lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

MBKT Cadang Wujudkan Lampu Isyarat Pintar Atasi Kesesakan Lalu Lintas
MBKT Cadang Wujudkan Lampu Isyarat Pintar Atasi Kesesakan Lalu Lintas
KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bercadang untuk mewujudkan Lampu Isyarat pintar bagi mengawal kesesakan lalu lintas yang makin kerap berlaku pada akhir-akhir ini apabila Terengganu menjadi tumpuan ramai pelancong. Datuk Bandar, Dato' Rosli Latif berkata, untuk peringkat permulaan pihaknya bercadang untuk mewujudkan enam lampu isyarat dahulu. Ujarnya, lampu isyarat itu merupakan salah satu elemen dalam pelan tindakan menjadikan Kuala Terengganu sebagai 'Smart City'. "Perkara ini telah dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah semasa melancarkan pelan tindakan 'Smart City Negeri Terengganu' dan akan dibuat mengikut keutamaan rakyat. "Sekarang ini kita berhadapan isu trafik, jadi kita akan mulakan dengan 'smart traffic light' yang telah disiapkan dokumen ,tunggu iklan untuk pengambilan tender sahaja,"ujarnya. Beliau berkata demikian semasa sidang medianya selepas menghadiri Masli pelancaran Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2025 dan Penyampaian Hadiah Pemenang Cabutan Taksiran, di Menara MBKT, Tingkat 6, baru-baru ini. Mengulas lebih lanjut, Rosli berkata, lampu isyarat pintar itu akan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dengan aliran trafik itu akan dikawal dari menara MBKT. "Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang berlaku sekarang kita tidak berniat untuk ubah laluan untuk menjadikan laluan di Jambatan Angkat satu hala. "Kerana untuk melakukan perkara tersebut perlu juga mengambil kira parameter perniagaan supaya ia tidak akan mendatangkan kesan kepada peniaga-peniaga yang merupakan rakyat negeri Terengganu sendiri,"ujarnya.  
31 Dec 24
1784
Lumba Perahu Panjang Gamit Nostalgia, Hidup Semula Warisan
Lumba Perahu Panjang Gamit Nostalgia, Hidup Semula Warisan
KUALA TERENGGANU, 28 Disember - Penganjuran Festival Cabaran Monsun Perahu Panjang Tanjung Sabtu 2024 mampu menghidupkan kembali tradisi yang menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat pesisir Sungai Nerus. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, penganjuran pesta yang bermula semalam sehingga hari ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan setiap tahun. “Ini merupakan acara tahunan, kerana itu kita telah mencadangkan kepada kerajaan negeri agar menjadikan penganjuran sukan perahu panjang ini sebagai sebahagian daripada kalendar pelancongan Negeri Terengganu. “Cadangan ini telah saya kemukakan dalam Persidangan Sidang DUN bulan lepas dan saya juga menawarkan untuk DUN Buluh Gading menjadi tuan rumah sekiranya cadangan ini diterima,” ujar beliau lagi. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Cabaran Monsun Perahu Panjang 2024 Terengganu Darul Iman di Jeti Kg Tanjung Sabtu di sini semalam. Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ahmad Azmi Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU),  Abdul Karim Endut, serta Ketua Balai Manir, SM Tuan Kamaruzaman Muda. Beliau juga berharap agar cadangan itu diterima memandangkan beberapa kampung pesisir Sungai Nerus sudah mempunyai perahu panjang sendiri. "Sukan ini sudah sebati dan menjadi permainan tradisi di sini," katanya.  
28 Dec 24
592
Kerajaan Ajak Rakyat Bermunajat Sempena Tahun Baharu
Kerajaan Ajak Rakyat Bermunajat Sempena Tahun Baharu
KUALA TERENGGANU, 25 Disember - Kerajaan Terengganu mengajak seluruh rakyat negeri ini menyambut tahun baharu 2025 dengan bermunajat serta mengangkat tema Indahnya Hidup Bersyariat bagi mengundang kehidupan yang lebih berkat ke arah menjadi sebuah negeri Maju, Berkat dan Sejahtera. "Ayuh seluruh rakyat negeri Terengganu dan sekitarnya! sertai Malam Munajat Terengganu, sebuah program penuh keberkatan yang mengajak kita semua mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa," ujar kerajaan negeri melalui suatu kenyataan. Program yang bakal diadakan pada 31 Disember itu akan diadakan selepas Maghrib hingga jam 12.00 malam bertempat di Dewan Arena, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Antara pengisian program yang akan diadakan nanti selain Solat Maghrib dan Isyak berjemaah akan ada Bicara Murabbi bersama Pendakwah Terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Selain itu akan ada Zikir Munajat dan Selawat Perdana serta Bacaan Doa Untuk Ummah. "Keistimewaan Malam Munajat adalah menyucikan hati dengan zikir dan doa, memohon keberkatan dan kesejahteraan untuk diri, keluarga dan negara. "Bersama-sama menghidupkan malam dengan cahaya keimanan maka jangan lepaskan peluang. "Mari kita bersatu dalam doa, memohon keredaan Allah SWT untuk kehidupan yang lebih tenang, diberkati dan dirahmati,"ujar kenyataan itu lagi.
