lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Kemelut Politik Negara Tidak Ganggu Kerjasama Agensi Bantu Rakyat
Oleh: Aslam WiraMARANG, 27 Februari – Kemelut politik negara yang berlaku hari ini tidak menggangu dan membataskan kerjasama antara agensi-agensi untuk memberikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.“Kerjasama daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri ( DUN)   Rhu Rendang bersama-sama beberapa agensi penting sama ada dari kerajaan negeri dan pusat tetap diteruskan.“Antaranya adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Marang, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Pejabat Kesihatan Marang, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Pejabat Daerah Marang dan Tabung Darul Iman (TDI).Penyelia DUN Rhu Rendang, berkata Nasaruddin Samsudeng, berkata  walaupun dalam situasi negara sedang berdepan dengan masalah politik, perkara yang sebetulnya masih perlu diteruskan tanpa mengira latar belakang parti.“Ini adalah tanggungjawab kami yang perlu dijalankan kerana keperluan mereka lebih penting lebih-lebih lagi mereka yang ditimpa musibah penyakit kronik dan masalah kesempitan hidup seperti dua penduduk yang baru diziarahi.Beliau berkata ketika selesai menziarahi dua orang penduduk yang menerima bantuan dan sumbangan di kampung Sentul Patah dan Medan Jaya, kelmarin.Terdahulu, kunjungan daripada agensi terbabit adalah merupakan salah satu program membasmi kemiskinan yang dipanggil ‘Focus Group, Mobile Team’ melibatkan kawasan Rhu Rendang.Antara beberapa bentuk bantuan diberikan kepada dua penduduk tersebut adalah, bantuan perubatan, dan bantuan am bulanan daripada agensi terbabit.Pejabat Kesihatan juga mempunyai bantuan yang dipanggil PEKA B40, di mana bantuan perubatan tersebut diperuntukkan kepada penerima sebanyak RM 20,000.00 seumur hidup sekiranya layak.
26 Feb 20
49
Empty Image
Bulan Penghayatan Ibadat Solat Didik Rakyat
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 27 Februari- Bulan Penghayatan Ibadat Solat yang dianjurkan kerajaan negeri bertujuan mendidik rakyat agar mementingkan solat yang merupakan tiang agama.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, sebagai tanggungjawab kerajaan yang memerintah pihaknya mengambil inisiatif mengadakannya pada setiap bulan Rejab. “Bukan menganggap bulan lain tidak penting dan tidak perlu penghayatan ibadat solat tetapi kita mahu mengingatkan kepada seluruh rakyat Terengganu agar mengingati sejarah kefarduan solat.“Diwaktu yang sama adalah untuk mendidik mereka yang beragama Islam agar mengambil segala intipati (kebaikan) daripada ibadat solat,” ujarnya.Beliau berkata demikian, sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Ibadat Solat Peringkat Negeri Terengganu, di Masjid Ampuan Intan Zaharah, baru-baru ini.Perasmian program berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat mewakili Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Usaha berkenaan juga menurutnya adalah bagi memastikan rakyat mendapat kesedaran serta pengajaran agar menjauhi perkara keji dan mungkar serta meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya mendirikan solat lima waktu secara berjemaah.
26 Feb 20
168
Empty Image
Syabas Dan Tahniah Pelajar-Pelajar STPM 2019 Terengganu - Dr Mohd Khairuddin
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 27 Februari - Terengganu telah diumumkan sebagai negeri terbaik peringkat kebangsaan bagi keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019 dengan mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.02 mengatasi peringkat nasional selama dua tahun berturut-turut.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar STPM 2019 Terengganu kerana melayakkan Terengganu dinobat sebagai pencapaian negeri terbaik Malaysia.Katanya, hal tersebut berkat kesungguhan pelajar-pelajar dan guru-guru Terengganu yang telah bersusah payah berusaha mencapai keputusan yang cemerlang.Dr Khairuddin juga berharap agar prestasi yang terbaik ini dikekalkan dan ditingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.“Tahniah dan syabas kepada semua pelajar STPM kerana pencapaian terbaik peringkat Malaysia.“Semua ini adalah berkat kesungguhan baik pelajar-pelajar mahupun guru-guru yang telah bersusah payah berusaha sehingga ketahap ini dan saya berharap agar prestasi terbaik ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan lagi pada masa dan tahun-tahun akan datang, “ ujar beliau sewaktu dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.Tambahnya lagi, ia lebih menggembirakan  kerana prestasi kali ini telah meningkat berbanding tahun 2018 yang memperolehi PNGK 2.99.
