lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Kayuhan Kebajikan Santuni Masyarakat
Oleh: Shahril AswadGambar: Naim AbdullahHULU TERENGGANU, 16 Mac - Seramai  70 peserta menyertai Kayuhan Kebajikan Bersama Pegawai Daerah Hulu Terengganu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu berkata, mereka menjadikan acara berbasikal itu sebagai platform Pusat Khidmat Masyarakat, Pejabat Daerah dan agensi kerajaan turun padang menyantuni masyarakat dengan lebih dekat."Ianya juga dapat menyelami masalah yang dihadapi mereka.“Kita mengambil peluang dengan aktiviti berkayuh ini untuk menyampaikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal dan penghidap penyakit kronik disamping dapat menyantuni masyarakat dengan lebih dekat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) seusai program tersebut baru-baru ini.Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong bersama Pejabat Daerah Hulu Terengganu itu turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah Hulu Terengganu, Altenative Riding Club (ARC) dan peminat sukan berbasikal.Ia membabitkan kayuhan sejauh 25 kilometer (km) bermula dari perkarangan Masjid Kampung Mesah melalui beberapa “Checkpoint” di Kampung Bukit Tadok, Kepah dan Tengkawang seterusnya berakhir di Persisir Sungai Kuala Ping.Pelepasan peserta dilakukan oleh Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzaman Abdullah.Selain itu katanya, acara berbasikal ini juga diadakan bagi menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan secara santai.“Program ini juga bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai cara hidup sihat, ini berikutan basikal adalah antara aktiviti yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat hari ini dan boleh disertai seisi keluarga,” ujar beliau.
16 Mar 20
247
Empty Image
COVID-19 : Hindari Program Luar, Tumpu Aktiviti Urban Farming - Isteri MB
Oleh: Aslam WiraKUALA TERENGGANU, 16 Mac - Menumpukan tanaman di kawasan rumah, termasuk perladangan bandar (Urban Farming) antara aktiviti terbaik bagi mematuhi arahan pihak berkuasa agar menangguhkan sebarang  program berskala besar.Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata,  beliau kini  banyak menghabiskan masa di Pusat Pertanian Bandar di Seri Setia  yang diusahakan bersama tukang kebun setelah semua program besar dibatalkan“Apa yang dilakukan itu sebagai langkah berjaga-jaga  bagi mengelak penularan  wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di pelbagai negara, termasuk di Malaysia.“Mungkin ini adalah jalan yang Allah lorongkan untuk kita menghabiskan masa bersama anak-anak dan keluarga untuk melakukan aktiviti ini yang tidak dapat dilakukan kerana kesibukan di luar sebelum ini,” katanya.Beliau berkata melalui status yang dimuat turunnya di laman rasmi facebook miliknya, hari ini.Menurutnya lagi, banyak hasil tanaman yang sepatutnya menjadi rezeki beberapa kumpulan pelawat yang terpaksa dibatalkan menjadi rezeki orang lain dan orang berhampiran sahaja.“Itulah hakikatnya walaupun berada di depan mata tetapi kalau Allah tetapkan itu bukan rezeki kita, ia tetap bukan milik kita.”katanya. Sementara itu, beliau menyarankan orang ramai untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk sama-sama mencegah wabak COVID-19 daripada terus merebak mengikut kemampuan masing-masing.“Apa yang dilakukan sekarang adalah langkah pencegahan atau langkah keselamatan untuk kebaikan semua orang.“Patuh pada arahan pihak berkuasa supaya menghindari program melibatkan kumpulan yang ramai juga tidak bermakna kita takut pada penyakit ini melebih kuasa Allah SWT,” tambahnya lagi.
16 Mar 20
164
Empty Image
COVID-19 : Kuliah Dhuha Masjid Rusila Dilaksana Dalam Talian
Kuliah Dhuha Masjid Rusila.KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Kuliah Dhuha di Masjid Rusila akan dijalankan secara dalam talian mulai Jumaat ini bagi membendung penularan virus COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat setelah Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Zahari Md Azahar mengeluarkan arahan supaya perhimpunan atau program yang melibatkan lebih daripada 100 orang ditangguhkan.“Sehubungan itu, saya bersetuju untuk menangguhkan program Kuliah Dhuha yang melibatkan kehadiran orang ramai di Masjid Rusila, namun sesi pengajian akan tetap diteruskan secara atas talian (online).“Penangguhan ini akan bermula pada hari Jumaat, 20 Mac 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian,” katanya dalam kenyataan itu.Tambah Abdul Hadi, penyampaian kuliah secara atas talian (online) akan disiarkan secara langsung di Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Terengganu Kini dan saluran media-media lain.
