lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
KMI Healthcare Keluar Dari Kebiasaan Operasi
Hospital KTS salah satu rangkaian KMI Healthcare menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. Foto oleh - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU, 16 April - KMI Healthcare telah keluar dari kebiasaan operasi perniagaan hariannya dengan menawarkan perkhidmatan dalam talian, penjagaan di rumah dan khidmat penghantaran di semua rangkaian hospitalnya; Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Kuantan Medical Centre (KMC), Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) dan Taman Desa Medical Centre (TDMC).Semua Hospital KMI kini menawarkan khidmat rundingan dalam talian, lawatan ke rumah dan perkhidmatan penghantaran dalam beberapa bidang terpilih seperti penjagaan kejururawatan, fisioterapi, farmasi, makanan dan kesihatan.Sejak awal Mac 2020, kebanyakan Hospital KMI telah mula menawarkan ujian COVID-19 rT-PCR untuk orang ramai dan memperluas perkhidmatannya kepada pandu lalu hingga akhir Mac 2020.Pengerusi KMI, YM Raja Dato’ Haji Idris Raja Kamarudin berkata, landskap yang dibawa oleh COVID-19 adalah salah satu kesan dalam skala terbesar yang pernah dilihat dunia pada abad ini. Ianya juga merupakan wabak yang pertama dihadapi oleh dunia moden dan digital."Oleh itu, sudah pasti kita juga harus mengubah cara kita menjalankan perniagaan kita dan terus bergerak maju ke hadapan kerana kita tidak pasti berapa lama lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berlaku."Sebagai contoh, KMC menawarkan perkhidmatan pengambilan di rumah untuk pesakit fisioterapi di hospital mereka, KTS menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan dari dapur mereka dan kedua-dua hospital kami di Lembah Klang KJMC dan TDMC menawarkan penghantaran ubat dari farmasi mereka dan banyak lagi perkhidmatan baharu lain yang telah dan akan ditawarkan," ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.Tambah beliau, panduan penting bagi operasi perniagaan telah disediakan untuk mengatasi sebarang masalah dan memastikan langkah-langkah penjarakan sosial diikuti dengan rapi. Polisi yang ketat telah dilaksanakan dan keselamatan barisan hadapan selalu menjadi keutamaan."Sebelum setiap lawatan, penilaian akan dibuat untuk mengelakkan potensi risiko. Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang betul dan langkah berjaga-jaga lain yang diamalkan oleh barisan hadapan akan memastikan keselamatan dan perlindungan semua kakitangan dan pelanggan kami.“Kami ingin memastikan bahawa pesakit dan pelanggan kami akan dijaga dengan baik walaupun terdapat situasi pandemik global ini dan hospital kami akan terus menjadi penyedia perkhidmatan kesihatan yang dipercayai oleh orang ramai,” katanya.Di peringkat hospital, KMI Hospital melakukan tindakan pencegahan termasuk pemeriksaan suhu bagi setiap orang yang masuk ke hospital, kaunter pemeriksaan khas, mengehadkan pintu masuk, maklumat dalam bentuk brosur dan poster COVID-19 serta mendorong amalan kebersihan tangan yang baik sejak global merebak pada awal Januari 2020.Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan konsultasi dalam talian mengenai masalah perubatan, diet dan fisioterapi, penghantaran ubat berjadual dan makanan tambahan, lawatan kejururawatan ke rumah dan pemeriksaan darah dan berkala yang lain, sila lawati laman web kami di www.kmihealthcare.com.
15 Apr 20
1638
Empty Image
Bantuan Tetap Disalur Walau Berbeza Fahaman Politik - Hanafiah Mat
Hanafiah Mat (kanan) menghulurkan sumbangan kepada rakyat memerlukan.Oleh : Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 15 April - Perbezaan fahaman politik tidak menjadi penghalang untuk kerajaan negeri menghulurkan bantuan kepada seluruh rakyat di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata semua rakyat yang layak telah menerima bantuan sama ada berbentuk wang tunai dan pelbagai barangan dapur."Bantuan sentiasa disalurkan tanpa mengira ideologi serta fahaman politik mereka. Itu yang saya sentiasa ingatkan kepada semua petugas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ketika mahu mengagihkan sumbangan," ujarnya.Tambahnya lagi, ketika wabak COVID-19 sedang melanda di negara ini, kita seharusnya lebih menumpukan pada kebajikan rakyat."Kita ingin memastikan nasib rakyat ketika ini terjaga. Setiap aduan yang diterima, saya akan rujuk kepada MPKK. "Jika benar mereka layak dan masih belum menerima bantuan, saya akan segera mengarahkan kepada MPKK untuk menyalurkan bantuan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Flat Desa Keluarga Kemaman, Kampung Fikri, kelmarin.Dalam program tersebut, seramai 200 orang menerima bantuan yang menjadikan keseluruhan penduduk seramai 320 orang telah menerima bantuan di kawasan itu.Tegas Hanafiah lagi, pengagihan keperluan harian kepada semua penduduk di flat tersebut membuktikan kerajaan negeri tidak memilih mengikut fahaman atau pendirian politik mereka. "Lebih 5,000 orang daripada 30 kampung di DUN Chukai telah menerima bantuan. Usaha pengagihan diteruskan sehingga ke hari ini semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan."Bantuan ini juga akan diteruskan dari semasa ke semasa berpandukan kesesuaian situasi yang berlaku pada ketika ini," jelasnya.
