Artikel "Komuniti" Terkini
PKM Dan SCAM Agih Juadah Berbuka Kepada Warga Emas
HULU TERENGGANU, 3 Mei - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Manir bersama Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu (SCAM )telah mengadakan program agihan juadah berbuka kepada warga emas terpilih bersempena bulan Ramadan kali ini.
Agihan juadah itu diketuai oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir Ustaz Shuqiman Tahar bersama Ahli Jawatankuasa SCAM, Jusoh Mohamad, serta empat wakil SCAM yang turut hadir bersama-sama dalam program tersebut.
Menurut Ustaz Shuqiman, edaran juadah berbuka kepada warga emas ini sebagai tanda kebersamaan serta ingin berkongsi kegembiraan bersama-sama mereka.
"Di bulan yang mulia ini, menjadi tanggungjawab membantu orang yang memerlukan.
"Program agihan seumpama ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan disamping sumbangan kebajikan kepada golongan asnaf serta golongan yang memerlukan di sekitar DUN Manir," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan semalam.
Sebahagian edaran juadah tersebut disempurnakan oleh Adun Manir, Hilmi Harun kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk diagihkan kepada warga emas yang telah dikenalpasti.
Lebih 70 bungkus nasi beriani dan kurma telah berjaya diedarkan dalam lanjutan siri pertama yang diadakan minggu lepas.
03 May 20
66
8,000 Lauk Diagih Sempena Kasih Ramadan
SETIU, 4 Mei – Lebih 8,000 lauk berbuka puasa akan diagihkan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit di sepanjang bulan Ramadan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, inisiatif itu diambil kerana turut mengambil kira ketiadaan bazar Ramadan yang menyulitkan orang ramai untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.
“Melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), kita telah mengubah corak pengagihan yang biasa kepada cara agihan berbentuk lauk atau bahan mentah.
“Pada hari keempat, enam dan sembilan Ramadan, kita telah agih kepada lebih 393 keluarga dari tiga kampung iaitu Kampung Darat Hulu, Bukit Agu dan Padang Kemunting,” katanya kepada pemberita hari ini.
Tambah beliau, usaha tersebut akan digandakan pada hari-hari yang seterusnya dengan melibatkan tenaga kerja daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
“Sumbangan lauk tersebut akan dibuat melalui MPKK masing-masing mengikut kampung,kita akan pastikan semua yang layak dapat,” jelasnya.
03 May 20
138
'Singgah Sahur' Diteruskan
DUNGUN, 3 Mei- Program Singgah sahur yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi setiap kali Ramadhan terus diadakan tahun ini.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sebanyak 180 pek makanan diagihkan kepada para petugas waktu malam di DUN berkenaan untuk dinikmati ketika bersahur.
"Kita adakan program singgah sahur ini selama dua malam bermula 1 Mei lalu.
"Mereka yang bekerja samada kerajaan atau swasta yang dibenarkan beroperasi pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini termasuk pengawal keselamatan, anggota bomba dan polis telah kita santuni dan agihkan pek makanan berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, disini, hari ini.
Turut serta didalam Program Singgah Sahur, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Khaziman Khalik.
Katanya, program yang diadakan itu telah dimaklumkan secara bertulis kepada Balai Polis di DUN berkenaan serta berada didalam pengetahuan pihak berwajib.
03 May 20
181
3,000 Bungkus Gulai Ayam untuk Juadah Berbuka Puasa
KUALA NERUS, 1 Mei - Sebanyak 3,000 bungkus gulai ayam disediakan oleh Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir untuk masyarakat sekitar sebagai menu berbuka puasa.
Pegawai Penyelaras DUN, Mohd Fazil Wahab, berkata lauk berkenaan diberikan bagi meringankan sedikit perbelanjaan harian penduduk dan memberi kelainan sempena bulan puasa kali ini.
"Kita agihkan gulai ayam ini sedikit sebanyak mengurangkan kos untuk penyediaan lauk bagi berbuka puasa setiap keluarga yang berkenaan.
"Sebelum ini kita dah agihkan bahan mentah, jadi apa salahnya kita berikan makanan yang boleh terus dimakan tanpa perlu dimasak," ujar beliau ketika ditemui di Perkarangan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir, petang tadi.
Gulai ayam diserahkan kepada Pengerusi MPKK untuk diagihkan ke kawasan masing-masing
Menurut Fazil lagi, juadah ini sebenarnya menunjukkan kebersamaan Pejabat Khidmat Masyarakat dalam merasai denyut nadi rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) masih lagi dilaksanakan.