26 Feb 20
501
Empty Image
‘Fun Ride Against Drugs’ Semai Semangat Gaya Hidup Sihat - Dr Mohd Khairuddin
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 27 Februari - Penganjuran program ‘Fun Ride Against Drugs’ mampu menyemai semangat gaya hidup sihat di kalangan masyarakat dengan melakukan aktiviti yang berfaedah tanpa dadah.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program seumpama ini harus diteruskan dari semasa ke semasa demi menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan dan bersukan.“Program Fun Ride Against Drugs yang dianjurkan boleh menerapkan semangat gaya hidup yang sihat dikalangan rakyat Kuala Nerus dengan melakukan aktiviti berfaedah tanpa dadah.“Program seumpama ini harus diteruskan untuk menggalakkan masyarakat bersukan dan menjaga kesihatan,” ujar beliau sewaktu dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini.'Fun Ride Against Drugs' sempena Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 merupakan program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu di Rumah Anak Yatim Darul Hilmi, Seberang Takir.Mohd Fazil WahabProgram bermula pada jam 8.30 pagi dengan Bacaan Perutusan Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 yang disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab, mewakili Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Peserta-peserta seramai lebih 60 orang  berbasikal sejauh 15 kilometer (km) bermula Darul Hilmi hingga Masjid Ladang, Kuala Terengganu.Antara objektif utama program ini ialah mewujudkan amalan gaya hidup sihat tanpa dadah dengan aktiviti sihat dan berfaedah.
26 Feb 20
88
Empty Image
Bapa Masih Terbayang Kelibat Fahmi
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 25 Januari – “Setiap kali keluar bekerja, saya masih lagi terbayang-bayang wajahnya kerana sebelum ini dia rajin membantu saya buat kerja,”  kata Zuki Ab Razak, 55.Zuki adalah bapa kepada arwah Zul Fahmi, 21, salah seorang daripada empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun yang meninggal dalam kejadian lemas di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan pada 17 Januari lalu.Zuki yang redha dengan pemergian anaknya itu berkata, arwah seorang yang ringan tulang dan amat menghormati orang tua. "Setiap kali bila dia balik bercuti, dia memang ikut saya mesin rumput, sehingga sekarangpun saya masih berasa dia ada di sebelah memesin rumput bersama saya, tapi saya sedar dia dah tiada dan redha Allah beri pinjam dia buat seketika, " ujarnya yang mengambil upah sebagai pemotong rumput.Zuki ditemui pemberita di Majlis Penghargaan Sempena Operasi Mencari Dan Penyelamat(SAR) di Pantai Teluk Bidara dan Penyerahan Wang Manfaat Takaful Ikhlas di Dewan Serbaguna, PSMZA di sini, semalam. Di dalam majlis tersebut Zuki dan tiga lagi waris mangsa lemas menerima cek wang manfaat Takaful Malaysia bernilai RM41,500 setiap seorang daripada Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail.Sementara itu isterinya, Maznah Muda, 55 masih tidak dapat melupakan allahyarham sambil menyifatkan Fahmi seorang anak yang mendengar kata. "Dia biasanya akan bagi tahu saya melalui ‘whatsapp’ setiap kali tidak balik, jadi masa hari kejadian, dia hantar  ‘whatsapp’ tidak jadi balik, masa tu dah pukul 6.00 petang dan saya mesej dia semula."Hati ibu saya rasa tidak sedap bila dia tidak balas mesej saya, kira-kira 6.45 petang, saya tersentak, bila dapat berita dia hilang di pantai," ujar ibu kepada lima orang anak itu. Katanya, setiap kali lepas sembahyang dia akan sentiasa mendoakan anaknya itu.
