lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Sekolah Rendah Islam Terus Diperkasa
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 8 Januari- Kerajaan negeri komited memperkasa Sekolah Rendah Islam (DAR) di negeri ini supaya teras dan visi yang dipegang guru-guru DAR akan terus kukuh dan berkembang.Pengerusi Persatuan Kebajikan Guru dan Kakitangan DAR Negeri Terengganu. Alias harun berkata, pelbagai perancangan diatur oleh pihak pengurusan  Sekolah DAR untuk mencapai sasaran melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah.“Guru-guru sekolah di bawah kendalian Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu itu sentiasa didedahkan dengan pelbagai kursus dan bengkel untuk merealisasikan hasrat tersebut. “Kepercayaan masyarakat kepada guru-guru DAR dapat dibuktikan dengan permintaan kemasukan ke sekolah tersebut bertambah setiap tahun."Para ibu bapa yakin guru-guru yang dedikasi ini mampu mendidik  pelajar dengan ilmu agama yang baik disamping tidak melupakan kurikulum lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Kursus Pemantapan Perguruan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin (SRABZA)  yang diadakan di sini, baru-baru ini.Seramai 29 orang guru dari sekolah berkenaan menyertai kursus sehari itu yang dikendalikam oleh pakar-pakar di dalam bidang perguruan.
07 Jan 20
253
Empty Image
Kakitangan Awam Digalak Lakukan Pemeriksaan Kesihatan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 8 Januari- Kakitangan awam dinasihatkan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan agar kekal bersemangat untuk bekerja.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, penjawat awam negeri khususnya harus menjaga kesihatan dan memberi perhatian serius dengan setiap perubahan berlaku dalam diri dengan menjalani pemeriksaan segera.“Samada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan yang bekerja di lapangan berkhidmat untuk masyarakat.“Matlamat dan hasrat kita sudah tentu ingin melihat masyarakat didalam keadaan sejahtera, oleh itu perlu terlebih dahulu kita memastikan diri kita mempunyai kesihatan yang baik,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKMD) Bukit Besi, hari ini.Katanya, sikap takut untuk mendapatkan rawatan perlu dielakkan.“Kerana tanpa pemeriksaan kesihatan, kita tidak akan mengetahui apa masalah yang kita hadapi, paling tidak kita boleh melakukan perancangan awal dengan mendengar nasihat daripada doktor.“Serta penting untuk kita melakukan aktiviti yang sihat seperti bersenam, beriadah di samping mengambil pemakanan yang sihat,” jelasnya.Di samping itu, beliau menyatakan bahawa di peringkat PKMD telah mempunyai alternatif didalam melakukan ziarah kebajikan kepada rakyat.“Kita akan bawa alat pemeriksaan tahap gula didalam darah dan sebagainya yang bersesuaian, dimana jika kita dapati perlu dibawa ke klinik, kita akan bawa bagi mendapatkan rawatan susulan,” ujarnya.
07 Jan 20
103
Empty Image
PPTS Kembalikan Senyuman Faizal, Farizatul
Mohd Faizal (dua dari kiri) dan Noor Farizatul (berkerusi roda). Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 8 Januari – Berkat kesabaran menempuh dugaan alam perkahwinan termasuk terpaksa menumpang di rumah keluarga mentua akhirnya berbalas apabila Mohd Faizal Muhammad, 35, menerima sebuah rumah di bawah Program Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS).Mohd Faizal dan isteri, Noor Farizatul Akma Ahmad, 32, yang mengalami cacat penglihatan sejak dua tahun lalu tersenyum lebar dan menzahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diperolehi.Katanya, pelbagai ujian getir terpaksa dihadapi mereka termasuk terpaksa menggugurkan kandungan isterinya yang berusia dua bulan kerana Noor Farizatul menghidapi penyakit buah pinggang tahap lima. “Saya rasa sungguh bersyukur dikurniakan rezeki yang tak disangka ini. Selama ini kami tinggal bersama adik ipar. Alhamdulillah, walaupun ia sebuah rumah yang kecil, namun ia cukup buat kami. “Mata isteri saya sudah dua tahun lebih tidak boleh melihat. ‘Laser’ pun memang tidak boleh, pembedahan pun tidak boleh buat sebab ia akan mengakibatkan pendarahan dalam mata,” kata Faizal yang bekerja sebagai penjaga Kolam Udang baru-baru ini.Seorang lagi penerima PPTS, Nor Haslizawati Mat Alim, 35, menyatakan rasa gembira dan menarik nafas lega apabila penantian selama enam tahun untuk memiliki rumah berakhir. Dr Azman menyerahkan replika kunci rumah kepada keluarga Haslizawati.“Disebabkan tiada rumah, kami enam beranak terpaksa menumpang rumah emak di Kampung Tenang, Besut. “Kami memohon PPTS ketika anak sulung Tahun Satu, sekarang ini dia sudah Tingkatan Dua. Daripada anak seorang, kini dah empat orang. Alhamdulillah, selepas ini lebih selesalah kami tinggal,” ujarnya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, sebuah rumah PPTS bernilai RM56 ribu itu dibina oleh kerajaan dan menjadi milik penerima yang layak tanpa sebarang bayaran.“Rumah seluas 850 kaki persegi di Kampung Bukit Rambutan, Kampung Oh, Kampung Gerong dan Kampung Bukit Tanah sedia untuk diduduki oleh penerima masing-masing.“Bina rumah baharu ini adalah sebahagian daripada gerak kerja kita untuk membantu rakyat memiliki tempat berteduh. “Semoga saudara kita yang kurang berkemampuan akan dapat membina kehidupan berkeluarga dengan lebih selesa. Program PPTS ini akan berterusan lagi bagi tahun 2020,” tambah beliau.
