lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Sedia Bantu Anak Muda Dapat Geran Kekal
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 16 Januari- Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman sedia membantu anak muda yang mengusahakan tanaman sawit di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) DUN berkenaan bagi mendapatkan geran kekal.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata,  pihaknya bersetuju bagi memberi sokongan dan bantuan setelah melihat kesungguhan yang dizahirkan lebih 60 peserta yang mengusahakan tanah seluas 300 hektar dengan tanaman sawit itu.“Anak-anak muda ini perlu diberi ruang serta peluang untuk menjana pendapatan keluarga."Permohonan berkenaan telah pun kita angkat kepada pihak Pentadbir Tanah Daerah (PTD) Dungun, semoga hasrat mereka dipermudahkan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas meninjau lokasi tanah berkenaan yang terletak di Mukim Hulu Paka, baru-baru ini.Ghazali turut berharap agar kesungguhan dipamerkan anak muda DUN berkenaan di contohi oleh anak muda yang lain."Mereka dari awal lagi mengusahakan tanah dengan tanaman sawit tanpa sebarang bantuan daripada mana-mana agensi dan jabatan."Semoga segala pengorbanan yang mereka usahakan akan menatijahkan kemanisan di akhirnya," ujarnya.
15 Jan 20
39
Empty Image
Kampung Dendang Perlu Tapak Kubur Baharu
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 16 Januari - Kubur Baharu di Kampung Dendang perlu disegerakan pembukaannya memandangkan kubur lama sudah penuh dan menghampiri pagar.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata tapak baharu yang sesuai telah pun ada bagi menggantikan tapak lama."Tinggal lagi proses menimbun tanah. Jadi kita minta proses penimbunan disegerakan kerana jika tidak ditimbun menyebabkan air bertakung."Mana mungkin hendak dibangunkan dikawasan dinaiki air, kalau boleh tahun ini juga perlu disiapkan kerja-kerja yang berkaitan," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pihak media, selepas melakukan peninjauan ke tapak Tanah Perkuburan Kampung Dendang, baru-baru ini.Sementara itu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dendang, Abdul Malik Rani  amat berharap agar kerja timbunan serta pembukaan tanah baharu itu dapat disiapkan secapat mungkin.
15 Jan 20
928
Empty Image
Perjuangkan Islam Tanpa Unsur Penindasan
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 15 Januari- Kerajaan negeri dibawah pentadbiran PAS memperjuangkan dan mengangkat martabat agama Islam tanpa ada unsur penindasan terhadap kaum lain.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, tidak timbul isu PAS mengkhianati kepentingan masyarakat Cina di negeri ini kerana parti itu ditubuhkan untuk semua kaum di Malaysia.“PAS tidak pernah mengabaikan mana-mana kaum dan sentiasa memperjuangkan kaum Melayu, Cina dan India. “Kita tidak memarahi Cina dan India sebaliknya memarahi ‘bangsa’ DAP dan ramai juga dari Cina dan India tidak sokong DAP,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura ditemui pemberita dalam program ziarah warga emas Tionghua di sekitar Kuala Dungun bersama Pengerusi Majlis pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Penaga, Lu Chee Ann, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Serena Lim.Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menyampaikan barangan keperluan harian dan angpaw untuk menceriakan mereka.Wan Hapandi berkata, PAS tidak pernah mengkhianati mana-mana kaum sama ada Melayu, Cina atau India kerana berjuang untuk semua rakyat Malaysia berikutan parti tersebut bukan ditubuhkan berasaskan perkauman.
