lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Celoteh PU Rahmat ‘Pukau’ Penonton
Pengunjung khusyuk mendengar kuliah daripada PU Rahmat.Oleh: Fahmi IzzuddinSETIU, 4 Februari - Celoteh Pencetus Ummah (PU) Rahmat dalam Kuliah Dhuha di Tapak Pasar Tani Bandar Permaisuri hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman berkata, kehadiran selebriti agama sangat menarik minat orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.“Setiap minggu kita akan atur penceramah yang berbeza dan hebahan kita maklum dari semasa ke semasa di samping hebahan melalui media sosial.“Insya-Allah, kehadiran golongan ilmuan yang mempunyai pelbagai gaya penyampaian dapat memahamkan orang ramai tentang agama.“Kita mengharapkan majlis ilmu seperti ini terus kekal bagi memberi kefahaman ilmu agama kepada masyarakat setempat dan dalam masa yang sama kepada mereka yang berkunjung ke pasar tani ini,” ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).PU Rahmat.Program yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 9.30 pagi itu berjaya menarik ramai pengunjung ke pasar tani itu.Kuliah Dhuha yang dianjurkan Pusat Khidmat Parlimen Setiu mendapat kerjasama pelbagai jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah Setiu, Majlis Daerah Setiu, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Setiu dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permaisuri.
03 Feb 20
110
Empty Image
Ujian Tanda Kasih SayangNya
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 4 Februari- Setiap muslim perlu memohon pertolongan dan bergantung kepada Allah SWT apabila ditimpa kesulitan dalam kehidupan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, setiap ujian yang dilalui oleh kehidupan setiap orang adalah berbeza-beza.“Ujian yang Allah datangkan adalah sebagai tanda kasih sayangNya terhadap kita sebagai hamba.“Juga menjadi medan untuk kita muhasabah diri, agar benar-benar mendekati Allah SWT, serta memperbaiki setiap amalan untuk kesejahteraan serta keberkatan hidup di dunia dan akhirat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, hari ini.Jelasnya, tiadalah Allah menimpakan sesuatu ujian melainkan apa yang mampu dipikul  setiap hambaNya.“Kerana itu perlu perbanyakkan istighfar apabila menerima ujian, memohon ampun diatas setiap kesalahan yang pernah dilakukan samada disedari ataupun tidak disedari di masa yang lalu.“Daripada ujian yang menimpa diri kita beriltizam untuk benar-benar menjadi mukmin yang dikasihi Allah serta kembali mengamalkan apa yang disuruh serta meninggalkan apa yang dilarang."Agar benar-benar menatijahkan ketakwaan, InsyaAllah dengan demikian segala yang sulit akan dipermudahkan,” ujarnya.
03 Feb 20
48
Empty Image
DUN Kuala Besut Dominasi Bola Sepak
Oleh: Saifullah JusohFoto: Afiq ZohirBESUT, 3 Februari- Pasukan Bola Sepak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mendominasi kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Parlimen Besut 2019 pada tahun ini.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, kedua-dua pasukan dari DUN tersebut bakal berentap di perlawanan akhir kejohanan tersebut pada 4 Februari di Padang Astaka Jerteh."Pasukan DUN Kuala Besut A bejaya menewaskan pasukan Kota Putera A di perlawanan separuh akhir dengan jaringan 2-1."Manakala pasukan Kuala Besut B berjaya menewaskan pasukan Kubang Bembam melalui penentuan sepakan penalti," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir, di sini, pada semalam. Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Hakim Zulfikri.Menurutnya, beliau melahirkan rasa gembira apabila kedua-dua pasukan DUN Kuala Besut layak ke perlawanan akhir.“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemain dan pengurus pasukan yang bertungkus lumus bagi memastikan pasukan DUN Kuala Besut layak ke perlawanan akhir.“Saya berharap penduduk DUN Kula Besut dapat hadie bagi memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing pada perlawanan akhir nanti," jelas Azbi.
