lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Kawalan Keselamatan Waktu Malam Di Felda Jerangau Diteruskan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 6 Januari-Kawalan keselamatan pada waktu malam terus diadakan di Felda Jerangau bagi memastikan penduduk berada didalam keadaan selamat.Pengerusi Jawatankuasa Induk Keselamatan (JIK) Felda Jerangau, Anuar Omar berkata ianya telah bermula setahun yang lalu bagi mengatasi masalah seperti kecurian, pecah rumah, masalah berkait penyalahgunaan dadah dan sebagainya."Hasil daripada kawalan malam yang melibatkan tiga cawangan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), bersama Pihak Pengurusan Felda, Jawatankuasa Keselamatan dan Keceriaan Kampung Tanah Rancangan (JKKKR), Kelab Rukun Tetangga (KRT) juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta seluruh komuniti telah berjaya mengurangkan kadar jenayah disini."Hendak mencapai seratus peratus masih tidak dapat, tetapi alhamdulillah ianya dapat dikurangkan," ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi MPKK Felda Jerangau B. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program santai diantara ahli jawatankuasa keselamatan kampung berkenaan, baru-baru ini.Katanya, semua yang bertugas tidak mengharapkan apa-apa imbuhan, paling penting bagi memastikan komuniti berada didalam keadaan selamat dan sejahtera, serta tidak diganggu dengan sebarang perkara yang tidak diingini.“Bagi mengerakkan operasi berkenaan katanya, pihak Pengurusan Felda ada menyalurkan sedikit dana disamping MPKK turut berusaha mencari sedikit peruntukkan."Juga kita telah menerima sumbangan dari orang perseorangan, namun begitu kita masih memberi peluang kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbangkan dana bagi memperkasakan aktiviti berkawal malam kita ini," ujarnya.
05 Jan 20
123
Empty Image
Ibu Halalkan Buah Pinggang Ini Untukmu Sayang
Juliani menunjukkan tangan anaknya yang merupakan kawasan terbaharu ditebuk untuk rawatan hemodialisis   HULU TERENGGANU, 6 Januari - Kasihnya ibu membawa ke syurga perumpamaan tepat bagi Juliani Jaafar, 42 yang rela berkorban jiwa dan raga serta bergadai nyawa  apabila  sanggup kehilangan salah satu buah pinggangnya untuk didermakan kepada anak tersayang Nurul Azimah Mohd Fauzi, 23.Kehebatan wanita ini, yang juga ibu kepada tujuh anak, kini dalam proses saringan empat sebagai persediaan saat-saat akhir untuk mendermakan buah pinggang kepada anak sulungnya yang juga merupakan lepasan Diploma Perladangan dan Teknologi Agro di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang.Sebagai seorang ibu, Juliani berkata, dia sanggup berkorban mengambil segala risiko menjalani pembedahan itu untuk memastikan anaknya sembuh dan tidak lagi berulang alik ke hospital untuk rawatan walaupun dirinya bakal kehilangan sebelah buah pinggang.“Saya tidak sanggup melihat penderitaan  Nurul setelah menghadapi masalah kegagalan buah pinggang sejak November 2018 dan sanggup derma buah pinggang untuk anak saya kerana perjalanan hidupnya masih jauh."Saya halalkan buah pinggang ini untuk anak saya kerana hanya itu yang mampu saya tolong untuk meringankan penderitaannya sejak kedua-dua buah pinggangnya disahkan gagal berfungsi pada tahap lima dan sedia hadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita ketika lawatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Terengganu ke rumahnya di Kampung (Kg) Tapah, semalam.Pegawai JKM Daerah, Norazemy Adenan (dua dari kiri) bertanyakan khabar serta melihat keperluan Nurul Aziemah di rumahnya semalamKeadaan suaminya, Mohd Soberi Mohd Ghazali, 46, yang sering sakit akibat kegagalan injap jantung menyebabkan dia terpaksa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga.Dengan berpendapatan hanya RM600 sebulan hasil mengambil upah mencucuk sate, Juliani terpaksa bijak menggunakannya untuk persekolahan anak-anak, perubatan anak dan suami serta pengurusan rumahtangga."Syukurlah, JKM ada beri bantuan persekolahan sebanyak RM200 sebulan bermula tahun 2019 dan Maidam sebanyak RM1,000 secara ‘one off ’ hampir empat tahun.“Namun begitu, dengan keadaan sekarang, perbelanjaan makin besar dan saya sudah tidak mampu bertahan dan perlukan bantuan mana-mana pihak yang sudi membantu kami sekeluarga,” tambahnya lagi.Nurul Aziemah yang ditemui berkata, dia mula dikesan mengidap penyakit itu apabila anggota badannya membengkak di samping mengalami masalah darah tinggi ketika masih menuntut di UiTM."Bila buat pemeriksaan dekat hospital, barulah  tahu yang saya menghidap kegagalan buah pinggang pada tahap lima dan sejak dari itu, saya perlu melalui proses hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu, memang menyakitkan tetapi saya redha dengan keadaan itu yang mana kehidupan saya tak sama seperti orang lain.