lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Sabut Kelapa Jadi Sumber Rezeki
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 1 Oktober- Sabut dari buah kelapa selepas dikupas lazimnya dibuang begitu sahaja, namun bagi anak muda Rantau Panjang disini, Norizwan Razilah, ia menjadi sumber rezeki yang membawa pulangan lumayan.Berbekalkan kepercayaan sebatang pokok kelapa mempunyai pelbagai manfaat, Norizwan yakin sabut kelapa mampu mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik apabila membuat keputusan untuk terlibat didalam pemprosesan bahan buangan itu bagi kegunaan tanaman Fertigasi.Menurut Norizwan, dia mendapat bantuan dan bimbingan daripada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, melalui Program Agropreneur Muda."Dimana kertas kerja saya diterima dan mendapat suntikan modal sebanyak RM 16,000. Dengan peruntukkan sebanyak itu saya mendapatkan mesin 'cocopeat' yang memproses sabut menjadi hampas."Hampas yang halus itulah digunakan dalam pertanian fertigasi yang berfungsi mengantikan tanah dan mendapat permintaan yang tinggi dari penduduk disini kerana rata-ratanya terlibat dengan pertanian berkenaan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika dikunjungi Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri, Ghazali Sulaiman dipremis miliknya, semalam.Katanya, jualan seguni hampas kelapa dijual dengan harga RM8 dan amat berbaloi kerana mendapat sumber sabut berkenaan dengan harga yang murah."Kerana sabut ini jarang digunakan dan biasanya dibuang sahaja, jadi pembekal menolak kepada saya RM80 satu lori, dan RM 100 dibelanjakan bagi penghantar sabut berkenaan," ujarnya.Dengan sabut berkenaan, berpandukan 'facebook' beliau mendapat maklumat bahawa serat yang terhasil selepas pemprosesan sabut juga boleh dimanfaatkan."Di Indonesia ianya begitu popular digunakan untuk dijadikan kerusi kereta, dijadikan penyapu, topi, kraftangan dan sebagainya."Saya bercadang mengusahakannya dimasa akan datang, untuk waktu ini saya perlu kumpulkan dahulu ilmu-ilmu dan pengetahuan tentang perkara berkenaan," ujarnya.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berharap agar anak-anak muda di sini menjadikan mereka yang berjaya dalam sesuatu perniagaan yang diceburi sebagai idola.
30 Sep 19
1693
Empty Image
Beri Peluang Untuk Perubahan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 1 Oktober- Rakyat diharap bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan yang mengurus tadbir negeri untuk melaksanakan perubahan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, kerajaan komited melakukan perubahan dari semasa ke semasa untuk kemudahan dan kesenangan rakyat."Saya nak minta masyarakat faham nak buat sesuatu perubahan bukan mudah, mana mungkin kita boleh buat perubahan sekelip mata, ianya perlukan masa yang lama," katanya.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang itu berkata demikian ketika merasmikan Program Gotong Royong Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK) Kampung Paya Balai Besar di sini, baru-baru ini.Menurutnya, sokongan dan kerjasama daripada rakyat amat diperlukan bagi mengekalkan pemerintahan kerajaan yang ingin melaksanakan dan meninggikan Islam ini.
30 Sep 19
37
Empty Image
71 Periuk 'Sughe' Mewarnai MKTS
Mohd Fazil (tengah) melihat hasil masakan bubur Asyura Gong Kijang.Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 30 September - sebanyak 71 periuk 'Sughe'(bubur Asyura) mewarnai Mini Karnival Terengganu Sejahtera (MKTS) di Padang Bola Telaga Daing di sini Sabtu lalu.Pertandingan memasak bubur Asyura itu melibatkan 66 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Kuala Nerus dan lima agensi kerajaan.Menurut Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab, program ini bertujuan melihat kreativiti dan kerjasama antara MPKK yang bertanding.Mohd Fazil ( tengah) menyaksikan pertandingan bubur asyura di MKTS Seberang Takir."Kita lihat setiap MPKK mempunyai kreativiti masing-masing dan semangat kerjasama untuk memenangi pertandingan tersebut."Disitulah kita dapat melihat eratnya silaturahim  dan keistimewaan mereka dalam mengubah serta mencantikkan  dekorasi 'Sughe' itu," katanya ketika ditemui di program tersebut.Johan bagi acara tersebut ialah MPKK pengkalan Arang, tempat kedua dimenangi oleh MPKK Telaga Batin dan tempat ketiga Perumahan Wakaf Tembesu.Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan program tersebut ialah daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Cawangan Timur dan lain-lain.