14 Apr 20
163
Empty Image
'Face Mask' Mula Diedar Ke Setiap Rumah
Oleh : Izzat Al-QushairiKUALA NERUS, 15 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit mula mengagihkan topeng muka ke setiap rumah di kawasan ini.Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, setiap isi rumah akan dibekalkan empat topeng muka untuk kegunaan pada masa yang memerlukan."Pengagihan ini dibuat secara berperingkat dengan berpandukan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Antara tempat yang sudah diagihkan topeng hidung dan mulut itu adalah di Bukit Chempaka, Wakaf Tengah dan PAKR Mengabang Lekor," katanya kepada pemberita semalam.Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati penduduk untuk bersabar dan tidak menyerbu ke rumah MPKK bagi mendapatkan 'face mask' tersebut."Ini bagi mengelakkan jangkitan berlaku, terutamanya apabila penjarakan sosial tidak dijaga," katanya.Shafizi mengharapkan agar orang ramai memanfaatkan sebaik mungkin pemberian topeng muka itu."Bagi ketua keluarga pula, anda dinasihatkan untuk memakai topeng muka itu ketika keluar rumah," tambah beliau.
14 Apr 20
67
Empty Image
Jangan Bosan Membantu Rakyat Marhaen
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 15 April - Jangan pernah bosan untuk terus membantu rakyat marhaen dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Nering, Abd Aziz Mat Zin berkata, ketua kampung mestilah bertanggungjawab terhadap ahlinya agar tidak ada yang tercicir dari menerima bantuan."PKP menyebabkan ramai penduduk kampung terjejas terutama yang bergelar sebagai petani dan buruh, akibatnya mereka tidak mempunyai sumber untuk mendapatkan makanan asasi."Pembahagian bantuan mestilah adil tanpa mengira latar belakang politik kerana setiap tindakan kita akan meninggalkan kesan dalam diri mereka," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada media ketika menyampaikan sumbangan di Kampung Gong Nering, Jerteh, pada semalam.Menurutnya, agihan bantuan wang tunai dari kerajaan Terengganu merupakan salah satu bantuan rangsangan fasa 4 bagi membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19."Pihak saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan semua rakyat berhak mendapat bantuan bagi melancarkan kelangsungan hidup," ujarnya.Beliau juga berharap agar rakyat dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh perdana menteri supaya sentiasa berada di rumah bagi mengelakkan penularan wabak.
14 Apr 20
521
Empty Image
Anak Terengganu Terjejas Di Luar Negeri Tidak Dipinggirkan
Zulkifli (kiri) ketika mengumpulkan sumbangan untuk diagihkan.KUALA TERENGGANU, 15 April - Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) Johor akan menggandakan usaha bagi menghulurkan bantuan kepada anak negeri itu yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Wakil PERANTAU, Zulkifli Ibrahim berkata, setakat fasa satu dan dua, pihaknya telah memberikan bantuan kepada lebih 30 keluarga yang layak."Ia membabitkan keluarga di daerah Tebrau, Pengerang dan Pasir Gudang yang kebanyakan mereka pekerja kontrak seperti di syarikat berasaskan petroleum."Mereka menerima gaji harian, bergantung kepada projek, waktu sekarang banyak projek dihentikan, jadi mereka tiada gaji dan mereka sedikit terbeban."Sumbangan yang kita berikan adalah berbentuk barangan keperluan rumah (fasa satu), dan wang ringgit (fasa kedua)," katanya ketika dihubungi media semalam.Mengulas lanjut, Zulkifli turut mengalukan-alukan kepada anak Terengganu di Johor yang terjejas supaya menghubungi pihaknya bagi mendapatkan bantuan."Juga kepada sesiapa yang mempunyai kenalan atau mengenali anak-anak Terengganu  di Johor yang memerlukan, boleh hubungi kami PERANTAU Johor atau saya (Zulkifli) di talian 019-7550778."Semoga sedikit sebanyak sumbangan daripada kami dan kerajaan negeri ini dapat memberi manfaat kepada semua," tambah beliau.Baru-baru ini kerajaan Terengganu mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk disalurkan kepada seluruh anak Terengganu di seluruh Malaysia.
