lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
'GanuShop' : 800 'Runner' Disediakan Di Seluruh Terengganu
Nurkhuzaini Ab Rahman.KUALA TERENGGANU, 13 April - Seramai 800 penghantar makanan atau runner 'GanuShop' beroperasi pada Ramadan tahun ini dan kerajaan negeri akan menanggung elaun 'standby' mereka.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, caj penghantaran makanan pula diletakkan pada kadar yang minima berbanding harga pasaran.Jelasnya, dua inisiatif itu bagi mengelakkan harga makanan meningkat di samping menggalakkan orang ramai untuk memiliki juadah berbuka puasa  dan sahur secara atas talian."Kerajaan negeri bersetuju untuk membayar kos elaun tersebut kepada 25 penghantar makanan di setiap DUN."Ia sekali gus mewujudkan 800 peluang pekerjaan (runner) di sepanjang bulan Ramadan lebih-lebih lagi dalam suasana tidak menentu ini," katanya semasa Wawancara Khas di Studio TV Darul Iman hari ini.Menurut beliau, orang ramai yang berminat untuk menjadi penghantar makanan boleh membuat permohonan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN masing-masing."Segala permohonan mesti dibuat di PKM sebaik sahaja aplikasi ini dilancarkan," jelasnya.Dalam pada itu, Nurkhuzaini berkata, tahap kebersihan setiap makanan yang dijual juga akan dipastikan berada pada tahap terbaik."Walaupun makanan dimasak di rumah dan terlindung daripada orang ramai, kita tetap akan pastikan makanan tersebut bersih."Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah bersetuju untuk melakukan tinjauan dari rumah ke rumah (penjual) secara rawak di sepanjang bulan Ramadan," tambah beliau.
13 Apr 20
59
Empty Image
Penghuni Madrasah Quran Terharu Layanan Petugas Kesihatan
Madrasatul Quran Kubang Bujuk.KUALA TERENGGANU, 13 April - Penghuni serta kakitangan Madrasatul Quran Kubang Bujuk di sini terharu dengan layanan yang diberikan petugas kesihatan kepada mereka semasa dirawat sebagai pesakit COVID-19 baru-baru ini.Guru madrasah tersebut, Ustaz Hasbullah Yusof berkata, semua petugas telah bersusah payah merawat dan memeriksa seramai 349 orang yang disyaki positif pandemik berkenaan."Setiap hari mulai 14 Mac hingga 4 April petugas telah memberikan perkhidmatan yang begitu cemerlang dengan memeriksa seramai 231 pelajar, 116 kakitangan dan dua orang awam."Bermula di kuarters empat tingkat, kemudian bergerak dari rumah ke rumah dengan pakaian yang begitu panas pada waktu yang panas, sangat besar pengorbanan mereka kepada kami," katanya dalam satu kenyataan.Beliau juga turut menzahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan negeri kerana membantu penghuni madrasah itu pulih dan bebas COVID-19."Terima kasih kepada semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi Terengganu yang begitu mengambil berat tentang kami."Juga untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu yang bersusah payah menghantar kami pulang ke kampung," tambah beliau.
