lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Yahaya Buktikan Usia Bukan Penghalang Dalami Ilmu Agama
Yahaya tetap hadir walaupun rakan-rakanya sudah ramai meninggal dunia.Oleh : Aziz HambaliMARANG, 1 Februari - Biarpun sudah menginjak ke hujung usia, seorang pengunjung Kuliah Dhuha di Masjid Rusila di sini tetap mengagahkan diri hadir mengikuti majlis ilmu terbabit.Menurut Haji Yahaya Abdullah, 83, berkata, walau bertongkat keadaan tersebut bukan alasan untuk dirinya tidak hadir setiap minggu mendengar pengisian dan mutiara kata daripada Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang."Alhamdulillah, sehingga hari ini masih berkesempatan datang ke kuliah dhuha Mingguan di Rusila setiap kali hari jumaat."Bila kita jahil, kita mari dengar daripada orang berilmu. Jangan biarkan dalam diri terus menerus dalam kejahilan.Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Presiden PAS."Kawan-kawan saya semua sudah meninggal. Tinggal saya sahaja yang masih mendengar kuliah di Rusila ini," katanya warga emas Kampung Kuala Kejir itu.Tambahnya lagi, sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menggagahkan diri ke kuliah dhuha itu sejak berusia muda lagi."Pada usia muda saya datang dengan kawan-kawan, setiap minggu wajib hadir, walaupun jauh dengan kampung halaman kami," ujarnya.
31 Jan 20
51
Empty Image
Amar Makruf Nahi Mungkar Pasangan 'Kurang Sopan'
Ahmad Shah dan Dr. Fauzi menasihati pasangan terlibat.KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Pelaksanaan penguatkuasaan syariah yang menjadi dasar kerajaan negeri terus diperkasakan melalui sesi dakwah kepada pasangan-pasangan yang difokuskan dalam program Amar Makruf Nahi Mungkar.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed berkata, program tersebut merupakan salah satu langkah dakwah dalam usaha mencegah perlakuan kurang sopan terutama di kalangan belia.“Malam ini, ada beberapa pasangan yang kita tahan setelah didapati mewujudkan suasana yang kurang baik di tempat awam. “Sebanyak tiga pasangan kita tahan, bukan untuk didakwa ataupun kita bawa kepada pengadilan, tetapi kita lebih kepada hendak berdakwah dan memberi nasihat kepada mereka,” katanya.Ahmad Shah menjelaskan program diadakan sebagai pendekatan dakwah kepada umum.Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program berkenaan di Dataran Pantai Batu Buruk, malam tadi.Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Lajnah Dakwah Kuala Terengganu (LDKT) serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berdekatan.Turut serta, Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah, Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Fauzi Yusuf yang berperanan menyampaikan tazkirah dan Ketua Polis Balai Kuala Terengganu, Md Nasri Md Nasir.Menurut Ahmad Shah, tujuan utama program itu diadakan adalah sebagai pendekatan untuk menyampaikan pedoman kepada anak-anak muda khususnya yang berada di negeri Terengganu.Risalah mengenai penjagaan aurat dan pencegahan maksiat turut diedarkan kepada orang ramai.“Kami dapat memfokuskan beberapa pasangan malam ini yang memang daripada sudut etika, sudut hukum syariatnya mereka telah melanggar batasan tersebut.“Jadi, proses seterusnya adalah memberi nasihat supaya mereka tidak mengulangi perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat lebih jauh daripada pertemuan yang pada asasnya perkara biasa, tetapi mungkin boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk,” katanya.Secara umumnya, berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu, pasangan-pasangan terbabit boleh didakwa di bawah Seksyen 34 Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam, yang memperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
31 Jan 20
202
Empty Image
Kemudahan Peralatan Pengajaran Dan Pembelajaran Di PASTI Perlu Lengkap
Oleh: Asraf IkhwanDUNGUN, 31 Jan- Kemudahan peralatan pengajaran dan pembelajaran di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) perlu lengkap demi menjaga prestasi guru dan murid.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, kekurangan kemudahan di PASTI perlu diberi perhatian supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar."PASTI bukan berada dibawah pusat mengakibatkan susah untuk mendapat sebarang dana atau bantuan kerajaan. “Memang menjadi hasrat kami untuk sentiasa memenuhi keperluan pengajaran agar guru-guru PASTI dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien,” katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Komputer Riba dan Mesin Pencetak kepada tujuh PASTI di DUN Sura.  Tambah beliau, PASTI memiliki potensi untuk lebih maju dalam sistem pembelajaran dan pengajaran, namun kekurangan kemudahan menjadi kekangan kepada guru untuk menyediakan bahan-bahan mengajar yang terkini.“Saya yakin jika kemudahan yang lengkap dan prasarana yang lebih baik, mereka (guru) PASTI dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan,” ujarnya. Justeru, Wan Hapandi memuji pengorbanan guru PASTI yang terus komited mendidik pelajar.“Terima kasih kepada semua penyumbang tetap dan tidak dilupakan pengorbanan guru terutama yang telah lama berkhidmat harus dipuji kerana mereka bersedia berhadapan dengan cabaran untuk melihat anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna,” katanya.Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menyumbang dan boleh berbuat demikian dengan menghubungi PASTI yang berdekatan.
