lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
MAIDAM Santuni Kaum Cina Menerusi Program Ziarah Sejahtera
Oleh: Mohd Asraf DUNGUN, 23 Januari- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menganjurkan Program Ziarah Sejahtera sempena Tahun Baru Cina yang bakal disambut beberapa hari lagi.Program menyantuni masyarakat Tionghoa itu turut disertai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Wan Hapandi Wan Nik dan wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Sura.Rata-rata penerima bantuan berupa hamper dan barangan keperluan harian pada program berkenaan menzahirkan rasa gembira dengan pemberian tersebut.Salah seorang penerimanya, Lim Chen Foo, 60, berkata, dia tidak menyangka akan menerima bantuan seperti itu dalam hidupnya. “Biasa kita bagi hamper ke orang, kali ni kita dapat hamper pulok.“Moleklah wat program macamnie, harapnya diteruskan lagi pada masa akan datang,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Ziarah Sejahtera yang diadakan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, semalam.Bagi Tan Jee Ann, 59, pula, dia sangat terharu dengan kedatangan wakil MAIDAM dan i-MiTS ) yang datang menyerahkan barangan itu. “Kita terharu sangat bila dikunjungi oleh orang pejabat gini. Kita harap keadaan aman damai antara kaum sentiasa terjagalah,” katanya. Seramai lima orang penerima mendapat manfaat dari Program Ziarah Sejahtera berkenaan termasuk Chang Chee Wei, 44, Ng Chew Peng, 44 dan Ching Kok Keong, 53.
22 Jan 20
31
Empty Image
Sahabat Amanah Ikhtiar Perlu Terap Tiga Perkara
Oleh: Aslam WiraMARANG, 23 Januari - Sahabat Amanah Ikhtiar perlu menerapkan tiga perkara penting dalam diri iaitu usaha, amanah dan tanggungjawab sebagai asas penting untuk menjadi peserta berjaya dalam perniagaan masing-masing. Isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, pertama adalah usaha di mana setiap sahabat perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pekerjaan atau perniagaan sebagaimana matlamat pinjaman tersebut dipohon.Katanya, sahabat juga harus bersikap amanah, yakni menggunakan sebaiknya wang pinjaman atau peruntukan yang diberikan jangan digunakan wang itu untuk hal-hal yang tidak sepatutnya.“Bertanggungjawab juga adalah perkara sangat penting di mana sahabat tidak boleh membebankan sahabat lain ketika sesi pembayaran balik dan sebagainya.“Dalam amanah ikhtiar, setiap sahabat perlu berkerjasama dalam setiap kumpulan dan menjaga antara satu sama lain dan ini memerlukan kepercayaan yang besar antara saru sama lain, “ katanya.Tuan Faizah berkata ketika mengunjungi tiga buah pusat Amanah Ikhtiar di sekitar Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, melibatkan tiga buah kampung iaitu Pulau Kerengga, Seberang Marang dan Gong Beris, semalam.Turut hadir adalah Petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Rhu Rendang, dan Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (Halwa) Dun Rhu Rendang.Beliau yang juga Pengerusi Wakil Rakyat (Khairunnisa)Terengganu sempat menziarahi tiga keluarga masyarakat cina tionghua sempena menjelang Tahun Baru Cina yang akan menjelang tidak lama lagi.
22 Jan 20
37
Empty Image
Budaya Cakna Wujud Masyarakat Harmoni
Dr. Farhaana bersama wakil pejabat DUN dan i-MiTS ketika menziarahi salah seorang penduduk. Oleh : Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 22 Januari – Kecaknaan bersama dikalangan jiran tetangga bukan sahaja dapat menjaga kebajikan malah turut dapat menghidupkan suasana yang harmoni dalam kalangan masyarakat setempat.Kunjungan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk ke Kondo Rakyat Kuala Ibai memperlihatkan budaya itu masih subur dikalangan penghuni perumahan tersebut.Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi iaitu Dr.  Farhaana Husainy Hasbullah ketika turun ke program ziarah kebajikan di sana berkata, kunjungan berkenaan membuka matanya tentang kehidupan bermasyarakat yang masih kukuh. “Kunjungan kami kali ini bukan sahaja membuka peluang menyantuni warga yang sakit, tetapi juga memberi kesempatan kepada kami untuk melihat sendiri semangat kejiranan di kalangan penduduk dan pemimpin setempat.Program ziarah diadakan setiap minggu mendekati masyarakat setempat.“Alhamdulillah, budaya yang masih mekar di sini, mereka yang susah diziarahi, diberi sokongan moral serta bantuan sekadar yang termampu,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di lokasi, semalam.Turut hadir dalam program ziarah tersebut, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) DUN Batu Buruk, Norzy Osman dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Hujung Jambatan, Nor Azra Harun.Tambahnya, terdapat juga inisiatif daripada ketua blok dan pemimpin setempat untuk menyediakan kelas mengaji al-Quran secara berkala yang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan warga kondo tersebut.Program ziarah kebajikan diadakan setiap minggu dengan tumpuan mendekati penduduk lebih dekat dimeriahkan pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kunjungan seperti pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.
