Artikel "Komuniti" Terkini
Bantuan Kanopi Mudahkan Mariani Berniaga
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 11 Mac- Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi telah membantu Mariani Ahmad, 35, dengan pemberian kanopi bagi memudahkan dia menjalankan perniagaan menjual air agar keluarganya mempunyai pendapatan yang lebih stabil.Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, Mariani yang dibelenggu kesusahan hidup berminat untuk menjalankan perniagaan.Justeru, pihaknya segera menyerahkan kanopi setelah menerima aduan daripada wanita itu.Sementara itu, Mariani yang kini menjual air kelapa dalam balang di simpang buah Bukit Besi berkata, mereka sekeluarga tidak akan mensia-siakan bantuan yang diberi dan berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan nasib mereka.“Demi meneruskan kehidupan saya bertekad dan cuba berusaha untuk keluar daripada kesusahan ini dengan berniaga, tambahan pula suami Rosmani Kamalrudin ,40, terlibat didalam kemalangan sebulan lalu serta diberi cuti sakit dari bekerja mengambil upah di salah sebuah kedai tayar disini. “Pada mulanya, dengan modal yang dipinjam daripada rakan sebanyak RM300 saya menjual air dengan meminjam kanopi daripada rakan tetapi dengan adanya kanopi baru ini tidak perlu lagi saya meminjam.“Alhamdulillah setelah dua minggu berniaga, dengan pendapatan yang diperolehi dapatlah penuhi keperluan anak ke sekolah, bayar bil elektrik, air dan sebagainya serta membuat pusingan modal dengan membeli kelapa daripada pembekal,” ujarnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita di tapak perniagaanya, di Bukit Besi, hari ini.
10 Mar 20
275
Rasulullah Contoh Usahawan Terbaik
Oleh : RizauddinDUNGUN, 11 Mac- Umat Islam khususnya yang ingin terlibat dalam bidang perniagaan perlu menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan.Pegawai Khas Ahli Parlimen Dungun, Mohd Amin berkata, kepandaian dan kehebatan Rasulullah dalam hal-hal yang berkaitan perniagaan telah menyebabkan ramai ahli korporat jahiliah ingin memberi baginda modal untuk berniaga."Jadi kita lihat apa yang sirah telah catatkan iaitu bagaimana baginda menjalankan perniagaan. Ini adalah sebab kenapa Rasulullah boleh menjadi contoh usahawan terulung kepada kita semua,'' katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Kelab Kebajikan dan Keusahawanan Parlimen Dungun di Pejabat Parlimen Dungun, baru-baru ini.Katanya, umat Islam sepatutnya mencontohi Rasulullah yang tidak mementingkan keuntungan semata-mata apabila berniaga."Kita berniaga bukan demi duit dan untung saja, malah berniaga ni kita perlu berkhidmat untuk puaskan hati pelanggan, buat mereka gembira berurusan dengan kita'', ujarnya.Malah, beliau juga mengingatkan bahawa keikhlasan hati ketika berurus niaga akan menjadi faktor kejayaan utama dalam bisnes yang diceburi."Apa yang paling penting sekali, kita perlu jujur dan ikhlas dalam bisnes. Betulkan dahulu niat kita, jangan sesekali biarkan pelanggan berasa terbeban berurus niaga dengan kita,” ujarnya lagi.Menurut beliau, Rasulullah amat terkenal sehingga mendapat gelaran 'al-Amin' iaitu orang yang berwatak aman dan menyenangkan semua pihak oleh kerana sifat baginda yang mulia.Sementara itu, mengulas mengenai tujuan penubuhan kelab berkenaan, Mohd Amin berkata ianya adalah untuk melahirkan pengeluaran produk sendiri sekaligus membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama sekali dikalangan ibu tunggal.
