lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Terapkan Persekitaran Positif Kepada Pelajar
Oleh: Amiirullah MansorDUNGUN, 30 September- Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak yang mula memasuki persekolahan peringkat menengah dengan persekitaran yang baik dan menjauhkan mereka daripada anasir tidak sihat.Penyelia Institut Modal Insan (i-Mits) Dungun, Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz berkata, suasana persekitaran keluarga yang baik merupakan perkara penting yang sepatutnya didedahkan kepada para pelajar."Pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 ini mereka masih lagi dialam kebudak-budakan yang hanya mahu keseronokan dan tidak mampu berfikir dengan baik apa yang disampaikan. “Sekurang-kurangnya dengan persekitaran positif itu menjadikan pelajar sentiasa terdedah dengan perkara yang baik,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Program Transisi Personaliti Remaja (PTPR) di Dewan Besar Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Kampung Pinang Merah, Dungun, semalam. Turut hadir, Pegawai Serata Hal Ehwal Mahasiswa i-Mits Negeri Terengganu, Nasiruddin Othman serta Pengetua Sekolah Menegah Islam Darul Bayan, Che Wan Mustapha Che Wan Kamal.Tambah beliau, ibu bapa juga perlu membekalkan anak mereka dengan agama bukan setakat teori bahkan dalam bentuk praktikal disamping memfokuskan matlamat kepada anak-anak yang menuntut ilmu dalam pengajian yang diceburi.“Satu virus yang merisaukan anak bangsa kita ialah jika masih leka dengan dunia dimana ia akan menjanjikan deritanya terus ke akhirat kerana tidak mempunyai bekalan ilmu agama,” ujarnya lagi.
29 Sep 19
119
Empty Image
Cengal Besar Tarikan Peminat Sukan Ekstrem
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 30 September- Terletak dalam Hutan Simpan Pasir Raja, disini, sebatang pokok cengal terbesar dan tertua di Semenanjung Malaysia kini semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar khususnya yang menyukai aktiviti lasak.Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, ianya berpotensi muncul sebagai destinasi sukan lasak dan rekreasi terkenal di peringkat dunia.“Perkara ini diakui sendiri oleh para pengemar sukan lasak terdiri daripada peminat motorcross dan pacuan empat roda, apabila seringkali memilih lokasi berkenaan untuk aktiviti ekstrem itu.“Malah pengalaman menjejaki lokasi berkenaan dirasai sendiri oleh 110 orang belia yang menyertai acara Cengal Besar Explorace selama dua hari bermula 27 September lalu."Program tersebut  turut disertai oleh 100 motorcross, dan 10 buah pacuan empat roda, dimana pesertanya terdiri daripada ahli Jerangau Motorcross Team (JMT),” ujarnya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai program tersebut, semalam.Katanya, program tersebut terbuka kepada semua peminat aktiviti sukan lasak dan mendapat penyertaan bukan sahaja dari Felda Jerangau tetapi dari Kuala berang dan Kemaman. Beliau selaku pengarah program berkata, program itu merupakan anjuran daripada Jerangau Felda Adventure Club yang berkolaborasi dengan Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi.Katanya, program selama dua hari itu telah dipenuhi dengan aktiviti tazkirah dan juga aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat kerjasama."Bukan sahaja sesama ahli bahkan apabila berada di tengah-tengah masyarakat itu yang kita ingin terapkan."Kelasakkan turut teruji kerana untuk sampai ke Bukit Cengal Besar bukan sahaja dengan kenderaan bahkan peserta terpaksa mendaki ke tempat berkenaan, memang memberi kepuasan di tahap maksimum," jelasnya.
29 Sep 19
915
Empty Image
Hampir 5000 Pengunjung Meriahkan MKTS
Oleh : Hailmey MansorKuala Nerus, 30 September - Hampir 5000 pengunjung memeriahkan Mini Karnival Terengganu Sejahtera (MKTS) di Padang Bola Taman Perumahan Telaga Daing,Seberang Takir dari 26 hingga 28 September lalu.Pengarah program MKTS, Hamidi Jusoh menyifatkan program ini berjaya kerana menarik ramai pengunjung menyertai pelbagai acara yang diatur oleh pihak penganjur."Saya berpuas hati kerana program ini berjaya dan ia merupakan julung-julung kali diadakan dan berjaya menarik hampir 5000 pengunjung."Walaupun ada perkataan 'mini' tetapi saya dapat rasakan ia sebagai 'mega' kerana berjaya menarik ribuan orang untuk hadir," kata Hamidi ketika ditemui pemberita selepas program itu berakhir Sabtu lalu.Program sepanjang tiga hari itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.Pelbagai agensi kerajaan yang terlibat termasuk Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Polis Diraja Malaysia (PDRM),Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan lain-lain.Sementara itu Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, program ini berjaya mengeratkan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat dan agensi kerajaan."Program ini berjaya kerana ia dapat merapatkan hubungan agensi kerajaan dengan orang awam."Orang ramai boleh beramah mesra dan boleh tahu apa agensi kerajaan tawarkan khidmat kepada mereka,"ujar Fazil Wahab.
