Artikel "Komuniti" Terkini
Liga Darul Iman : Setiu, Kuala Nerus Terikat Tanpa Jaringan
Aksi sengit kedua-dua pasukan.Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 7 Mac - Pasukan Setiu FA gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan berdepan Kuala Nerus dalam perlawanan yang berlangsung di Padang Mini Stadium Sungai Tarom semalam.Setiu yang diketuai Norhisyam Yaacob buntu mencipta gol walaupun berkali-kali mengasak kubu pasukan pelawat yang dibarisi bekas pemain Terengganu FC, Ismail Faruqi.Ketua Jurulatih Pasukan Setiu, Shahrizan Che Abd Rani berkata, meskipun hanya berjaya mengutip satu mata, pasukannya masih berpeluang untuk layak ke peringkat seterusnya.“Kita mempunyai peluang cerah untuk melayakkan diri ke separuh akhir sekiranya menang baki perlawanan peringkat kumpulan menentang pasukan Besut minggu hadapan, walau bagaimanapun pasukan Besut tidak boleh dilihat mudah.“Kita telah kenal pasti bahagian yang perlu diperkuatkan bagi mengharungi baki perlawanan peringkat kumpulan ini dan corak permainan serta strategi kita akan ubah supaya bahagian serangan lebih berkesan bagi menghasilkan gol,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semalam.Hadir sama menyaksikan perlawanan petang tadi Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Dato’ Abdul Halim Jusoh.Pasukan Setiu ketika ini mengumpul empat mata hasil daripada dua perlawanan sebelum ini.Kira-kira 400 orang penonton hadir menyaksikan perlawanan pada petang ini yang rata-rata adalah penduduk tempatan dan peminat bola sepak.Padang Mini Stadium Sungai Tarom aktif digunakan sebagai tempat rasmi bagi perlawanan bola sepak sama ada melibatkan peringkat DUN mahupun daerah.
06 Mar 20
121
Kampung Gong Pok Amat Bakal Bercahaya Tanpa Pelita
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 6 Mac – Sebahagian penduduk Kampung Gong Pok Amat, Jabi bakal menikmati bekalan letrik tidak lama lagi setelah sekian lama bergantung kepada cahaya pelita.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata pihaknya sedang berusaha keras untuk memberikan ‘cahaya’ baharu buat penduduk dan ‘memanggil’ mereka yang merantau untuk kembali ke kediaman masing-masing.‘’ Terdapat sebelas buah rumah di sini yang sebahagiannya terpaksa ditinggalkan pemiliknya lantaran ketiadaan kemudahan asas.‘’ Namun, tuan rumah telah memberi komitmen sekiranya ada elektrik, maka mereka akan pulang menetap di sini,’’ katanya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas membuat tinjauan di beberapa lokasi yang bermasalah di Kampung berkenaan, semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, walaupun projek ini bakal menelan kos yang tinggi namun usaha ini haruslah diteruskan demi kepentingan rakyat.‘’ Satu usaha bersepadu Pejabat Adun Jabi bersama Pejabat Daerah Besut, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dimulakan sejak tahun lepas bagi membekalkan bekalan lektrik ke kampung ini dengan kos sekitar RM 1.15 juta.‘’ Kita sangat yakin, bila dilengkapi dengan keperluan asas ini, kampung ini akan dapat dimajukan seiring dengan pembangunan negara. Doakan semoga dipermudahkan usaha ini,"ujar Dr Azman.
