lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Kayuhan Amal Rekreasi Sambil Berkebajikan
Oleh: Saifullah JusohFoto: Norekwan Mamat, Jusmawari JusohBESUT, 1 Januari - Disamping aktiviti menyihatkan tubuh badan, Kayuhan Amal Daerah Besut telah memberi bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan.Pegawai Daerah Besut Rozali Salleh berkata, mereka juga menyantuni dan menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada golongan tersebut."Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringakan beban asnaf-asnaf di Mukim Kuala Besut."Dan juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut di sini, pada hari Selasa, 31 Disember.Turut menyertai ialah Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh dan Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad.Kayuhan tersebut dilepaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu, YB Haji Nurkhuzaini Abd Rahman di Dewan Merdeka Kota Putera Square, Besut.Menurut Rozali, seramai 300 orang peserta telah menyertai kayuhan ini."Saya melahirkan rasa gembira kerana dapat bersama dengan masyarakat dalam program sebegini."Dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kayuhan ini kerana ianya berjalan dengan lancer,” tambah beliau.Program itu diakhiri dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada peserta kayuhan yang bertuah.
01 Jan 20
203
Empty Image
Bantahan Keras Tulisan Jawi, Dong Zong Gugat Perpaduan
Oleh : Sulaiman HafiziDUNGUN,1 Januari - Bantahan keras sesetengah kelompok terhadap pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular menggambarkan usaha yang berterusan untuk menggugat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.Bantahan yang dikelola pihak Dong Zong dan Jiao Zong melalui kongres itu seharusnya dipandang secara serius kerana ia memberi petanda bukan sahaja mereka mengikis nilai kebangsaan dengan penulisan Jawi bahkan mendorong jurang perpaduan yang semakin melebar dalam kepelbagaian kaum di negara ini.Ahli Parlimen Dungun,Wan Hassan Mohd Ramli berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan bantahan ini dikemukakan sebagai “counter argument” terhadap cadangan pemansuhan sekolah vernakular yang dibangkitkan ramai pihak sebelum ini.“Tulisan jawi telah digunakan secara meluas di beberapa negeri khususnya di papan-papan iklan dan kedai di Kelantan, namun ia tidak pula menjadikan kelompok Cina Kelantan sebagai orang Melayu, malah identiti mereka sebagai masyarakat Cina masih terpelihara.“Justeru sudah pasti bantahan terhadap tiga muka surat pembelajaran Jawi ini menimbulkan persoalan utama; apakah mereka sememangnya anti-Jawi atau sebenarnya mereka sedang berusaha mengikis nilai kebangsaan yang menjadi warisan negara ke arah Malaysia yang baharu?,” ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam.Katanya, isu pembelajaran Jawi mencetuskan perbalahan pelbagai pihak sehingga mengheret ke kancah perkauman serta campur tangan parti politik berteraskan kaum Cina seperti MCA atau dengan keahlian majoriti dari kaum berkenaan seperti Gerakan.“Maka, tidak pelik jika banyak lagi cabang-cabang lain selain masalah pembelajaran tulisan Jawi yang akan dipertikai pada masa akan datang kelak. Oleh hal yang demikian, perkara ini wajar diambil perhatian serius oleh pihak bertanggungjawab supaya perpaduan negara tidak terus dicarik oleh sikap melampau sesetengah pihak.”ujarnya lagi.
31 Dec 19
402
Empty Image
Pelajar Sekolah Dinasihatkan Jaga Displin
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 1 Januari- Pelajar sekolah dinasihatkan agar menjaga disiplin diri sebagai seorang pelajar termasuk menjaga kekemasan diri termasuk potongan rambut dan sebagainya.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sebagai pelajar adalah penting untuk mendisiplinkan diri agar menjadi pelajar yang berakhlak, berketrampilan sesuai sebagai pelapis kepimpinan negara di masa akan datang.“Anak-anak kini didapati yang suka memotong rambut mengikut ‘trend’ semasa, justeru ibu bapa jangan ikut sangat kehendak anak-anak malah tukang gunting pun diharap tidak melayani sangat kehendak pelajar, biarkan mereka (anak-anak) perbetulkan niat datang sekolah hendak belajar dan bersedia mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah;" ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Gunting Rambut Secara Percuma yang dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bukit Besi, baru-baru ini.Ghazali berkata, program tersebut dianjurkan bagi meringankan bebanan ibu bapa dan juga sebagai tanda sokongan dari pihaknya terhadap dunia pendidik.Ghazali berkata, pihaknya juga turut berterima kasih kepada Ariel Barber Shop yang sudi menerima tawaran pihak PKM Dun Bukit Besi bagi menjayakan program berkenaan.
