Artikel "Komuniti" Terkini
Penubuhan MPKKP - MPKK Negeri Terus Berfungsi
Dr. Azman Ibrahim.SETIU, 21 Januari - Kerajaan Terengganu menyatakan tidak menerima pemakluman secara rasmi tentang penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) yang menerima watikah pelantikan bagi negeri Terengganu, hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Insdustri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim menjelaskan, pendirian kerajaan negeri adalah dalam apa keadaan sekalipun kepentingan rakyat perlu menjadi keutamaan.“Kerajaan negeri tidak terjejas dengan penubuhan ini. Kita harap mereka boleh sama-sama menyumbang, bekerja demi kelangsungan kepimpinan di peringkat kampung. Saya ucapkan selamat bertugas dan selamat maju jaya.“Alhamdulillah, negeri Terengganu dari segi prestasi dan kerja MPKK, kita antara yang terbaik dalam negara dan juga paling awal menyiapkan susunan MPKK menjelang 1 Julai 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), lalu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas Majlis Ramah Mesra dan Dialog Hubungan Antara Kaum bersama Exco di Kampung Renek, di sini, semalam.Jelasnya, kerajaan negeri berusaha mengekalkan suasana aman tenteram dan harmoni dalam masyarakat sedaya mungkin.Dr. Azman, Exco Kebajikan negeri, Hanafiah Mat dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir bersama komuniti Siam di Kampung Renek.“Setakat ini, kita mengambil sikap bahawa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang telah ditubuhkan secara sah supaya teruskan fungsi kita seperti biasa untuk berkhidmat kepada rakyat berdasarkan peruntukan dan bidang kuasa yang diberikan kepada negeri.“Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet Menteri pada 27 Jun 2018, telah memaklumkan bahawa pelantikan MPKK adalah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya.Tambahnya, kewujudan dua pentadbir memang secara tidak langsung akan mewujudkan dua pemandu dalam satu kenderaan.“Dalam apa keadaan sekalipun, kepentingan rakyat adalah keutamaan kita. Kita harap, walaupun wujudnya dua pemandu, tidak ada satu persaingan tidak sihat yang akhirnya akan menjejaskan kepentingan rakyat.“Kerajaan negeri berdasarkan bidang kuasa kita, melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sebaiknya. MPKKP ini adalah di luar bidang kuasa kita, terpulang kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagaimana untuk menguruskan isu ini dengan cara yang paling baik dan harmoni,” katanya.Dr. Azman turut meletakkan harapan agar isu itu tidak menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.“Masyarakat Terengganu sebenarnya sangat matang dan kita sudah isytiharkan selepas pertukaran kerajaan negeri lagi, bahawa semua yang ada di kampung-kampung adalah rakyat kita dan perlu disantuni bersama. Kemudahan yang ada dalam kampung, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan negeri adalah kemudahan milik rakyat dan terbuka untuk digunakan.“Jadi, sedaya yang mampu di pihak kerajaan negeri kita telah lakukan yang terbaik untuk mengekalkan kedamaian dalam kampung. Cuma, kita mengharapkan pihak KPLB dan MPKKP mempunyai aspirasi yang sama dengan kita,” katanya.
20 Jan 20
106
‘Kampungku Selamat’ Usaha Atasi Masalah Jenayah
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN, 20 Januari- Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu mengambil inisiatif mengadakan program komuniti 'Kampungku Selamat' sebagai usaha menjaga keselamatan kampung dan membendung kejadian jenayah.Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail berkata, program berkenaan telah dirangka bagi mengurangkan aktiviti jenayah di sesuatu kawasan yang telah dikenalpasti. "Ianya bertujuan meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan rasa takut penduduk setempat dari menjadi mangsa kepada penjenayah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan di peringkat daerah Dungun bertemakan 'Dungun Bersih Jenayah, Maju Berkat Sejahtera' di Dewan Orang Ramai Seberang Pintasan, hari ini. Turut hadir, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun serta Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman. Aidi berkata, program berkenaan diperkenalkan PDRM bagi mewujudkan kerjasama diantara pihaknya dengan komuniti bagi memastikan objektif kehidupan aman dan sejahtera dapat dicapai. "Pada dasarnya lebih kepada membudayakan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak polis. "Bagi sama-sama mencegah aktiviti jenayah di kawasan kampung," ujarnya. Tambahnya lagi, sememangnya polis dan masyarakat berpisah tiada, menerusi tema berkenaan menjelaskan bahawa hubungan diantara kedua pihak sangat erat. “Diharapkan agar anggota masyarakat turut memberikan kerjasama kepada pihak Kelab Rukun Tetangga (KRT) Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) selain PDRM.
