lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Ariffin Beramah Mesra Dengan Warga Permata UMS
KUALA TERENGGANU, 12 Januari- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.Sempena kunjungan tersebut, beliau turut mengambil kesempatan bertemu dan beramah mesra dengan warga Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) cawangan universiti berkenaan.Pertemuan tersebut berlangsung di Tiara Tomyam Restaurant & Catering, Kota Kinabalu, Sabah.Turut hadir, Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Ariffin merupakan bapa angkat kepada mahasiswa Permata Negeri Sabah.
11 Jan 20
87
Empty Image
Maksimumkan Fungsi Masjid
Oleh: Mohd Asraf DUNGUN, 12 Januari- Majlis Agama Islam setiap negeri diseru agar dapat memaksimumkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat aktiviti umat Islam. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu, Wan Hapandi Wan Nik berkata, Kerajaan Terengganu berhasrat menjadikan pusat ibadat itu sebagai ‘One Stop Center’ merangkumi pelbagai bidang."Kita tidak mahu masjid dijadikan tempat beribadah semata-mata tetapi mahu ia menjadi pusat komuniti merangkumi pelbagai aspek termasuk perkara membabitkan ekonomi yang menjadi tuntutan umat Islam. "Apa guna masjid besar tetapi tiada aktiviti dijalankan bagi mengimbangi masyarakat setempat," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Jelajah Lambaian Kaabah 2.0, baru-baru ini.Karnival Jelajah Lambaian Kaabah 2.0 anjuran Syarikat Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah telah diadakan di perkarangan Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah Dungun dengan pelbagai aktiviti menarik.Tambah Wan Hapandi lagi, masjid boleh berperanan memberikan bantuan segera bagi mengelakkan karenah birokrasi pentadbiran kerajaan seperti di sesetengah negeri lain dalam mendapatkan bantuan.“Islam telah menyediakan sistem pemusatan komuniti yang sangat menarik menerusi institusi masjid dan surau,” ujarnya.
11 Jan 20
33
Empty Image
Kempen Solat Berjemaah Di Terengganu Terus Diperhebat
Wan Sukairi melancarkan kempen.KUALA TERENGGANU, 10 Januari - Kerajaan Terengganu terus memperhebat kempen solat berjemaah dalam setiap kalangan masyarakat bagi membina suasana harmoni dan sejahtera di negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, usaha itu seiring dengan penekanan prinsip Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) kerana pegangan agama dapat menghindarkan daripada pengabaian terhadap amanah dan tanggungjawab."Kita semua maklum akan kepentingan solat berjemaah, yang mana ia akan membentuk sebuah masyarakat bersatu padu dan menjadi penyelesai terhadap sesuatu isu."Usaha ini juga mampu mendidik golongan kanak-kanak dan belia supaya mereka terbiasa dengan suasana solat berjemaah yang sekali gus berupaya melahirkan pelapis pemimpin berkualiti," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Jom Solat Berjemaah dan Logo Masjid Gong Tok Nasek di masjid berkenaan semalam.Jemaah masjid yang hadir.Ujarnya, beliau mahu setiap institusi masjid dan surau di seluruh Terengganu memainkan peranan tersebut semaksima mungkin."Semoga usaha ini mampu mencapai matlamat kita untuk menjadikan negeri ini maju, berkat dan sejahtera," jelasnya.Mengulas tentang pusat pengajian al-Quran braille, Wan Sukairi berkata, ia akan beroperasi sebagaimana yang telah dirancang bersama badan terlibat."Dua pusat pengajian al-Quran bagi golongan cacat penglihatan itu akan berjalan selewat-lewatnya pada Februari ini dengan melibatkan kos sebanyak RM3 juta."Satu di Kemaman (Kerteh) dan satu lagi di Kampung Raja, Besut, di samping satu pusat ini di Seberang Takir telah pun beroperasi," tambah beliau.Wan Sukairi bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Gong Tok Nasek.