14 Jan 20
43
Empty Image
MyDebit Diperluas Ke Sekolah Dan Universiti
KUALA TERENGGANU, 15 Januari - Kemudahan kad MyDebit akan diperluaskan ke semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan setiap universiti di seluruh Malaysia.Ketua Jabatan MyDebit, Payments Network Malaysia Sdn Bhd, Azrul Fakhzan Mainor berkata, perkara tersebut telah disokong oleh bahagian pengurusan pendidikan sekolah.“Pada tahun 2019 kita ada 13 buah SBP di seluruh Malaysia dan dua di Kuala Terengganu.“Kami punya perancangan adalah untuk melaksanakannya di semua SBP di mana kita ada 67 buah sekolah,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Penyampaian Hadiah Kempen MyDebit di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, kelmarin.Menurutnya, pihak Payments Network Malaysia Sdn Bhd akan bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk inisiatif tersebut.“Bank Rakyat akan mengeluarkan kad Automated Teller Machine (ATM) dengan gambar logo sekolah dan pelajar. Para pelajar boleh membuat pembayaran di kantin dan koperasi malah di luar kawasan sekolah.“Kad tersebut boleh digunakan di mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan kad Mydebit,” jelasnya.Beliau menambah, sehingga kini seramai 2,000 pelajar di 13 buah sekolah telah menggunakan kad MyDebit.“Terdapat dua fasa iaitu fasa pertama di sekolah menengah dan fasa yang kedua di peringkat universiti.“Di peringkat universiti penting kerana para pelajar di universiti akan melangkah ke alam pekerjaan, jadi mereka semua memang pemegang kad ATM sedia ada,” katanya.Azrul turut memaklumkan, sebelum ini pernah terjadi kecurian dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah, universiti dan kawasan terdekat kerana ATM rosak.“Jadi dengan adanya kad ATM yang sedia ada, mereka boleh menggunakan kad tersebut untuk tujuan pembayaran,” ujar beliau.
14 Jan 20
993
Empty Image
Pemidato Ejen Penyampai Maklumat
 Oleh: Nooreni Abu BakarKUALA NERUS, 14 Januari- Pemidato yang berjaya dicungkil bakat mereka menerusi Pertandingan Pidato Gema Wawasan berupaya menjadi ejen penyampai maklumat kerajaan negeri kepada rakyat.Pengerusi Majlis Permuafakatan Wanita Terengganu (MAWADDAH), To' Puan Zarani Othman berkata, pertandingan tersebut bukan sekadar melaksanakan program tetapi akan ditonjolkan diprogram ceramah"Bukan sahaja juara atau naib juara tetapi setiap peserta adalah ejen, sebagai penyampai produk - produk kerajaan negeri agar setiap apa yang dilaksanakan diketahui oleh setiap rakyat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Pidato Gema Wawasan 2019 yang berlangsung di Auditorium Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, baru-baru ini.Pertandingan peringkat awalnya diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum 16 peserta yang mewakili kawasan masing-masing berentap untuk kategori Muslimat dan Ameerah.
14 Jan 20
206
Empty Image
Abdul Hadi Berjaya Hilangkan Amalan 'Syemah'
Oleh: Aziz HambaliMARANG, 14 Januari - Amalan 'syemah' yang didefinisikan sebagai amalan pemujaan oleh nelayan pantai suatu ketika dahulu  telah dihapuskan hasil usaha dakwah Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang (tuan guru).Ismail Omar, 70, yang merupakan kenalan kepada tuan guru berkata, amalan-amalan yang bertentangan dengan akidah Islam terutama dalam kalangan nelayan pesisir Pantai Marang telah banyak dibasmi hasil dakwah tuan guru. "Alhamdulillah, banyak perubahan yang berlaku sepanjang tuan guru menanam akidah Islamiyyah dalam masyarakat yang asalnya diibaratkan macam zaman jahiliah. Yang paling saya ingati, ialah amalan ber"syemoh" telah dihapuskan sendiri oleh beliau."Orang pada zaman dahulu kebanyakannya apabila ikan kurang di laut, mereka akan ber"syemah" iaitu menyembelih lembu atau kerbau untuk dijadikan penarik rezeki yang lebih dikenali kepada aktiviti pemujaan. Taksub kepada penyembahan hantu laut," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman pada program Ziarah Mingguan Isteri Ahli Parlimen Marang To’ Puan Seri Zainab Awang Ngah bersama rombongan  di Kampung Batangan, di sini semalam.Dalam program itu, To’ Puan Seri Zainab atau lebih dikenali sebagai Che Ngah sempat singgah ke rumah adik Muhammad Fakhrul Aiman Zulkifli, 13, yang ditimpa kemalangan bersama kakaknya ketika hendak ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain tahun lalu.Ismail turut memberitahu, apabila berlaku aktiviti-aktiviti yang kurang enak didengar ini, tuan guru atau panggilan mesranya "Ayah Chik" akan pusing mengelilingi perairan pantai di sekitar kawasan ini."Aktiviti-aktiviti "syemah" ini dikatakan aktiviti popular  sekitar tahun 1960an hingga 1970an dahulu. Selepas daripada itu, masuk tahun awal 1980 an aktiviti seumpama itu mula berkurangan kerana usaha dakwah yang berterusan dilakukan oleh Ayah Chik," katanya.Ismail Omar yang bekerja sebagai bekas pemandu jentera berat Majlis Daerah Marang turut meluahkan, beliau hampir dibuang kerja kerana sering mengikuti ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PAS ketika itu.
