Artikel "Komuniti" Terkini
‘Kerajaan Terengganu Tidak Pernah Pinggir Kaum Minoriti’ - Ahmad Shah
Ahmad memberikan angpau kepada penduduk Tionghua.Oleh: Shahril NizamKUALA TERENGGANU, 6 Februari – Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan kaum minoriti yang terdapat di Terengganu dan tidak akan sekali-kali mengenepikan kewujudan serta hak mereka.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed menyatakan rasa bertuah kerana suasana sambutan Tahun Baharu Cina di negeri itu, khususnya di Kuala Terengganu dapat disambut dalam keadaan aman dan sejahtera.“Ini semua adalah kurnian daripada Tuhan melalui kerjasama dari semua pihak. Kita mahu melihat masyarakat kita, tidak kira samada kaum Cina, Melayu dan India di sini dapat hidup dalam suasana aman damai, saling berkerjsama, hormat menghormati di antara satu sama lain.“Walaupun bilangan masyarakat Cina di Kuala Terengganu adalah minoritI, tetapi kalian adalah antara penyumbang kepada kesejahteraan dan kemajuan Negeri Terengganu. Oleh yang demikan kami tidak akan sekali-sekali melupakan kalian,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Tiong, Selasa lalu.Ahmad Shah.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.Hadir sama meraikan program itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi; Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr. Balachandran Gopal Krishnan dan ADUN Wanita, Zuraida Mohd Noor serta wakil-wakil pertubuhan kaum Tionghua.Tambah Ahmad Shah, majlis yang diadakan juga merupakan bukti bahawa kerajaan yang memerintah dari Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak mengenepikan kaum Cina, India mahupun yang lain di Negeri Terengganu.“Tuan-tuan dan puan-puan adalah rakyat negeri ini dan berhak untuk sama-sama hidup di bumi Terengganu dalam suasana aman damai dan sejahtera,” katanya.Antara kepimpinan negeri yang hadir meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Kampung Tiong.
06 Feb 20
84
Selepas Beruk, ADUN Beri ‘Chainsaw’ Pula Untuk Rakyat
Muhammad Khalil bersama wakil MPKK yang menerima sumbangan gergaji rantai.Oleh : Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 6 Februari – Belum pun reda cerita Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang menghadiahkan seekor beruk untuk membantu salah seorang penduduk di sana, kini Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk pula mengagihkan gergaji rantai (chainsaw) kepada kampung-kampung di kawasannya.Kali ini, sebanyak 36 buah mesin gergaji rantai telah diagihkan kepada setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut untuk kemudahan masyarakat setempat.ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata agihan mesin chainsaw itu merupakan kesinambungan daripada bantuan mesin pemotong rumput yang telah diagihkan pada tahun lepas. Muhammad Khalil.“Tahun lalu, kita telah mengagihkan mesin pemotong rumput dan pada tahun ini kita bagi mesin ‘chainsaw’ pula, tidak lain untuk kemudahan MPKK bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing.“Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT atas perkembangan yang berlaku dalam negeri dibawah pemerintahan Menteri Besar , Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah berjaya membawa Terengganu ke tahap lebih baik,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penyerahan peralatan berkenaan di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, semalam.Majlis penyerahan ‘chainsaw’ itu juga turut disertai Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Buruk, Mohd Soud Said dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Batu Buruk, Salleh Abdullah.Khalil menyerahkan gergaji rantai kepada salah seorang wakil MPKK sambil diperhatikan Mohd Soud (berbaju putih).
06 Feb 20
108
Pok Tar Ngecat Terima Bantuan Oksigen
Oleh: AminjiKEMAMAN, 6 Februari - Mokhtar Ismail, 70, atau lebih mesra dikenali sebagai 'Pok Tar Ngecat' yang mengalami masalah pernafasan sejak 2016 mengukir senyuman terharu dengan pemberian alat bantuan pernafasan (tabung oksigen) kepadanya.Sumbangan tersebut disampaikan oleh pasukan (team) kebajikan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih).“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB (Yang Berhormat) Cikgu Razak kerana memberikan alat bantuan pernafasan ini kepada saya.“Dengan adanya bantuan ini, ia dapat mengurangkan bebanan saya menyewa alat bantuan pernafasan melalui agensi yang lain," katanya.Sementara itu, mengulas lanjut, ADUN Air Putih, Ab. Razak Ibrahim berterima kasih kepada pihak yang menyalurkan maklumat tentang Pok Tar.“Terima kasih kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bandar Cheneh Baru kerana menyalurkan maklumat kepada Team Kebajikan DUN Air Putih."Kami akan terus komited membantu pesakit yang kurang berkemampuan untuk meringankan bebanan mereka," ujarnya.
