Artikel "Komuniti" Terkini
Pesakit Kronik Diberi Perhatian
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 15 Februari- Pesakit kronik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut terus diberi perhatian oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).Pegawai Penyelaras DUN tersebut, Azbi Salleh berkata, program sebegini sangat penting kerana dapat mengambil cakna masalah yang di hadapi oleh masyarakat setempat."Ramai rakyat yang ditimpa masalah dan kita akan sedaya upaya untuk membantu meringankan beban mereka bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.“Saya berpesan kepada semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) supaya aktif bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat agar kita dapat membantu," ujarnya ketika ditemui pihak media pada hari Khamis, 13 Februari.Turut hadir dalam program tersebut ialah Penyelia i-MiTS DUNKuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir dan Pengerusi MPKK Kampung Ayer Terjun, Nik Ma Nik Adek.Menurutnya, beliau yang mengetuai program tersebut telah menziarahi seramai enam orang pesakit kronik dan ia merupakan ziarah berkala di kawasan tersebut.
15 Feb 20
25
Tidak Lokek Gerakkan Kerja Islam
Oleh : Aziz HambaliMARANG, 13 Februari - "Sekalipun kerja kerajaan, menjawat jawatan yang agak tinggi, Allahyarham tetap merendah hati memberi sumbangan kepada jemaah, termasuklah kepada pembangunan PASTI di kampung ini".Begitulah luahan sayu isteri kepada Allahyarham Haji Abdullah Putih, 60 yang merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan Medan Jaya, yang meninggal dunial beberapa hari lalu.Abdullah yang memegang jawatan sebagai Pengurus Konsumer Telekom Malaysia (TM) Negeri Terengganu dikatakan antara seorang penyumbang parti. Malah, beliau juga aktif bermasyarakat dengan menjadi Pengerusi Surau yang juga merupakan penyumbang Tetap Pasti Al-Qamar, Medan Jaya."Dengan berstatus kerja tersebut, arwah banyak bergiat secara 'underground'. Arwah sakit saraf dan jangkitan kuman pada paru-paru, tahun ini masuk tahun ke-7 beliau sakit dan sudah dua kali pembedahan sehinggalah beliau meninggal dunia di hospital kerana demam dan jangkitan pada paru-paru."Doktor kata, arwah mempunyai semangat yang kuat, kalau kena pada orang lain lama sakit terlantar." demikian luah isterinya, Anisah Sulaiman, 60.Anisah ditemui ketika sesi ziarah mingguan yang diadakan oleh Isteri Ahli Parlimen Marang, To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah atau lebih mesra dikenali sebagai 'Che Ngah'.Ziarah berkala secara mingguan, kali ini dilakukan di sekitar Kampung Medan Jaya, Rusila dan Kampung Rhu Rendang yang menumpukan kepada ziarahi pesakit dan kematian disamping menghulurkan sedikit sumbangan.Turut hadir mengiringi ziarah tersebut ialah Pembantu Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Puan Samsiah Mokhtar dan barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita DUN Rhu Rendang (HALWA).
14 Feb 20
41
Jeti Pusat Pelancongan Dibersihkan
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 14 Februari- Jeti pusat pelancongan Kuala Besut yang dipenuhi sampah sarap dibersihkan dengan cara bergotong-royong.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, program itu diadakan bagi membersihkan kawasan tersebut yang bakal menerima pelancong tidak lama lagi."Sampah sarap yang terdiri daripada serpihan kayu terkumpul menyebabkan ianya tidak elok untuk dipandang apatah tempat itu merupakan tumpuan pelancong."Yang dihanyutkan oleh arus sungai menyebabkan ianya terperangkap di sini (jeti) mencacatkan permandangan kepada orang ramai yang datang," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, pada hari Khamis, 13 Februari.Menurutnya, jeti tersebut bakal dibuka kepada pelancong untuk ke Pulau Perhentian pada akhir bulan Februari selepas habisnya musim tengkujuh.Turut hadir dalam program gotong-royong tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Dun Kuala Besut, Hafiz Yusof.“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini agar kebersihan tempat ini terus terjaga," tambah beliau.
