lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
COVID-19 : 1,200 Buah Keluarga Terima Ikan Segar
Oleh : Mustaqim AfandiBESUT, 1 April - Sebanyak 1,200 buah keluarga menerima sumbangan ikan selayang dan cencaru di sekitar DUN Kota Putera yang hilang punca pendapatan dan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pemberian tersebut bukanlah secara keseluruhan setiap rumah dalam setiap kampung."Ini adalah bantuan kecil yang dapat disampaikan buat penduduk secara berkala.“Saya akan berusaha sedaya upaya bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan berharap dengan sumbangan ikan-ikan segar ini, mereka yang terjejas dapat mempelbagaikan menu masakan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengagihkan ikan kepada 37 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk dibahagikan secara rawak kepada 30 orang penduduk di sini, pada semalam.Menurutnya, ia merupakan inisiatif Pusat Khidmat DUN Kota Putera  hasil daripada sumbangan orang ramai yang prihatin dikumpulkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. "Diharapkan dengan adanya bantuan ini dapat mengurangkan bebanan mereka yang turut terjejas untuk keluar mencari rezeki. "In shaa Allah kita akan terus berusaha bagi meringankan beban rakyat di DUN Kota Putera,” tambah beliau.
01 Apr 20
61
Empty Image
COVID-19 : Hanafiah Serah 3,500 Pek Barangan Keperluan Bantu Pekerja Gaji Harian
Hanafiah (kiri) dan petugas DUN Cukai menjalankan kerja-kerja akhir sebelum diagihkan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 1 April - Sebanyak 3,500 pek barangan keperluan berupa beras, gandum dan lain-lain telah diagihkan kepada mereka yang layak melalui seluruh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Cukai.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri berusaha membantu mereka yang layak termasuk pekerja bergaji harian yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19."Kira-kira 3,500 beg beras dan barangan dapur telah diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kerajaan negeri sentiasa memantau dan akan terus menghulurkan bantuan secara berperingkat mengikut perkembangan semasa ketika ini," ujarnya.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri turut mengharapkan segala bentuk bantuan ini dapat disalurkan dengan cara yang terbaik."Kita memberi kepercayaan penuh kepada MPKK untuk melaksanakan bantuan ini dan hanya diberikan kepada mereka yang layak. Dalam masa yang sama kita mengharapkan semua pemohon bantuan ini dapat memberikan kerjasama yang baik kepada pihak MPKK," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Cukai, baru-baru ini.Menurutnya, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan selaras dengan slogan 'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'.
01 Apr 20
183
Empty Image
COVID 19 : Tidak Perlu Hadir Ke Pejabat Untuk Ambil Bantuan
Oleh : Norekwan MamatBESUT, 1 April - Penduduk yang tinggal di sekitar Hulu Besut  tidak perlu ke datang pejabat untuk mengambil bantuan sebaliknya kekal tinggal di rumah masing-masing.Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, bantuan tersebut akan diagihkan melalui Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing.“Sebanyak 600 bungkusan keperluan asas berupa beras, gandum, gula dan jenis-jenis lain diberikan  kepada MPKK untuk disalurkan kepada golongan yang terjejas “Inisiatif itu bagi meringankan beban penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada Isnin, 30 Mac.Menurutnya, setiap MPKK akan mendapat sebanyak 17 bungkusan keperluan asas untuk dibahagikan kepada penduduk kampung masing-masing yang layak menerima.“Saya berharap agar sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak kegusaran yang melanda rakyat akibat daripada Covid-19."Saya juga amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan bantuan keperluan asas kepada penduduk kampung,” ujarnya.Justeru itu, beliau menyeru dan memohon kepada semua rakyat di negeri Terengganu khususnya dapat bertenang, mengamalkan kebersihan dan mematuhi perintah kerajaan supaya  terus berada di rumah  bagi mengelakkan penularan virus maut ini.