31 Dec 19
225
Empty Image
Jangan Dihina OKU
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 1 Januari- Tiada insan di dunia ini mahu lahir sebagai insan yang tidak cukup sifat ataupun memilih menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) begitulah juga dengan Mohd Nor Sulaini Abdul Halim, 27.Katanya, disebabkan sukar diterima masyarakat dia lebih suka menghabiskan masa dengan menonton televisyen.“Orang dekat kedai yang saya selalu pergi kata macam-macam dekat saya, kata saya sawanlah, sejak dari hari itu saya tidak pergi lagi ke kedai berkenaan lebih baik saya menonton televisyen, sebab semua orang tidak mahu berkawan dengan saya, “ujarnya kepada pemberita ketika menerima kunjungan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman di kediamannya, di Kampung Padang Lalang Jalan Pesaka, Bukit Besi, semalam.Pada kunjungan tersebut, Mohd Nor Sulaini yang mendapat pendidikan khas dari Progam Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) itu turut dihadiahi senaskah al-Quran oleh Ghazali.Sementara itu, Ghazali mengharapkan agar masyarakat di luar sana menerima seadanya golongan OKU.“Kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri OKU seperti Sulaini ini bukan untuk diejek malah spatutnya menyedarkan masyarakat hakikat kekuasaan Allah yang menjadikan manusia itu pelbagai,” ujarnya.Oleh itu, katanya adalah menjadi harapan agar setiap anggota masyarakat menghargai golongan OKU.“Jangan menghukum dan memperkatakan sesuatu yang tidak baik kepada anak OKU kerana mereka juga perlukan  semangat dan dorongan kata-kata positif untuk menyelusuri kehidupan yang dijalani setiap hari,”ujarnya.
31 Dec 19
44
Empty Image
DUN Bandar Cipta Kelainan Tradisi Hari Asyura
Ahmad Shah mengacau dodol sambil diperhatikan petugas-petugas program. Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 1 Oktober- Tidak sebagaimana kebaiasaan, Pusat Khidmat & Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar mencipta kelainan dalam sambutan Hari Asyura tahun ini apabila turut memasak dodol dan bubur lambuk di samping menu utama, bubur ‘sura’.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed memaklumkan, tujuan  penambahan juadah berkenaan disediakan bagi memberi kelainan dalam sambutan kali ini.“Kami masak dua kawah, tidak sangka pula mendapat perhatian ramai sehingga tidak mencukupi. Jadi, mungkin untuk tahun depan kita akan masak lebih lagi, insya-Allah,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), dalam program Program Kacau Sura Perdana, Sabtu lalu. Bubur asyura disediakan secara gotong-royong.Dalam program tersebut, pihak penganjur juga mengagihkan bubur Asyura kepada agensi-agensi kerajaan di sekitar DUN tersebut.“Setiap kali program, kami tidak akan melupakan agensi-agensi kerajaan sekitar bagi menjaga hubungan baik dengan mereka dan ini merupakan tanda yang kami sentiasa ingat kepada mereka.“Antara agensi terlibat ialah Balai Polis Chabang Tiga, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, Jabatan Veterinar dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” jelas Ahmad Shah.Dalam program itu, sebanyak enam kawah juadah iaitu tiga kawah  bubur ‘Sura’, dua kawah dodol dan sekawah bubur lambuk. Program itu bermula jam 7.00 pagi dan pengagihan dibuat sekitar jam 2.00 diketuai oleh Ahmad Shah bersama Lajnah Jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO (JKS) Dun Bandar dan diringi oleh Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Bandar, Sayyid Hassan Mohamad.Sumbangan bubur asyura disampaikan kepada kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).