12 Apr 20
28
Empty Image
'GanuShop' Dilancar 15 April, Ganti Bazar Ramadan
Orang ramai boleh memuat turun aplikasi 'GanuShop' di Play Store bermula 15 April.KUALA TERENGGANU, 13 April - Aplikasi bazar Ramadan 'online' Terengganu atau 'GanuShop' dijangka akan dilancarkan pada 15 April ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, aplikasi yang mengandungi elemen peniaga, pembeli, penghantar makanan dan proses pembayaran itu adalah pengganti kepada penganjuran bazar Ramadan tahun ini."Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan mengetuai setiap sistem dan operasi yang akan dilancarkan paling awal pada 15 April nanti."Sekarang ini kita 'running test' aplikasi itu dengan melibatkan lebih 30 usahawan dan ia sudah di fasa akhir."Kita mahu setiap usahawan yang sudah biasa dengan sistem itu memberi komen balas agar tidak timbul sebarang masalah selepas dilancarkan kelak," katanya dalam Wawancara Khas di Studio TV Darul Iman hari ini.Nurkhuzaini berkata, aplikasi bazar online itu akan dilancarkan pada 15 atau 16 April.Mengulas lanjut, Nurkhuzaini berkata, pendaftaran melibatkan peniaga dan penghantar makanan pula akan diuruskan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula pada hari pelancaran.Ujarnya, keutamaan diberikan kepada 7,180 peniaga bazar Ramadan tahun lalu kerana operasi penyediaan makanan mereka sudah dipantau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Jadi untuk pendaftaran baharu, kita ikut 32 DUN, PKM masing-masing akan buat pemilihan selepas setiap peniaga mendaftar secara 'online' di 'link' yang akan kita berikan semasa pelancaran nanti."Mesyuarat penyelarasan atau taklimat juga akan dibuat bersama semua wakil DUN seluruh Terengganu," jelas beliau.
12 Apr 20
106
Empty Image
COVID-19 : 2,074 Keluarga Di Rhu Rendang Terima Bantuan Barangan Dapur
Oleh: Aslam WiraMARANG, 10 April- Sebanyak 2,074 keluarga keluarga berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur yang mula diagihkan pada awal Perintah Kawalan PergerakanAgihan itu diusahakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan orang perseoranganPegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, berkata,  kerjasama dan hubungan  baik antara jabatan kerajaan khususnya berkaitan bantuan sangat memuaskanKatanya,  analisis pembahagian bantuan dapat dilakukan dengan segera berdasarkan keperluan mereka yang benar-benar kritikal termasuk bantuan pampers dan susu bagi pesakit kronik serta bayi.“Aduan dan maklumat akan disaring melalui JKM, MAIDAM dan TDI (Tabung Darul Iman) telah memberi satu keputusan dan jawapan terbaik dalam memberi maklum balas kepada rakyat.“Sebagai contoh, isu penyewa yang menekan supaya membayar sewa, hasil jaringan siasatan antara jabatan, pengadu menerima bantuan rumah sewa, cuma sedikit kelewatan dalam proses menyelesaikannya.Beliau berkata demikian selepas dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman. semalam.Menurutnya, bantuan yang tiba mengikut masa yang telah ditetapkan,  agensi sangat membantu pihak DUN, dalam usaha menyelesaikan agihan bagi mereka yang benar-benar kritikal dan hilang pendapatan terlebih dahulu.“Bantuan daripada kerajaan negeri  pada Fasa ke-4, berjumlah RM300 ribu telah memberi sedikit kelegaan kepada kita.“Ini ditambah pula dengan pengumuman oleh  Perdana Menteri berkaitan Bantuan Prihatin Nasional yang akan disalurkan kepada hampir keseluruhan rakyat,” tambahnya lagi.
12 Apr 20
126
Empty Image
COVID-19: Operasi Disinfeksi Pasar Dijalankan Secara Bulanan
Oleh: Aslam WiraMARANG, 10 April - Operasi Disinfeksi Pasar Awam di daerah ini akan dijalankan secara bulanan sehingga berakhirnya permasalahan Covid-,19.Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, langkah itu bagi nemastikan keadaan dan persekitaran pasar dijauhi daripada ancaman  virus Covid-19.Katanya, selain dapat memberikan lebih keyakinan kepada peniaga pasar dan orang awam untuk beroperasi dengan selamat disamping mengamalkan kaedah pencegahan penularan wabak tersebut."Proses pelaksanaan operasi nyahkuman ini disarankan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu yang dilaksanakan dan dibantu oleh jabatan terbabit seperti Majlis Daerah Marang, Jabatan Bomba Daerah Marang, Polis Daerah Marang, Rela dan Kontraktor Kebersihan.“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya peniaga yang memahami dan memberikan kerjasama yang baik.” katanya.Beliau berkata ketika ditemubual wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman di Pasar Bandar Marang, semalam.