01 Apr 20
37
Empty Image
COVID-19 : 750 Warga Felda Kemaman Terima Bantuan
Oleh : Wan Abdul HadiKEMAMAN, 1 April - 750 warga felda di daerah ini teruja apabila menerima sumbangan berupa barangan dapur daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali semalam.Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili Dr Khairuddin menyerahkan bantuan tersebut kepada badan bukan kerajaan (NGO) Generasi untuk diagihkan kepada komuniti felda setempat.Pengerusi Generasi, Naraza Muda berkata, bantuan seperti beras, minyak masak dan keperluan lain itu pastinya akan membantu warga felda untuk hidup dengan lebih sempurna dalam suasana penularan wabak COVID-19."Terima kasih kepada semua kerana memberi kepercayaan buat Generasi bagi menguruskan agihan barang bantuan ini," ujarnya dalam ucapan penghargaan.Majlis penyampaian bantuan berkenaan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.Majlis tersebut diadakan di Pejabat Felda Kertih 1 dengan mengamalkan penjarakan sosial sebagaimana saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
31 Mar 20
52
Empty Image
COVID-19 : Elakkan Kes Keganasan Rumahtangga Semasa PKP - Zuraida
KUALA TERENGGANU, 31 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor menyuarakan kegusarannya berkenaan masalah keganasan rumahtangga yang mungkin berlaku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Beliau berkata stastik kes keganasan rumahtangga meningkat dengan mendadak sejak wabak COVID-19 menular di seluruh dunia dan tidak terkecuali di Malaysia, apabila panggilan ke Talian Kasih bertambah 57 peratus sejak PKP.Menurutnya, di Tennesse panggilan kes keganasan rumahtangga meningkat sebanyak 55 peratus manakala di New South Wales, Australia 40 peratus, di Perancis pula 32 peratus.“Memang benar, bagi sesetengah orang, duduk di rumah adalah seperti di neraka. Ada aduan suami pukul isteri, isteri derhaka pada suami, ibubapa pukul anak, anak tengking dan pukul ibubapa.“Dalam hal ini, mereka akan merasa tertekan apabila duduk di rumah. Saya sendiri menerima aduan dan luahan hati seorang ibu, isteri, anak-anak dan bicara hati seorang menantu,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam media sosial miliknya, kelmarin.Zuraida turut meluahkan kesedihannya apabila mendengar pelbagai rungutan dan aduan daripada pelbagai latar belakang wanita.“Kadang-kadang, saya rasa seperti tidak percaya dengan luahan mereka tetapi apabila melihat dengan mata kepala saya sendiri, terdiam saya seribu bahasa. Tidak tersangka, berjurai air mata, isteri mengabaikan rumahtangga, hilang hormat antara mertua dan menantu.“Saat ujian datang menyapa, pasangan masing-masing semakin mudah melatah, sehingga menyebabkan rasa tawar hati dan bersikap kasar antara satu sama lain. Tambahan sekarang mereka teruji dengan masalah kewangan, kesusahan dan kemiskinan,” tambahnya.Zuraida turut berpesan supaya sentiasa bermuhasabah diri, perbaiki kelemahan dan banyakkan bersabar. Hakikat kehidupan berumahtangga tidak sunyi dari ujian.Katanya, ujian dan kesusahan yang berlaku itu terselit beribu hikmah yang akan membuatkan kita tersenyum tatkala mengetahuinya.Beliau juga menggesa supaya keganasan rumahtangga dihentikan dan segera hubungi Talian Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di talian 15999 jika ada aduan berkaitan kes keganasan rumahtangga.
