lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
COVID-19 : PKM Kota Putera Agih 800 Bungkusan Keperluan Asas
 Oleh : Mustaqim AfandiBESUT, 29 Mac - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Kota Putera mengagihkan 800 bungkusan keperluan asas kepada penduduk kampung yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 secara berperingkat.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, sumbangan tersebut bagi membantu meringankan bebanan penduduk yang terkesan akibat daripada wabak tersebut  melanda daerah dan negeri kita ini.“Sumbangan fasa pertama dan  dua telah diagihkan melalui Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bersama Pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Putera kepada penduduk kampung.“Keperluan asas makanan berupa beras, gandum, gula dan beberapa jenis lagi telah diagihkan kepada 37 MPKK masing-masing serta turut diagihkan juga lima tan tembikai hasil tanaman petani sekitar Besut telah diagihkan secara berkala,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program mengagihkan sumbangan tersebut, di sini, pada semalam.Justeru itu, Nurkhuzaini berharap sumbangan yang diberikan ini dapat meredakan kegelisahan rakyat yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan ini.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan "first liner" yang membanting tulang dalam persiapan penghantaran bantuan keperluan asas kepada penduduk kampung.“Saya memohon supaya masyarakat dapat bertenang dalam tempoh yang genting ini.“Dan semoga usaha murni kita yang kita lalukan ini mendapat keberkatan disisi Allah,” tambahnya lagi.
29 Mar 20
260
Empty Image
COVID-19 : Polis Kawal Pasar Borong Gong Pauh Mulai Esok
Wan Sukairi.KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengawal di pintu masuk dan di dalam Pasar Borong Gong Pauh di sini bermula esok bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 berlaku.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ini kerana orang ramai yang hadir bagi membeli keperluan harian di pasar tersebut sangat ramai dan menyebabkan kesesakan berlaku.Katanya, masalah itu telah dibangkitkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri pagi tadi dan tindakan tersebut telah dipersetujui bersama."Semoga penjual dan pembeli dapat mematuhi peraturan demi kebaikan kita semua dalam menghadapi ujian COVID-19 ini.  "Asasnya ialah tiada kesesakan, jarakkan diri anda sejauh satu meter antara satu sama lain, memakai 'mask' dan tidak bersentuhan antara satu sama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Tambah Wan Sukairi, hanya  seorang setiap keluarga sahaja dibenarkan untuk memasuki pasar berkenaan. "Tiada isteri atau suami dan anak-anak yang dibenarkan bersama ketika membeli," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam itu.
28 Mar 20
236
Empty Image
COVID -19 : 4,460 Kilogram Ikan Disumbang Kepada Penduduk DUN Kuala Besut
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 28 Mac - Sebanyak 4,460 kilogram ikan disumbangkan kepada para penduduk DUN Kuala Besut yang terjejas punca rezeki dan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, beliau bersama dengan Pusat Khidmat DUN berbesar hati membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.“Saya akan berusaha sedaya upaya bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan berharap dengan sumbangan ikan-ikan segar ini mereka yang terjejas merasai lauk di saat yang genting ini,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengagihkan ikan kepada 36 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk dibahagikan kepada penduduk, di sini, pada semalam.Menurutnya, beliau menyerahkan kepada MPKK DUN Kuala Besut untuk mengenal pasti penduduk yang terjejas seterusnya menyampaikan sumbangan ini."In shaa Allah kita akan terus berusaha bagi meringankan beban rakyat di DUN Kula Besut,” ujar beliau.
28 Mar 20
37
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Lancar Tabung Kutipan Bantuan Untuk Rakyat
Grafik oleh - Khairulanuar Naim Mustafa.KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan Terengganu melancarkan Tabung Bantuan COVID-19 sebagai inisiatif membantu meringankan beban rakyat negeri itu yang terjejas akibat wabak pandemik berkenaan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah tersebut juga bagi membuka peluang kepada semua rakyat yang prihatin, penderma korporat dan syarikat swasta untuk membantu."Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai dengan mengikut tatacara garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)."Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tetuan Akauntan Negeri Terengganu (Bank Islam) : 13017010034566) atau melalui cek atas nama YB Setiausaha Kerajaan Terengganu."Setiap transaksi kemasukan hendaklah dicatat 'Tabung COVID-19'," katanya dalam satu kenyataan.Tambah beliau, semangat kesatuan dan kecaknaan semua pihak sangat diperlukan bagi mendepani cabarang semasa."Saya merayu dan berbesar hati supaya semua pihak dapat memberikan sumbangan bagi menunjukkan semangat kesatuan dan kecaknaan kita bersama."Semoga dengan sedekah dan sumbangan, mereka-mereka yang ikhlas menderma akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T," jelasnya.Sebarang persoalan lanjut, boleh hubungi Urusetia Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu iaitu Wan Mohd Fahmi Wan Mohd (013-4467234), Noormadiana  Kamaruddin (019-9803666)d Mohd Yusoff Bin Aminudin (019-919 9886) atau emelkan kepada tabungcovid19trg@gmail.com.
