Artikel "Komuniti" Terkini
Coronavirus, Ambil Iktibar Kisah Kesombongan Raja Namrud
Oleh : Amiirullah MansorDUNGUN, 28 Januari- Umat Islam diseru mengambil pengajaran daripada penularan wabak Coronavirus ketika ini untuk terus beriman kepada Allah SWT.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, apabila berlakunya sesuatu yang tidak dijangka seperti penularan wabak ini, umat Islam sepatutnya lebih mendekatkan diri dan beristighfar memohon keampunan Allah SWT.“Umat Islam perlu menjadikan pengajaran daripada kisah Raja Namrud yang berasa paling berkuasa tewas dengan sekecil nyamuk.Kita perlu mengambil iktibar penularan wabak ini adalah salah satu daripada kekuasaanNya dan percaya bahawa Allah SWT mampu melakukan lebih hebat daripada ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau al - Ihsan, Batu 7, semalam.Jelasnya lagi, virus yang sedang merebak di beberapa daerah di China membuktikan itu kekuasaan Allah melebihi segala - galanya."Kekejaman China menindas masyarakat Islam di sana (China) mungkin ia adalah sebagai kafarah yang dilakukan."Bahkan kita (Malaysia) sendiri terpaksa menghadapi wabak virus ini," jelasnya lagi.Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga - jaga dengan wabak yang tular sekarang ini.
27 Jan 20
368
300 PEKIDA Kemaman Diraikan
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 28 Januari - Seramai 300 orang ahli Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) diraikan dalam Program Ramah Mesra YBC (Yang Berhormat Cukai) Bersama PEKIDA Kemaman yang berlangsung di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, baru-baru ini.ADUN Cukai, Hanafiah Mat mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan, ahli jawatankuasa dan ahli PEKIDA yang hadir memeriahkan majlis tersebut."Malam ini kita bertemu, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan supaya kita dapat mengenali di antara satu sama lain."Pertemuan ini bukanlah yang pertama dan yang terakhir. Pintu pejabat kami akan sentiasa terbuka untuk kita sama-sama duduk bertemu mata, berbincang, bertukar pandangan dan sebagainya," ujarnya.Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri turut memberitahu, perjuangan yang dibawa oleh mereka adalah sama."Saya dimaklumkan PEKIDA hari ini dalam usaha untuk mengumpul dana bagi memberi sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin."Inilah sebahagian daripada perjuangan kami dan sebahagian besar adalah perjuangan kalian. Ia adalah harapan kita bersama," katanya ketika berucap bagi merasmikan program tersebut.PEKIDA adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi membela orang Melayu di Malaysia.
27 Jan 20
1299
Terengganu Cadang Perluas Skop Kerja MARRIS
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 28 Januari - Terengganu mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan supaya skop kerja peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) diperluaskan demi keselesaan dan kesenangan rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia perlu ditambah baik kepada kerja-kerja pembinaan jalan baharu dan bukan hanya tertumpu penyelenggaraan sahaja.Katanya, sebab itulah kerja-kerja menyelenggara lebih rancak berbanding pembinaan jalan raya baharu.“Setakat ini, MARRIS hanya membenarkan skop kerja penyelenggaraan dan naik taraf jalan sedia ada yang berdaftar sahaja. Tidak boleh digunakan untuk bina jalan baharu.“Untuk bina jalan baharu, kita guna peruntukan daripada sumber di bawah skop lain. Di Jabi, jalan baharu kita bina, penyelenggaraan jalan sedia ada pun kita buat,” katanya dalam satu kenyataan bagi menjawab persoalan penduduk kampung pagi ini.Untuk rekod, peruntukan MARRIS di bawah Kerajaan Persekutuan hanya membenarkan skop kerja penyelenggaraan dan naik taraf jalan sedia ada yang berdaftar sahaja. Dana tersebut tidak boleh digunakan untuk membina jalan raya baharu sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang.
27 Jan 20
199
Sentiasa Pantau Penggunaan Telefon Anak
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 28 Januari- Ibu bapa dinasihatkan agar berhati-hati jika menghadiahkan telefon pintar kepada anak-anak.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, mereka perlu sentiasa memantau penggunaannya untuk memastikan anak-anak tidak menyalahgunakan pemberian tersebut ke jalan yang salah."Anak-anak perlu dipantau, sebab dengan telefon dunia adalah hanya di hujung jari anak-anak, didik anak untuk menggunakan telefon kepada kebaikan dan tidak melalaikan," pesannya.Alias berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Kampung Burung Baru di sini, baru-baru ini.Seterusnya beliau turut mengharapkan para bapa agar tidak datang ke masjid bersendirian." Bawalah anak-anak lelaki ke masjid, berjemaah bersama dan kalau ada kuliah, kita sama-sama dengar supaya kita jadi orang yang berilmu, dengan ilmu kita beramal," Jadikan program ke masjid surau, program bersama keluarga, tidaklah kita mari ke surau, tapi anak-anak tidak tahu ada di mana, sedang buat apa," katanya lagi.
