu Terengganu, Tradisi ‘Hanyut’ Yang ‘Mudik’ Kembali
Lumba perahu bina semangat kerjasama dalam sesuatu komuniti.Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA NERUS, 23 September - Sukan lumba perahu yang dipertandingkan di Kampung Tanjung Sabtu sempena Karnival Sukaneka Air Dan Darat 2019, menggamit kembali budaya masyarakat Terengganu yang ‘hilang’ lebih 30 tahun lalu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim berharap, penganjuran semula sukan lumba perahu itu bakal menghidupkan kembali nostalgia temasya berkenaan yang telah dipertandingkan sejak dahulu.“Saya difahamkan lumba perahu menggunakan perahu kayu telah terhenti sejak tahun 1986, iaitu kira-kira 33 tahun yang lepas dan digantikan dengan perahu gentian kaca.“Bagaimanapun, lali terakhir sukan ini dianjurkan adalah pada tahun 2012, dan insyaAllah kita akan hidupkan kembali kerana sambutannya begitu meriah dan sangat diminati ramai,” katanya ketika berucap merasmikan penutup karnival berkenaan di persisir sungai Kuala Nerus, Sabtu lalu. Peserta Karnival Sukaneka Air dan Darat bergambar bersama.Dalam program anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tanjung Sabtu selaku penganjur utama itu, pasukan ‘Dol Said’ muncul juara pertandingan dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM600 berserta pingat.Manakala, pasukan ‘Tok Janggut’ yang meraih tempat kedua, ‘Tok Ku Paloh’ di tempat ketiga dan ‘Abdul Rahman Limbong’ di tempat keempat, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM480, RM360, RM240 berserta pingat.Ridzuan turut melahirkan perancangan supaya sukan lumba perahu dipertandingka ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading.”Sukan lumba perahu ini akan diadakan secara tahunan serta mutu dan aspek perlawanannya akan dipertingkatkan. “Kita mungkin akan melibatkan empat atau lima buah kampung lagi di pesisir Sungai Nerus ini agar acara berkenaan lebih meriah,” katanya sambil mengungkapkan rasa terima kasih atas kerjasama dan komitmen tinggi yang ditunjukkan para penduduk kampung untuk terlibat dalam temasya berkenaan walaupun ia agak mencabar.Sukan air jadi tarikan pengunjung.
23 Sep 19
1487
Tangguh Sementara Aktiviti Waktu Malam- Ghazali
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 23 September-Penduduk di Taman Harmoni khususnya disaran menangguhkan semua aktiviti waktu malam termasuk kelas mengaji bagi mengelak ancaman Harimau Kumbang yang didakwa berlegar di taman perumahan itu sejak dua minggu lalu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ia susulan daripada beberapa kes kehilangan binatang peliharaan penduduk yang dikhuatiri menjadi mangsa mamalia itu.“Kami ada menerima aduan penduduk mengenai kehilangan kucing, arnab dan sebagainya.“Justeru, kita minta penduduk menghentikan sementara aktiviti pada waktu malam sehingga keadaan kembali seperti biasa,” ujarnya kepada pemberita selepas meninjau lokasi pemasangan perangkap harimau berkenaan di taman itu, semalam.Ghazali berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan ketika ini pemantauan tetap dilakukan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu disamping pemasangan perangkap.“Mengikut cerita penduduk ,Harimau Kumbang itu ada berkeliaran di tepi perangkap yang dipasang tetapi belum mengenai sasaran."Kita pandang serius perkara ini dan sama-samalah berdoa supaya haiwan berkenaan segera tertangkap dan dipindah ke kawasan lain," ujarnya.
22 Sep 19
35
Murid Tahun Satu Ditemui Mati Lemas
Oleh : Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 22 September - Seorang murid tahun satu ditemui mati di Sungai Kuala Ibai petang tadi.Faqih Abdul Rahman Mohd Amran, 7, ditemukan lemas kira-kira pukul 6.30 petang selepas mandi bersama rakan-rakannya di sungai berkenaan.Ketua Balai Bomba Daerah Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.55 petang."Pihak bomba telah mengadakan operasi menyelam dan mayat mangsa ditemui di dasar sungai kira-kira 20 meter dari lokasi mangsa disyaki lemas," ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika ditemubual pemberita di Muara Kuala Ibai, di sini sebentar tadi.Muhamad Azhar.Sementara itu, menurut saksi kejadian, Muhamad Azhar Mohammad, 30, dia yang sedang berbual bersama rakannya dikejutkan dengan kehadiran rakan mangsa yang meminta tolong."Dia memberitahu dua kawannya lemas, saya bergegas ke lokasi mereka dan berusaha menyelamatkan mangsa, namun hanya sempat menyelamatkan seorang daripada mereka."Ketika itu, budak yang terselamat berada dalam keadaan lemah sementara rakan yang lain menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan," katanya.Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.