14 Apr 20
45
Empty Image
Pengusaha Kedai Gunting Terengganu Sokong Larangan Kerajaan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 14 April - Rata-rata pengusaha kedai gunting di Terengganu menyokong tindakan kerajaan melarang premis tersebut daripada beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19.Pengusaha Ocean Barbershop, Ahmad Shahir  Razali berkata, dia bersetuju dengan keputusan yang dibuat kerajaan itu memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan gagal menepati penjarakkan sosial (social distance)."Saya berpendapat, tindakan kerajaan ini bukan untuk menutup periuk nasi pengusaha kedai gunting tetapi lebih memikirkan soalan keselamatan, kesihatan dan nyawa kami dan pelanggan," ujarnya kepada pemberita.Ahmad Shahir berkata, rata-rata pelanggannya memahami dan turut  bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan."Kita jangan takut soal rezeki insyaAllah rezeki ada di mana-mana, selagi kita masih hidup rezeki pun hidup," ujarnya yang mempunyai tiga cawangan kedai gunting.Sementara itu, Pemilik East Coast Barbershop, Tun Mohd Fuad Tun Ahmad menyifatkan,  sektor perniagaan tersebut ibarat satu 'bom jangka' yang boleh menyebabkan jangkitan semakin parah."Kami dari 'Eastcoast' yang juga sebagai rakyat yang bertanggungjawab,  harus memikirkan kesan akibat dari tindakan yang kita ambil dan melupakan soal keuntungan buat seketika sehingga keadaan benar-benar selamat," katanya yang kini beroperasi di Kuala Terengganu.
14 Apr 20
731
Empty Image
MPKK DUN Bukit Besi Telus Agih Bantuan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 14 April -Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi telus dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan A, Mohd Sidek Muhammad berkata, semua bantuan samada dari kerajaan mahupun dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), Felda Global Ventures (FGV) serta Ahli Parlimen diagihkan tanpa mengira parti dan perkara berkenaan diketahui semua pihak."Ketiga-tiga MPKK duduk semeja berbincang dengan wakil Felda, Gerakan Penerokawati (GPW), Pertubuhan Warisan Generasi Kebangsaan (Generasi) juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR)."Ianya tidak sebagaimana dakwaan mengatakan ianya diagihkan secara sembunyi dan hanya diberikan kepada pihak tertentu sahaja," ujarnya ketika dihubungi pihak media, hari ini.Katanya, ketiga-tiga cawangan MPKK melakukan perkara yang sama dimana agihan dilakukan tanpa mengira parti."Kerana semuanya kami anggap makan nasi dan memerlukan keperluan asas untuk terus hidup."Muafakat Nasional terjalin dengan baik di kalangan masyarakat Felda Jerangau," ujarnya.Sementara itu, Pengerusi MPKK Taman Indah, Zakiah Alias turut menafikan sumbangan diagihkan secara sembunyi."Jika dikatakan benar, mana buktinya? Kita telah agihkan dengan telus dan adil tanpa melihat pun kepada parti."Kami telah jalankan tanggungjawab dengan mengagihkan semua bantuan yang sampai kepada orang yang layak, malah kami ada senarai penerima beserta tandatangan dan boleh kemukakan bukti jika diperlukan," ujarnya.
14 Apr 20
165
'Biru, Oren, Hijau, Semua Kita Bagi' - ADUN
'Biru, Oren, Hijau, Semua Kita Bagi' - ADUN
KUALA TERENGGANU, 14 April - Bantuan keperluan harian dan kewangan sentiasa disalurkan kepada semua rakyat tanpa mengira ideologi serta pendirian politik mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, prinsip itu sentiasa ditekankan kepada semua petugas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ketika mahu mengagihkan sumbangan. "Daripada maklumat yang saya perolehi, memang bantuan kita agihkan kepada semua, sama ada UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), PAS dan lain-lain parti. "Kita juga menerima saranan daripada pihak UMNO, mereka memberi cadangan nama untuk disampaikan kepada rakyat yang mereka rasa layak menerima bantuan," katanya ketika dihubungi media hari ini.   Ahli Jawatankuasa UMNO DUN Bandar menerima sumbangan daripada MPKK. Dalam perkembangan sama, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menegaskan, walaupun berbeza fahaman politik, setiap rakyat tidak harus dimangsakan. Ujarnya, rakyat berhak mendapat layanan adil daripada semua pihak . "Jika mereka daripada parti yang tidak sama dengan kita, tetapi dia layak mendapat bantuan, zalim sekiranya kita pinggirkan mereka.  Pengerusi MPKK Hiliran Jejawi (kiri) menyerahkan bantuan duit kepada bekas JKKK. "Itu yang kita belajar, dan itulah yang saya praktikan di lapangan, di DUN saya, kesemua rakyat yang tidak berkemampuan kita santuni. "Kita tetap berikan mereka bantuan keperluan rumah, kewangan dan sebagainya," jelasnya. Tegas Sulaiman lagi, orang ramai yang berada di luar kawasan diminta untuk merujuk kepada penduduk kampung yang terlibat dahulu sebelum mengeluarkan apa kenyataan. "Kita tidak mahu timbul sebarang masalah atau isu yang boleh membawa fitnah dan perpecahan dalam masyarakat," tambah beliau. Ahli parti Amanah turut tidak dipinggirkan.    
