lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Rakyat Perlu Bersiap Sedia Hadapi Musim Banjir- APM Terengganu
Pegawai APM menunjukkan isyarat arahan pengendalian bot kepada pasukannya dalam simulasi menyelamat semasa banjir.MARANG, 25 September- Rakyat Terengganu khususnya dinasihatkan bersiap siaga untuk menghadapi bencana banjir akibat monsun Timur Laut yang dijangka bermula awal November nanti.Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMN) Terengganu, Mejar (PA) Amer Sarifudin Zalman berkata, walaupun ia merupakan keadaan biasa bagi penduduk di negeri itu keselamatan tetap perlu diutamakan.“Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita sedang berada di musim peralihan monsun Barat Daya ke monsun Timur Laut sehingga awal November. Mejar (PA) Amer.“Nasihat saya kepada penduduk tempatan yang sudah semestinya tahu di mana kawasan berlaku banjir supaya mempersiapkan diri. Jika ada arahan daripada pasukan penyelamat atau makluman daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), di minta jangan ragu-ragu berpindah ke pusat pemindahan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi Latihan UlangKaji Pengendalian Bot APM Terengganu di Sungai Kerak dan Kampung Jenang, semalam.Dalam sesi tersebut, seramai 70 pelatih APM terdiri dari seluruh Terengganu hadir menyertai simulasi pengendalian bot dan menyelamatkan mangsa.Berkenaan dengan persediaan menghadapi bencana banjir, Amer memaklumkan APM Terengganu memiliki kekuatan 320 anggota serta 24 hingga 32 biji bot yang bersedia. Simulasi menyelamatkan mangsa dalam air turut dilakukan.“Bagi seluruh negeri Terengganu pula, kita mempunyai keseluruhan 2,725 anggota terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri.“Selain itu, kita juga bersedia untuk menghadapi kecemasa lain yang berlaku dan semasa banjir jumlah anggota akan ditambah mengikut keperluan,” katanya.Bagi negeri Terengganu, MetMalaysia menjangkakan taburan hujan pada kadar normal iaitu antara 350mm hingga 700mm dan bencana banjir dianggarkan seperti tahun 2018.Namun, agensi-agensi yang terlibat turut bersedia untuk menghadapi fenomena banjir besar yang tidak dijangka sebagaimana yang berlaku pada tahun 2014.Anggota APM yang menyertai latihan.
26 Sep 19
1346
Empty Image
Wujudkan Kemesraan Dalam Organisasi
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 26 September- Mewujudkan elemen kemesraan antara pegawai atasan dan para pekerja boleh menimbulkan suasana kerja yang baik sekaligus membuatkan para pekerja dapat memberi komitmen sepenuhnya.Ahli Lembaga Pengarah (ALP), PESAKA Terengganu Berhad (PTB), Ghazali Sulaiman berkata, pemimpin atau ketua sesebuah organisasi berperanan mencapai tujuan berkenaan."Secara tidak langsung ianya akan menyuntik elemen positif di kalangan pekerja untuk mempersembahkan prestasi yang terbaik bagi mencapai keuntungan syarikat ataupun sesebuah organisasi."Juga sudah pasti tidak akan wujud konflik yang membawa kepada suasana kerja yang negatif sehingga langsung tidak memotivasikan para pekerja untuk memberi komitmen yang baik kepada organisasi," ujarnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita, semasa hadir pada Program Mengacau Bubur Asyura di Kilang Papan PTB, hari ini.Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi berkata keterlibatan semua pekerja didalam sesuatu program adalah satu keperluan organisasi."Melaluinya akan wujudnya semangat kerjasama dan saling bertanggungjawab terhadap organisasi."Maka tidak akan timbul sikap sambil lewa, mahupun acuh tidak acuh dalam pekerjaan," jelasnya.