07 Jan 20
41
Empty Image
Mangsa Kebakaran Terima Rumah
Oleh : Mustaqim AfandiBESUT, 8 Januari - Mangsa kebakaran rumah pada bulan Ogos tahun lalu telah merima bantuan rumah daripada kerajaan Negeri.Katanya, Puan Norizan Abd Rahman, 50, yang juga dikenali Kak Zan bekerja  sebagai tukang cuci tandas Majlis Daerah telah ditimpa musibah apabila rumah kediamannya dijilat api.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, peruntukan tersebut adalah inisiatif daripada kerajaan  negeri melalui tabung bencana Darul Iman (TDI) diberi secara percuma kepada mangsa bencana yang layak menerima."Sumbangan berkenaan adalah satu tanggungjawab sosial dan sebagai tanda prihatin pihak kerajaan kepada rakyat.“Biarpun kecil, sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat memberikan semangat baharu kepada mangsa,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas majlis penyerahan anak kunci, di sini, pada Selasa, 7 November.Menurutnya, rumahnya siap dibina sepenuhnya pada awal bulan Disember yang lalu di kawasan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Raja Selatan.Tambah Khuzaini, beliau juga telah melancar kempen sifar bocor atap rumah pada tahun 2020 di kawasan DUN Kota Putera."Saya telah umumkan kepada MPKK untuk mencari penduduk yang mempunyai masalah atap bocor untuk diperbaiki," ujarnya.Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua MPKK dan penduduk setempat yang hadir bagi menjayakan majlis."Mudah-mudahan Allah membalas amal kebaikan kita kelak," tambah Khuzaini.
07 Jan 20
81
Empty Image
‘Cukuplah Bergaduh’ - Dr Azman Ibrahim
Dr Azman.Oleh : Hidayah Azlin BESUT, 7 Januari – Setiap anggota masyarakat diseru untuk membina suasana damai dan menyelami keindahan kehidupan dengan mencari titik persamaan selaras dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, kemakmuran yang dikecapi hari ini perlu dijalinkan seerat mungkin dengan mengetepikan perbezaan sesama sendiri. “Marilah kita ketepikan perbezaan dan cari titik persamaan yang menjadi asas penyatuan ummah terutamanya di negeri ini.“Perbalahan tak membawa kita ke mana-mana. Iraq dan Iran mengakhiri perang selama lapan tahun tanpa dapat apa-apa sebaliknya jutaan rakyat yang gugur di medan perang,” katanya yang kali pertama menyampaikan kuliah di Masjid Kampung Telaga Nibong, Hulu Besut, semalam.Katanya lagi, tidak wajar setiap rakyat menjadikan perbezaan parti politik sebagai alasan untuk terus bergaduh dan tidak bermanis muka.“Walaupun Hulu Besut diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), saya pesan kepada pengerusi masjid, selepas ini jangan lupa jemput Nawi Mohammad pula memberi kuliah.“Di zaman penyatuan ummah ini ketepikan perbezaan, cari titik persamaan. Bina ukhuwwah dan kurangkan berbalah,” tegasnya.