22 Jan 20
578
Empty Image
Kerajaan Terengganu Teruskan Beri Geran, Bayar Elaun MPKK
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Kerajaan negeri  bertindak proaktif dengan menggunakan peruntukan sendiri bagi tujuan penyaluran geran dan elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setelah kerajaan Persekutuan bertindak menamatkan pemberian itu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, langkah itu perlu dilaksanakan bagi memastikan MPKK lantikan kerajaan negeri terus berfungsi seperti biasa.Berikutan itu, pihaknya telah memutuskan bahawa pemberian geran kepada 1,046 MPKK seluruh Terengganu akan diteruskan melalui peruntukan daripada kerajaan negeri dengan jumlah yang sama iaitu RM10 ribu bagi setiap MPKK.  “Dalam masa yang sama, pembayaran elaun kepada semua jawatankuasa MPKK juga tidak akan terjejas dengan tindakan terbaharu kerajaan Persekutuan terhadap MPKK. “Untuk tujuan ini, RM27 juta ialah dana daripada kerajaan negeri manakala bakinya adalah sumbangan kerajaan Persekutuan sebelum ini, sehubungan itu kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif untuk menampung kekurangan RM13 juta lagi ekoran penamatan ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM40 juta” katanya hari ini.Terdahulu, kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah bertindak menghentikan pemberian geran dan pembayaran elaun kepada MPKK di lima negeri pembangkang termasuk Terengganu.Menterinya, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan kerajaan Pusat hanya akan membayar elaun kepada MPKK Persekutuan sahaja memandangkan ia telah dikuatkuasakan penubuhan sejak awal bulan lalu.“Menerusi penubuhan MPKKP, kerajaan Pusat tidak lagi akan menanggung kos bayaran elaun yang berada di bawah kerajaan negeri.“Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM70 juta bagi menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) di lima buah negeri pembangkang.“Jumlah itu melibatkan penubuhan sebanyak 8,587 MPKKP dengan keseluruhan seramai 111,631 anggota di lima negeri melibatkan Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak,” tambah beliau.
21 Jan 20
375
Empty Image
Umat Islam Perlu Hindari Fahaman Sekularisme
Oleh : Adli Mohamad /Shahril Aswad HULU TERENGGANU, 20 Januari – Umat Islam perlu menghindari fahaman sekularisme yang memisahkan aspek agama dan membolehkan sesuatu tindakan atau amalan bebas dari ketentuan agama demi menjaga akidah masing-masing.Pendakwah Selebriti, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, umat Islam perlu sedar dan yakin dengan kekuatan Islam.Tegasnya, jangan sesekali terpengaruh dengan agenda musuh memperkenalkan Islam liberal, sosialis, sekularis mahupun syiah."Jangan kita mati disaat kita tidak yakin dengan Islam."Semua benda didalam hidup ini dari sekecil-kecil perkara sehingga ke besar-besar perkara adalah dengan Islam. Maka, tolong jaga iman,"ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib Khas di Masjid As-Syakirin di Kuala Ping, baru-baru ini. Turut hadir Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu.