20 Jan 20
55
'G25 Tak Dengar Nasihat' - Dr Mohd Khairuddin
Dr Mohd Khairuddin (kanan) menemui penduduk di Seberang Takir dalam siri ziarah rakyat baru-baru ini.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 20 Januari - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan 'tidak berakidah' Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) sambil menyifatkan mereka masih -jahil walaupun telah dinasihati oleh Mufti.Justeru beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan tersebut agar orang ramai tidak terpengaruh dengan pemikiran songsang mereka.Dr Mohd Khairuddin berkata, G25 dimaklumkan telah dinasihati dalam bentuk dialog oleh salah seorang Mufti di negara ini namun mereka masih berdegil dengan kejahilan mereka mengenai agama.Katanya, mereka melihat agama dengan pandangan negatif kononnya agama menyekat kebebasan mereka dari melakukan apa sahaja yang dikehendaki. "Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam melindungi anak-anak mereka dan orang awam yang lemah akal dari terpengaruh dengan golongan ini kerana mereka (G25) tidak mahu menerima nasihat dari pakar agama," tulis beliau dalam status Facebooknya. Baru-baru ini Kumpulan G25 telah mengeluarkan kenyataan bahawa kononnya tindakan orang Islam murtad adalah urusan mereka dengan Tuhan. Dakwaan itu telah menimbulkan kekecohan dan suasana kurang senang di kalangan umat Islam. Justeru beliau mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan tersebut.Dr Khairuddin juga menyatakan bahawa ajaran kumpulan tersebut tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan agar tidak menyesatkan akidah umat Islam.
19 Jan 20
52
Surau Banggol Indah Mula Pembinaan
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 20 Januari - Surau Taman Banggol Indah, Chukai di sini dimulakan proses pembinaannya sebaik selesai Majlis Pecah Tanah dan Perasmian yang telah diadakan kelmarin.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas pembinaan surau itu."Ianya merupakan satu syiar Islam, yang akan kita adakan untuk rakyat kita terutama yang berada di Taman ini."Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada badan pelaksana, MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan sebuah surau akan didirikan di Taman ini," ujarnya.Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata demikian ketika berucap merasmikan program tersebut.Sementara itu, Pengerusi MPKK Seri Berenjut, Wan Mohd Aiman Wan Samsuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan proses awal pembinaan surau tersebut."Terima kasih juga diucapkan kepada YB (Yang Berhormat) Hanafiah yang turut menyumbang sebanyak RM10,000 baru-baru ini."Besar hasrat kami untuk melihat pembinaan surau ini terlaksana. Kita bukan sahaja dapat beramal ibadat di sini, bahkan kita juga dapat melakukan aktiviti lain seperti usrah, kelas fardu ain dan sebagainya," katanya.Surau tersebut dijangka menelan belanja lebih RM200,000 dan mengambil masa selama tujuh hingga lapan bulan.Kepada sesiapa yang ingin turut memberikan sumbangan boleh ke akaun Bank Rakyat di atas nama:SURAU TAMAN BANGGOL INDAHNo. Akaun: 110401006659Beliau boleh dihubungi di nombor talian: 019-9538733 atau 019-9470125