10 Mar 20
76
Pelajari Ilmu Pengurusan Jenazah
Oleh: Nooreni Abu Bakar /Foto: Penerangan Rantau AbangDUNGUN, 11 Mac- Masyarakat diseru supaya mempelajari ilmu pengurusan jenazah walaupun mengurus jenazah itu hanya fardhu kifayah.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun menegur sikap kebanyakkan anggota masyarakat mengambil ringan dan menyerahkan urusan tersebut sepenuhnya kepada pengurus jenazah. "Sepatutnya kita, kalau suami, isteri, ayah atau mak mati, isteri, suami dan anak-anak sama-sama bantu 'mandi' dan membuat persiapan yang perlu untuk mengkafankan jenazah mereka. " Untuk itu, kita mestilah ada ilmu tersebut, jadi masa inilah kita ambil peluang untuk belajar," jelasnya. Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Kampung Pelandang di sini, semalam.Turut hadir, Penghulu Mukim Abang, Abdul Ghaffar Abu Bakar. Dalam ucapannya, Alias turut mengingatkan anggota masyarakat tentang kematian kerana ianya tidak semestinya disebabkan sakit tetapi ajal yang sudah tiba."Jadi kita mestilah sentiasa bersedia dengan amalan untuk bertemu dengan Allah disamping kita mengajak orang sekeliling kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kemaksiatan." Jangan kita baru 'ajok' dia sekali ke masjid atau surau, dia tak pergi, kita dah bosan, berusahalah dengan berdoa dan sentiasa 'ajok', sehingga kita berjaya," ujarnya lagi kepada peserta yang hadir.
10 Mar 20
113
Pemimpin Koperasi Perlu Ada Kesungguhan
Oleh: Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 10 Mac - Pemimpin Koperasi perlu ada sikap yang lebih tegas dan bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu perkara agar apa yang dirancang dapat menjadi realiti.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, di antaranya projek yang berkaitan ialah perbankan, pinjaman perumahan, pertanian dan pembinaan. “Di antara cabaran mana-mana koperasi iaitu kepimpinan yang bersih dan tidak meletakkan diri sendiri dalam situasi tersebut."Ia kerana Koperasi adalah satu gerakan yang melibatkan modal bersama untuk menapak selangkah demi langkah ke hadapan,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-6 Koperasi Al-Amin Terengganu (KOAMIN) Berhad di Dewan Maahad Tahfiz Al-Busyra Masjid Jamek, Pengadang Baru, baru-baru ini.Menurutnya, pemimpin hendaklah memainkan peranan dan bergerak keluar dari kepompong sekiranya mahukan sesebuah Koperasi itu berjaya."Prasyarat kepada satu organisasi Koperasi yang baik mesti bermula dari kepimpinan dan mempunyai iltizam dalam projek," ujarnya.Justeru itu, beliau menasihati agar jangan berputus asa dan jangan melepaskan peluang yang ada.
10 Mar 20
144
Kebaikan Pengurus Felda Menjadi Contoh
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN, 8 Mac- Kebaikan Pengurus Felda Jerangau, Rosli Jaman yang akrab dengan anak muda di komuniti tersebut perlu menjadi contoh oleh masyarakat setempat. Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, Rosli yang akan berpindah ke Felda Wilayah Kuantan amat disegani oleh masyarakat Felda Jerangau terutamanya anak muda."Memang kami sangat menghargai segala jasa baik pengurus berkenaan yang selama ini begitu mengambil berat serta mempunyai hubungan baik dengan anak muda di komuniti berkenaan.“Pengurus dengan anak muda memang sangat baik, akrab dan rapat kerana seringkali mengadakan program-program motorsikal diantaranya aktiviti ke Cengal Besar dan Ke Cameroon Highland serta meraikan minat anak muda yang sukakan aktiviti masuk ke hutan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran konvoi 120 buah motorsikal oleh anak muda Felda Jerangau bagi mengiringi Rosli ke pejabat barunya yang telah disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, baru-baru ini.Sementara itu, Ghazali Sulaiman mengucapkan jutaan terima kasih diatas khidmat yang telah diberikan selama ini oleh pengurus berkenan.“Didoakan agar walau dimana beliau berada mampu memberi khidmat yang terbaik dan semoga sentiasa rahmat Allah agar sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik,” ujarnya.
