Artikel "Komuniti" Terkini
COVID-19 : 325 Keluarga Perantau Terima Sumbangan
KUALA TERENGGANU, 20 April - Seramai 325 Anak Terengganu di perantauan yang terkesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur dengan nilaian keseluruhan RM50,000.Sumbangan itu selesai diagih kepada anak Terengganu yang berada di luar negeri melalui cawangan Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) di setiap negeri.Setiausaha PERANTAU, Awasi Mohamad berkata, beberapa NGO utama lain turut dilibatkan dalam agihan itu seperti badan bukan kerajaan (NGO) PESAT, KITER dan KOSMET.Katanya, dengan sumbangan itu ia diharap dapat meringankan beban perantau terutama yang kehilangan punca pendapatan."PERANTAU juga telah mengagihkan bantuan tunai kepada anak-anak rantau yang terkesan melalui sistem data maklumat yang terkini melalui PERANTAU Pusat, PERANTAU negeri-negeri dan juga NGO-NGO lain."Kebanyakan penerima merupakan pekerja bergaji harian atau berniaga kecil-kecikan namun telah kehilangan punca pendapatan, pekerjaan malah diberhentikan setelah PKP dilaksanakan."Ada juga di kalangan mereka telah didapati positif COVID-19 dan ada pula yang terpaksa tinggal di surau dan mengharapkan simpati orang ramai," katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman.Beliau turut menghargai jasa, sumbangan serta keprihatinan kerajaan negeri dalam isu berkenaan terutamanya Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan seluruh exco.
20 Apr 20
137
MPKK Parit Che Ha Agih Gulai Daging Untuk 'Sama Merasa'
Pengerusi MPKK, Jiding Mat Amin mengagihkan gulai daging kepada salah seorang pendudukOleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 19 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit Che Ha, Manir mengagihkan gulai daging kepada 147 rumah penduduk sekitar bagi ‘sama merasa’ dan berkongsi kesusahan di musim Perintah Kawalan Pergerakan PKP fasa 3, semalam.Pengerusi MPKK, Jiding Mat Amin berkata, kesemua rumah mendapat sebungkus gulai daging hasil inisiatif pihaknya selepas mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak dan orang ramai.“Program agihan ini amat berkesan kerana selaku Ketua Kampung cukup merasa keadaan kehidupan keterbatasan PKP berikutan rata-rata penduduk di sekitar kampung ini adalah dari golongan berpendapatan (B40)."Saya berharap pemberian mampu pihak yang terkesan merasai gulai daging buat seisi keluarga terutamanya dapat meringankan beban keluarga ibu tunggal dan fakir miskin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) bersama para petugas Belia semasa agihan gulai daging untuk penduduk sekitar.Terdahulu, agihan ayam bersih dan tembikai kepada setiap rumah dan juga bantuan keperluan asas termasuk bantuan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir telahpun diedarkan awal tempoh PKP kepada yang benar-benar terkesan."Selepas ini gabungan MPKK, Wanita dan Belia akan terus bekerjasama untuk memberi sumbangan barangan keperluan lain bagi memastikan tiada keluarga yang terjejas sumber makanan dalam tempoh PKP ini," ujarnya.
18 Apr 20
364
7,000 Penduduk Rantau Abang Terima Sumbangan
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 18 April - Kira-kira 7,000 orang telah menerima sumbangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, penerima merupakan mereka yang terjejas disebabkan PKP yang telah dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu untuk mengekang wabak COVID-19."Saya amat berterima kasih kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) dalam menjalankan gerak kerja mereka dan juga kepada kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN, Pemuda, Muslimat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), jawatankuasa surau dan masjid yang membantu menjayakan dan menyantuni mereka yang terjejas," ujarnya ketika dihubungi, semalam.Menurutnya, kerja keras MPKK dalam mengenal pasti penerima yang layak di setiap pelusuk kampung tanpa memilih warna fahaman politik harus dipuji."Saya juga merayu masyarakat di Dungun supaya akur dengan duduk di rumah sepanjang PKP ini agar penularan COVID-19 dapat dibendung dan seterusnya PKP tidak terus berpanjangan," katanya.
