lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

20 Orang Petugas KEMAS Jahit PPE Disantuni
20 Orang Petugas KEMAS Jahit PPE Disantuni
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 25 April- Seramai 20 orang petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang menjahit set Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) disantuni dengan memberi sumbangan berbentuk barangan basah.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, pemberian tersebut adalah menghargai jasa mereka yang bertungkus lumus menjahit set PPE untuk barisan hadapan berperang bagi memutuskan rantaian virus COVID-19."Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua petugas KEMAS yang sanggup membantu pihak yang memerlukan pada saat ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program pengagihan sumbangan di Pejabat KEMAS Daerah Besut pada 22 April 2020.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai KEMAS Daerah Besut, Puan Masnida Mat Kudin.Justeru itu, beliau berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat mengembirakan petugas di sini.
24 Apr 20
157
Ganding Bahu Bantu Barisan Hadapan
Ganding Bahu Bantu Barisan Hadapan
KUALA TERENGGANU, 24  April- Pengorbanan  petugas barisan hadapan dalam menangani ancaman Covid-19 pada ketika ini turut mendapat perhatian pelbagai pihakAntaranya, pihak pengurusan Paya Bunga Hotel (PBH), Petronas Cari Gali dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).Petronas Cari Gali dan Paya Bunga Hotel Terengganu  menyampaikan  sumbangan berbentuk pek makanan kepada petugas barisan hadapan mulai semalam dengan agihan pertama  kepada anggota Polis di IPD Kuala Terengganu.Sumbangan yang disampaikan oleh Pn Emma Abd Rahman; Ketua Jabatan Jualan PBH diterima oleh ASP Che Rosilan Che Ya; Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Kuala Terengganu.Sumbangan yang akan diagihkan setiap hari ini adalah satu inisiatif dari Paya Bunga Hotel, Petronas Cari Gali dan PMINT bagi terus memberi semangat kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus siang dan malam dalam menentang penyebaran wabak Covid-19 yang sedang melanda ini.Pengurus Besar PB Hotel Abdul Hadi Alias; berkata sumbangan itu  sangat kecil jika dibandingkan pengorbanan dan usaha keras dari semua petugas barisan hadapan berjuang menghadapi penyebaran virus Covid-19 ini.
24 Apr 20
200
Hanafiah Serah Bantuan 100 Tukang Gunting Rambut
Hanafiah Serah Bantuan 100 Tukang Gunting Rambut
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 24 April - Seramai 100 orang tukang gunting rambut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai menerima bantuan berbentuk wang tunai dan sekampit beras.Mereka menerima sumbangan tersebut daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai, kelmarin.Pemilik Bayu Pesona Beauty Saloon, Nur Aziah Ismail mewakili semua penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hanafiah dan kerajaan negeri yang prihatin terhadap mereka."Alhamdulillah, dengan bantuan yang diberikan ini sempena menyambut bulan Ramadan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh kami dalam menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara kita pada ketika ini," ujarnya.Beliau yang ditemui selepas selesai majlis tersebut turut mengharapkan perhatian yang berterusan daripada kerajaan negeri pada masa akan datang.
24 Apr 20
219
DUN Cukai Agih 1 Rumah 1 Kotak Kurma
DUN Cukai Agih 1 Rumah 1 Kotak Kurma
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 24 April - Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai telah mengagihkan sekotak kurma bagi setiap rumah melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan tersebut.Sebanyak lebih 13,000 kotak kurma diperuntukkan bagi melaksanakan misi ini sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak.Pengerusi MPKK Besut 1, Ariffin Mohd Noor berkata, sebanyak 211 kotak kurma telah selesai diagihkan kepada semua penduduk."Alhamdulillah, bagi pihak MPKK Besut 1, kami telah selesai mengagihkan semua kotak kurma tersebut kepada semua penduduk seperti yang telah diamanahkan."Terima kasih diucapkan kepada ADUN Cukai, Hanafiah Mat yang telah memberi sumbangan ini untuk diagihkan," ujarnya ketika ditemui pemberita, semalam.Dengan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit keceriaan kepada semua penduduk bagi menyambut bulan Ramadan ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.Dalam masa sama, MPKK Besut 1 turut memberikan takwim Ramadan dan topeng muka kepada penduduknya.