“Rasa terharu sangat apabila mak sanggup derma sebelah buah pinggangnya kepada saya, sudah terlalu banyak dia berkorban untuk kami semua dan saya nekad akan balas jasanya dan akan ubah nasib keluarga kami setelah bekerja nanti,” katanya.Sementara itu, Pengarah JKM Negeri, Zuhami Omar berkata pihaknya melalui mesyuarat jawatankuasa penimbang bersetuju meluluskan bantuan am sebanyak RM300 di atas nama Nurul Aziemah  mulai Januari 2020 dan bantuan sedia ada masih diteruskan.“Manakala bayaran rawatan Nurul Aziemah dan Mohd Soberi juga dikecualikan di hospital dan klinik kerajaan kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM.‘”Kita juga meluluskan bantuan RM8,000 untuk membaiki rumah termasuk ruang bilik bagi pesakit (Nurul Aziemah) bagi menyediakan ruang yang lebih bersih untuk rawatan dan keselesaan penama,” katanya.Menurut Zuhami, pihak JKM juga akan memajukan nama penama untuk pendaftaran ekasih bagi penyelarasan bantuan dari agensi berkaitan.“JKM juga akan membantu pihak keluarga dengan bimbingan kaunseling dan cara bagaimana untuk meningkatkan pendapatan bagi mengurangkan bebanan keluarga.“Ini termasuk pesakit (Nurul Aziemah) yang mana kita akan beri pendedahan bagaimana menjana pendapatan walaupun mempunyai masalah kesihatan seperti menggunakan cara atas talian (online)supaya dia lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupannya,” tambahnya.
05 Jan 20
145
Empty Image
Apex Tajudin Sedia Promosi Terengganu
Oleh : Adli Mohamad / Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 5 Januari – Juara Mentor Milenia 2019, Apex Tajudin sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk sebarang acara persembahan jika diberi peluang selepas muncul pada program ambang tahun baru anjuran kerajaan negeri baru-baru ini. Apex Tajudin atau nama sebenar Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajudin, 23, berkata, sebelum bergelar artis, beliau pernah menyertai program seperti 'Open Mic Hadith' yang dianjurkan Masjid Ladang pada acara 'Car Food Sahur' bagi meraikan anak yatim dan juga program kebajikan.Katanya, Negeri Terengganu akan sentiasa dipromosikan melalui 'Contest' di Youtube supaya Terengganu dikenali.Apex Tajudin juga memaklumkan dirinya akan muncul dengan single pertamanya bersama penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir melalui lagu yang berjudul 'panggung'.Sebagai anak jati Terengganu yang kuat dengan adat ketimuran, beliau berpendirian tegas untuk  menjaga batas pergaulan dan  mahu menjadi contoh kepada anak muda yang memiliki bakat didalam dunia seni. "Apex akan berusaha untuk menjaga diri dengan baik didalam industri bagi menjadi contoh kepada anak muda yang lain,"ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di salah sebuah restoran disini, semalam.Dengan kejayaan yang diperolehi beliau juga tidak akan teragak membantu isterinya, Nur Alia Syamira untuk mengembangkan perniagaan nasi lemak yang diusahakan bersama."Kerana sebelum masuk mentor memang itu saya hasratkan. Insya-Allah Nasi Lemak Ar Raaziqin akan dibawa ke Kuala Lumpur," ujarnya.
05 Jan 20
1017
Empty Image
Penekanan Agama Mampu Lahirkan Generasi Beriman
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 5 Januari- Kerajaan negeri sangat memberi penekanan terhadap pendidikan agama dalam usaha membangunkan modal insan selaras dengan hasrat melahirkan generasi yang beriman pada masa akan datang.Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata,  pendidikan keagamaan merupakan aspek penting  yang diberi tumpuan oleh kerajaan negeri termasuk memperkasakan sekolah agama dibawah kerajaan negeri."Sebab itu kurikulum yang ada pada sekolah kita (kerajaan) ini adalah bersepadu yang diperkuatkan asas pendidikan Islam."Yang sangat kekurangan didalam institusi pendidikan arus perdana masa kini," jelasnya.Beliau berkata demikian, ketika hadir pada program ramah mesra bersama penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, di Balairaya Taman Setia Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), semalam.Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.Dalam pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri turut berusaha melaksanakan program demi program yang membawa kebaikan kepada rakyat.“Disamping merancang dan menguruskan pembangunan samada pembangunan fizikal mahupun kerohanian, tetapi program riadah, aktiviti kemasyarakat dan seumpamanya untuk masyarakat tidak dilupakan " ujarnya.