31 Jan 20
375
Empty Image
Kuala Besut Johan Kumpulan Setelah Membelasah Hulu Besut
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 30 Januari - Kuala Besut muncul Johan Kumpulan Bola Sepak Piala Penyelaras Parlimen Besut setelah membelasah Hulu Besut dengan 10 jaringan tanpa berbalas.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Besut, Mohd Hakim Zulfikri berkata, perlawanan itu telah memasuki hari ke lima tetapi pasukan Kuala Besut telah pun layak untuk beraksi di peringkat separuh akhir setelah menang ketiga-tiga perlawanan.“Kedua-dua pasukan Kuala Besut muncul sebagai satu pasukan yang menang kesemua perlawanan dan layak untuk beraksi diperingkat seterusnya."Hari ini merupakan satu sejarah buat Kuala Besut B setelah menjaringkan 10 gol mengatasi lawan dan menjuarai Kumpulan A," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyaksikan perlawanan antara Kuala Besut B dan Hulu Besut A di Padang Bola Astaka Gong Kemuntong, Jerteh pada hari Rabu, 29Januari.Menurutnya, beliau berharap agar para pemain sentiasa mengamalkan semangat kesukanan dan disiplin yang baik sepanjang perlawanan."Setakat hari ini sebanyak 44 jaringan telah dihasilkan oleh semua pasukan dengan Muhamad Supian dari Pasukan Kuala Besut B muncul sebagai penjaring terbanyak.“Perlawanan sebegini akan terus diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama belia agar terhindar daripada melakukan aktiviti yang kurang baik," tambah beliau.
30 Jan 20
340
Empty Image
Jadikan Ganjaran Pahala Motivasi Tingkatkan Kualiti Kerja
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 30 Januari- Setiap kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) perlu sedar kerja yang mereka lakukan dalam membantu masyarakat akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan ikhlas.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, mereka seharusnya menjadikan ganjaran pahala itu sebagai sebagai motivasi untuk mempertingkatkan kualiti kerja.“Kalau bersandarkan kepada gaji yang diterima memang tidak sepadan tetapi kesungguhan bekerja dengan ikhlas menjadikan kakitangan i-MiTS mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan. "Tengok masa program Sumbangan Baju Sekolah baru-baru ini, kalau tersalah bagi orang marah, tetapi tidak apa, kita ingat pahala yang kita perolehi," ujarnya memberi kata - kata perangsang kepada kakitangan IMiTS di Himpunan i-MiTS Parlimen Dungun di Pinang Merah, Paka, baru-baru ini.Turut hadir, Pengarah i-MiTS, Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Penyelia i-MiTS Parlimen Dungun, Jamaluddin Jusoh. Katanya, ganjaran paling besar adalah apabila sentiasa tanamkan dalam hati untuk sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan."Kerja kita mestilah letakkan Allah sebagai matlamat kita, di situ kita ada gaji dan ada pahala," jelasnya.