25 Sep 19
66
Empty Image
Penat Lelah Pengamal Media Perlu Dihargai
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 26 September- Segala penat lelah pengamal media yang berterusan tanpa jemu melaporkan berita kepada masyarakat perlu dihargaiPegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, tanpa media masyarakat dunia pada hari ini akan buta maklumat."Tidak akan mengetahui apa yang terjadi, di sebalik mudahnya segala maklumat diperolehi sudah tentu adanya para pengamal media yang bertungkus lumus bagi mendapatkan sesuatu berita."Kerana itu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang senantiasa menyalurkan maklumat kepada masyarakat, banyak kali pihak media tampil membuat liputan di DUN Bukit Besi, sebagaimana peristiwa Awang Besol, Harimau Kumbang dan pelbagai acara dan program yang berlaku di DUN Bukit Besi dipaparkan di dada akhbar, televisyen dan juga akhbar digital,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai peranan dan jasa media, di pejabatnya hari ini.Justeru itu, beliau sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik kepada pihak media."Kerana kita tahu tugas dan peranan media ini bukan mudah dan senang, kita biasanya akan membaca apa yang telah siap dicetak dan ditulis."Saya berharap agar setiap pengamal media semuanya diberi kesihatan yang baik dan terus berperanan menyampaikan maklumat mengenai kerajaan negeri kepada umum, agar segala kebaikan kerajaan dapat disalurkan dan dalam masa yang sama dapat memperjuangkan nasib masyarakat," ujarnya.
25 Sep 19
86
Empty Image
529 Pelajar Setiu Terima Manfaat CSR Repsol
Pelajar-pelajar yang terlibat.Oleh : Ariss AliasSETIU, 26 September - Seramai 529 pelajar daerah Setiu menerima manfaat daripada program 'Corporate Social Responsibility' (CSR) yang dilaksanakan Repsol Oil & Gas Limited (Repsol) semalam.Pengurus Keselamatan Repsol, Mohd Nor Hairi Mat Sidi berkata, pihaknya amat menitikberatkan tanggungjawab sosial yang dibahagikan kepada empat bidang iaitu keselamatan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan.Katanya, tujuh buah sekolah yang melibatkan pelajar tahun tiga dan empat turut berpeluang mendengar pengisian keselamatan melalui program Kempen Keselamatan bersama Pelajar Sekolah Rendah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok. “Kempen ini diadakan sebagai satu landasan bagi penyebaran mesej-mesej keselamatan diri bertujuan untuk membantu murid-murid sekolah rendah.“Ini kerana mereka merupakan kumpulan sasaran yang memerlukan bimbingan serta pendedahan awal tentang keselamatan diri ini,” ujar beliau ketika ditemui media.Kuiz kesselamatan antara sekolah.Turut hadir Pegawai Khas Ko-Akademik PPD Setiu, Khairiah Abd Manan dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Chalok, Abd Rahman Hussein.Dalam pada itu, Penolong Pembangunan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu, Rosmadi Nasir yang turut hadir merasmikan majlis amat menghargai usaha Repsol menjayakan program yang telah kali kedua diadakan di daerah Setiu itu dengan melibatkan peruntukkan sebanyak RM50,000.“Pengalaman dan ilmu pada hari ini tidak terdapat dalam proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Melalui program seperti inilah, mereka mendapat maklumat tambahan,” kata beliau.“Tahniah kepada pihak Repsol dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) dapat memberi manfaat kepada pelajar yang hadir,” tambah beliau lagi.Dalam sesi kuiz keselamatan antara sekolah, SMK Chalok (Model Khas) dinobatkan sebagai johan manakala naib juara disandang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lerek dan tempat ketiga milik SK Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Chalok Barat.