30 Sep 19
95
Empty Image
105 Penduduk Pulau Redang Terima Hak Milik Tanah Selepas 25 Tahun
Sebahagian penerima hak milik tanah bergambar bersama.KUALA TERENGGANU, 30 September- Seramai 105 peserta Rancangan Penempatan Semula Pulau Redang menerima hak milik tanah setelah menanti selama 25 tahun, sejak program tersebut diluluskan kerajaan negeri pada tahun 1994.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat mewakili kerajaan negeri, menzahirkan kesyukuran kerana berjaya menyelesaikan isu berkenaan."Alhamdulillah, kita berjaya menyelesaikan penyerahan hak milik tanah di Pulau Redang yang dipohon sejak sekian lama oleh penduduk di sini.Satiful beramah mesra bersama sebahagian penerima hak milik tanah di Pulau Redang."Keseluruhan lot tanah terkini yang ada di sini adalah sebanyak 238 lot dan semuanya telah diserahkan kepada peserta," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah kepada peserta-peserta rancangan penempatan semula di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, hari ini.Hadir sama, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Tengku Seri Bijaya Raja, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri disamping Pegawai Pentadbir Tanah Kuala Nerus, Zulkifli Ali serta Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail.Bentuk kediaman asal yang dibina kerajaan negeri kebanyakkannya telah diubah suai.Tambah Satiful, baki 87 peserta belum menerima hak milik tanah berikutan masih dalam proses menyelesaikan Borang 5A dan akan menerima hak milik dalam masa terdekat."Saya harap ia dapat diselesaikan segera lebih-lebih lagi kerajaan mengenakan premium tanah pada kadar yang lama iaitu antara RM2,000 sehingga RM2,300 sahaja berbanding premium terkini," katanya.Berdasarkan rekod, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu telah meluluskan kawasan penempatan semula dan penduduk 'rumah air' di pulau berkenaan telah berpindah ke kediaman di darat yang disediakan kerajaan pada tahun 1996.Pada tahun 1999, seramai 30 peserta telah menerima hak milik tanah mereka sebelum ia kemudiannya dibekukan atas beberapa faktor.Pemandangan lot kediaman penduduk yang dibina di Pulau Redang. 
30 Sep 19
1728
Empty Image
Silat Jatuh Gegarkan Pekan Jabi
Pesilat Terengganu dan Kelantan berentap merebut kejuaraan.Oleh: Hidayah AzlinFoto : NorekwanSETIU, 30 September - Pesilat Jatuh Terengganu dan Kelantan menggegarkan Pekan Jabi dalam pertarungan epik sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) 2019 baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun aktiviti berkenaan agak asing di Terengganu, sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan."Kehadiran paling ramai berbanding dua hari lepas yang dihadiri bukan setakat dari negeri Terengganu malah Kelantan dan Pahang turut hadir memeriahkan program.“Melihat keberjayaan pada program malam ini, insya-Allah kita bersedia untuk menganjurkan lagi di masa depan sebagai acara tahunan,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan tersebut di Dataran Pekan Jabi, di sini.Dr Azman menyampaikan hadiah kepada pemenang.Sementara itu, pemenang Pesilat Terbaik Keseluruhan, Azwan Yaacob, 28,  berkata, dia yang juga anak jati Jabi dari Kampung Kerandang tidak menyangka memperoleh kejayaan tersebut."Ini kali kedua masuk pertandingan silat. Sebelum ini pernah masuk di Tanah Merah, Kelantan, tetapi tiada rezeki menang.‘"Sudah sepuluh tahun belajar silat di kampung, hanya kerana minat, sejak tingkatan tiga lagi yang kemudiannya memulakan pengajian ilmu pertahankan diri ini," katanya.Di samping itu, seorang lagi pemenang yang berasal dari Kampung Kerandang, Jabi, Nadzri Ghazali, 47, turut berasa gembira atas kejayaan sulong yang diperolehinya."Ini kali pertama saya menyertai dan menang dalam pertandingan Silat Jatuh berbanding sudah lima tahun berturut-turut saya menjadi dalam pertandingan Silat Tari Tercantik di peringkat Daerah," katanya yang mula belajar ilmu persilatan sejak 18 tahun lagi.Kehadiran yang luar biasa.