25 Dec 24
597
Nelayan Seberang Takir Terima Bantuan Musim Tengkujuh
Nelayan Seberang Takir Terima Bantuan Musim Tengkujuh
KUALA NERUS, 17 Disember - Lebih 372 orang nelayan di sekitar Seberang Takir menerima bantuan kewangan dan barangan dapur. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat berkata, bantuan berkenaan tanda keprihatinan pentadbiran Terengganu terhadap golongan nelayan yang terkesan pendapatannya di musim tengkujuh. “Seperti kebiasaan, dekat kita ni, Pantai Timur akan mengalami tengkujuh pada akhir tahun dan dijangka ke awal tahun hadapan. “Memang lah, waktu ni sukar sedikit, mereka tidak dapat keluar menangkap ikan dan tiada sumber pendapatan lain dan bergantung sepenuhnya dengan sumber laut. “Situasi sebegitu mengakibatkan ketiadaan sumber kewangan untuk menyara kos seharian,” katanya ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan berkenaan. Seorang penerima, Danial Afif Haiqal Rumizan, 17, yang mewakili ayahnya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Nerus dan Seberang Takir serta TDM atas sumbangan tersebut. “Sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan barangan harian sepanjang musim tengkujuh ni. “Alhamudulillah, dengan pemberian bantuan barangan dapur, para penerima khususnya para nelayan mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian pimpinan di sini beri bantuan ini,” katanya Sementara itu, Mohamad Mohd Noor, 65, melahirkan rasa syukur dan terharu atas bantuan tersebut. “Terima kasih lah pilih saya menerima bantuan ini.  “Bantuan berupa wang tunai dan barang keperluan ini cukup bermakna buat kami yang tidak dapat ke laut menangkap ikan dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” ujarnya Terdahulu, Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, melalui program tersebut, TDM menyumbang sebanyak RM20,000 untuk belian barangan asas seperti beras, minyak masak, makanan kering, gula, dan keperluan harian lain. Selain itu katanya,Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Pengerusi Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. Dato’ Dr. Alias Razak turut sama bekerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir menyumbangkan barang keperluan bagi meringankan beban dan sebagai langkah untuk memastikan kelangsungan kehidupan harian golongan terjejas khasnya komuniti Seberang Takir.
17 Dec 24
126
RUU Komunikasi Dan Multimedia Buka Ruang Salah Guna Kuasa
RUU Komunikasi Dan Multimedia Buka Ruang Salah Guna Kuasa
KUALA TERENGGANU, 10 Disember - Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional semalam telah menentang Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan 2024) kerana dikhuatiri akan disalah guna dan dimanipulasi. Ahli Parlimen Kuala Terengganu , Dato' Ahmad Amzad Hashim berkata, perkara itu sangat jelas memberikan kuasa terlalu luas kepada menteri untuk menentukan pelbagai perkara berkaitan media. "Kerajaan sekarang dilihat mundur ke belakang dalam menegakkan prinsip penting demokrasi iaitulah hak kebebasan bersuara. "Perkara ini dibangkitkan masyarakat awam termasuklah mereka yang sebelum ini dilihat sangat pekat dalam sokongannya kepada Pakatan Harapan misalnya BERSIH, kartunis Fahmi Reza, Ahli Parlimen Pasir Gudang dan ramai lagi," ujarnya. Beliau berkata demikian melalui suatu kenyataan di facebooknya, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, sekalipun RUU itu tetap diluluskan kerana ahli-ahli Parlimen Kerajaan dari Pakatan Harapan dan lain-lain parti yang bersama kerajaan memilih telah mengundi menyokong pindaan akta terbabit. "Semua Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional yang hadir telah mengundi membantah RUU ini," tegasnya.
10 Dec 24
115
Lebih 350 Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Taman Rakyat Jaya
Lebih 350 Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Taman Rakyat Jaya
DUNGUN, 5 Disember- Lebih 350 orang sukarelawan berganding tenaga membantu mangsa-mangsa banjir di Taman Rakyat Jaya menerusi operasi Pasca Banjir KM (KHIDMAT Malaysia) Dungun. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, pelbagai pihak hadir bagi membersihkan rumah penduduk yang terkesan banjir.  "Ada dari Skuad Khidmat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan dan pusat - pusat pengajian tinggi hadir ke Taman Rakyat ini yang hampir 90 peratus ditenggelami banjir," ujarnya ketika dihubungi pemberita. Menurut beliau, sebanyak lebih 200 buah telah dibersihkan semalam dan bakinya akan diteruskan hari ini, memandangkan air tidak surut sepenuhnya. "Banjir kali ini air naik sangat cepat dan boleh dikatakan di luar jangkaan, walaupun ada yang sudah bersiap sedia dari awal lagi, tapi itulah macam perabut , tilam terpaksa dibuang," ujarnya.
