lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
COVID-19 : Semua Pasar Di Terengganu Ditutup 10 April Untuk Disinfeksi
Dr Alias.KUALA TERENGGANU, 6 April - Pasar awam dan pasar borong di seluruh Terengganu akan ditutup pada 10 April ini bagi membolehkan operasi disinfeksi dijalankan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, operasi terbabit akan dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu."Jadi kita memohon supaya semua rakyat di negeri ini yang ingin membeli barang keperluan untuk membuat persiapan awal bagi mengelak sebarang kesulitan."Pada hari itu hampir kesemua pasar akan ditutup bagi membolehkan proses disinfeksi atau nyahcemar dijalankan," katanya ketika dihubungi media hari ini.Mengulas lanjut, Dr Alias memaklumkan tarikh berkenaan dipilih kerana trend pembelian masyarakat yang tinggi pada hari Jumaat."Pemerhatian dalam tempoh tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, masyarakat di Terengganu gemar keluar beramai-ramai untuk mencari keperluan pada hari Jumaat."Sehubungan dengan itu, hari itu dipilih bagi mengelak  individu yang ramai keluar dan berada di satu-satu lokasi dalam masa tersebut sekali gus dapat mengekang risiko penularan wabak COVID-19," katanya.Katanya, beliau berharap rakyat Terengganu tidak berasa panik dengan perubahan itu kerana ia hanya bersifat sementara.Antara pasar utama yang terlibat ialah Pasar Kedai Payang 2, Pasar Borong Gong Pauh, Pasar Cabang Tiga, Pasar Manir, Pasar Bukit Besar, Pasar Permint Jaya Chendering, Pasar Kampung Laut dan Pasar Kedai Buluh."Selain itu, Pasar Gelugor, Pasar Kepung, Pasar Bukit Tunggal, Pasar Batu Enam, Pasar Teluk Ketapang, Pasar Wakaf Tengah dan Pasar Maras yang berada di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut ditutup."Sebagai pemakluman juga semua pasar di bawah Majlis Daerah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Besut dan Setiu turut ditutup," tambah beliau.
05 Apr 20
163
Empty Image
COVID-19 : DUN Air Putih Serah 1,700 Pek Barangan Keperluan Harian
Oleh : AminjiKEMAMAN, 5 April - Sebanyak 1,720 pek barangan keperluan berupa beras, gandum dan lain-lain telah diagihkan kepada mereka yang layak melalui seluruh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan Air Putih.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, operasi menyalurkan bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan telah mula digerakkan ke seluruh kawasan DUN Air Putih secara berperingkat."Pihak pengurusan DUN akan cuba melakukan yang terbaik bagi memastikan golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mendapat bantuan sewajarnya."Kira-kira 1,720 beg beras dan barangan dapur telah diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kerajaan negeri sentiasa memantau dan akan terus menghulurkan bantuan secara berperingkat mengikut perkembangan semasa ketika ini."Namun yang demikian, adalah mustahil untuk kita puaskan hati semua pihak. Sehubungan itu, semua MPKK bertindak melakukan kajian secara terperinci terlebih dahulu agar mereka yang benar-benar memerlukan tidak tercicir sewaktu misi mengagihkan sumbangan ini," ujarnya ketika dihubungi pemberita, baru-baru ini.Tambahnya, beliau turut berterima kasih kepada mereka yang telah bertungkus lumus membantu misi tersebut bermula daripada proses membungkus barang-barang bantuan sehingga ianya selamat sampai ke tangan para penerima."Misi pengagihan bantuan kebajikan ini telah mendapat kerjasama yang padu daripada pelbagai pihak yang tidak jemu menyumbangkan tenaga. Mereka adalah termasuk kakitangan Pejabat DUN, Pemuda, Muslimat dan MPKK DUN Air Putih sendiri.