10 Jan 20
254
Empty Image
Sesuap Kasih 'Platform' Kebajikan Masyarakat
 Ustaz Ridzuan (dua dari kiri) menyampaikan bungkusan makanan kepada pengguna jalan raya di hadapan Masjid Wakaf Tembesu.KUALA NERUS, 9 Januari –Penganjuran Program Sesuap Kasih yang menjadi ‘platform’ kerajaan negeri dalam melaksanakan kerja kebajikan di kalangan masyarakat umat Islam, kini berlangsung di peringkat Daerah Kuala Nerus.Program itu dianjurkan melalui  Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Nerus, Sabasun Sdn Bhd, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pengurusan Masjid Wakaf Tembesu dan pihak swasta lain.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, program itu merupakan platformkepada seluruh masyarakat untuk berbakti dan melakukan kebajikan dengan memberikan sumbangan makanan kepada penduduk di sekitar daerah ini.Penduduk di sekitar Masjid Wakaf Tembesu menyertai Program Sesuap Kasih di perkarangan masjid itu hari ini.Katanya, kerajaan negeri berhasrat mengadakan program ini seminggu sekali di setiap hari khamis di Perkarangan Masjid Wakaf Tembesu di sini, manakala di Kuala Terengganu akan dimulakan semula tahun ini pada setiap hari Rabu bertempat di Hentian Bas di hadapan JHEAT Kuala Terengganu.“Paling kurang pun sebulan sekali bergantung kepada dana yang kita (kerajaan) ada.“Sebab itu saya menyeru kepada umat Islam seluruh negeri Terengganu khususnya dan seluruh Malaysia amnya untuk sama-sama mengambil saham dalam menjayakan program yang sangat baik ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program itu di Perkarangan Masjid Wakaf Tembesu di sini hari ini.Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membuat kawalan agar penunggang motosikal menerima bungkusan makanan dari pihak penganjur ketika melalui jalan bersebelahan Masjid Wakaf Tembesu.Sementara itu Ustaz Azmi Tengah ketika ditemui berkata, di Kuala Terengganu bermula Februari tahun lalu, hampir 200 orang diraikan dalam program tersebut setiap hari Rabu dengan menerima makanan disediakan di hadapan Hentian Bas berkenaan.Katanya, program itu akan diteruskan di tempat yang sama mulai bulan ini.
09 Jan 20
40
Empty Image
RM18,000 Zakat Diagihkan Kepada Pelajar Madrasah
Tiga orang pelajar menunjukkan zakat yang diterima.Oleh : Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 9 Januari – Sebanyak RM18,000 bantuan zakat telah diagihkan kepada 90 orang pelajar Madrasah Darul ‘Ulum dalam Majlis i-Asnaf yang diadakan di Dewan Kompleks Ibu Tunggal Chendering, hari ini.Jumlah berkenaan merupakan zakat daripada kakitangan Petronas yang sebahagiannya dipulangkan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan pihak Petronas mengambil inisiatif untuk mengagihkannya kepada Sekolah Agama Rakyat dan golongan-golongan yang memerlukan di seluruh negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi merakamkan rasa terima kasih dan tahniah kepada pihak Petronas atas sumbangan tersebut.Muhammad Khalil.“Sesungguhnya pelaburan dan saham yang paling besar dan perlu ditekankan adalah pelaburan dan saham untuk membina generasi pada masa yang akan datang”."Mudah-mudahan, dengan sumbangan sebegini Allah SWT memelihara dan sentiasa memberikan rahmat kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian zakat tersebut.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Koordinator Pegawai Agama Pantai Timur, Mohd Sabli Shamsudddin dan Ahli Lembaga Pengarah Madrasah Darul ‘Ulum.Dalam pada itu, Pegawai Agama Kerteh Integrated Petrochemical Complex (KIPC), Mohd Aidil Adha Tahir yang turut hadir menyatakan bahawa agihan tersebut merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan zakat bernilai RM3.7 juta yang akan diagihkan ke seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat.Khalil sempat beramah mesra bersama para pelajar madrasah.
