Artikel "Komuniti" Terkini
Kerajaan Negeri Cari Jalan Bantu Amsyar, Seru Rakyat Turut Menyumbang
Hanafiah bertanyakan tentang Amsyar kepada bapanya, Zamzuri Ahmad (kanan).SETIU, 19 Januari- Kerajaan negeri akan berusaha membantu adik Muhammad Zhafran Amsyar Zamzuri, 1, bagi membolehkan anak kecil itu mendapatkan rawatan segera bagi mengubati penyakitnya.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, Tabung Darul Iman (TDI) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mencari jalan untuk menyediakan peruntukan bagi meringankan kos rawatan sebanyak RM250,000 yang diperlukan keluarga itu.“Hari ini, saya bersama Pengarah JKM Terengganu, Zuhami Omar dan wakil TDI datang ke sini serta memutuskan adik Amsyar akan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengesahkan tarikh pembedahannya. Hanafiah cuba melihat keadaan Amsyar sambil diperhatikan Zuhami (kiri).“JKM juga telah bersetuju menyalurkan bantuan bulanan sebanyak RM350 bermula Januari ini kepada adik Amsyar disamping beberapa barangan keperluan segera,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di rumah keluarga berkenaan di Kampung Buluh Hilir, semalam.Amsyar, yang menghidapi penyakit uluran atau angin pasang (Hernia), masalah hati kronik (Biliary Atresia), jantung berlubang dan turut mengalami masalah hempedu dinasihatkan doktor yang merawatnya dari PPUM untuk menjalani pembedahan samada di India atau China. Bantuan segera berupa barang keperluan disampaikan kepada Zamzuri. Hanafiah juga menyeru orang ramai khususnya rakyat Terengganu dan amnya Malaysia untuk turut menghulurkan sumbangan kepada adik Amsyar.“Sekarang ini kita telah lancarkan tabung bantuan melalui Malayan Banking Berhad (Maybank) dan sudah ada jumlah tertentu yang telah diperolehi.“Dalam masa terdekat, kita akan lancarkan tabung melalui Bank SImpanan Nasional (BSN) dan kita akan lihat berapa jumlah kutipan keseluruhan. TDI akan cuba mencukupkan jumlah yang diperlukan,” katanya.Bagi yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama:Zamzuri AhmadNo. Akaun: 163046541443Beliau boleh dihubungi di nombor talian: 0111-6816897
19 Jan 20
67
Awasi Keselamatan, Peka Kawasan Berisiko Lemas
Orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan ombak yang kelihatan tenang.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 19 Januari - Orang ramai termasuk pengunjung yang bercuti di Terengganu dinasihatkan agar berhati-hati dan mengelakkan diri daripada menghampiri kawasan berisiko tinggi berlakunya lemas.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, suasana dan keadaan cuaca di negeri itu masih belum stabil dan berada dalam tempoh ‘edah’ musim tengkujuh.Katanya, ombak yang beralun tenang di permukaan laut bukanlah petanda pantai itu selamat untuk aktiviti mandi-manda kerana terdapat beberapa faktor yang boleh mengancam keselamatan pengunjung.“Keluarga yang balik bercuti di Terengganu terutamanya pada cuti Tahun Baharu Cina nanti perlu berhati-hati, sebarang aktiviti atau program seperti kem motivasi di tepi pantai, perkelahan keluarga perlu dihentikan sementara.“Musim tengkujuh di pantai timur belum berakhir walaupun laut nampak tenang, ombak besar boleh datang tanpa dijangka. Ia boleh menjadi perangkap maut kepada pengunjung.“Walaupun sekadar berada di gigi air, kuasa tarikannya boleh mengheret mangsa ke dalam laut dan merisikokan berlaku lemas sehingga meragut nyawa,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun berkata, kesemua aktiviti tersebut boleh dilakukan kembali sebaik sahaja peralihan Monsun Timur Laut (MTL) berakhir.“Biasanya bulan Mac barulah edah musim tengkujuh berakhir. Aktiviti laut dan air terjun boleh diteruskan macam biasa namun ia juga memerlukan pengawasan. “Memang malang tidak berbau tetapi jangan kita sengaja mencari malang, pekalah terhadap sebarang kemungkinan” katanya.Pada Jumaat lepas, Terengganu dikejutkan dengan kejadian empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun dikhuatiri lemas selepas ditarik ombak semasa mandi di pantai Teluk Bidara, Dungun. Manakala seminggu sebelum itu, dua pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Chendering lemas di Pantai Pandak.