14 Jan 20
154
Empty Image
'Sayu Hati Lihat Keuzuran Adik Mohd Zafran' - Kak Zah
Tuan Faizah (kiri) ketika menziarahi Adik Mohd Zafran di Setiu.SETIU, 13 Januari - "Sayu hati semasa menziarahi adik Mohd Zafran Amsyar Zamzuri yang viral sehari dua ini dengan empat penyakit di rumahnya di Permaisuri, Setiu," kata isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman.Katanya, adik Zafran Amsyar menghidap sakit jantung berlubang, uluran angin pasang dan telah menjalani pembedahan membuang hempedu ketika berusia dua bulan.Menurut Tuan Faizah, kini beliau memerlukan bantuan untuk membiayai pertukaran hati dengan kos yang agak tinggi selain kos rawatan berkala."Musibah bagi insan lain juga sebenarnya merupakan ujian bagi kita. Bagaimanakah cara kita melihat ujian yang menimpa orang lain dan bertindak balas dengannya."Bersama kita hulurkan bantuan kewangan dan doa agar keluarga ini dipermudahkan urusan," ujarnya di status Facebook miliknya hari ini.
13 Jan 20
246
Empty Image
Peniaga Lagun Kuala Ibai Mula Operasi Di Tapak Baru
Tengku Noruzawati sedang menyediakan pesanan pelanggan gerainya. KUALA TERENGGANU, 13 Januari - Para peniaga yang membuka gerai di tapak baharu berhampiran kawasan rekreasi Kuala Ibai, di sini bermula semalam berharap agar mereka dapat mengulangi hasil jualan sebagaimana sebelum-sebelum ini.Rata-rata peniaga yang ditemui Urus Setia Darul Iman (UPDI) berpendapat, perubahan yang diputuskan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu bertujuan memberi kebaikan jangka panjang kepada mereka.Antaranya, peniaga Pisang Goreng Cheese K.E, Tengku Noruzawati Tengku Jaafar, 35, menyifatkan keputusan itu membolehkan para peniaga mendapat tempat yang lebih selesa untuk menjual barangan terutamanya makanan.“Dari segi keselesaan, selesa di sini. Dari segi orang ramai pula, memanglah ramai di sana. Tetapi, kalau fikirkan semula, jika orang memang nak membeli orang akan datang juga ke sini.“Terima kasihlah kepada kerajaan negeri dan MBKT kerana beri peluang kepada peniaga untuk meneruskan jualan,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, semalam.Tambahnya, ini kerana pihak MBKT tidak mengenakan sebarang cas sewa tapak kepada mereka untuk berniaga di situ.Mohd Fairul yakin, tapak baharu itu akan diserbu pengunjung yang datang nanti.Perkara itu diakui Mohd Fairul Ibrahim, 36, yang menjual Ayam Goreng Cheese Leleh. Katanya, sebelum ini juga memang tidak pernah dikenakan sewa.“Selama kami berniaga di sini memang tidak pernah bayar. Buat masa ini, MBKT suruh meniaga dahulu sebulan kerana mereka hendak lihat perkembangannya.“Setakat ini, peniaga tiada masalah berurusan dengan MBKT. Mereka cuma suruh jaga bahagian sampah, kebersihan sahaja,” jelasnya.Menurutnya lagi, sudah menjadi kebiasaan sekiranya tapak baharu akan menimbulkan rasa tidak puas hati kerana hasil jualan yang berkurang.“Biasalah tapak mula-mula ini memang perlahan sedikit. Insya-Allah kalau ramai peniaga di sini orang akan datang. Mula-mula memang begini di mana-mana pun. Percaya pada rezeki,” katanya.Tengku Faizul (dua dari kanan) dan rakan peniaga lain akan memanfaatkan peluang yang diberikan.Manakala Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Lagun Ibai, Tengku Faizul Tengku Mohd, 32, berkata, sebahagian besar peniaga sudah memulakan perniagaan di tapak baharu sejak ia berkuatkuasa awal pagi semalam.“Terima kasih kepada MBKT kerana beri tapak secara percuma selama sebulan. Kita akan tengok keadaan jualan sebulan awal ini dan kami akan lakukan yang terbaik atas peluang ini.“Kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke Lagun Kuala Ibai selepas ini, harap dapat datang ke gerai-gerai kami di tempat baharu ini sebelum beriadah di taman rekreasi,” katanya.Kawasan tapak perniagaan baharu lebih luas dan tersusun turut memudahkan pengunjung yang datang membeli.Sementara itu, Penolong Pengarah Perlesenan MBKT, Hama Hakim Wahyudi Awang memaklumkan, perubahan itu dilakukan berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) yang memperuntukkan larangan berniaga di dalam kawasan rekreasi.