24 Feb 20
65
Empty Image
Galak Anak Muda Bersukan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 25 Februari- Anak muda digalak aktif bersukan selain mengamalkan rutin kehidupan yang positif. Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Ridhuan Yusoff berkata, perkara berkenaan tidak sesekali dipandang remeh di peringkat kerajaan. "Kerana itu apa jua keperluan anak muda untuk beriadah dan bersukan kita cuba penuhi termasuklah keperluan untuk mendapatkan jaring, bola dan sebagainya."Supaya mereka dapat meneruskan aktiviti sihat selain keakraban serta jalinan persahabatan antara mereka terjalin kukuh," ujarnya kepada pemberita ketika menyantuni anak muda di Kampung Shukor, baru-baru ini.Katanya, anak muda juga diingatkan agar memakai pakaian bersesuaian ketika melakukan aktiviti riadah. "Kita sangat menitikberatkan dari sudut pemakaian agar menutup aurat serta patuh pada syariat serta tidak mengabaikan solat."Dengan harapan agar segala perkara yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam serta mematuhi setiap suruhanNya akan melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akhlak, yang akhirnya menjadi sebab berlaku keharmonian didalam masyarakat," ujarnya.
24 Feb 20
59
Empty Image
'Ride To Air Terjun Lubuk Kain' Kumpul 170 Anak Muda
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 25 Februari- Program 'Ride To Air Terjun Lubuk Kain' yang diadakan selama dua hari bermula Jumaat lalu di Kampung Shukor Hulu Terengganu berjaya mengumpulkan 170 anak muda.Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Ahmad Aminuddin Mohamed berkata, ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dan lokasi berkenaan dipilih kerana ianya amat sesuai untuk diadakan aktiviti 'brain storming', 're-treat', Mukhayam, dan sebagainya."Kita juga turut membuat aktiviti kebajikan bersama penduduk setempat dengan bergotong royong membersihkan tempat perkelahan ini."Termasuk bersama-sama membersihkan juga kubur, surau dan masjid sekitar kampung ini," katanya ketika ditemui pemberita pada program berkenaan.Sementara itu Ahmad Aminuddin berkata, anak muda perlu melibatkan diri dalam setiap program yang dianjurkan. "Supaya kita dapat kumpulkan tenaga anak muda ini agar aktif di peringkat cawangan masing-masing dengan program diatur kerajaan. "Serta boleh menyampaikan hasrat kerajaan kepada anak muda yang lain, supaya golongan ini sedar bahawa kerajaan sangat memfokuskan tentang mereka (anak muda),"ujarnya.
24 Feb 20
493
Empty Image
Keluarga Mangsa Lemas Terima Manfaat Takaful
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 25 Februari- Keluarga kepada empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun yang meninggal dalam kejadian lemas di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan pada 17 Januari lalu menerima cek wang manfaat Takaful Malaysia bernilai RM41,500 seorang.Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail menyerahkan cek tersebut kepada bapa setiap pelajar berkenaan di dewan serbaguna PSMZA dengan turut dihadiri Pengurus Perniagaan Takaful Malaysia Terengganu, Zanan Kassim.Mangsa yang lemas dalam kejadian itu ialah Mohammad Amir Izzudin Zulkiflee, Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, Mohamad Ikhwan Ahmad Azhan, dan Zulfahmi Zuki yang kesemuanya berusia 21 tahun.Menurut Mohd Fikri, semua pelajarnya diwajibkan mencarum dengan Takaful Malaysia sebanyak RM10 setahun dimana caruman itu memberi feadah yang sangat bermakna sekiranya berlaku kemalangan atau kematian kepada pelajar."Memandangkan pelajar-pelajar politeknik berhadapan banyak risiko, mungkin semasa belajar menggunakan mesin berlaku kemalangan atau apa sahaja, mereka dikehendaki menyertai takaful,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penghargaan Sempena Operasi Mencari Dan Penyelamat(SAR) Pantai Teluk Bidara, Dungun dan Penyerahan Wang Manfaat Takaful Ikhlas di politeknik tersebut, semalam.Sempena majlis tersebut juga, sijil penghargaan turut disampaikan kepada mereka yang terlibat dengan SAR di Pantai Teluk Bidara. Mohd Fikri berkata, sebelum ini juga, wang manfaat pernah  diberikan kepada pelajar yang terlibat dengan kemalangan dimana jumlahnya bergantung kepada jenis kecederaan dan kemalangan.