19 Jan 20
115
MPKK Seberang Baroh Serah 75 Kampit Beras
Wan Sukairi ketika menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk terlibat.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 19 Januari - Sebanyak 75 kampit beras diserahkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Baroh bagi membantu meringankan kehidupan penduduk yang berpendapatan rendah di kampung berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, agihan tersebut bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah."Penyampaian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk yang kurang bernasib baik, memandangkan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini," katanya.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan sumbangan berkenaan di rumah salah seorang penerima terbabit.Pada majlis yang sama, turut diadakan gotong-royong pencegahan Aedes yang melibatkan penduduk kampung di kawasan setempat sebagai langkah pengamalan gaya hidup sihat dan perpaduan dalam komuniti.
18 Jan 20
68
TDM Kupas Salasilah Ulama Tok Ku Tuan Besar
KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Kumpulan TDM Berhad (TDM) meneruskan program 'Corporate Social Responsibility (CSR) siri kelima dengan penganjuran program Salasilah Ulama Tok Ku Tuan Besar.Ianya berkisar tentang ketokohan Tok Ku Tuan Besar dan sumbangannya dalam perkembangan Islam di Terengganu. Secara langsung, peserta dapat mengetahui tentang salasilah keluarga Tok Ku Tuan Besar; kelahiran, pendidikan, perkahwinan serta karya penulisan dan sumbangan ilmiahnya.Ianya telah disampaikan oleh Profesor dari Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti PengajianKontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Engku AhmadZaki Engku Alwi.Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Zainal Abidin Shariff berkata, TDM merasa bertanggungjawab mengangkat sejarah mengenai ciri kepimpinan yang terdapat pada Tok Ku Tuan Besar."Seperti kita sedia maklum, Tok Ku Tuan Besar telah memberi sumbangan yang cukup besar kepada masyarakat Terengganu. Hal ini bukan semata-mata kerana ilmu dan pengalaman beliau, bahkankerana akhlak yang menjadi kepercayaan pemimpin pada ketika itu serta penerimaanmasyarakat terhadap diri beliau melalui ketokohan dan keperibadiannya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tersebut di Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital di sini baru-baru ini.Program ini merupakan salah satu program bulanan tanggungjawab sosial CSR TDM. Program CSR dilaksanakan secara bersiri pada setiap bulan, minggu ketiga dan pada hari Rabu.TDM sebagai penganjur program menyediakan tempat kepada orang awam yang berminat mendalami peradaban dari tiga sudut iaitu sejarah, budaya dan bahasa.Ianya menjadi salah satu platform kepada orang awam yang berminat untuk mendalami peradaban sebagai pengantara unggul wadah ilmu dan maklumat rakyat.Turut hadir, orang awam, badan-badan korporat dan warga universiti selain daripada kakitangan Kumpulan TDM Berhad.
18 Jan 20
455
Penghasilan Sayur Terengganu Meningkat
KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Pengeluaran sayur-sayuran di Terengganu telah meningkat dan hasilnya telah berjaya dipasarkan ke negeri lain.Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata, pada tahun 2019, Terengganu telah berjaya menghasilkan sayur sendiri untuk pasaran dalam dan luar negeri."Jabatan Pertanian telah pun ada teknologi tersendiri terutama melibatkan penanaman pada musim tengkujuh, di mana sebelum ini bila tiba musim tersebut kita terpaksa mengimport sayur-sayuran dari luar."Kita dah boleh pasarkan barangan ke luar negeri apabila tiba musim banjir," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di tapak tanaman kelapa di Batu Putih di sini baru-baru ini.Menurutnya, ramai usahawan baharu dan muda tidak kira sama ada memegang lulusan diploma ataupun ijazah telah menceburi bidang fertigasi.Antara contoh tanaman fertigasi ialah cili, timun dan terung.Beliau menambah, mereka juga harus memastikan sayur-sayuran yang dikeluarkan di negeri Terengganu bukan sekadar cukup tetapi selamat untuk dimakan oleh pengguna."Selama ini kita import dari luar kita pun tak tahu selamat ke tak."Setakat ini kita telah berjaya menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan hypermarket seperti Mydin dan Giant. Ia adalah satu lonjakan untuk menghasilkan sayur-sayuran secara berterusan," tambah beliau.