06 Feb 20
176
Kerajaan Negeri, Yayasan PETRONAS Rai Golongan Cina Kurang Berkemampuan
Ribuan masyarakat Cina berkumpul bersama kepimpinan negeri dan PETRONAS dalam Sentuhan Kasih.KEMAMAN, 6 Februari - Kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada 400 penduduk kurang berkemampuan di sekitar Kemaman.Sumbangan hamper dan angpau bernilai RM200 itu disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah dalam Majlis Sentuhan Kasih di Dewan Komuniti Cina Kemaman, semalam.Menurut Wan Mohd Hasnan, sumbangan tersebut merupakan salah satu komitmen berterusan pihaknya dalam meringankan beban golongan kurang berkemampuan."Ia juga merupakan satu usaha PETRONAS dan kakitangannya mendekati masyarakat setempat.Dato' Wan Mohd Hasnan."Tahun ini, seramai 1,500 golongan kurang bernasib baik diraikan di seluruh negara dengan kerjasama kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan kakitangan PETRONAS," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sentuhan Kasih sempena sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Terengganu itu, semalam.Beliau turut merakamkan rasa terima kasih atas kerjasama kerajaan negeri dalam membantu menyantuni masyarakat setempat."Sejak 2005, PETRONAS telah melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial (CSR) untuk menyumbang kesejahteraan masyarakat di negara ini."Sentuhan Kasih telah diadakan setiap kali perayaan utama di Malaysia," katanya.Yayasan PETRONAS sebagai cabang CSR syarikat berhasrat untuk menghasilkan kesan lestari, meningkatkan kualiti hidup dan taraf sosioekonomi masyarakat menerusi bidang tumpuannya iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan masyarakat serta pemuliharaan alam sekitar.Dr. Samsuri beramah mesra bersama salah seorang wakil persatuan Tionghua di Kemaman.
05 Feb 20
327
598 Peserta Tanah Terkilan Terima Borang 5A - MB Terengganu
Dr. Samsuri menyerahkan borang 5A kepada salah seorang peserta.KEMAMAN, 6 Februari - Seramai 598 peserta tanah terkilan daerah Kemaman menarik nafas lega apabila akhirnya menerima borang 5A bagi tanah-tanah yang telah dipohon sejak 20 tahun lalu.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, sebanyak 561 tapak rumah dan 37 tanah pertanian peserta terkilan melibatkan 14 Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di seluruh daerah tersebut berjaya diserahkan."Alhamdulillah, ini adalah usaha yang kita laksanakan dari daerah Besut hingga ke Kemaman dan ia masih berterusan sehingga kini.Kerajaan negeri komited selesaikan isu tanah terkilan - Dr. Samsuri."Sebagaimana yang saya pernah sebut, cabaran di daerah tertentu adalah mengenal pasti tanah yang sesuai untuk diberikan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang 5A bagi daerah Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, semalam.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Tengku Bijaya Raja, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.Dr. Samsuri turut menyatakan, sepanjang hampir dua tahun memerintah, kerajaan negeri telah berjaya menyelesaikan penyerahan sebahagian daripada tanah-tanah terkilan di seluruh daerah."Keseluruhan bilangan lot tanah terkilan yang direkodkan dalam negeri adalah sebanyak 13,272 lot."Sehingga penghujung Disember tahun lalu, kita menerima sebanyak 9,153 permohonan dan berjaya menyerahkan sebahagian besar daripadanya," katanya.Beliu juga menasihatkan para peserta yang berjaya memiliki tanah supaya memanfaatkan pemberian tersebut di samping menunaikan kewajipan kepada negeri seperti pembayaran premium dan cukai tanah."Pemilikan tanah merupakan satu perkara yang dekat dengan rakyat. Ia sesuatu yang sangat penting bagi kita, yang menjadi tempat berpijak, tempat meneruskan hidup kita."Bagi yang belum selesai, insya-Allah, kerajaan negeri akan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan urusan tersebut.