29 Jan 20
97
Empty Image
PBAQ Pengadang Baru Buka Peluang Dalami Al-Quran
Oleh: Adli MohamadMARANG, 30 Januari- Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ) Pengadang Baru membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran. Pengerusi PBAQ Pengadang Baru, Zakaria Ismail berkata, kelas Bahasa Arab yang ditawarkan institusi terbabit terbahagi kepada dua tahap dan peserta boleh memilih untuk mengikutinya pada sebelah siang atau malam."Kelas waktu siang akan bermula pada 1 Februari, bermula jam 8 pagi sehingga 9.30 pagi bertempat di rumah bersebelahan Masjid Jamek Pengadang Baru."Manakala kelas sebelah malam pula, jam 8 malam sehingga 9.30 malam bertempat di Kompleks Majlis Daerah Marang (MDM) Telaga Mengkudu," ujarnya ketika dihubungi pemberita, semalam.Katanya, kelas tahap satu dikhaskan untuk mereka yang belum berpengalaman mempelajari bahasa Arab dan sebagai kelas pengenalan dengan tempoh selama enam bulan."Walaupun begitu, peserta mestilah boleh membaca al-Quran dengan lancar dan boleh menulis jawi."Manakala bagi tahap dua pula mengambil masa selama tujuh bulan dan ianya dikhaskan untuk golongan yang pernah ada pengalaman asas belajar Bahasa Arab secara formal atau tidak formal," ujarnya.Kelas tahap dua, katanya merupakan kelas pengenalan kepada mempelajari tata bahasa Arab asas."Memahami komponen dalam struktur ayat dan pengkayaan kosa kata."Pembelajaran akan dikaitkan dengan struktur bahasa Arab dalam satu surah pilihan daripada al-Quran," katanya.
29 Jan 20
164
Empty Image
‘Hidupkan Kembali Budaya Gotong-Royong’ - Dr Azman
Azman Ibrahim membersihkan parit yang tersumbat.Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 28 Januari - Orang awam terutamanya para nelayan dan petani diseru untuk menghidupkan kembali aktiviti gotong-royong agar masalah menimpa masyarakat tidak berlarutan menjadi lebih parah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, semangat itu perlu kembali disemai supaya anggota masyarakat turut menyedari bahawa tanggungjawab membina persekitaran berkualiti tidak hanya terletak pada pihak berkuasa.“Dengan memanfaatkan jentera yang ada di Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah, Pejabat Daerah dan lain-lain, ayuh kita bergotong-royong membersihkan kawasan kita mencari rezeki.“Semangat yang ingin saya semai ialah bukan semua kerja kerajaan perlu buka tender dan bagi kontrak, kita perlu hidupkan semula budaya murni gotong-royong,” katanya mengulas masalah tentang longkang dan parit yang tersumbat baru-baru ini.Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan, masalah yang membelenggu rakyat pastinya akan mudah untuk diselesaikan sekiranya komuniti kampung berperanan dengan baik.Katanya, dalam masa yang sama masalah sawah padi yang tersumbat sememangnya dalam makluman dan perhatian pihak kerajaan. “Sebab itulah kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM500 ribu dalam Bajet 2020 untuk penyelenggaraan sistem pengairan dan perparitan di kawasan sawah padi luar jelapang.“Bajet itu tak terlalu banyak. Saya telah berbincang dengan Pengarah Pertanian Negeri, Zulkepli Amin Yusof dan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) supaya kerja-kerja ini turut dilaksanakan secara gotong-royong terutamanya bagi membersihkan parit ‘secondary’ dan ‘tertiary’.“Ada banyak kawasan padi di luar jelapang yang memerlukan penyelenggaraan seperti Kerandang Timur, Gong Machang, Gong Telikong, Kepala Gajah, Gong Ubi Keling, Padang Lengkuas, Bukit Jeruk, Pelagat, Kampung Nangka dan lain-lain,” ujarnya yang mengharapkan kerjasama daripada penduduk sekitar.