11 Apr 20
346
Empty Image
COVID-19: Seluruh Pasar Utama Terengganu Selesai Dinyah Cemar
Operasi yang dijalankan pagi tadi.KUALA TERENGGANU, 10 April - Kerajaan negeri telah melakukan operasi nyah cemar di seluruh pasar yang menjadi tumpuan orang ramai di Terengganu hari ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, operasi di 42 pasar terkemuka itu melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT)."Kita memilih pasar kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai yang kita yakin virus tersebut mudah merebak di tempat ini."Operasi seperti ini kita akan jalankan bergantung kepada situasi semasa wabak tersebut termasuk kejadian kes di Terengganu," katanya ketika ditemui media selepas operasi disinfeksi di Pasar Borong Gong Pauh, di sini hari ini.Turut menyertai operasi itu adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, serta Pengarah Jabatan Persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil.Anggota bomba yang bertugas di barisan hadapan.Sementara itu, mengulas operasi di daerah Kemaman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jusman Ibrahim ketika dihubungi berkata, proses nyah cemar telah bermula sejak 16 Mac lalu yang diadakan secara berkala."Ia melibatkan lokasi-lokasi seperti pasar awam, tandas awam, taman rekreasi awam, perhentian bas, rumah ibadat dan premis makanan dan bukan makanan milik MPK."Hari ini kita buat secara bersepadu di setiap daerah, bagi menyekat penularan wabak pandemik itu."Kerja-kerja nyah cemar ini juga sedang diperluaskan kepada 191 buah rumah ibadat di Daerah Kemaman," jelasnya.Menurut Jusman lagi, pihak Majlis juga mendapat tajaan bahan serta peralatan nyah cemar daripada Syarikat Malay Sino Chemical Industries dan Joo Hin Hardware & Machinery.Proses nyah cemar di Kemaman."Selain itu, Syarikat Encompass Industrial juga turut menyumbang peralatan PPE iaitu sarung tangan bagi kegunaan anggota semasa menjalankan kerja-kerja nyah cemar," tambah beliau.
10 Apr 20
23
Empty Image
COVID-19 : Topeng Muka Diedar Ke Setiap Rumah
Dr Alias Razak. Foto oleh - Pok Abbas.KUALA TERENGGANU, 10 April - Kerajaan akan mengagihkan empat keping topeng muka secara percuma kepada setiap isi rumah di seluruh Terengganu bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak mengatakan, edaran dari rumah ke rumah itu akan dilaksanakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)."Topeng tersebut sudah ada di daerah masing-masing, insya-Allah ia akan diedarkan dalam masa terdekat."Kita juga minta orang ramai, supaya bersabar dan tidak menyerbu ke rumah MPKK bagi mendapatkan 'mask', tunggu sahaja di rumah," katanya ketika ditemui media selepas operasi disinfeksi di Pasar Borong Gong Pauh, di sini hari ini.Mengulas lanjut beliau mengharapakan agar orang ramai memanfaatkan sebaik mungkin pemberian topeng muka itu."Pakai apabila perlu sahaja, terutamanya ketika keluar rumah, ketua keluarga yang membeli keperluan rumah dinasihatkan untuk memakai."Kita mahu mengekalkan kesihatan semua rakyat dengan mengelakkan virus ini tersebar dengan mudah," tambah beliau.
09 Apr 20
36
Empty Image
UniSZA Sedia Klinik 'Online' Percuma
KUALA TERENGGANU, 9 April - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil langkah tersendiri bagi mengekang penularan  wabak COVID-19 apabila mewujudkan rundingan kesihatan secara 'online' untuk semua rakyat Terengganu.Usaha berkenaan dilaksanakan bagi mengelakkan orang ramai hadir ke klinik dan hospital yang boleh mendedahkan mereka dengan virus berkenaan.Menerusi aplikasi web TanyaDoktor.com, masyarakat negeri ini boleh mendapatkan nasihat kesihatan daripada doktor-doktor pakar perubatan UniSZA.Namun, buat masa ini perkhidmatan percuma itu hanya dibuka kepada penduduk Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sahaja.TanyaDoktor.Com beroperasi pada setiap hari Ahad hingga Khamis bermula jam 9 pagi dan berakhir pukul 4 petang.Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai khidmat kesihataan secara atas talian tersebut, boleh layari https://tanyadoktor.com.
