Artikel "Komuniti" Terkini
‘Rumah Dihempap Pokok, Rasa Macam Nak Kiamat’ - Norhayati
Norhayati menunjukkan bumbung rumahnya yang dihempap pokok kelapa.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 11 Februari - Lima sekeluarga terselamat apabila pokok kelapa menghempap bumbung rumah mereka akibat hujan lebat dan ribut di Kampung Bharu, Tok Dor di sini semalam.Kejadian jam 4.40 petang itu menyebabkan sebahagian bumbung rumah kediaman milik Norhayati Omar, 45, rosak.Menceritakan detik cemas itu, Norhayati berkata, ketika berdepan dengan kejadian itu dia merasakan seolah-olah dunia sudah kiamat.“Ketika itu suami dan anak-anak ada di rumah. Kebetulan saya balik awal, biasanya 5.30 petang baru sampai di rumah.“Berdepan dengan kejadian itu umpama dah nak kiamat. Dengan bunyinya yang kuat. Kami panik dan tidak tahu nak lari ke mana. Nak buka pintu pun tak boleh, tiba-tiba ia berkunci,” katanya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di kediamannya pagi tadi.Katanya lagi, mereka sekeluarga melakukan pelbagai usaha bagi menenang dan menyelamatkan diri.“Kami duduk di hujung dinding dengan anak-anak, berzikir tidak putus di bibir dan hanya mampu melihat serpihan atap jatuh.“Alhamdulillah, tiada kecederaan yang berlaku namun anak saya yang berumur lapan tahun sedikit trauma akibat terkesan dengan kejadian tadi,” jelasnya.Rumah Ismail Malik yang turut terjejas dalam kejadian semalam. Sementara itu, seorang lagi penduduk kampung, Ismail Malik, 64, dan pasangan Noriah Jusoh, 59, turut terkesan apabila angin yang kuat itu telah menerbangkan sebahagian atap garaj kereta dan rumahnya.“Kami sedang berehat dalam bilik menanti masuk waktu asar, terdengar bunyi guruh dan kemudian terdengar bunyi sesuatu yang jatuh, rupanya atap yang rumah dan garaj kereta tercabut dan kami berlari menyelamatkan diri.“Alhamdulillah, kami lima orang sekeluarga tidak mengalami apa-apa kecederaan. Kereta yang diletakkan bawah garaj pun tidak mengalami sebarang kerosakkan.“Banyak juga kerosakan berlaku namun ini ujian buat kami. Alhamdulillah tak terlalu teruk, orang lain teruk pada ini lagi,” jelasnya yang pasrah dengan ujian yang melanda.Dalam pada itu, kejadian tersebut turut mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim yang bergegas menziarahi dan berjanji akan membantu keluarga-keluarga berkenaan.“Insya-Allah, di peringkat DUN kita akan cuba usahakan bantuan dan pertolongan yang termampu bagi membaiki rumah yang rosak terbabit,” tambah beliau.Keaddan bumbung yang rosak.
11 Feb 20
367
40 Keluarga Miskin Terima Bantuan
Oleh : Mohd IzriSETIU, 10 Februari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Sekolah mengagihkan bahan mentah kepada 40 keluarga miskin di kampung berkenaan hari ini bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.Isteri Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Umi Masmira Mat Ali berkata, agihan bahan keperluan itu adalah hasil sumbangan orang ramai.“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat melancarkan aktiviti harian mereka yang kurang bernasib baik.“Tambahan pula sekarang kos sara hidup sangat tinggi sehingga menggangu kelancaran keperluan harian mereka,” katanya ketika merasmikan program itu di Surau Ikhwan Kampung Gong Sekolah di sini semalam.Turut hadir, Penolong Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MiTs) Batu Rakit, Muhammad Nasrullah Kamaruddin, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat DUN Batu Rakit, Mohd Fadhol Ismail.Kata Umi Masmira lagi, kebajikan rakyat adalah tanggungjawab bersama dan ia bukan harus dijaga oleh kerajaan semata-mata.“Semua pihak termasuklah syarikat swasta, orang kampung, individu persendirian dan sebagainya mesti bersatu dalam usaha ini.“Jika ini berlaku secara rancak, ia adalah suatu yang cukup membanggakan bagi penduduk dan kerajaan negeri,” ujarnya.Dalam pada itu, Pengerusi MPKK Gong Sekolah, Mohd Irwami Abdul Wahab berkata, program seperti itu akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.“Kita tidak akan berhenti di sin, banyak lagi perancangan yang akan kita jalankan selepas ini bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan,” tambahnya.
