Artikel "Komuniti" Terkini
116 Diraikan Bersamamu Nelayan - Hanafiah Mat
Hanafiah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima.Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 16 Februari - Seramai 116 orang nelayan telah diraikan dalam program "Bersamamu Nelayan" yang telah diadakan di Jeti Nelayan Kampung Geliga, Cukai, baru-baru ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, semua nelayan tidak mengira latar belakang mahupun politik dijemput hadir bagi menerima sedikit sumbangan tersebut."Kita masih lagi berada di musim tengkujuh. Oleh yang demikian, kerajaan negeri komited membantu rakyat khususnya golongan nelayan sekali gus merapatkan silaturrahim serta berkasih sayang di antara satu sama lain," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program tersebut di sini.Difahamkan, selepas sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, angin masih lagi kuat dan sebahagian besar nelayan masih tidak dapat turun ke laut bagi mencari rezeki."Terima kasih kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Geliga yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program pada kali ini," tambahnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri.Sebanyak RM10,000 diperuntukkan bagi program ini. Setiap seorang membawa pulang sekampit beras dan barangan dapur.
16 Feb 20
144
Sukaneka Medan Menyatukan Komuniti Taman Indah
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN, 16 Februari- Sukaneka dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Indah, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dengan tema ‘Main, Menang dan Makan’ telah berjaya menjadi medan menyatukan anggota masayarakat taman berkenaan.Pengerusi MPKK taman tersebut, Zakiah Alias berkata pelbagai pertandingan telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.“Kita telah mengenalpasti jenis sukan yang sesuai untuk dipertandingkan agar semua yang hadir semuanya terlibat serta berpeluang memperolehi hadiah disamping adanya cabutan bertuah.“Alhamdulillah yang hadir dari peringkat anak-anak, semua terhibur dan sangat gembira dengan program diadakan ini,”jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media mengulas program yang diadakan di Perkarangan Bangunan Komuniti Taman Indah, semalam.Turut hadir merasmikan program ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.Diatas kejayaan sukaneka yang diadakan berkenaan, ghazali mengucapkan tahniah dan objektif bagi mengembirakan rakyat tercapai.“Alhamdulillah Taman Indah merupakan cawangan kedua kita adakan selepas MPKK Dendang, setakat ini hasrat kita bagi menjayakan program sukaneka ini di setiap cawangan masih berjalan lancar.“Semoga cawangan lain yang akan mengadakan program berkenaan juga berjaya demi menyatupadukan seluruh anggota masyarakat,” ujarnya.
15 Feb 20
796
Lepasan Sarjana Kimia Nekad Usahakan Tanaman Cendawan
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN, 16 Februari- Keputusan yang dibuat wanita ini untuk mengusahakan tanaman cendawan ternyata berhasil selepas dia kini mampu memiliki perusahaan sendiri.Rusila Yusof yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Fatisha Agro Farm nekad menceburi perusahaan cendawan sejak 13 tahun lalu melihatkan bidang tersebut boleh menjadikan dirinya seorang usahawan berjaya sekiranya ada kesungguhan.Biarpun memiliki kelulusan sarjana dalam bidang Kimia dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Rusila berkata disebabkan nasib tidak menyebelahinya untuk mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya sebaik menamatkan pelajaran, lantas dia bertekad menceburi bidang berkenaan berbekalkan modal serta dorongan kuat dari kakaknya."Pada awalnya saya buat di Bangi di belakang rumah dengan modal yang sedikit sahaja, sambil pada masa itu (13 tahun lepas) saya mengajar di Universiti Pertahanan Malaysia."Dengan duit mengajar secara sambilan itu juga saya dapat menambah modal untuk tanaman cendawan yang saya usahakan ketika itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menerima kunjungan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman di tempat perusahaan cendawannya di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), baru-baru ini.Turut hadir didalam lawatan berkenaan, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera, Zakiah Alias.Menurutnya, selepas tamat kontrak dengan universiti berkenaan dia terus menumpukan perhatian pada perniagaan cendawan sepenuhnya di Selangor sebelum berpindah ke Kemaman.Katanya, invididu yang beminat dengan perusahaan cendawan sebenarnya boleh bermula dengan modal yang kecil."Sebenarnya cendawan boleh ditanam di rumah, tidak perlu tempat yang luas dan bahan asasnya ialah habuk kayu, dedak serta kapur pertanian.“Bagi yang ingin menceburi secara serius boleh memohon modal dengan pihak berkaitan termasuk pejabat pertanian dan sebagainya,” ujarnya.