29 Sep 19
27
Empty Image
Bubur Asyura Tanda Penyatuan Masyarakat Setempat
penduduk ketiga-tiga kampung berpadu tenaga menjayakan program Mesra Kasih As-Syura.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU,29 September - Ketibaan Muharam turut disambut dengan penganjuran majlis memasak bubur asyura (sura) yang telah sebati dan menjadi sebahagian daripada tradisi kehidupan masyarakat terutama di Terengganu dan Kelantan.Ketika Muharam menghampiri penghujungnya, majlis seumpama itu semakin banyak diadakan yang mana ia menjadi aktiviti menyatukan masyarakat setempat.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Tok Nasek, Abdul Rahim Abdul Rashid berkata, budaya mengacau bubur sura merupakan tradisi bagi masyarakat Islam di negeri Terengganu.“Aktiviti ini menjadi batu asas kepada perpaduan masyarakat yang cinta akan keamanan dan keharmonian dalam kampung setempat yang diadakan saban tahun bagi menyambut permulaan tahun Hijrah."Hari ini sebanyak enam kawah disediakan dan juadah tersebut dimasak secara bergotong royong antara penduduk setempat melibatkan tiga buah kampung iaitu kampung Gong Tok Nasek,Gong Baru dan Gong Parit," katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam Program Mesra Kasih As-Syura di Perkarangan Masjid Gong Tok Nasek, Sabtu lalu.Program berkenaan dianjurkan oleh tiga MPKK kampung dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa masjid yang julung kali dibuat untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ketiga-tiga kampung.
29 Sep 19
569
Empty Image
Sukan Dapat Jauhkan Gejala Negatif
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 28 September – Anak-anak muda diharap dapat menjauhi gejala negatif termasuk penyalahgunaan dengan melibatkan diri dalam acara sukan antaranya bola sepak.Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Riduan Mohamad Nor berkata, dengan adanya program ini dapat mengelakkan melakukan perkara yang tidak berfaedah."Saya berharap anak-anak muda dapat jauhkan diri dengan wabak dadah yang semakin serius di Bumi Besut ini.“Dengan adanya program-program sebegini,semoga anak muda dapat lupakan terus dengan gejala yang tidak sihat,” jelasnya.Ustaz Riduan berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Bola Sepak Penalti Piala beliau, di sini, pada hari ini.Menurutnya, sebanyak 44 pasukan berentap di padang Sekolah Menengah Tengku Mahmud 2 yang dianjurkan sempena "Kempen Anti Dadah 2019".Program tersebut telah dirasmikan baru-baru ini di Medan Selera Jertih Oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Puan Nor Hafizza Mat Zin.Oleh itu, Ustaz Dr. Riduan berkata, Pejabat Penyelaras Parlimen Besut akan mempelbagaikan program seumpama itu untuk anak-anak muda."Saya berharap anak-anak muda dapat jauhkan diri dengan wabak dadah yang semakin serius di Bumi Besut ini. Dengan adanya program-program sebegini, semoga anak muda dapat lupakan terus dengan gejala yang tidak sihat.“InsyaAllah kita akan adakan program berbasikal "FUN RIDE" peringkat Parlimen Besut pada hujung Bulan 10 nanti dan diharap dikalangan anak muda paling ramai yang akan menyertai nanti,” ujarnya.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berterima kasih kepada semua pihak  yang menjayakan program tersebut.