21 Jan 20
62
Empty Image
Lokasi Balai Polis Di Laluan Utama
Oleh : Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 22 Januari- Setiap perancangan untuk membangunkan balai polis dan ibu pejabatnya mestilah di tempat yang menjadi laluan utama. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, beliau sedikit kecewa dengan lokasi bangunan Ibu pejabat Balai Polis Daerah Dungun yang dibina di belakang bangunan lot-lot kedai yang menyukarkan orang ramai untuk berurusan."Di sini kita nampak fizikal bangunan tidak menepati moto 'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada' “Yang mana slogan tersebut mengambarkan hubungan erat antara pasukan keselamatan negara itu dengan anggota masyarakat maka perlulah selari dengan binaan bangunan," jelasnya. Wan Hassan berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Kampungku Selamat’ di Dewan Sivik Seberang Pintasan, baru-baru ini.Pelancaran kempen tersebut turut dihadiri Ketua Polis Terengganu, Dato' Adli Ismail, Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman. Menurut Wan Hassan, pihaknya telah membangkitkan perkara tersebut ke Parlimen memandangkan sebagai sebuah agensi kerajaan yang terbesar ia menjadi tumpuan untuk rakyat berurusan.
21 Jan 20
74
Empty Image
Libatkan Agensi Berkaitan Pada Hari Bertemu Pelanggan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 Januari- Hari Bersama Pelanggan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi turut melibatkan agensi dan jabatan berkaitan untuk memudahkan masyarakat.Pegawai Penyelaras DUN tersebut, Ghazali Sulaiman berkata, ianya bagi membolehkan komuniti merujuk terus setiap permasalahan atau aduan kepada agensi yang betul.“Program seumpama ini akan diadakan sebulan sekali dengan memilih tempat yang menjadi tumpuan masyarakat seperti pasar tani, atau di tempat yang difikir sesuai  mengikut peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) . Manakala di peringkat mingguan kita masih kekalkan di PKMD.“Pada kali ini, kita telah melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) disamping dibuka kaunter Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) ,dan selepas pada ini kita akan cuba libatkan pula Jabatan kesihatan Dungun, Jabatan Pertanian, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan pelbagai agensi dan jabatan yang bersesuaian,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Hari Bersama Pelanggan, diadakan di Pasar Tani Jerangau, semalam.Ghazali berkata, kebanyakkan mereka yang hadir semalam ingin mengetahui serta mendapatkan penerangan yang jelas mengenai manfaat yang boleh mereka perolehi melalui JKM dan MAIDAM.“Serta  turut mengadu kepada kita masalah yang dihadapi mereka dengan kita menjadi perantaraan untuk memberikan khidmat nasihat serta mencari jalan bagi mencari solusi kepada setiap permasalahan yang timbul, “ katanya.Walau bagaimanapun katanya, proses cepat atau lambat sesuatu penyelesaian masalah bergantung kepada keadaan mengikut apa yang tertakluk dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.
21 Jan 20
127
Empty Image
Geng Masjid Junior Terima Hadiah
Oleh ; Mustaqim AfandiBESUT, 21 Januari - Seramai 100 orang kanak-kanak menerima hadiah sebuah basikal hasil daripada Program Geng Masjid Junior Kota Putera.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro & Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Putera mengambil inisiatif untuk memankinkan lagi kehadiran kanak-kanak ke masjid."Sambutan program ini amat memberangsangkan apabila lebih 150 kanak-kanak istiqomah ke masjid untuk solat berjamaah."Kepada mereka yang solat berjamaah penuh mereka mendapat sebuah hadiah basikal dan baucer makan KFC.'Mereka juga akan dibawa ke santuari gajah di Tasik Kenyir pada 8 februari nanti," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup Geng Masjid Junior pada Ahad, 19 Januari.Antara empat masjid yang terlibat iaitu Masjid Limbongan,Masjid Islah Paya Rawa, Masjid Alur Lintang dan Masjid Pengkalan Nyireh.Menurut Nurkhuzaini, Muaz Syarifuddin dari Masjid Limbongan telah menjadi johan keseluruhan membawa pulang hadiah pakej percutian ke Pulau Perhentian.Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan masjid yang kita pilih kerana memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini."Insyaallah kita akan mencari lagi inisiatif lain lagi supaya anak-anak rajin untuk solat berjamaah dimasjid kerana itu juga tuntutan dalam agama Islam."Mudah-mudahan anak-anak muda ini akan tetap istiqomah untuk solat berjamaah dimasjid," tambah beliau.