30 Sep 19
69
Empty Image
Terengganu Anjur Himpunan Lembu Sado Khamis Ini
Antara lembu sado yang mencuri perhatian ramai.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 30 September - Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan Persatuan Penternak Ruminan Terengganu bakal menganjurkan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur (HLSPT) pada tiga hingga lima Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim memaklumkan, perkara itu diputuskan selepas melihat sambutan yang luar biasa daripada pengusaha lembu sado dalam Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) 2019.Katanya, pameran dan pertandingan lembu sado turut menjadi tumpuan utama pengunjung HPPNT sejak program itu bermula Rabu lalu."Lantaran permintaan tinggi daripada para pemilik lembu sado dan juga ramai yang tidak dapat menyertai HPPNT kerana kuota pada kali ini sangat terhad."HLSPT bertempat di Dataran Pekan Jabi pada tiga hingga lima Oktober ini dengan hadiah sebanyak lima ekor lembu, Insya-Allah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Lembu Sado sempena HPPNT, di Dataran Pekan Jabi, di sini kelmarin.Azman turut berkata, penyertaan adalah terbuka kepada semua lembu yang dipelihara di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang dengan konsep pasar ternakan."Insya-Allah, kita akan menghimpunkan seramai yang mungkin. Ia  juga akan dibuat dengan konsep pasar ternakan. Bagi yang membawa lembu tetapi tidak mahu membawa balik, dia boleh jual terus di pasar ini."Kita akan jadikan acara HLSPT ini sebagai acara tahunan dengan dataran Pekan Jabi ini akan jadi tuan rumah," tambah beliau.Orang ramai yang berminat untuk menyertai HLSPT dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi saudara Amirul di talian 019-9222757.
30 Sep 19
861
Empty Image
'Bulat' Dinobat 'King Of Sado' HPPNT 2019
Amirul (dua dari kiri).Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 30 September – Lembu baka Belgium Blue, Bulat dinobatkan juara pertandingan lembu sado dalam kategori senior di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) 2019 kelmarin.Pemiliknya, Amirul Firdaus Sasfarizam, 17, berkata, disebabkan minat mendalam terhadap lembu sado, dia berkecimpung dalam bidang itu sejak di bangku sekolah lagi.Anak muda yang berasal dari Chalok, Setiu itu mengusahakan penternakan lembu sado tiga tahun lalu bersama bapa saudaranya."Memang hobi berada bidang ternakan ini sejak daripada kecil. Dulu saya menternak lembu kampung, sekarang semuanya sudah dijual. Kini lembu baka Belgium Blue, Limousin dan Charolaise menjadi pilihan saya dan kesemuanya berjumlah 16 ekor."Sebanyak sepuluh kilogram dedak dan rumput Napier sehari diberi kepada ‘Bulat’ dan dimandikan tiga  kali sehari pagi, petang dan malam," ujarnya ketika ditemui pemberita.Dr Azman bersama 'bulat'.Menurut Amirul, dia pernah mendapat naib juara dalam pertandingan sempena Road To Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA), di Manir, tahun lalu."Saya rasa sangat gembira sebab dengan niat saya bawa lembu berumur dua tahun empat bulan ini, saya sudah dapat merasakan nombor satu dalam genggaman."Alhamdulillah, dengan izin Allah, Tuhan bagi sebuah kejayaan kepada saya," tambah beliau.HPPNT yang bermula 25 hingga 28 september itu diadakan sebagai satu pengiktirafan kerajaan terhadap sektor pertanian.Jawatankuasa gerai pameran dan jualan melaporkan berjaya mengutip hasil jualan berjumlah RM562,273.60 selama empat hari.