18 Jan 20
57
Kerjasama Banteras Gejala Sosial
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 19 Januari - Pemuda PAS Dun Sura bekerjasama dengan pihak berkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Dungun untuk membanteras gejala sosial khususnya di kalangan anak muda.Ketua Pemuda PAS Dun Sura, Ahmad Faqrukhairi berkata, isu budaya negatif seperti yang dilaporkan oleh warga Sura baru-baru ini amat membimbangkan.Katanya, pihaknya sedang mengambil langkah proaktif untuk segera menangani masalah berkenaan.“Kita sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dari Pejabat Agama Daerah Dungun untuk membanteras budaya yang tidak sihat di sekitar kawasan Sura. “Setakat ini, usaha kita telah menunjukkan keputusan positif,” katanya kepada pemberita. Beliau berkata demikian sehari selepas Program Rondaan Mencegah Maksiat bersama Skuad Amar Makruf dengan kerjasama Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Dungun. Sementara itu, Ahmad Faqrukhairi berkata pihaknya yakin bahawa langkah itu mampu untuk menurunkan kadar masalah sosial dan sekaligus dapat mengurangkan masalah jenayah. “Kita tidak mempunyai statistik indeks tahunan kadar jenayah tetapi “fear of crime” iaitu persepsi masyarakat yang masih berasa takut dan tidak selamat masih ada.“Jadi, kita mesti cari jalan untuk perkara ini dan kita sedang mengambil pelbagai langkah dengan menggunakan apa sahaja mekanisme untuk kita turun ke lapangan bersama masyarakat dalam pencegahan ini," katanya.Tegasnya, kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu dan masalah ini bukan terletak pada bahu pihak berkuasa sahaja tetapi melalui sokongan padu masyarakat setempat juga.
18 Jan 20
49
Pemuda PAS Sura Komited Lahir Petugas Media Sosial Mahir IT
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 19 Januari - Pemuda PAS Dun (PPD) Sura komited berusaha melahirkan petugas media sosial yang mahir dalam bidang teknologi maklumat (IT) bagi mendepani cabaran revolusi industri 5.0 dan perkembangan politik negara. Ketua Lajnah Teknologi Maklumat (IT) Pemuda PAS Dun Sura, Mohd Asraf berkata, bagi mencapai tujuan itu satu silibus telah dirangka dan diketengahkan pada bengkel bersiri yang diadakan dari semasa ke semasa. “Peserta akan difokuskan latihan dalam kemahiran rekacipta, fotografi dan videografi yang dibimbing tenaga pengajar berpengalaman,” katanya.Menurut beliau, bengkel teknologi maklumat siri pertama telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Sura dan disertai 13 peserta dengan kerjasama Ameerah Dun Sura. “Rekacipta yang menarik dan poster dakwah mendapat tempat dihati masyarakat. “Petugas media sosial PAS harus bijak dan kreatif menyampaikannya dengan penuh kreatif dan inovatif. “Buat masa ini Bengkel Adobe Photoshop telah berjalan sebanyak tiga siri dan hari ini (semalam) merupakan siri terakhir dan InsyaAllah akan diadakan bengkel videografi pula,” ujarnya.