05 Apr 20
253
Empty Image
COVID-19 : Kakitangan Pembersihan Dan Pegawai Keselamatan Adalah Barisan Hadapan
Oleh : Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 5 April - Kakitangan dan petugas kebersihan serta pengawal keselamatan  juga merupakan barisan hadapan yang terpaksa keluar setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, mereka mengorbankan masa dan tenaga menghadapi ujian berat demi tugas, menyediakan keselesaan serta menjaga harta benda kerajaan negeri."Saya sangat prihatin terhadap kelompok penting yang kurang diambil perhatian ini.Saya mengambil inisiatif memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang bertugas dalam tempoh ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.Menurutnya, orang ramai tidak ada pilihan bagi membendung penularan wabak Covid 19 yg melibatkan makin ramai yang telah meninggal dunia melainkan dgn mematuhi arahan dari kerajaan (PKP)."Kita tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri yang menyebabkan nyawa org lain turut terancam."Sebaik-baik tindakan ialah tidak kemana-mana melainkan duduk di rumah bersama keluarga dgn pelbagai pengisian berbentuk kekeluargaan," tambah beliau.
05 Apr 20
371
Empty Image
COVID-19 : 274 Pelajar Tahfiz Bebas Wabak Dihantar Pulang
Para pelajar menaiki bas yang disediakan kerajaan negeri untuk pulang ke rumah.KUALA TERENGGANU, 5 April - Seramai 274 pelajar Madrasatul Quran, Kubang Bujuk, di sini yang disahkan bebas COVID-19 dihantar pulang ke rumah masing-masing selepas dikuarantin selama dua minggu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri menyediakan enam buah bas dan tiga van bagi menghantar semua pelajar yang berada di luar Terengganu untuk pulang ke kediaman masing-masing."Manakala bagi pelajar yang dari daerah Kuala Terengganu, kita jemput ibu bapa mereka untuk datang ke madrasah bagi mengambil anak mereka," katanya sebagaimana dilapor Sinar Harian.Mengulas lanjut, Ariffin memaklumkan, terdapat beberapa lagi pelajar yang sedang menunggu surat pengesahan daripada pihak kesihatan sebelum mereka dibenar pulang.Ujarnya, kesemua pelajar terbabit sedang berada tempoh bercuti selama dua bulan sehingga Aidilfitri."Sebab itu mereka semua dihantar pulang ke rumah masing-masing selepas tamat tempoh kuarantin, namun tempoh bercuti itu bergantung kepada keadaan semasa."Kesemua mereka ini adalah yang bebas saringan dan telah melalui proses kuarantin," tambah beliau.
05 Apr 20
56
Empty Image
COVID-19: Kempen 'Time For Al-Quran', Galak Masyarakat Jadikan Al-Quran Rutin Kehidupan
KUALA TERENGGANU, 4 April- Akademi DIDIK ULAMA Amilin Terengganu (DUAT) menganjurkan kempen 'Time For Al-Quran', Satu Hari Satu Juzuk bermula 1 hingga 30 April ini.Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April ini, dimana orang ramai digalakkan manfaatkan tempoh tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.Pengarah DUAT, Ramlan Mahmood berkata, kempen munajat dan khatam al-Quran 30 juzuk itu menyasarkan seluruh masyarakat khususnya warga Terengganu yang melibatkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini."Objektif kita adakan program ini adalah untuk mengajak orang ramai bersama-sama munajat mohon kepada Allah dengan menjadikan al-Quran sebagai rutin kehidupan selaras keharmonian dan kesejahteraan dunia dan akhirat," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Menurut beliau, bacaan surah untuk setiap hari boleh dirujuk mengikut jadual yang dikeluarkan dari semasa ke semasa melalui Page rasmi Akademi DUAT."Bacaan satu hari satu juzuk akan merangkumi lapan daerah di negeri ini," ujarnya.