05 Dec 24
246
PPS Kebor Besar Sediakan Pelbagai Aktiviti Untuk Mangsa Banjir
PPS Kebor Besar Sediakan Pelbagai Aktiviti Untuk Mangsa Banjir
Oleh: Syahida Mohd KUALA TERENGGANU, 4 Disember-  Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kebor Besar menyediakan pelbagai aktiviti kepada mangsa banjir yang berlindung di PPS berkenaan. Timbalan Penyelia i-MiTS DUN Buluh Gading, Paridah Muda berkata, antara aktiviti yang di adakan kepada kanak-kanak dan wanita dewasa adalah pertandingan mewarna, soal jawab kuiz fiqh solat dan bacaan Yaasin.  "Penghuni di PPS ini dilihat ceria apabila bukan sahaja diberikan keperluan yang baik tapi turut disediakan aktiviti kepada mereka bagi memenuhi masa terluang. "Tujuan utama diadakan adalah bagi memastikan penghuni tidak berasa bosan selain mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni di sini," ujarnya. Terdahulu, banjir besar telah melanda kawasan DUN Buluh Gading di mana dua PPS telah diaktifkan di kawasan berkenaan. 
04 Dec 24
254
Rumah Masih Belum Siap, Pagar Pula Musnah Dihempap Tanah Runtuh
Rumah Masih Belum Siap, Pagar Pula Musnah Dihempap Tanah Runtuh
MARANG, 3 Disember - 'Rumah masih belum lagi siap pagar pula dihempap tanah runtuh', begitulah nasib yang menimpa seorang penduduk di Kampung Jenang, Pengkalan Berangan di sini. Menurut Jiran terdekat Muhamed Yusuf, kejadian sekitar jam 1 pagi 29 November lalu itu walau bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan fizikal. "Tuan rumah berasal dari Jerong, rumah itu belum lagi siap hanya pagar yang siap, jadi runtuhan itu hanya terkena pagar.  "Nasib baik rumah itu masih belum diduduki, bayangkan jika penghuninya ada, pasti ia membahayakan keselamatan nyawa, kita tidak mahu tragedi di Bukit Apit berulang kembali," ujarnya. Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata pihaknya melalui pusat khidmat akan menyelesaikan pembersihan untuk tanah tersebut dengan peruntukan RM1,000 sehari. "Jika diselesaikan dalam dua hari kosnya RM2,000 dan kita akan menanggung segala kos pembersihan ini," ujarnya.      
03 Dec 24
257
Mangsa di PPS SK Atas Tol Terima Bantuan Makanan
Mangsa di PPS SK Atas Tol Terima Bantuan Makanan
KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Walaupun langit kembali cerah, mangsa banjir di sekitar Kampung Atas Tol masih kekal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Atas Tol kerana Paras air yang belum surut sepenuhnya serta berkemungkinan akan menghadapi air pasang besar pada malam ini. Pasukan Ameerah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong berusaha menceriakan kanak-kanak yang terkesan akibat bencana ini, dan telah hadir menyampaikan bantuan makanan. "Bantuan ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan asas, tetapi juga sebagai sokongan moral kepada mangsa yang masih bergelut dengan situasi semasa. “Adik, dapat ni makan sama-sama dengan adik-beradik lain jugok deh. Sama-sama kongsi,” ujar salah seorang sukarelawan kepada seorang kanak-kanak ketika menyerahkan bungkusan makanan. Menurnutnya bagi orang dewasa mungkin tekanan akibat bencana banjir ini dapat dihadapi kerana ia tidak dapat dielakkan. "Namun ia akan lebih dirasakan oleh kanak-kanak yang terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan baru di PPS. "Semoga usaha ini dapat membantu menceriakan suasana dan memberikan sedikit keceriaan kepada mereka. "Sekali gus dapat meringankan beban mereka yang terjejas, sementara doa terus dipanjatkan agar keadaan kembali pulih dan mangsa banjir dapat kembali ke kediaman masing-masing dengan selamat,"ujarnya.
03 Dec 24
193
PPS SMK Seri Payong Ditutup
PPS SMK Seri Payong Ditutup
MARANG, 3 Disember - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong secara rasminya ditutup pada petang ini setelah penghantaran pulang mangsa banjir terakhir selesai dilakukan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata  operasi pemindahan terakhir itu dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa agensi lain yang terlibat dalam membantu mangsa banjir. “Alhamdulillah, bantuan penghantaran balik mangsa banjir yang terakhir di PPS SMK Seri Payong sebentar tadi. Secara rasminya petang ini PPS SMK Seri Payong ditutup,” kata beliau dalam suatu kenyataan, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, Mohd Nor berkata dengan Penutupan PPS berkenaan menandakan situasi banjir di kawasan tersebut semakin pulih serta membolehkan mangsa kembali ke kediaman masing-masing. Mohd Nor turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran operasi ini. "Terima kasih kepada usaha dan pengorbanan pelbagai pihak, mangsa banjir kini dapat memulakan langkah pemulihan selepas menghadapi bencana tersebut," ujarnya.
03 Dec 24
231