28 Sep 19
317
Empty Image
Taekwando Pantai Tawan Hati Pengunjung TBG
Peserta sekolah tadika yang berjaya mengondol pingat.KUALA TERENGGANU, 27 September - Pertandingan taekwando pantai yang menjadi acara utama dalam ‘Terengganu Beach Game’ (TBG) 2019 berjaya menarik ribuan pengunjung tempatan dan luar negara untuk menyaksikan sukan itu.Presiden Persatuan Taekwando Negeri Terengganu (PTNT), Dato’ Din Adam berkata, Terengganu merupakan pemula dan satu-satunya negeri yang menganjurkan pertandingan tersebut.Selain itu ujarnya, sukan ‘dodgeball’ turut mencuri perhatian pelancong apabila ramai antara yang mereka turut serta mencuba permainan berkenaan.“Kemeriahan sambutannya dirasai apabila acara-acara itu memperlihatkan peningkatan penyertaan peserta tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.“Sambutan hebat daripada peserta dan pengunjung itu sekali gus mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi kepada penduduk sekitar yang membuka perniagaan,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian TBG 2019 yang disempurnakan oleh Penaung PTNT dan TBG, Tengku Sri Temenggong Raja Dato' Sri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud di Batu Burok, di sini hari ini.Din Adam mencadangkan agar TBG dijadikan acara tahunan.Sementara itu, menurut Pengarah TBG 2019, Mohamad Ramlan Mohd Farook, beliau berbangga dengan sokongan dan penyertaan peserta pada kali ini yang menunjukkan peningkatan mendadak.Katanya, peningkatan peserta dalam acara taekwando kategori sekolah tadika mampu memberikan impak yang positif dalam pembangunan sukan itu pada masa hadapan.“Untuk sekolah tadika, yang mengumpulkan kanak-kanak berumur tiga hingga enam mencatatkan 159 peserta manakala sekolah menengah menyaksikan 192 orang bertanding.“Penyertaan untuk ‘fun ride’ juga membuktikan TBG ini mampu memberikan pulangan lumayan kepada negeri, apabila seramai 700 peserta akan berkayuh malam ini” tambahnya.Dalam pada itu, Ramlan memaklumkan, pihaknya yakin lebih 10,000 pengunjung akan hadir menyaksikan kemeriahan TBG 2019 yang akan berakhir esok.Mohamad Ramlan. 
27 Sep 19
130
Empty Image
Bicara Ilmu HPPNT Tarik Minat Ribuan Penduduk Jabi
Antara pengunjung yang hadir.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 27 Spertember - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) 2019 yang berlangsung empat hari turut disajikan dengan pengisian ilmu agama selain pameran lembu sado.Mohd Razak Ramli, 51, salah seorang pengunjung HPPNT yang juga seorang petani berkata, usaha berkenaan mampu memupuk jati diri sebagai seorang muslim sejati lebih-lebih lagi anak muda yang baru melibatkan diri dalam dunia pertanian. “Memang sesuailah program ini diselit dengan majlis ilmu sebegini selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera. “Teruskanlah program sebegini untuk meningkatkan dan menambah ilmu agar lebih mendalam lagi supaya para petani ini faham bukan setakat kerja semata-mata tetapi ilmu mesti ada dalam dada sedikit sebanyak,” ujarnya ketika ditemui media selepas Bicara Ilmu sempena HPPNT 2019 semalam. Katanya, sejak dahulu lagi ramai anak-anak muda yang bersama dalam bidang pertanian masih ‘tenat’ yang terkadangnya tidak menunaikan solat. “Sejak menceburi dalam bidang pertanian padi ini kebanyakan anak muda banyak lalai padahal sembahyang yang dituntut oleh agama. Kalau dikira, rezeki ini datang dari Allah SWT tetapi manusia ini kebanyakannya lalai dengan benda tu,” ujarnya.Dalam pada itu, seorang lagi pengunjung, Nur Aina Akilah Abd Athwah, 23, berkata, dia begitu teruja untuk menyaksikan para panel yang biasanya hanya dilihat di kaca televisyen. “Alhamdulillah, malam ini bukan sekadar boleh lihat kambing lembu sado tetapi disuburi dengan majlis ilmu oleh Ustaz Harryanto Rizzal Rokman dan Ustaz Fauzi Mustaffa.“Tahniah kerajaan negeri kerana pandai ‘tackle’ hati orang muda seperti kami untuk turut serta. Ia pun sesuailah untuk ‘menegur’ sesetengah penternak, nelayan, petani serta orang ramai. Kena pada sasaran,” katanya.
27 Sep 19
243
Empty Image
Bacaan Yasin, Solat Hajat Untuk Anak-Anak Duduki Peperiksaan
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN 27 September- Masjid Nurul Ehsan Padang Jambu menganjurkan majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk kejayaan anak-anak ahli kariah yang bakal menduduki peperiksaan awam tidak lama lagi.Majlis tersebut yang berlangsung malam semalam dihadiri lebih 150 ahli kariah termasuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Padang Jambu (SMKKPJ).Majlis yang dimulakan dengan solat maghrib dipimpin oleh imam masjid, Amiirullah Mansor diikuti dengan solat hajat serta bacaan yasin dan doa selamat.Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Wan Hapandi Wan Nik yang juga memimpin solat hajat.Menurut Wan Hapandi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata, disamping berjaya menghimpunkan ahli kariah, majlis tersebut juga boleh mengeratkan silatulrahim dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru.“Program ini adalah sebahagian daripada ikhtiar yang dilakukan agar anak-anak pelajar bersemangat menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.“Aktiviti kemasyarakatan yang telah dilaksanakan ini menjadi salah satu platform pertemuan penduduk dimana kemesraan dan hubungan kejiranan dapat dieratkan dan diperkukuhkan lagi agar masyarakat dapat hidup dalam suasana yang penuh dengan muhibah,” ujarnya ketika berucap di majlis itu.Turut hadir, Pengetua SMKKPJ, Mohd Amin Harun.Sementara itu, Mohd Amin memaklumkan seramai 84 calon bakal menduduki PT3 dan 81 calon SPM di sekolah berkenaan.Menurutnya lagi, persediaan untuk menghadapi peperiksaan PT3 telah dilakukan sejak awal tahun lagi demi memastikan pelajar memperoleh keputusan terbaik.“Kita setiap tahun akan mengadakan majlis seperti ini dan sebelum pada itu telah mengadakan kursus dan bengkel menjawab peperiksaan dengan kerjasama dari KRT Padang Jambu,” ujarnya.