07 Jan 20
28
Kad Sejahtera Bantu Warga Emas Kekal Sihat
Kad Sejahtera Bantu Warga Emas Kekal Sihat
Penerima-penerima bantuan Kad Sejahtera bersama Dr Azman.       Oleh : Ariss Alias Foto : Hidayah Azlin   SETIU, 7 Januari - Penerima Kad Sejahtera menyifatkan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan Terengganu itu amat bernilai bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapat kesihatan sempurna.   Warga emas, Awang Jusoh, 69, dari Kampung Chalok berkata, dengan RM70 diperuntukan bagi setiap rawatan nilai berkenaan sudah sangat besar buat dirinya.   “Isteri dan anak-anak juga dapat menumpang sama manfaat ini. Sudah rahmat buat kami, kami sangat bersyukur,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kad Sejahtera peringkat DUN Langkap semalam.   Bagi penduduk Kampung Rahmat, Mariam Chik, 76, dia terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu rakyat mendapatkan kesihatan yang terbaik.   “Insya-Allah mak cik akan gunakan kad ini dengan sebaiknya. Selepas ini mudah untuk mak cik dapatkan rawatan daripada klinik swasta, dapat menjamin kesihatan kami,” ujarnya. Awang Jusoh. Dalam majlis berkenaan, seramai 364 pemohon menerima Kad Sejahtera yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim semalam di Dewan Sivik Chalok Kedai.   Sementara itu, Dr Azman menyifatkan bantuan tersebut akan memudah dan menyenangkan penerima untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka terutamanya warga emas di kawasan luar bandar.   “Nilai dalam Kad Sejahtera berjumlah RM500, penerima dan ahli keluarga apabila hendak mendapatkan rawatan di klinik panel, hanya perlu membawa kad ini sahaja dan nilai akan dipotong mengikut kadar kos rawatan.   “Mungkin ada yang mengatakan kenapa tidak membuat tuntutan insuran, tetapi bagi mereka yang tidak berkemampuan duit yang bayar kepada insuran itulah kegunaan untuk pembelanjaan asas. Bantuan ini adalah dalam bentuk sebenar keperluan masyarakat,” tambah beliau lagi. Mariam Chik (kiri). Program Kad Sejahtera merupakan satu program ‘Bantuan Subsidi Rawatan Kesihatan Asas’ yang mensasarkan 20,000 penerima daripada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar dengan peruntukan sebanyak RM10.9 juta pada tahun 2019 sebagai permulaan.    
06 Jan 20
256
Empty Image
Sambutan Tahun Baru 2020 Kemaman Capai Matlamat
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 6 Januari - Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru yang berlangsung di Dataran Padang Astaka, Kemaman menjelang awal tahun baru-baru ini berjaya mencapai matlamatnya dengan mesej yang tersendiri.Pengarah program, Mohd Nakhaie Mohd Nafiah berkata, semangat menyambut tahun baharu pada kali ini berlainan dengan tahun-tahun yang lalu."Kita tidak mengadakan pertunjukan bunga api dan kita mengadakan pengisian yang berjaya menyentap hati pengunjung yang hadir dengan Pentomen Sakaratul Maut," ujarnya.Program pada kali ini juga berjaya membawa kumpulan nasyid tanah air yang terkenal, Rabbani. Sebelumnya, penganjur turut mengadakan solat jemaah dan solat hajat bagi mendoakan keselamatan kepada rakyat Uighur di China yang ditindas.Selain itu, program pada kali ini turut menampilkan pertunjukan silap mata yang berjaya memukau semua pengunjung yang hadir dengan aksinya.Tambahnya lagi, beliau mengharapkan mesej yang dibawa kepada semua sama ada yang hadir ke tapak program ataupun yang menonton siaran langsung di Facebook memberi impak berkesan lebih-lebih lagi apabila pengunjung diingatkan tentang kematian dalam persembahan Pentomen itu.Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat yang memberi peluang dan kepercayaan kepada mereka (Pemuda PAS DUN Cukai) melaksana dan menjayakan program."Terima kasih juga diucapkan kepada semua penaja yang turut menyumbang dan kepada jawatankuasa program yang memberikan komitmen yang sangat baik," katanya lagi.Sehari sebelum itu turut diadakan program yang diadakan di Kemaman iaitu Bicara Menjelang 2020 Ke Arah Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Hadir sama, penceramah dan pakar motivasi, Ustaz Abdullah Khairi bergandingan dengan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.Kedua-dua program tersebut merupakan anjuran Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu.