14 Feb 20
52
Masyarakat Digesa Budayakan Jaga Kebersihan
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 14 Februari- Masyarakat digesa membudayakan amalan menjaga kebersihan pada setiap masa bagi memastikan sentiasa bersih dan terjaga.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, terutamanya di seluruh persekitaran penempatan masing-masing."Saya ingin menasihati kepada masyarakat supaya lebih cakna tentang kebersihan agar kita jauh daripada terkena penyakit berbahaya terutamanya denggi yang boleh menyebabkan kematian," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Gotong-royong Perdana Bersama Komuniti di Kampung Taman Sri Seratus pada hari Khamis, 13 Februari.Menurutnya, masalah kesihatan tertutamanya denggi sangat tinggi di kawasan Besut.“Islam juga mengajar kita kebersihan merupakan sebahagian daripada iman dan kita sebagai orang Islam perlulah cakna akan kebersihan”, katanya lagi.Program tersebut telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Besut dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Kuala Besut, SMK Kuala Besut, Klinik Kesihatan Kuala Besut dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Taman Sri Seratus.
14 Feb 20
75
Empat Nelayan Hilang Ditemui Selamat
KUALA TERENGGANU, 14 Februari- Empat nelayan yang dilaporkan hilang di laut sejak keluar 7 Februari lalu, ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), hari ini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, nelayan-nelayan itu ditemui lebih kurang 10 batu nautika ia dilaporkan hilang pada 5.15 petang.
"Kami menerima laporan kehilangan pada 10.00 malam dua hari lalu dan memulakan pencarian awal pagi semalam menggunakan Kapal Maritim (KM) Jujur dan KM Gemia.
Komander Maritim Ariffin Ghazali.
"Hari ini merupakan hari kedua pencarian pihak APMM dan nelayan terbabit ditemui oleh KM Gemia setelah tujuh hari hilang di laut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di jeti Ibu Pejabat APMM Terengganu, di sini, malam ini.
Menurutnya, nelayan berkenaan iaitu Azwan Yusof, 36; Walik Hafizul Walek@Raffa, 35; Hanafi Nasrizal Hamtha, 26, dan Mohd Faizan Musa, 29 yang menaiki bot kelas A dengan nombor pendaftaran TRF 1178 itu ditunda Kapal Maritim (KM) Gemia ke jeti APMM, sebentar tadi.
"Keempat-empat nelayan terbabit kini berada dalam keadaan stabil setelah kita memberikan makanan serta rawatan awal.
Bot nelayan yang hilang sejak tujuh hari lalu.
"Pemeriksaan awal, kita dapati bot mengalami kerosakan pada bateri menyebabkan ia tidak dapat dihidupkan dan mereka hanyut," katanya.
Terdahulu, bot dinaiki nelayan dari Kampung Losong dilaporkan hilang selepas keluar ke laut Jumaat lalu.
Adik Azuan yang merupakan tekong bot, Mohd Amri Yusof, 33, melaporkan kejadian itu kepada APMM Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut, dua hari lalu setelah abangnya tidak dapat dihubungi.
KM Gemia sedang menunda bot ke jeti.