08 Apr 20
321
Empty Image
Gelandangan Sekitar KT Dipindahkan Ke Tempat Khusus
Operasi Pengumpulan yang dijalankan semalam.KUALA TERENGGANU, 8 April - Seramai 11 gelandangan di sekitar daerah ini yang rata-ratanya berusia 37 hingga 65 tahun telah dipindahkan ke dua lokasi bagi membendung penularan COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berkata, sembilan daripada mereka telah dibawa ke Pusat Pemulihan dan Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Marang, termasuk seorang yang disahkan positif dadah (pil kuda)."Manakala dua orang yang mempunyai penyakit mental telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata demikian selepas melakukan Operasi Pengumpulan Individu Gelandangan di sekitar Kuala Terengganu, semalam.Operasi tersebut turut melibatkan JKM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Amal.Mengulas lanjut, Hanafiah memaklumkan, hasil operasi, tinjauan serta maklumat daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang ramai, pihaknya mendapati masih ada lagi golongan tersebut yang terlepas daripada operasi yang dijalankan."Justeru, menerusi penglibatan agensi-agensi ini, operasi seumpama ini akan dilaksanakan lagi dalam masa terdekat."Ia bagi memastikan kesemua gelandangan berjaya dikumpulkan dan mereka akan dijaga dengan baik, kita tidak mahu ada yang tertinggal," tambah beliau.
07 Apr 20
79
Empty Image
COVID-19: Giliran Warga Flat Bijangga Terima Bantuan
Oleh : Rizauddin Mohammad SabriDUNGUN, 7 April - Prihatin dengan mereka yang kehilangan punca pendapatan disebabkan wabak COVID-19, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli terus mengambil inisiatif menyumbangkan barangan keperluan dapur kepada masyarakat setempat.Menerusi kerjasama Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bijangga, hari ini tiba giliran warga flat kampung itu menerima bantuan apabila sebanyak 257 pek keperluan asas khususnya barangan makanan yang berharga RM100 setiap satu disediakan kepada komuniti terbabit.Jelas Wan Hassan, selain keluarga miskin pemberian tersebut juga turut disumbangkan kepada isi rumah yang terjejas teruk akibat wabak pandemik ini terutamanya sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan pada pertengahan Mac lalu.Tambahnya, pihak Ahli Parlimen Dungun tidak pernah sesekali pilih kasih dalam memberikan bantuan kepada rakyat."Malah, saya sentiasa mengingatkan kesemua MPKK untuk sentiasa santuni dan perhalusi warga kampung agar mengutamakan mereka yang betul-betul memerlukan terlebih dahulu," ujarnya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan kepada warga flat berkenaan, hari ini.Turut hadir ketika majlis penyampaian sumbangan itu, Pengerusi MPKK Kampung Bijangga Che Alias Muda.Sementara itu, Che Alias mengharapkan, penduduk dapat manfaatkan sebaiknya  sumbangan yang diberikan disamping dapat mengeratkan lagi hubungan antara MPKK dan komuniti setempat."Kami telah membuat jadual khusus untuk agihan sumbangan ini, dimana kami telah mengehadkan kepada separuh penerima terlebih dahulu untuk mengambilnya hari ini dan selebihnya akan disempurnakan esok," katanya.Menurut Alias, langkah itu dilaksanakan bagi menyambut baik arahan pihak kerajaan untuk mengamalkan 'social distancing' sementara dapat mengurangkan kadar kesibukkan sepanjang majlis penyampaian sumbangan kepada warga Flat Bijangga.
07 Apr 20
613