Artikel "Komuniti" Terkini
Jangan Berkumpul Di Taman Awam! - MBKT
KUALA TERENGGANU, 11 Mei - Seluruh rakyat Terengganu diseru agar tidak berkumpul di taman-taman awam bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berkata, aktiviti berkenaan boleh menyebabkan berlaku kesesakan dan memudahkan wabak pandemik merebak.
"Pihak MBKT menyeru kepada orang awam agar tidak berkumpul dan bersesak-sesak di taman-taman awam seperti di Taman Awam Batu Buruk di sini.
"Aktiviti sebegini boleh menyebabkan penularan wabak COVID-19, yang boleh menjadikan Kuala Terengganu kembali ke zon merah (zon aktif)," tegas MBKT dalam satu hantaran di facebook rasmi mereka.
Ketegasan itu disuarakan selepas pihaknya mendapati orang ramai berkumpul dalam kumpulan yang ramai.
Susulan itu juga, difahamkan pihak MBKT telah meletakkan penghadang bagi menghalang orang ramai memasuki Taman Awam Batu Buruk.
Hasil tinjauan pihak kami beberapa hari lalu mendapati, terdapat ramai keluarga yang berbuka puasa di Taman Awam Batu Buruk.
Kanak-kanak dan bayi juga dikesan dibawa bersama-sama dalam aktiviti tersebut.
Tindakan tersebut pastinya menimbulkan keresahan pihak lain pada saat wabak COVID-19 belum reda sepenuhnya.
30 Jun 20
128
Pelanggan Bertambah, Pasar Raya Terus Kekal SOP
KUALA NERUS, 11 Mei - Beberapa pasar raya terkemuka seperti Mydin akan terus memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan berjalan lancar walaupun berlaku peningkatan pelanggan susulan keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada 4 Mei.
Penolong Pengurus Mydin Gong Badak, Suzana Romeli berkata, pengurusan pasar raya telah menetapkan penjarakan sosial dan mengehadkan jumlah pelanggan.
“Dalam satu-satu masa, hanya sekitar 100 pelanggan dibenarkan berada di kawasan membeli iaitu tidak lebih dua orang untuk satu keluarga walaupun ada yang datang lebih dua orang.
“Setakat ini apa yang dilaksanakan berjaya dipatuhi semua rakyat Terengganu, tiada berlaku ketidakpuasan hati mana-mana pihak.
“Kami juga akan terus mengikuti saranan daripada pihak kerajaan dalam memastikan semua pihak mendapat kebaikan dan COVID-19 ini berjaya dihapuskan,” katanya ketika ditemui media semalam.
Dalam pada itu, menurut peniaga pakaian wanita, Farah Azullia Jusoh, 35, dia bersyukur kerana kerajaan membenarkan peniaga sepertinya untuk berniaga seperti biasa.
“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya memang tiada pendapatan untuk diri, keluarga dan anak-anak.
“Jadi setelah kerajaan membenarkan saya berniaga sedikit sebanyak ia mengembirakan saya lebih-lebih lagi untuk menyambut kelahiran anak keempat bulan Ogos nanti,” ujarnya.
Sementara itu, bagi pasangan adik beradik, Nur Zahidah Zakaria, 21, dan Nur Aishah Zakaria, 24, kelonggaran pergerakan yang diberikan kerajaan digunakan sebaik mungkin untuk melunaskan tanggungjawab membeli barangan keperluan untuk keluarga.
“Namun, kami masih berhati-hati, keluar rumah dengan jaga jarak dengan orang lain, gunakan ‘hand sanitizer’ serta pakai penutup mulut dan hidung,” tambah mereka.
Dalam tinjauan kami pada pagi semalam juga mendapati, masih terdapat segelintir orang ramai yang tidak mematuhi SOP PKPB terutamanya membabitkan pembeli di pasar awam.
30 Jun 20
81
Skuad Belia Cakna Alumni SMASID Bantu Golongan Memerlukan
DUNGUN, 10 Mei - Skuad Belia Cakna (SBC) terdiri daripada bekas pelajar (Alumni) Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID) terus komited membantu golongan yang memerlukan.