06 Mar 20
63
Peralihan Kerajaan : MPKK Terengganu Berjalan Seperti Biasa
Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Gerak kerja melibatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh Terengganu akan berjalan seperti biasa walaupun berlaku perubahan kepimpinan di peringkat persekutuan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim memaklumkan, ini kerana kerajaan negeri telah mengambil alih sepenuhnya pengurusan dan bayaran elaun bagi kesemua 1046 MPKK Terengganu.Jelasnya, ia setelah kerajaan pusat sebelum ini menghentikan kerjasama serta menamatkan bayaran elaun kepada MPKK lantikan negeri.“Kita laksanakan inisiatif itu bagi menjamin kelangsungan fungsi dan peranannya dalam membantu masyarakat.“Kerana itu, maka perjalanan MPKK di Terengganu akan terus berjalan seperti biasa di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sehingga satu keputusan baharu dibuat di peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.Pada 4 Mac baru-baru ini, Ketua Setiausaha KPLB dalam satu makluman berkata, segala urusan berkaitan MPKK dan MPKK Persekutuan (MPKKP) diminta untuk ditangguhkan sementara waktu berikutan peralihan kerajaan.“Ia telah mengakibatkan berlaku rombakan pucuk pimpinan di seluruh negara yang mana turut melibatkan MPKK dan MPKKP.“Jadi dipohon untuk menangguhkan sementara semua urusan MPKK dan MPKKP termasuk urusan pelantikan, pertukaran, pembayaran elaun dan lain-lain hal yang berkaitan.“Berkuatkuasa sehingga mendapat dasar dan hala tuju baharu daripada Menteri KPLB,” ujar kenyataan itu.
06 Mar 20
87
Imarahkan Masjid Baharu Dengan Aktiviti Bermanfaat
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 3 Mac- Penduduk Jongok Batu diharap dapat mengimarahkan Masjid Jamek Jongok Batu yang baharu dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dan mendatangkan kebaikan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, penduduk perlu memastikan masjid itu berfungsi sebagai sumber penyatuan masyarakat serta berperanan sebagai pusat penyebaran ilmu.“Selaras dengan penerimaan masjid ini di bulan Rejab, adalah menjadi harapan kepada kita agar setiap penduduk beriltizam untuk meningkatkan amalan ibadat serta memastikan masjid ini akan sentiasa diimarahkan pada setiap solat lima waktu.“Serta pengajian agama yang akan diadakan nanti akan sentiasa dihadiri penduduk seluruhnya agar mengundang keberkatan dan kemakmuran kampung, “ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menyiapkan Sebuah Masjid dan Kerja-kerja Berkaitan, di masjid berkenaan, baru-baru ini.Turut hadir, Penolong Kanan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)Terengganu, Ahmad Feizal Haladin, Jurutera Jabatan Kerja Raya daerah, Eliza Sulfianah Mat Sepin. Timbalan PesuruhJaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Zulkefli Othman serta Pegawai Agama daerah, Shukri Faiz Jusoh.Menurut Ghazali, masjid tersebut mula dibina pada 21 Mac 2017 dan telah siap sepenuhnya pada 5 Januari lalu.
03 Mar 20
514
MDS Gesa Masyarakat Patuhi Amaran Obor-Obor Beracun
Obor-obor beracun. Foto ihsan - Google.Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 3 Mac - Majlis Daerah Setiu (MDS) menggesa orang ramai supaya mematuhi papan tanda amaran ancaman obor-obor beracun yang dikenali sebagai Portuguese man o' war di sepanjang pantai Terengganu terutamanya di daerah ini.Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MDS, Nurul Asmera Zamli berkata, obor-obor berkenaan dipercayai boleh mendatangkan kesan teruk kepada kesihatan orang ramai seperti badan akan mengeluarkan bintik-bintik merah, lumpuh dan kematian.“Papan tanda amaran telah diletakkan di kawasan Pantai Rhu 10 di sini, tempat itu menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada cuti hujung minggu,” katanya ketika dihubungi Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.Menurutnya lagi, kesedaran orang ramai mengenai ancaman obor-obor beracun itu amat penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang melakukan aktiviti di laut dan pantai.“Semua diingatkan sekiranya terkena serangan obor-obor ini supaya mendapatkan rawatan dengan segera di hospital yang berdekatan,” tambah beliau.Pada pertengahan Februari lalu nelayan tempatan menemui obor-obor beracun di Pantai Rhu 10 dan Pantai Bari.Berikutan itu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai berhati-hati dengan kemunculan obor-obor tersebut.“Sehubungan itu, kita menasihatkan pengunjung agar tidak bermandi-manda di kawasan pantai (negeri ini) buat masa ini kerana dikhuatiri terkena sengatan obor-obor ini.“Ini kerana masih tiada anti venom untuk serangan obor-obor ini kecuali ubat penahan sakit sahaja. Menurut ahli sains, kesan serta merta yang dirasai dalam tempoh tiga minit ialah kekejangan yang menimbulkan kesakitan melampau,” katanya.