05 Jan 20
41
Empty Image
DUN Bukit Besi Tingkat Aktiviti Dekati Masyarakat
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 5 Januari- Aktiviti mendekati masyarakat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi akan dipergiat pada tahun ini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sebanyak RM23,000 turut diperuntukkan kepada 23 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN berkenaan untuk tujuan tersebut.Katanya, setiap MPKK akan menerima RM 1,000 bagi menjayakan program termasuk aktiviti sukaneka yang digemari masyarakat.“Dimana dua minggu sekali akan kita adakan, apabila melibatkan 23 MPKK bermakna enam bulan lebih akan berlangsung."Dimana akan diserahkan tanggungjawab kepada pemuda untuk menguruskannya,”ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ramah Mesra Bersama Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Yahaya Ali, di Balairaya Taman Setia Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) semalam.Turut Hadir, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Zarani Othman.Ghazali berkata, di samping program digemari rakyat tersebut, aktiviti kebajikan dan kecaknaan kepada masyarakat akan turut diperkasakan.“Tahun 2020 ini dianggap sebagai kesinambungan untuk aktiviti yang akan kita jalinkan melibatkan pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKMD) serta Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).“Dari sudut kerohanian pula program keagamaan akan diperkasakan kepada masyarakat melalui 16 buah masjid yang ada didalam DUN Bukit Besi serta 25 buah surau,” ujarnya.
04 Jan 20
158
Empty Image
127 Nelayan Terima Bantuan Keperluan Asas
DUNGUN, 4 Januari- Seramai 127 orang nelayan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas dapur dan wang tunai.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif sendiri daripada Majlis Tindakan Dun (MTD) Sura sebagai tanda prihatin terhadap nasib nelayan. “Musim tengkujuh yang melanda beberapa negeri di sebelah pantai timur pasti memberi kesan kepada nelayan terutama nelayan sepenuh masa. “Ramai nelayan tidak turun ke laut kerana cuaca tidak menentu malah ada yang terpaksa ke laut dalam kerana ikan berkurangan di pesisiran pantai.“Oleh itu, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sura menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Tautan Mahabbah Bersama Nelayan Dun Sura di Dewan balairaya MPKK Kampung Molek pagi semalam.Sementara itu, seorang nelayan Ibrahim Zainal Abidin, 61, berasal daripada Kampung Sungai Buaya berkata, sebulan lebih tidak turun ke laut mencari hasil ikan kerana cuaca tidak menentu. “Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak PKM Dun Sura yang cakna dan ambil berat terhadap kami, bantuan ini sedikit sebanyak dapat untuk kegunaan keluarga,” ujarnya.
04 Jan 20
107
Empty Image
Jambatan Besi Bahayakan Penduduk
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN , 5 Januari- Jambatan besi di belakang Hospital Dungun didapati membahayakan pengguna dan sudah tidak selamat lagi digunakan oleh orang ramai.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, keadaan menjadi bertambah buruk apabila hujan lebat. "Apabila hujan, seringkali terjadi kejadian penunggang motorsikal tergelincir disebabkan air yang bertakung di atas jambatan tersebut dimana lantainya yang licin disebabkan ianya telah  haus,” ujarnya kepada pemberita selepas meninjau jambatan yang telah dibina sejak tahun 80-an itu.Turut sama, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Daerah Dungun, Faten Adilah Ahmad Shukri serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Wan Saiful Lizam Wan Jusoh.Menurutnya, tambah membimbangkan keadaan jambatan itu yang uzur menyukarkan kenderaan empat roda seperti kereta untuk melaluinya."Lagipun jambatan ini, pagarnyapun dah berkarat dan renggang, jadi saya berharap pihak JPS dapat membaik pulih atau bina yang baru memandangkan ianya menjadi laluan utama penduduk sekitar,” ujarnya.