27 Sep 19
731
Empty Image
MKTS Peluang Rakyat Bertemu Pemimpin
Dr Alias (tiga dari kiri) membuat gimik perasmian disakikan oleh Ustaz Kamaruzaman (kanan) Ustaz Ridzuan (dua dari kiri) dan Mohd Fazil.KUALA NERUS, 27 September- Mini Karnival Terengganu Sejahtera (MKTS) 2019 Padang Bola Taman Perumahan Telaga Daing Seberang Takir di sini diadakan bertujuan memberi peluang rakyat bertemu mata dengan kepimpinan kerajaan negeri.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, MKTS yang julung kali diadakan itu juga bertujuan supaya rakyat mengambil manfaat dari penyertaan pelbagai jabatan kerajaan dalam karnival tersebut.Beliau berkata demikian di majlis perasmian mini karnival itu semalam.Seorang pengunjung MKTS Kuala Nerus (dua dari kiri) menerima hadiah cabutan bertuah dari Dr Alias (dua dari kanan)Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, kesihatan dan alam sekitar negeri, Dr Alias Razak merasmikan program tersebut.Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Ridzuan Hashim dan Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.Program yang dianjurkan oleh i-MiTS itu bermula kelmarin dan akan berakhir Sabtu ini.Dr Alias menyampaikan ucapan peramian MKTS Kuala Nerus.Pelbagai acara menarik disediakan termasuk Pertandingan Kacau Bubur Asyura melibatkan 80 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parlimen Kuala Nerus, Ceramah oleh Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus dan cabutan bertuah.Dijangka MKTS itu akan dihadiri oleh 10,000 pengunjung bagi menyaksikan pelbagai acara yang dianjurkan oleh i-MiTS.Turut serta membuka 'booth' pameran, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan lain-lain.Lebih dari 10 buah 'booth' jualan dibuka oleh peniaga termasuk Soup Kedah, pakaian muslimah, minyak wangi, pelbagai makanan dan minuman.
26 Sep 19
67
Empty Image
Kerajaan Negeri Bantu 2,270 Ibu Tunggal Bebas Dari Belenggu Kemiskinan
Dato' Dr Mohd Khairuddin (kiri) merasmi Kursus Perniagaan Usahawan Wanita untuk 32 Ibu Tunggal Kuala Nerus.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 26 September– Kerajaan negeri membantu kira-kira 2,270 ibu tunggal daerah Kuala Nerus membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan dan tekanan hidup antara lain melalui bantuan pinjaman dan khidmat nasihat perniagaan.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana usahawan di kalangan ibu tunggal dan fakir miskin perlu dibantu demi meningkatkan taraf hidup mereka.“Demi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup di kalangan rakyat Kuala Nerus terutama mereka yang  berstatus ibu tunggal dan fakir miskin yang ingin berniaga, mereka perlu dibantu.Kursus Usahawan Wanita Kuala Nerus dirasmikan oleh Dato' Dr Mohd Khairuddin.“Antara bantuan yang boleh kita beri kepada mereka ialah kita perlu memberi latihan dan pendedahan tentang ilmu-ilmu asas tentang perniagaan makanan dan memberi bantuan modal agar mereka dapat membuka perniagaan secara kecil-kecilan sebagai permulaan," kata beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Usahawan Wanita Parlimen Kuala Nerus (Batch 1), di Marina Duyong & Resort, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PK-NERUS) , baru-baru ini.Seramai 32 ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah hadir dalam kursus tersebut. Antara 32 peserta Kursus Usahawan Wanita Kuala Nerus bergambar beramai-ramai.Dr Mohd Khairuddin juga berharap,  program sebegini dapat melahirkan ramai usahawan wanita bumiputera yang berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.Sementara itu Pembantu Pembangunan Masyarakat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu, Saifulnizan Harun @ Hashim ketika dihubungi hari ini menjelaskan bahawa seramai 4,087 orang ibu tunggal Kuala Nerus berada dalam senarai YPK.Katanya dari jumlah itu seramai 2,270 orang menghadiri pelbagai program kesejahteraan YPK termasuk program hafazan Al-Quran, taklif, kaunseling, kursus perniagaan, latihan kemahiran, senaman tai chi dan lain-lain.
26 Sep 19
94