03 Feb 20
737
Empty Image
Ramah Mesra Bersama Anak-Anak OKU
Oleh: Jusmawari JusohBESUT ,3 Februari - Seramai 38 orang anak-anak kurang upaya (OKU) dari Kota Setar, Kedah diraikan di Restoran Rambai Kampung Alor Keladi, Hulu Besut sempena hari kelahiran mereka.Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, beliau beramah mesra dan menjamu selera bersama anak-anak istimewa ini serta keluarga sebelum mereka berangkat ke Batu Rakit tujuan lawatan.“Saya amat gembira dapat meluangkan masa bersama-sama mereka dan sangat terharu bila dijemput untuk meraikan anak-anak istimewa ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada hari ini.Menurutnya, setiap kos makan dan minum ditanggung oleh beliau  sebagai tanda penghargaan terima kasih  diatas rombongan tersebut."Kita jangan abaikan mereka,kerana mereka juga sebahagian dari kita semua. Mereka ini adalah anugerah daripada Allah untuk keluarga."Terima kasih kepada semua penjaga kerana pertemukan saya dengan anak-anak istimewa ini dan bagi kita yang sempurna ini, taatlah kepada perintah Allah,” jelasnya.Justeru itu, beliau mendoakan agar perjalanan ke destinasi yang keseterusnya mendapat perlindungan dan barokah dari Alllah.
03 Feb 20
72
Empty Image
Masalah Air Bertakung Di Tebing Tembah Dalam Proses Penyelesaian
Oleh: Amiirullah Mansor DUNGUN, 3 Februari – Masalah air bertakung di jalan utama Kemaman –Dungun di Tebing Tembah kini dalam proses penyelesaian.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, pihaknya dengan kerjasama jabatan berkaitan telah mengenalpasti punca masalah berkenaan.“Masalah air bertakung ini berlaku terutamanya waktu hujan akibat sistem saliran yang kurang lancar dari longkang tepi jalan utama mengalir ke Sungai Paka.“Kita mendapati longkang sempit dan juga kawasan longkang yang sedikit tinggi dari tanah rata menyebabkan air itu dan bertakung,” katanya.Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan bersama Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di lokasi berkenaan.Turut hadir Pegawai Daerah dan Tanah Dungun (PDD),  Anuar Awang dan Yang Dipertua (YDP) Dungun, Lizan Che Mat.Menurutnya lagi, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) akan segera mengambil tindakan selanjutnya.“Walaupun jalan tersebut merupakan jalan persekutuan, tetapi kita cuba menyelesaikannya dengan kadar segera demi kelancaran trafik yang menggunakan jalan itu.Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, fasiliti dan kemudahan di Kolam Temesu, Taman Murni Perdana dan Kolam Mat Tagar juga dalam proses pembaikan.“Walaupun terdapat lokasi lain yang lebih kritikal untuk dibaik pulih, tetapi kita akan mengutamakan juga penambahbaikan di kolam ini demi kemudahan penduduk Paka,” ujarnya.Satiful berkata, beliau menyeru agar masyarakat setempat bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran kolam itu untuk menjamin keselesaan bersama.
