lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Dekati Masyarakat Ke Arah Kebaikan
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 23 Februari- Muslimat PAS Rantau Abang diharap sentiasa mengambil tanggungjawab untuk mendekati masyarakat setempat yang menjadi sasaran dakwah bagi mengajak mereka ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri berkata, mereka juga digalakkan berkongsi kemahiran yang dimiliki sesama mereka untuk saling lengkap melengkapi di dalam mencurah bakti kepada masyarakat. "Kita perlu turun padang bertemu orang ramai dan mendekati mereka dengan ilmu yang kita ada untuk bantu mereka.“Jangan ada rasa kedekut dengan ilmu yang kita ada, ilmu untuk manfaat bersama tidak semestinya ilmu agama sahaja, contohnya ilmu menjahit, membuat kuih atau apa sahaja," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan Program Tamrin Qiadi di Jalan Intan di sini, baru-baru ini.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dungun, Jamaluddin Jusoh Al Hafiz. Katanya, dengan pengkongsian ilmu juga diharap dapat menambah bilangan orang yang mahir sesuatu bidang itu.
23 Feb 20
57
Empty Image
Mahu Lihat Anak Didik Jadi Juruterbang
MARANG, 23 Februari - "Saya mengharapkan suatu hari nanti akan ada salah seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Nangka memegang jawatan profesional dalam bidang penerbangan,"Itulah harapan tinggi Guru Penyelaras Kelab Aeronautik SK Gong Nangka, Syed Hasan Syukri Tuan Hadi terhadap anak didiknya.Katanya, kelab yang ditubuhkan pada tahun 2015 itu bertujuan memberi pendedahan kepada murid berkenaan ilmu yang berkait dengan teknologi dan kerjaya dalam bidang penerbangan sama ada sebagai juruterbang, jurutera dan sebagainya. “Bagi menanam minat murid terhadap bidang penerbangan, kita turut membina satu sudut ruangan di pusat sumber sekolah ini berubah menjadi simulator pesawat penerbangan yang lengkap dengan aktiviti simulasi dan ujian penerbangan.“Kos keseluruhan set binaan simulator itu hanya RM5,000 dengan menggunakan barangan terpakai seperti tempat duduk kereta dan komputer lama,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman melawat Galeri Aeronautik Ibnu Firnas yang ditubuhkan kelab itu.Syed Hasan Syukri berkata, untuk menimbulkan minat juga, ahli-ahli kelab seramai 22 orang ketika ini dikehendaki memakai uniform seperti juruterbang pada setiap kali perjumpaan semasa aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar sekolah dijalankan.“Terdapat dua pesawat kawalan jauh, lapan model pesawat sayap pegun dan tiga model helikopter dipamerkan di galeri itu malah pengunjung akan diberi penerangan mengenai kaedah pengendalian pesawat semasa pelepasan, navigasi dan pendaratan yang selamat,” ujarnya.Malah katanya, kelab itu turut mendapat khidmat nasihat teknikal daripada seorang juruterbang Qatar Airways dan seorang jurutera simulator penerbangan dari syarikat pengendali antarabangsa.Katanya, secara tidak langsung diharapkan projek simulator berkenaan dapat memberikan motivasi kepada anak murid untuk terus meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) terutama yang berkaitan dunia penerbangan.“Pada masa sama, kita turut memberi penekanan Islamik termasuk memberi pendedahan dan mengaitkan perspektif Islam dalam konteks penerbangan kepada mereka,” ujarnya.
22 Feb 20
807
Empty Image
Beladau Kolam Juara Futsal Piala ADUN Manir
Pasukan Beladau Kolam muncul juara pada Kejohanan Futsal Piala Adun Manir Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir 2020 Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 23 Februari - Pasukan Beladau Kolam muncul juara pada Kejohanan Futsal Piala Adun Manir Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir 2020 anjuran Kelab Kebajikan Pemuda Sejahtera Manir di Gelanggang MJ Futsal Teluk Pasu di sini kelmarin.Dengan merangkul kejuaraan pada kali ini, mereka  membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan dan medal manakala KUDQI yang berada pada kedudukan kedua menerima wang tunai RM500 dan pingat.Sementara itu, tempat ketiga pasukan Alam Reba menerima wang tunai RM 300 dan tempat keempat pasukan Banggol menerima wang tunai RM100.Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan kali ini.Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Dato' Harun.Hilmi berkata,  aktiviti yang diadakan itu secara tidak langsung memberi kesedaran kepada pemain dan penyokong untuk menghargai kesihatan disamping mewujudkan semangat kerjasama di antara mereka.Tambahnya lagi, beliau berbangga dengan komitmen penganjur, pemain dan pengunjung yang sentiasa menyokong aktiviti riadah seperti itu dalam melahirkan masyarakat yang aktif dan sihat.