25 Sep 19
902
Empty Image
15,200 Benih Ikan Lampam Sungai Dan Kelah Untuk Galak Pembiakan
Dr Azman (tiga dari kiri) melepaskan benih ikan.BESUT, 25 September - Jabatan Perikanan Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri telah melepaskan 15,200 benih ikan Lampam Sungai dan Kelah di Hutan Lipur Lata Belatan, di sini hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan  Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) itu adalah sebagai usaha bagi memastikan kelestarian sumber spesies tersebut di sungai-sungai utama negeri ini.Ujarnya, melalui langkah yang dijalankan secara berkala tersebut juga hasil pendapatan nelayan darat mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.“Dalam tahun ini bermula Januari hingga awal bulan ini, lebih 480,000 benih ikan dan udang telah dilepaskan ke perairan umum, sama ada sungai atau laut.“Pelepasan benih ikan di sini dijangka turut memberi manfaat kepada enam orang nelayan tulin (daerah Besut) yang menjadikan sungai sebagai sumber utama mereka,” katanya ketika berucap merasmikan program pelepasan benih ikan berkenaan.Kata beliau, kesedaran orang awam berkaitan pemeliharaan spesies ikan asli perlu ditingkatkan agar hasrat kerajaan untuk memperkayakan sumber tersebut tidak sia-sia.Justeru menurut Dr Azman, kerjasama penduduk setempat amat diperlukan bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan proses didikan dan penguatkuasaan terhadap pihak yang menggunakan peralatan terlarang.“Kesedaran orang awam tentang penggunaan peralatan yang dilarang seperti bom ikan masih di tahap yang rendah agar spesies ikan asli di sini tidak pupus.“Orang awam perlu sedar jika peralatan menangkap ikan tidak mesra sumber masih digunakan usaha mendapatkan kembali populasi ikan asli amat sukar apabila ia pupus,” tambah beliau.
25 Sep 19
637
Empty Image
Silat Bawa Fad Anuar Ke Dunia Filem
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 25 September -  Tangkas dan mahir didalam dunia persilatan telah membawa anak jati Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Bukit Besi, Fad Anuar ke dunia lakonan.Fad Anuar, 30, berkata, dia mula menceburi bidang lakonan pada 2013 dengan muncul sebagai watak tambahan melakukan aksi dan babak persilatan dan terus serius setahun kemudian."Dengan melakonkan drama diantaranya 'Dia Anak Jeneral' di samping Fattah Amin, selepas itu muncul di dalam Drama Akasia yang bertajuk 'Lelaki Itu Pemilik Hatiku', serta Sumpah Ibu," ujarnya ketika dihubungi pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Apa yang membanggakan, Fad berjaya muncul sebagai salah satu watak utama didalam filem 'Geran' tahun ini."Ianya sebuah filem aksi arahan Areel Abu Bakar dimana saya memegang watak sebagai anak bongsu kepada watak ayah yang dilakonkan oleh Namron."Dimana saya lari dari rumah bersama geran pusaka dan mula terlibat dengan dunia perlumbaan haram dan pertaruhan, yang dicari oleh kakak dan abang saya yang dilakonkan wataknya oleh Khoharullah Majid bersama Fieyna Tajuddin," ujarnya.Filem itu menurutnya bakal menemui penonton di seluruh pawagam yang akan memulakan tayangannya pada 10 Oktober."Filem ini wajib ditonton oleh anak muda supaya kenal warisan yang perlu dipupuk dari kecil supaya tidak hilang jati diri walau pergi kemana-mana agar terjaga adat ketimuran."Cerita ini berkait rapat dengan warisan Melayu, cerita ini juga turut mengisahkan geran pusaka yang perlu dijaga sebagaimana kampung baru agar tidak sesekali tergadai," ujarnya.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman menganggap bakat yang dimiliki oleh Fad Anuar adalah semulajadi dan perlu digunakan ke arah kebaikkan."Saya mendoakan agar dia (Fad Anuar) berjaya didalam bidang yang diceburinya, dan saya doakan agar tidak hanyut serta pandai memilih watak yang bersesuaian dan membawa mesej dakwah didalam masyarakat."Kerana artis ini seringkali dianggap sebagai ikon, jadi perlulah membawa masyarakat ke arah perkara yang positif terutamanya anak muda supaya menjadi generasi yang bermoral mengikut acuan Islam," jelasnya.