04 Jan 20
1832
Empty Image
Ibu Benarkan Anak Perempuan Tidur Sebilik Dengan Teman Lelaki
Oleh: Aslam WiraMARANG, 2 Januari - Seorang ibu tanpa segan silu mengakui anak perempuannya tidur sebilik dengan teman lelaki ketika bercuti bersama keluarga di negeri ini dan menyewa chalet di kawasan Marang, awal pagi semalam.Pasangan tersebut ditahan dalam operasi Jenayah Syariah Ambang Tahun Baru di sekitar Marang yang diadakan oleh Pertubuhan Amar Maa’ruf Nahi Mungkar (Skuad Amar) dan Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) daripada Pejabat Daerah Marang.Ketua Skuad Amar, Nasaruddin Samsudeng berkata, sepanjang operasi tersebut, pihaknya berdepan situasi luar jangkaan di mana seorang ibu tidak melakukan apa-apa tindakan walaupun mengetahui anak perempuannya bersama-sama dengan lelaki lain dalam satu bilik.“Ini menunjukkan pemahaman agama dan moral di tahap yang sangat rendah dan menyedihkan sehingga berlakunya kejadian seperti kes tersebut.“Suspek yang ditahan bukan berasal dari Terengganu dan datang ke Terengganu bagi meraikan ambang tahun baru selain melawat beberapa tempat menarik,”katanya.Dalam operasi lewat malam tersebut, dua pasangan telah ditahan di bawah Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang akan dikenakan denda maksimun RM 3000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.Dalam perkembangan yang sama, Nasaruddin berkata Skuad Amar sudah mendapat beberapa aduan daripada orang awam berkenaan beberapa kes kesalahan jenayah syariah di kawasan Marang.“Kami juga sentiasa mendapat kerjasama dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, dan orang awam sekiranya perbuatan mencurigakan atau tidak bermoral berlaku di sini, “tambahnya.Operasi kesalahan jenayah syariah di ambang tahun baru 2020 tersebut disertai oleh 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada Skuad Amar dan PPS Marang.Antara yang ditahan dalam operasi tersebut adalah dalam lingkungan umur 21 sehingga 33 tahun.
01 Jan 20
431
Empty Image
Perokok Degil Terima Padah
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 2 Januari- Seramai 13 orang perokok yang masih tidak mengendahkan larangan merokok di tempat makan dalam daerah ini menerima padah apabila masing-masing diberi Notis Memerintahkan Kehadiran Di Mahkamah bagi kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.Setiap penerima notis bakal dikenakan kompaun RM 250 setiap seorang, manakala jika didakwa dan disabit kesalahan dalam mahkamah, setiap daripada mereka berdepan denda tidak lebih RM 10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik menasihati orang ramai agar tidak merokok ditempat yang telah diwartakan. “Kita menasihati orang ramai agar mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan dan ini juga boleh dijadikan sebagai langkah awal untuk mendidik kita semua agar berhenti merokok,” ujarnya kepada pemberita.Menurut Wan Hapandi, empat pasukan penguatkuasa dari Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dengan kekuatan sepuluh Pegawai Berkuasa dan lima pembantu dengan diiringi lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun dan Balai Polis Paka terlibat dengan operasi tersebut semalam.Katanya, sebanyak 65 tempat makan terdiri daripada warung dan restoran sekitar Bandar Dungun dan Paka diperiksa.“Pejabat Kesihatan Daerah Dungun telah melaksanakan beberapa siri penguatkuasaan berbentuk teguran dan nasihat di semua premis makanan dalam daerah ini semenjak setahun yang lalu,” ujarnya.
01 Jan 20
39
Empty Image
Ocean Barber Tawar Kelas Gunting Rambut
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 2 Januari- Pemilik Ocean Barber, Ahmad Shahir Razali menawarkan kelas latihan menggunting rambut di kedai miliknya untuk golongan muda yang berminat.Katanya, inisiatif itu bagi membantu anak muda agar mampu membina kerjaya dalam bidang ‘barbershop’."Saya mempelawa orang muda dan lepasan sekolah agar turut menyertai kelas belajar menggunting rambut kerana sekarang bukan masanya untuk memilih kerja. “Ocean Barber bukan sahaja menawarkan kelas mengunting rambut tetapi selok belok mengurus perniagaan 'barbershop'.“Bila kita ada kemahiran, ianya boleh kita guna sehingga umur kita tua dan kita tidak perlu bergantung kepada orang lain," ujarnya yang memulakan perniagaan menggunting rambut sejak tahun 2014 lagi.Anak muda bermotivasi tinggi itu ditemui pemberita ketika Program Bojeng Percuma di Pusat Aktiviti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Rakyat Jaya di sini, baru-baru ini. Seramai 50 orang pelajar  yang tinggal di sekitar taman tersebut menyertai program anjuran MPKK Taman Rakyat Jaya dengan kerjasama Ocean Barber itu. Ahmad Shahir berkata, bermula dengan dua orang pekerja termasuk dirinya sendiri, kini dia mempunyai tujuh orang pekerja yang membantunya di kedai. Katanya, setiap perniagaan mempunyai setiap cabarannya yang tersendiri termasuk persaingan dengan individu yang turut menjalankan perniagaan sama."Pesaingan contohnya adalah suatu cara untuk menambahbaik perniagaan yang kita ceburi. “Kita anggap rezeki masing-masing dan kena sentiasa jaga 'service' kita dan sentiasa membaiki perkhidmatan yang diberikan,” ujarnya.
01 Jan 20
1274