10 Feb 20
81
Ziarah Mingguan Platform Selami Hati Rakyat
Ustaz Hilmi bertanyakan khabar kepada salah seorang penduduk dalam program ziarah mingguanOleh: Ahmad MawardiMANIR, 9 Februari - Nasib penduduk yang uzur dan memerlukan bantuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dalam usaha membantu penduduk di kawasan ini mendapat pembelaan sewajarnya menerusi program ziarah secara mingguan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, program berkenaan adalah hasil kerja keras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) Manir yang aktif turun padang untuk mengenalpasti penerima yang layak.Katanya, ziarah berkenaan juga sebagai tanda prihatinnya dengan nasib penduduk selain platform untuk merapatkan silaturahim antara pemimpin dan orang kampung.Menurutnya lagi, pada masa sama beliau turut berkesempatan mendengar keluhan mereka.“Ziarah kasih menjadi platform kepada saya untuk turun padang dan bertemu penduduk dalam DUN ini."Biasanya kami akan turun ziarah warga emas dan mereka yang uzur. Sebagai buah tangan dan tanda ingatan, kami akan sampaikan sedikit sumbangan kepada mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas selesai menziarahi lima rumah yang terdiri daripada penduduk yang uzur sekitar kampung Kubang Tepak Manir.Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Masyarakat I-MITS Manir, Razali Mamat berkata, mereka menerima banyak aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan dan sumbangan."InsyaAllah kami akan sedaya upaya memenuhi hajat pemohon mengikut kemampuan kami. “Jika ada di antara mereka yang memerlukan bantuan dan sebagainya, kita akan ambil perhatian.“Ini antara jalan dan kaedah terbaik untuk terus membela nasib penduduk dalam DUN Manir,” katanya.
09 Feb 20
119
NGO Perlu Bergerak Secara Inklusif
Oleh: Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 9 Februari - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tidak boleh bergerak secara eksklusif sesama ahli sahaja.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Haji Yahaya Ali berkata, mereka perlulah bergerak secara inklusif dengan melibatkan masyarakat umum."Saya harapkan kepimpinan (yang kuat) di kalangan kita inilah yang akan menggerakkan NGO dengan suatu pembahagian tugas yang betul-betul terancang dan baik."Yang kedua menempatkan dan manfaatkan pengalaman serta kepakaran yang ada dalam kalangan ahli-ahli kita tak kiralah sama ada ia ada jawatankuasa ke ataupun tidak," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung NGO Muafakat di Paya Bunga Square pada hari Khamis, 6 Februari.Menurutnya, badan NGO mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang stabil dan kuat daripada semasa ke semasa."Kita nak lebih kuat dari segi kewangan sudah tentu untuk soal pentadbiran dan pengurusan kita nak buat kebajikan."Kita juga kena turun ke bawah bersama msyarakat dan apatah lagi matlamat NGO kita berkait dengan soal kebajikan, ekonomi dan seumpamanya," ujar beliau.Justeru itu, beliau berharap agar perpaduan di kalangan ahli-ahli NGO mesti kuat."(Kalau ada) sedikit sebanyak masalah jangan diperbesar-besarkan."Mesti ada sikap berlapang dada, mesti ada keutamaan kepada NGo dan jemaah supaya kita boleh bergerak dengan lebih terancang," tambah Dato' Yahaya.
09 Feb 20
32
Lepasan Imtiaz Mandarin Berpeluang Sambung Pengajian Di Luar Negara
Oleh: Nooreni Abu Bakar/ Foto: Wan Amirullah Wan MansorDUNGUN - Kerajaan Negeri berhasrat menghantar pelajar lepasan Sekolah Menengah Imtiaz Mandarin melanjutkan pelajaran ke luar negara termasuk China atau Taiwan untuk mengikuti bidang yang mereka minati. Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri itu, pelaksanaan program Tahfiz Mandarin telah bermula awal tahun ini dengan pengambil pelajar baharu seramai 20 orang di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Marang.“Penubuhan program Tahfiz Mandarin bertujuan untuk membolehkan program multi-lingua dapat dilaksanakan kepada pelajar-pelajar selaras dengan hasrat untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang menekan aspek ensiklopedik iaitu pelajar mahir sekurang-kurangnya dua bahasa asing."Dengan itu mereka lebih memahami perbezaan budaya dan bahasa serta sama-sama membangunkan bumi Malaysia yang lebih aman dan maju di masa-masa akan datang," ujarnya . Beliau yang merangkap sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Paka itu berucap demikian di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020 Peringkat Kawasan Dungun yang diadakan di Jalan Tambun dekat sini kelmarin .Majlis itu juga dihadiri Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang , Alias Harun, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang dan Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah.Katanya lagi, Kerajaan Negeri berusaha melaksanakan janji manifesto pilihanraya lalu untuk semua rakyat negeri itu tanpa mengira agama, kaum, bahasa dan warna kulit.