"Kita agihkan lauk ini sebenarnya untuk kita berkongsi suka duka masyarakat yang berada dibawah jagaan kita.
"Kita tahu bukan semua yang dapat merasa, tetapi ia memberi makna kepada keluarga yang serba kekurangan," tambah Fazil lagi
Menurut beliau, semua lauk tersebut diagihkan kepada 19 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di dalam DUN Seberang Takir.
"Ia diwakili oleh Pengerusi MPKK untuk mengambilnya dan diagihkan kepada masyarakat dalam kampung mereka," katanya.
02 May 20
308
Kehilangan Warga Emas Akhirnya Terungkai
HULU TERENGGANU, 30 April - Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan kampung Bukit Diman, Ajil, di sini, ditamatkan petang Khamis, susulan mangsa ditemukan selamat berhampiran kawasan yang dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba Kuala Berang, Hanafi Mohd berkata, mangsa Taib Yaacob, 81, ditemukan orang kampung kira kira 4.10 petang di kawasan hutan berkenaan dalam keadaan tidak bermaya.
"Petugas operasi yang kemudian memeriksa mendapati mangsa adalah individu yang dicari. Mangsa ditemui selamat dalam keadaan separa sedar," katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.
Semalam, keluarga mangsa melaporkan Taib hilang pada 2.30 petang selepas keluar ke hutan seorang diri berhampiran rumahnya.
Susulan kehilangannya, SAR yang membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) diaktifkan dengan kawasan pencarian meliputi tiga kilometer dengan tumpuan di kawasan hutan dan kampung berdekatan.
Katanya lagi, mangsa difahamkan mengalami masalah pendengaran selain pergerakan agak perlahan berikutan faktor usia lanjut.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim yang turut serta dalam usaha pencarian mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam usaha pencarian mangsa sejak semalam.
01 May 20
261
Pemuda Kampung Tengah Cukai Siap Sedia Bantu Penduduk
KEMAMAN, 28 April - Seramai lima orang pemuda sentiasa bersiap siaga membantu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tengah Chukai melancarkan segala bentuk bantuan untuk penduduk.
Ketuanya, Abd Rahim Rahmat Noor berkata, mereka akan sentiasa bersiap sedia dan membantu sehingga selesai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di seluruh negara ketika ini.
"Matlamat kami di sini adalah untuk membantu memudahkan segala urusan penduduk kampung.
"Setakat hari ini kami telah membantu mengagihkan sumbangan berbentuk wang tunai, beras, barangan dapur, lampin pakai buang, susu, ayam, roti dan sebagainya," ujarnya.
Menurutnya lagi, semua bantuan yang diagihkan ini adalah daripada kerajaan negeri dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Sumbangan ini dihantar oleh kami dari rumah ke rumah yang lain. Setiap rumah yang berada di bawah tanggungjawab MPKK Tengah Chukai diberi perhatian," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita selepas selesai mengagihkan kurma dan takwim Ramadan kepada penduduk.
Bantuan tersebut adalah sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah mat.
01 May 20
463
7,000 Kilogram Ikan Tongkol, Selayang Untuk Lauk Berbuka
Ikan untuk diagihkan kepada masyarakat.
Oleh : Mohd Zukifli Mat
KUALA NERUS, 28 April - Menyedari kesusahan rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mengagihkan 7,000 kilogram ikan tongkol dan selayang halus sebagai lauk berbuka puasa untuk penduduk di kawasan berkenaan semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tepoh Care itu memberi keutamaan kepada keluarga yang terjejas pendapatan.
"Sebanyak 5,000 kilogram ikan tongkol dan 2,000 kilogram ikan selayang halus telah diagihkan pada hari ini.
"Sebagaimana yang diketahui, kita semua masih dalam lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini menyukarkan penduduk mencari rezeki," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Dewan Serbaguna di sini semalam.
Hishammuddin meninjau persiapan agihan yang dilakukan.
Katanya, urusan untuk agihan kepada penduduk mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Tepoh.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama islam untuk sama-sama merebut ganjaran di bulan Ramadan dengan membaca al-Quran.
"Elakkan berbuat perkara yang sia-sia dan usah kurangi pahala puasa dengan bicara yang tidak disukai Allah SWT.
"Keistimewaan Ramadan seperti ganjaran pahala berlipat kali ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas, jadi rebutlah peluang sebaiknya," tambah beliau.