22 Sep 19
87
Masyarakat Cina, India Gembira Tinggal di Terengganu
Ahmad Shah bersama Amzad, pegawai khas Hal Ehwal Bukan Islam MB Terengganu, Dr Balachandran serta penduduk Kg. Cina.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 22 September- Sekalipun bergelar golongan minoriti di Terengganu, rata-rata masyarakat Cina dan India melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana tidak mengabaikan mereka.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, sepanjang Program Agihan Kuih Bulan di Kampung Cina yang berlangsung hari ini, beliau mendapat pelbagai komen positif daripada sebahagian masyarakat bangsa berkenaan yang sempat disantuninya.“Saya sempat berbual dengan beberapa orang penduduk (Cina dan India) di sini, kesemuanya menyatakan terima kasih kepada pimpinan negeri kerana wakil rakyat (ADUN & Ahli Parlimen) kawasan sering turun bertanya khabar dan tidak mengasingkan mereka dari manfaat yang diberikan Kerajaan Terengganu” katanya ketika ditemui pemberita dalam program di lokasi berkenaan, hari ini. Ahmad Shah mengagihkan kuih bulan kepada penduduk yang ditemui.Beliau yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri berkata, selain meraikan masyarakat kampong tersebut, program itu juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara kaum.“Jika dilihat di laman media sosial kebelakangan ini, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggunjawab menanamkan persepsi bahawa PAS adalah parti yang rasis dan menerapkan perkauman.“Namun, program hari menjadi bukti wujudnya keharmonian antara pelbagai kaum dalam negeri yang ditadbir oleh kerajaan PAS, sekali gus menangkis dakwaan kotor musuh politik,” jelasnya.Program Agihan Kuih Bulan pecuma sempena ‘Moon Cake festival 2019’ itu merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim dengan kerjasama bersama ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Cina dan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu.
22 Sep 19
760
PKMD Bukit Besi Buka Ruang Para Dermawan Bantu Pesakit
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 22 September- Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (PKMD) Bukit Besi membuka peluang kepada para dermawan untuk menyumbang alat sokongan kepada pesakit khususnya di kalangan mereka yang kurang berkemampuan.Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya bersedia menjadi perantara bagi tujuan murni tersebut."Alatan hospitaliti seperti tilam angin, katil, alat bantuan pernafasan dan sebagainya yang masih berfungsi dengan baik boleh diserahkan kepada PKMD untuk kemudahan pesakit asnaf di DUN ini,” ujarnya ketika ditemui pemberita di PKMD Bukit Besi, hari ini.Kaedah pengagihan menurut Ghazali, adalah secara sistem wakaf."Kerana kita tahu barang berkenaan kosnya tinggi, jadi kita membuka peluang seluas-luasnya kepada dermawan di luar sana memperolehi ganjaran pahala."Dimana pesakit menggunakannya sehingga sembuh, ataupun sehingga tempoh waktu tertentu dan kemudiannya kita akan serahkan pula kepada mereka yang lain,” katanya.Ghazali berkata, sehingga kini sebanyak 20 kerusi roda telahpun diagihkan kepada pesakit yang layak dan pihaknya juga menerima lapan katil yang disumbangkan oleh Parlimen Dungun.Katanya, bagi pertanyaan lanjut dan mereka yang ingin membantu boleh berurusan dengan PKMD Bukit Besi, yang terletak di alamat Tingkat Bawah, Bangunan Kedai Lay By (Fasa 3).
22 Sep 19
49
Lupakan Persengketaan Lama
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 22 September- Masyarakat di sarankan agar melupakan persengketaan lama yang disebabkan oleh perbezaan ideologi politik.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, mereka juga perlu memandang ke hadapan bagi bersama-sama menghadapi cabaran yang lebih besar."Kita jangan jadikan perkara kecil sebagai penghalang untuk kita duduk bersama bagi menghadapi musuh yang lebih besar."Kita perlu menjaga perpaduan di antara kita bagi mewujudkan suasa yang harmoni dalam masyarakat,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gotong-royong Perdana anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bukit Puteri pada semalam.Menurutnya, program tersebut turut mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Kesihatan Daerah Besut, Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Gong Kedak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS).Tambah beliau, terdapat aktiviti menarik yang diadakan antaranya cabutan bertuah dan jamuan rakyat.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.
22 Sep 19
51
Pemuda Berlawan Kerana Piala YB ADUN Air Putih
Oleh: AminjiKEMAMAN, 22 September - Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih melabuhkan tirai baru-baru ini dengan gelaran johan menjadi milik Paman FC.Kejohanan berlangsung di Padang Bola Sepak Batu 4, Binjai, menyaksikan pasukan Paman FC membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, piala pusingan dan medal.Pasukan Seberang Tayur Hulu bergelar naib johan serta tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh pasukan Bukit Mentok dan Batu 4B FC.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim berkata, kesemua pemain yang menyertai kejohanan tersebut menunjukkan semangat berpasukan yang begitu baik di samping turut menghormati pasukan lawan.“Alhamdulillah kejohanan ini selamat berlangsung dan dapat mengikat silaturrahim antara pasukan lawan.“Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang tidak berjaya diharap terus berusaha pada masa yang akan datang,” ujarnya.Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Didik Ulama Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood, Penyelaras Pemuda DUN Air Putih, Dasuki Tahir, Ketua DACS Kemaman, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki serta Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paman dan Seberang Tayur Hulu.
21 Sep 19
372