08 Mar 20
54
Islam Menjamin Keamanan Serta Kesejahteraan
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 8 Mac- Hanya dengan memastikan Malaysia bergerak diatas dasar perlembagaan yang telah ditetapkan Islam sebagai agama rasmi maka akan terjamin keamanan dan kesejahteraan buat rakyat di negara ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, negara akan utuh dan berada didalam keadaan selamat sekiranya Islam menjadi keutamaan.“Kerana semua fahaman selain daripada Islam gagal untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku kepada Malaysia.“Sudah tiba masanya untuk Islam memimpin didalam konteks negara kita,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berkata demikian ketika berucap pada pentas ‘Himpunan Anak Muda 30 k, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Kedah, baru-baru ini.Katanya, Malaysia sewajarnya dipimpin oleh Melayu Islam tanpa mengabaikan kaum dan bangsa lain.“Ini adalah amalan biasa yang diamalkan mana-mana negara, (seperti) Perancis mereka pilih ketua negara dari kalangan bangsa Perancis bukan dari kalangan bangsa lain.“Maka apa salahnya kita mahu (memastikan) Melayu Islam memimpin,” tegasnya.Katanya lagi setiap keputusan dicapai oleh PAS menunjukkan tindakan sebagai sebuah parti politik yang matang bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan dapat terbentuk melalui Islam Memimpin.
08 Mar 20
115
Generasi Muda Perlu Diberi Perhatian
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 8 Mac- Perikatan Nasional yang baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan Pakatan Harapan diharap dapat menjamin kesejahteraan negara disamping turut mengutamakan generasi muda.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, generasi muda merupakan peneraju negara pada masa akan datang dan segala dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi kesan kepada golongan ini.“Perikatan Nasional sudah tentu akan menyusun kembali segala perkara yang membawa kebaikan kepada generasi muda dengan mendekatkan mereka kepada fahaman agama yang syumul.“Mereka (anak muda) perlu diuruskan mengikut acuan Islam dengan menekankan kualiti pendidikan yang baik berteraskan agama,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anak muda DUN Bukit Besi, baru-baru ini.Katanya, kemelut politik yang diselesaikan oleh Perikatan Nasional itu akan sentiasa menjadi sejarah yang akan dikenang oleh generasi muda.“Sudah tentu mereka akan berterima kasih kerana negara berjaya diselamatkan dari risiko negara tergadai serta tidak membiarkan negara didalam keadaan kucar kacir, sesekali tidak membiarkan agama dipijak serta bangsa Melayu ditindas di bumi sendiri, sebaliknya menyelamatkan semua bangsa, “ ujarnya.Beliau turut memuji usaha Tuan Guru Presiden PAS dengan membawa gagasan ‘Muafakat Nasional’ yang telah menunjukkan kematang sehingga membawa kepada penyelesaian kepada masalah yang berlaku.“Terbukti dan ternyata, Islam merupakan jalan penyelesaian kepada semua masalah.“Semoga Malaysia akan kembali gah di persada antarabangsa, sebagai sebuah negara yang maju mengikut panduan Islam, serta akan memastikan keharmoniaan dan kemakmuran dapat dikekalkan,”ujarnya.
08 Mar 20
50
Teruskan Menyokong 'BMF'
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 8 Mac – Masyarakat muslim khususnya diseru agar terus menyokong Kempen 'Buy Muslim First (BMF)' iaitu dengan mengutamakan pembelian produk keluaran orang Islam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata , orang Islam sepatutnya menguasai ekonomi negara kerana mereka merupakan kuasa beli utama. "Dengan membeli produk buatan Islam dapat meningkatkan permintaan barangan dan kalau produk makanan pastinya halal dan kebersihannya tidak perlu diragui," jelasnya.Alias berkata demikian ketika berucap di Majlis YB Cikgu Alias Harun Bersama Rakyat Serdang yang diadakan di Perkarangan Masjid Kampung Serdang di sini , semalam.Sempena majlis ramah mesra itu, 'Tukar Minyak Hitam Satu Rumah Satu Motor' yang menggunakan minyak keluaran Bumiputera turut diadakan.Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berkata penyertaan terpaksa dihadkan hanya sebuah motorsikal untuk sebuah rumah kerana ingin memberi peluang kepada sebanyak mungkin keluarga terlibat."Kalau sebuah rumah ada empat motor, jadi hanya sebuah motor sahaja boleh tukar minyak hitam, kita beri peluang kepada rumah lain pula, agar sama - sama dapat merasa," ujarnya