14 Feb 20
548
Family Day PERANTAU Pupuk Cinta Pada Terengganu
Anak-anak perantau di Melaka bergambar bersama Wan Sukairi.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 12 Februari - Program yang dilaksanakan di kalangan ahli Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama mereka, tetapi perasaan cinta kepada negeri asal iaitu Terengganu sentiasa dibugarkan apabila dapat berkumpul bersama.Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berharap, melalui penganjuran program-program yang diadakan secara berterusan dapat memberikan manfaat kepada semua anak-anak PERANTAU.“Program ini merupakan satu aktiviti yang julung kali diadakan bagi mengumpulkan semua anak-anak Terengganu yang berada di Melaka dalam satu tempat dan satu masa.Wan Sukairi.“Ini adalah satu platform untuk kita bertemu mata, berukhuwah, saling mengenali satu sama lain dan bertukar-tukar fikiran dalam suasana kekeluargaan,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika hadir meraikan program Hari Keluarga PERANTAU Melaka di Bukit Katil, baru-baru ini.Beliau juga menyatakan bahawa majlis pertemuan dengan perantau adalah pendekatan terbaik kerajaan negeri untuk bermesra dan mendekati seluruh anak-anak Terengganu yang bekerja di luar.“PERANTAU adalah tali penghubung antara kita dalam membina Terengganu yang lebih baik melalui penyaluran maklumat, informasi penting dan pusat pengumpulan data anak-anak negeri kepada kerajaan negeri,” katanya.Turut hadir Pengurus Besar Duyong Marina & Resort, Wan Mohd Faizul Wan Abas.Pelbagai aktiviti santai turut diadakan untuk mengukuhkan ukhuwah anak-anak negeri.
12 Feb 20
262
Kerajaan Pusat Diminta Segerakan Projek Kawalan Hakisan Pantai Teluk Lipat
Oleh: Mohd Asraf DUNGUN, 12 Februari- Kerajaan pusat diminta menyegerakan projek kawalan hakisan Pantai Teluk Lipat disini berikutan keadaan semasa yang agak membimbangkan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, hakisan pantai yang kritikal di kawasan itu sering berlaku saban tahun namun masih tiada sebarang tindakan dari kerajaan pusat. “Setiap tahun apabila tiba musim tengkujuh dan ombak besar, pasti akan berlaku hakisan di beberapa kawasan sepanjang Pantai Teluk Lipat ini. “Saya juga sentiasa berhubung dengan pihak Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) bertanya bagaimana proses dan perkembangan mengenai perkara ini,” ujarnya kepada pemberita ketika melawat kawasan hakisan tersebut. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura memaklumkan setiap kali tiba musim tengkujuh dan ombak besar, penduduk kawasan tersebut terpaksa menanggung pelbagai risiko. “Sepanjang pantai ini terdapat banyak kedai makan dan ia menjadi tumpuan pelancong namun jika keadaan seperti ini berterusan, mereka akan mengalami kerugian dan juga kemusnahan harta benda akan berlaku.“Industri pelancongan juga bakal terjejas dengan teruk sekiranya ia tidak dibendung dari sekarang,” katanya.
11 Feb 20
493
Orang Awam Perlu Patuhi Ketetapan Pengambilan Ubat-Ubatan
Dr. Farhaana bertanyakan keadaan salah seorang penduduk yang diziarahi.Oleh: Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 12 Februari - Masyarakat setempat perlu diberi penekanan tentang kepentingan mematuhi ketetapan pengambilan ubat-ubatan yang disediakan oleh pihak hospital mahupun klinik.Pengamal perubatan, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah berpandangan bahawa hal ini disebabkan pengambilan ubat-ubatan yang tidak mengikut ketetapan akan mengakibatkan komplikasi buruk kepada pesakit.“Penyakit kencing manis dan darah tinggi sukar dikawal sekiranya makan ubat tidak mengikut aturan yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu menyertai program ziarah kebajikan di Kampung Padang Gong Pak Maseh, kelmarin.Pemeriksaan kesihatan turut dijadikan rutin dalam program.Beliau yang merupakan Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, turut mengingatkan pesakit agar meneruskan pemeriksaan kesihatan secara berkala mengikut janji temu yang ditetapkan samada di hospital mahupun di klinik.Dalam program berkenaan, beliau turut menziarahi beberapa warga emas dengan pelbagai jenis penyakit kronik seperti kencing manis dan hipertensi (tekanan darah tinggi)."Selain ziarah dan menyampaikan bantuan, kita juga melakukan pemeriksaan kesihatan dan berikan khidmat nasihat kesihatan kepada pesakit," katanya.Program selama setengah hari itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Padang Gong Pak Maseh bagi mendekati dan menyelami kehidupan penduduk setempat di DUN tersebut.Add captionProgram ziarah tersebut turut disertai oleh