29 Apr 20
211
PKM Dun Paka Agih 14,000 Kotak Kurma
Oleh : Amiirullah MansorDUNGUN, 25 April - Sebanyak 14,000 Kotak kurma diagihkan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Paka kepada penduduk di kawasan ini.Turut diedarkan 10,000 takwim waktu berbuka puasa kepada setiap rumah dalam Dun Paka.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, agihan itu dibuat melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) secara bercawangan."Kita terpaksa menghadkan pergerakan kerana berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Sebagai altenatifnya, PKM Dun Paka sendiri yang menghantar ke setiap cawangan-cawangan," katanya seperti yang dipetik dalam laman Facebook rasmi beliau, hari ini.Menurut Satiful, jabatan kerajaan turut tidak ketinggalan dalam menerima agihan tersebut."Terutamanya petugas barisan hadapan, sumbangan yang tidak seberapa ini adalah sebagai tanda perhargaan atas jasa dan pengorbanan mereka berkerja keras mengekang penularan wabak COVID-19," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka mengharapkan, penduduk yang belum menerima kurma dan takwim boleh berhubung dengan MPKK setempat."Mana-mana yang belum menerimanya boleh maklum kepada MPKK masing-masing," ujarnya.
25 Apr 20
236
Agihan Sumbangan 150 Pasang Telekung Di Mak Chili
Oleh: AminjiKEMAMAN, 25 April - Skuad Ameerah Cawangan Mak Chili dengan kerjasama ahli jawatankuasa badan bukan kerajaan (NGO) Khairunnisa’ mengambil kesempatan mengagihkan sumbangan telekung solat sempena menyambut ketibaan Ramadan.Bertemakan ‘Seputih Telekung Seindah Ramadan’, sumbangan itu menyasarkan seramai 150 orang penerima yang terdiri daripada golongan beliawanis di sekitar Kampung Mak Chili, Kemaman.Rata-rata penerima sumbangan adalah mereka yang kurang berkemampuan dan berusia antara 15 hingga 40 tahun.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim ketika melepaskan konvoi skuad agihan telekung memperingatkan agar rakyat mengambil peluang meningkatkan ibadah di bulan mulia itu.“Di bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ibadah kepada Allah."Meskipun solat sunat terawih tidak dapat dilaksanakan di masjid, ianya tetap boleh dilaksanakan di rumah bersama keluarga masing-masing," katanya.Tambah Ab Razak lagi, beliau mengharapkan sumbangan tersebut dapat memberi semangat baharu kepada para penerima dalam melakukan ibadah kepada Allah.Sebanyak enam buah motosikal dan 2 buah kereta terlibat konvoi berkenaan.Agihan yang bermula seawal jam 8 pagi disampaikan sendiri oleh Skuad Ameerah Cawangan Mak Chili dari rumah ke rumah dengan mengekalkan langkah-langkah keselamatan yang disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
25 Apr 20
152
300 Keluarga PPRT Tidak Dipinggirkan
Oleh: Norekwan MamatBESUT, 25 April- 300 keluarga Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) DUN Hulu Besut tidak dipinggirkan daripada mendapat bantuan terkesan akibat wabak COVID-19.Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, mereka menerima sumbangan berbentuk bekalan asas."Bantuan bekalan asas ini berupa ayam segar, ikan segar, telur serta beras membolehkan penduduk menambah stok bekalan makanan yang sedia ada," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman ketika menyampaikan bekalan asas di Perumahan PPRT Kampung Darau pada 23 April.Turut hadir ialah ADUN Hulu Besut YB Haji Nawi Mohamad dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Perumahan Puan Nor Sophia Azura.Menurutnya, sumbangan tersebut adalah daripada Pengarah Projek Wandland Metro, Mohd Hairiezan Rasli."Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada penyumbang kerana berbesar hati menyumbangkan bekalan asas kepada penduduk PPRT di DUN ini," kata Mat Daik.Oleh itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar sentiasa patuh pada arahan perintah kawalan pergerakan(PKP)."Sentiasa mengamalkan kebersihan dan mengelakkan berkumpul ramai-ramai selari dengan arahan kerajaan."Kita sepatutnya mengambil manfaat daripada PKP ini untuk melakukan sebanyak mungkin amal ibadah bersama keluarga dibulan ramadan yang tiba," jelasnya.Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar sama-sama berdoa agar wabak yang melanda dunia ini pulih seperti sediakala.
25 Apr 20
286