25 Sep 19
1387
Empty Image
‘Mesin ATM Besar Maknanya Pada Kami’ - Abdul Rahim
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 25 September - Rata-rata penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi mengucapkan syukur dan terharu dengan kemudahan ‘Automated Teller Machine’ (ATM) yang berjaya direalisasikan sejak beberapa bulan lalu.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jabi, Abdul Rahim Ghazali, 52, berkata, sejak kewujudan mesin ATM itu, penggunaannya boleh dikatakan umpama ‘pisang goreng panas’.Katanya, beban masyarakat Jabi yang terpaksa berulang alik sejauh 16 kilometer dan berbelanja sebanyak RM15 ke bandar Jerteh semata-mata untuk mengeluarkan wang kini sudah tiada.“Sejak ada mesin ATM ini, budak-budak kampung kata ‘laku keras’ kerana ia sangat memberi kemudahan tanpa perlu pergi jauh ke Pusat Bandar Jerteh, ia sangat besar maknanya pada kami.“Alhamdulillah, rakyat Jabi amat bersyukur sebab keperluan ini sepatutnya dah lama ada. Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim atas usaha keras beliau merealisasikan impian kami untuk mempunyai mesin ATM di Jabi,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian ATM Agrobank yang disempurnakan Dr Azman di Stesen Minyak Caltex, di sini semalam.Dalam pada itu, menurut Dr Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, sudah menjadi lumrah kehidupan, manusia saling memerlukan dan bergantung antara satu sama lain. “Dalam membentuk kerjasama ini bukan semua perkara kena kira untung rugi sebab kita manusia ini bukannya mesin kira di kaunter pasar raya.“Walaupun ada yang mengatakan agak keterlaluan mengadakan majlis perasmian sebuah mesin ATM, biarlah kecil bagi orang lain, tapi bagi penduduk di sini ia berbeza.“Hari ini bukan setakat majlis perasmian, pihak Agro Bank juga bermurah hati mengagihkan zakat kepada asnaf terpilih dan pihak Caltex menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan setia mereka,” tambah beliau.Beliau turut berterima kasih kepada pihak Agro Bank dan Pengurusan Stesen Caltex Jabi yang memberikan keizinan untuk menempatkan ATM di premis mereka tanpa sebarang sewa. “Dalam tempoh hampir tiga bulan dipasang, penggunaannya sangat menggalakkan. Ada potensi untuk dinaik taraf kepada kiosk pula dimasa depan,’’ katanya.
24 Sep 19
228
Empty Image
Skuad Kawalan Keselamatan Jaga Kampung
Oleh: AminjiKEMAMAN, 24 September - Biro Keselamatan Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Pasir Minal telah mengambil inisiatif melancarkan program kawalan keselamatan kampung untuk mencegah kegiatan maksiat, kecurian, pecah rumah dan pelbagai jenayah yang semakin berleluasa pada hari ini.Susulan dari aduan penduduk kampung, skuad kawalan keselamatan ini telah mula beroperasi sejak Julai lalu. Skuad rondaan ini melibatkan 25 orang petugas lengkap beruniform. Mereka akan melakukan rondaan secara bergilir-gilir ke seluruh kawasan kampung bermula dari jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 1.00 pagi.Ketua Biro Keselamatan Kampung Pasir Minal, Syed Yuslem Bin Syed A. Ghani menyeru golongan belia khususnya untuk sama-sama turun padang dan memberikan komitmen sepenuhnya demi meningkatkan keselamatan dan keharmonian kampung.Menurut beliau yang ditemui pemberita baru-baru ini, Biro Keselamatan dengan kerjasama Biro Belia Majlis Keselamatan Komuniti Kampung (MPKK) Pasir Minal turut menyelitkan program  Usrah Pemuda yang diadakan setiap minggu bertempat di pos kawalan keselamatan sebelum operasi rondaan kampung dimulakan.Ini adalah bertujuan sebagai pengisian rohani kepada belia-belia kampung disamping mengeratkan silaturrahim sesama mereka.Usaha murni yang dilakukan oleh Biro Keselamatan ini telah mendapat pujian dan disambut baik oleh penduduk kampung apabila mereka turut sama bergotong-royong untuk membina pos kawalan keselamatan kampung yang diadakan 2 minggu lalu."Harapan saya semoga petugas-petugas kawalan keselamatan ini terus istiqomah dalam menggalas amanah untuk mencegah maksiat dan jenayah di kampung kita ini dan dapat dijadikan contoh ikutan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) lain," katanya.