03 Mar 20
323
Kerajaan Negeri Prihatin Persatuan Pemandu Dan Pemilik Teksi / Kereta Sewa Melayu
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 2 Mac - Persatuan Pemandu dan Pemilik Teksi/ Kereta Sewa Melayu Daerah Kemaman menerima sumbangan sebanyak RM5,000 daripada kerajaan negeri, kelmarin.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat memberikan sumbangan tersebut ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke-49 persatuan tersebut yang diadakan di Bangunan Wisma Serangkai di sini."Saya bersetuju memberikan sumbangan RM5,000 untuk persatuan ini. Selepas daripada ini kami (kerajaan negeri) akan bantu lagi dari semasa ke semasa," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai turut memahami kesusahan dan kesukaran mencari rezeki yang dialami oleh semua ahli persatuan dalam keadaan ekonomi negara yang penuh mencabar ketika ini.Sementara itu, Pengerusi Persatuan, Mohd Kamar Wan Othman mengucapkan terima kasih kepada Hanafiah yang sudi hadir bagi merasmikan mesyuarat agung yang diadakan pada kali ini."Kami sangat gembira di atas sumbangan yang diberikan oleh pihak YB (Yang Berhormat)."Harapan kami agar kerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian dan membantu kami," katanya.
01 Mar 20
219
Islam Tidak Larang Hiburan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 27 Februari- Islam tidak melarang apa jua jenis hiburan malah meraikan fitrah semula jadi masyarakat yang menyukai apa jua bentuk hiburan ataupun sastera.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr.Ridhuan Mohd Nor berkata, walaubagaimanapun hiburan berkenaan mestilah mematuhi syariat serta tidak melanggar hukum serta peraturan ditetapkan oleh Islam.“Perlu melakukan penyaringan terhadap hiburan yang mana dibolehkan serta yang mana tidak dibolehkan,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada program Liqa Fikri yang diadakan di Peringkat Pemuda PAS DUN Bukit Besi, di Surau Seren, baru-baru ini.Bagi menguatkan lagi bahawa hiburan dibenarkan didalam Islam katanya terdapat penghibur di zaman silam yang menggunakan syair yang indah memuji kebesaran Allah serta membangkitkan semangat jihad.“Juga ulama nusantara ‘Wali Songo” turut menggunakan pentas seni dan hiburan untuk berdakwah,” ujarnya.Justeru katanya, insiatif mengadakan program berbentuk hiburan didalam berdakwah agar menjadi tarikan masyarakat umum tidak menjadi kesalahan sebaliknya perlu mematuhi syariat ditetapkan Islam.
26 Feb 20
40
‘Gi Mayang Jemaah, Boleh RM2’ - Shafizi
Kanak-kanak yang hadir ke masjid.Oleh: Mohd IzriSETIU, 27 Februari - Peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sesuai menggambarkan inisiatif Masjid As-Salam di Batu Rakit yang menggalakkan remaja dan kanak-kanak di kawasan itu menunaikan solat Subuh berjemaah.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, Kempen Solat Subuh berjemaah melalui pemberian insentif duit saku RM2 setiap seorang mendorong golongan itu hadir ke masjid sebelum ke sekolah setiap pagi.“Cabaran bagi kita untuk bangun dari tidur adalah sangat berat. Jika ibu, bapa atau pasangan tidak bangunkan kita dari tidur, hampir pasti kita terlepas solat atau terlewat bangun.“Jadi, atas sebab itu sebagai usaha untuk menggalakkan golongan muda datang ke masjid kita bagi duit belanja kepada pelajar sekolah pada hari Ahad sehingga Khamis,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Ibadah Solat di sini kelmarin.Shafizi merasmikan Bulan Penghayatan Ibadah Solat.Katanya lagi, idea untuk melaksanakan pemberian insentif hadir ketika berbincang bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid.Tambah beliau, selain pemberian wang saku kepada kanak-kanak, masjid itu turut menyediakan aktiviti lain seperti Kelas Mengaji Al-Quran secara percuma untuk 50 penduduk bermula 1 Mac.“Ia akan dilaksanakan tiga kali seminggu dan program seterusnya kita akan hidupkan aktiviti memanah pada 14 Mac nanti.“Semoga usaha ini dapat dicontohi masjid-masjid di kawasan lain dalam usaha mengimarahkan institusi perpaduan umat Islam itu,” jelasnya.