19 Jan 20
504
Pemasangan Lampu Jalan Diutamakan Di Kawasan Berisiko
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 20 Januari - Pemasangan lampu jalan di kawasan yang berisiko tinggi berlakunya jenayah dan kemalangan akan diberi keutamaan oleh kerajaan Terengganu berbanding lokasi biasa.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sudah menjadi hasrat kerajaan untuk menyediakan kemudahan lampu di sepanjang jalan namun ia perlu diteliti dengan rapi kerana melibatkan kos yang besar.“Perkara ini sedang kita selesaikan secara berperingkat mengikut keutamaan kerana pemasangan lampu jalan juga melibatkan kos pemasangan, kos penyelenggaraan dan bil bulanan yang perlu dijelaskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).“Tentu sekali apabila kita mengesyorkan kepada PBT untuk dipasang lampu jalan, kawasan jalan yang berisiko dan sering berlaku kemalangan akan menjadi keutamaan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Mengulas lanjut beliau berkata, TNB adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan elektrik dan tidak menjadi masalah bagi mereka untuk memasang lampu di mana-mana sahaja.Namun kata Dr Azman, perkara yang diberi pertimbangan oleh pihaknya adalah mengenai kepentingan orang ramai dan berdasarkan itu kerajaan negeri meletakkan beberapa peringkat pelaksanaan.“Bagi pemilik rumah yang ada sedikit kemampuan, saya syorkan supaya mohon lampu jalan persendirian dengan TNB yang akan dipasang pada tiang lektrik terdekat dengan rumah kita serta mengadap ke rumah kita. Bayaran RM10 sebulan akan dimasukkan terus ke dalam bil. “Ia lebih cepat dan tidak perlu menunggu giliran. Keutamaan kita sekarang ini ialah untuk terangkan jalan-jalan gelap yang melibatkan kepentingan umum terlebih dahulu.“Keperluan persendirian terpaksa diletakkan di belakang dulu untuk sementara,” tambah beliau.
19 Jan 20
224
Sambutan Hari Sayyidatina Aisyah Hangat
Oleh: Ahmad Ezani RazaliBESUT, 20 Januari - Hari Sayyidatina Aisyah Wanita Inspirasi Peringkat Daerah Besut dan Setiu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran 1,500 orang wanita memenuhi Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong, kelmarin.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang diterima itu."Syukur alhamdulillah, saya amat teruja melihat begitu ramai yang hadir pada pagi ini. Sayyidatina Aisyah Wanita Inspirasi adalah satu tema terbaik yang dipilih oleh penganjur," ujarnya.Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut."Sudah pasti rata-rata komuniti yang berada di sekitar ini tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta bagi memeriahkan majlis yang julung-julung kali diadakan ini."Saya mengharapkan semua pihak dapat membuktikan komitmen dan semangat dalam sama-sama mendokong dan menjayakan program ini," tambahnya lagi.Program turut disertakan dengan forum yang menampilkan pendakwah terkenal, Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang bergandingan dengan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato' Zailah Mohd Yusoff.Selain itu, turut diadakan gimik perasmian, anugerah tokoh ilmuwan dan usahawan wanita daerah Besut dan Setiu serta cabutan bertuah dan jamuan tengah hari.