27 Jan 20
53
Didik Anak Solat Seawal Tujuh Tahun
Oleh: Mohd Asraf DUNGUN, 28 Januari - Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk menunaikan solat seawal usia tujuh tahun.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, menjadi kewajipan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memerintahkan anak-anak menunaikan solat sejak umur tujuh tahun. “Perintah tersebut mestilah dimulai dengan mengajar mereka hukum, amalan dan syarat dalam solat untuk membiasakan mereka mendirikan solat dengan sempurna.“Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak supaya beradab ketika menunaikan solat,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ‘Bengkel Bbetul Solat’ anjuran Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura di Surau Haji Wan Ismail, Jalan Melati disini. Tambah Wan Hapandi lagi, jika mereka mengabaikan atau meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun, maka pukullah mereka sebagai pengajaran.“Sebagai ibu bapa, kita juga seharusnya membawa anak anak kita ke surau atau masjid untuk melazimi mereka agar sentiasa dekat dengan rumah Allah,”ujarnya.
27 Jan 20
32
Semua Pihak Digesa Bersama Cegah Kemungkaran
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 28 Januari - Semua pihak termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kawasan Rukun Tertangga (KRT) serta PAS Cawangan digesa bersama-sama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mencegah kemungkaran di kawasan masing-masing.Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, Mohd Syahir Radin berkata, hampir setiap malam skuadnya menyertai aktiviti rondaan bersama pasukan lain di sekitar DUN berkenaan.“Kami Pemuda PAS Dun Sura cintakan kebaikan dan ingin cegah kemungkaran. Kami namakan Skuad Amar Makruf. “Kita arahkan seluruh lajnah dan jabatan Pemuda PAS DUN Sura untuk bersama-sama menyertai aktiviti rondaan yang diadakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan rondaan cegah kemungkaran, baru-baru ini.Katanya, setiap kali rondaan dilakukan, pihaknya turut mengedarkan risalah berkaitan nasihat agama dan tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
27 Jan 20
34
Pasangan Umur Setengah Abad Antara Dicekup
Oleh: Aslam WiraMARANG, 25 Januari - Pasangan yang berumur lebih 50 tahun antara yang dicekup dalam operasi kesalahan jenayah syariah sempena malam sambutan Tahun Baru Cina.Dalam operasi yang bermula seawal jam 1.00 pagi, seramai lima individu telah ditahan di bilik berasingan sebuah hotel di daerah ini awal pagi semalam.Ketua Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar), Nasaruddin Samsudeng berkata, operasi ini merupakan salah satu cara dakwah dalam kita terus saling menjaga antara satu sama lain.“Masyarakat khususnya yang beragama islam perlu mengambil posisi masing-masing sebagai tanggungjawab menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran.“Alhamdulillah, usaha ini juga mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri, Jabatan Hal Ehwal Negeri Terengganu, dan masyarakat negeri Terengganu,”katanya.Seramai lebih 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada Skuad Amar dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) serta Pejabat Agama Daerah Marang telah terlibat dalam operasi tersebut.Mereka yang ditahan akan didakwa di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang akan dikenakan denda maksimun RM3000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.Pesalah yang dicekup masing-masing berumur lingkungan 20 sehingga 52 tahun.
27 Jan 20
53
Riadah Santai Tarik Minat Belia
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 27 Januari - Riadah secara santai dapat menarik minat belia untuk menyertai aktiviti sihat.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Besut, Mohd Hakim Zulfikri Awang berkata, aktiviti itu dapat mengeratkan hubungan antara belia secara lebih dekat.“Kita amat menggalakkan para belia agar sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi membendung gejala yang kurang sihat."Dengan riadah dan perjumpaan sebegini, kita dapat merasai serta menghayati keinginan golongan muda masa kini dengan lebih jelas," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pemberita di Dewan Futsal Bukit Kenak, Jerteh, pada Sabtu, 25 Januari.Menurutnya, kerajaan negeri amat menggalakkan para masyarakat agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat melahirkan rakyat yang sejahtera."Aktiviti riadah ini diadakan setiap bulan bagi mengumpulkan golongan muda dan dapat menyampaikan maklumat penting mengenai hasrat kerajaan negeri.“Penyampaian nasihat dan makluman secara spontan merupakan salah satu cara untuk menghubungan belia dengan hasrat kerajaan iaitu melihat Negeri Terengganu Maju,Berkat dan Sejahtera," tambah beliau.