08 Feb 20
141
Himpunan Daie : Hujan Lebat Tidak Halang 100,000 Banjiri ‘Drawbridge’
100,000 hadirin penuhi segenap ruang di Dataran Jambatan Angkat. Foto Oleh - Amiirullah Mansor.KUALA NERUS, 9 Februari - Hujan lebat di sekitar ‘Drawbridge’ tidak menghalang hampir 100,000 hadirin daripada berganjak dalam Himpunan Daie Nusantara Terengganu Sejahtera di sini semalam.Perhimpunan bagi mendengar pengisian daripada pendakwah terkenal nusantara, Dr Ustaz Abdul Somad menyaksikan kawasan lapang tersebut dipenuhi lautan manusia dari pelbagai daerah dan negeri.Sementara itu, siaran langsung di laman sosial Facebook turut mencatatkan tontonan melebihi 1 juta setakat jam 1.00 pagi hari ini.Acara bermula pada jam 6.30 petang dengan konvoi anak muda Terengganu dan dianggarkan sekitar 3,000 peserta menyertai perarakan tersebut.Barisan kepimpinan negeri bersama Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar.Program kemudiannya disusuli dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Azhar Idrus sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah selepas solat Isyak.Himpunan berkenaan turut diselitkan dengan kutipan amal untuk Tabung ‘Terengganu For Yaman’, dilaporkan kutipan yang berjaya dikutip melebihi RM80,000.Tinjauan media turut mendapati hampir 70 peratus pengunjung adalah golongan muda yang datang dari pelusuk Terengganu dan negeri jiranAntara generasi muda yang hadir. Foto Oleh - Pok Abbas.
08 Feb 20
672
Segerakan Bayaran Tanah Premium
Oleh : Amiirullah MansorDUNGUN, 8 Februari – Penerima borang 5A bagi tanah terkilan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) perlu menjelaskan dengan kadar segera bayaran tanah premium.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, walaupun diberi tempoh selama tiga bulan untuk menjelaskannya, namun masa itu terlalu singkat jika penerima mengambil mudah perkara berkenaan.“Dapat tanah ni, selesai terus secepat yang mungkin, cubalah pinjam dengan anak- anak atau saudara mara yang terdekat dan jangan curi sudah,” katanya.Jelasnya lagi, jika peserta gagal melangsaikannya dalam masa tiga bulan itu, tanah tersebut terpaksa melalui proses mesyuarat kali kedua untuk dapat kelulusan.“Kita terpaksa angkat balik dan bermesyuarat di peringkat exco negeri dan melalui proses yang banyak mengikut prosedur kelulusan tanah. Sebab itu perlu diselesaikan juga dengan segera,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Borang 5A RTB Paya Rengit Tanah Terkilan di Balairaya Kampung Tebing Tembah, Paka, baru-baru ini.Pada majlis itu seramai 40 orang daripada 82 jumlah keseluruhan peserta yang menerima borang 5A.“Hari ini kita selesai sebahagian dahulu iaitu seramai 40 orang dan yang masih berbaki kita sedang dalam proses.“Diharap baki para penerima borang 5A hari ini dapat bersabar kerana semua akan menerimanya nanti,” ujarnya.
08 Feb 20
207
Sinar Kasih Rhu Rendang, Cakna Rakyat Rhu Rendang
Oleh: Aslam WiraMARANG, 6 Februari - Program “Sinar Kasih Rhu Rendang” menjadi satu bentuk aktiviti cakna rakyat yang diadakan secara mingguan oleh pemuda Dewan Undangan Negeri di sini pada setiap petang khamis.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria berkata program ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan disamping bertanya khabar yang secara langsung akan mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.Katanya, kami juga menyampaikan salam daripada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga menyumbang barangan untuk diserahkan kepada mereka yang dikunjungi.“Dalam program Sinar Kasih Rhu Rendang, kita akan mencari sepuluh orang peserta di bawah umur 40 tahun untuk ziarah kebajikan dan cawangan yang terdapat padang bola untuk serahan bola sepak,* katanya.Antaranya juga mereka yang sakit kronik, uzur, kurang berkemampuan, dan dilanda musibah mengikut aduan yang diterima daripada pemuda cawangan masing-masing.”Turut bersama-sama menyertai program tersebut adalah Penyelia Pusat Khidmat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Ketua Pemuda PAS Dun Rhu Rendang, Ziyad Zakaria dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan Pemuda Dun Rhu Rendang.Menurutnya lagi, program hari ini adalah kali keempat dilakukan melibatkan cawangan Kijing untuk ziarah kebajikan dan bandar Marang untuk serahan bola.“Manakala cawangan yang sudah selesai diagihkan sumbangan tersebut adalah Darat Pak Chan, Rhu Renggeh, dan Bukit Gasing.”“Bentuk sumbangan yang diberikan merupakan barang keperluan dapur, bag sekolah dan alat tulis,” tambahnya lagi.