09 Jan 20
201
200 Perangkap Nyamuk Dipasang Di Kampung Masjid Haji Kadir
200 Perangkap Nyamuk Dipasang Di Kampung Masjid Haji Kadir
Perangkap nyamuk diletakkan di salah sebuah rumah.           KUALA TERENGGANU, 9 Januari- Sebanyak 200 perangkap nyamuk berjaya dipasang di kawasan Kampung Masjid Haji Kadir bagi mengurangkan populasi nyamuk Aedes di kawasan itu, hari ini.   Perangkap nyamuk ‘Mosquito Home’ yang dicipta hasil kerjasama antara syarikat dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dipasang sebagai salah satu kajian pemantauan dalam membangun kaedah kawalan nyamuk Aedes di Malaysia.   Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMT, Profesor Madya TS Dr. Mustafa Man memaklumkan, kajian produk itu telah berjaya dijalankan di beberapa negeri sejak enam tahun lepas dan masuk ke pasaran bermula tahun lepas. Dr. Mustafa sewaktu memberikan penerangan. “ Kita tidak menyatakan 100 peratus keberhasilan, tetapi ia berjaya mengurangkan densiti nyamuk Aedes di persekitaran dan boleh dikatakan amat memuaskan,” katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di kampung tersebut, hari ini.   Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar serta Pengarah Kesihatan Kuala Terengganu, Dr. Fatimah Muda. Dato' Tengku Hassan menerima penerangan daripada Dr. Mustafa berkaitan Mosquito Home sambil diperhatikan Dr Fatimah  (bertudung).     Dalam program tersebut,  Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menumpukan sesi taklimat terbuka serta menjelajah dari rumah ke rumah untuk pemasangan perangkap nyamuk.   Dr. Mustafa juga mengharapkan sokongan daripada masyarakat terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan penggunaan produk berkenaan sebagai alternatif kawalan nyamuk sedia ada.   “Ini adalah hasil produk Malaysia, dibuat oleh pakar-pakar di Malaysia dan diformulasikan di sini. Maka, kami mengharapkan sokongan ramai lebih-lebih lagi ia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.      
09 Jan 20
414
Empty Image
MPKKP Jangan Terburu-Buru - Dr Azman
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 9 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) dinasihatkan agar lebih teliti dan tidak terburu-buru dalam apa jua tindakan yang melibatkan kemaslahatan ramai.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, saranan itu dibuat berikutan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah menerima surat daripada MPKKP yang mengarahkan agar dewan dan balai raya diserahkan kepada mereka.“Beberapa MPKK memaklumkan bahawa mereka menerima surat daripada MPKKP yang mengarahkan agar jawatankuasa MPKK keluar dari beberapa premis yang didakwa dibina oleh Kerajaan Persekutuan. “Sukacita saya nasihatkan pimpinan MPKKP supaya jangan terburu-buru bertindak dan perlu meneliti terlebih dahulu latar belakang pembinaan premis dan infrastruktur yang dimaksudkan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan rasminya semalam. Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi memaklumkan, semua data serta maklumat telah diteliti dan didapati  premis-premis yang dimaksudkan itu terletak di atas tanah milik Kerajaan Terengganu.Jelasnya, walaupun bangunan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan tetapi pemilik tanah lebih berhak kepada premis yang dituntut. “Di sinilah kita perlu cermat dalam membuat tuntutan dan keputusan kerana tuan tanah mempunyai lebih hak kepada bangunan yang didirikan di atas tanah milik kerajaan negeri.“Janganlah bertindak tanpa usul periksa yang boleh mengeruhkan keadaan dalam masyarakat,” tegasnya.