21 Jan 20
121
Empty Image
Aina Mikayla Dalam Perhatian Kerajaan
KUALA NERUS, 21 Januari - Kerajaan negeri berusaha membantu meringankan beban keluarga kanak-kanak penghidap penyakit jantung berlubang, Aina Mikayla Abdul Aziz, 2, dari Kampung Bukit Tok Ris di sini.Justeru Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung berkenaan sedang berusaha mengumpulkan maklumat mengenai latar belakang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) itu dan keluarganya untuk dipertimbangkan serta diberi bantuan sewajarnya.Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PK-NERUS), Ustaz Wan Yusrizal Wan Shafi'i, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Tunggal, Wan Mohd Faudzi Wan Harun dan Pengerusi MPKK Bukit Tok Ris, Mohd Ali Ngah telah menziarahi kanak-kanak serta keluarga tersebut semalam dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.Sementara itu, ibunya, Mariam Abdullah, 23, berkata, anaknya itu telah disahkan oleh doktor menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, 8 Januari 2018.Menurut beliau, anaknya juga telah disahkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) kerana tumbesarannya terbantut dan tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak normal lain.“Sewaktu anak saya dilahirkan pada 8 Januari 2018 di HSNZ, doktor telah mengesahkan bahawa anak saya telah menghidap penyakit jantung berlubang.“Anak saya juga turut disahkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) kerana tumbesarannya terbantut dan tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak seusia denganya,” jelas beliau ketika ditemui sempena majlis ziarah tersebut.Mariam berkata, beliau dimaklumkan bahawa jantung Aina perlu dibedah tetapi terpaksa ditangguhkan kerana usianya terlalu muda."Kami sekeluarga terpaksa berusaha menyediakan  kos rawatan sebanyak RM600 setahun dalam keadaan pekerjaan suami tidak menentu," jelasnya.Katanya, suaminya, Abdul Aziz Abdullah, 33, hanya bekerja sebagai buruh am di kampung dengan pendapatannya sekitar RM900 sebulan, tidak mampu menampung kos hidup yang semakin meningkat.Adik Aina Mikayla merupakan anak sulung dari dua beradik manakala  adiknya, Azia Miranda baru berusia 40 hari.
20 Jan 20
145
Empty Image
Pengurusan Masjid Dan Masyarakat Perlu Profesional
Oleh : Izzat IzriKUALA NERUS, 21 Januari - Bagi mengembalikan semula fungsi masjid sebagai pengkalan utama pembangunan modal insan, institusi berkenaan disaran untuk meningkatkan tahap pengurusan dengan lebih profesional. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, pengurusan masjid serta masyarakat sekitar harus berkembang dengan lebih rancak sejajar dengan arus peredaran zaman. Katanya, perubahan tersebut tidak akan berjaya sekiranya tiada idea-idea dan tindakan proaktif untuk merancakkan suasana masjid dengan aktiviti atau program yang mesra rakyat.“Setiap pihak yang berada di dalam dan luar institusi itu harus bersedia untuk berubah bagi mengelakkan masjid hanya dilihat sebagai tempat untuk menunaikan solat.“Pentadbiran dan pengurusan masjid juga perlu dikemaskinikan, yang bercirikan profesionalisme. Sejak zaman Rasulullah S.A.W, masjid bukan hanya tempat ibadah, tetapi pusat kegiatan dakwah Islam yang luas,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Liqa Mahabbah Peringkat Masjid DUN Batu Rakit, di Dewan Masjid Mengabang Telipot di sini baru-baru ini.Menurut beliau, setiap anggota masyarakat juga perlu mengikuti jejak langkah Rasulullah S.A.W dengan menjadikan masjid sebagai tempat penyebaran ilmu dan mengeratkan silaturahim sesama insan. “Bermula dari masjid itulah, Baginda membina masyarakat baharu Madinah. Ahli sufi antara golongan yang terbit daripada kesedaran fungsi masjid. Mereka banyak mengambil manfaat daripada ajaran Rasulullah SAW ketika itu. Tambahnya, pada era moden hari ini, orang ramai harus berperanan besar dengan semaksima mungkin untuk memakmurkan masjid. “Memakmurkan masjid mempunyai dua pengertian iaitu membangun masjid secara fizikal, membersihkannya dan melengkapi dalam pelbagai sudut.
20 Jan 20
741