30 Sep 19
497
Empty Image
DUAT Semai Islamisasi Di Hati Masyarakat
Oleh : Aziz HambaliSETIU, 29 September - Kerajaan Terengganu menerusi Akademi DIDIK ULAMA Amilin Terengganu (DUAT) memandang serius keperluan mendesak masyarakat dalam aspek kefahaman Islam yang sebenar.Pengarah Akademik DUAT, Ustaz Ramlan Hj Mahmood berkata, atas kesedaran itu Akademi DUAT tampil membawa solusi dengan mempelbagaikan pendekatan dakwah yang terbaik dan sesuai dengan sosial dan budaya masyarakat setempat."Usaha ini penting dalam memastikan masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang didedahkan dengan kefahaman Islam dengan methodologi dakwah yang betul dan tepat agar nanti implikasinya di tahap pencapaian maksimum."Terbaharu, kami bersama dai'e-dai'e Terengganu berkampung di perkampungan Pulau Redang mengadakan Misi Dakwah dan Hiking Dai'e Challenge yang sarat dengan pengisian kefahaman agama seperti edar risalah, ceramah agama dan sumbangan kebajikan buat penduduk Pulau Redang," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai program Misi Dakwah dan Hiking Dai'e Challenge Terengganu bertempat di Kampung Pulau Redang, baru-baru ini.Katanya, apa yang menarik, Akademi DUAT juga menganjurkan Hiking Dai'e Challenge dengan para dai'e mendaki bukit di pulau tersebut sambil memacak beberapa banting dakwah untuk tatapan penduduk juga pelancong di perkampungan itu."Selain misi dakwah dari rumah ke rumah sambil mengagihkan sumbangan, kami juga mengadakan Hiking Daie Challenge Pulau Redang dalam masa yang sama memacak banting-banting berunsurkan mesej dakwah di sekitar perkampungan tersebut," katanya.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak MPKK Pulau Redang dan Pejabat ADUN Batu Rakit yang memberi kerjasama yang sangat baik dalam merealisasikan misi dakwah tersebut.Dalam perkembangan yang sama, usaha ini disambut baik oleh penduduk Kg Pulau Redang dalam menyebarluaskan syiar Islam yang sebenar melalui pendekatan dakwah yang menarik dan berkesan. Salah seorang penduduk, Zainab Mohammad ketika ditemui memuji program yang dianjurkan Akademi DUAT ini."Alhamdulillah selesai program ziarah mengedar risalah dakwah dan sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan muaalaf. Tinggi harapan saya agar pihak kerajaan membawakan ceramah berkelompok, didikan agama di lapangan secara berterusan kepada penduduk pulau ini sebab kami di sini tiada pengisian semua itu kecuali di masjid, "Realiti terpaksa ditelan, masyarakat di sini agak tertutup. Kebanyakan orang pulau ini tidak turun ke masjid dan pendekatan dakwah secara langsung di lapangan sebegini amatlah ditagih dan diharapkan," katanya.