15 Mar 20
1560
Empty Image
COVID-19 : Kerajaan, Rakyat Perlu Berganding Bahu
Shaharizukirnain.Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 15 Mac - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir mengharapkan agar rakyat dan kerajaan berkerjasama bagi membanteras penularan wabak COVID-19 yang mengancam kesihatan masyarakat.Dalam satu kenyataan media semalam, beliau turut menasihati masyarakat awam supaya mengambil langkah berjaga-jaga semasa melakukan aktiviti di luar rumah dan peka dengan arahan kerajaan.“Masyarakat diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang tindak-tanduk yang ingin dilakukan terutamanya ketika berada di tempat awam,” katanya semalam.Dalam kenyataan itu juga, Shahrizukirnain menyatakan sokongan kepada keputusan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang solat jumaat dan garis panduan keselamatan.“Saya menyokong penuh keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan solat Jumaat,” tambah beliau.Setakat jam 10.00 pagi tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan sebanyak 238 kes positif COVID-19 di negara ini.Kesemua pesakit sedang dirawat dan dikuarantin di hospital bagi mengelakkan jangkitan bertambah serius.
15 Mar 20
33
Empty Image
Pelajar Perlu Dampingi Al-Quran
Oleh : RizauddinDUNGUN, 15 Mac- Para pelajar perlu menguasai asas membaca al-Quran dan sentiasa mendampingi kalam Allah itu agar dapat membantu memudahkan mereka dalam menuntut ilmu.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, al-Quran terbukti mempunyai mukjizat dan sesiapa yang beramal dengannya pasti akan beroleh manfaat.“Pelajar yang ingin cemerlang dalam akademik seharusnya lebih mendekatkan diri kepada al-Quran kerana ianya mempunyai keistimewaan yang luar biasa.“Al-Quran adalah satu modul yang akan membantu kita menjadi sangat cerdik dan sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri selain dapat melegakan tekanan perasaan yang dihadapi jika membacanya,” ujar Wan Hassan.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Projek, Penetapan Target dan Temu Murni calon PT3 dan SPM 2020 di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun, baru-baru ini.Beliau turut meminta semua pelajar meletakkan matlamat kerana proses pembelajaran memerlukan sifat komited yang tinggi untuk mendapat kejayaan.Sementara itu, Wan Hassan turut menyeru ibu bapa agar menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.“Selain itu, mereka perlu sentiasa memantau pergerakkan anak-anak kerana ibu bapa penyumbang terbesar kepada kejayaan yang dikecapi oleh setiap anak,” ujarnya.
15 Mar 20
379
COVID 19 : Rakyat Terengganu Dinasihatkan Berjaga-jaga, Ikut Langkah Pencegahan
COVID 19 : Rakyat Terengganu Dinasihatkan Berjaga-jaga, Ikut Langkah Pencegahan
Oleh: Aslam Wira KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Rakyat Terengganu dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan penularan wabak coronavirus (Covid-19) yang kini berada di peringkat kedua. Setelah wabak ini diisytiharkan sebagai 'pandemik' oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerajaan negeri telah mengeluarkan satu pekeliling untuk menangguhkan sebarang program yang melibatkan orang ramai. Arahan ini juga adalah tertakluk kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ekoran daripada penularan wabak yang semakin meningkat di Malaysia. Kerajaan negeri telah menggesa semua program-program yang melibatkan perhimpunan melebihi 100 orang peserta hendaklah ditangguhkan buat sementara waktu. Berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga jam empat petang semalam seramai 158 orang telah dilaporkan positif COVID-19. Walaubagaimanapun, Terengganu masih lagi terkawal dan tiada kes disahkan positif dilaporkan setakat ini. Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan daripada laman sesawang KKM, http://www.moh.gov.my @ https://www.infosihat.gov.my
13 Mar 20
842
Empty Image
Santai Kedai Kopi Dekati Rakyat
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 13 Mac - Santai kedai kopi bersama rakyat mampu mengeratkan hubungan antara penduduk dan pemimpin.Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, aktiviti santai sebegini dapat memberi kesan yang mendalam dalam jiwa setiap penduduk kampung."Setiap permasalahan mampu diselesaikan melalui perbincangan secara terus antara dua belah pihak."Maklumat tentang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat mampu disampaikan secara cepat kepada pimpinan tanpa ada sebarang halangan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika bersarapan pagi bersama rakyat sekitar Kampung Lak Lok, Jerteh, pada hari Rabu, 11 Mac.Justeru itu, beliau berharap agar setiap usaha yang dibuat ini dapat memperbaiki prestasi terutama perkhidmatan kepada rakyat setempat bagi menjamin kesejahteraan hidup."Segala aduan yang kami dapat hari ini akan cuba diatasi sebaik mungkin oleh pihak pentadbir supaya rakyat sentiasa sejahtera," tambah beliau.