27 Mar 20
785
Empty Image
COVID-19 : MB Terengganu Tinjau Pos Kawalan Pergerakan Di Setiu
Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 27 Mac - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa meninjau pos kawalan COVID-19 di sekitar daerah ini semalam bagi mengetahui status terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Hadir dalam lawatan tersebut ialah Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof dan Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, Dr Erwan Ershad Ahmad Khan.Terdahulu Ahmad Samsuri memulakan tinjauan dengan melawat  Pos Sungai Tong kira-kira jam 9.30 malam bersama Ketua Polis Negeri Terengganu, Dato' Roslee Chik.Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Tuan Afandi Husain yang hadir sama berkata, 95 peratus rakyat Setiu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini."Kebanyakan kes terpencil melanggar arahan PKP ini datangnya daripada penduduk luar kawasan Setiu," katanya.Terdapat empat pos kawalan dalam Parlimen tersebut iaitu Pos Kawalan Sungai Tong, Kawalan Alor Serdang, Kawalan Mangkok serta Kawalan Batu Rakit.Setiap pos kawalan tersebut dianggotai oleh polis pelbagai cawangan dan dibantu rejimen askar dari Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu.Lawatan tersebut berakhir di Pos Kawalan Batu Rakit pada jam 12.05 pagi.
26 Mar 20
146
Empty Image
COVID-19 : 500 Barang Keperluan Dapur Diagih
Oleh: AmaarsallehudinMARANG, 26 Mac- Sebanyak 500 pelbagai barang keperluan dapur diagihkan secara berperingkat- peringkat kepada penduduk berpendapatan rendah dan golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri Alur Limbat mulai semalam.Agihan itu bagi membantu golongan berkerja sendiri dan tiada pendapatan tetap yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman turut  bersama- sama ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengagihkan barangan itu.Ariffin berkata pihaknya berharap apa yang diagihkan itu dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjejas pendapatan akibat  PKP."Saya berharap orang ramai termasuk penduduk di Alor Limbat banyakkan bersabar, banyak berdoa semoga apa yang diusahakan kerajaan menghapuskan koronavirus menjadi kenyataan," katanya.
26 Mar 20
389
Empty Image
COVID-19 : Rakyat Terjejas Akan Diberi Bantuan
Dr Azman (kanan).Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 22 Mac – Rakyat yang menghadapi masalah kewangan semasa arahan Kawalan Pergerakan ekoran wabak COVID-19 akan diberikan bantuan dalam masa terdekat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, menyedari kesan daripada kawalan itu, penekanan terhadap isu kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan dijadikan keutamaan untuk diberi perhatian. Katanya, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi telah mengenalpasti golongan untuk disalurkan bantuan. "Ia adalah bantuan di musim bencana, diberikan hanya kepada mereka yang dalam kesempitan sahaja. Bukannya bantuan untuk kita agih merata kepada semua orang."Harap saudara-saudara kita yang sedikit berkemampuan memahami situasi yang sedang kita lalui bersama ini. Dahulukan saudara kita yang lebih memerlukan lebih dari diri sendiri," katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.Menurut beliau lagi, dengan keterbatasan yang ada, bantuan diagihkan melalui MPKK terus kepada golongan sasar dengan impak perhubungan yang paling minima."Memang hasrat hati saya nak pergi agih sendiri bantuan dari rumah ke rumah. Namun, situasi perintah kawalan pergerakan tidak mengizinkan kita buat seperti agihan bantuan musim banjir."MPKK tak perlu nak ‘posing’ tangkap gambar masuk ‘Facebook’. Kita juga tak menggunakan kaedah sesiapa yang memerlukan bantuan diminta hadir ke  Pejabat ADUN kerana kaedah ini akan menyebabkan rakyat berhimpun dan beratur."Kalau ada lagi di kalangan rakyat yang miskin dan terlepas pandang oleh pihak MPKK, harap dapat berhubung dengan MPKK masing-masing. Bantuan akan disalurkan dengan kadar seberapa segera," tambahnya.Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan agar anggota masyarakat sentiasa menjaga diri dan keluarga dengan sebaiknya bagi mengatasi penularan wabak COVID-19.