24 Feb 20
53
Empty Image
SAHANITA Bantu Wanita Tambah Pendapatan
Zul Bhari bersama peserta-peserta kursus.Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 25 Februari - Persatuan Usahawan Wanita Terengganu (SAHANITA) yang ditubuhkan tahun lalu berupaya membantu golongan wanita untuk menambah pendapatan diri dan keluarga.Timbalan SAHANITA, Zaidah Awang berkata, ramai wanita di Terengganu terlibat dengan aktiviti usahawan namun kurang mendapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu menyebabkan perniagaan mereka tidak mencapai keuntungan yang banyak.Justeru katanya, penubuhan SAHANITA adalah tepat pada masanya bagi membantu kaum ibu meningkatkan keuntungan perusahaan yang sekali gus menambah pendapatan mereka.“NGO ini yang ditubuhkan tahun lalu bukanlah bertujuan mencari keuntungan semata-mata tetapi ingin membantu usahawan wanita khususnya bagi mengembangkan perniagaan atau perusahaan supaya lebih maju dan berdaya saing. “Pada hari ini kita hadir ke Setiu sebagai permulaan dan kita dapati program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada kaum hawa di sini,” ujarnya.Chef Norasikan (kanan).Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Kursus Pembuatan ‘Meatball’ di Balai Komuniti Kampung Bukit Chalok di sini semalam.Terdahulu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman hadir merasmikan program tersebut yang dihadiri kira-kira 42 peserta.Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Chef Norasikan Mohd Nor dari Qaireen Kitchen.
24 Feb 20
348
Empty Image
Tepuh Sumbang RM10,000 Untuk Terengganu For Yemen
Oleh : Mohd Zukilfi MatKUALA NERUS, 23 Februari - Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh berjaya mengumpulkan RM10,000 untuk Tabung 'Terengganu for Yemen' sebagai tanda solidariti atas penderitaan yang ditanggung saudara di Yaman.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, Yaman yang tersepit dalam krisis perang sejak bertahun lalu menarik perhatian ramai pihak termasuk masyarakat.Oleh itu katanya, inisiatif mengumpul sumbangan orang ramai diambil selepas menyedari masalah berkenaan semakin berpanjangan sehingga mengakibatkan jutaan rakyat negara itu hidup dalam kebuluran."Bagi menzahirkan sokongan terhadap kempen yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri, pihak DUN Tepoh turut menyumbang wang sebanyak RM10,000 hasil kutipan yang dilakukan."Ia bagi mencapai sasaran kutipan sebanyak RM1.6 juta yang akan dihantar melalui rombongan kerajaan negeri pada 7 Mac depan," katanya.Beliau berkata demikian ketika  merasmikan dan melancarkan 'Tabung Terengganu For Yemen' peringkat DUN di Dewan Serbaguna Tepuh semalam.Ujarnya, Terengganu mengambil tanggungjawab atas dasar persaudaraan untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang kini sedang terhimpit."Kesengsaraan yang menimpa penduduk yaman menjentik nurani halus umat  Islam, ketika kesengsaraan yang tertanggung mereka kurang diberi tumpuan masyarakat dunia."Selain kebuluran, mereka juga diuji dengan pelbagai penyakit akibat daripada krisis persaudaraan yang mencetuskan peperangan," tambahnya lagi.Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru masyarakat untuk terus menyumbang kepada tabung ini.
23 Feb 20
135