31 Mar 20
109
Empty Image
COVID-19 : MPKK Teluk Menara Agih 450 Ekor Ayam
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 30 Mac  - Sebanyak 450 ekor ayam bersih diagihkan kepada 420 buah rumah di kampung Teluk Menara, Manir, di sini semalam, dalam usaha meringankan beban susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Teluk Menara, Manir, Hamazah Mohd Latif berkata, kesemua rumah mendapat seekor ayam hasil inisiatif pihaknya selepas mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak dan orang ramai."Kita tahu ramai yang terkesan sepanjang tempoh PKP dan ada yang hilang sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja."Jadi kami ambil inisiatif sendiri cari bantuan daripada pihak prihatin dan kami bersyukur berkebetulan ada sebuah pengusaha ayam di kampung kami bermurah hati bekalkan ayam bersih tersebut dengan harga murah untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan," katanya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) semalam."Selain ucapan terima kasih, kegembiraan jelas terbayang di wajah-wajah penerima dengan rezeki yang diterima walau terlalu kecil berbanding keperluan mereka ketika ini."Juga ada sebahagian keluarga berkemampuan menolak dengan penuh sopan dan kalimah penghargaan tetap dihadiahkan kepada seluruh petugas kami,"ujarnya lagi.Beliau berharap pemberian ayam berkenaan dapat meringankan beban keluarga memerlukan terutama ibu tunggal dan fakir miskin."Terdahulu, hampir 200 bungkusan bantuan keperluan asas termasuk bantuan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir telahpun diedarkan kepada yang benar-benar terkesan selepas pihak kami kenal pasti."Selepas ini gabungan MPKK, Jawatankuasa Masjid dan Belia tubuhkan TM Care akan bekerjasama untuk memberi sumbangan barangan keperluan lain bagi memastikan tiada keluarga yang terjejas sumber makanan dalam tempoh PKP ini," katanya.Hamazah yang juga merupakan Penasihat TM Care menyeru orang ramai untuk terus menyumbang terutamanya wang tunai ke akaun 13010005864714 Bank Muamalat  MPKK Teluk Menara.
31 Mar 20
296
Empty Image
COVID-19 : MDS Mulakan Disinfeksi Tempat Awam Di Setiu
Petugas MDS melakukan operasi nyah kuman di gerai makan.Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 30 Mac : Majlis Daerah Setiu (MDS) memulakan operasi disinfeksi atau nyah cemar di tempat tumpuan awam di daerah ini hari ini bagi memastikan virus COVID-19 tidak terus merebak.Operasi yang melibatkan tiga pegawai dan 11 anggota Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Daerah Setiu itu bermula di kawasan Rehat dan Rawat R&R (Hentian) Rahmat, stesen bas, tandas awam, dan gerai makan di sekitar Bandar Permaisuri.Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MDS, Nurul Asmera Zamli berkata, langkah tersebut secara tidak langsung dapat membasmi wabak pandemik itu secara total sebagaimana saranan kerajaan. “Operasi nyah cemar ini akan berterusan setiap hari mengikut jadual yang telah ditetapkan dan merangkumi semua premis milik MDS, tempat tumpuan awam seperti jeti, taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak serta pasaraya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).Hadir sama Yang Dipertua MDS, Mohd Iskandar Muhammad Aziz.Dalam pada itu, Nurul Asmera turut mengingatkan masyarakat agar terus mengamalkan amalan kebersihan yang terbaik apabila berurusan di tempat awam.“Orang ramai digalakkan untuk memakai topeng muka, menggunakan ‘hand sanitizer’ dan membasuh tangan apabila selepas menyentuh sesuatu,” tambah beliau.
30 Mar 20
529
Empty Image
COVID-19 : Hubungi MPKK, Elak Memuatnaik Status
Oleh: Aslam WiraMARANG, 30 Mac – Orang ramai dinasihatkan  berhubung secara terus dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sekiranya berdeoan dengan masalah, bukannya memuatkan naik status di mana- mana laman sosial.Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Nasaruddin, tindakan segelintir pihak yang gemar memuatnaik status akan bertambah mengeruhkan keadaan."Sepatutnya perlu bersama- sama membantu mereka yang susah terutama sepanjang tempoh Perintah Kewalan Pergerakan," katanya.Beliau berkata demikian selepas mengagihkan bantuan kepada penduduk berpendapatan rendah di kawasan Rhu Rendang.Beliau berkata, sehingga hari ke 13, DUN Rhu Rendang sudah mengagihkan sumbangan keperluan barang dapur kepada 626 buah keluarga.“Kesemua keluarga tersebut adalah mereka yang menghubungi Pengerusi MPKK masing-masing melalui telefon ataupun mereka yang dikenalpasti sebagai golongan yang dikategorikan sebagai betul-betul kritikal.”“Kritikal disini bermaksud mereka yang terputus pendapatan harian kerana tidak dapat bekerja atau tiada pendapatan tetap secara bulanan disepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.” katanya.Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa di sepanjang 24 jam, telefonnya terbuka untuk menerima panggilan daripada pengerusi MPKK sekiranya terdapat aduan.“Adapun agihan yangdibuat oleh NGO dan individu persendirian adalah diluar bidang kuasa MPKK Dan PKM Rhu Rendang,” tambahnya lagi.