21 Mar 20
58
Empty Image
COVID-19 : Kuliah Medan Ilmu Jerteh Ditangguhkan
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 19 Mac - Kuliah Medan Ilmu Jerteh ditangguhkan buat beberapa minggu bagi membendung penularan virus COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan susulan tempoh Kawalan Pergerakan (18 Mac hingga 31 Mac 2020).Pengarah Medan Ilmu Jerteh, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, penangguhan kuliah itu bagi memenuhi saranan Kerajaan Malaysia untuk mencegah penyebaran wabak virus COVID-19.“Mesyuarat Jawatankuasa Medan Ilmu telah memutuskan untuk ditangguhkan sebarang aktiviti himpunan bagi mengelak sebarang penyakit, penangguhan telah dibuat melalui poster dan media sosial."Saya memohon maaf kepada seluruh pengunjung Medan Ilmu, insya-Allah kuliah akan diteruskan secara dalam talian," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pejabat PAS Kawasan Besut.Salahuddin yang juga Setiausaha PAS Kawasan Besut menyatakan bahawa sebarang himpunan dalam masa terdekat terpaksa ditangguhkan.“PAS Kawasan Besut telah menangguhkan beberapa aktiviti yang melebihi bilangan 100 orang, antaranya Mesyuarat Agung PAS Kawasan Besut (11 April) dan Jamuan Makan Dana SRIDAF (4 April), tarikh penangguhan akan dimaklumkan kemudian."Pihak kami telah mengambil beberapa langkah bagi membendung penyebaran virus ini. Semua pihak tidak dibenarkan melakukan sebarang himpunan dalam masa terdekat sehingga penularan wabak ini tamat," tegasnya.Beliau juga menyarankan agar masyarakat sentiasa mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT.
18 Mar 20
161
Empty Image
Seni Silat Kuningan Kian Dapat Tempat
Oleh: AminjiKEMAMAN, 19 Mac - Silat merupakan seni bela diri yang begitu sinonim dengan bangsa Melayu. Warisan Melayu yang begitu bernilai ini perlu dipelihara dan diteruskan oleh golongan belia masa kini. Menyahut seruan kerajaan agar warisan ini terus terpelihara, sebuah lagi gelanggang silat telah dibuka baru-baru ini.Seni Silat Kuningan yang berasal dari Ciberon Timur, Jawa Barat, Indonesia ini telah diasaskan oleh Syekh Mohamed Dakim sebelum diperkembangkan ke Tanah Melayu sekitar tahun 50an oleh Haji Hussain Shah maulana Ibrahim Shah.Pertubuhan ini melebarkan sayapnya apabila membuka gelanggang baharu di Kampung Tok Kapur, Binjai baru-baru ini. Gelanggang yang dipimpin oleh Said Baharuddin Said Abu ini memiliki seramai 30 orang pelatih yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa. Latihan diadakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula jam 9 malam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim amat berbangga dengan golongan belia yang begitu bersungguh-sungguh mempelajari ilmu silat warisan Melayu ini.“Anak muda pada masa kini sewajarnya merebut peluang mempelajari ilmu persilatan ini kerana ianya bukan sahaja berguna untuk mempertahankan diri, malah mendidik kita untuk lebih berdisiplin dalam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan gelanggang di sini baru-baru ini.Bagi pelajar yang baru sahaja menyertai silat ini, mereka terlebih dahulu akan diajar dengan teknik asas silat yang dikenali sebagai Jurus Tunggal sehingga mahir sebelum beralih ke jurus yang seterusnya.
18 Mar 20
1499
Empty Image
COVID-19 : Jemaah Tabligh Tidak Dibenar Mengadakan Program Di Masjid
KUALA TERENGGANU, 17 Mac – Semua masjid serta surau di daerah ini dan Kuala Nerus dinasihat untuk tidak memberikan kebenaran kepada jemaah tabligh untuk mengadakan sebarang program.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan penularan wabak COVID-19 di negeri ini yang berkait dengan jemaah berkenaan.“Bagi mencegah penyakit itu daripada terus menular di negeri ini, maka pentadbiran ini mengarahkan semua masjid dan surau dalam daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus tidak memberikan kebenaran kepada jemaah tabligh utnuk mengadakan apa jua program,” ujarnya.Tambah beliau, arahan tersebut berkuatkuasa serta merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
17 Mar 20
365