24 Apr 20
215
Pelajar IPT Wajar Dibenar Pulang
Pelajar IPT Wajar Dibenar Pulang
Oleh : Nooreni Abu Bakar KUALA TERENGGANU, 23 APRIL - Kerajaan wajar membenarkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang masih terkandas di kampus pulang susulan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April depan.Penasihat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Abu Bakar Mamat berkata,  perkara itu perlu dibuat bagi mengelak keadaan di luar jangka termasuk meresahkan keluarga pelajar di kampung.Bagaimanapun katanya, langkah yang efisien harus diambil bagi memastikan mereka dapat pulang dengan selamat dan tidak membawa bersama virus COVID-19."Memandangkan sebelum ini mereka tinggal samada di asrama ataupun rumah sewa seolah-olah telah dikuarantinkan sejak 18 Mac yang lalu dan diharapkan tiada gejala dijangkiti COVID-19."Justeru, pihak universiti disaran menyediakan bas untuk mereka pulang ke destinasi masing-masing tanpa perlu bersesak di perhentian bas," ujarnya ketika dihubungi, semalam.Malah katanya, penjarakkan sosial semasa menaiki dan ketika berada di dalam bas juga seharusnya dipatuhi.Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun yang telah memberi sumbangan kepada 90 pelajar Terengganu di UPSI yang tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing disebabkan PKP.
22 Apr 20
52
Empty Image
2,500 Kg Ikan Untuk Warga Seberang Takir
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 April -Sebanyak 2,500 kilogram (Kg) ikan diagihkan kepada 19 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir bagi meringankan beban penduduk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata pemberian ikan ini sebagai tanda ingatan daripada pihaknya yang sentiasa mengambil berat tentang keperluan dan kebajikan penduduk."Kita agih ikan ini sebagai tanda sayang buat masyarakat kampung di DUN kita ini dan untuk mengurangkan sedikit beban buat mereka yang terjejas dengan Virus Corona (COVID-19) ini."Tidak semua yang dapat,tapi ia cukup membantu buat keluarga yang serba kekurangan dan terkesan,"katanya ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Seberang Takir, hari ini.Tambahnya, sebanyak 100 Kg ikan diagihkan setiap MPKK dan selebihnya akan diagihkan kepada MPKK yang mempunyai ramai penduduk di bawah pentadbiran mereka.
21 Apr 20
177
Empty Image
Semarak Ramadan, 8 Ribu Kurma, Jus Dan Takwim Diagih
Shafizi (kanan).Oleh : Izzat Al-QushairiSETIU, 22 April - Bagi menyemarakkan suasana Ramadan, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit telah mengagihkan 8,000 kurma, jus dan takwim Ramadan kepada masyarakat di DUN berkenaan semalam.Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, suasana tahun ini sedikit 'suram' ekoran wabak COVID-19 yang masih belum reda sepenuhnya."Berkemungkinan sambutan Ramadan agak berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana virus pandemik yang melanda dunia."Tahun lepas kita boleh ke masjid atau surau untuk berbuka puasa serta solat tarawih beramai-ramai tetapi mungkin pada tahun ini tidak seperti itu," katanya selepas program agihan terbabit.Menurutnya, Ramadan lalu, suasana di setiap kampung sangat meriah dengan alunan bacaan imam-imam semasa solat tarawih."Golongan hafiz megimami solat kita dengan bacaan yang lunak, sedap didengar dari juzuk pertama sehingga 30 dapat kita hayati."Tahun ini ketua keluarga atau anak lelaki akan dinaikkan pangkat daripada makmum kepada imam bersama keluarga."Maka semua ini memerlukan persediaan yang rapi agar Ramadan yang bakal tiba tidak datang dengan suasana kelam," nasihat beliau.Aktiviti pembahagian kurma, jus dan takwim merupakan salah satu daripada program 'Kasihmu Ramadan' yang telah disusun oleh Pusat Khidmat DUN Batu Rakit dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda PAS DUN Batu Rakit.Ia bagi memupuk semangat menghidupkan suasana Ramadan dalam kalangan masyarakat setempat.