19 Jan 20
42
Skuad Penyelamat Pantai Akan Diperbanyak Di Lokasi Tumpuan Pelancong
Pasukan penyelamat pantai.KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu akan mewujudkan lebih banyak pasukan penyelamat pantai di beberapa lokasi tumpuan pengunjung untuk memantau keselamatan mereka.Pengarahnya Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ketika ini pasukan penyelamat beroperasi di empat lokasi pantai tumpuan pelancong iaitu di Pantai Bukit Kluang, Besut, Taman Laut Pulau Redang, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Pantai Kekabu, Marang.“Memang kita bercadang menambah pasukan penyelamat di pantai tertentu yang jadi tumpuan pelancong mandi manda dalam masa terdekat ini antaranya di Pantai Pulau Kekabu dekat Marang.“Ia adalah permintaan Pegawai Daerah Marang (Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak) yang mahu membuka satu lagi kawasan untuk mandi manda di bahagian utara pantai itu sebagai daya tarikan pelancong,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau diminta mengulas saranan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir agar lebih banyak pasukan penyelamat pantai diwujudkan bagi mengelak kejadian lemas yang sering berlaku di pantai Terengganu sejak akhir-akhir ini berulang pada masa depan.Pada Jumaat lepas, empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dikhuatiri lemas setelah mandi manda di pantai Teluk Bidara, Dungun manakala seminggu sebelum itu, dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering ditemui lemas di Pantai Pandak.Mengulas lanjut, Che Adam berkata pasukan penyelamat pantai di empat lokasi itu hanya melakukan pemantauan secara berkala sepanjang musim tengkujuh dari Oktober hingga Mac berikutan amaran telah banyak dikeluarkan mengenai aktiviti rekreasi seperti mandi manda yang berbahaya kepada pengunjung.“Begitu juga dengan pantai lain yang agak terpencil seperti Teluk Bidara di Dungun dan Pantai Kemasik di Kemaman, ia bukan tumpuan utama pengunjung untuk mandi manda sebaliknya ramai ke sana untuk menikmati keindahan alam seperti merakam foto dan video.“Namun APM Terengganu sedia mewujudkan lebih banyak pasukan penyelamat pantai di mana-mana sahaja lokasi yang difikirkan sesuai sekiranya kerajaan negeri sedia menyalurkan peruntukan,” katanya. - BERNAMA
19 Jan 20
636
i-MiTS Bukit Besi Sedia Bimbing Anak Muda Manfaatkan Belanjawan 2020
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 20 Januari - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi sedia membimbing serta membantu golongan belia bagi melihat ruang dan peluang yang ada dari belanjawan kerajaan negeri untuk tahun 2020.Pembantu Hal Ehwal Belia i-MiTS DUN Bukit Besi, Che Wan Mohd Fikri Che Wan Mubim berkata, menerusi belanjawan tersebut pelbagai keistimewaan ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada anak muda yang seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk pembangunan golongan belia.“Satu sesi penerangan mengenai belanjawan 2020 bagi pembangunan belia negeri ini telah diadakan mengikut mukim di DUN Bukit Besi ini yang melibatkan Mukim Jengai, Mukim Besol dan Mukim Jerangau."Kita telah menerangkan kepada mereka mengenai belanjawan negeri didalam segmen mempersiap generasi belia masa hadapan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, menjelaskan mengenai usaha yang telah diaturkan bagi memperkasakan belia di DUN berkenaan, semalam.Turut hadir, Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff. Katanya, diantara peluang yang boleh diraih melalui segmen berkenaan melalui tiga mekanisme."Iaitu persatuan dan aktiviti belia Negeri Terengganu, Program Sahabat Remaja Rabbani (Sahabat) serta program protege."Segmen ini menunjukkan bahawa kerajaan memang memandang serius mengenai pembangunan belia ke arah memastikan modal insan yang unggul berketrampilan dapat dilahirkan," katanya.Belia DUN berkenaan jelasnya, perlu dipandu agar fokus kepada segmen berkenaan memandangkan aktif dengan pelbagai program juga turut mempunyai persatuan-persatuan tersendiri.