22 Feb 20
866
Empty Image
Pusat Tafaqquh Fi Din Perkasa Pengajian Islam
Oleh: Amiirullah Mansor KUALA TERENGGANU, 20 Februari - Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyung yang bakal dibangunkan di Pulau Wan Man akan memperkasakan lagi pengajian Islam di negeri ini seterusnya mengangkat kembali Terengganu sebagai hub pendidikan turath.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata , pusat ilmu yang secara tidak langung bertindak sebagai edu-tourism itu juga bakal melahirkan para ulama yang berketerampilan."Pusat ini adalah kesinambungan kepada para lepasan pondok untuk meneruskan pengajian turath dan sistem talaqqi dengan lebih mendalam," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Taklimat Peruntukan Oleh JAKIM Kepada Pondok, Tahfiz, SAN, SAR, SAS Dan SAP di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), baru-baru ini.Sementara itu, Satiful yang mewakili kerajaan negeri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada individu dan masyarakat yang membangunkan pengajian pondok seperti mengusahakan tanah, fasiliti dan tenaga pengajar. "Kita sangat menghargai hasil usaha mereka yang sanggup menginfakkan sebahagian harta dan mewakafkan untuk mengembangkan institusi pondok di negeri ini."Kebiasaannya hasil sumbangan ini daripada orang pencen yang membelanjakan hasilnya itu di jalan Allah," ujarnya. Dalam perkembangan lain katanya, kerajaan negeri juga sedang mengusahakan pusat pengajian lanjutan bagi mengatasi kegusaran pelajar melanjutkan pengajian ke luar Negara.“Seperti sedia maklum, krisis yang berlaku di negara luar termasuk peperangan dan pergolakkan terutama di negara-negara Islam sedikit sebanyak membimbangkan pelajar yang ingin menyambung pelajaran, dan kita sebagai kerajaan akan mencari jalan untuk mengatasi masalah ini,” ujarnya.
19 Feb 20
577
Empty Image
Gagal Temukan Jawapan Punca Murtad
Oleh: Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 20 Februari - Gagal menemukan jawapan kepada kekeliruan serta tiada jawapan kepada persoalan mengenai hal ehwal Islam apabila ditanya atau dirujuk kepada seseorang menjadi antara punca segelintir individu itu murtad.Pendakwah Bebas, Wong Wai Hung berkata, perkara berkenaan banyak terjadi dalam kalangan masyarakat masa kini dan perlu diberi perhatian."Ada dalam kalangan masyarakat kita, ketika berhadapan dengan golongan yang ada persoalan agama ini tidak begitu mengalu-alukan soalan daripada mereka."Apabila mereka bertanya soalan sedikit sensitif, lalu masyarakat kita secara umumnya menyindir mereka," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika tampil  bersiaran langsung di TV Darul Iman menerusi slot Penawar Hati 'Indahnya Sebuah Kembara', “ baru-baru ini.Firdaus Wong yang memilih untuk terlibat sepenuh masa didalam dunia dakwah selepas berhijrah memeluk Islam itu berkata kesilapan serta sikap masyarakat sedemikian menjadi faktor agama Islam tidak didalami sebaiknya."Apa salahnya jikalau kita sebagai muslim apabila ada saudara seagama yang mempunyai soalan yang sangat bagus tapi diri kita tidak mampu menjawab kenapa kita hendak menutup malu kita.“Sebaliknya, tidak menjadi salah jika dibawa mereka yang mempunyai kekeliruan itu ditemukan kepada mereka yang lebih arif atau agamawan,” ujarnya.Katanya, adalah menjadi peranan umat Islam pada masa kini untuk berdakwah dan tugas itu tidak akan selesai selagi mana masih hidup.Sementara itu katanya, setiap mukmin disaran agar menggunakan bakat serta rezeki dikurniakan oleh Allah kepada jalan dakwah bagi menyeru masyarakat ke arah kebaikan mengikut acuan Islam. “Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam menggunakan segala kemampuan dan rezeki yang telah Allah berikan.“Justeru, umat Islam perlu berusaha menggunakan segala daya upaya berdakwah agar kebaikan dapat disampaikan kepada orang lain demi mencari keredhaan Allah,” ujarnya.