29 Jan 20
494
Empty Image
Senyum Dan Beri Salam Amalan Yang Baik
Oleh : Mustaqim AfandiBESUT - 28 Januari - Senyum dan memberi salam adalah satu rutin yang baik untuk dijadikan amalan harian ketika bertemu dengan seseorang.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan  Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, orang ramai digalakkan melakukan amalan tersebut kerana ia merupakan amalan yang terpuji dalam Islam.“Kita amat menggalakkan para belia agar sentiasa senyum dan memberi salam kepada orang yang lebih  tua tanda kita menhormati mereka,“ ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika berucap dalam program Kempen Jom Beri Salam & Senyum pada Isnin, 27 Januari.Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program tersebut."Dalam masa beriadah juga kita nak kempenkan memberi salam. Peserta-peserta yang hadir diingatkan supaya memberi salam dan senyum kepada pengunjung yang datang ke Bukit Keluang."Kempen yang biasa tapi ia semakin dilupakan, didalam agama Islam apabila setiap kali bertemu sesama muslim digalakkan memberi salam dan senyum," tambah beliau.
28 Jan 20
201
Empty Image
Solat Hajat Hindar Coronavirus
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 28 Januari -  Seruan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri kepada seluruh qariah masjid di Terengganu supaya mengadakan solat hajat selepas solat Maghrib di seluruh negeri bagi memohon pertolongan Allah S.W.T agar dijauhi dari dijangkiti wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) disambut baik oleh majoriti rakyat di negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat turut hadir menunaikan solat Isyak berjemaah dan solat hajat di Masjid Jamek Chukai di sini kelmarin.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir."Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengingatkan kita semua agar tidak panik dengan isu virus ini."Saya juga mengharapkan kita tidak cepat mempercayai sebarang maklumat yang tidak pasti kesahihannya. Kita perlu mendapatkan maklumat yang sahih daripada sumber yang boleh dipercayai."Ia penting bagi mengelakkan kegusaran di hati rakyat apabila menerima maklumat yang salah yang disebarkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai turut mengingatkan, semua pihak perlu menjaga kesihatan dan kebersihan diri."Jika anda demam, batuk, selsema dan sebagainya segeralah merujuk kepada doktor yang bertauliah di hospital berdekatan," katanya lagi.
28 Jan 20
143
Empty Image
Kerusi Roda, Tongkat, Hadiah Cukup Bermakna
Oleh: Aslam WiraMARANG, 28 Januari – Pemeberian kerusi roda dan tongkat berkaki empat yang disumbangkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang antara hadiah yang paling bermakna diterima  pesakit saraf, Muhammad Badrul Amin Murhalim, 19..Pemberian itu nyata memudahkan pergerakan Muhammad Badrul di mana sebelum ini terpaksa mengesot dan dipapah untuk menguruskan diri, termasuk mandi.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria berkata, kerusi roda dan tongkat itu adalah salah satu bentuk dorongan supaya semangatnya untuk meneruskan aktiviti seharian dengan lebih kuat dan bersemangat.“Sumbangan ini mungkin tidak sebesar mana, tapi ia mampu beri sinar baru buat adik Badrul setelah mengalami patah kaki dan kerosakan saraf yang menyebabkannya tidak boleh berjalan sendiri.“Dengan umur yang masih muda dan perjalanan yang masih jauh, penting untuk dia sentiasa kuat dan tidak mudah berputus asa,”katanya.Beliau berkata ketika hadir menyerahkan sumbangan tersebut di rumah keluarga Muhammad Badrul di Kampung Darat Pak Chan, di sini, semalam..Turut hadir adalah Penyelia Pusat Khidmat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Setiausaha Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Wan Nelang Wan Abd Rahman, Ketua Pemuda PAS Dun Rhu Rendang, Ziyad Zakaria dan Wakil Majlis Komuniti Kampung Darat Pak Chan.Muhammad Badrul terlibat pernah  dalam kemalangan jalan raya  pada tahun lepas dan mengalami kecederaan parah pada kaki, muka dan mata kirinya menyebabkannya penglihatan serta pergerakannya kini sangat terbatas.
28 Jan 20
149