19 Jan 20
53
Skuad AMAR Marang Optimis Sifarkan Tidak Solat Jumaat
Oleh : Aziz HambaliMARANG, 19 Januari - Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad AMAR) sedaya upaya berusaha menangani pelbagai kesalahan jenayah syariah di daerah itu terutama membabitkan perbuatan tidak menunaikan solat Jumaat.Ketua Skuad Amar, Nasaruddin Samsudeng berkata, skuad itu telahpun membuat hebahan dan kesedaran kepada segenap masyarakat tentang keseriusan kerajaan dalam menangani isu itu."Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan berkat kerjasama daripada semua pihak kita dimaklumkan sukarelawan muslimat bahawa sudah tidak kelihatan golongan lelaki, terutama remaja lepak ketika jemaah masjid sedang menunaikan Solat Jumaat, "Bagaimanapun, pihak skuad akan terus mengadakan pemantauan di lokasi yang menjadi kawasan lepak iaitu di kawasan pantai, bangunan kedai dan pondok rehat berdekatan masjid supaya perkara sama tidak berulang,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Operasi Pemantauan Gejala Ponteng Solat Jumaat di Masjid Kampung Kelulut dekat sini, baru-baru ini. Operasi tersebut turut mendapat kepercayaan dan kerjasama yang baik daripada pengurusan Majlis Kampung Kelulut (MPKK) dan pengerusi-pengerusi masjid serta AJK masjid di sekitar daerah Marang. "Kita juga menyeru supaya orang ramai atau masyarakat setempat yang prihatin supaya dapat membuat aduan dan memberi maklumat berkenaan kesalahan-kesalahan syariah yang boleh diperuntukkan dibawah hukuman takzir di negeri Terengganu."InshaAllah kita akan perhebatkan lagi program-program dibawah seliaan skuad kita dengan program-program penerangan berkaitan kesalahan-kesalahan syariah kepada masyarakat," tambahnya lagi.Beliau turut mengingatkan agar masyarakat di luar sana sama-sama mengambil perhatian kerana jika disabitkan kesalahan si pelaku boleh didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) pindaan 2016 kerana tidak menunaikan solat Jumaat, yang boleh didenda maksimum RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun jika bersabit kesalahan
19 Jan 20
97
'Terima Kasih Rakyat Malaysia'- Zamzuri
Zamzuri (kanan) menerima sumbangan barangan keperluan yang disampaikan Hanafiah dalam kunjungan, semalam.SETIU, 19 Januari- “Terima kasih semua, memang prihatinlah rakyat Malaysia ini.”Begitu kata Zamzuri Ahmad, 38, bapa kepada Muhammad Zhafran Amsyar, 1, yang menghidap penyakit uluran atau angin pasang (Hernia), masalah hati kronik (Biliary Atresia), jantung berlubang dan turut mengalami masalah hempedu.Jelasnya, selepas tular cerita tentang anak sulungnya di media sosial dan media perdana, beliau tidak putus-putus menerima panggilan daripada masyarakat yang ingin membantu.“Saya hendak kumpul kos sebanyak RM250,000 memang tidak mampu, hanya mengharapkan jasa baik orang ramai yang membantu.“Ramai yang telefon, daripada pelbagai bangsa bertanya keadaan Amsyar dan menyumbang, rakyat Malaysia memang betul-betul prihatin. Saya terharu menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat bersama wakil daripada Tabung Darul Iman (TDI) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kediamannya di Kampung Buluh Hilir, di sini, semalam.Zamzuri turut mengambil kesempatan memperbetulkan salah faham tentang statusnya yang dikatakan telah berhenti kerja dengan menyatakan, dia kini masih berkerja di sebuah kilang di Kampung Saujana, Setiu.“Saya masih bekerja, tetapi sering bercuti untuk membawa Amsyar mendapatkan rawatan."Alhamdulillah, majikan fahamlah apabila kita telefon maklumkan, dia minta saya utamakan anak dahulu,” jelasnya.Dalam kunjungan tersebut, kerajaan negeri memutuskan untuk membantu keluarga berkenaan dengan melancarkan tabung bantuan melalui Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).Hanafiah memaklumkan, adik Amsyar akan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam masa terdekat untuk mengesahkan tarikh pembedahannya.“JKM juga telah bersetuju menyalurkan bantuan bulanan sebanyak RM350 bermula Januari ini kepada adik Amsyar disamping beberapa barangan keperluan segera.“Kita juga akan lihat berapa jumlah kutipan keseluruhan tabung-tabung yang dilancarkan dan TDI akan berusaha untuk mencukupkan jumlah yang diperlukan,” katanya.
19 Jan 20
98