“Perubahan tempat ini telah dirancang lebih setahun. Bemula dengan beberapa aduan yang diterima oleh pengunjung, kami juga telah mengadakan tinjauan berkala melalui medium atas talian serta di lapangan dan mendapati 76 peratus responden bersetuju tapak perniagaan itu dialih ke tapak baharu.“Ia berdasarkan beberapa faktor iaitu keselesaan pengunjung yang berekreasi, memudahkan untuk menyelia keselamatan peniaga dan pengunjung kerana kawasan itu dipenuhi pokok-pokok besar serta kebersihan kawasan,” jelasnya.Dimaklumkan, MBKT juga dalam usaha memulihkan kembali fungsi kawasan Lagun Kuala Ibai sebagai kawasan rekreasi sebagaimana selayaknya serta secara berkala membantu mempromosikan tapak baharu perniagaan di situ.Setakat tinjauan semalam, sebanyak 32 daripada 56 peniaga yang telah dipindahkan sudah membuka gerai dan terdapat beberapa pengunjung juga telah mula datang membeli.Mohamad Hafizul dan isteri, Nur Affiza antara peniaga yang membuka jualan pada hari pertama di tapak baharu.
12 Jan 20
989
Empty Image
94 Asnaf Terima Zakat BAKIP
Alias menyampaikan sumbangan zakat BAKIP kepada salah seorang penerima majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Sivik Seberang Pintasan  baru-baru ini.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 13 Januari - Seramai 94 orang asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim  telah terpilih untuk menerima zakat daripada Badan Kebajikan Islam Petronas(BAKIP).Pegawai Agama Petronas Pantai Timur, Kerteh, Ustaz Fadhli Rahmi Zulkifli berkata kali ini pihaknya telah memilih penerima dari Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang untuk agihan zakat daripada pihak mereka. "Petang ini kita menyerahkan kepada 84 penerima di Majlis i-Asnaf manakala 10 orang lagi penerima adalah pelajar - pelajar Sekolah Rendah  Agama Bersepadu Zainal Abidin(SRABZA) di sekolah mereka pagi tadi," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Sivik Seberang Pintasan di sini baru-baru ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh ADUN Rantau Abang, Alias HarunSementara itu, Alias mengambil kesempatan untuk mengingatkan jangan sesekali memberhentikan persekolahan anak-anak akibat kesempitan hidup."Rezeki itu bukan hanya duit, tetapi antaranya anak-anak yang diberikan pendidikan dan  bila dia berjaya dengan pegang jawatan tinggi, dia beramanah dengan kerja-kerjanya. " Ini merupakan anugerah Allah yang paling berharga mungkin disebabkan oleh apa yang kita telah laksanakan dalam diri kita, jadi saya amat berharap jangan mudah - mudah berhentikan anak," tambahnya.
12 Jan 20
122
Empty Image
Huffaz Pejuang Islam
Oleh : Adli Mohamad / Wan Luqman Hakim MARANG, 12 Januari – Para hufaz yang dilahirkan di maahad ataupun institusi pondok merupakan pejuang dan menjadi benteng mempertahankan agama Islam.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hasim Jasin berkata, para huffaz didekatkan dengan al-Quran yang merupakan mukjizat yang tidak boleh dikalahkan dengan apa jua kekuasaan."Kita tidak tahu apa nak jadi di masa hadapan, tetapi sekarang ini kita nampak kalau ada orang cabar dimana sahaja tempat di dunia ini buat cabaran terhadap hukum Allah."Maka lahirlah suara-suara lantang menentang segala usaha jahat itu," ujarnya.Beliau berkata demikian, ketika menyampaikan Kuliah Maghrib Khas, di Masjid Jamek Pengadang Baru, semalam.Katanya, tanpa kewujudan institusi agama serta tidak ada gerakkan menyedarkan masyarakat maka manusia akan terdorong mengikut hawa nafsu serta melakukan apa yang mereka suka tanpa peduli dan sensitif dengan segala kecaman dan usaha dilakukan musuh Islam.
11 Jan 20
145