30 Mar 20
38
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Batal Semua Bazar Ramadan
Bazar Ramadan. Foto oleh - Tengku Syamim Tengku Ismail.KUALA TERENGGANU, 30 Mac - Demi kemaslahatan kesihatan rakyat akibat penularan wabak COVID-19, kerajaan Terengganu telah memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula virus tersebut.Katanya, ia sekaligus akan merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak itu sepenuhnya."Sehubungan itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini berasaskan kepada klasifikasi bazar Ramadan yang tidak termasuk dalam kategori 'essential services'."Perkara berkaitan pembatalan ini juga telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani Covid-19 pada 29 Mac 2020 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu," jelasnya.Dr Alias Razak.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi hari ini.Dalam masa yang sama, pihaknya menyarankan kepada para peniaga bazar Ramadan untuk membuat persediaan akibat pembatalan itu.Ujarnya, beberapa alternatif boleh dipertimbangkan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung."Para peniaga disaran untuk mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian (online) selain membuat perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan."Di samping menggunakan platform seperti Grab Food, Food Panda atau yang seumpama dengannya atau boleh menjalankan apa sahaja alternatif lain yang difikirkan sesuai," cadang beliau.Untuk rekod, Negeri Sembilan telah pun memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan di semua PBT  sebagaimana pengumuman pada 26 Mac baru-baru ini.
29 Mar 20
92
Empty Image
COVID-19 : Beri Kepercayaan Kepada MPKK Agih Bantuan
Dr Azman (paling kiri) bersama barisan MPKK memunggah barangan keperluan untuk diagih kepada rakyat.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 29 Mac – Orang ramai dinasihatkan supaya terus memberi kepercayaan terhadap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengagihkan bantuan kepada masyarakat yang terjejas akibat COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, tekanan segelintir masyarakat kepada MPKK semakin ketara terutamanya di media sosial sehingga mengganggu fokus mereka.Katanya, pelbagai tohmahan yang dilemparkan dengan terbawa-bawa sikap buruk sangka dan tidak memberi kepercayaan kepada pemimpin setempat. "Malah ada yang komen belum mendapat bantuan itu majoritinya adalah daripada kelompok yang berkemampuan dalam masyarakat."MPKK yang dikecam itu hanya dibayar elaun RM900 sahaja sebulan. Saya kesian bila yang kecam kerana tidak dapat bantuan ialah kontraktor, kita boleh menilai."Pengerusi dan 15 AJK MPKK diberi amanah untuk menilai sebaiknya siapa sasaran kita dalam kampung. Mereka pergi ke rumah terus untuk hantar barang bantuan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Dr Azman.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, agihan barang bantuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi tanpa mengisi borang permohonan terlebih dahulu bagi memudahkan rakyat, namun tuduhan lain pula yang timbul."Beri barang dia minta borang. Selagi tak boleh borang, selagi itu dia tidak berpuas hati. Dituduh pula kita sorok borang untuk diberi kepada anak beranak."Musim bencana bantuan boleh diagihkan tanpa borang. Kalau hanya yang isi borang diberi bantuan, macam mana dengan orang tua dan rakyat yang tak biasa dengan borang," soalnya.Sementara itu, beliau mengagumi beberapa MPKK yang mengambil banyak inisiatif sendiri untuk membantu rakyat dalam kampung. "Tetapi tentu sekali bantuan tak akan sampai ke setiap rumah kerana ini adalah bantuan dan bukannya peluang. Saya pantau secara dekat agar yang susah dibantu tanpa mengambil kira warna parti."Bukan tak akan dapat, cuma bantuan secara berperingkat ini dibahagikan terlebih dahulu kepada yang lebih memerlukan," tambah beliau.
29 Mar 20
58