18 Apr 20
34
131 Warga Kuala Nerus Derma Darah
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 18 April –Menyedari bekalan darah di negeri ini sentiasa berkurangan, seramai 131 orang warga Kuala Nerus telah menderma darah dalam Program Derma Darah yang dianjurkan oleh Unit Tabung Darah Hosital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.Program ini juga merupakan anjuran bersama antara Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Nerus.Menurut salah seorang daripada peserta, Muzakir Mohamad berkata, program tersebut merupakan aktiviti yang wajar diadakan kerana ia dapat membantu Unit Tabung Darah HSNZ dan juga mereka yang memerlukan darah sekiranya berlaku kecemasan.Katanya lagi, program derma darah juga mampu mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat kerana dengan menderma darah ia bukan sahaja dapat membantu pesakit yang memerlukan tetapi juga dapat menjaga kesihatan si penderma."Kita sedia maklum bahawa sekarang Unit Tabung Darah HSNZ menghadapi masalah kekurangan bekalan darah kerana Perintah Kawalan Pergerakan dan program seperti ini dapat memudahkan orang awam untuk menderma darah.“Program ini ialah aktiviti yang sangat wajar diadakan kerana ianya dapat membantu Unit Tabung Darah HSNZ," ujar beliau sewaktu dihubungi, semalam.Program Derma Darah ini berlangsung di Kompleks Tarbiyyah at-Taqwa, Batu Enam, Kuala Nerus yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.Turut hadir, Ketua Unit Tabung Darah HSNZ, Dr. Mohd Muhaimin Bin Kambali dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Riduan Abu Bakar.Seramai 189 peserta yang mendaftarkan diri sebagai penderma tetapi hanya 131 orang sahaja layak selepas disaring yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, lelaki dan wanita.
17 Apr 20
69
Lagi Ikan Cencaru Untuk Rakyat, 4,500 Kilogram Diagih
Oleh : Zulkifli MatKUALA NERUS, 17 April - Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tepoh Care dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mengagihkan 4,500 Kilogram ikan cencaru kepada peduduk di kawasan berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, agihan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menyasarkan seluruh rakyat yang terjejas akibat COVID-19."Sumbangan bersama yang dihulurkan ini diharap mampu meringankan sedikit bebanan semua walaupun tidak seberapa."Insya-Allah kami akan terus bergerak ke depan tanpa mempedulikan kemuncup (cakap-cakap belakang) jalanan," katanya semasa mengagihkan bantuan itu di Dewan Serbaguna Tepoh semalam.Dalam masa yang sama, beliau mengalu-alukan penyumbang yang berhasrat untuk berkongsi rezeki bersama rakyat."Yang berminat memberi bantuan boleh hubungi pihak Tepoh Care atau PKM DUN Tepoh. "Terima kasih juga kepada yang telah menyumbang, dan tidak lupa buat semua anggota kerja MPKK atas usaha gigih yang dilaksanakan di peringkat kampung," tambah beliau.