15 Feb 20
203
Kembalikan Minat Generasi Muda Untuk Bersukan
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN,16 Februari- Usaha bagi mengembalikan minat anak muda kepada aktiviti sukan menjadi salah satu mekanisme pembangunan anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, langkah berkenaan sebagai galakkan menumbulkan kesedaran kepada anak muda didalam apa jua jenis sukan.“Kerana bersukan ini merupakan satu aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh kita, bagi menyihatkan tubuh badan.“Usaha ini juga adalah bagi menyuntik kesedaran anak muda pada masa kini yang terlalu obses menggunakan gajet sehingga menghakiskan ukhwah sesama sendiri ,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan majlis penutup kejohanan Sepak Takraw Tertutup DUN Bukit Besi, di Gelanggang Sepak Takraw Felda Jerangau, anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau A, semalam.Turut hadir, Pengerusi MPKK ketiga-tiga cawangan Felda Jerangau, serta Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff.Ghazali berkata, bukanlah menjadi satu kesalahan penggunaan gajet pada masa kini, namun perlulah berpada.Pada kejohanan tersebut, pasukan Pokok Pelam memenangi tempat pertama dan membawa pulang wang tunai RM 300, naib johan dirangkul Seri Bangun dengan hadiah wang tunai sebanyak RM150, Padang Ping D serta Felda Jerangau A berada di tempat ketiga serta keempat memenangi wang tunai sebanyak RM60.
15 Feb 20
88
i-MiTS Bantu Kerajaan Mudahkan Urusan Rakyat
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 16 Februari -Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) merupakan ‘pembantu kerajaan’ terutamanya bagi memudahkan urusan rakyat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, ianya termasuk peranan i-MiTS dalam memastikan rakyat mendapat manfaat segala skim bantuan yang disediakan kerajaan. “Pelbagai karenah rakyat perlu diterima seadanya dan setiap halangan di dalam melaksanakan tugas adalah satu perkara biasa dan dapat diselesaikan dengan sentiasa berbincang," ujarnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelepasan Kakitangan i-MiTS DUN Untuk Program Pencambahan Minda (Brainstorming), baru-baru ini. Katanya, kerjasama yang erat dan saling bantu membantu akan memudahkan kerja. "i-MiTS adalah antara nadi penting di dalam mengekalkan kerajaan yang ada hari ini untuk terus memerintah negeri Terengganu yang kita cintai di masa akan datang, jadi laksanakan amanah ini dengan semampu kita," jelasnya.
15 Feb 20
32
AHM Manggo A Julang Piala Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun
Oleh: Mohd AsrafDungun, 16 Februari - Pasukan AHM Manggo A muncul juara Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun yang berlangsung di Beach Court Futsal, Dungun.Kejayaan itu dicapai selepas AHM Manggo A menumpaskan ED United 2-1 pada perlawanan akhir sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan medal sementara tempat kedua pula membawa pulang RM1,000 dan medal.Tempat ketiga dan keempat disandang oleh Teluk Lipat A dan Lembah A dengan membawa pulang RM500 serta medal.Hadiah disampaikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Mohd Fadhli Rahmi yang hadir merasmikan majlis penutup kejohanan terbabit.Mohd Fadhli berkata, sebanyak 58 pasukan daripada seluruh Terengganu menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula 14 Februari lalu.“Penganjuran kejohanan ini secara tidak langsung dapat memastikan diri kita sentiasa terbabit dalam program berbentuk kesukanan dalam usaha meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.“Ada pepatah arab menyatakan, akal yang sihat datang dari badan yang sihat. Maka kita diharuskan untuk bersukan,” katanya. Tambah beliau, dengan kejohanan itu dapat mengeratkan hubungan sesama pemain serta mencungkil bakat baharu yang mempunyai kebolehan bermain futsal. Dalam perlawanan antara kedua pasukan itu, nyata sengit apabila kedua duanya berbalas serangan dan asakan dari awal hingga akhir perlawanan. AHM Manggo A mendahului 2-0 pada separuh masa pertama namun pasukan ED United cuba merapatkan jurang kedudukan pada babak kedua dan berjaya menghasilkan gol.Meskipun asakan bertali arus dari pasukan ED United namun tiada jaringan dihasilkan sehingga ke tiupan wisel penamat.
15 Feb 20
162
'Api Marak Tak Sampai Lima Minit'
Keadaaan rumah Melati hangus terbakar.Oleh : Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 15 Februari – Itu luahan mangsa, Melati Yusof, 53, ketika menceritakan keadaan sewaktu rumahnya terbakar kira-kira jam 12.30 pagi tadi.Menurutnya, kejadian tersebut pada awalnya disedari oleh anak perempuannya yang terhidu bau hangit berpunca dari sebuah bilik di dalam kediamannya yang terletak di Kampng Gong Parit.“Selepas Natasha (anak) buka pintu bilik itu, dia lihat api sedang marak dengan cepat dan kami bertindak menyelamatkan diri.Khalil berbincang dengan keluarga terbabit berkaitan kebakaran tersebut.“Kami tidak sempat membawa apa-apa barang keluar dan hanya sempat alihkan kereta dari rumah”, katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di lokasi selepas kejadian itu.Melati yang merupakan pengusaha kedai makan di kampung itu bagaimanapun bersyukur kerana keempat-empat ahli keluarganya yang berada di rumah ketika itu selamat tanpa sebarang kecederaan.Sementara itu, Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang hadir sama bagi melihat keadaan rumah mangsa memaklumkan pihaknya akan cuba untuk membantu mangsa dalam menghadapi musibah itu.Muhammad Khalil ketika meninjau keadaan rumah mangsa."Terima kasih diucapkan kepada pihak bomba yang bertindak tangkas memadamkan api dan memastikan ia tidak merebak ke rumah-rumah yang berdekatan," katanya.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Batu Buruk, Salleh Abdullah dan wakil daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Gong Parit.