Pengerusi Skuad Belia Cakna, Ahmad Zulkamal Hakim Kamaruddin berkata, fokus skuad berkenaan dibahagikan kepada dua kumpulan sasar bagi memudahkan gerak kerja dijalankan.
"Pertama kita sumbangkan kepada keluarga asnaf dari SMASID yang mana, data dan maklumat diperolehi daripada kaunselor sekolah.
"Kumpulan seterusnya kita fokuskan kepada penduduk kampung memerlukan yang tinggal berhampiran sekitar rumah ahli SBC kami," katanya ketika dihubungi pemberita.
Menurut beliau, hasil dana didapati daripada derma ahli - ahli kelab dan juga sumbangan luar.
"Awal - awal sekali kita buka tabung dana program ini kepada ahli kelab terlebih dahulu dan baru diminta daripada syarikat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat dan orang ramai."
"Alhamdulillah, kita mendapat sumbangan yang lebih daripada ahli kelab ini sendiri," katanya.
Katanya, penubuhan kelab berkenaan juga secara tidak langsung dapat merapatkan lagi ukhuwah disamping program- program kebajikan yang dijalankan.
"Kita tahu selepas peperiksaan SPM, masing-masing (Alumni) membuat haluan mereka."
"Dengan penubuhan kelab kita dapat eratkan balik ukhuwah yang telah renggang dengan mengadakan program seperti ini," ujarnya.
Pada pertengahan tahun lepas, SBC telah mengadakan program bersama anak-anak yatim di Gong Balai, Merchang, Terengganu.
"Alhamdulillah, ini adalah kesinambungan atas kejayaan SBC mengadakan program anak yatim tahun lepas untuk meneruskan program tahun ini kerana pihak kami mendapat sambutan daripada orang ramai," katanya lagi.
10 May 20
764
Singgah Sahur Santuni 'Frontliners'
SETIU, 8 Mei - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri bersama NGO Permaisuri Care dan Iman Care menyantuni petugas barisan hadapan di daerah ini sempena program singgah sahur.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman berkata, program itu bermula pada pukul 2.30 pagi di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu.
"Kemudian kita bergerak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, Pusat Kuarantin Agro Resort, Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan hospital Setiu.
"Ini adalah untuk menghargai segala usaha penat lelah pasukan barisan hadapan yang bekerja dalam memerangi pandemik COVID-19 ketika ini.
"Kita berikan sedikit sumbangan juadah bersahur bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semasa program berkenaan.
Dalam program tersebut, sebanyak 180 bungkusan makanan diserahkan kepada 'frontliners' terbabit.
08 May 20
160
Ahli Parlimen Kemaman Jelajah Serah Bantuan
KEMAMAN, 8 Mei - Seramai 470 orang masyarakat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menerima bantuan sempena Jelajah Ziarah Kasih Ramadan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid di sini semalam.
Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman, Mohd Khairuddin Ahmad ketika ditemui berkata, jelajah tersebut merupakan siri jelajah yang kedua selepas DUN Chukai kelmarin.
"DUN Kijal adalah siri jelajah yang kedua Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman selepas DUN Chukai kelmarin dengan seramai 400 orang penerima bantuan.
"Kami turun ke setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di setiap DUN dalam Parlimen Kemaman dalam siri jelajah ini yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan semua MPKK di samping mengurangkan sedikit beban perbelanjaan penerima di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan sumbangan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kemaman.
"Alhamdulillah, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Che Alias Hamid kerana kepekaan beliau terhadap masalah rakyat di kawasan beliau.
"Mudah-mudahan apa yang dilakukan ini dapat melegakan sedikit kegusaran penerima dalam menjalankan ibadah puasa seterusnya mendapat keberkatan dari Allah," ujar beliau.
Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kijal, Wahab Ahmad dan Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Kijal, Adnan Mohamad.
Siri Jelajah Ziarah Kasih Ramadhan itu akan diteruskan ke dua DUN lagi yang berbaki di Parlimen Kemaman iaitu DUN Kemasik dan Air Putih dalam masa terdekat.