08 Mar 20
62
Jangan Ragu Untuk Adakan Majlis Bacaan Yasin
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 8 Mac- Anggota masyarakat tidak perlu mempunyai perasaan risau untuk mengadakan majlis bacaan yasin walaupun terjadi perdebatan di kalangan sesetengah pihak yang berpendapat amalan berkenaan tidak dilakukan di zaman Rasulullah dan juga para sahabat.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Dungun, Jamaluddin Jusoh berkata sebaliknya amalan tradisi dilakukan masyarakat itu perlu diteruskan dengan memahami bahawa amalan membaca al-Quran itu diperintah oleh Allah agar beroleh panduan.“Tidak perlu kita bimbang, teruskan amalan ini. Cuma perbaiki niat kita yang pertama mesti ikhlas, yang kedua jangan kita iktikadkan ini amalan nabi, kerana tiada di zaman nabi majlis hanya khas untuk bacaan Yasin.“Tetapi memang kita yakin Allah perintah kita supaya baca al-Quran , adakan pertemuan dengan berzikir di rumah Allah, berdoa dan sebagainya memang ada hadis, jadi kita gabungkan semua (galakan) itu maka berlakukan satu pakej namanya Majlis Bacaan Yasin,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai Penceramah Jemputan Majlis Bacaan Yasin dianjurkan Muslimat PAS DUN Bukit Besi dengan Gerakan Penerokawati (GPW) Felda Jerangau, di Masjid Muhajirin Felda Jerangau, baru-baru ini.Turut hadir, Penolong Penyelia i-MiTS DUN Bukit Besi, Zakiah Alias.Jamaluddin turut menganjurkan agar mengadakan bacaan al-Quran bermula awal surah sehingga akhir surah melalui majlis seumpama itu agar memperolehi manfaat serta ganjaran yang lebih besar dengan menghayati setiap surah terkandung didalam kitab suci itu.Sehubungan itu, Zakiah Alias bersyukur dengan Majlis Bacaan Yasin yang diakan itu dimana telah menghimpunkan seluruh wanita tanpa berbeza parti.“Dimana kita telah pun membaca al-Quran secara bersama-sama serta telah pun mendengar pesanan dan tazkirah yang disampaikan agar memberi kesan kedalam jiwa untuk bersungguh-sungguh dengan ajaran Islam.“Insya-Allah majlis seumpama ini akan kita teruskan dengan melakukan penambahbaikan dengan harapan mengeratkan ukhwah diantara satu sama lain, agar kesedaran bahawa setiap mukmin itu bersaudara akan tersemat kukuh menjadi tunjang perpaduan didalam masyarakat,” ujarnya.
08 Mar 20
376
350 Sertai 'Fun Walk' Hari Terbuka Setiu Wetlands
Santai sambil menghayati keindahan alam semula jadi.Oleh: Fahmi IzzuddinSETIU, 8 Mac - Sempena Hari Terbuka Setiu Wetlands (SWOD), lebih 350 orang peserta menyertai 'Walk for Fun Setiu' yang diadakan di Kampung Mangkok semalam.Program yang disertai pelbagai peringkat umur itu bersifat santai dan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penjagaan alam sekitar.Ia melibatkan penganjuran bersama pihak Kumpulan Wang Hidupan Liar Dunia (WWF) Malaysia, CIMB Islamic Malaysia dan Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.Rata-rata peserta yang terdiri daripada penduduk setempat dan pengunjung luar Setiu menyatakan keterujaan untuk bersama dalam program berkenaan.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri serius menjaga kelestarian alam sekitar.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian SWOD pada sebelah petang.Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, usaha memelihara dan memulihara alam sekitar tidak hanya bergantung kepada pihak kerajaan."Masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam menjaga khazanah berharga ini untuk kita wariskan kepada generasi pelapis."Di pihak kerajaan, kita telah mewartakan dua kawasan sebagai Taman Negeri iaitu Tasik Kenyir dan Setiu Wetlands di sini," katanya ketika berucap.Dalam pada itu, pertandingan foto tercantik berkonsepkan alam sekitar turut mencuri tumpuan pencinta alam dan masyarakat setempat.Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) turut serta.SWOD berlangsung selama dua hari bermula semalam dan hari ini yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk permainan rakyat.
07 Mar 20
286