04 Apr 20
436
Empty Image
COVID-19 : MAIDAM Umum Lapan Insentif Untuk Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 April - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengumumkan lapan insentif bagi meringankan beban rakyat di negeri itu yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Menurut kenyataan itu semalam, selain bantuan sebanyak RM86,000 untuk Petugas Hadapan COVID-19 , Dana Ramadan sebanyak RM11 juta kepada 23,000 asnaf turut disalur dan diawalkan pembayaran.Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda berkata, pengagihan untuk fakir miskin dilakukan lebih awal sebagai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April depan.“Bantuan itu sepatutnya diagihkan pada minggu pertama Ramadan yang dijangka pada 24 April depan.“Tetapi kita memutuskan membuat bayaran awal bagi meringankan beban golongan itu yang terpaksa mematuhi perintah PKP,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro baru-baru ini.Selain itu, antara insentif lain yang boleh meringankan beban masyarakat ialah Bantuan Bulanan dan Sara Hidup Asnaf, ia telah diberi pada 18 Mac lalu dengan sebanyak RM3,352,600."Termasuk RM2,655,100 Bantuan Sara Hidup fasa kedua disegerakan melibatkan 1,578 asnaf setakat yang diluluskan pada 26 Mac 2020."Kemudian, RM500 bantuan kepada keluarga mangsa positif COVID-19. Seramai 39 orang (bagi fasa pertama) dan keseluruhan berjumlah RM19,500.00."Dan RM50,000 bantuan khas COVID-19 Kepada pelajar di Jordan dan Mesir. Keseluruhan berjumlah RM100,000," jelas kenyataan itu.Di samping itu, bantuan makanan berjumlah RM12,150 kepada 81 penerima di Perumahan Asnaf melibatkan Perumahan Asnaf Banggol Peradong (Kuala Terengganu), Perumahan Mak Chili (Kemaman) dan Perumahan Padang Nenas (Kuala Nerus).Kata kenyataan itu lagi, MAIDAM memperuntukan RM5,000 sebagai keperluan Rumah Orang Tua melibatkan Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong, Rumah Ehsan Dungun (AMBS), Pusat Jagaan Kanak-Kanak Terencat Akal, Padang Midin dan Rumah Anak Yatim Darul Hilmi, Seberang Takir."Keseluruhan dana tersebut berjumlah RM20,000 bagi mengurangkan kesusahan yang dihadapi mereka sepanjang wabak ini berlaku," tambahnya.
02 Apr 20
820
COVID-19: MPKK 'Front Line' Masyarakat Dan Komuniti
COVID-19: MPKK 'Front Line' Masyarakat Dan Komuniti
      Oleh : Akid Hafriz   KUALA TERENGGANU, 2 April – Dalam menghadapi wabak virus Corona (COVID-19) yang menular ketika ini, barisan hadapan atau ‘front line’ memainkan peranan besar dalam membantu rakyat dipelbagai peringkat.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, terdapat pelbagai peringkat yang dikategorikan sebagai barisan hadapan tetapi bagi sesebuah komuniti, masyarakat atau kampung, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) adalah barisan hadapan yang paling utama dalam usaha menghulurkan bantuan kepada rakyat.   "Mungkin kategori MPKK sebagai barisan hadapan ini berbeza dengan PDRM, ATM, petugas kesihatan mahupun kakitangan Kementerian Kesihatan seperti doktor dan jururawat.   "Namun, usaha mereka untuk menyalurkan bantuan, mengenal pasti golongan yang memerlukan serta menyampaikan maklumat kepada komuniti setempat mahupun kerajaan wajar dihargai," katanya melalui satu status di laman Facebooknya, semalam.   Justeru, beliau juga turut berharap agar masyarakat dapat sama-sama membantu pihak MPKK dalam usaha untuk menyalurkan bantuan kepada komuniti setempat terutamanya kepada golongan yang memerlukan.   Sementara itu, pihak Pusat Khidmat ADUN Batu Buruk telah selesai mengagihkan bantuan Pakej Ransangan Terengganu Cakna Menangani Kesan COVID-19 bagi fasa ketiga melalui MPKK setempat.  