08 May 20
167
4,000 Barangan Keperluan Dapur Diagihkan Kepada Penduduk Alur Limbat
KUALA TERENNGGANU, 7 Mei - Kira- kira 4,000 barangan keperluan dapur diagihkan secara berperingkat- peringkat kepada penduduk berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri Alor Limbat sepanjang bulan Ramadan tahun ini..
Agihan itu termasuk kepada golongan terjejas yang tinggal di Kampung Pusu 3 dan Kg Bukit Cendana.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman, berkata apa yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sememangnya dapat membantu meringankan beban terutama mereka yang berpendapatan tidak tetap.
Katanya, pihak itu juga ada mengagihkan barangan basah seperti ayam dan daging.
"Pada masa sama turut mengagihkan kira- kira 9, 000 kotak kurma kepada hampir seluruh penduduk di Alor Limbat, " katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman, selepas turut serta dalam Program Pengagihan Barangan Keperluan, petang semalam.
Kerjasama antara sememangnya cemerlang dalam usaha menjayakan program.
Setakat ini sebanyak hampir 4000 barang bantuan sempena Ramadhan berbentuk barangan dapur seperti minyak masak, tepung, gula dan sebagainya diagihkan kepada masyarakat.
"Kami tak pilih kasih tanda kami prihatin kepada semua yang layak menerima bantuan tersebut"
"Kita telah mencadangkan kepada MPKK supaya membantu rakyat seperti membeli ikan, ayam atau daging lembu untuk diagihkan kepada rakyat kerana MPKK merupakan agensi kerajaan yang paling dekat dengan rakyat dan berperanan dalam mengenal pasti siapa yang sepatutnya layak menerima bantuan ini".
08 May 20
282
186 Pekerja Pembersihan Terima Sumbangan
DUNGUN, 7 Mei - Seramai 186 pekerja pembersihan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka menerima sumbangan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu berupa beras dan penutup hidung baru-baru ini.
Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Wirdan Shahidan berkata, kesemua penerima merupakan pekerja barisan hadapan kerana mereka tetap mengerahkan keringat walaupun negara dalam keadaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
"Sumbangan daripada ADUN Paka ini, sedikit sebanyak dapat membantu serta menghargai penat lelah mereka bekerja membersih dan menceriakan kawasan.
"Agihan dibuat terdiri daripada lima zon kontraktor pembersihan awam DUN Paka dan juga agihan kepada lori sampah perumahan," ujarnya.
Sementara itu, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Paka turut menerima sumbangan daripada syarikat CJ Bio Malaysia, Kerteh sebanyak 328 paket makanan.
Wirdan menjelaskan, hasil sumbangan itu bernilai RM16, 400 dan diagihkan kepada golongan yang memerlukan di DUN Paka sempena Ramadhan ini melalui MPKK setempat.
"Pihak PKM ADUN Paka amat menghargai sumbangan yang dihulurkan demi kelangsungan hidup kepada mereka yang terjejas serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat tersebut," jelasnya.
08 May 20
112
230 Penduduk Pulau Terima Bantuan
BESUT, 6 Mei- Seramai 230 orang penduduk di Pulau Perhentian menerima bantuan yang disumbangkan oleh Pemaju Wanlan Metro Sdn Bhd.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban penduduk tersebut yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu.
"Sebahagian besar penduduk di sini bekerja dalam sektor pelancongan yang di mana ianya tidak dapat berjalan sejak bermulanya PKP.
"Bantuan yang diberikan ini adalah bagi membantu penduduk Pulau Perhentian yang terputus sumber pendapatan ketika PKP dijalankan," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengagihkan sumbangan, di sini, pada 3 Mei.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan (SUK) Perumahan Terengganu, Puan Sofia.
Menurutnya, barangan yang diagihkan ini adalah sumbangan daripada Pengarah Projek Wanlan Metro dan antara bantuan yang diberikan ialah seperti beras, ayam, gandum dan bihun.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemaju Wanlan Metro, Hairiezan Rasli yang bermurah hati menyalurkan sumbangan ini.