26 Feb 20
96
Kerapuhan Institusi Keluarga Penyumbang Penyalahgunaan Dadah
Dr Alias Razak merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Kuala Terengganu Kali Pertama di Pejabat Daerah Kuala TerengganuOleh: Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 27 Februari - Kerapuhan institusi kekeluargaan menjadi salah satu penyumbang kepada masalah penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dalam masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, antaranya masalah keretakan rumah tangga yang menjadi faktor penyumbang terhadap penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda masa kini selain terpengaruh dengan rakan sebaya."Ibu bapa lazimnya menjadi tempat untuk anak-anak mengadu masalah yang dihadapi mereka, namun kurangnya perhatian dan kasih sayang di rumah mengakibatkan mereka lebih cenderung untuk meluah segala permasalahan kepada orang yang salah pertimbangannya," ujarnya.Katanya, penagihan dadah menyebabkan berlakunya kes-kes jenayah seperti samun, curi dan bunuh yang memberi impak kepada kehancuran generasi yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.Ujarnya lagi, mereka yang terjebak dengan dadah berisiko lemah daya tahan dan kerosakan mental yang boleh mengancam intitusi keluarga mereka.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Kuala Terengganu Kali Pertama di Pejabat Daerah Kuala Terengganu di sini baru-baru ini.Hadir sama, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Zulkifli Ali.Tambah beliau, antara faktor lain yang turut menyumbang gejala tersebut ialah ibu bapa meletakkan seratus peratus tanggungjawab mendidik anak mereka hanya pada bahu pihak sekolah.“Walhal cara didikan yang betul adalah bermula daripada suri teladan baik yang dipamerkan oleh kedua ibu bapa agar ia dapat diteladani anak masing-masing,’’ katanya.Selain itu, Dr. Alias memperbetulkan salah tanggap ibu bapa mengenai ukuran kejayaan anak-anak bukanlah melalui pencapaian akademik semata-mata tetapi ianya mestilah seiring dengan penguasaan ilmu pengetahuan dalam pendidikan agama."Hal ini terbukti apabila kajian yang dijalankan mendapati peratusan pelajar yang menunaikan solat masih pada tahap mendukacitakan. Inilah perkara yang lebih membimbangkan kita kerana solat adalah benteng kepada segala perbuatan keji dan mungkar," jelasnya.Justeru, beliau turut menasihatkan ibu bapa dan masyarakat agar bekerjasama dalam menangani isu dadah.
26 Feb 20
275
Rejab Datang Membawa Rahmat
Oleh: Adli MohamadDUNGUN,27 Februari- Bulan Rejab merupakan diantara empat bulan suci yang memberi rahmat kepada umat Islam selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram .Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata bulan berkenaan begitu bermakna kepada umat Islam dan sangat digalakkan memperbanyakkan ibadat.“Kita juga diajar berdoa kepada Allah agar berada didalam keberkatan pada bulan ini dan pada bulan Syaaban serta dipanjangkan usia agar bertemu bulan Ramadan yang penuh kemuliaan serta keberkatan.“Allah hadiahkan kepada umat manusia agar melalui jalan yang mampu mencapai darjat ketakwaan, agar sentiasa berada didalam keredhaannya, agar senantiasa berada didalam keadaan sejahtera,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, hari ini.Justeru katanya, umat Islam jangan sesekali mempersiakan Rejab dengan melakukan ibadat dengan bersungguh-sungguh agar memperolehi kejayaan di dunia serta di akhirat.“Agar syurga yang kita dambakan bukan sekadar angan-angan bahkan menjadi realiti, dijanjikan kebahagiaan yang berkekalan tanpa adanya kedukaan dan kesedihan.“Juga suka untuk saya ingatkan agar memperbanyakkan bacaan al-Quran serta hadiri majlis-majlis ilmu agama yang membawa hati sentiasa dekat dengan Allah SWT, serta sentiasa insafi diri agar menjalankan peranan serta tanggungjawab dengan baik sebagai khalifah di bumi,” ujarnya.
26 Feb 20
58