21 Apr 20
162
Jaminan Tiada Pilih Kasih Beri Bantuan - Haji Fazil
Jaminan Tiada Pilih Kasih Beri Bantuan - Haji Fazil
Oleh: Hailmey Mansor KUALA NERUS, 21 April - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab memberi kepercayaan dan jaminan bahawa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan tersebut tidak pilih kasih. Bantuan dibahagikan kepada mereka yang benar-benar layak dan terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19. "Kami tak pilih kasih dan prihatin kepada semua yang layak menerima bantuan tersebut.     "Ia bukan melibatkan warna parti, tapi ia melibatkan sifat kemanusiaan yang perlu kita dahului," ujarnya ketika ditemui pemberita, baru-baru ini. Tambah beliau lagi, MPKK merupakan sebuah agensi kerajaan yang paling hampir dengan masyarakat atau rakyat dan semestinya berperanan sepenuhnya dalam mengenal pasti siapa di antara mereka yang sepatutnya layak menerima bantuan. "MPKK akan kenal pasti siapa yang tidak dapat bekerja dan yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh PKP ini. "Ia kerana MPKK kenal ahli kariah masing-masing kerana dekat dengan mereka," katanya. Setakat ini sebanyak hampir 2,500 bantuan berbentuk barangan dapur seperti minyak masak, tepung, gula dan sebagainya diagihkan kepada masyarakat di Seberang Takir. Di samping itu, bantuan turut diterima daripada Ahli Parlimen, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Imam Care, masjid sekitar Seberang Takir dan orang persendirian. Bantuan seperti lampin pakai buang dan susu bayi turut diberi kepada mereka yang mempunyai anak kecil.    
21 Apr 20
272
Empty Image
Nelayan Cina Rugi Hampir RM15 Ribu
Lee Jee See.Oleh : Wan HadiKEMAMAN, 21 April - Seorang nelayan berbangsa Cina di Kemasik mengalami kerugian hampir RM15 ribu selepas bot miliknya karam.Lee Jee See, 59, berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada kawan terdekat yang mengadu bot tersebut tiada di tempat berlabuh.Katanya, hampir setengah jam dia tidak mampu berfikir dengan baik kerana teringat nilaian kerugian awal yang akan ditanggung."Saya terkejut kerana baru semalam balik dari menangkap ikan, hari ini bot karam setengah jam saya terpinga-pinga apabila perkiraan kos kerugian awal hampir RM15 ribu."Sekitar jam 6.30 pagi di Pantai Kuala Kemasik. Bot kebiasaannya berlabuh 500 meter dari pantai hilang dari pandangan," ujarnya ketika ditemui media hari ini.Che Alias (kanan).Katanya lagi, ribuan ringgit telah dihabiskan untuk mencari dan menaikkan bot tersebut."Petang ini sahaja dah beribu-ribu wang dikeluarkan untuk bayar kos penyelam, esok hendak apungkan bot dan selepas itu tunda masuk ke kuala untuk dibaiki."Kos baiki mungkin lebih mahal dan memerlukan lebih banyak wang."Kebiasaannya hasil laut di bulan April ini banyak, tapi tahun ini tidak macam tahun-tahun lepas, ini sedikit menyukarkan saya," katanya lagi.Ujian yang menimpa Jee See mendapat perhatian Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.Petang tadi Che Alias hadir menyerahkan bantuan wang ringgit bagi menampung kos menaikkan bot yang karam ke kuala untuk dibaiki."Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung Jee See, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini," ujar Che Alias.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Kukuran, Nordin Salleh dan Ahli Jawatankuasa MPKK turut hadir.
21 Apr 20
609
Empty Image
64 Derma Darah Di Setiu Untuk Tampung Bekalan Semasa
Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 21 April - Seramai 64 orang awam di sekitar daerah ini menyertai Program Derma Darah di Perpustakaan Awam Setiu kelmarin bagi menampung keperluan bekalan darah negeri.Pegawai Perhubungan Awam, Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Suhaimi Yusof berkata, penularan wabak pandemik menimbulkan banyak masalah termasuk isu kadar bekalan darah di setiap hospital."Program sehari ini amat penting dalam situasi semasa COVID-19 bagi menampung keperluan bekalan darah yang ada."Bekalan darah mampu bertahan selama 36 hari hingga 42 hari dan ia mampu menampung keperluan pada bulan Ramadan nanti," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).Hadir sama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman.Dalam program itu, seramai 71 peserta mendaftarkan diri sebagai penderma tetapi hanya 64 orang sahaja yang layak selepas dibuat saringan.Program tersebut dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu (JAMNT) melalui Jabatan Amal Malaysia Kawasan Setiu.Ia juga mendapat kerjasama baik daripada Unit Transfusi Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
20 Apr 20
287