01 Oct 19
124
Empty Image
49 Pelatih AKT Tamat Pengajian
MARANG, 1 Oktober - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Giatmara Malaysia (GIATMARA) kelmarin menganjurkan Majlis Graduasi Akademi Kulinari Terengganu (AKT) Kali Ke-6 bertempat di Dewan Serbaguna Perkaya Excellence Centre, Marang Terengganu.Seramai 49 orang pelatih bagi sesi 10, 11 dan 12 yang terdiri daripada anak-anak asnaf dari seluruh negeri Terengganu menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di dalam bidang kemahiran Confectionary & Bakery di dalam majlis yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, Dato’ Haji Osman Muda,Bersempena Majlis Graduasi ini juga turut diadakan Kursus Keusahawanan bagi pendedahan kepada graduan mengenai cara-cara meraih pendapatan melalui pelbagai kaedah serta mempelajari kaedah-kaedah pemasaran dalam perniagaan. Turut diadakan gerai jualan oleh usahawan AKT bagi memberi pendedahan kepada mereka terhadap perniagaan.AKT telah dibangunkan oleh YWM melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2011 di atas tanah milik MAIDAM seluas lebih kurang 5 ekar di Pulau Kerengga Marang Terengganu. Setelah siap, YWM bersama pihak MAIDAM telah bekerjasama dengan pihak GIATMARA yang menyediakan tenaga pengajar, silibus latihan, persijilan dan juga elaun latihan bulanan kepada pelatih berasaskan strategi National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan.Pembangunan AKT ini juga merupakan program bersepadu yang melibatkan instrumen wakaf dan zakat. Kedua-dua instrumen ini disepadukan untuk mencapai objektif pembangunan bagi mewujudkan pusat latihan kemahiran di atas tanah wakaf bagi melahirkan modal insan menjadi usahawan dan tenaga kerja yang berkemahiran daripada kalangan anak-anak asnaf melalui pembiayaan dana zakat. Program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga seterusnya membantu pembangunan ekonomi negara sebagimana dasar Kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi tercapai.AKT pada ketika ini hanya boleh menampung seramai 40 orang pelatih pada satu-satu masa. Ianya dilengkapi dengan kemudahan bengkel latihan, pejabat, bilik warden, asrama, surau dan juga kios jualan. Sebanyak 18 modul dalam bidang Confectionary & Bakery yang melibatkan 20% teori dan 80% praktikal akan diajar dengan tempoh latihan selama 6 bulan. Bermula daripada tahun 2012 sehingga kini, seramai hampir 356 anak-anak asnaf daripada negeri Terengganu telah berjaya menamatkan latihan di sini termasuklah yang akan bergraduasi pada hari ini.
01 Oct 19
1017
Empty Image
Kempen Anti Dadah Tarik Minat Anak-Anak Pondok
Kempen anti dadah sangat baik untuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat setempat supaya mereka boleh memberi perhatian lebih kepada keluarga tentang penyalahgunaanya.  Oleh: Norekwan MamatBESUT, 1 Oktober - Kempen anti dadah yang telah diadakan di daerah Besut selama sebulan telah menarik perhatian dan minat anak- anak pelajar  Pondok Ubudiyyah tentang bahaya penyalahgunaanya.Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, program tersebut telah dianjurkan oleh Penyelaras Parlimen Besut Ustaz Dr Riduan Mohd Nor.  “kita perlulah bekerjasama antara Polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)   untuk memberi kesedaran kepada golongan muda tentang bahaya penyalahgunaan ini menerusi pelbagai kempen mahupun di dalam kuliah- kuliah.“Melalui kerjasama antara agensi berkenaan, banyak program dapat dilaksanakan dengan berkesan serta pelbagai maklumat penting dapat disalurkan kepada orang ramai,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas forum subuh di Perkampungan Ubudiyyah Pondok Pasir Akar, Hulu Besut pada hari ini.Menurutnya, kempen tersebut sangat baik untuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat setempat supaya mereka boleh memberi perhatian lebih kepada keluarga tentang penyalahgunaan ini. Turut hadir sama ialah Penyelaras Parlimen Besut Ustaz Riduan Mohd Nor, selebriti Bob Lokman dan  Zuar XPDC.
01 Oct 19
857
Empty Image
Kemahiran Pentadbiran MPKK Terus Diperkasa
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 1 Oktober - Penerapan ilmu pentadbiran kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan terus diperkasa dari semasa ke semasa.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, ia bagi mencapai hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan setiap pemimpin masyarakat lebih dekat dengan rakyat.Walau bagaimapun, beliau menjelaskan, kemahiran MPKK dalam mengurus hal ehwal organisasi memerlukan sedikit masa untuk diasuh dan mencapai kejayaan.“Tiada orang yang pegang sesuatu jawatan terus mahir dan pandai dalam semua segi, ada tempoh belajar dan memahirkan diri yang perlu dilalui, kerajaan terdahulu melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mentadbir 60 tahun berbanding kita yang baru setahun lebih.“Sudah tentu ia tahap pengurusan itu berbeza, tetapi daripada segi semangat dan keterbukaan untuk berkhidmat kepada rakyat, MPKK telah menunjukkan kecemerlangan,” katanya di ‘Facebook’ rasminya hari ini.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, semangat itulah yang disemai dan diasuh supaya kemahiran anggota MPKK mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.“Daripada semangat yang ada itu, kita akan manfaatkan, gunakan semangat itu untuk kita asah dengan kemahiran yang lain,” jelasnya.Tambah beliau, dalam konteks Kerajaan Terengganu, Penghulu dan Pengerusi MPKK ialah orang yang berbeza.“Penghulu ialah penjawat awam, bermula sebagai Penghulu Mukim kemudian boleh dinaikkan gred menjadi Penghulu Kanan, Penghulu Tinggi dan Penghulu Tertinggi.“Pengerusi MPKK atau sebelum ini JKKK dilantik oleh pihak berkuasa negeri untuk tempoh dua tahun, selepas itu, pelantikan semula akan dibuat. “Bidang kuasa perlantikan MPKK telah diputuskan oleh kabinet di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan di bawah MPKK ada lima belas ahli jawatankuasa,” tambah beliau.