16 Apr 20
114
Seikat Kangkung Dan Satu Plastik Cencaru Untuk Warga Teluk Menara
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 17 April - Gabungan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta Jawatankuasa Masjid dan Belia mengambil inisiatif mengagihkan seikat sayur kangkung dan ikan cencaru kepada seluruh penduduk kampung Teluk Menara, Manir dekat sini, bagi meringankan beban mereka ketika lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Jawatankuasa Masjid Teluk Menara, Ir Haji Zamzuri Aziz berkata kangkung dan ikan itu dibeli hasil inisiatif gabungan pihaknya selepas mendapat sumbangan pelbagai pihak dan orang perseorangan yang prihatin."Kami terpanggil melaksanakan program tanggungjawab sosial itu berikutan rata-rata penduduk di sekitar kampung ini adalah dari golongan berpendapatan (B40).""Agihan ini diserahkan kepada setiap unit rumah yang ada tanpa sebarang pengecualian, ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau juga berkata hebahan ini bukan bermaksud untuk menonjolkan diri apatah lagi untuk berbangga, namun ia sekadar hebahan umum kepada warga terlibat terhadap usaha pihak pengurusan kampung untuk memastikan bahawa setiap dapur mampu menyajikan hidangan buat seisi keluarga.Tambahnya lagi, selain sumbangan yang disalurkan oleh pihak kerajaan negeri, sebahagian besar sumber kewangan adalah datang dari poket para dermawan yang mendokong usaha yang digerakkan oleh pengurusan kampung ini.Sementara itu, Ir Zamzuri yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa MPKK berkata, pihaknya menyediakan Kaunter barangan keperluan makanan asas secara "walk in" sejak 2 minggu lalu sehingga tamat PKP."Ia beroperasi setiap hari di Bilik Gerakan Bantuan di Surau al-Hikmah antara jam 10 pagi hingga 3 petang untuk menyantuni warga yang benar-benar terkesan di kampung kami," ujarnya lagi.Beliau turut menghargai para dermawan yang telah menyumbang kepada tabung Batuan Kebajikan ini dan menyeru orang ramai untuk terus menderma."Semoga Allah SWT menjadikan sumbangan ikhlas anda semua sebagai aset yang bernilai di akhirat nanti."Teruskan menyumbang untuk kami berkhidmat, insyaaAllah kita sama² merasai denyut nadi rakyat. Bagi yang berminat untuk bersama kami bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun : 13010005864714 (Bank Muamalat : MPKK Teluk Menara)," katanya.
16 Apr 20
146
Terengganu Peruntuk RM120,000 Bayar Elaun 'Runner GanuShop'
Nurkhuzaini berkata, orang ramai boleh memuat turun aplikasi 'GanuShop' di Play Store bagi mendapatkan juadah berbuka dan bersahur.KUALA TERENGGANU, 16 April - Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM120,000 bagi membayar elaun 'standby' kepada 800 penghantar makanan atau 'runner' yang beroperasi di bawah bazar Ramadan atas talian, 'GanuShop'.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, ia melibatkan 25 penghantar makanan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kesemua daripada mereka akan menerima RM150 seorang untuk bulan Ramadan nanti."Bayaran itu tidak termasuk upah yang akan diterima oleh mereka melalui penghantaran pesanan makanan yang dibuat pembeli dalam 'GanuShop' nanti."Proses pendaftaran sebagai penghantar makanan akan dijalankan di setiap DUN, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN akan membuat pemilihan selepas permohonan untuk menjadi 'runner' dibuka pada Sabtu atau Ahad (18 atau 19 April) ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran ‘GanuShop’ di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Kata beliau, tempahan makanan akan ditutup pada 12 tengah hari dan penghantaran bermula 3 petang.Ditanya tentang arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak membenarkan operasi penghantaran melebihi 10 kilometer radius, beliau memaklumkan kerajaan negeri sudah mempunyai perancangan."Insya-Allah kita akan mengeluarkan pas khas untuk 'runner GanuShop' supaya mereka boleh bergerak melebihi jarak 10 kilometer sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Persetujuan secara 'verbal' sudah kita perolehi daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," jelasnya.Menurut Nurkhuzaini lagi, sejak permohonan sebagai penjual di aplikasi 'GanuShop' dibuka semalam, lebih 700 peniaga telah mendaftar."Lain-lain usahawan yang berminat boleh mendaftar secara atas talian di aplikasi 'GanuShop', sehingga pagi tadi kita telah merekodkan lebih 700 peniaga."Setakat ini kita masih belum menetapkan tarikh akhir pendaftaran tersebut, tetapi kita mahu selesaikan proses itu sebelum 1 Ramadan," kata beliau.Harga dan kebersihan makanan pula akan sentiasa dipantau pihaknya dan agensi persekutuan.Tambahnya, aplikasi 'GanuShop' merupakan bazar Ramadan atas talian Terengganu yang dibangunkan kerajaan negeri dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)."Aplikasi ini juga mempunyai penghantar makanan premium seperti Grab Food dan Food Panda, tetapi caj penghantaran yang dikenakan mereka sudah pasti lebih tinggi berbanding kita."Orang ramai boleh memilih sama ada mahukan penghantar makanan premium atau yang di bawah kita iaitu 25 orang di setiap DUN itu," ujarnya.