03 Feb 20
711
Empty Image
Isu Pemilikan Tanah Bukit Jelutong Belum Selesai
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 2 Februari- Isu pemilikan tanah Bukit Jelutong sebahagian penduduk di Bukit Jelutong masih belum selesai untuk mendapatkan geran kekal walaupun sudah lama menduduki  dan mengusahakan tanah berkenaan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ianya masih dalam proses bagi mendapatkan geran kekal. “Cadangan kita untuk diselesaikan dengan cara memohon melalui Rancangan tanah Berkelompok (RTB) atau E-Mohon dapat disegerakan.“Antara hasil tinjauan kita ada antara rumah yang didirikan tidak diduduki empunya kediaman berkenaan, sehingga generasi kedua pun tidak mampu tinggal  kerana masalah berkaitan milikan tanah sehingga dibiarkan begitu sahaja, “ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, ketika meninjau kawasan Bukit Jelutong, di Kampung Batu Sawar.Turut serta, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN berkenaan, Khaziman Khalik.Jelas Ghazali, Bukit Jelutong juga direkodkan oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah (PTD) sebagai RTB terkilan.“Kita juga dapati ada peserta yang berdikari dengan bercucuk tanam diatas tanah berkenaan.“Alhamdulillah, kita minta biar aktiviti itu diteruskan sehingga mendatangkan hasil pada tanah yang diusahakan dengan penuh kesungguhan sehingga selesai masalah milikan, “ jelasnya.
02 Feb 20
354
Empty Image
PKM Baiki Rumah Daif
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 2 Februari – Usaha Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Pengkalan Berangan  mengambil insiatif memilih  mana-mana kediaman yang daif di kawasan Pengkalan Berangan untuk dibaiki sewajarnya dipuji.Langkah itu dijalankan secara berperingkat-peringkat atau bergantung kepada peruntukan yang ada. Kediaman yang disenaraikan itu  termasuk milik  Aziki Zahari , 43  di Kampung Serating Merchang, di sini.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, alhamdulillah pada petang ini (semalam) Pejabat DUN Pengkalan Berangan dengan kerjasama penyelaras Pemuda DUN Pengkalan Berangan berjaya membaiki rumah Aziki.“Keadaan rumah itu sangat uzur, perlu dibaiki segera untuk keselesaan Aziki bersama isteri dan tiga orang anak,” ujar beliau ketika ditemui pada program itu. Dalam tumpuan sama, Sulaiman turut memperkenalkan program itu dan meletakkan hasrat untuk memastikan bantuan atau pertolongan yang seumpama itu akan sampai ke sasaran. "Kita juga mengharapkan bantuan daripada agensi-agensi, badan-badan, syarikat-syarikat swasta mahupun mana-mana individu untuk bersama-sama dengan kita bagi menjayakan projek "Pakkat Carre" ini, yang disenaraikan terlalu banyak di peringkat DUN Pengkalan Berangan."  Jelas beliau lagi.Projek itu merupakan yang pertama bagi tahun 2020  dan banyak lagi kerja-kerja projek ini akan dapat diselesaikan pada tahun ini.
02 Feb 20
459
Empty Image
Program Ziarah i-Mits Bukit Besi Utamakan Warga Emas Wanita
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 2 Februari – Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi melalui hal ehwal wanita, masyarakat dan beliawanisnya menyasarkan warga emas wanita sebagai keutamaan untuk diziarahi khususnya yang menghidapi penyakit. Penolong Penyelia i-MiTS DUN berkenaan, Zakiah Alias berkata, ianya termasuk mereka yang masih belum menerima bantuan daripada mana-mana agensi berkaitan.“Samada dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM), Tabung Darul Iman (TDI) dimana kita ambil pendekatan menyerahkan borang-borang yang perlu diisi serta cuba memohon bagi memenuhi keperluan pesakit,“ jelasnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, mengulas mengenai aktiviti ziarah yang dilakukan pada hari ini.Jelasnya, ziarah berkenaan turut melibatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) wanita setempat, juga terdiri dari Wanita Muda (Ameerah) PAS, serta Muslimat PAS mengikut cawangan.Katanya, program ziarah wanita yang diadakan itu mensasarkan lebih 20 buah rumah dalam sebulan.“Insya-Allah didalam tahun ini kita akan menghabiskan kesemua 23 cawangan didalam DUN Bukit besi untuk kita ziarahi.“Kita juga mendapat sokongan serta bantuan daripada pihak Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi dimana ketika ziarah ada sedikit buah tangan kita sampaikan sebagai tanda kecaknaan dan keprihatinan,” ujarnya.Tambahnya lagi, program ziarah pada tahun ini telah dipergiatkan mengikut perancangan yang telah disusun.“Aktiviti ziarah yang kita lakukan turut tidak melupakan ibu muda yang baru mendapat cahayamata."Ziarah dilakukan ini kita rekodkan mengikut keutamaan, keperluan  dan disusun mengikut kategori."Diharapkan agar usaha kita ini sebagai mewakili kerajaan negeri, akan memastikan mereka yang kita ziarahi akan merasai kecaknaan serta keprihatinan daripada pihak kerajaan kepada mereka,” katanya.