11 Feb 20
586
Anak Muda Perlu Manfaat Peluang Ditawar Kerajaan
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 12 Februari- Penawaran lot rumah kediaman oleh kerajaan negeri kepada rakyat Terengganu berusia 21 tahun ke atas perlu diambil peluang golongan anak muda di Bukit Besi. Mohd Khairul Anan, 24, berkata syarat berkenaan ternyata menyebelahi golongan anak muda di negeri ini. “Kerana kita sedia maklum memang anak muda perlukan rumah, ianya sesuatu yang terbaik.“Kepada saya sendiri memang saya amat memerlukan rumah , sudah tentu ianya membantu anak muda merancang kehidupan sempurna selepas berkahwin,” ujarnya ketika ditemui pemberita, pada sesi taklimat Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Sungai Bel, di Dewan Terbuka Orang Ramai, Kampung Tersusun Rantau Panjang, baru-baru ini.Pertemuan diadakan itu melibatkan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman bersama Pentadbir Tanah Daerah.Sementara itu, bagi Ainun Athirah Azman, 22, turut berpendapat peluang diberikan kerajaan merupakan langkah yang baik kepada anak muda sepertinya.“Menjadi tanda bahawa kerajaan tidak meminggirkan keperluan anak muda serta mencaknai kami di Negeri Terengganu," ujarnya. Terdahulu, Ghazali didalam taklimat RTB berkenaan berkata pihaknya sedia maklum dengan keperluan anak muda Bukit Besi dan didapati peratus tertinggi adalah anak muda yang ingin mendapat rumah.“Justeru, kita telah kenalpasti serta akan ketengahkan untuk dibina Rumah Mampu Milik (RMM) di RTB AMBS sejahtera yang didalam proses untuk diangkat kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terenggau selepas ianya diluluskan di peringkat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD).“Semoga ianya akan dipermudahkan segalanya serta akan melalui proses yang cepat demi kebaikan dan kesejahteraan anak muda DUN Bukit Besi,” ujarnya.
11 Feb 20
41
Tidak Pilih Kasih Hulur Bantuan
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 12 Februari – Semua bentuk bantuan kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan terhadap mereka yang memerlukan dan tidak wujud isu pilih kasih atau mempersoalkan ideologi politik seseorang, ujar Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali SulaimanKatanya, dakwaan sesetengah pihak di DUN berkenaan bahawa nama mereka dinafikan daripada terus menerima bantuan daripada jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) serta agensi berkaitan apabila dikesan bukan menyokong kerajaan adalah tidak tepat. “Pelbagai bantuan kepada rakyat yang layak diberikanadalah mengikut syarat kelayakan ditetapkan kerajaan negeri atapun persekutuan. “Ada segelintir mendakwa dia sudah tidak mendapat bantuan lagi dibawah kerajaan sekarang dan apabila kita siasat didapati bahawa ada yang tidak tahu bahawa ianya perlu dikemaskini setiap tahun, dan apabila datang berjumpa dengan kita, maka telah diterangkan secara jelas mengenai kedudukan sebenar, supaya tiada yang menjadikannya isu politik,” ujarnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, ketika Hari Bersama Pelanggan di peringkat DUN berkenaan, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, semalam.Katanya, hari bersama pelanggan yang diadakan itu telah berperanan menjadi pusat aduan yang efektif.“InsyaAllah kita telah beri peluang kepada rakyat untuk mengadu apa sahaja masalah yang relevan untuk kita selesaikan serta menanyakan secara pasti setiap apa yang mereka kaburi, serta mengetahui segala jelas syarat ditetapkan oleh kerajaan samada pihak yang dah lama menerima bantuan ataupun baru hendak memohon.“Apa jua hal berkaitan perlu dirujuk kepada pihak kerajaan, jangan ambil maklumat yang tidak pasti, serta dirujuk kepada pihak yang tiada autoriti atau mereka yang berkemungkinan boleh mencipta provokasi ataupun memanipulasikan isu,” ujarnya.
11 Feb 20
80