06 Jan 20
76
Empty Image
‘Tolong… Elakkan Pembakaran Terbuka’
Wan Sukairi menerima cenderahati penghargaan daripada pihak Bomba Kuala Terengganu.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 6 Januari- Orang awam dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan cuaca semasa yang kering dan mungkin menyebabkan kebakaran.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat  Kuala Terengganu, Rozizah Abnihajar berkata, cuaca kering itu dijangka berlanjutan hingga bulan Mac ini berdasarkan maklumat yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia. “Walaupun ada hujan sedikit, tetapi cuaca telah mulai panas. Jadi, kami perlukan kerjasama dari masyarakat supaya tidak membuat kebakaran terbuka. “Jika perlu buat juga, ia mesti dikawal supaya tidak merebak ke tempat yang lebih luas,” jelasnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu melakukan kunjungan hormat bertemu Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah di Wisma Darul Iman, hari ini.Rozizah berbincang bersama Wan Sukairi untuk membina masyarakat peka menangani situasi kecemasan seperti kebakaran.Beliau turut mengingatkan bahawa kebanyakan kebakaran terjadi dan sukar dikawal adalah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang pencegahan kebakaran.“Kaedah-kaedah pencegahan dan mengawal kebakaran perlu ditekankan kepada masyarakat. Contohnya, jika api dapur terbakar apa yang perlu dilakukan, mana puncanya?“Sebenarnya ia senang dan mudah untuk kita tangani, tetapi oleh kerana masyarakat tidak tahu teknik dan cara terbaik untuk memadamkan kebakaran ia menjadi sukar,” katanya.Tambahnya, statistik mengatakan bahawa punca kebanyakan rumah daripada dapur, jadi pihak Bomba cuba mengambil insiatif untuk mendedahkan kepada masyarakat dengan mengadakan Program Bomba Bersama Rakyat.“Kami ingin mengetengahkan program ini bagi mendedahkan masyarakat kaedah mencegahkan dan menangani kebakaran untuk meningkatkan kepekaan dalam komuniti.“Kita mahu agar tahun 2020 ini, kes-kes kebakaran dirumah-rumah kediaman dapat dikurangkan,” katanya.
06 Jan 20
83
Empty Image
50 Pelajar Terima Bantuan Pada Program 'Kembali Ke Sekolah'
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 6 Disember - Seramai 50 orang pelajar yang  terpilih dari setiap DUN menerima sumbangan berupa barangan sekolah pada program "Kembali Ke Sekolah" dari Parlimen Besut.Penyelarasnya, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, ia bertujuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga kurang berkemampuan."Walaupun agak terlewat sedikit, kita akan agihkan juga bagi meringankan beban keluarga asnaf ini."Ia sekaligus dapat meringankan masalah yang dihadapi oleh mereka apabila menjelang musim sekolah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di Pusat Tahfiz Annur, disini, pada semalam.Menurutnya, sumbangan berupa beg sekolah,alat tulis itu ditaja oleh Muslim Care Malaysia Society dan sedikit pemberian daripada Penyelaras Parlimen berbentuk wang tunai."Walaupun kerajaan telah agihkan bantuan sekolah ,tapi tidak mustahil ada yang tercicir dikalangan mereka," jelasnya.Sementara itu, salah seorang penerima bantuan tersebut, Hashim bin Abdullah yangberasal dari Kampung Batu Tumbuh berkata, beliau berterima kasih kepada pihak penyelaras kerana membantu meringankan perbelanjaan merek."Saya amat berterima kasih kepada Ustaz yang selama ini banyak membantu masyarakat kawasan Besut khususnya," kata Hashim.
05 Jan 20
64
Empty Image
Manfaatkan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 6 Januari-Pelajar cemerlang di daerah ini khususnya diharap manfaatkan tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau sekolah yang lebih baik untuk mencapai lebih kecemerlangan pada masa akan datang.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, peluang yang telah diberikan itu seharusnya tidak dipersiakan oleh para pelajar cemerlang yang merupakan harapan negeri.“Kerana sekolah berasrama penuh menjanjikan suasana belajar yang lebih berdaya saing, mempunyai guru-guru yang berpengalaman, berkaliber serta berkebolehan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.“Jika hanya masih bersekolah disini (luar bandar) akan merasa telah selesa kerana tampil paling cemerlang, tiada persaingan sangat berbanding ke sekolah yang lebih baik dimana lebih ramai pelajar lebih cemerlang dan dari situ akan mendatangkan semangat untuk bersungguh-sungguh serta akan belajar dengan lebih tekun,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program meraikan pelajar yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR yang dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jerangau baru-baru ini. Ghazali turut memberi ingatan apabila belajar di sekolah yang lebih baik berada jauh dari ibu bapa penting bagi pelajar menjaga diri dengan baik.“Tanamkan azam untuk belajar bersungguh-sungguh, menuntut ilmu agar kelak menjadi modal insan yang cemerlang membantu pembangunan negara mahupun negeri Terengganu sendiri di masa akan datang,” ujarnya.Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang menerima tawaran ke sekolah lebih baik sebagai pembuka lembaran baru bagi menanam keazaman sebagai seorang pelajar.
05 Jan 20
42