19 Feb 20
110
Empty Image
PKM Rantau Abang Gerakkan Kutipan Tabung Terengganu For Yaman
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 19 Februari- Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang mempergiatkan kutipan Tabung Terengganu For Yaman  sebagai tanda sokongan kepada prihatinan kerajaan negeri terhadap kesengsaraan rakyat Yaman.ADUN Rantau Abang, Alias Harun berkata, pihaknya menggerakkan kutipan tersebut di lokasi yang menjadi tumpuan ramai“Memang sepatutnya kita sesama islam membantu meringankan kesengsaraan mereka."Pakat - pakat memberi sumbangan sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka, umpamakan cubit peha kanan, peha kiripun terasa sakit, tidak semestinya banyak,” ujarnya ketika berucap melancarkan kutipan Tabung Terengganu For Yaman di Tapak Pasar Malam Batu 48 dekat sini, baru-baru ini.Selain tapak Pasar Malam Batu 48, pihak PKM  juga turut mengadakan kutipan di Pasar Malam Pulau Serai Pasar Malam Taman Rakyat Jaya serta di masjid-masjid dan di surau-surau di DUN tersebut.Katanya, diharapkan sumbangan daripada orang ramai dapat mengurangkan sedikit penderitaan puluhan juta rakyat Yaman yang berada dalam keadaan terkesan, kemiskinan begitu ketara dan mendiami kem-kem pelarian di bumi sendiri akibat daripada peperangan saudara yang berlaku di negara mereka.
18 Feb 20
61
Empty Image
Kesusahan Keluarga Autisme Akan Diringankan - ADUN Wanita
Zuraida (berdiri paling kanan) berkongsi cerita bersama anak-anak autisme.Oleh: Aslam WiraRAWANG, 18 Februari - Kerajaan Terengganu akan memberi perhatian serius terhadap keperitan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga anak-anak autisme.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, kebanyakan ibu bapa berdepan dengan masalah emosi untuk menguruskan anak-anak yang mengalami autisme.Ujarnya, ada beberapa kes melibatkan ibu bapa atau penjaga terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak autisme, malah ada yang mengalami masalah depresi dan kemurungan."Ada di kalangan mereka yang berkerja dalam bidang profesional seperti doktor, peguam, dan jurutera mengalami masalah dalam kes ini."Mereka ini adalah penyumbang kepada kerajaan negeri dan perlu dibantu dengan penyediaan pusat terapi yang bakal diwujudkan di Terengganu supaya kepakaran mereka tidak sia-sia begitu sahaja," katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan ke pusat terapi autisme di tiga buah tempat berasingan di Setia Alam, Selayang dan Rawang, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu, Zuhaimi Omar.Menurutnya lagi, JKM telah mengumpulkan data terkini mengenai keluarga autisme dan kerajaan negeri sangat mengharapkan kerjasama yang erat daripada masyarakat."Kita juga dalam proses mewujudkan satu modul khas yang baik di pusat terapi untuk anak-anak autisme ini dengan sokongan kumpulan yang mempunyai kepakaran."Impian ini akan dijalankan di peringkat negeri Terengganu dan dalam masa terdekat pusat ini dijangka akan bertempat di Kuala Terengganu," tambahnya.
18 Feb 20
62
Empty Image
Kopi Asli Kampung Tembusi Pasaran Luar Terengganu
KUALA TERENGGANU, 18 Februari - Bermula tanpa sebarang ilmu pengetahuan tentang memproses kopi, kini Wan Ahmad Fadli Wan Abdullah, 39, mampu memiliki produk kopi berjenama sendiri iatu Kopi Asli Kampung Cap Layar selepas mengalih alih perniagaan Allahyarham bapanya pada 2014.Pada masa sama, beliau juga berjaya membuka bengkel yang dilengkapi mesin memproses kopi, mesin penghancur, meja mengering dan mesin uncang pada 2017.Wan Ahmad Fadli berkata, sewaktu mengambil alih perniagaan arwah ayah, dia hampir putus asa kerana merasa terlalu penat, kekurangan modal dan pasaran kopi sangat terhad.Katanya, berkat kesabaran, hasil dorongan isteri, Halimatun Saadiah Yusof, 35, dan tunjuk ajar ibu tiri yang menurunkan ilmu bermula cara memproses sehinggalah siap membungkus.“Kini perniagaan  yang diambil alih itu berjaya menebusi pasaran sehingga ke luar Terengganu dan mendapat kepercayaan beberapa pasaraya terkenal di negeri ini.“Antaranya Pasaraya Sabasun, Pasaraya DM, Pasaraya Muslimah, Pasaraya Sinar, Pasaraya Marang dan puluhan kedai runcit,” katanya yang juga pengurus kepada syarikat kopi itu, Norwan Jaya Trading.Menurut Wan Ahmad Fadli, bagi memenuhi permintaan pasaran, syarikatnya perlu menyediakan stok kopi Robusta sekurang-kurangnya 500 kilogram atau lebih bagi tempoh sebulan.