05 Feb 20
418
MB Terengganu Seru Rakyat Kekal Keharmonian
Dr. Samsuri bersama Exco Kebajikan Negeri, Hanafiah Mat dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad A. Rahman bersama sebahagian penduduk Tionghua Kemaman.KEMAMAN, 6 Februari - Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru seluruh rakyat Terengganu untuk mengekalkan keharmonian yang wujud dalam negeri.Jelasnya, walaupun berbeza agama dan bangsa, semuanya mendiami tanah air yang sama dan menghirup udara yang sama."Kita adalah rakyat Terengganu dan rakyat Malaysia, tugas kita adalah memupuk keharmonian tidak kira di mana berada," katanya.Dr. Ahmad Samsuri.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sentuhan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Komuniti Cina Kemaman, semalam.Tambahnya, seharusnya semua pihak bersyukur dan gembira dapat bersama meraikan sambutan perayaan pelbagai kaum tanpa sebarang masalah."Ini menunjukkan bahawa kita boleh hidup secara bersama dalam Terengganu ini. "Program ini juga menjadi medan untuk kita beramah mesra dan kenal antara satu sama lain sebagai usaha untuk hidup harmoni dalam negeri yang permai ini," katanya.Majlis Sentuhan Kasih di Kemaman.Dalam program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Pantai Timur itu, sebanyak 400 penduduk kurang bernasib baik turut menerima angpau dan hamper makanan bernilai RM200 sebagai bantuan perayaan.Dr. Samsuri turut menyampaikan penyerahan tanah rumah mayat yang dijanjikan untuk kemudahan masyarakat Tionghua sebelum ini kepada Persatuan Tionghua Kemaman.Dr. Samsuri beramah mesra bersama salah seorang wakil persatuan Tionghua.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Mohd Zahari Md Azahar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.
05 Feb 20
119
Jual Keropok Tambah Pendapatan Sampingan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 5 Februari- Anak jati Bukit Besi, Mohd Faizu Othman yang kini bekerja disalah sebuah hospital di Kuala Lumpur nekad menambah pendapatan sampingan dengan menjual keropok.Berkongsi kisah bagaimana boleh terbabit dengan perniagaan berkenaan, Faizu berkata, disebabkan kos sara hidup yang tinggi di Ibu Kota terbabit membuatkannya terbuka hati menerima tawaran kakaknya untuk menjadi agen.Katanya, dengan menggunakan tagline ‘ krup krup krup’ dan mempromosikan perniagaan melalui media sosial keropok yang dijual mendapat sambutan yang cukup baik. “Dimana setiap kali hantar keropok secara terus ke depan pintu dengan mendapat idea dari ‘Food Grab’ dapat sambutan yang bermula dari kalangan rakan-rakan sekerja.“Dari situ mula meletup, serta turut dijual di tapak-tapak program, memang jualannya memberansangkan,” ujar anak kelahiran Felda Jerangau itu.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media semalam.Diantara sebab memilih perniagaan keropok katanya kerana ianya telah sinonim dengan negeri kelahirannya sendiri.