15 Feb 20
67
Tangkapan Pasangan 'Basah' Catat Penurunan
Operasi di beberapa buah hotel awal pagi tadi. Foto oleh - Wan Luqman Hakim.KUALA TERENGGANU, 15 Februari - Bilangan tangkapan pelaku maksiat di daerah ini dan Kuala Nerus mencatatkan penurunan mendadak sejak operasi penguatkuasaan syariah dijalankan secara agresif bermula 1 Januari lalu.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah memaklumkan, dalam operasi khas sempena 'Hari Kekasih' awal pagi tadi hanya tiga pasangan ditahan berbanding 10 sebelum ini.Katanya, operasi yang melibatkan 20 anggota penguatkuasa dan sukarela berjalan selama lima jam bermula tiga pagi dengan menyasarkan lapan hotel dan premis yang telah dikenal pasti di dua daerah berkenaan."Enam orang yang ditahan akan didakwa bawah Seksyen 31 (a) dan (b) (berkhalwat) serta Seksyen 29 (perbuatan persediaan untuk melakukan persetubuhan)."Bilangan itu menunjukkan berlaku penurunan yang banyak, biasanya sebelum ini 20 orang ditangkap, ini mungkin disebabkan peranan penguatkuasa dan media yang menimbulkan kegerunan kepada pelaku untuk membuat maksiat," katanya.Azmi Tengah.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas operasi tersebut di Kompleks Seri Iman, pagi tadi.Menurutnya lagi, pelaku yang ditahan dalam operasi tersebut juga kebanyakannya adalah berasal dari luar Terengganu."Pasangan dari negeri ini ada, cuma bilangannya amat sedikit berbanding pelaku luar yang datang berkunjung ke sini."Jadi kita juga berharap agar pihak berkuasa negeri terus memainkan peranan dengan melakukan sebaran media berkait kemungkaran ini supaya ia menjadi cegahan umum."Ia selaras peruntukan undang-undang bagi merealisasikan Terengganu sebagai negeri sifar maksiat," tambah beliau.Untuk rekod, seksyen 29 serta 31 (a) dan (b) di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
15 Feb 20
48
Pantau Pemakanan Kanak-Kanak - AP Setiu
Shaharizukirnain.Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 15 Februari - Pengambilan makanan berkhasiat dalam kalangan kanak-kanak perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, ini kerana ia akan memberi kesan kepada proses pertumbuhan kanak-kanak melibatkan kecekapan berfikir dan perkembangan otot.Jelasnya, kajian Nutrisi Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS) mencatatkan kanak-kanak dalam satu daripada tiga keluarga di Malaysia mengalami kekurangan zat penting seperti Vitamin C dan Kalsium"Perkara ini membuktikan bahawa Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan yang disediakan sejak dua dekad lalu masih belum dapat menangani masalah ini," ujar beliau dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.Mengulas lanjut, beliau juga meminta agar kerajaan menambah baik prosedur program itu supaya isu berkenaan dapat diselesaikan."Ibu bapa juga mestilah menyedari kepentingan pengambilan makanan sihat dan menjaga pemakanan anak-anak terutama dibawah umur enam tahun."Ia juga penting supaya generasi anak bangsa yang sihat dan cerdas dapat dibina dengan baik," tambah beliau.
15 Feb 20
29
Santuni Pesakit Di Hospital Besut
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 14 Februari- Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bersama dengan kakitangan Pusat Khidmat Dun (PKM) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) menyantuni pesakit-pesakit di Hospital Besut.Pegawainya, Azbi Salleh berkata, pesakit juga turut menerima sedikit sumbangan daripada PKM Dun Kuala Besut."Program ini diadakan supaya kita dapat meringankan beban orang diuji dengan sakit.“Selain itu juga kita dapat bertemu mata dan bertanya khabar mereka yang berada di dalam wad," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada hari Selasa, 11 Februari.Turut sama dalam program tersebut ialah Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir, Pegawai Khas Penyelaras, Mohd Sulaiman dan kakitangan i-MiTS.Menurutnya, pihak Hospital Besut turut berterima kasih kepada PKM dan i-MiTS kerana meluangkan masa melawat pesakit-pesakit di sini."In shaa Allah kita akan pastikan program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang," tambah beliau.
15 Feb 20
717