14 Apr 20
162
Empty Image
COVID-19 : Polis Perketat Sekatan Jalan Raya Di Dungun
Oleh : Adli Mohamad /Asraf IkhwanDUNGUN, 14 April - Sekatan Jalan Raya di daerah ini terus diperketatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu sebagai satu langkah bagi memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi menyekang penularan wabak COVID-19.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ianya melibatkan 16 'check point' di tiga buah kampung iaitu Tok Kah, Teluk Lipat dan Sungai Buaya"Manakala tiga sekatan jalan raya kekal beroperasi 24 jam yang diadakan di Kuala Abang, Paka, serta hadapan KFC Dungun."Dengan menempatkan anggota polis dengan bantuan tentera dan Rela, kita perkemas sekatan dimana pengguna jalan raya yang memberikan alasan remeh temeh dikehendaki berpatah balik."Kecuali yang betul-betul terdesak, kalau alasan tidak munasabah kita akan kenakan kompaun," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, hari ini.Katanya, kompaun yang dikenakan itu bukan bertujuan menganiayai pengguna jalan raya tetapi mahu PKP dapat dipatuhi sepenuhnya apabila telah memasuki fasa ketiga serta tidak dipandang remeh oleh masyarakat."Contoh alasan yang diberikan seperti nak beli roti canai, terpaksa ke 'Watson' membeli pencuci muka, ini bukan musim biasa, kalau musim biasa tidak menjadi masalah ini musim PKP."Termasuklah alasan semata-mata nak ke bank kerana nak memeriksa kemasukan duit 'Bantuan Prihatin Nasional'  serta ada yang ambil peluang beralasan untuk membaiki kereta apabila berlaku kelonggaran dimana bengkel mula dibenarkan untuk dibuka."Sedangkan tiada keperluan untuk bergerak pun kecualilah terlibat dengan urusan yang sangat mustahak, "ujarnya.Katanya, bagi mengekang pergerakan orang ramai, 'drone' turut digunakan bagi mengesan lorong-lorong tikus serta mengetahui tentang keadaan lalu lintas semasaSetakat ini katanya, sepanjang PKP dilaksanakan sebanyak 33 kompaun telah dikeluarkan terhadap mereka yang mengingkari perintah berkenaan.Selain sekatan jalan raya, PDRM katanya turut menjalankan rondaan ke kampung-kampung   bagi memastikan PKP dapat dipatuhi semua pihak.
14 Apr 20
447
Empty Image
Individu Keluar Rumah Selepas Jam 8 Malam Akan Ditangkap
Dato' Roslee Chik.KUALA TERENGGANU, 13 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menangkap rakyat Terengganu yang berkeliaran selepas jam 8 malam tanpa sebarang sebab.Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tersebut terhadap mana-mana individu yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Katanya, walaupun sudah hampir sebulan PKP dilaksanakan, masih ada antara rakyat Terengganu yang memberi alasan tidak munasabah apabila keluar rumah."Contohnya mahu membeli air, makanan, barangan dan sebagainya walaupun sudah dimaklumkan operasi perniagaan di negeri ini hanya beroperasi sehingga jam 6 petang."Kita terpaksa ambil tindakan tegas seperti ini bagi memastikan rantaian COVID-19 ini terputus," katanya kepada media kelmarin.Mengulas tentang kesesakan lalu lintas di beberapa laluan di negeri itu, Roslee berkata, pertambahan kenderaan berlaku mungkin disebabkan beberapa premis perniagaan seperti bengkel kereta dan peralatan pertukangan yang dibenarkan beroperasi kembali."Sebelum ini, sepanjang PKP jumlah kenderaan adalah antara 5,000 hingga 6,000 namun kita lihat ada pertambahan sehingga 9,000 kenderaan sejak semalam."Mereka beralasan mahu ke bank, membeli makanan dan sebagainya, jadi kita benarkan tetapi kita harap alasan yang diberikan itu adalah benar," tambah beliau.
13 Apr 20
169