02 Apr 20
99
Empty Image
COVID-19 : Anak Felda Terharu Dengan Keprihatinan Wakil Rakyat
Oleh : Rizauddin Mohammad SabruKEMAMAN, 2 April - Penduduk di Felda Kerteh terharu dengan sumbangan 750 pek barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali semalam.Ismail Jusoh, 54, antara penduduk yang terkesan akibat penularan wabak covid-19, menyatakan rasa gembira apabila bantuan tersebut sampai tepat pada waktunya.Katanya, dia bersyukur kerana pemberian itu membantu meringankan beban keluarganya disebabkan beliau hanya bekerja kampung."Saya ada keluarga untuk dijaga dan diberi makan, wabak yang sedang merebak ini membuatkan saya tak boleh pergi kerja berikutan arahan kerajaan untuk terus tinggal di rumah."Tetapi alhamdulillah, saya nak ucapkan terima kasih kepada para wakil rakyat yang sudi menghulurkan bantuan disaat kami kesempitan," ujarnya ketika ditemui pemberita.Sementara itu, Zahidah Kasim, 46, dari Felda Kerteh 6 pula berkata, pendapatannya terjejas teruk selepas lebih dua minggu kurang menjual kuih."Malah, saya kini bergantung kepada wang simpanan untuk teruskan kehidupan. Tetapi dengan adanya bantuan ini, saya boleh kurangkan kos perbelanjaan harian dan kami semua sangat gembira," luahnya.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang hadir dalam majlis penyerahan tersebut berkata, sumbangan berkenaan menjadi bukti kecaknaan terhadap rakyat.Di samping memberi mereka sedikit ruang hidup dengan selesa selepas hilang sumber pencarian akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Apa yang perlu kita tumpukan perhatiaan sekarang hanyalah keadaan rakyat. Oleh kerana itu, sumbangan akan terus disalurkan dari masa ke masa. Kami tidak mahu ada yang tertinggal dalam menerima sumbangan," katanya.Segala proses penyerahan barangan keperluan tersebut telah disempurnakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Generasi untuk diagih kepada orang ramai.
02 Apr 20
57
Empty Image
COVID-19 : DUN Tepoh Agih 4,216 Pek Barangan Keperluan
Oleh : Zulkifli MatKUALA NERUS, 2 April - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh  telah selesai mengagihkan 4,216 pek barangan harian kepada sebahagian besar penduduk di kawasan terbabit.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, agihan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menyasarkan penduduk yang terjejas pendapatan harian."Melalui itu, PKM dan badan bukan kerajaan (NGO) Tepoh Care mengeluarkan sejumlah 2,003 kit bekalan makanan manakala PKM Kuala Nerus mengeluarkan sebanyak 1,306  dan sumbangan pihak luar sebanyak 907."Rekod ini hanya agihan melalui pihak MPKK. Manakala sumbangan terus individu perseorangan, NGO dan sebagainya secara langsung kepada penduduk tidak direkodkan oleh pihak kami,"  katanya dalam satu kenyataan semalam.Menurut beliau, dalam situasi semasa ini, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan semua rakyat berhak mendapat bantuan bekalan makanan kesan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Insya-Allah, jika ada yang masih terlepas pandang dalam situasi ini, pihak MPKK dan PKM DUN Tepoh sentiasa terbuka untuk menerima maklumat dan memproses aduan tersebut sebaik mungkin," katanya.Tambah beliau, barangan keperluan makanan yang diedarkan melalui penyelarasan bersama pihak MPKK adalah bersumberkan kerajaan negeri."Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihatkan semua rakyat terutamanya di kawasan DUN tepoh agar berdisiplin bagi memastikan baki PKP dua minggu ini mampu memutuskan rantaian COVID-19," nasihatnya.
02 Apr 20
133
Empty Image
COVID-19 : MPKK Kolam Agih 500 Kilogram Ikan Kepada 500 Keluarga
KUALA TERENGGANU, 2 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kolam mengagihkan 500 kilogram ikan kepada kira-kira 500 keluarga di kampung itu yang terjejas akibat COVID-19.Pengerusi MPKK Kolam, Muhammad Hamdi Abas berkata, sumbangan tanpa mengira fahaman politik itu sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban yang ditanggung orang ramai."Usaha ini kita akan teruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Ia juga tidak terhad kepada ikan sahaja, mungkin selepas ini kita akan kaji inisiatif lain yang kita rasa boleh membantu orang ramai," katanya selepas menghulurkan bantuan tersebut hari ini.Dalam perkembangan sama, beliau turut memberitahu, bantuan lain seperti keperluan harian daripada pihak kerajaan negeri sentiasa berjalan."Bekalan beras, minyak masak, gula, susu dan sebagainya berjalan seperti biasa."Kerajaan negeri telah amanahkan kepada kami (MPKK) untuk salurkan bantuan kepada keluarga yang terputus bekalan makanan dengan tidak memilih kasih."Alhamdulillah, kita sudah memasuki beberapa fasa untuk itu, insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk rakyat," tambah beliau.
02 Apr 20
88