“In shaa Allah kami juga akan menyampaikan bantuan sebelum menjelang hari raya," tambah beliau.
08 May 20
231
PKPB : ‘Syukur, Boleh Bersalin Di Negeri Kelahiran’ – Suri Rumah
KEMAMAN, 5 Mei - Suri rumah, Munah Mubin terharu dan bersyukur dengan keputusan kerajaan yang membenarkan perjalanan merentas negeri dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa semalam.
Munah, 29, yang menetap di Jaya Gading, Kuantan berkata, dia bukan pulang ke kampung di Kijal di sini bukan untuk bercuti ataupun berhari raya tetapi untuk melahirkan anak ketiganya tanpa kehadiran suami, Sahruddin Yunus, 38, yang kini ‘terkandas’ di Bahau, Negeri Sembilan.
Munah berkata suaminya berpindah ke Bahau setelah mendapat kerja di sebuah ladang kelapa sawit di sana beberapa minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, manakala dia bersama dua anak perempuan berusia lima dan dua tahun terus berada Jaya Gading.
“Mahu tak mahu, saya terpaksa berdikari. Bawa dua anak yang masih kecil menaiki teksi ke klinik untuk rutin pemeriksaan bulanan walaupun ditegur jururawat tapi anak saya terlalu kecil untuk ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama, semalam.
Dia juga berterima kasih kepada anggota polis dan orang awam yang membantu memudahkan urusannya untuk pulang ke kampung halaman.
Keputusan pulang ke rumah keluarga terpaksa dibuat selepas memikirkan pelbagai risiko.
“Kebimbangan paling besar suami ialah jika saya bersalin awal dengan keadaan anak-anak yang masih kecil. Jika di Kijal, keluarga saya ada untuk menjaga mereka dan menguruskan saya di hospital,” katanya.
Munah berkata mereka juga masih belum membuat persiapan barangan bayi kerana kesukaran untuk dia ke pasar raya selain berdepan dengan masalah kewangan apabila suaminya tidak bekerja tempoh hari.
Sehubungan itu, dia mengakui mereka suami isteri amat lega apabila suaminya sudah kembali bekerja membolehkan dirinya mencari barang keperluan bayi yang penting dahulu di Terengganu.
“Suami gembira betul apabila diberitahu saya dapat surat kebenaran. Saya juga sudah berjanji dengan pemandu teksi untuk menghantar saya dan anak pulang ke Terengganu. Harap semuanya baik-baik dan urusan kelahiran bayi baru kami dimudahkan,” katanya. – BERNAMA.
06 May 20
73
Hanafiah Santuni 318 Anak Yatim
KEMAMAN, 4 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat menyantuni seramai 318 orang anak yatim di sekitar kawasan Chukai dalam beberapa pertemuan yang telah dijalankan secara ringkas dan berperingkat.
Beliau ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada pihak Cakna Anak Yatim Kemaman dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh DUN Cukai yang telah terbabit secara langsung atau tidak dalam menjayakan program pada kali ini.
"Menyantuni anak yatim sememangnya menjadi program tahunan buat kami di sini setiap kali tibanya bulan Ramadan.
"Alhamdulillah, tahun ini kita berjaya juga menyantuni anak-anak yatim di sini walaupun dalam majlis yang begitu ringkas tidak seperti tahun-tahun lepas.
"Kebiasaannya kita turut mengadakan majlis berbuka puasa dan sebagainya," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis yang berlangsung di Dewan Balairaya Taman Fikri 2, baru-baru ini.
Ianya selaras dengan situasi negara yang kini yang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Mohd Nur Syamil, 17, mengucapkan terima kasih kepada Hanafiah yang telah memberikan sumbangan kepadanya.
"Insya-Allah, kami akan menggunakan duit sumbangan yang diberikan ini sebaik yang mungkin dalam menghadapi Ramadan pada tahun ini," ujarnya.
06 May 20
103