12 Mar 20
592
Empty Image
Ibu Tunggal Terharu Terima Rumah Baru
Oleh: Aslam WiraMARANG, 12  Mac – Impian hampir 20 tahun  seorang  ibu tunggal, Linawati Alias, 40 untuk menduduki rumah yang lebih selesa, kini tercapai apabila  menerima rumah  baru tiga bilik dalam .Linawati berkata, dia bersama lima anak  tidak perlu lagi tinggal dalam keadaan lantai rumah yang hampir runtuh, dinding yang berlubang dan sering kali berhujan akibat atap yang bocor. “Walaupun masih belum siap sepenuhnya, kami dijangka boleh mula menduduki kediaman ini menjelang syawal tahun ini.“Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pulau Kerengga yang bertungkus lumus bagi membantu dalam bantuan rumah ini,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui  wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman di rumahnya di Kampung Pulau Kerengga, baru-baru ini.Sementara itu, Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang berkata, bantuan rumah ini adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar setelah melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.“Pada permulaannya, satu siasatan bersama-sama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah dilakukan untuk pendaftaran eKaseh bagi mengambilkira syarat-syarat seperti berumur 40 tahun ke atas dan pendapatan perkapita ketua isi rumah serta mempunyai tanah sendiri.“Kemudian pihak terbabit akan membentangkan masalah itu ke dalam mesyuarat jawatankuasa ‘Focus Group’ sebagai program rasmi membasmi kemiskinan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Marang.“Buat masa ini, terdapat beberapa orang lagi penerima lain yang layak menerima bantuan bina baru rumah di bawah KPLB dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM),” tambahnya lagi.
12 Mar 20
183
Empty Image
BPIS Bulan Rejab Didik Tidak “Culas” Solat
Oleh: Aslam WiraMARANG, 10 Mac - Bulan Rejab dipilih sebagai satu bulan untuk menerapkan kempen kesedaran kepada seluruh rakyat negeri ini, bukan sahaja menunaikan ibadat tetapi memahami segala isi kandungan daripada kewajipan solat itu supaya tidak “culas” atau susah solat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, program Bulan Penghayatan Ibadat Solat (BPIS) itu adalah salah satu bentuk kempen dengan harapan, program-program yang diadakan ini menjadikan rakyat Terengganu meletakkan hati mereka, pergantungan mereka sentiasa kepada Allah SWT.Katanya, Allah SWT menyebut dalam Al-Quran berulang-ulang kali kalimah ‘Dirikanlah Solat’ atau dengan menyatakan sifat orang yang beriman dalam menunaikan solat, dalam erti kata lain untuk memberitahu kepentingannya.“Oleh atas asas itulah, kerajaan negeri menetapkan bulan ini bersempena kewajipan as-solat di malam israk dan mikraj namun tidak bermaksud bulan lain tidak adalah penting.“Mengikut pandangan sebahagian ulama’ walaupun berlakunya kekhilafan tentang tarikh berlakunya peristiwa israk mikraj tetapi mereka bersepakat kewajipan solat berlaku pada malam tersebut,”katanya.Beliau berkata ketika hadir merasmikan program Bulan Penghayatan Ibadat Solat Peringkat Daerah Marang di Masjid Jamek, Merchang, baru-baru ini.Turut hadir, Mufti Negeri Terengganu, Sahibus Samahah Dato’ Dr Zulkifly Muda, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, dan Pegawai Agama Daerah Marang, Wan Muhammad Humaidi Wan Ismail.Menurutnya, kita pilih bulan ini untuk kita sedarkan diri kita, masyarakat, keluarga agar menjaga solat fardhu, menambahkan kelebihan sembahyang dengan memperbetulkan solat, menambahkan amalan solat-solat sunat lain serta kesedaran dan kelebihan dalam solat itu sendiri.“Saya juga berharap kempen BPIS ini boleh dilakukan di semua kedai, restoran serta wakaf dan MPKK juga boleh minta mengadakan inisiatif melalui pemasangan banner dan poster untuk kerja-kerja dakwah ini,”katanya.
11 Mar 20
149
Empty Image
Perpustakaan Desa Kekal Relevan Untuk Masyarakat Luar Bandar
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 12 Mac - Perpustakaan desa masih relevan dan berperanan untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dengan prasarana ilmu yang lengkap dan menyeluruh.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, ia juga dapat membantu meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dari masa ke masa.“Kewujudan perpustakaan desa dapat membantu membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan.“Kesedaran bahawa pentingnya ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat juga dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti ini,” ujarnya ketika ditemui di Perpustakaan Desa Kemasik, di sini semalam.Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan enam Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung yang terletak berhampiran khutubkhanah tersebut."MPKK juga ada peranan dalam memastikan perpustakaan desa ini lebih segar dan menepati peranan dalam era transformasi, teknologi dan komunikasi maklumat masa kini," tambah Ir Saiful Azmi.Sementara itu, Penolong Pustakawan Daerah Kemaman, Fauzilah Awang memberitahu, tujuan penubuhan perpustakaan desa adalah untuk memudahkan masyarakat menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari pusat bandar."Ia merupakan satu cawangan yang kecil dan sebuah pusat yang akan memberikan perkhidmatan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat," ujarnya lagi.
11 Mar 20
426