05 Feb 20
175
Sertai Kelas Jahitan Bantu Suami
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 5 Februari - Rata-rata peserta yang mengikuti Kelas Jahitan Komuniti anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu berniat murni ingin membantu suami bagi menambah pendapatan.Salah seorang peserta kelas jahitan berkenaan, Nor Suarma Mat Adam berkata, beliau begitu teruja menyertainya.“Sebagai suri rumah sudah tentu saya mempunyai keazaman yang tinggi bagi membantu suami.“Dengan memiliki kemahiran yang bakal diperolehi dari kelas ini dapat saya membuat kerja dari rumah serta didalam masa yang sama dapat menumpukan urusan rumah tangga,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media, di kelas jahitan berkenaan yang diadakan di Balairaya Kampung Panchor Jerangau bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, hari ini.Kelas hari pertama berkenaan turut dikunjungi oleh Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Zakiah Alias.Bagi Asmuzaila Zahari, 36, pula berkata, dia mendapat tahu tentang program berkenaan melalui kain rentang yang diiklankan.“Memang dah lama teringin hendak menyertai bagi meluaskan lagi ilmu jahitan terutamanya bagi menjahit baju kemeja.“Sudah tentu saya berniat bagi menambah pendapatan suami, tetapi saya dimaklumkan kelas telah penuh dan terpaksa memulakan pada bulan tujuh nanti setelah yang mula berkursus pada hari ini menamatkan kursus,” jelasnya.Tenaga pengajarnya, Muizatu Akmar Man berkata kelas yang bermula pada hari ini disertai 18 orang.“Dimana peserta dibahagikan kepada dua sesi iaitu sebelah pagi dan petang dan perlu mengikuti kelas jahitan berkenaan selama enam bulan. Peserta didedahkan dengan kemahiran mengikut modul bagi menghasilkan baju melayu, baju kurung serta kurung moden, seluar panjang serta baju kemeja,” jelasnya.Dalam pada itu, Zakiah Alias berpendapat kelas berkenaan amat berbaloi untuk disertai dengan yuran hanya RM150 untuk enam bulan, turut merancang bagi mengadakan tazkirah khas.“Dengan mengadakan tazkirah selama 15 minit agar mereka bersemangat menyelusuri kehidupan, serta tidak mudah berputus asa serta sentiasa bersungguh-sungguh belajar berniat bagi menjadi usahawan dimasa akan datang.“Dimana saya dimaklumkan bagi peserta yang menamatkan kursus layak untuk memohon pinjaman,” jelasnya.“Secara tidak langsung telah dapat menjimatkan sejumlah wang perbelanjaan, terutamanya ketika musim perayaan, kos bagi membeli baju melayu dan baju kurung agak tinggi pada masa kini maka sudah tentu membebankan bagi mereka yang tidak berkemampuan,” ujarnya.
05 Feb 20
242
Lulus Bantuan, Beli Beruk
Oleh: Aslam WiraMARANG, 5 Februari - Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang menganggap permohonan bantuan seorang penduduk, Mat Yusoff Noh, 56, untuk membeli beruk sebagai unik dan jarang berlaku.Bagaimanapun permohonan itu tetap diluluskan kerana ianya memenuhi syarat kelayakan selain melihat kesungguhan Mat Yusoff yang mahu mengubah nasib keluarga mencari rezeki dengan mengait buah kelapa menggunakan keringat haiwan itu.Pegawai Khas Menteri Besar, Wahad Osman berkata, permintaan seperti itu tidak pernah berlaku.Katanya, pihaknya bersetuju untuk membantu Mat Yusoff, oleh kerana beliau sangat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan haiwan itu untuk mengambil upah mengait kelapa.“Selain daripada membeli beruk tersebut, bantuan pinjaman modal lain turut diagihkan,” katanya yang tinggal di Kampung Gong Beris.Turut hadir dalam ziarah itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Harun Yusof dan Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng.Mat Yusoff berkata, pemberian haiwan itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk bekerja di mana dia kini mampu mendapatkan 300 sehingga 500 biji kelapa sehari,“Saya tidak dapat bekerja berat kerana menghidap penyakit usus, jadi ini salah satu kaedah memudahkan dan mengurangkan kudrat dalam mencari rezeki,” katanya yang turut memperoleh bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
04 Feb 20
108
Pimpinan Setiu Luang Masa Santuni Pesakit
Shaharizukirnain menyantuni pesakit di Hospital Setiu.
Oleh: Fahmi Izzuddin
SETIU, 5 Februari - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Ab Kadir mengetuai program ziarah bulanan ke Hospital Setiu semalam bersama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri dan Batu Rakit, Zul Bhari A Rahman serta Mohd Shafizi Ismail.
Zul Bhari berkata, program yang menjadi rutin bulanan itu mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua kakitangan Hospital Setiu.
Katanya, aktiviti berkenaan juga mampu memberi motivasi kepada pesakit dan ahli keluarga yang sedang diuji.
Zul Bhari mendengar perkongsian hidup daripada seorang pesakit.
“Tujuan utama kita mengadakan ziarah adalah sebagai memberi semangat dan harapan kepada pesakit untuk sembuh.
“Di samping kita dapat memberi keceriaan kepada mereka untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa,” ujarnya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).
Dalam kunjungan yang berlangsung selama satu jam itu, buah tangan serta keperluan harian turut diedarkan kepada pesakit.
Mohd Shafizi (kanan,).
04 Feb 20
174