02 Feb 20
307
Empty Image
Undang-Undang Bendung Perbuatan Sihir
Oleh: Nooreni Abu Bakar/ Foto: Hanif Abas KUALA TERENGGANU, 2 Februari- Kerajaan negeri disaran memperuntukkan satu tindakan undang-undang terhadap individu yang menggunakan sihir untuk memporak-perandakan rumahtangga orang lain sehingga berlakunya perceraian. Pendakwah Bebas, Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, dengan adanya tindakan undang-undang ianya dapat membendung dan seterusnya menghukum perbuatan yang masih berleluasa di kalangan masyarakat."Bila mana seseorang individu itu membenci rumah tangga yang dibina pasangan lain, akan ada yang menggunakan sihir untuk merosakkan perkahwinan mereka." Menggunakan sihir untuk saling benci membenci pasangan sehingga meruntuhkan rumahtangga. Hari ini banyak sangat berlaku," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel Forum Keluarga Bahagia: Kerana Syurga Itu Bukan Percuma sempena Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia yang berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu, kelmarin.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Mohd Nor dan Ahli Dewan Negara Negeri Terengganu, Nuridah Mohd Salleh.
01 Feb 20
64
Empty Image
Sambutan Tahun Baru Cina Berbentuk Kekeluargaan
Dr Mohd Khairuddin (dua dari kiri) dan Ustaz Ridzuan (tiga dari kiri) meraikan kaum Tionghoa di Taman Sri Manir Kuala Terengganu.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA TERENGGANU, 31 Januari –Sambutan Tahun Baru Cina disifatkan sebagai satu perayaan berbentuk kekeluargaan.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana dalam perayaan tersebut terdapat satu majlis yang dinamakan Makan Malam Besar. Menurutnya, semua kaum keluarga dalam masyarakat Cina berkumpul untuk mengadakan majlis tersebut. Dr Mohd Khairuddin hadir di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Taman Sri Manir Kuala Terengganu.Katanya lagi,  mereka pulang dari jauh berhimpun untuk meraikan majlis tersebut secara beramai-ramai yang diadakan di malam sambutan perayaan tersebut. Beliau berkata demikian ketika berucap  sempena Majlis Jamuan sempena Tahun Baru Cina  peringkat Dewan Undangn Negeri (DUN) Buluh Gading, di Taman Sri Manir di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim dan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Menteri Besar Terenggamu, Dr Balachandran G Krishnan.Dr Mohd Khairuddin seterusnya berkata,  sesebuah masyarakat berbilang kaum dan agama akan mengecapi kebahagiaan apabila hidup dalam suasana bersahabat dan bersilaturahim."Hal tersebut merupakan anak kunci kepada kehidupan bermasyarakat kerana Islam mengajar umatnya untuk saling mengenali antara satu sama lain."Perbezaan cara bertutur dan bercakap adalah suatu bentuk nikmat yang Allah Taala bagi untuk menggambarkan keperibadian manusia," jelasnya.Tambah beliau, ia merupakan anak kunci kepada kehidupan bermasyarakat kerana Islam mengajar perbezaan cara bertutur dan bercakap adalah suatu bentuk nikmat yang Allah Taala berikan.“Hal ini bagi menggambarkan keperibadian manusia untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain,” jelas beliau lagi.
01 Feb 20
125