07 Feb 20
222
Ziarah Medan Pemimpin Bantu Masyarakat
Oleh : Izzat Al-QushairiSETIU, 7 Februari - Program Ziarah Kasih dari rumah ke rumah yang dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menjadi medan terbaik untuk wakil rakyatnya membantu penduduk di sana.Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, pelbagai permasalahan rakyat yang melingkari isu ekonomi berjaya ditangani dengan baik melalui aktiviti tersebut"Rata-rata penghuni rumah yang kita ziarahi kebanyakannya mengalami penyakit strok, kencing manis dan masalah dalaman lain yang kronik."Sememangnya program ini wajib diadakan setiap masa, permasalahan rakyat ini adalah tanggungjawab kita bersama," katanya ketika ditemui media selepas program ziarah baru-baru ini.Menurut beliau, program rumah ke rumah yang diadakan itu mensasarkan lebih 30 buah keluarga dalam sebulan.Ziarah dilakukan ini kita rekodkan mengikut keutamaan, keperluan dan disusun berdasarkan kategori."Diharapkan agar usaha kita ini sebagai mewakili kerajaan negeri, akan memastikan mereka yang kita ziarahi akan merasai kecaknaan serta keprihatinan daripada pihak kerajaan kepada mereka,” katanya.Tambah beliau, program seumpama itu juga menjadi medium merapatkan ukhuwah antara masyarakat dan pemimpin."Berdasarkan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020, ziarah akan membina sebuah komuniti sejahtera," ujarnya.
07 Feb 20
33
'Penuhkan Hujung Minggu Dengan Perkara Berfaedah' - ADUN Bandar
Ahmad Shah ketika menasihati pasangan yang ditahan dalam operasi minggu lalu.Oleh: Shahril NizamKUALA TERENGGANU, 7 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berharap, waktu lapang terutamanya pada hujung minggu digunakan sebaik mungkin oleh golongan belia untuk melakukan perkara-perkara berfaedah.Beliau turut mengingatkan pelaksanaan penguatkuasaan syariah melalui Operasi Amar Makruf Nahi Mungkar akan terus dilaksanakan untuk membendung golongan muda daripada terlibat dengan gejala sosial.“Apa yang kita harapkan adalah progam ini bukan sahaja sebagai satu pendekatan, nasihat kepada kumpulan ataupun pasangan yang terlibat dengan masalah sosial, tetapi juga kepada semua pasangan remaja di negeri Terengganu khususnya.“Apabila keluar ke tempat-tempat awam bersama dengan pasangan yang bukan mahram, bukan pasangan kahwinnya, mereka perlu mematuhi hukum hakam yang telah ditentukan oleh agama,” katanya.Ahmad turut mengedarkan risalah tentang gejala sosial kepada pengunjung di Pantai Batu Buruk.Menurutnya, operasi yang diadakan di Dataran Batu Buruk minggu lalu memperlihatkan beberapa pasangan telah ditahan kerana melanggar batasan dari sudut etika dan hukum syariat.Jelasnya, program kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu (IPDKT), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Lajnah Dakwah PAS Kuala Terengganu itu menjadi medan dakwah yang praktikal untuk mencegah gejala itu.Kata Ahmad Shah lagi, masalah yang menular di kalangan majoriti remaja pada masa kini berlaku kerana mereka (remaja) memang tidak memahami hukum syariat Allah SWT."Mungkin juga dari segi pengawasan ibu bapa, mereka tidak melihat perkara ini sebagai suatu yang boleh mendatangkan mudarat yang lebih besar. “Jadi, pada mereka ini perkara biasa. Dalam masa yang sama juga masyarakat kita kurang mengambil berat berhubung dengan pergaulan bebas yang boleh melanggar batas-batas syariat agama.Ahmad Shah, Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah (berkemeja-T) dan Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Fauzi Yusuf (berjubah hitam) menasihati pasangan yang ditahan.Beliau menyatakan, kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam menangani masalah gejala sosial yang berlaku di kalangan belia.“Kita harap keluarga dan ibu bapa mengambil berat tentang anak-anak mereka, ke mana mereka keluar pada waktu malam dan dengan siapa mereka keluar. “Masyarakat juga hendaklah memberi kerjasama dan berperanan, jangan melihat sahaja mereka berdua-duaan. Sebaliknya, turut mencari jalan untuk memberi nasihat,” nasihatnya.Tambahnya, jika sukar melakukannya, maklumkan perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab. “Insya-Allah, kalau tidak boleh 100 peratus pun, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ini,” katanya.
06 Feb 20
55