“Stok kopi itu akan dipekkan mengikut sukatan tertentu dan dibungkus secara uncang sebelum dijual dengan harga yang sangat berpatutan” katanya.Katanya, bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan produk kopi kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi, ketelitian dalam setiap adunan bahan dan mempunyai tempoh masa lama untuk masak.“Sekiranya tersilap memproses, kopi yang dimasak akan cepat keras, selain hilang aroma kopi yang dimahukan.“Saya dibantu dua pekerja dan isteri, ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 5 jam untuk proses menggoreng biji kopi, mengadun, mengering adunan dan membungkus,” katanya.Wan Ahmad Fadli  berkata, sewaktu arwah ayah mengendalikan perniagaan, semua proses itu  menggunakan kaedah  tradisional, bermula daripada proses menggoreng biji kopi mengunakan kayu api, menumbuk, mengering dan membungkus menggunakan api lilin.“Bila mengambil alih perniagaan ini, kini baru terasa  sukarnya memproses kopi, bagaimanapun tetap diteruskan amanat arwah agar legasi perniagaannya diterusnya oleh saya, “ katanya.
18 Feb 20
1269
Empty Image
Manfaat Masa Dengan Aktiviti Sukan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 18 Februari- Anak muda digalak mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti riadah dan bersukan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, selain menyihatkan badan bersukan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim."Walaupun begitu ketika kita bersukan contohnya bermain futsal, solat  kita kena jaga jadi perlu sesuaikan masa bermain dengan waktu solat," ujarnya.Nasihat itu disampaikan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Futsal Tertutup Bukit Merah di sini. Alias turut mengingatkan agar anak muda turut menitikberatkan soal menutup aurat ketika bersukan." Dalam bermain, tidak kira sukan apa sekalipun mestilah patuh syariah, di samping bermain halal haram kita jaga," ujarnya.
17 Feb 20
373
Empty Image
Terengganu Rumus Pelan Terbaik Wujud Pusat Terapi Anak Autisme
Anak-anak autisme ceria bergambar bersama wakil Kerajaan Terengganu.RAWANG, 18 Februari - Terengganu sedang merumus pelan terbaik untuk mewujudkan pusat terapi anak-anak autisme di negeri itu yang sekali gus mampu membela nasib golongan terbabit.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, menyedari usaha membantu lebih 100 keluarga itu memerlukan masa dan dana yang banyak, pihaknya bercadang untuk memanfaatkan kepakaran masyarakat di Terengganu.Katanya, beliau berhasrat untuk turut menggunakan kemahiran institusi serta agensi yang pakar dalam bidang itu seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Di samping itu, kurikulum serta sistem untuk pendidikan anak-anak ini akan diteliti bersama pakar-pakar atau pusat terapi yang sudah lama beroperasi di Malaysia."Kita juga mempunyai pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam mengendalikan isu-isu sosial sebegini, mereka ini akan kita manfaatkan sepenuhnya," jelasnya.Zuraida berkata, terdapat ramai ibu yang berkerjaya terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak-anak syurga ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tiga pusat terapi anak-anak austime di sekitar Selangor, di sini semalam.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor yang hadir sama menegaskan, keperitan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak austisme membuatkan kerajaan negeri serius untuk membina pusat terapi berkenaan."Idea-idea pusat pemulihan yang berjaya di Lembah Klang ini akan kita jadikan sebagai rujukan untuk diadaptasikan di Terengganu sebelum kita membuat perbincangan yang lebih mendalam."Dalam masa yang terdekat, insya-Allah kami dan JKM akan mengumpulkan keluarga yang ada anak austisme ini bagi mendapatkan pandangan serta pertolongan yang mampu diberikan," tambah beliau.Ramai ibu bapa tidak dapat menerima anak adalah seorang austisme.Autisme adalah satu bentuk kecelaruan neurologi yang mengganggu fungsi otak sejak dalam kandungan.Mereka menghadapi masalah dalam perhubungan sosial, komunikasi, emosi, rutin berkaitan minat, tingkah laku dan kecenderungan dalam melakukan sesuatu.
17 Feb 20
411