18 Jan 20
50
Masjid Muhajirin Dinobat Sebagai Masjid Contoh
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 19 Januari- Masjid Muhajirin Felda Jerangau telah dinobatkan sebagai masjid contoh dalam Wilayah Felda Terengganu bagi tahun 2019 selepas muncul johan Anugerah Kecemerlangan Felda Wilayah Terengganu, baru-baru ini. Pengerusi masjid berkenaan, Mohd Ridhuan yusoff berkata, masjid berkenaan yang memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan juri menyebabkan ianya terpilih sebagai pemenang."Ianya hasil usaha seluruh Ahli Jawatankuasa masjid gandingan diantara yang lama dan baru, para imam, bilal, pengurusan felda serta qariah yang mengimarahkan masjid dimana tahun sebelumnya iaitu pada 2018 hanya dapat bergelar naib johan,” ujarnya ketika dihubungi pihak media.Jelas beliau, apa yang paling utama adalah fungsi masjid itu sendiri."Bukan hanya setakat bergelar juara, yang paling utama adalah kita akan cuba manfaatkan sepenuhnya masjid dengan kepelbagaian aktiviti masyarakat untuk tahun 2020 ini."Serta diharap institusi masjid mendapat tempat di hati anak muda seiring dengan usaha membangunkan sahsiah mereka sebagai modal insan dan aset penting kepada masyarakat,” ujarnya.Penyelaras Masjid Muhajirin Felda Jerangau, Helmi Zulkefli pula dinobatkan sebagai pegawai agama Felda Wilayah terbaik bagi tahun 2019.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undamgan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman merakamkan ucapan tahniah diatas pemilihan masjid berkenaan sebagai contoh di wilayah felda peringkat Negeri Terengganu."Insya-Allah semoga seluruh surau dan masjid didalam DUN ini akan diperkasakan dengan pelabagai aktiviti."Ke arah memastikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS) dapat digapai," ucapnya.
18 Jan 20
1042
Kesedaran Derma Organ Di Terengganu Masih Rendah
Alias Razak.
KUALA TERENGGANU, 18 Januari – Kesedaran menderma organ secara sukarela di negeri Terengganu masih belum berada pada tahap membanggakan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ia berikutan hanya 1.8 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan rakyat Terengganu yang telah berikrar menderma organ selepas kematian.
Jelasnya, sehingga kini Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hanya merekodkan sekitar 22,540 pengikrar berbanding lebih 1.2 juta penduduk negeri itu.
“Daripada jumlah itu, seramai 10 orang penderma sahaja telah berjaya mendermakan orang mereka kepada golongan yang memerlukan. Ia melibatkan perndermaan buah pinggang, hati, jantung, paru-paru dan organ-organ lain.
“Apa yang menjadi halangan adalah faktor budaya dan agama yang menganggap bahawa pendermaan organ dan tisu menyalahi hukum sedangkan bagi orang Islam terdapat fatwa yang jelas bahawa perkara itu dibenarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 2020 di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini hari ini.
Walau bagaimapun katanya, beliau yakin kesedaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa berikutan sudah ramai yang mula menyedari akan kepentingan pendermaan organ.
“Semoga orang ramai akan terus meningkatkan kesedaran mereka dan mendaftar sebagai penderma organ.
“Kita boleh mendaftar apabila kita meneliti segala aspek dan ilmu pengetahuan serta menolak persepsi negatif yang mengatakan bahawa ia akan memudaratkan kesihatan penderma,” tambah beliau.
18 Jan 20
161
Pemilihan Pemain Pasukan Bola Sepak KT Rovers Bermula Esok
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Pemilihan pemain bagi mewakili Pasukan Bola Sepak Kuala Terengganu (KT) Rovers bakal bermula esok, 17 Januari bertempat di Padang SMK Seri Nilam.Sesi pemilihan yang terbuka kepada semua peringkat umur itu berlangsung selama dua hari dan akan berjalan seawal jam 5.00 petang selama dua jam.Pasukan KT Rovers merupakan pasukan yang baru dibentuk dan pemilihan itu adalah sebahagian daripada persediaan untuk menghadapin saingan Piala FA dan Liga Malaysia M3 musim depan.
16 Jan 20
1434