26 Jan 20
60
‘Sampah Anda Tanggungjawab Anda’ – Dr Mohd Khairuddin
Dr Mohd Khairuddin (dua dari kiri) mengutip sampah di Pantai Teluk Ketapang Seberang Takir Kuala Nerus.Oleh: Nizam At-TakiriKUALA NERUS, 26 Januari – Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman Razali melancarkan kempen ‘Sampah Anda Tanggungjawab Anda’ di Pantai Teluk Ketapang Seberang Takir di sini bagi memperingatkan semua warga Terengganu dan para pelancong tidak membuang sampah di merata-rata tempat.“Kita boleh kutip sampah tetapi apa yang kita nak sampaikan ialah sampah anda adalah tanggungjawab anda.“Kita mengharapkan semua warga Terengganu dan para pelancong yang datang di tempat kita, mereka bawa sampah dan mereka pulang dengan sampah supaya kita tidak perlu setiap minggu bergotong royong membersih sampah,” katanya ketika bercakap kepada media di Program Bersih Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir di sini semalam.Dr Mohd Khairuddin (kanan) menemui petugas kebersihan di Pantai Teluk Ketapang Seberang Takir Kuala Nerus.Dr Mohd Khairuddin berharap pantai berkenaan tetap bersih, cantik dan indah sekali gus budaya warga Kuala Nerus juga menarik.“Saya menyeru semua orang tidak kira siapa mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan kerana ia separuh daripada iman. Sampah anda adalah tanggungjawab anda” jelasnya.Program itu dianjurkan oleh Persatuan Belia Bestari (M.A.Y.C.) Kampung Banggol, Manir dengan kerjasama Kelab Terjoh 4x4 Kuala Terengganu, Terengganu Volunteers (T-VOLT), dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).Dr Mohd Khairuddin bersama petugas bersih Pantai Seramai 100 peserta termasuk warga Seberang Takir, Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) hadir dalam program tersebut.Turut hadir, Ketua Turus PTCM Negeri, Dato' Ramli Embong, dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Seberang Takir.
26 Jan 20
179
'Kita Dah Bantu Yasmin' - Hanafiah Mat
Hanafiah turun melihat sendiri keadaan tempat tinggal Yasmin sekeluarga.KUALA TERENGGANU, 23 Januari- Kerajaan negeri mengambil langkah segera menyediakan tempat tinggal sementara bagi membantu wanita warganegara Myanmar, Yasmin Fayas Ahmad, 28, yang tular di media sosial kerana tinggal bersama tiga anaknya, di kawasan hutan Bukit Bayas, di sini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat meninjau keadaan keluarga tersebut memaklumkan, langkah itu sebagai penyelesaian jangka pendek yang sesuai buat masa ini.“Kami dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) akan menempatkan keluarga ini di Rumah Sejahtera di Bukit Payung yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO).Hanafiah mendengar penjelasan Yasmin tentang kesukaran yang dialaminya. “Kita ambil inisiatif ini secara serta-merta kerana dia dan anak-anaknya memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan wajar diberikan perlindungan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi tersebut, semalam.Hadir sama dalam tinjauan tersebut ialah Pengarah JKM Terengganu, Zuhami Omar.Hanafiah menjelaskan, siasatan seterusnya akan dilakukan oleh pihak JKM untuk menentukan di mana mereka akan ditempatkan pada masa akan datang.“Hasrat kerajaan negeri ialah memastikan golongan ini sentiasa diberikan perhatian. Kita tiada peruntukan khusus untuk perkara ini, tetapi ada peruntukan untuk menyediakan prasarana yang turut diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Terengganu 2020, lalu.Keadaan kawasan tempat tinggal Yasmin.“Setakat ini, bajet meluluskan untuk kita membina sebuah rumah orang tua dinamakan Raudhatul Jannah dan dua buah rumah gelandangan di Kemaman."Kita akan berusaha secepat mungkin supaya dua buah rumah yang diberikan Pusat Latihan Antarabangsa (ITC) di Teluk Kalong, Kemaman dapat dibaik pulih serta-merta dan sebuah rumah milik kerajaan negeri untuk dibaiki segera,” katanya.Terdahulu, kisah kehidupan Yasmin bersama anak-anaknya yang berusia 8 tahun, 3 tahun dan setahun, tersebar melalui media sosial.Yasmin, warga Myanmar mengalami kesukaran hidup setelah suaminya yang juga warga asing ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia, empat bulan lalu.
23 Jan 20
99