01 Oct 19
48
Empty Image
22 Tahun Saya Tunggu Saat Ini - Mek Tang Na
Mek Tang Na.Oleh : Izzat Al-QushairiSETIU, 1 Oktober - Tiada ungkapan yang mampu diluahkan melainkan perasaan gembira bagi seorang penduduk tempatan, Siti Aslina Abdullah, 48, apabila menerima hak milik tanah semalam.Menurut Aslina yang juga mesra dengan panggilan Mek Tang Na, impiannya untuk memiliki tanah sendiri sejak menjadi penduduk di Pulau Redang 22 tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan.Katanya, dia begitu teruja dan tidak sabar menanti hari penyerahan hak milik oleh kerajaan negeri setelah melalui pelbagai cabaran untuk mendapatkan tanah berkenaan.“Saya bersyukur kerana diterima menjadi penduduk yang terbukti telah banyak mengubah hidup keluarga saya memandangkan saya tidak mempunyai tanah sejak menjadi penduduk di sini.Aslina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Peserta-Peserta Bagi Rancangan Penempatan Semula  di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.Shafizi dan Satiful bersama-sama penerima.Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat yang mewakili Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail yang hadir sama berkata, kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar pada wajah-wajah penerima geran tersebut.Beliau juga berharap agar penerima mampu menguruskan tanah itu dengan baik demi manfaat generasi akan datang.“Ia adalah hadiah kepada penerima setelah hampir 30 tahun menunggu saat ini. Mereka berhak memohon dan baru sekarang ia dapat direalisasikan dengan penyerahan rasmi geran hak milik ini.“Kerajaan negeri terus komited penyelesaikan isu tanah rakyat seperti yang dijanjikan dalam Manifesto PAS,” ujarnya.Dalam majlis tersebut, seramai 105 pemohon yang menanti sejak program tersebut diluluskan kerajaan negeri pada tahun 1994 telah mendapat geran hak milik. 
30 Sep 19
222
Empty Image
Penerima Kad Sejahtera Lahir Rasa Syukur
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 1 Oktober- Rata-rata penerima bantuan subsidi rawatan kesihatan asas menerusi program Kad Sejahtera di negeri ini bersyu­kur dengan bantuan itu kerana dapat mengurangkan bebanan kewangan mereka untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta terpilih.Seorang penerima, Wan Zarini Wan Din, 44, memberitahu, sedikit sebanyak bantuan itu mampu menampung perbelanjaan perubatan suaminya yang menderita sakit saraf.Menurut Wan Zarani, dengan pendapatan RM 20 sehari dia tidak mampu untuk membiayai sepenuhnya perbelanjaan perubatan suami, Mohd Din Jusoh, bagi mendapatkan ubat saraf dan menanggung anak ke sekolah."Suami saya terlibat dalam kemalangan pada tahun 2015 dan tidak lagi mampu bekerja sebagai juruelektrik dan disebabkan kemalangan itu juga membuatkannya lupa ingatan."Jadi dengan bantuan Kad Sejahtera ini dapatlah digunakan bagi memastikan bekalan ubat saraf suami tidak terputus kerana ubat itu mahal," ujarnya kepada pemberita di Majlis Penyerahan Kad Sejahtera yang disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, hari ini.Katanya, lebih mendukacitakan apabila dia dimaklumkan bantuan bulanan sebanyak RM200 yang diterima suaminya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini akan dihentikan berakhir bulan ini.Sehubungan itu, Ghazali berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib yang dialami Wan Zarini."Kita telah mendengar segalanya, dan insya-Allah kita akan cuba merujuk kepada pihak JKM dan rasanya Wan Zarini hanya perlu mengemaskini permohonan sahaja."Bukan senang nak melalui perjalanan hidup dengan keadaan yang dialami olehnya, namun kita berharap agar dirinya terus tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T,” ujarnya.
30 Sep 19
71