08 Jan 20
187
Empty Image
Ikut Saranan Doktor Dalam Pengambilan Ubatan
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 9 Januari- Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil jalan  mudah setiap saranan doktor tentang preskripsi ubat  serta temu janji yang telah diatur. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun berkata tindakan mengambil mudah perkara berkenaan boleh menyebabkan penyakit dihidapi menjadi bertambah parah."Sepatutnya dengar nasihat doktor, jangan kita ikut pandai kita, bila dah teruk ke hospital jugak akhirnya," ujarnya kepada pemberita ketika rutin ziarah mingguan DUN bersama kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rhu Batil di sini, baru-baru ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu turut melahirkan rasa kecewa dengan sesetengah masyarakat yang mengambil mudah tentang rawatan kesihatan.Menurut Alias, samada ubat atau suntikan ianya adalah  satu kaedah perubatan yang telah melalui kajian sewajarnya."Adakalanya doktor menyarankan suntikan kepada pesakit kencing manis, memandangkan itu yang terbaik buat kita, dengarlah apa yang doktor kata," nasihatnya kepada seorang warga emas yang menghidap kencing manis sejak 20 tahun lalu.Di dalam ziarah berkenaan sebanyak lima buah rumah telah dikunjungi disamping menyampaikan sumbangan barangan dapur.
08 Jan 20
43
Kompaun Rokok Langkah ‘Tegas’ Didik Masyarakat
Kompaun Rokok Langkah ‘Tegas’ Didik Masyarakat
Dr Nor Azimi. KUALA TERENGGANU, 8 Januari - Tindakan mengenakan kompaun kepada perokok yang merokok di kawasan larangan adalah bertujuan untuk mendidik rakyat supaya tidak terjebak dalam aktiviti itu.       Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, gejala merokok di premis menjual makanan dan restoran bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi turut menjejaskan kesihatan orang ramai. Berikutan itu katanya, penguatkuasaan yang dijalankan sejak 1 Januari lalu dilihat berupaya mengurangkan gejala itu daripada terus berlaku sekali gus menjamin kesihatan masyarakat. “Sebanyak 137 notis kompaun dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam operasi penguatkuasaan larangan merokok di 2,243 premis setakat 6 Januari. “Dalam operasi itu, seramai 117 individu dikenakan kompaun di bawah Peraturan 11(1)(d) (PPKHT) kerana merokok di premis menjual makanan manakala 14 pemilik premis menjual makanan dikenakan notis kompaun di bawah Peraturan 12(1)(a) kerana tidak memasang tanda larangan merokok di premis masing-masing,” ujarnya.   Beliau berkata demikian ketika bersiaran dalam Wawancara Khas bersama JKNT di Studio TV Darul Iman, hari ini. Menurut Dr Nor Azimi, Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pihak mematuhinya. Bagi mereka yang menerima notis kesalahan kerana merokok di tempat makan dikenakan kompaun sebanyak RM250. “Mereka yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh sebulan daripada tarikh notis. “Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan manakala kompaun sehingga RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya,” ujarnya. Tambah beliau, pihaknya juga membuka pintu seluas-luasnya kepada semua perokok untuk hadir ke hospital atau klinik kesihatan bagi menjalani rawatan berhenti merokok.    
08 Jan 20
38
Empty Image
Gandingan Dua YB Santuni Rakyat
Norshaha (tiga dari kiri) menerima rumah PPRT.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 8 Januari - Gandingan dua Yang Berhormat (YB) dalam program ziarah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading kelmarin menarik perhatian ramai.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim turun bersua muka bersama rakyat di Kampung Kebor Besar dan Kampung Guntong.Kedua-dua wakil rakyat tersebut memulakan aktiviti dengan menziarahi beberapa buah keluarga yang diuji dengan kesakitan dan penderitaan hidup.Salah seorang rakyat yang ditemui, Norshaha Abd Rahman, 57, berkata, beliau melahirkan rasa teruja dengan keprihatinan serta kesudian Mohd Khairuddin dan Ustaz Ridzuan menziarahi keluarganya.“Saya telah diuji dengan penyakit saraf yang menyebabkan saya memerlukan bantuan daripada keluarga untuk berjalan,” katanya ketika ditemui pemberita. Turut hadir dalam program ziarah itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kebor Besar, Wan Lawi Wan Awang.Dalam program berkenaan juga turut berlangsung Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Norshaha merupakan salah seorang penerima PPRT yang bernilai RM60,000 di DUN Buluh Gading.
07 Jan 20
76