29 Sep 19
91
Empty Image
Kerajaan Negeri Komited Perkasa Institusi Pengajian Agama
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 30 September- Kerajaan negeri komited memperkasa institusi pendidikan agama selari dengan usaha melahirkan modal insan yang mampu menjayakan prinsip negeri Terengganu maju, berkat dan sejahtera. Pengerusi Persatuan Kebajikan Kakitangan dan Guru-guru Sekolah-sekolah Dar Negeri Terengganu, Alias Harun berkata, peruntukan sebanyak RM3.875 juta kepada 103 Pondok Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang terdapat di negeri ini merupakan salah satu bukti komitmen kesungguhan kerajaan."Tahniah kepada kerajaan negeri yang telah memperuntukkan satu jumlah yang besar untuk pendidikan sekolah - sekolah agama yang selama ini hanya bergerak atas dana sendiri disamping sumbangan orang ramai," ujarnya yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin (SRABZA). Sementara itu, Guru Besar SRABZA, Nurzadiha Ibrahim menyambut baik usaha kerajaan itu kerana sebelum ini sekolah Dar bergerak dengan bergantung kepada yuran dan sumbangan orang ramai. "Kita mengharapkan geran tahunan perkapita daripada kerajaan negeri ini dapat dirasai semua termasuk murid, guru serta kakitangan sokongan sekolah," ujarnya.Menurut Nurzadiha, sekolah yang ditubuhkan pada 2005 itu mempunyai 229 orang pelajar yang menyediakan 11 kelas, dengan kapasiti 25 orang sekelas menyediakan pendidikan bersepadu dengan 30 orang guru serta kakitangan sokongan. "Setiap tahun permintaan kemasukan ke sekolah ini meningkat dan  untuk kemasukan tahun satu  2020 , kami terpaksa menutup pendaftaran baru, memandangkan kekurangan tempat,.“Dengan keprihatinan kerajaan yang tidak meminggirkan pendidikan sekolah-sekolah agama rakyat ini, memberi dorongan kepada kami agar terus berusaha untuk melahirkan pelajar -pelajar yang berakhlak dan berilmu,” ujarnya yang sudah 15 tahun menyumbang tenaga dan buah fikiran di sekolah tersebut.
29 Sep 19
669
Empty Image
Muafakat Nasional Satukan Masyarakat Kampung
DUNGUN, 30 September- Muafakat Nasional berjaya meruntuhkan tembok politik yang menebal dikalangan masyarakat kampung dimana kini mereka mampu bersatu dalam menjayakan sesuatu program.Pengerusi Masjid Al-Mustaqim, Paya Pelandangan, Mokhtar Omar berkata, masyarakat kampung semakin terbuka dan boleh berkumpul bersama tanpa mengira fahaman politik termasuk bersama-sama bergotong royong menjayakan program yang diatur oleh masjid. "Walaupun orang PAS masih lagi PAS, orang Umno masih lagi Umno, tetapi mereka dapat bergaul dan duduk bersama-sama kacau bubur asyura sambil bergurau,” ujarnya.Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK ) Pulau Serai itu, berkata demikian ketika dihubungi pemberita sempena Gotong Royong Kacau Bubur Asyura Perpaduan Ummah anjuran masjid tersebut, baru-baru ini.Menurut Mokhtar, dengan penglibatan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Serai, MPKK Bemban/Alor Mak Bah, MPKK Pelandang, Kelab Rukun Tetangga(KRT) PAKR Pulau Serai, KRT Pelandangan dan KRT Pulau Serai Rajawali dan pihak masjid telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 200 orang komuniti kampung untuk bergotong-royong mengacau bubur asyura di samping menghubungkan silaturahim."Sebanyak 13 kawah bubur asyura telah berjaya disediakan dengan 700 bekas telah diedarkan kepada ahli jemaah masjid  seusai solat Jumaat. "Saya bagi pihak masjid rasa puas hati kerana masyarakat kampung dapat sama-sama merasa 'duit' masjid dengan program ini,  kita telah mengeluarkan lebih daripada RM5000, untuk menjayakan progam kacau bubur asyura ini," katanya.Beliau yang terharu dengan sambutan orang ramai dan yang datang seawal tujuh pagi turut memberitahu, jika sebelum ini, untuk mengumpulkan sepuluh orangpun agak sukar di dalam menjayakan program sebegitu." Saya nampak masing-masing seronok untuk bersama-sama mengimarahkan program yang diatur oleh masjid dan ada yang mencadangkan masjid turut mengadakan program gotong royong memasak untuk majlis kahwin," ujarnya.
29 Sep 19
125