24 Sep 19
1041
Empty Image
PPD Setiu Rintis Pertandingan 'War Cry' Di Terengganu
Mohd Yasmin bersama juara sekolah menengah dan rendah.Oleh : Ariss AliasSETIU, 24 September - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu menjadi perintis bagi pertandingan 'War Cry' di Terengganu.Pegawai PPD, Mohd Yasmin Yusof berkata, pertandingan tersebut adalah yang julung kali diadakan di negeri pantai timur itu."Pertandingan ini adalah sebagai 'spin off' atau penambahbaikan 'war cry' yang sedia ada agar dapat menjadi pencetus semangat kepada para pelajar, di mana sebelum ini ia hanya menjadi pengisian untuk menyambut pemantau dari pegawai-pegawai yang melawat ke sekolah."Saya melihat persediaan sekolah-sekolah yang terlibat amat hebat dan saya akan cadangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) supaya adakan pertandingan di peringkat negeri," ujarnya ketika ditemui media semasa kejohanan.Dalam kategori sekolah rendah, pasukan 'Reign of Sequeen' dari Sekolah Kebangsaan (SK) Permaisuri meraih johan dengan mengenepikan 'Sehebat Fighter' yang mewakili SK Batu 29 di tempat kedua dan tempat ke-3 digondol SK Lembah Jaya.Sementara itu, bagi kategori sekolah menengah, SM Sains Setiu (SAIS) menerusi pasukan 'Victorious Pride' muncul juara, manakala naib johan milik 'Isetian Warrior' dari Sekolah Menengah Imtiaz Setiu dan tempat ke-3 jatuh kepada 'Soaring Smegs' dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong.Mengulas tentang kemenangan itu, Guru Pembimbing 'Victorious Pride', Zalizan Nordin berkata, beliau berbangga dengan pasukannya yang terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki itu."Mereka melakukan latihan sendiri dalam tempoh satu minggu untuk mencapai kejayaan tersebut."Selepas ini, saya merancang untuk mereka mengajar pelajar-pelajar lain pula agar pihak sekolah dapat menghasilkan bakat-bakat baharu," tambah beliau.Pertandingan 'War Cry' yang diadakan di Dewan Bijaksana, Perpustakaan Awam Daerah Setiu disertai oleh 12 pasukan sekolah rendah dan 14 buah sekolah menengah.Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300, sijil, piala pusingan dan hamper. Naib johan pula, RM150 beserta sijil dan hamper,  tempat ketiga menerima RM100, sijil dan hamper.
24 Sep 19
1208
Empty Image
Suburkan Amalan Wakaf
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 24 September-Umat Islam diseru menyuburkan amalan wakaf kerana amalan murni tersebut mewujudkan manfaat yang berterusan selain pahala daripada perbuatan (berwakaf) berkenaan akan mengalir selama mana objeknya tidak luput.Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli berkata, inisiatif penubuhan Madrasah Raudhatul Ulum Al Musthof di atas tanah wakaf Almarhum Tuan Guru Haji Mustafa Husin harus dijadikan contoh oleh orang ramai selain merebut peluang untuk berwakaf.Merangkap Penasihat 1 madrasah tersebut, Wan Hassan berkata, fasa I penubuhan madrasah berkenaan melibatkan sebuah bangunan satu tingkat dimana menjadi pusat ilmu masyarakat setempat disamping Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam(PASTI) dan Kelas Fadhu Ain(KAFA). “Orang ramai diharap akan bersama-sama menyumbang sambil mewakafkannya untuk membina dan menyiapkan fasa II madrasah ini yang terdiri daripada bangunan tempat belajar, asrama dan rumah warden. "Semoga Kampung Tok Kah ini akan menjadi kampung yang subur dengan ilmu dan hidup bermasyarakat dengan ditunjangi ilmu," ujarnya ketika melancarkan Tabung Dana Tanah Wakaf Fasa II Madrasah Raudhatul Ulum Al Musthofa di Kampung Tok Kah , baru-baru ini.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun dan Penghulu Mukim Abang, Abd Ghaffar Abu Bakar.Sementara itu, Pengerusi madrasah tersebut, Mohd Nor Harun menjemput orang ramai yang berminat untuk menyumbang dengan mewakafkan lot-lot yang bernilai RM10, RM50 dan RM100 dengan menghubungi beliau di nombor 0135312287 atau menyalurkannya ke akaun  Madrasah Raudhatul Ulum Al-Musthofa, akaun Maybank bernombor 563091021597.
23 Sep 19
251