16 Apr 20
196
MPKK Kuala Ibai Agih 430 Kilogram Tembikai Percuma
Warga emas turut dibantu.KUALA TERENGGANU, 16 April - Sebanyak 430 kilogram tembikai diagihkan kepada penduduk di Kampung Kuala Ibai, Batu Buruk di sini semalam dalam usaha meringankan beban susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala Ibai, Mohd Hisyamuddin Che Aziz berkata, tembikai itu diberi hasil inisiatif pihaknya selepas mendapat sumbangan daripada anggota MPKK dan orang perseorangan."Kita tahu ramai yang terkesan sepanjang tempoh PKP dan ada yang hilang sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja."Jadi kami ambil inisiatif sendiri cari bantuan daripada pihak prihatin dan kami bersyukur apabila ada yang bermurah hati untuk diagihkan kepada penduduk memerlukan," katanya.Hisyamuddin (dua dari kanan).Hisyamuddin berharap pemberian buah itu dapat meringankan beban keluarga memerlukan terutama ibu tunggal dan fakir miskin."Selepas ini MPKK akan memberi sumbangan barangan keperluan lain bagi memastikan tiada keluarga yang terjejas sumber makanan dalam tempoh PKP ini," katanya.
15 Apr 20
132
MPKK Seri Bandi Terus Berkhidmat Asak Tohmahan
Pengerusi MPKK Seri Bandi, Aziz Daud mengagihkan bantuan berupa barangan dapur kepada keluarga yang telah dikenal pasti benar-benar memerlukan bantuan.Oleh: Alfian MamadKEMAMAN, 16 April - Bantuan kepada mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus disalurkan walaupun menerima pelbagai tohmahan daripada segelintir mereka yang tidak berpuas hati.Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seri Bandi meneruskan khidmat murni mereka dengan mengagihkan bantuan berupa barangan dapur tanpa mempedulikan tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak.Pengerusinya, Aziz Daud berkata, kerja mereka perlu diteruskan kerana ianya sudah menjadi tanggungjawab."Kami akan terus mengagih bantuan yang telah diamanahkan oleh kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban mereka yang tidak dapat bekerja di dalam tempoh PKP ini."Anggaplah prasangka itu sebagai pembakar semangat untuk kita terus meningkatkan usaha dengan lebih baik dalam membantu masyarakat," ujarnya."Biar Allah yang menilai kerja yang dilakukan ini dengan mengharapkan keredhaan-Nya,"ujar beliau lagi.Sebanyak 130 bungkusan barangan dapur telah diagihkan oleh MPKK Seri Bandi daripada pelbagai sumber termasuk Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal kepada keluarga yang telah dikenal pasti mengikut kategori mereka yang terkesan susulan PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.
15 Apr 20
659
MPKK Padang Kubu Agih Sumbangan Orang Ramai
Hazri Jusoh (tiga dari kiri) mengagihkan sumbangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.Oleh: Alfian MamadKEMAMAN, 16 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Kubu mengagihkan sumbangan berbentuk barangan dapur bagi golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada orang perseorangan dan orang ramai yang prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik akibat penularan wabak tersebut.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh yang turut turun padang mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang menunaikan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat setempat."Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang turut mengambil cakna tentang kesusahan sesetengah penduduk di sini yang tidak dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa akibat wabak ini."Walaupun tidak menyeluruh, sekurang-kurangnya telah melegakan beberapa keluarga yang amat memerlukan bantuan ini," kata beliau.Sebanyak 80 bungkusan barangan dapur yang bernilai RM50 sebungkus dapat dikumpulkan hasil seliaan MPKK Padang Kubu dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Ar Rijal Care.Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kijal menyatakan, selain itu kerajaan negeri turut memberikan sumbangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dalam fasa-fasa yang diumumkan melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna.
15 Apr 20
178